Sejarah Perkembangan Ekonomi ...

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

BANDAR DAN PEKAN PERLOMBONGANBIJIH TIMAH DI PERAK 1874-1940

NOR HISHAM BIN ZULKIFLEE

TESIS INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK


MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA SASTERA (SEJARAH MALAYSIA)
(MOD PENYELIDIKAN)

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2017
iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menfokuskan perkembangan bandar dan pekan perlombongan
bijih timah di Perak dalam tempoh tahun 1874 sehinggalah tahun 1940. Adalah
dianggarkan lebih kurang tiga puluh buah bandar dan pekan kecil di seluruh negeri Perak.
Kajian ini dilaksana dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang
menekankan penggunaan sumber primer seperti rekod-rekod kolonial British yang
tersimpan di Arkib Negara Malaysia seperti Colonial Office Record, Laporan Tahunan,
Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Daerah,surat-surat Residen British dan
Perak Government Gazzete.Kesemua dokumen ini dianalisis dan dibuat penilaian serta
tafsiran secara hermeneutic bagi mengelakkan sebarang bias. Hasil kajian telah
menunjukkan bahawa kemunculan bandar dan pekan perlombongan bijih timah di Perak
didapati bukan sahaja berpunca daripada kesan perlombongan bijih timah tetapi
perkembangan tersebut turut dipengaruhi oleh pentadbiran kolonial British, impak
Revolusi Perindustrian, peranan pegawai British dan pemimpin setempat, kewujudan
sistem perhubungan moden dan pertanian komersil. Perkembangan bandar dan pekan bijih
timah ini berterusan sehinggalah ia menjadi semakin kurang berfungsi akibat pengaruh
persekitaran ekonomi pada masa penjajahan kolonial British yang mengalami
kemerosotan. Walau bagaimanapun, bandar dan pekan perlombongan bijih timah di Perak
dianggap sebagai mercu tanda perbandaran pertama yang terancang di Tanah Melayu serta
mampu diangkat menjadi warisan negara.
v

THE TIN MINING TOWNS IN PERAK 1874-1940

ABSTRACT

This research aims to study the development of tin mining towns in Perak in the period
1874 until 1940s. It is estimated these are more than thirty towns throughout the state. This
study utilised qualitative approach which emphasize the use of primary sources such as
records of the British colonial stored in the Malaysia National Archives as Colonial Office
Records, Annual Reports, State Secretary Files, District Office, letters of the British
Resident and Perak Government Gazette. These documents were analysed, evaluated and
interpreted hermeneutic to avoid any bias. The results showed that the establishment of tin
mining towns in Perak was not only due to the effect of tin mining, but the growth was also
influenced by the British colonial administration, the impact of the Industrial Revolution,
the role of British officials and local leaders, the availability of modern communications
systems and agriculture commercial. The development of tin mining towns are sustained
until it turned progressively less functional due to the economic environment at the time of
British colonial rule diminished. However, tin mining towns in Perak is considered as a
landmark of the first planned township in Malaya and could become a national heritage.
vi

ISI KANDUNGAN

Halaman
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
ISI KANDUNGAN vi
SENARAI LAMPIRAN viii
SENARAI SINGKATAN ix

BAB 1 LATAR BELAKANG 1


1.1 Pengenalan 1
1.2 Skop Kajian 3
1.3 Tujuan 4
1.4 Permasalahan Kajian 4
1.5 Objektif 5
1.6Kepentingan Kajian 6
1.7Ulasan Kajian Terdahulu 7
1.8Definisi Istilah 14
1.9 Metodologi Kajian 17
1.10 Pembahagian Bab 19
1.11 Kesimpulan 21

BAB 2 NEGERI PERAK DAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH 24


2.1 Latar Belakang Negeri Perak 24
2.2 Perkembangan Bandar Tradisional di Perak Sebelum Tahun 1874 28
2.3 Sejarah Perlombongan Bijih Timah di Perak 36
2.4 Kesimpulan 46
vii

BAB 3 KEMUNCULAN BANDAR DAN PEKAN


PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH DI PERAK 52
3.1 Daerah Larut 53
3.2 Daerah Kinta 67
3.3 Daerah Batang Padang 116
3.4 Kesimpulan 127

BAB 4 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN BANDAR


DAN PEKAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH DI PERAK 139
4.1 Pengaruh Perkembangan Industri Perlombongan Bijih Timah 140
4.2 Kewujudan Pentadbiran British 142
4.3 Pengaruh Revolusi Perindustrian di Britian 147
4.4 Peranan Pegawai-pegawai British 151
4.5 Peranan dan Pengaruh Pembesar Melayu Perak 157
4.6 Peranan Pelombong Cina 167
4.7 Kesan Pembinaan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan 171
4.8 Kesan Pertanian Komersil 175
4.9 Kesimpulan 178

BAB 5 KEPENTINGAN BANDAR DAN PEKAN KECIL


PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH DI NEGERI PERAK 184
5.1 Pemangkin Pembangunan Ekonomi Perak 185
5.2 Permulaan Perbandaran Ala Bandar British di England 189
5.3 Warisan Senibina Kolonial 194
5.4 Kemunculan Masyarakat Majmuk 199
5.5 Transit Gerakan Politik 207
5.6 Kesimpulan 214

