Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TEKS UCAPAN VIP

Yang Berusaha, Cikgu Shafie Bin Haji Mohd Noor, Pengetua Smk Seremban 3,

Yang Dihormati Arbitre-arbitre, Guru-guru Penolong Kanan, Pegawai-pegawai kejohanan,


para guru dan guru-guru Pengiring, pasukan-pasukan yang bertanding, para pelajar, serta
hadirin hadirat sekalian.

Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat meluangkan masa bersama-sama Dalam
kejohanan Petanque Remaja ( Double) Peringkat Negeri Sembilan. Terima kepada Tuan
Rumah, iaitu SMK Seremban 3 atas penganjuran ini.

Sidang hadirin yang berbahagia.

Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid yang cergas
fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek
yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk
seorang murid yang cergas, patuh dengan aturan dan secara tidak langsung membentuk
seorang atlet yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri
yang kental serta mempunyai daya kepimpinan.

Hadirin yang dihormati,

Sukan petanque semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelajar sekolah. Penganjuran
sebegini memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara langsung dalam sukan
kompetitif di peringkat yang lebih tinggi. Penganjuran sukan petanque ini berjaya melibatkan
bilangan sekolah yang agak besar iaitu sebanyak 18 buah sekolah. Syabas dan Tahniah
kepada sekolah-sekolah yang menyertai, termasuklah sebuah sekolah yang datang dari
Selangor.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu acara,
perkara yang lebih penting ialah kejohanan mengajar peserta-peserta bahawa kejayaan
hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan.
Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola
kerana telah berjaya menganjurkan Kejohanan Petanque Remaja (Double) peringkat Negeri
Sembilan dengan jayanya. Kepada para atlet yang mengambil bahagian dan meraih pingat
kejohanan selepas ini, saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya janganlah
berputus asa, kerana penyertaan anda sudah pun menunjukkan bahawa anda telah mencipta
kejayaan.

Sekian, terima kasih.

You might also like