OUMM2103 Keusahawanan PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 191

OUMM2103

KEUSAHAWANAN
Norashidah Hashim
Prof Madya Abd Aziz Yusof
Ooi Yeng Keat
Armanurah Mohamad
Abd Razak Amir
Dr Oh Teik Hai
Abd Kadir Othman
Loo Sze Wei

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dr Mansor Fadzil
Prof Dr Zakaria Ismail
Open University Malaysia

Penulis Modul: Norashidah Hashim


Prof Madya Abd Aziz Yusof
Ooi Yeng Keat
Armanurah Mohamad
Abd Razak Amir
Universiti Utara Malaysia

Dr Oh Teik Hai
Abd Kadir Othman
Loo Sze Wei
Open University Malaysia

Penyederhana: Prof Madya Dr Nawawi Mat Jan


Universiti Teknologi MARA

Penterjemah: Sharifay Ayeshah Syed Mohd Noori

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd.


Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, Disember 2012


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2012, OUMM2103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ix-xiv

Topik 1 Pengenalan Kepada Keusahawanan 1


1.1 Evolusi Keusahawanan 2
1.2 Konsep-konsep Keusahawanan 3
1.2.1 Keusahawanan 4
1.2.2 Siapakah Usahawan? 5
1.3 Kepentingan Keusahawanan 6
1.4 Mitos Keusahawanan 7
1.5 Perkembangan Keusahawanan di Malaysia 9
Rumusan 11
Kata Kunci 11

Topik 2 Mengenal Pasti Ciri-ciri Keusahawanan 12


2.1 Ciri-ciri Usahawan Berjaya 13
2.2 Penilaian Kendiri untuk Usahawan 16
2.3 Perbezaan antara Peniaga, Pengurus dan Usahawan 17
2.3.1 Perbezaan antara Peniaga dan Usahawan 17
2.3.2 Perbezaan antara Pengurus Konvensional dan 18
Usahawan
Rumusan 18
Kata Kunci 19

Topik 3 Membentuk Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan 20


3.1 Apa itu Kreativiti? 21
3.2 Proses Kreativiti 22
3.3 Halangan Kepada Kreativiti 24
3.4 Bagaimana Menjana Idea Kreatif 25
3.5 Ciri-ciri Individu Kreatif 27
3.6 Apa itu Inovasi? 28
3.6.1 Jenis-jenis Inovasi 28
3.6.2 Sumber-sumber Inovasi 29
3.6.3 Penghalang Inovasi 31
3.7 Kepentingan Kreativiti dan Inovasi Bagi Usahawan 32
3.8 Strategi Menggalakkan Kreativiti dan Inovasi 33
Rumusan 34
Kata Kunci 35

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 4 Penilaian Persekitaran Usaha Niaga 36


4.1 Komponen-kompenan Persekitaran Usaha Niaga 37
4.2 Persekitaran Makro 39
4.2.1 Politik dan Undang-undang 40
4.2.2 Ekonomi 42
4.2.3 Sosiobudaya 43
4.2.4 Teknologi 44
4.3 Persekitaran Mikro 44
4.4 Persekitaran Dalaman Organisasi 48
4.5 Mengenal Pasti Peluang Perniagaan 48
4.5.1 Mengenali Peluang: Fasa Perspektif Proses Tentang 49
Keusahawanan
4.5.2 E-dagang sebagai Peluang Baharu 51
4.6 Penilaian Peluang Perniagaan 52
4.6.1 Magnitud Peluang 53
4.6.2 Sumber Peluang: Asal Perniagaan Baharu 54
4.6.3 Peluang dan Syarikat Baharu 55
Rumusan 56
Kata Kunci 57

Topik 5 Pelan Perniagaan 58


5.1 Apa itu Pelan Perniagaan? 59
5.2 Kepentingan Pelan Perniagaan 60
5.3 Siapa yang Memerlukan Pelan Perniagaan? 62
5.4 Unsur Penting Pelan Perniagaan yang Baik 64
5.5 Panduan Menyediakan Pelan Perniagaan 67
5.6 Kesulitan yang Perlu dihindari Semasa Membuat 68
Perancangan
Rumusan 69
Kata Kunci 70