BAB 6 : PENUTUP 219

BIBLIOGRAFI 225
LAMPIRAN 235
viii

SENARAI LAMPIRAN

1 Surat Commission For The Pacifiction of Larut kepada Gabenor Sir Andrew Clarke
dan Perjanjian Persempadanan Larut yang ditandatangani pada 20 Februari 1874.
2 Surat daripada Hugh Low kepada F.A. Swettenham atas perkhidmatan cemerlang
sebagai Penolong Residen di Perak, 11 Januari 1886.
3 Surat asal peniaga-peniaga di Ipoh kepada Majistret Kinta.
4 Gambar-gambar bersejarah bandar dan pekan perlombongan bijih timah di Perak.
5 Peta Negeri Perak pada tahun 1910
ix

SENARAI SINGKATAN

ANM Arkib Negara Malaysia


AR Annual Report
hlm. halaman.
INA Indian National Army
JMBRAS Journal of the Malayan Branch Royal Asiatic Society.
JSBRAS Journal of the Straits Branch Asiatic Society.
Km kilometer
NNS Negeri-Negeri Selat
PGG Perak Government Gazette
RCPE, 1874Report of the Commissioners under Clause XIII of the “Perak Engagement”
dated 20th January1874.
SBLDStraits Settlements Blue Book of the Larut District in the Native States of Perak for
the year 1874.
SPL Suruhanjaya Perdamaian Larut
S.S Straits Settlements
UNESCO United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization.
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pada akhir abad ke-19, negeri Perak memasuki fasa baharu dalam sejarah pembangunan

moden di Negeri-negeri Melayu. Ia menyaksikan berlakunya interaksi antara masyarakat

dan persekitaran yang bergabung dalam membentuk negeri Perak yang wujud pada hari

ini. Perkembangan industri perlombongan bijih timah di negeri Perak menerusi penemuan

bijih timah di Larut oleh Long Jaafar pada tahun 1840-an dan Perjanjian Pangkor1 pada

tahun 1874 menjadi satu titik tolak kepada sejarah moden negeri ini. Perkembangan

tersebut mengubah landskap penempatan masyarakatnya daripada perkampungan di tebing

sungai yang beratapkan nipah kepada pekan dan bandar yang memiliki bangunan konkrit.

Hal yang demikian ini jelas dibuktikan dengan catatan Sir Hugh Low pada tahun 1881

yang menyatakan petempatan di Perak bukannya sebuah perkampungan kotor dengan

pondok atap yang dilalui oleh lorong bengkok sempit, tetapi sebuah bandar baharu

mengandungi blok bangunan batu yang memiliki penampilan kemas dan terbaik sama

seperti di bandar-bandar Negeri-negeri Selat.2


2

Transformasi tersebut juga dirangsang dengan keutuhan kerjasama politik antara

pihak kolonial British dan pemimpin tempatan dalam sistem pentadbiran. 3Perkembangan

turut ini meningkatkan potensi ekonomi negeri Perak lalu membawa kepada kemasukan

secara besar-besaran imigran Cina dan India ke negeri ini. Kehadiran golongan tersebut

secara tidak langsung berfungsi sebagai sumber tenaga manusia yang menyumbang

terhadap pertumbuhan pekan kecil dan bandar perlombongan bijih timah di negeri Perak.

Selain itu, pembinaan landasan kereta api dan jalan raya turut memainkan peranan dalam

perkembangan ini. Segala perubahan sosio-ekonomi ini sedikit sebanyak mempengaruhi

bangun dan jatuhnya pekan dan bandar perlombongan bijih timah yang muncul di negeri

Perak terutamanya selepas tahun 1874.

Bandar-bandar dan pekan kecil di negeri Perak yang masih wujud sehingga hari ini

merupakan bekas peninggalan kolonial yang merakam segala perkembangan yang

berlangsung di negeri Perak pada masa lampau. Bandar dan pekan kecil ini atau lebih

dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai ‘pekan lama’ boleh diibaratkan sebagai sebuah

buku yang memiliki bab-bab yang bukan sahaja memaparkan sejarah lampau lokasi

tersebut tetapi juga kehidupan masyarakatnya secara keseluruhan. Bandar dan pekan kecil

ini turut berfungsi sebagai mercu tanda dan warisan sejarah yang juga merupakan lambang

ekonomi masyarakat negeri Perak terutamanya semasa zaman kegemilangan negeri ini

sebagai pengeluar utama bijih timah dunia. Maka tidak hairanlah negeri ini mendapat

jolokan sebagai ‘Perak, the state that tin built’ atau dalam bahasa Melayu iaitu ‘Perak,

negeri yang dibina oleh bijih timah’.4


3

1.2 Skop Kajian

Kajian ini mengambil tempoh masa dari tahun 1874 hingga 1940. Pemilihan tempoh masa

tersebut adalah kerana tempoh berkenaan merupakan era kegemilangan perlombongan

bijih timah yang banyak mempengaruhi landskap perkembangan bandar dan pekan

perlombongan bijih timah di negeri Perak. Skop masa kajian bermula pada tahun 1874

kerana pada tahun tersebut merupakan permulaan kepada pentadbiran kolonial British di

Perak menerusi Perjanjian Pangkor yang seterusnya merangsang kepada kemunculan

bandar dan pekan perlombongan negeri tersebut. Tahun 1940 pula dipilih sebagai skop

masa berakhir ekoran berlakunya kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an dan

Perang Dunia Kedua (1941-1945) yang mana secara tidak langsung menjejaskan

perkembangan bandar dan pekan bijih timah di Perak.

