Laporan Penuh (Nat)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 46

000721-12-1620

1.0 PENGENALAN

Integrasi merupakan penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum


(unsur, bahagian, dan lain-lain) yang menjadi satu kesatuan yang beridentiti. (Kamus
Dewan Edisi Keempat, 2012). Integrasi adalah asas yang mengukuhkan bangsa Malaysia.
Menurut Myron Weiner (2017), Integrasi merupakan proses penyatuan pelbagai kelompok
budaya dan sosial ke dalam satu kesatuan wilayah, ke arah pembentukan suatu identiti
nasional. Integrasi biasanya mengandaikan satu masyarakat majmuk pelbagai etnik dan
setiap kelompok masyarakat memiliki bahasa dan kebudayaan yang berbeza. Menurut Haji
Ishak bin Saat (2015), integrasi juga merupakan penerapan ciri-ciri luar atau ciri-ciri
budaya kaum lain ke dalam sesuatu budaya hingga ciri-ciri itu dapat disebatikan dengan
budaya yang menerimanya.

Perpaduan bermaksud penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang


dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada
semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Menurut Yong Hong Lee (2012),
Perpaduan adalah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan di kalangan mereka.
Perpaduan merupakan proses menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah negara supaya
mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya. Perpaduan rakyat Malaysia
adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara.
Selain daripada aspek ekonomi dan politik, perpaduan juga merupakan agenda penting
yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara. Relatifnya, ekonomi dan
politik yang stabil akan memberi sumbangan yang besar dalam proses perpaduan.

Integrasi dan perpaduan membawa maksud mewujudkan sesuatu masyarakat yang


bersatu padu dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini meliputi integrasi wilayah,
ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2002).

Menurut Kamus Bahasa Melayu, tempat kediaman pula bermaksud tempat tinggal
yang memberikan perlindungan, keselamatan dan keselesaan kepada penduduk sesebuah

1
000721-12-1620

tempat kediaman. Sebagai contoh, rumah, asrama, hotel dan sebagainya. Definisi lain bagi
tempat kediaman adalah sebagai tempat keluarga berkumpul semasa dan selepas
menjalankan aktiviti harian yang mencerminkan cita rasa, nilai dan kemesraan serta dapat
memupuk keluarga bahagia dalam kehidupan.

Masjid adalah sebuah institusi yang amat penting dalam pembangunan Islam dan
umatnya. Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. selepas berhijrah dari
Makkah ke Madinah ialah membina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Quba’. Masjid
telah menjadi tempat ibadah kepada seluruh umat Islam dan merupakan pusat penyebaran
dakwah dan ilmu-ilmu Islam. Masjid ditubuhkan bagi memberi kemudahan kepada
penduduk umtuk menjalankan ibadah setiap hari. Dengan kemudahan yang terdapat di
masjid tersebut, maka penduduk akan menjalankan ibadah dengan selesa. Kewujudan
masjid amat perlu bagi memenuhi kehendak masyarakat Islam dalam menjalankan
pelbagai jenis aktiviti berkaitan yang boleh mengukuhkan hubungan kekeluargaan dalam
kalangan penduduk. Masjid juga menyumbang kepada khazanah ilmu, kerana penyelidikan
dalam bidang ini akan menambahkan maklumat semasa bagi mempertingkatkan fungsi
masjid sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan insan di Malaysia serta di seluruh
dunia amnya.

Perbincangan tentang jenis aktiviti yang dilakukan di masjid merupakan suatu isu
yang sering dibincangkan pada masa sekarang. Maka kajian ini penting dalam mengetahui
persepsi penduduk terhadap masjid sebagai agen integrasi dan perpaduan untuk
memastikan hubungan erat yang terjalin dalam kalangan penduduk dapat dikekalkan
dengan sebaiknya.

Tajuk yang dipilih pengkaji adalah tentang Persepsi Penduduk Terhadap Masjid
Sebagai Agen Integrasi dan Perpaduan di Kampung Seraya Semporna, Sabah. Tujuan
utama kajian ini adalah pengkaji ingin mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dilakukan di
masjid dalam memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk serta mengkaji
persepsi penduduk terhadap masjid sebagai agen integrasi dan perpaduan di Kampung
Seraya Semporna, Sabah.

Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji masyarakat yang mempunyai
pelbagai tanggapan terhadap masjid sebagai agen integrasi dan perpaduan di Kampung

2
000721-12-1620

Seraya Semporna, Sabah. Kajian ini dijalankan bagi menggalakkan penduduk Kampung
Seraya dalam mengekalkan integrasi dan perpaduan dalam mengenal pasti aktiviti yang
dilakukan di masjid sebagai agen dalam memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan
penduduk di Kampung Seraya Semporna, Sabah. Begtiu juga, kajian ini dijalankan bagi
mengkaji persepsi penduduk terhadap masjid sebagai agen integrasi dan perpaduan.

Kesimpulannya, masjid sebagai simbol perpaduan amat penting bagi mengekalkan


integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk di sesuatu tempat. Hal ini kerana,
dengan adanya kewujudan integrsi dan perpaduan dalam kalangan penuduk, maka lahirlah
sebuah masyarakat yang bersatu padu di samping mengukuhkan agama dan bangsa dalam
kalangan penduduk setempat. Oleh itu, pengkaji berharap agar objektif kajian yang hendak
dikaji mampu untuk dicapai.

3
000721-12-1620

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian adalah :-

i. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dilakukan di masjid dalam memupuk


integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk di Kampung Seraya
Semporna, Sabah.
ii. Mengkaji persepsi penduduk terhadap masjid sebagai agen integrasi dan
perpaduan di Kampung Seraya Semporna, Sabah.

4
000721-12-1620

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Negeri Sabah

Peta 1 : Negeri Sabah

Sumber : (http://maps.google.com.my)

Sejarah Negeri Sabah boleh dijejaki semula pada kira-kira 23,000–30,000 tahun
dahulu dengan terdapatnya bukti penempatan manusia wujud di negeri ini. Sejarah terawal
yang direkodkan di Sabah ketika tamadun bermula adalah pada abad ke-15 ketika era
Kesultanan Brunei. Sebelum ini, penduduk awal hidup dalam masyarakat yang berpuak
dan puak-puak ini terus wujud sehingga abad ke-19. Bahagian timur Negeri Sabah telah
diserahkan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Brunei kerana membantu menewaskan musuh
Brunei. Sehingga akhir abad ke-19, kedua-dua kawasan dimiliki oleh Sultan Brunei dan
Sultan Sulu yang akhirnya diberikan kepada British. Sabah menjadi naungan United
Kingdom pada 1888 dan kemudiannya menjadi tanah jajahan mahkota sehingga tahun
1963, ketika itu ia dikenali sebagai Borneo Utara. Pada 16 September 1963, Sabah
bergabung dengan Malaya, Singapura (meninggalkan Persekutuan pada 1965) untuk
membentuk Persekutuan Malaysia.