Topik 6 Memulakan Sebuah Usaha Niaga 71


6.1 Jenis Usaha Niaga 72
6.2 Perniagaan Baharu 72
6.2.1 Maksud Perniagaan Baharu 72
6.2.2 Fasa dalam Perniagaan Baharu 73
6.2.3 Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Baharu 73
6.3 Membeli Perniagaan Sedia Ada 75
6.3.1 Maksud Membeli Perniagaan Sedia Ada 75
6.3.2 Langkah dan Proses Membeli Perniagaan Sedia Ada 75
6.3.3 Kelebihan Membeli Perniagaan Sedia Ada 79
6.3.4 Kelemahan Membeli Perniagaan Sedia Ada 80

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

6.4 Francais 81
6.4.1 Maksud Francais 81
6.4.2 Kelebihan Francais 82
6.4.3 Kelemahan Francais 83
6.5 Struktur Sah untuk Perniagaan Baharu 84
6.5.1 Perniagaan Tunggal 84
6.5.2 Perkongsian 86
6.5.3 Syarikat 88
6.6 Sumber Modal untuk Aktiviti Perniagaan 90
Rumusan 92
Kata Kunci 93

Topik 7 Rangkaian Usahawan 94


7.1 Apa itu Rangkaian? 94
7.2 Kelebihan Mempunyai Rangkaian yang Baik 95
7.3 Apa itu Rangkaian Strategik? 96
7.4 Jenis Rangkaian 96
7.5 Kepentingan Rangkaian 97
7.6 Bagaimana Membina Rangkaian Strategik 99
7.7 Usahawan dan Rangkaian 100
7.8 Gabungan Rangkaian Strategik 100
7.9 Teknik Membina Keyakinan dalam Kalangan Usahawan 102
7.10 Halangan dalam Membina Rangkaian Strategik 104
Rumusan 108
Kata Kunci 109

Topik 8 Penilaian Peluang Keusahawanan 110


8.1 Kesulitan dalam Memilih Perniagaan Baharu 111
8.2 Faktor Kritikal untuk Pembangunan Perniagaan Baharu 113
8.3 Kenapa Perniagaan Baharu Gagal 115
8.4 Proses Penilaian 116
Rumusan 119
Kata Kunci 120

Topik 9 Perancangan Kewangan Peribadi dan Usahawan 121


9.1 Perlunya Perancangan Kewangan Peribadi 122
9.1.1 Langkah-langkah dalam Perancangan Kewangan 122
9.1.2 Faedah Perancangan Kewangan 123
9.1.3 Peringkat Hidup dan Matlamat Kewangan 124
9.2 Kuasa Wang 125
9.2.1 Bagaimana Menetapkan Matlamat Anda 125
9.2.2 Matlamat Penting ă Simpan Wang untuk Kecemasan 127
9.2.3 Aset dan Liabiliti: Apa yang Anda Miliki dan Hutang 127

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

9.2.4 Mengetahui Nilai Bersih Anda 129


9.2.5 Menghitung Nilai Bersih Anda 130
9.3 Asas Membuat Bajet 132
9.3.1 Pelan Bajet dan Perbelanjaan 132
9.3.2 Memantau Aliran Tunai Anda 134
9.4 Hidup dalam Batas Kemampuan 137
9.4.1 Mengetahui Keperluan dan Kemahuan Anda 137
9.4.2 Bijak Berbelanja 138
9.4.3 Menangguhkan Kepuasan 138
9.5 Tanda Awal Masalah Kewangan 139
9.6 Mengeluarkan Diri daripada Masalah Kewangan 140
9.6.1 Kepercayaan Kredit Anda 141
9.6.2 Apa yang Boleh Berlaku 141
Rumusan 142
Kata Kunci 143

Topik 10 Mencapai Impian Kewangan Peribadi 144


10.1 Membina Kekayaan 145
10.1.1 Tabiat Menabung 145
10.1.2 Menambahkan Nilai Bersih 147
10.1.3 Jenis Pelaburan 150
10.2 Merancang Untuk Situasi yang Tidak Diduga 153
10.2.1 Mengapa Insurans Diperlukan 153
10.2.2 Jenis-jenis Insurans 155
10.2.3 Takaful 159
10.3 Pengurusan Hutang: Asas Pinjaman 162
10.3.1 Pinjaman dan Kredit 162
10.3.2 Jenis-jenis Pinjaman 163
10.3.3 Jenis Kad, Perangkap Kredit dan Petua 170
Mengggunakan Kad Kredit
10.3.4 Pembayaran Balik dan Ingkar Bayar Pinjaman 173
Rumusan 175
Kata Kunci 176

