Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PEERS SEHARI @ PRASEKOLAH

Hari : Isnin Tarikh : 9 Oktober 2017


Masa Aktiviti

20 Perbualan Awal
minit
1. Guru bercerita dengan menggunakan buku “Badan Saya
Kepunyaan Saya”.
2. Guru bersoaljawab dengan murid.
3. Murid menyanyi lagu “My Body Is Mine”dengan aksi.

Bahan:
i. Buku “Badan Saya Kepunyaan Saya”
ii. Lagu “My Body Is Mine”

40 Aktiviti 1 – Kenali Anggota Badan


minit
1. Murid mencari gambar anggota badan yang disembunyikan
(Lampiran 1).
2. Murid menampal gambar anggota badan yang dijumpai untuk
melengkapkan badan kanak-kanak lelaki dan perempuan.
3. Guru bersoaljawab dengan murid tentang anggota badan yang
ditampal (guru perlu menekankan kedudukan anggota badan
yang betul).
4. Guru memperkenalkan anggota seksual – zakar, faraj, dubur,
punggung dan payudara.
5. Murid diminta menyatakan persamaan dan perbezaan anggota
seksual antara kanak-kanak lelaki dan perempuan.
6. Murid menyanyi lagu “My Body Is Mine”dengan aksi.

Bahan:
i. Lampiran 1 –Puzzle kanak-kanak lelaki dan perempuan
(dicetak pada kertas warna yang berbeza)
ii. Lagu “My Body Is Mine”
Masa Aktiviti

40 Aktiviti 2 –Pakaian Dalam Saya


minit
1. Guru bersoaljawab dengan murid tentang anggota seksual dan
keperluan menutup anggota tersebut.
2. Murid diminta memilih dan menampal pakaian dalam
(Lampiran 2) pada gambar kanak-kanak lelaki dan perempuan
(menggunakan gambar kanak-kanak dalam
aktiviti 1).
3. Guru perlu menekankan bahagian yang ditutup dengan
pakaian dalam adalah anggota seksual dan tidak boleh dilihat,
disentuh atau ditunjuk kepada orang lain.
4. Murid menyanyi lagu “My Body Is Mine”dengan aksi.
5. Setiap murid dibekalkan gambar kanak-kanak lelaki dan
perempuan serta pakaian dalam(Lampiran3).
6. Murid mewarna gambar pakaian dalam mengikut kreativiti.
7. Murid menggunting dan menampal gambar pakaian dalam
pada gambar kanak-kanak lelaki dan perempuan.
8. Guru bersoaljawab dengan murid tentang anggota seksual:
a. Bolehkah kamu menunjukkan anggota seksual kepada
orang lain? Mengapa?
b. Bolehkah anggota seksual kamu disentuh oleh orang lain?
Mengapa?
c. Bolehkah kamu melihat dan menyentuh anggota seksual
orang lain? Mengapa?

Bahan:
i. Puzzlekanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam
aktiviti 1 (Lampiran 1)
ii. Lampiran 2 – Gambar pakaian dalam kanak-kanak lelaki dan
kanak-kanak perempuan
iii. Lampiran 3 – Lembaran Kerja Murid
iv. Lagu “My Body Is Mine”

30 Rehat
minit
Masa Aktiviti

40 Aktiviti 3 – CantikTak Baju Saya?


minit
1. Murid diminta menampal pakaian (Lampiran4) pada gambar
kanak-kanak lelaki dan perempuan (gunakan gambar kanak-
kanak dalam aktiviti 1).
2. Murid diminta member pandangan terhadap gambar kanak-
kanak lelaki dan perempuan yang telah lengkap berpakaian.
3. Guru bersoaljawab dengan murid keperluan untuk memakai
pakaian selain pakaian dalam.
4. Guru menunjuk cara untuk bermain dengan set patung kertas
tersebut (cara memakai baju dan bermain dengan rakan dalam
kumpulan).
5. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
6. Setiap kumpulan diberi patung kertas kanak-kanak lelaki dan
perempuan serta pakaian (Lampiran5).
7. Murid bermain dengan patung dan pakaian kertas yang
dibekalkan.
8. Murid berkongsi pengalaman mereka.

Bahan:
i. Puzzlekanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam
aktiviti 1 (Lampiran 1)
ii. Lampiran 4 – Gambar pakaian kanak-kanak lelaki dan
perempuan
iii. Lampiran 5 – Patung kertas kanak-kanak lelaki dan
perempuan

30 Aktiviti 4 – Tidak, Jangan Sentuh Saya!


minit
1. Guru menggunakan buku cerita “Badan Saya Kepunyaan
Saya” untuk menerangkan berkaitan sentuhan.
2. Guru menampal gambar bahagian belakang badan kanak-
kanak lelaki dan perempuan yang berpakaian dalam
(Lampiran 6).
3. Guru menanggalkan pakaian pada puzzle kanak-kanak lelaki
dan perempuan dalam aktiviti 3. Lima orang murid diminta
untuk meletakkan simbol "X" (Lampiran 7) pada bahagian
Masa Aktiviti
badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain.
4. Guru bersoaljawab dengan murid berkaitan jenis sentuhan.
5. Guru Menggunakan puppet atau patung mainan untuk
membuat demostrasi cara mengelak sentuhan yang tidak
selamat dan tidak selesa dengan menyatakan "TIDAK".
6. Murid diminta menggunakan puppet atau patung mainan untuk
melakonkan situasi:
a. Seseorang cuba menyentuh anggota seksual orang lain.
b. Seseorang cuba memegang dan mencium orang lain.

Bahan:
i. Buku “Badan Saya Kepunyaan Saya”
ii. Lagu “My Body Is Mine”
iii. Lampiran 6 – Gambar bahagian belakang badan kanak-kanak
lelaki dan perempuan yang berpakaian dalam
iv. Lampiran 7 - Simbol "X"
v. Puppet atau patung mainan

30 Aktiviti 5 – Apa Perlu Saya Lakukan?


minit 1. Guru menunjukkan video (pautan video:
https://youtu.be/IFn3mkD0tJs).
2. Murid berbincang dalam kumpulan tindakan yang perlu diambil
berdasarkan situasi yang diberi. Guru menunjukkan gambar
situasi (Lampiran 8) untuk membantu murid memahami situasi
dan memberi bimbingan semasa perbincangan berlangsung.
a. Jika ada orang meminta anda membuka pakaian.
b. Jikaada orang menunjukkan anggota seksual kepada
anda.
c. Jika ada orang cuba menyentuh anggota seksual anda.
d. Jika ada orang cuba mengambil gambar semasa anda
tidak berpakaian.
e. Jika ada orang menunjukkan gambar/video lucah kepada
anda.
f. Jika ada orang memegang dan mencium anda.
3. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil
Masa Aktiviti
perbincangan selepas setiap situasi.
4. Guru menerangkan cara yang betul bagi menghadapi setiap
situasi.

Bahan:
i. Video “Sentuhan Selamat &Tidak Selamat”
ii. Lampiran 8 – Gambar situasi

10 Aktiviti Penutup
minit 1. Murid menyanyi lagu “My Body Is Mine”dengan aksi.

2. Guru membuat rumusan dan refleksi.


3. Guru mengedarkan brosur program PEERS diPrasekolah
kepada semua murid untuk diberikan kepada ibubapa.

Bahan:
i. Lagu “My Body Is Mine”
ii. Brosur “Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial
(PEERS) di Prasekolah”

You might also like