5
000721-12-1620

3.2 Daerah Semporna, Sabah

Peta 2 : Daerah Semporna, Sabah

Sumber : (http://maps.google.com.my)

Nama Semporna berasal daripada perkataan Simporna yang bermaksud ‘tempat


untuk berehat. Nama Simporna ini diberi oleh seorang Gabenor Inggeris, iaitu W.M
Crocker apabila beliau dan beberapa orang rakannya termasuklah seorang pedagang China
yang bernama Toonah menemui daerah ini pada pertengahan tahun 1887 (Tabrett 1999).
Pada zaman dahulu kala, Semporna dikenali sebagai Tong Talun yang bererti ‘Hujung
Hutan’ dalam istilah Suku Kaum Bajau. Orang yang bertanggungjawab untuk menamakan
Tong Talun ialah Panglima Uddang, Panglima Sallehangni dan Panglima Sakti dari
keturunan Bajau Kubang. Ini kerana pada ketika itu Daerah Semporna dikelilingi oleh
hutan belantara di awal penemuannya. Kemudian, Tong Talun telah ditukar dengan nama
Semporna yang membawa pengertian "Tempat Yang Aman atau Damai" sehinggalah
sekarang.

6
000721-12-1620

3.3 Kampung Seraya Semporna, Sabah

Peta 2 : Peta Satelit Kampung Seraya Semporna, Sabah

Sumber : (https://google.com.my/maps)

7
000721-12-1620

Peta 3 : Peta Lakar Kampung Seraya Semporna, Sabah

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Gambar 1 : Kampung Seraya Semporna, Sabah

Sumber : Kajian Lapangan 2019

8
000721-12-1620

Menurut penduduk Kampung Seraya yang telah lama mendiami kawasan


perkampungan tersebut, nama Kampung Seraya telah diambil hasil daripada terdapatnya
pokok Seraya yang telah ditanam hasil daripada penanaman pokok tersebut dengan kuantiti
yang banyak di kawasan perkampungan tersebut. Berbeza dengan zaman dahulu, Kampung
Seraya kini berkembang dengan adanya pelbagai kemudahan di kawasan perkampungan
tersebut. Antara kemudahan yang diberikan adalah jaringan jalan raya, kawasan
perumahan, lampu jalan serta penanaman kelapa sawit yang memberikan banyak
keuntugan kepada penduduk di sekitar kawasan perkampungan tersebut.

Kampung Seraya didiami oleh kira-kira 500 orang penduduk. Aktiviti ekonomi
utama yang dijalankan di Kampung Seraya ini adalah aktiviti pertanian, iaitu penanaman
kelapa sawit. Hal ini kerana, penanaman kelapa sawit di Kampung Seraya jelas
memberikan keuntungan yang berlipat ganda. Bukan itu sahaja, penduduk juga
menjalankan perniagaan kecil seperti runcit. Disebabkan kedudukan Masjid Kampung
Seraya yang terletak di tengah di antara Kampung Seraya dengan Kampung Bohey Lima,
penanaman kelapa sawit dijadikan sebagai aktiviti ekonomi yang utama di kawasan
perkampungan tersebut.

Namun begitu, pengkaji memberikan fokus utama kepada Masjid Kampung Seraya
yang terletak di kawasan perkampungan tersebut. Hal ini kerana, pengkaji melakukan
kajian ke atas masjid bagi mencapai objektif yang ingin dicapai.

9
000721-12-1620

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Sabitah Marican (2009), dan Ahmad Munawar Ismail dan Mohd Nor
Sharizan Ali (2014), metodologi kajian merupakan satu kaedah yang digunakan untuk
melaksanakan kajian ke atas yang tertentu mengikut disiplin yang teratur. Tujuannya
adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Oleh itu, pengkaji dengan sedaya upaya
memanfaatkan teori penyelidikan otersebut dalam penghasilan kertas projek ini.

Oleh itu, dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan reka bentuk kajian,
sampel kajian, instrumen kajian, prosedur mendapatkan maklumat daripada responden dan
memproses serta mempersembahkan data kajian yang telah dikemukakan lebih awal.
Selain itu, metodologi kajain juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat
dicapai berdasarkan data yang sah dan dipercayai.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ialah kaedah mengumpul
maklumat dengan bertanya satu set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih
daripada populasi yang hendak dikaji (Sabitah Marican, 2009). Kajian tinjauan juga
merupakan set rangka rujukan mengenai perkara-perkara berkaitan dngan persampelan dan
analisis data. Dalam kajian ini, aktiviti yang dilakukan di masjid serta persepsi penduduk
terhadap masjid sebagai agen integrasi dan perpaduan menjadi fokus utama dalam kajian
tersebut.

10
000721-12-1620

4.2 Sampel Kajian

Persampelan ialah kumpulan manusia, institusi, tempat atau fenomena yang


menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Pemilihan sampel untuk kajian
ini dilakukan mengikut teknik persampelan secara rawak. Seramai 30 orang yang terdiri
daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Seraya Semporna, Sabah serta penduduk
yang mendiami kawasan perkampungan tersebut telah dipilih sebagai sampel kajian.
Bilangan sampel bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel
yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji (R. Kuberan et al, 2013).

4.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian ialah proses menyediakan alat yang berkaitan dengan sikap,
persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini, instrumen yang
digunakan untuk mendapatkan data data adalah dengan menggunakan kaedah temu bual,
soal selidik dan kepustakaan.

Jadual 1 : Instrumen Kajian

Kaedah Instrumen
Kuantitatif Borang Soal Selidik
Kualitatif Kepustakaan dan Temu Bual

Sumber : Kajian Lapangan 2019

11
000721-12-1620

4.3.1 Soal Selidik

Instrumen soal selidik ialah alat pengukur yang popular dalam kajiam
tinjauan. Borang soal selidik ini dibina mengikut prinsip KISS (Keep It Short and
Simple) iaitu mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas (R.
Kuberan et. al, 2013). Borang soal selidik yang digunakan mengandungi dua
bahagia untuk mencapai objektif kajian. Soalan yang dikemukakan kepada
responden adalah soalan tertutup yang menggunakan skala likert poin. Pengkaji
menjalankan soal selidik dengan memilih 30 orang responden yang terdiri daripada
Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Seraya dan penduduk di sekitar Kampung
Seraya Semporna, Sabah. Melalui pengedaran borang soal selidik kepada
responden, pengkaji akan dapat mengetahui apakah aktiviti yang dijalankan di
masjid serta persepsi penduduk terhadap masjid sebagai agen integrasi dan
perpaduan di Kampung Seraya Semporna, Sabah.

4.3.2 Temu Bual

Instrumen temu bual mempunyai dua peringkat iaitu secara formal dan tidak
formal. Kaedah temu bual ini boleh dilakukan secara bersemuka atau tidak
bersemuka. Pengkaji mengadakan temu bual dengan dua orang responden dengan
mengajukan beberapa soalan untuk menjawab segala persoalan yang berkaitan
dengan aktiviti yang dilakukan di masjid serta persepsi penduduk terhadap masjid
serta persepsi penduduk terhadap masjid sebagai agen integrasi dan perpaduan
dalam kalangan penduduk.

12
000721-12-1620

4.4 Cara Mengumpul Data

Data dan maklumat ini dikumpulkan dengan pelbagai cara seperti dokumentasi
daripada buku, internet, makalah, soal selidik dan temu bual.