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan
bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga
mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi
melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan
Kursus ini secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus
kerana ia dapat membantu anda dalam menjelaskan komponen-
komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
OUMM2103 Keusahawanan adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh
Fakulti Perniagaan dan Pengurusan di Open University Malaysia (OUM). Kursus
ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15
minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini diwajibkan bagi semua pelajar OUM.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus ini
dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian


3
dalam perbincangan awal

Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

Jumlah Masa Pembelajaran 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan latar belakang sejarah, konsep dan teori-teori keusahawanan;
2. Membentuk visi untuk menjadi seorang usahawan dan menghargai nilai
dan budaya keusahawanan dalam profesion mereka;
3. Memperoleh kemahiran membangunkan kreativiti dan inovasi dalam
keusahawanan; dan
4. Mengenal pasti peluang keusahawanan dan menukarkannya kepada pelan
perniagaan asas.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini dibahagikan kepada 10 topik. Berikut adalah sinopsis untuk setiap
topik:

Topik 1 memperkenalkan dan memberi definisi usahawan dan membincangkan


evolusi keusahawanan dari zaman terawal sehingga hari ini. Ia menghuraikan
kepentingan keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara. Topik ini

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

juga menjelaskan 10 mitos keusahawanan serta senario pembangunan


keusahawanan di Malaysia.

Topik 2 bertumpu kepada 16 ciri keusahawanan yang paling lazim disebut.


Penilaian kendiri usahawan adalah kaedah mendapatkan pengetahuan
mendalam tentang potensi keusahawanan seseorang. Topik ini bukan sahaja
menerangkan perbezaan antara pemilik perniagaan kecil dan usahawan tetapi
juga perbezaan antara pengurus konvensional dan usahawan.

Topik 3 bertumpu kepada kreativiti dan inovasi. Usahawan perlu mengetahui


definisi, kelebihan dan hubungan kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan.
Topik ini juga menjelaskan halangan kepada kreativiti dan inovasi serta strategi
menggalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan usahawan dalam perniagaan
hari ini. Pelajar akan didedahkan kepada peluang dan cabaran dalam
membentuk idea-idea yang kreatif dan inovatif serta produk dan perkhidmatan
yang memenuhi cabaran persekitaran perniagaan zaman kini yang kompetitif.

Topik 4 memberikan fokus kepada penilaian persekitaran dalam mengejar


peluang perniagaan dan mengenal pasti ancaman yang wujud dalam
persekitaran. Ia juga menerangkan unsur-unsur persekitaran luaran dan
dalaman perniagaan yang mempengaruhi keputusan dan aktiviti keusahawanan.

Topik 5 menggariskan teknik menyediakan pelan perniagaan yang akan


membantu pelajar menilai pelan perniagaan secara objektif, kritikal dan
praktikal. Pelajar akan diajar membuat pelan induk untuk pelan perniagaan yang
realistik. Mereka juga didedahkan kepada beberapa kaedah dan teknik
menyediakan pelan perniagaan yang efektif.

Topik 6 meneliti jenis-jenis perniagaan yang boleh diklasifikasikan kepada tiga


bentuk: perniagaan baharu, perniagaan sedia ada dan francais. Kemudian,
pelajar akan diperkenalkan kepada tujuh langkah dan proses dalam membeli
perniagaan sedia ada serta struktur, kelebihan dan kelemahan francais. Ini
diikuti perbincangan tentang struktur sah untuk perniagaan baharu. Akhir
sekali, enam sumber modal untuk usahawan dikenal pasti dan dikaji sebagai
asas untuk dikaitkan oleh pelajar dengan topik seterusnya.

Topik 7 membincangkan kepentingan rangkaian untuk usahawan. Rangkaian


adalah salah satu pendekatan perniagaan yang menyumbang kepada kejayaan
usahawan. Jika usahawan mempunyai rangkaian yang baik dengan pelanggan
luaran dan dalaman, ia akan menjadi lebih senang bagi mereka untuk
memperoleh peluang perniagaan dan menangani sebahagian daripada masalah
berkaitan dengan perniagaan mereka. Ini kerana rangkaian yang baik akan
membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
xii  PANDUAN KURSUS

rangkaian mereka. Oleh itu, setiap usahawan patut mengembangkan kemahiran


rangkaian untuk mencapai matlamat dan objektif perniagaan mereka.