Lokasi penyelidikan pula dibahagikan kepada lima zon yang dahulunya adalah

daerah perlombongan bijih timah utama di Perak iaitu Larut Matang dan Selama, Kinta,

Kampar, Batang Padang dan Mualim. Pembahagian ini dilakukan berikutan kepentingan

kawasan tersebut yang mempunyai bandar dan pekan kecil perlombongan bijih timah yang

berkait rapat dengan penyelidikan ini kelak. Bandar dan pekan kecil yang terlibat dalam

lokasi penyelidikan ini ialah Taiping, Kamunting, Matang, Tupai, Aulong, Ipoh, Ampang,

Chemor, Tambun, Tanjung Rambutan, Lahat, Menglembu, Tronoh, Pusing, Papan, Batu

Gajah, Sungai Raia, Gopeng, Kota Bahru, Kampar, Temoh, Chenderiang, Sungai Siput

(Selatan), Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River, Behrang dan Tanjong Malim.
4

1.3 Tujuan

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan bandar dan pekan perlombongan

bijih timah di negeri Perak dari sudut politik dan sosio-ekonomi sejak tahun 1874 hingga

1940. Penyelidikan ini menelusuri sejarah petempatan awal yang diterokai daripada

kawasan hutan untuk dijadikan sebagai kawasan perlombongan bijih timah. Apabila

petempatan-petempatan ini berperanan bagi membekalkan pelbagai bekalan kepada

pelombong dan dibantu dengan pembinaan infrastruktur, ia telah merubah wajah kawasan

tersebut sehingga lahirnya bandar dan pekan yang baru.

1.4 Permasalahan Kajian

Pada akhir abad ke-19, negeri Perak mengalami perkembangan dan kemunculan pesat

bandar-bandar dan pekan-pekan yang lahir daripada aktiviti perlombongan bijih timah

yang rancak berlangsung. Kemunculan ini merupakan senario baru terhadap perkembangan

negeri Perak menjelang abad ke-20. Abdullah Zakaria Ghazali menjelaskan bahawa

kawasan yang asalnya adalah hutan belantara telah diterokai sebagai kawasan

perlombongan bijih timah dan menjadi petempatan para pelombong lalu berkembang

sebagai sebuah bandar yang berfungsi menyokong aktiviti perlombongan tersebut. 5

Menurut Gullick pula, bandar-bandar di negeri Perak terutama Taiping lebih maju dan

terancang berbanding negeri Selangor pada tempoh 1874-1875.6 Menjelang tahun 1940-an,

terdapat sebahagian pekan-pekan perlombongan bijih timah itu terus berkembang menjadi
5

bandar-bandar besar seperti Ipoh dan Taiping manakala sebahagian yang lain pula merosot

hingga menjadi pekan mati.

Perlombongan bijih timah dan pentadbiran British di negeri Perak pada tahun 1874

didapati telah mencorak perkembangan dan kemunculan bandar dan pekan-pekan di negeri

Perak. Ia juga bukan sahaja didiami oleh penduduk tempatan tetapi turut dibanjiri dengan

kemasukan buruh-buruh Cina dan India yang kemudiannya membentuk kepada masyarakat

majmuk di negeri Perak. Selain itu, perkembangan ini dirangsang dengan penyediaan

kemudahan infrastruktur moden oleh kerajaan kolonial British seperti jaringan jalan raya,

sistem pos dan perkhidmatan kereta api.

1.5 Objektif Kajian

1. Mengkaji latar belakang petempatan awal di negeri Perak sebelum campur tangan

British.

2. Mengkaji sejarah perkembangan bandar dan pekan perlombongan bijih timah di

negeri Perak semasa pentadbiran British.

3. Menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bandar dan pekan

perlombongan bijih timah di Perak.

4. Mengkaji kepentingan perkembangan bandar dan pekan perlombongan bijih timah

di negeri Perak terhadap sosio-ekonomi semasa era kolonial British.