4.4.1 Kaedah Soal Selidik

Borang soal selidik yang sesuai telah disediakan oleh pengkaji bertujuan
ountuk mendapatkan maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian.
Borang soal selidik telah diedarkan kepada responden di kawasan kajian. Borang
soal selidik terdiri daripada 4 bahagian A, B, dan C. Bahagian A adalah mengenai
maklumat dan responden. Bahagian B pula adalah berkaitan dengan aktiviti-ktiviti
yang dilakukan di masjid dalam memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan
penduduk di Kampung Seraya Semporna, Sabah. Bahagian C pula berkaitan
dengan persepsi penduduk terhadap masjid sebagai agen dalam memupuk integrasi
dan perpaduan dalam kalangan penduduk di Kampung Seraya Semporna, Sabah.
Borang soal selidik ini menggunakan skala likert lima aras, iaitu 5 = Sangat Setuju,
4 = Setuju, 3 = Tidak Pasti, 2 = Tidak Setuju dan 1 = Sangat Tidak Setuju. Borang
soal selidik ini diedarkan kepada Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Seraya dan
penduduk yang mendiami kawasan p[erkampungan tersebut.

4.4.2 Kaedah Temu Bual

Pengkaji menemu bual dua orang Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung


Seraya Semporna, Sabah. Pengkaji menyediakan borang temu bual yang
mengandungi soalan berstruktur. Tujuan utama temu bual ini dilaksanakan adalah
untuk mengetahui apakah aktiviti yang biasa dilakukan di masjid serta persepsi
penduduk terhadap masjid sebagai agen dalam memupuk integrasi dan perpaduan
dalam kalangan penduduk di Kampung Seraya Semporna, Sabah.

4.4.3 Kaedah Kepustakaan

13
000721-12-1620

Pengkaji memulakan kajian dengan merujuk bahan-bahan bertulis yang


telah diterbitkan seperti buku, makalah, surat khabar, dan sumber internet bagi
mendapatkan maklumat tentang aktiviti yang dilakukan di masjid serta persepsi
penduduk terhadap masjid sebagai agen integrasi dan perpaduan dalam kalangan
penduduk.

4.5 Cara Analisis Data

Selepas data dikumpul melalui kaedah-kaedah tersebut, pengkaji akan


menganalisis data soal selidik secara deskriptif. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan
menggunakan kekerapan dan peratusan. Data-data tersebut akan dipersembahkan dalam
bentuk jadual, graf dan carta pai yang sesuai. Poin yang diberikan untuk skala likert yang
digunakan adalah seoperti berikut :

Jadual 2 : Skala Analisis Data

SKALA POIN
Sangat Setuju (SS) 5
Setuju (S) 4
Tidak Pasti (TP) 3
Tidak Setuju (TS) 2
Sangat Tidak Setuju (STS) 1

Sumber : Kajian Lapangan 2019

14
000721-12-1620

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Mengenal pasti Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di masjid dalam memupuk


integrasi dan perpaduan penduduk di Kampung Seraya Semporna, Sabah

Jadual 3 : Hasil Soal Selidik Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di masjid dalam memupuk
integrasi dan perpaduan di Kampung Seraya Semporna, Sabah

Mengenal pasti Aktiviti- SKALA TAHAP PERSETUJUAN


aktiviti yang dilakukan di SS S TP TS STS
masjid dalam memupuk
BIL
Integrasi dan Perpaduan di
f % f % f % f % f %
Kampung Seraya
Semporna, Sabah
Program Ukhwah seperti
1 6 20.00 19 63.33 5 16.67 0 0 0 0
ceramah dan solat hajat
Menjalankan program
2 8 26.67 16 53.33 6 20.00 0 0 0 0
(KAFA)
Bergotong-royong
membersihkan kawasan
3 6 20.00 20 66.67 3 10.00 1 3.33 0 0
masjid dan tanah
perkuburan
Meraikan Majlis Agama
seperti Sambutan Maulidur
4 6 20.00 16 53.33 8 26.67 0 0 0 0
Rasul dan Sambutan Malam
Nisfu Sya’aban
5 Majlis Akad Nikah 9 30.00 8 26.67 12 40.00 1 3.33 0 0

Sumber : Kajian Lapangan 2019

15
000721-12-1620

Program Ukhwah seperti ceramah dan solat hajat

0, 0%
0, 0%

Sangat Setuju
5, 16.67% 6, 20.00%
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju

19, 63.33% Sangat Tidak Setuju

Carta Pai 1 : Program Ukhwah seperti ceramah dan solat hajat


Sumber : Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan carta pai di atas, bacaan tertinggi direkodkan pada skala setuju iaitu sebanyak
63.33% bersamaan dengan 19 orang responden. Skala sangat setuju pula mempunyai bacaan
sebanyak 20.00% iaitu sebanyak 6 orang responden. Skala tidak pasti pula mencatatkan rekod
sebanyak 16.67% bersamaan dengan 5 orang responden. Manakala skala tidak setuju dan sangat
tidak setuju tidak mempunyai bacaan kerana tiada responden yang memilih kedua-dua skala ini.

16
000721-12-1620

Menjalankan Program KAFA

0, 0%
0, 0%

Sangat Setuju
6, 20.00% Setuju
8, 26.67%
Tidak Pasti
Tidak Setuju
16, 53.33% Sangat Tidak Setuju

Carta Pai 2 : Menjalankan program KAFA


Sumber : Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan carta pai diatas, bacaan tertinggi direkodkan pada skala setuju iaitu sebanyak
53.33% bersamaan dengan 16 orang responden. Manakala, seramai 8 orang responden menyatakan
sangat setuju bersaman dengan 26.67%. Pada bacaan tidak pasti, bacaan yang direkodkan adalah
sebanyak 20.00% bersamaan dengan 6 orang responden. Manakala pada skala tidak setuju dan
sangat tidak setuju pula, tiada bacaan direkodkan kerana tiada responden yang memilih skala ini.

17
000721-12-1620

Bergotong-royong membersihkan kawasan masjid dan


tanah perkuburan
1, 3.33%
3, 10.00% 0, 0%

Sangat Setuju
6, 20.00%
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
20, 66.67% Sangat Tidak Setuju

Carta Pai 3 : Bergotong-royong membersihkan kawasan masjid dan tanah perkuburan


Sumber : Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan carta pai diatas, bacaan tertinggi direkodkan pada skala setuju iaitu sebanyak
66.67% bersamaan dengan 20 orang responden. Manakala, seramai 6 orang responden menyatakan
sangat setuju bersaman dengan 20.00%. Seterusnya, seramai 3 orang responden menyatakan tidak
pasti bersamaan dengan 10.00%. Pada skala tidak setuju, bacaan yang direkodkan adalah sebanyak
3.33% bersamaan dengan 1 orang responden. Namun begitu, tiada seorang pun responden yang
menjawab pada skala sangat tidak setuju terhadap faktor ini.