Topik 8 membincangkan penilaian peluang keusahawanan. Topik ini juga


menjelaskan enam bahaya lazim dalam memilih perniagaan baharu. Pelajar juga
akan didedahkan kepada faktor kritikal yang terlibat dalam penilaian perniagaan
baharu dan faktor-faktor kejayaan perniagaan. Proses penilaian yang efektif
untuk perniagaan baharu juga akan dilihat dalam topik ini.

Topik 9 bermula dengan penjelasan tentang perancangan kewangan, diikuti oleh


kepentingan menetapkan matlamat kewangan peribadi dalam perancangan
kewangan. Kemudian pelajar akan mengetahui bagaimana untuk mengira nilai
bersih individu yang berkaitan dengan kunci kira-kira individu. Ini akan
membantu mereka menyediakan bajet untuk tujuan perancangan kewangan
peribadi. Mereka juga akan belajar tentang penyata aliran tunai dengan tujuan
memantau aliran tunai. Kemudian, mereka akan belajar suatu kemahiran yang
penting ă bagaimana untuk mengenal pasti tanda-tanda seorang individu sedang
menghadapi kemelut kewangan dan bagaimana untuk mengelakkannya.
Topik 10 adalah sangat membantu dan menarik kerana ia menghuraikan maksud
dan pelbagai cara menabung. Ia juga membincangkan matlamat pelaburan
individu dan hubungan antara risiko dan pulangan. Kemudian, ia menjelaskan
jenis-jenis pelaburan, insurans, takaful dan pinjaman serta bagaimana untuk
membuat keputusan yang matang dalam membeli sebuah polisi insurans. Akhir
sekali, ia menunjukkan pelajar tentang risiko menjadi penjamin dan bagaimana
untuk mengenal pasti tanda-tanda kemelut kewangan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman sesawang,
membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan
elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna
dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa
bahagian seperti dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap
topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang
berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut
dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada prasyarat untuk pelajar mengambil subjek ini.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk kepada myVLE.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

RUJUKAN
Abd. Aziz Yusof. (2000). Usahawan dan keusahawanan: Satu penilaian. Prentice
Hall Sprint Print.

Hisrich, R. D., & Peters, M. P. (1998). Entrepreneurship: Starting, developing and


managing a new enterprise (4th ed.). Illinois: Irwin.

Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2003). Entrepreneurship: Contemporary


approach (6th ed.). Ohio: South-Western Educational Publishing.

Marc, J. D. (2007). Entrepreneurship: Strategies and resources. Illinois: Marsh


Publications.

Mohd Salleh Hj Din, Hoe C. H., Norashidah H., Rosli M., Habshah B., Ooi Y. K.,
Armanurah M., Shuhymee A., Norita D., & Lily Julienty A. B. (2004). Asas
keusahawanan. Kuala Lumpur: Thomson.

Zimmerer, T. W., & Scarborough, N. M., (2007). Essential of entrepreneurship


and small business management (5th ed.). New Jersey: Prentice Hall.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
1 kepada
Keusahawanan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan evolusi dan konsep keusahawanan;
2. Membincangkan tiga sebab keusahawanan adalah penting;
p
3. Mengenal pasti 10 mitos keusahawanan; dan
4. Membincangkan pembangunan keusahawanan di Malaysia.

 PENGENALAN
Selamat datang ke alam keusahawanan!

Segala yang anda dengar mengenai keusahawanan adalah salah. Ia bukan


silap mata, ia bukan misteri dan ia tidak ada apa-apa kaitan dengan gen. Ia
adalah satu bidang dan ia boleh dipelajari.

ă Peter Drucker
Innovation and Entrepreneurship

Sumber: Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2001). Entrepreneurship: A contemporary


approach (5th ed.) California: Harcourt College Publishers.
 
 
Keusahawanan mula dibincangkan dan dianalisis oleh pakar ekonomi abad ke-
18 dan terus menarik perhatian pakar ekonomi sehingga ke abad yang
berikutnya. Di abad ke-20 pula, perkataan keusahawanan menjadi sinonim

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

dengan perusahaan bebas. Usahawan diiktiraf sebagai agen perubahan yang


membawa idea yang kreatif dan inovatif untuk perniagaan dan membantu
perniagaan berkembang dan membawa keuntungan. Keusahawanan merupakan
simbol kegigihan dan pencapaian dalam perniagaan. Ia adalah penting kepada
individu, masyarakat dan negara serta diakui di serata dunia sebagai pemangkin
pembangunan ekonomi. Topik ini akan membincangkan evolusi, konsep,
kepentingan, mitos serta pembangunan keusahawanan di Malaysia.