6

1.6 Kepentingan Kajian

Secara umumnya, penyelidikan mengenai perkembangan bandar-bandar dan pekan

perlombongan bijih timah di negeri Perakamat kurang dilakukan. Hamzah Sendut turut

mengakui hal ini dalam tulisannya yang berjudul ‘Urbanization’ bahawa kajian berkenaan

perkembangan bandar di Malaysia agak berkurangan. 7 Wang Gungwu juga menyatakan

bahawa kajian sejarah tempatan ini agak sukar kerana kebiasaannya sejarawan tempatan

sahaja yang akan melakukan kajian dan bias untuk menaikkan tempatnya. 8

Kebanyakan kajian lepas atau penyelidikan hanya menumpukan kepada beberapa

bandar utama sahaja seperti Ipoh, Taiping dan Teluk Intan.Situasi ini mungkin disebabkan

tidak ramai penyelidik menyedari kewujudan bandar dan pekan kecil perlombongan bijih

timah yang kebanyakannya tenggelam dalam arus pembangunan lalu menjadi pekan kecil

atau pekan mati pada hari ini. Oleh itu, penyelidikan ini memenuhi kekurangan

penyelidikan mengenai bandar dan pekan kecil perlombongan bijih timah di Perakdan

menambahkan maklumat berkaitan perkembangan serta sejarah negeri ini.

Kajian berkenaan sejarah bandar dan pekan perlombongan bijih timah di negeri

Perak ini sekaligus dapat mengetengahkan kembali warisan sejarah kegemilangan bijih

timah negeri Perak yang pada hari ini berhadapan dengan masalah keuzuran dan

kemusnahan oleh arus pembangunan moden. Hasil kajian ini juga didapati boleh

membantu kepada usaha-usaha untuk pendokumentasian dan pemuliharaan bandar dan

pekan perlombongan bijih timah ini sebagai warisan sejarah serta mendapat pengiktirafan

United Nation Education,Science and Culture Organization (UNESCO) sebagai ‘Bandar

Warisan Bijih Timah Dunia’di Malaysia selepas Melaka dan Georgetown diiktiraf sebagai

‘Kota-kota Bersejarah Selat Melaka’. Ia turut menjadi sumber bacaan serta panduan
7

kepada bakal penyelidik lain selepas ini yang berminat mengkaji berkaitan bandar-bandar

dan pekan perlombongan bijih timah atau industri tersebut di negeri Perak.

1.7 Ulasan Kajian Terdahulu

Perlombongan bijih timah umpama nadi kepada perkembangan bandar dan pekan

perlombongan bijih timah di Perak. Industri tersebut bukan sahaja melahirkan bandar dan

pekan tersebut tetapi turut menwarnai kehidupan seharian warga penghuninya. Selain itu,

kemunculan bandar dan pekan ini menggambarkan pencapaian bagi pembangunan negeri

Perak semasa era kegemilangannya sebagai pengeluar utama bijih timah dunia. Isu ini

telah menarik minat ramai penyelidik untuk melakukan kajian mengenai sejarah mengenai

sosio-ekonomi negeri Perak semasa zaman kolonial British.

Hasil awal tinjauan terhadap kajian lepas yang telah dilakukan, kebanyakan kajian

lebih menjurus kepada beberapa bandar dan pekan perlombongan bijih timah utama di

negeri Perak seperti Taiping (Larut), Ipoh, Batu Gajah dan Kampar (Kinta). Namun begitu,

tidak begitu banyak maklumat atau kajian yang membincangkan bandar-bandar lain seperti

Papan, Pusing, Lahat, Tronoh, Sungai Raia, Temoh, Gopeng dan Bidor. Jika ada, kajian

tersebut hanya menyentuhnya secara ringkas sahaja.

Sebenarnya tidak ada kajian yang dilakukan dalam bentuk disertasi atau tesis

berkenaan sejarah bandar dan pekan di Perak. Malahan kajian peringkat ini untuk

membincangkan sejarah perbandaran negara juga tidak begitu banyak. Antara yang kajian

memiliki hubungkait dengan penyelidikan ini ialah ‘Sanitary Board Kuala Lumpur,
8

Peranan dan Pentadbiran 1890-1914’9 oleh Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus. Ia

merupakan disertasi sarjana yang khusus membincangkan aspek sejarah perbandaran dan

telah diubahsuai sebagai monograf. Kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu latar

belakang Kuala Lumpur, pentadbiran Sanitary Board dan isu-isu berkaitan badan penguasa

tempatan tersebut. Namun begitu berbeza dalam penyelidikan ini, penyelidik

menghuraikan bahawa bandar dan pekan perlombongan bijih timah di Perak juga

mempunyai beberapa Sanitary Board yang turut menjadi salah satu daripada faktor

penyumbang kepada perkembangan perbandaran negeri ini. 10

Kajian terawal yang dikenal pasti menyentuh mengenai bandar dan pekan

perlombongan bijih timah di negeri Perak ini ialah artikel ‘About Kinta’11 yang ditulis oleh

H.W.C. Leech dalam Journal of the Straits Branch Royal of the Asiatic Society (JSBRAS)

keluaran tahun 1879. Penulisan artikel ini lebih menfokuskan kepada ekspedisi yang

dilakukan oleh Leech yang bermula dari Kuala Kangsar. Semasa berada di Kinta, Leech

turut mencatatkan kaedah perlombongan bijih timah yang dijalankan di situ. Beliau juga

mengunjungi Papan, Sungai Raya dan Gopeng yang dinyatakannya sebagai kawasan

perlombongan utama di Kinta. Meskipun tajuk artikel ini adalah Kinta tetapi ia turut

membicarakan lokasi-lokasi lain seperti Lembah Sungai Plus, Chenderiang, Tapah, Bidor,

Slim River dan Sungkai. Penulisan Leech ini hanya memberikan sedikit gambaran

mengenai bandar dan pekan perlombongan yang wujud semasa lawatannya tersebut.