18
000721-12-1620

Meraikan Majlis Agama seperti Sambutan Maulidur Rasul


dan Sambutan Malam Nisfu Sya'aban

0, 0%
0, 0%

Sangat Setuju

6, 20.00% Setuju
8, 26.67%
Tidak Pasti
Tidak Setuju

16, 53.33% Sangat Tidak Setuju

Carta Pai 4 : Meraikan Majlis Agama seperti Sambutan Maulidur Rasul


dan Sambutan Malam Nisfu Sya’aban
Sumber : Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan carta pai diatas, skala setuju merupakan bacaan yang tertinggi iaitu sebanyak
53.33% bersamaan dengan 16 orang responden. Skala tidak pasti merekodkan bacaan iaitu
sebanyak 26.67% bersamaan dengan 8 orang responden. Manakala, seramai 6 orang responden
menyatakan setuju bersaman dengan 20.00%. Namun begitu, tiada seorang pun responden yang
menjawab pada skala sangat tidak setuju dan sangat tidak setuju.

19
000721-12-1620

Majlis Akad Nikah


1, 3.33%
0, 0%

Sangat Setuju
9, 30.00% Setuju

12, 40.00% Tidak Pasti


Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
8, 26.67%

Carta Pai 5 : Majlis Akad Nikah


Sumber : Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan carta pai diatas, bacaan tertinggi direkodkan pada skala sangat tidak pasti iaitu
sebanyak 40.00% bersamaan dengan 12 orang responden. Manakala, seramai 9 orang responden
menyatakan sangat setuju bersaman dengan 30.00%. Seterusnya, skala setuju mencatatkan rekod
sebanyak 26.67% bersamaan dengan 8 orang responden. Seramai 1 orang responden menyatakan
tidak setuju bersamaan dengan 3.33%. Skala sangat tidak setuju tidak mempunyai bacaan kerana
responden tidak memilih skala ini.

20
000721-12-1620

Jadual 4 : Hasil temu bual mengenai Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di masjid dalam memupuk
Integrasi dan Perpaduan di Kampung Seraya Semporna, Sabah

Bil Item Soalan Responden 1 Responden 2

1 Adakah Program Ukhwah seperti Ya. Hal ini kerana Ya, kerana ianya
ceramah yang dilakukan di masjid penglibatan boleh merapatkan
dapat memupuk integrasi dan penduduk yang lagi jurang
perpaduan dalam kalangan penduduk? ramai boleh perhubungan dalam
Mengapa? memupuk integrasi kalangan penduduk.
dan perpaduan
dalam kalangan
penduduk.

2 Adakah program Kelas Al-Quran dan Ya. Kerana program Ya. Dengan adanya
Fardhu Ain (KAFA) dapat ini sememangnya program KAFA ini
mewujudkan perpaduan dalam memberikan dapat melahirkan
kalangan penduduk? Mengapa? pengetahuan kepada masyarakat yang
penduduk seterusnya serba tahu dalam
mengukuhkan lagi hal-hal agama.
hubungan yang
terjalin.

3 Adakah aktiviti-aktiviti bergotong- Ya, agar kebersihan Ya. Penduduk dapat


royong membersihkan kawasan kawasan masjid memupuk sikap
masjid dapat memupuk sikap saling kekal terpelihara bantu membantu
hormat menghormati dan saling seterusnya antara satu sama
membantu dalam kalangan penduduk? merapatkan lain.
Nyatakan alasan anda. hubungan penduduk
di Kampung Seraya

21
000721-12-1620

Berdasarkan hasil temu bual diatas, pengkaji telah menjalankan temu bual bersama
responden bagi menyokong objektif 1. Pengkaji hanya mengajukan 3 soalan bagi menyokong
objektif 1 ini kepada responden.

Soalan pertama yang dikemukakan oleh pengkaji kepada kedua-dua responden ialah
adakah program ukhwah yang dilakukan di masjid dapat memupuk integrasi dan perpaduan dalam
kalangan penduduk? Responden 1 menyatakan ya, kerana penglibatan penduduk yang ramai boleh
memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk manakala Responden 2 turut
bersetuju, kerana ianya boleh merapatkan lagi jurang perhubungan dalam kalangan penduduk.

Soalan kedua yang dikemukakan oleh pengkaji adalah adakah program KAFA dapat
mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk berserta sebab mengapa. Responden 1
menyatakan ya, kerana program ini sememangnya memberikan pengetahuan kepada penduduk
seterusnya mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin. Manakala, Responden 2 pula bersetuju
kerana dengan adanya program KAFA ini dapat melahirkan masyarakat yang serba tahu dalam
hal-hal agama.

Seterusnya, soalan ketiga yang dikemukakan oleh pengkaji kepada responden ialah adakah
aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan masjid dapat memupuk sikap saling
menghormati dan saling membantu dalam kalangan penduduk berserta alasan. Responden 1
menjawab ya, agar kebersihan kawasan masjid kekal terpelihara seterusnya merapatkan hubungan
penduduk di Kampung Seraya manakala responden 2 pula menjawab, Ya. Dengan ini penduduk
dapat memupuk sikap bantu membantu antara satu sama lain.

5.2 Mengkaji Persepsi Penduduk terhadap Masjid sebagai Agen Integrasi dan Perpaduan di
Kampung Seraya Semporna, Sabah

22
000721-12-1620

Jadual 5 : Hasil Soal Selidik bagi mengkaji persepsi penduduk terhdap Masjid sebagai agen
Integrasi dan Perpaduan di Kampung Seraya Semporna, Sabah

Mengkaji persepsi SKALA TAHAP PERSETUJUAN


penduduk terhadap Masjid SS S TP TS STS
BIL sebagai agen Integrasi dan
Perpaduan di Kampung f % f % f % f % f %
Seraya Semporna, Sabah
Masjid dapat mengeratkan
1 hubungan penduduk melalui 6 20.00 20 66.67 4 13.33 0 0 0 0
aktiviti yang diadakan
Masjid dapat mewujudkan
penduduk yang saling
2 13 43.33 11 36.67 6 20.00 0 0 0 0
menghormati antara satu
sama lain
Masjid dapat mewujudkan
penduduk yang saling
3 9 30.00 14 46.67 7 23.33 0 0 0 0
membantu antara satu sama
lain
Masjid dapat mewujudkan
4 penduduk yang aman dan 6 20.00 9 30.00 14 46.67 1 3.33 0 0
bersatu padu
Masjid dapat mewujudkan
5 hubungan silaturahim dalam 7 23.33 9 30.00 10 33.33 4 13.33 0 0
kalangan penduduk

Sumber : Kajian Lapangan 2019

23
000721-12-1620

Masjid dapat mengeratkan hubungan penduduk melalui


aktiviti yang diadakan

0, 0%
0, 0%
4, 13.33%

Sangat Setuju
6, 20.00% Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
20, 66.67% Sangat Tidak Setuju

Carta Pai 6 : Masjid dapat mengeratkan hubungan penduduk melalui aktiviti yang diadakan
Sumber : Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan carta pai di atas, bacaan tertinggi yang direkodkan ialah pada skala setuju iaitu
sebanyak 66.67% bersamaan dengan 20 orang responden. Skala sangat setuju pula mencatatkan
bacaan sebanyak sebanyak 20.00% bersamaan dengan 6 orang responden. Pada skala tidak pasti
pula mencatatkan rekod sebanyak 13.33% bersamaan dengan 4 orang responden. Skala tidak
setuju dan sangat tidak setuju pula tidak mencatatkan apa-apa rekod kerana tiada responden
memilih skala ini.