1.1 EVOLUSI KEUSAHAWANAN

SEMAK KENDIRI 1.1


Apakah itu keusahawanan?
 
 
Perkataan usahawan dalam bahasa Inggeris adalah entrepreneur. Ia pula berasal
daripada perkataan Perancis entreprendre yang bermaksud „menjalankan‰.
Evolusi dan perkembangan teori keusahawanan boleh dirumuskan seperti di
dalam Jadual 1.1. Konsep usahawan dan keusahawanan dihuraikan dengan lebih
terperinci di dalam bahagian selanjutnya.

Jadual 1.1: Evolusi dan Perkembangan Teori Keusahawanan

Zaman Teori dan Konsep


Zaman Paling Contoh seorang usahawan adalah Marco Polo, yang cuba
Awal mewujudkan jalan perdagangan ke Timur Jauh. Beliau
menandatangani kontrak dengan seorang ahli kewangan
(kapitalis) untuk menjual barangannya. Kapitalis tersebut
menanggung risiko secara pasif manakala Marco Polo, yang
merupakan seorang penjelajah dan pedagang, memainkan peranan
aktif dalam menjalankan perniagaan dan menanggung segala
risiko fizikal dan emosi. Bila beliau sudah selesai menjual
barangannya, beliau berkongsi keuntungan yang diperoleh dengan
kapitalis tersebut.
Zaman Perkataan „usahawan‰ digunakan untuk seorang yang
Pertengahan bertanggungjawab menguruskan projek pengeluaran yang besar.
Beliau menguruskan projek dengan menggunakan sumber-sumber
yang disediakan oleh kerajaan dan tidak menanggung sebarang
risiko. Contoh usahawan di zaman ini adalah mereka yang
bertanggungjawab menjaga bahan seni bina yang besar seperti
bangunan awam dan gereja.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN  3

Abad ke-17 Keusahawanan dikaitkan dengan risiko. Usahawan adalah seorang


yang membuat perjanjian kontrak dengan kerajaan untuk
menyediakan suatu perkhidmatan atau produk. Harga kontrak
ditentukan dan sebarang keuntungan diambil oleh usahawan
tersebut. Seorang pakar ekonomi, Richard Cantillon, yang dianggap
sebagai pengasas perkataan usahawan, telah mengembangkan salah
satu teori mengenai usahawan. Beliau melihat usahawan sebagai
pengambil risiko. Pada Cantillon, para usahawan di abad ini adalah
pedagang, petani, tukang mahir dan pemilik tunggal. Mereka
membeli pada harga yang ditentukan dan menjual pada harga yang
tidak ditentukan, yang bererti mereka beroperasi dengan
menanggung risiko.
Abad ke-18 Usahawan dibezakan dengan penyedia modal. Ini terjadi akibat
industrialisasi yang sedang berlaku di serata dunia. Kebanyakan
ciptaan di zaman ini merupakan reaksi kepada sebuah dunia yang
sedang mengalami perubahan. Contohnya, Eli Whitney dan Thomas
Edison mencipta teknologi baharu tetapi tidak mampu membiayai
ciptaan mereka. Mereka merupakan pengguna modal (usahawan)
dan bukan penyedia modal (kapitalis perniagaan baharu).
Abad ke-19 Di akhir abad ke-19 dan abad ke-20, usahawan kerap disamakan
dan ke-20 dengan pengurus. Di pertengahan abad ke-20 pula, usahawan
dianggap sebagai seorang yang membawa pembaharuan. Fungsi
usahawan adalah untuk membuat reformasi atau revolusi dalam
corak pengeluaran dengan menggunakan ciptaan atau teknologi
yang belum pernah dicuba untuk mengeluarkan sebuah komoditi
baharu atau mengeluarkan komoditi lama dengan cara baharu.
Abad ke-21 Usahawan dianggap sebagai tokoh perusahaan bebas. Kebanyakan
mereka menggunakan inovasi dan kreativiti untuk membina
perusahaan yang bernilai jutaan ringgit. Mereka mencipta produk
dan perkhidmatan baharu dan menanggung risiko yang dikaitkan
dengan usaha baharu ini. Pada hari ini, ramai menganggap
keusahawanan sebagai penerokaan dalam bidang perniagaan
(Kurato & Hodgetts, 2004).