Seterusnya, artikel hasil tulisan J. Errington de La Cox dalam JMBRAS pada tahun

1880 yang bertajuk ‘Some Accounts of the Mining District of Lower Perak’12 juga

merupakan sebahagian kajian awal yang pernah dilakukan mengenai sejarah perlombongan

di negeri Perak. Sepertimana artikel Leech, de La Cox turut menerangkan latar belakang

secara ringkas mengenai kawasan-kawasan perlombongan bijih timah yang terdapat di

selatan negeri Perak iaituDaerah Sungai Kinta, Daerah Sungai Batang Padang dan Daerah
9

Sungai Bidor. Namun begitu sebagai seorang jurutera lombong, beliau lebih

membincangkan perlombongan bijih timah dalam artikel ini dari perspektif geologi

daripada aspek petempatan perlombongan bijih timah yang wujud seperti dalam

penyelidikan ini.

Kemudian, Khoo Kay Kim sebagai sejarawan tempatan pula menulis sebuah artikel

bertajuk ‘Taiping (Larut) : The Early History of a Mining Settlement’13 dalam JMBRAS

keluaran 1991 yang turut menjadi salah satu bahan rujukan penting dalam penyelidikan ini.

Artikel ini banyak membincangkan mengenai perkembangan Taiping yang bermula

daripada peristiwa penemuan bijih timah oleh Long Jaafar sehingga menjadi sebuah bandar

terpenting di negeri Perak pada awal abad ke-20 dan turut menyentuh kemerosotan bandar

tersebut. Walaupun lengkap membicarakan perkembangan Taiping, artikel ini kurang

memberi tumpuan mengenai asal usul kemunculan, pembuka dan tokoh yang memajukan

bandar ini. Penulis juga didapati lebih menumpukan perbincangan mengenai asal usul

orang Cina di Taiping dan pertelingkahan pelombong Cina sahaja sehingga mengabaikan

perbincangan berkaitan orang Melayu dan India di bandar itu.

Selain itu, Khoo Kay Kim turut menulis sebuah artikel rencana yang menarik

mengenai sejarah perlombongan bijih timah di negeri Perak yang bertajuk ‘Bijih Timah

dalam Sejarah Perak’14. Meskipun artikel tersebut ringkas, ianya secara tidak langsung

banyak memberikan maklumat terhadap penyelidikan ini terutamanya dalam bab dua iaitu

mengenai latar belakang sejarah perlombongan bijih timah di negeri Perak. Khoo Kay Kim

juga memuatkan perbincangan ringkas mengenai impak industri bijih timah ini terhadap

sosio-ekonomi negeri ini termasuklah perkembangan bandar dan pekan perlombongan.

Masalah dan cabaran yang dihadapi oleh bandar dan pekan perlombongan bijih timah di

negeri Perak akibat kemerosotan perlombongan bijih timah turut boleh didapati dalam
10

artikel ini. Walau bagaimanapun, kelemahan artikel ini adalah tidak menerangkan latar

belakang bandar dan pekan perlombongan bijih timah yang terdapat di Perak.

Jika Khoo Kay Kim berkaitan Taiping dan Larut, artikel yang bertajuk

‘Menyingkap Perkembangan Perbandaran Ipoh Menjadi Sebuah Bandaraya’15 oleh Mohd

Hairy Ibrahim, Jamaluddin Md. Jahi, Abdul Samad Hadi dan Khairi Ariffin pula

mengetengahkan perkembangan bandar Ipoh dalam aspek perbandaran. Artikel ini secara

keseluruhan memaparkan proses perkembangan bandar Ipoh yang bermula dengan bidang

perlombongan bijih timah hingga perkembangan industri moden pada hari ini. Walau

bagaimanapun, maklumat yang berkaitan dengan penyelidikan ini hanya terdapat dalam

tajuk kecil artikel ini iaitu ‘Perkembangan Ipoh Sebelum Merdeka (1890-1956)’ dan

perbincangannya terlalu ringkas kerana lebih menekankan aspek geografi.

Seterusnya, sejarah perbandaran di Perak turut disentuh dalam kertas kerja Mohd.

Zamberi Abdul Malek yang bertajuk ‘Taiping Ibu Kota Perak Sebelum Ipoh’ 16.

Perbincangan kertas kerja ini dimulakan dengan memerihalkan pembangunan dan

perkembangan bandar Taiping oleh pihak pentadbir British. Penyediaan infrastruktur

moden dan terawal di Negeri-negeri Melayu telah menjadi keistimewaan Taiping sebagai

ibu kota Perak. Artikel ini turut memaparkan cadangan Taiping sebagai pusat pentadbiran

Persekutuan pada tahun 1896 dan pemindahan ibu negeri Perak dari Taiping ke Ipoh.