24
000721-12-1620

Masjid dapat mewujudkan penduduk yang saling


menghormati antara satu sama lain

0, 0%
0, 0%

Sangat Setuju

6, 20.00% Setuju
Tidak Pasti
13, 43.33%
TIdak Setuju
11, 36.67% Sangat Tidak Setuju

Carta Pai 7 : Masjid dapat mewujudkan penduduk yang saling menghormati antara satu sama
lain
Sumber : Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan carta pai di atas, bacaan tertinggi direkodkan pada skala sangat setuju iaitu
sebanyak 43.33% bersamaan dengan 13 orang responden. Pada skala setuju pula, bacaan yang
direkodkan adalah sebanyak 36.67% bersamaan dengan 11 orang responden. Seterusnya, pada
skala tidak pasti, bacaan yang direkodkan adalah sebanyak 20.00% bersamaan dengan 6 orang
responden. Pada skala tidak setuju dan sangat tidak setuju pula tiada sebarang bacaan direkodkan
kerana responden tidak memilih skala ini.

25
000721-12-1620

Masjid dapat mewujudkan penduduk yang saling


membantu antara satu sama lain
0, 0%
0, 0%

Sangat Setuju
7, 23.33% Setuju
9, 30.00%
Tidak Pasti
TIdak Setuju
Sangat Tidak Setuju
14, 46.67%

Carta Pai 8 : Masjid dapat mewujudkan penduduk yang saling membantu antara satu sama lain

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan carta pai di atas, bacaan tertinggi direkodkan pada skala setuju iaitu
sebanyak 46.67% bersamaaan dengan 14 orang responden. Skala sangat setuju pula mencatatkan
sebanyak 30.00% bersamaan dengan 9 orang responden. Skala tidak pasti, bacaan yang
direkodkan adalah sebanyak 23.33% bersamaan dengan 7 orang responden. Pada skala tidak
setuju dan sangat tidak setuju tidak mencatatkan apa-apa bacaan kerana responden tidak memilih
skala ini.

26
000721-12-1620

Masjid dapat mewujudkan penduduk yang aman dan


bersatu padu
1, 3.33% 0, 0%

Sangat Setuju
6, 20.00%
Setuju
Tidak Pasti
14, 46.67%
TIdak Setuju
9, 30.00%
Sangat Tidak Setuju

Carta Pai 9 : Masjid dapat mewujudkan penduduk yang aman dan bersatu padu

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan carta pai di atas, bacaan tertinggi yang direkodkan ialah pada skala tidak pasti
iaitu sebanyak 46.67% bersamaan dengan 14 orang responden. Skala setuju pula mencatatkan
sebanyak 30.00% bersamaan dengan 9 orang responden. Manakala skala sangat setuju pula
mencatatkan rekod sebanyak 20.00% bersamaan dengan 6 orang responden. Pada skala tidak
setuju, bacaan yang direkodkan adalah sebanya 3.33% bersamaan dengan 1 orang responden. Pada
skala sangat tidak setuju tidak mempunyai bacaan kerana tiada responden yang memilih skala
tersebut.

27
000721-12-1620

Masjid dapat mewujudkan hubungan silaturahim dalam


kalangan penduduk

0, 0%
4, 13.33%

Sangat Setuju

7, 23.33% Setuju
Tidak Pasti
10, 33.33% Tidak Setuju

9, 30.00% Sangat Tidak Setuju

Carta Pai 10 : Masjid dapat mewujudkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan carta pai di atas, bacaan tertinggi yang direkodkan ialah pada skala tidak pasti
iaitu sebanyak 33.33% bersamaan dengan 10 orang responden. Skala setuju merekodkan sebanyak
30.00% bersamaan dengan 9 orang responden. Skala sangat setuju pula merekodkan bacaan
sebanyak 23.33% bersamaan dengan 7 orang responden. Skala tidak setuju mencatatkan bacaan
sebanyak 13.33% bersamaan dengan 4 orang responden. Skala sangat tidak setuju tidak
mencatatkan apa-apa rekod kerana tiada responden memilih skala tersebut.

28
000721-12-1620

Jadual 6 : Hasil temu bual bagi mengkaji persepsi penduduk terhadap Masjid sebagai agen
Integrasi dan Perpaduan di Kampung Seraya Semporna, Sabah

Bil Item Soalan Responden 1 Responden 2

1 Adakah dengan meraikan majlis Ya. Saya bersetuju


agama di masjid dapat mewujudkan kerana di samping
penduduk yang aman dan bersatu mendekatkan diri
padu? kepada Allah S.W.T,
penduduk yang
aman dan bersatu
padu akan wujud.

2 Adakah wujud hubungan silaturahim Ya, kerana pelbagai Ya. Saya bersetuju
yang erat dalam kalangan penduduk jenis aktiviti yang kerana aktiviti yang
hasil daripada aktiviti yang diadakan diadakan dapat diadakan di masjid
di masjid? menarik minat dapat mengeratkan
penduduk. hubungan penduduk
secara berterusan.

Sumber : Kajian Lapangan 2019

29
000721-12-1620

Berdasarkan hasil temu bual diatas, pengkaji telah menjalankan temu bual bersama
responden bagi menyokong objektif 2. Pengkaji hanya mengajukan 2 soalan bagi menyokong
objektif 2 kepada responden.

Soalan pertama yang dikemukakan oleh pengkaji kepada responden ialah adakah dengan
meraikan majlis agama di masjid dapat mewujudkan penduduk yang aman dan bersatu padu?
Jawapan responden 1 adalah ya. Manakala responden 2 bersetuju lalu menyatakan bahawa di
samping mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, penduduk yang aman dan bersatu padu akan
wujud.

Seterusnya, soalan kedua yang dikemukakan oleh pengkaji kepada responden ialah adakah
wujud hubungan silaturahim yang erat dalam kalangan penduduk hasil daripada aktviti yang
diadakan? Responden 1 bersetuju kerana pelbagai jenis aktiviti yang diadakan dapat menarik minat
penduduk. Manakala responden 2 pula bersetuju kerana aktiviti yang diadakan di masjid dapat
mengeratkan hubungan penduduk secara berterusan.

30
000721-12-1620

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

5.3.1 Perbincangan Dapatan Kajian Mengenai Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di Masjid


dalam memupuk Integrasi dan Perpaduan Penduduk di Kampung Seraya Semporna,
Sabah.

Jadual 7 : Analisis Soal Selidik Responden Tentang Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di Masjid
dalam memupuk Integrasi dan Perpaduan Penduduk di Kampung Seraya Semporna, Sabah.

Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dilakukan Skala


di Masjid dalam memupuk Integrasi dan
* Setuju * Tidak Setuju
Perpaduan Penduduk di Kampung Seraya
Bil Semporna, Sabah f % f %

Program Ukhwah seperti ceramah dan solat


1 hajat 25 21.93 0 0

Menjalankan program Kelas Al-Quran dan


2 Fardhu Ain (KAFA) 24 21.05 0 0

Bergotong-royong membersihkan kawasan


3 masjid dan tanah perkuburan 26 22.81 1 50.00

Meraikan Majlis Agama seperti Sambutan


Maulidur Rasul, Majlsi Kenduri Arwah dan
4 Sambutan Malam Nisfu Sya’aban 22 19.30 0 0

5 Majlis Akad Nikah 17 14.91 1 50.00

Jumlah 114 100 2 100

Sumber : Kajian Lapangan 2019

* Setuju = Sangat Setuju + Setuju

* Tidak Setuju = Sangat Tidak Setuju + Tidak Setuju

31
000721-12-1620

Analisis Soal Selidik Responden tentang Aktiviti-aktiviti yang


dilakukan di Masjid Kampung Seraya Semporna, Sabah pada
Skala Setuju

17, 14.91% Program ukhwah seperti


ceramah dan solat hajat

Menjalankan program Kelas Al-


25, 21.93% Quran dan Fardhu Ain (KAFA)

Bergotong-royong
22, 19.30% membersihkan kawasan masjid
dan tanah perkuburan
24, 21.05%
Meraikan Majlis Agama

26, 22.81%

Majlis Akad Nikah

Carta Pai 11: Analisis Soal Selidik Responden tentang Aktiviti-aktiviti yang dilakukan
di Masjid Kampung Seraya Semporna, Sabah pada skala setuju
Sumber : Kajian Lapangan 2019

Carta pai di atas menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di Masjid Kampung Seraya
Semporna, Sabah. Bagi data setuju, kajian mendapati bahawa aktiviti bergotong-royong
membersihkan masjid dan tanah perkuburan merupakan aktiviti yang lebih mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Seraya dengan merekodkan data yang tertinggi
iaitu 22.81% bersamaan dengan 26 orang responden. Aktiviti ini perlu dijalankan bagi memelihara
kebersihan kawasan masjid dan tanah perkuburan. Aktiviti ini juga kerap dilakukan dan mendapat
sambutan yang menggalakkan dalam kalangan penduduk untuk melibatkan diri dalam aktiviti
tersebut. Kesannya, kebersihan kawasan masjid kekal terpelihara di samping dapat mewujudkan
masyarakat yang saling membantu antara satu sama lain. Menurut Laporan Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional (2013), gotong-royong membersihkan kawasan masjid merupakan

32
000721-12-1620

salah satu cara untuk memupuk kesedaran dalam kalangan penduduk betapa pentingnyamenjaga
kebersihan kawasan masjid. Program ini bertujuan dapat mengeratkan silaturahim di antara
masyarakat setempat dan dengan adanya program gotong-royong ini juga semua penduduk kariah
kampung termasuk penduduk taman dapat beramai-ramai melakukan kerja amal membersihkan
kawasan masjid dan tanah perkuburan.

Data kedua tertinggi dicatatkan oleh aktiviti program ukhwah seperti ceramah dan solat
hajat yang mencatatkan rekod sebanyak 21.93 bersamaan dengan 25 orang responden. Dapatan ini
disokong oleh Mohammad Safwan bin Ibrahim (2015) yang menyatakan bahawa objektif utama
program ini adalah untuk mengeratkan persaudaraan dan ukhwah di kalangan penduduk melalui
aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Begtiu juga, dengan adanya program ini dapat melahirkan
penduduk yang aman dan tenteram di samping mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
penduduk setempat.

Data ketiga tertinggi ialah aktiviti menjalankan program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain
(KAFA) dengan mencatatkan rekod sebanyak 21.05% bersamaan dengan 24 orang responden.
Aktiviti ini juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan penduduk dalam
memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk. Menurut Siti Rohani Mohamad Nor
(2011), murid-muridnya yang mengikuti kelas KAFA adalah merupakan penduduk setempat.
Program ini melibatkan pelbagai lapisan umur sememangnya boleh mengeratkan hubungan yang
terjalin dalam kalangan penduduk. Hal ini kerana, penglibatan ahli yang ramai sememangnya
memberi ruang kepada penduduk untuk mengisi masa lapang di samping mewujudkan lagi sebuah
masyarakat yang berpengetahuan dalam ilmu agama.

Data keempat tertinggi dicatatkan oleh aktiviti meraikan Majlis Agama seperti Sambutan
Maulidur Rasul dan Sambutan Malam Nisfu Sya’aban dengan mencatatkan rekod sebanyak
19.30% bersamaan dengan 22 orang responden. Aktiviti ini juga sering kali mendapat sambutan
yang menggalakkan dalam kalangan penduduk dengan melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
Bukan itu sahaja, penglibatan penduduk dalam mengimarahkan aktiviti ini sedikit sebanyak dapat
merapatkan lagi jurang perhubungan dalam kalangan penduduk.

Seterusnya, aktiviti lain yang dilakukan di masjid adalah Majlis Akad Nikah. Aktiviti ini
telah mencatatkan jumlah sebanyak 8.40% bersamaan dengan 10 orang responden. Meskipun
responden kurang memilih aktiviti ini, namun ia tidak mengekang aktiviti ini daripada terus

33
000721-12-1620

dijalankan di masjid. Aktiviti ini juga boleh memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan
penduduk. Aktiviti ini juga dijalankan di masjid supaya hubungan akrab dalam kalangan penduduk
erat terjalin. Menurut Laporan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (2017), penduduk
boleh bekerjasama membantu menjayakan majlis tersebut. Selain itu, penduduk juga boleh
memanfaatkan majlis tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang boleh merapatkan hubungan dalam
kalangan masyarakat.

34
000721-12-1620

Analisis Soal Selidik Responden tentang Faktor Aktiviti-aktiviti


yang dilakukan di Masjid Kampung Seraya Semporna, Sabah
pada Skala Tidak Setuju

Program ukhwah seperti


0, 0% 0, 0%
ceramah dan solat hajat

1, 50.00% Menjalankan program Kelas Al-


Quran dan Fardhu Ain (KAFA)

Bergotong-royong
1, 50.00% membersihkan kawasan masjid
dan tanah perkuburan
Meraikan Majlis Agama

Majlis Akad Nikah

0, 0%

Carta Pai 12 : Analisis Soal Selidik Responden tentang Aktiviti-aktiviti yang dilakukan
di Masjid Kampung Seraya Semporna, Sabah pada skala tidak setuju
Sumber : Kajian Lapangan 2019

35
000721-12-1620

5.3.2 Perbincangan Dapatan Kajian Mengenai Persepsi Penduduk terhadap Masjid sebagai
agen Integrasi dan Perpaduan di Kampung Seraya Semporna, Sabah.

Jadual 7 : Analisis Soal Selidik Responden tentang Persepsi Penduduk terhadap Masjid sebagai
Agen Integrasi dan Perpaduan di Kampung Seraya Semporna, Sabah.

Skala
Mengkaji persepsi penduduk terhadap Masjid
sebagai Agen Integrasi dan Perpaduan di * Setuju * Tidak Setuju
Kampung Seraya Semporna, Sabah
Bil f % f %

Masjid dapat mengeratkan hubungan penduduk


1 melalui aktiviti yang diadakan 26 25.00 0 0

Masjid dapat mewujudkan penduduk yang


2 saling menghormati antara satu sama lain 24 23.08 0 0

Masjid dapat mewujudkan penduduk yang


3 saling membantu antara satu sama lain 23 22.12 0 0

Masjid dapat mewujudkan penduduk yang


4 aman dan bersatu padu 15 14.42 1 20.00

Masjid dapat mewujudkan hubungan


5 silaturahim dalam kalangan penduduk 16 15.38 4 80.00

Jumlah 104 100 5 100

Sumber : Kajian Lapangan 2019

* Setuju = Sangat Setuju + Setuju

* Tidak Setuju = Sangat Tidak Setuju + Tidak Setuju

36
000721-12-1620

Analisis Soal Selidik Responden tentang Persepsi penduduk


terhadap Masjid Kampung Seraya Semporna pada Skala
Setuju

16, 15.38%
Masjid dapat mengeratkan
hubungan penduduk melalui
aktiviti yang diadakan

Masjid dapat mewujudkan


26, 25.00%
penduduk yang saling
menghormati antara satu sama
15, 14.42% lain
Masjid dapat mewujudkan
penduduk yang saling
24, 23.08% membantu antara satu sama
lain
23, 22.12%
Masjid dapat mewujudkan
penduduk yang aman dan
bersatu padu

Carta Pai 13 : Analisis Soal Selidik Responden tentang Persepsi Penduduk terhadaMasjid
sebagai Agen Integrasi dan Perpaduam di Kampung Seraya Semporna, Sabah
pada skala setuju
Sumber : Kajian Lapangan 2019

37
000721-12-1620

Berdasarkan carta pai 13, seramai 26 orang responden bersamaan dengan 25.00%
menyatakan bahawa masjid dapat mengeratkan hubungan penduduk melalui aktiviti yang
diadakan. Kesan positif penglibatan penduduk melalui aktiviti yang diadakan ialah dapat
mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk Kampung Seraya. Oleh itu, semakin banyak
sambutan yang menggalakkan akan diberikan dalam kalangan penduduk. Hal ini dapat disokong
melalui temubual pengkaji dengan responden yang menyatakan bahawa masyarakat setempat
dapat mengeratkan silaturahim dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang diadakan oleh
institusi masjid. Hal ini disebabkan terdapat pelbagai jenis aktiviti yang disediakan kepada
penduduk di Masjid Kampung Seraya ini. Kepelbagaian aktiviti yang diadakan di masjid akan
dapat menarik minat penduduk untuk bersama-sama memeriahkannya. Bukan itu sahaja, hal ini
akan dijadikan contoh untuk penduduk kampung yang lain agar nilai-nilai yang baik terus dapat
dikekalkan daripada generasi kini hingga akan datang.

Data kedua tertinggi merekodkan seramai 30 orang responden bersamaan dengan 23.08%
menyatatakan bahawa masjid dapat mewujudkan penduduk yang saling menghormati antara satu
sama lain. Hasil daripada penglibatan penduduk yang ramai dalam mengimarahkan lagi aktiviti
yang diadakan di masjid, maka sudah semestinya ia membawa kepada kewujudan penduduk yang
saling hormat menghormati antara satu sama lain. Nilai hormat menghormati ini seharusnya
dipupuk dalam kalangan penduduk kampung bagi mengelakkan diri daripada berlakunya
perpecahan kaum. Menurut Dr. Mohd Sani Badron (2016) ada menyatakan bahawa rakyat
Malaysia perlu benar-benar menghayati nilai kesopanan dan kesusilaan dalam berinteraksi antara
kaum dan agama dengan mengamalkan sikap hormat-menghormati supaya keharmonian dapat
dipelihara. Amalan nilai hormat menghormati dalam kalangan penduduk kampung seharusnya
dipupuk dengan baik supaya keamanan kampung turut dapat dikekalkan tanpa perlu mengambil
kira perbezaan kaum yang terdapat di kampung tersebut.

38
000721-12-1620

Seterusnya, data ketiga tertinggi yang mencatatkan sebanyak 22.12% bersamaan dengan
23 orang responden telah menyatakan bahawa masjid dapat mewujudkan penduduk yang saling
membantu antara satu sama lain. Hal ini boleh berlaku terutamanya ketika menjalankan aktiviti
bergotong royong dalam membersihkan kawasan masjid. Penglibatan penduduk dalam aktiviti ini
juga amat menggalakkan bagi memelihara kebersihan masjid. Dapatan ini disokong melalui satu
pernyataan iaitu antara usaha yang boleh dilakukan dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti bergotong-royong. Aktiviti bergotong-royong
merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu
dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat
bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman
mereka.

Sehubungan dengan itu, persepsi penduduk yang menyatakan bahawa masjid dapat
mewujudkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk telah mencatatkan rekod sebanyak
15.38% bersamaan dengan 16 orang responden. Hal ini demikian kerana hubungan silaturahim
yang erat terjalin dalam kalangan penduduk sesungguhnya memberikan kesan positif dalam
mewujudkan masyarakat yang baik secara keseluruhannya. Melalui penyertaan penduduk yang
ramai dalam aktiviti yang diadakan di masjid juga dapat memberi ruang kepada masyarakat lain
bagi bersama-sama memupuk nilai murni yang baik dalam diri mereka. Dapatan ini disokong oleh
Laporan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (2017). Antara pengisian laporan
tersebut adalah program ceramah yang dihadiri oleh jiran tetangga dapat mengukuhkan hubungan
yang erat terjalin dalam kalangan penduduk. Objektif penyertaan ini untuk meningkatkan ilmu dan
iman sebagai seorang muslim. Selain itu untuk mengimarahkan aktiviti masjid dan mengeratkan
silaturahim dengan penduduk yang hadir sejajar dengan perintah Allah S.W.T. Semoga melalui
budaya bantu membantu demi meraikan aktiviti yang dianjurkan demi kebaikan penduduk dapat
dimanfaatkan sebaiknya.

39
000721-12-1620

Akhir sekali, 14.42% bersamaan dengan 15 orang responden telah menyatakan bahawa
masjid dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan bersatu padu. Hal ini kerana, kepelbagaian
aktiviti yang diadakan di masjid memberikan kesan positif dalam mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu. Aktiviti-aktiviti yang diadakan ini sememengnya mempunyai potensi dalam
memupuk nilai integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk. Bukan itu sahaja, malah
kewujudan penduduk yang bersatu padu ini akan menjadi panduan kepada penduduk kampung
yang lain memandangkan masjid mempunyai tugasnya yang tersendiri untuk mengumpulkan
seluruh penduduk khususnya yang beragama Islam untuk sama-sama mengimarahkan aktiviti yang
diadakan di masjid. Menurut Datuk Seri Mustapha Mohamed (2013), agenda perpaduan sentiasa
dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman dan
damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman.