Secara umum, perbincangan artikel ini begitu baik namun terdapat kelemahan yang

dikenalpasti dalam artikel ini ialah kurangnya penggunaan sumber primer. Bagi penyelidik,

kertas kerja ini merupakan bahan penting dalam kajian terutamanya merujuk latar belakang

Taiping dan pemindahan ibu negeri Perak.

Kemudian, Zabidin Ismail juga membincangkan sejarah Ipoh menerusi kertas

kerjanya yang bertajuk ‘Ipoh : Tinjauan Ringkas Sejarah Pembukaan dan Kemunculan
11

Akhbar Politik Pra Merdeka’. 17 Perbincangan kertas kerja ini terbahagi kepada dua

bahagian iaitu pembukaan bandar Ipoh dan kemunculan akhbar politik pra merdeka.

Berdasarkan sumber sekunder, artikel ini menjelaskan penerokaan Ipoh oleh Kulup Kinta

yang seterusnya menjadi pekan bijih timah. Ia juga turut menyentuh asal usul nama Ipoh.

Namun dalam bahagian kedua, kertas kerja ini kurang menekankan peranan Ipoh sebagai

pusat kemunculan akhbar politik pra merdeka dan hanya memaparkan latar belakang

akhbar-akhbar tersebut.

Di samping itu, terdapat juga artikel yang menyentuh tentang sejarah kemunculan

bandar lain di luar negeri Perak. Misalnya, Zulkarnain Abdul Rahman menghasilkan satu

kertas kerja bertajuk ‘ Perkembangan Kuala Lumpur Pada Abad ke-19’. 18 Kertas kerja ini

membicarakan mengenai sejarah awal Kuala Lumpur serta beberapa polemik sejarah

bandar tersebut seperti asal usul, lokasi permulaan dan faktor perkembangan. Menurut

artikel ini, kepesatan perlombongan bijih timah dan perpindahan pusat pentadbiran telah

menjadi faktor perkembangan Kuala Lumpur. Secara tidak langsung, faktor yang sama

turut mempengaruhi perkembangan bandar perlombongan bijih timah di Perak dan

ditambah dengan beberapa faktor lain berdasarkan dapatan pengkaji dalam penyelidikan

ini.

Satu lagi kertas kerja berkenaan perbandaran di Malaysia ialah ‘Masyarakat dan

Perubahan Alam Bina di Terengganu yang dihasilkan oleh Sulong Mohamad. 19 Uniknya

kertas kerja ini adalah penggunaan istilah ‘alam bina’ yang menggantikan istilah

perbandaran. Secara keseluruhan artikel ini menyorot kembali sejarah perubahan alam bina

di Terengganu dari zaman pra-Kesultanan hingga sekarang. Namun berbeza dengan

penyelidikan ini, perbandaran di Terengganu lebih kepada bandar pelabuhan dan

perdagangan menjadi faktor utama perkembangan bandar di negeri tersebut terutamanya

Kuala Terengganu.
12

Selain daripada artikel jurnal, buku-buku turut menjadi rujukan dalam penyelidikan

ini. Antara buku utama yang menjadi rujukan ialah ‘The Evolution Of The Urban System In

Malaya’20 yang ditulis oleh Lim Heng Kow. Kepentingan buku ini terhadap penyelidikan

ini adalah disebabkan kandungannya membincangkan evolusi sistem bandar di Tanah

Melayu dari perspektif sejarah termasuklah perbandaran di Perak. Namun, perbincangan

buku ini mengenai perbandaran di Perak hanya berfokus kepada perkembangan ringkas

bandar-bandar berserta pengaruh perlombongan bijih timah dan dasar pentadbiran British

terhadap perkembangan bandar-bandar tersebut.

Seterusnya, ‘About Perak’21 yang ditulis oleh Frank Swettenham pada tahun 1893

merupakan salah satu buku penting dalam penyelidikan ini. Buku ini menjelaskan

mengenai setiap bandar dan pekan yang terdapat di negeri Perak dari daerah Kerian hingga

ke Hilir Perak dari sudut pandang Swettenham sendiri yang terlibat dalam perkembangan

perbandaran negeri tersebut. Keseluruhan penjelasan tersebut terkandung dalam satu bab

yang bertajuk ‘AgricultureandTheRise of Townships’. Meskipun begitu, penulisan

Swettenham ini hanya menyentuh secara umum mengenai bandar dan pekan yang terdapat

di Perak sehingga tahun 1893 sahaja.