40
000721-12-1620

Analisis Soal Selidik Responden tentang persepsi penduduk


terhadap Masjid Kampung Seraya, Semporna Sabah pada Skala
Tidak Setuju

0, 0%
Masjid dapat mengeratkan
hubungan penduduk melalui
0, 0%
0, 0% aktiviti yang diadakan

Masjid dapat mewujudkan


penduduk yang saling
menghormati antara satu sama
1, 20.00%
lain
Masjid dapat mewujudkan
penduduk yang saling membantu
antara satu sama lain

Masjid dapat mewujudkan


penduduk yang aman dan bersatu
padu

Masjid dapat mewujudkan


hubungan silaturahim dalam
4, 80.00%
kalangan penduduk

Carta Pai 14 : Analisis Soal Selidik Responden tentang Persepsi Penduduk


terhadap Masjid sebagai Agen Integrasi dan Perpaduam di Kampung
Seraya Semporna, Sabah pada skala Tidak Setuju
Sumber : Kajian Lapangan 2019

41
000721-12-1620

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kajian ini bertajuk Persepsi Penduduk Terhadap Masjid sebagai
Agen Integrasi dan Perpaduan di Kampung Seraya Semporna, Sabah. Lokasi kajian ini terletak
kira-kira 10 kilometer dari Pekan Semporna. Daripada kajian ini, pengkaji dapat mengenal pasti
jenis-jenis aktiviti yang diadakan di masjid. Begitu juga pengkaji dapa mengenal pasti persepsi
penduduk Kampung Seraya terhadap masjid sebagai agen integrasi dan perpaduan di Kampung
Seraya Semporna, Sabah. Penduduk dapat memupuk integrasi dan perpaduan melalui aktiviti yang
diadakan.

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan didapati bahawa terdapat pelbagai jenis aktiviti
yang dilakukan di masjid. Antaranya adalah, program ukhwah seperti ceramah dan solat hajat,
menjalankan program KAFA, bergotong royong membersihkan kawasan masjid dan tanah
perkuburan, meraikan majlis agama dan majlis akad nikah. Begitu juga, didapati bahawa penduduk
juga mempunyai persepsi terhadap masjid sebagai agen Integrasi dan Perpaduan. Antara persepsi
penduduk terhadap masjid Kampung Seraya adalah, masjid dapat mengeratkan hubungan
penduduk melalui aktiviti yang diadakan. Selain itu, masjid juga dapat mewujudkan penduduk
yang saling menghormati antara satu sama lain. Seterusnya, masjid dapat mewujudkan penduduk
yang saling membantu antara satu sama lain. Di samping itu, masjid dapat mewujudkan penduduk
yang aman dan bersatu padu. Akhir sekali, masjid juga dapat mewujudkan hubungan silaturahim
dalam kalangan penduduk.

Hasil daripada kajian ini, dapatan utama bagi objektif 1 adalah aktiviti yang dilakukan di
masjid dalam memupuk Integrasi dan Perpaduan adalah program ukhwah seperti ceramah dan
solat hajat. Aktiviti ini telah mencatatkan rekod sebanyak 25.21 %. Manakala dapatan utama bagi
objektif 2 adalah persepsi utama penduduk terhadap masjid sebagai agen Integrasi dan Perpaduan
adalah masjid dapat mengeratkan hubungan penduduk melalui aktiviti yang diadakan. Selain itu,
masjid dapat mewujudkan penduduk yang saling menghormati antara satu sama lain. Seterusnya,
masjid dapat mewujudkan penduduk yang saling membantu antara satu sama lain. Begitu juga,
masjid dapat mewujudkan penduduk yang aman dan bersatu padu. Persepsi penduduk ini telah
mencatatkan rekod yang seri iaitu sebanyak 20.27%.

42
000721-12-1620

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Masjid perlu mengambil peranan dalam menaik taraf
kemudahan yang terdapat di masjid agar pelbagai lagi jenis aktiviti boleh diadakan di Masjid
Kampung Seraya. Kesannya, lebih banyak aktiviti diadakan maka hubungan yang terjalin dalam
kalangan penduduk akan bertambah erat di samping mengekalkan nilai-nilai murni yang baik
dalam kalangan penduduk Kampung Seraya. Usaha yang berterusan dalam kalangan Ahli
Jawatankuasa Masjid dapat memantapkan lagi perjalanan aktiviti yang diadakan. Begitu juga
secara tidak langsung telah menyumbang ke arah pembentukan generasi Islam yang memupuk
sikap nilai-nilai murni yang baik dalam diri mereka. Seterusnya, mereka mampu menghindarkan
diri daripada terjebak dengan perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan generasi Islam kini
dan akan datang.

Daripada kajian ini, pengkaji berharap agar Masjid Kampung Seraya, Semporna, Sabah ini
terus maju dan berkembang. Diharapkan juga agar masjid ini boleh dinaik taraf sehingga menjadi
tumpuan utama penduduk dalam mengimarahkan aktiviti yang diadakan. Melalui kajian ini,
diharapkan agar kajian ini dapat mempromosikan serta memperkenalkan Masjid Kampung Seraya
ini dalam usaha meningkatkan imej agama Islam di dunia khususnya di Malaysia. Pengkaji juga
berharap agar persepsi penduduk terhadap masjid sebagai agen Integrasi dan Perpaduan juga boleh
dititik beratkan dalam menyelesaikan isu kajian yang akan dilakukan pada masa akan datang.

43
000721-12-1620

RUJUKAN

Internet

Myron Weiner, 2017, Pengertian Integrasi Nasional Menurut Para Ahli dan Secara Umum,
dicapai pada 24 April, 2019 dari https://www.zonareferensi.com

Yong Hong Lee, 2017, Definisi Perpaduan, dicapai pada 24 April, 2019 dari
https://www.academia.edu

Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2002, Cabaran Integrasi Antara Kaum di Malaysia : Perspektif
Sejarah, Keluarga, Pendidikan dan Agama, dicapai pada 25 April, 2019 dari https://academia.edu

Peta Negeri Sabah, dicapai pada 29 April, 2019 dari http://maps.google.com.my

Peta Daerah Semporna, Sabah, dicapai pada 29 April, 2019 dari http://maps.google.com.my

Peta Satelit Kampung Seraya Semporna, Sabah, dicapai pada 29 April, 2019 dari
https://google.com.my/maps

________, 2013, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Gotong Royong Membersihkan
Masjid dan Tanah Kubur dan Majlis Nisfu Syaaban Kawasan Rukun Tetangga Sungai Baru
Gunung, dicapai pada 25 April, 2019 dari https://www.perpaduan.gov.my

________, 2016, Usaha-usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum di Malaysia Melalui Aktiviti


Bergotong-royong, dicapai pada 25 April, 2019 dari http://gotongroyong.drm.blogspot.com

Razif Yusuf, 2017, Masjid sebagai Tempat Mengeratkan Perpaduan dan Silaturahim - Abdul
Rahman, dicapai pada 25 April, 2019 dari https://www.google.com.my

Akhbar

44
000721-12-1620

Siti Rohani Mohamad Nor, 2011, Buletin Mutiara, RM I00,000 Elaun Tambahan setiap tahun -
guru KAFA bersyukur dihargai, dicapai pada 25 April, 2019

Mohd Rizal Azman Rifin, 2016, Utusan Online, Amalkan Hidup Saling Menghormati, dicapai
pada 24 April, 2019

Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, 2013, mStar, Negara akan Terus Maju Jika Perpaduan
Kaum dapat Dikekalkan, dicapai pada 25 April, 2019

Buku

Haji Ishak bin Saat, 2015, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Bil 25

Kamus

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2012, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Bahasa Melayu, 2011, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Laporan

45
000721-12-1620

______, 2013, Laporan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, dicapai pada 23 April,
2019

______, 2017, Laporan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Majalah Muhibah
Bil. 1 2017 ISSN 2289-1145 Bil. 4, dicapai pada 25 April, 2019

46

You might also like