Penyelidikan ini turut menjadikan buku Larut Daerah Terkaya 22yang ditulis oleh

Mohd. Zamberi A. Malek sebagai rujukan mutakhir dalam melihat perkembangan bandar

dan pekan perlombongan bijih timah di daerah tersebut. Buku ini menelusuri

perkembangan daerah Larut terutamanya Taiping dari sudut politik, ekonomi dan sosial

dari sejak zaman prasejarah sehingga zaman pasca merdeka. Ia menceritakan sejarah

penting dalam perlombongan bijih timah di Perak itu sendiri dengan kisah penemuan

galian tersebut dan usaha perlombongan yang dijalankan oleh Long Jaafar bersama

anaknya, Menteri Ngah Ibrahim. Berbanding dengan penyelidikan yang dilakukan, buku
13

ini didapati lebih membincangkan perkembangan bandar Taiping sahaja dan kurang

menyentuh perkembangan pekan-pekan perlombongan bijih timah lain di Larut.

Di samping itu, buku ‘Kinta Valley Pioneering Malaysia’s Modern Development’23

yang ditulis oleh Khoo Salma Nasution dan Abdur Razzaq Lubis juga banyak memberikan

maklumat kepada penyelidik mengenai perkembangan awal bandar-bandar di Kinta. Buku

ini bukan sahaja mendedahkan perkara tersebut tetapi turut menceritakan asal usul nama

sebahagian bandar-bandar di Kinta. Menurut kedua-dua orang penulis ini, kebanyakan

bandar bersejarah di Kinta adalah bandar perlombongan bijih timah dan industri itu banyak

mempengaruhi perkembangannya. Mereka berpendapat bahawa perkembangan ini bermula

pada akhir abad ke-19 dan merosot selepas Perang Dunia Pertama. Latar belakang dan

perkembangan kaedah perlombongan bijih timah di negeri Perak terutamanya Kinta juga

dimuatkan dalam buku ini. Meskipun begitu, penulis buku ini hanya menceritakan latar

belakang bandar-bandar tersebut tanpa memberikan hubungkaitnya seperti faktor

kemunculan dan kesan perbandaran di Kinta dengan perlombongan bijih timah.

Kemudian, buku Ho Ming Tak yang berjudul ‘Ipoh When Tin Was King’24 juga

penting kepada penyelidik kerana ia bukan sahaja menjelaskan perkembangan sosio-

ekonomi bandaraya Ipoh pada peringkat awal tetapi secara tidak langsung turut meliputi

beberapa bandar lain di daerah Kinta seperti Batu Gajah dan Gopeng. Namun,

perbincangan utama buku ini lebih kepada membicarakan perkembangan Ipoh sebagai

sebuah kampung kepada bandar kedua terpenting di Tanah Melayu selepas Kuala Lumpur

pada abad ke-20. Ho Ming Tak juga hanya menyentuh latar belakang pelombong-

pelombong terutamanya Cina dan kurang memberi perhatian terhadap aspek lain dalam

perkembangan bandar bijih timah seperti penyelidikan ini.


14

Selain di Perak, terdapat juga buku mengenai bandar dan pekan di negeri lain

seperti ‘Bandar Maharani dan Daerah Muar 1884-1920 : Peribumi dan Pemodenan’.25

Buku ini asalnya adalah kajian yang dilakukan oleh penulis, Abdul Malek Munip. Secara

umum, buku ini bukan sahaja membincangkan perkembangan bandar Muar tetapi

membuktikan bahawa kepimpinan Melayu Johor berupaya membangunkan sendiri bandar

tersebut dengan menyusun sistem pentadbiran dan sosioekonomi dengan jayanya. Berbeza

dengan penyelidikan ini yang melihat bahawa perkembangan bandar dan pekan-pekan di

Perak lebih dipengaruhi oleh kesan pentadbiran kolonial British.

1.8 Definisi Istilah

Perlombongan

Dalam penyelidikan ini, pengkaji menggunakan beberapa istilah penting yang

memainkan peranan dalam memperjelaskan tajuk penyelidikan. Istilah-istilah tersebut

ialah perlombongan, bandar dan pekan. Perlombongan pula mengikut pengertian yang

diberikan dalam Kamus Dewan ialah kerja melombong. Definisi ini tidak begitu jelas

seperti maksud perlombongan yang diberikan dalam Ensiklopedia Britannica iaitu

penggalian bahan galian daripada dasar bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi dan

termasuk mineral organik iaitu arang batu dan petroleum. 26


15

Bandar dan Pekan

Istilah kota, bandar dan pekan sebenarnya memiliki maksud yang hampir sama.

Menurut Kamus Dewan juga memberikan erti ‘pekan’ sebagai tempat perniagaan dan

bandar manakala ‘bandar’ pula membawa maksud tempat dan pusat yang ramai

penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan yang dilakukan. 27 Definisi

bandar ini adalah sama dengan pengertian yang terdapat dalam Ensiklopedia Malaysia

tetapi diperjelaskan lagi bahawa bandar ini berbeza mengikut aspek umur, saiz,

kepentingan dan fungsinya. 28 Menurut Ensiklopedia Dunia, bandar merupakan sebuah

komuniti kediaman dan bangunan lain dalam kelompok yang berdekatan tempat manusia

tinggal dan bekerja. 29

Dalam sejarah, bandar merupakan satu tahap perkembangan yang tertinggi atau

terbesar dalam transformasi kehidupan manusia. Ia bermula dengan petempatan yang kecil

yang mengalami evolusi selari perubahan sejarah manusia. Maka tidak hairanlah konsep

bandar telah wujud sejak zaman awal ketamadunan dunia. Perkembangan ini jelas

dibuktikan dalam sejarah tamadun awal dunia seperti Tamadun Mesopotamia memiliki

bandar-bandarnya di sepanjang tebing Sungai Tigris dan Sungai Euphrates serta Tamadun

Indus dengan bandar kotanya, Harappa di tebing Sungai Indus.

Di Malaysia, konsep bandar turut berkembang dalam corak yang sama. Menurut

Badriyah Haji Salleh, perkembangan bandar di negeri-negeri Melayu terbahagi kepada dua

iaitu sebelum dan selepas zaman pentadbiran kolonial. 30 Beliau menjelaskan bahawa

sebelum kedatangan penjajah Barat, kebanyakan bandar terletak di muara sungai serta

menfokuskan kepada aktiviti pentadbiran dan ekonomi sahaja. Bandar-bandar ini juga

dikatakan wujud hasil daripada perdagangan antara India dengan Asia Tenggara. 31 Contoh

bandar-bandar tersebut ialah Melaka dan Kuala Kedah. Bandar-bandar ini bermula
16

daripada sebuah perkampungan nelayan dan berkembang menjadi pelabuhan entreport.

Namun bentuk bandar awal ini tidak begitu jelas, hanya terdapat pembahagian kawasan

iaitu kawasan pentadbiran dan kawasan awam. 32

Apabila wujudnya pentadbiran British, bandar-bandar baru telah dibina

berhampiran dengan kawasan perlombongan bijih timah serta didiami oleh buruh-buruh

luar dan orang Eropah. Penduduk tempatan iaitu orang Melayu yang tidak terlibat dengan

aktiviti ekonomi komersial ini pula tidak terlibat dalam perkembangan tersebut.33 Namun

terdapat segelintir orang Melayu terutama golongan pembesar melibatkan diri dan

memainkan peranan kecil dalam proses pembandaran di beberapa bandar yang telah wujud

sebelum kedatangan British.34 Contohnya ialah Larut, Klang dan Lukut tetapi pembinaan

bandar baru oleh pihak British seperti Georgetown, Taiping dan Kuala Lumpur berjaya

menenggelamkan kegemilangan bandar-bandar ini.

Daripada perspektif perbandaran menurut ilmu geografi pula, sebenarnya tiada

definisi yang tepat dan jelas mengenai istilah bandar dan pekan ini. Malahan terdapat

banyak sarjana yang memberikan penaksiran masing-masing mengenai maksud bandar dan

pekan. Contohnya, Melvin dan Thomas memberi pengertian bahawa sesebuah bandar

adalah meliputi keseluruhan elemen semulajadi, sosial dan buatan manusia yang

terkelompok dalam kawasan yang mempunyai ramai penduduk yang mempunyai nilai

budaya yang tinggi. 35 William Chiristoller pula berpendapat bahawa bandar ialah tempat

terdapatnya elemen-elemen seperti perdagangan, pentadbiran dan perniagaan kecil. 36

Kemudiannya, Northam turut menjelaskan dengan lanjut tentang istilah bandar ini sebagai

satu lokasi penempatan yang memiliki tiga ciri iaitu kepadatan adalah tinggi, penduduk

tidak terikat dengan pertanian, lokasi memberikan perkhidmatan sebagai pusat pentadbiran

dan ekonomi bagi wilayah.37


17

Secara umum, bandar boleh dirumuskan sebagai petempatan yang lebih besar

saiznya dari pekan dan pekan pula adalah satu petempatan yang lebih besar daripada

kampung dan kedua-duanya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur.

Sesebuah bandar dan pekan itu hanya dapat terbentuk dan dibezakan berdasarkan faktor

pertambahan populasi penduduk dan perkembangan ekonomi yang berlangsung di

kawasan tersebut.

1.9 Metodologi Kajian

Dalam menyiapkan penulisan ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif38 dan

analitikal39. Menerusi pendekatan ini, pengkaji mengenal pasti dan menganalisis data-data

maklumat secara kritis daripada sumber-sumber yang diperoleh. Analisis yang dilakukan

ini digunakan bagi menjawab permasalahan kajian. Sumber sejarah tersebut adalah seperti

rekod, tesis, kertas kerja dan buku-buku bacaan yang berkaitan sejarah bandar dan pekan

awal di negeri Perak di Larut, Kinta dan Batang Padang, penjajahan British di Perak dan

perlombongan bijih timah akan dikumpulkan oleh penyelidik.

Bagi mendapatkan sumber primer dan sumber sekunder, penyelidik melakukan

penyelidikan di perpustakaan. Sumber-sumber ini diperoleh dari perpustakaan-

perpustakaan seperti Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti Malaya,

Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (Perpustakaan Tun Sri Lanang),

Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia, Arkib Negara Malaysia, Kuala

Lumpur, Arkib Negara Malaysia Cawangan Perak, Perpustakaan Jabatan Muzium Negara,

You might also like