1.2 KONSEP-KONSEP KEUSAHAWANAN

AKTIVITI 1.1

Mengikut Peter Drucker, keusahawanan adalah disiplin yang boleh


dipelajari. Apakah pendapat anda mengenai kenyataan ini?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

1.2.1 Keusahawanan
Mengikut Histrich dan Peters (1998), keusahawanan adalah suatu proses
dinamik mewujudkan kekayaan yang meningkat. Kekayaan itu dihasilkan oleh
individu yang mengambil risiko tinggi dari segi ekuiti, masa dan komitmen kerja
atau memberikan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah
proses menghasilkan sesuatu yang baharu dan bernilai dengan memberikan
masa dan ikhtiar yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, psikologi dan
sosial dan menerima keuntungan dalam erti kewangan, kepuasan hati dan
kebebasan. Definisi ini tertumpu kepada empat aspek asas, seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Empat aspek asas keusahawanan mengikut Histrich dan


Peters (1998)

Keusahawanan ditakrifkan oleh Kuratko dan Hodgetts (2004) sebagai proses


inovasi dan memulakan perniagaan baharu menerusi empat dimensi utama iaitu
individu, organisasi, persekitaran dan proses dengan bantuan jalinan kerjasama
kerajaan, pendidikan dan institusi.

Dalam mengiktiraf kepentingan keusahawanan di abad ke-21, Kuratko dan


Hodgetts (2004) telah membangunkan definisi yang berintegrasi mengenai
keusahawanan seperti berikut:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN  5

Keusahawanan adalah proses dinamik visi, perubahan dan penciptaan. Ia


menuntut penggunaan tenaga dan semangat untuk mencipta dan
melaksanakan idea baharu serta cadangan yang kreatif. Ramuan paling
penting termasuk kerelaan untuk mengambil risiko masa, modal atau
kerjaya; kebolehan mewujudkan kumpulan perusahaan yang berkesan;
kemahiran mendapatkan sumber yang diperlukan; kemahiran asas membina
perancangan perniagaan yang kukuh; dan akhir sekali, visi untuk mengenali
peluang di mana orang lain melihat kelam kabut, percanggahan dan
kekeliruan.‰
Sumber: Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2001). Entrepreneurship: A contemporary
approach (5th ed.). California: Harcourt College Publishers.

SEMAK KENDIRI 1.2

Apakah empat aspek asas keusahawanan?

1.2.2 Siapakah Usahawan?


Usahawan adalah peneroka kejayaan perniagaan hari ini. Kepekaan mereka
kepada peluang, ketekunan mereka untuk melakukan inovasi dan keupayaan
mereka untuk mencapai sesuatu menjadi alat mengukur perusahaan bebas.

Scarborough dan Zimmerer (1998), menakrifkan usahawan sebagai seseorang


yang mencipta perniagaan baharu di sebalik ketidakpastian untuk mencapai
keuntungan dan perkembangan dengan mengenal pasti peluang dan
mengumpul sumber yang perlu digunakan. Mereka biasanya bermula dengan
hanya idea yang ringkas dan mengumpul sumber yang perlu untuk mengubah
idea tersebut kepada suatu perniagaan yang boleh berterusan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) menakrifkan usahawan sebagai seseorang yang


mengurus, mentadbir dan menanggung risiko sebuah perniagaan. Usahawan
juga adalah pemangkin perubahan ekonomi yang melakukan pencarian yang
bermakna, perancangan yang teliti dan pertimbangan yang baik dalam urusan
keusahawanan. Mereka bersikap optimistik dan komited. Mereka bekerja
dengan kreatif untuk mencipta sumber baharu atau menambahbaik sumber lama
dengan keupayaan baharu untuk mencipta kekayaan.

Pada hari ini, usahawan ialah seorang yang membawa pembaharuan atau
pembangunan. Dia mengenal pasti dan merebut peluang; mengubah peluang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

kepada idea yang boleh dilakukan atau dipasarkan, menambah nilai melalui
masa, usaha, wang atau kemahiran; mengambil risiko dalam pasaran yang
kompetitif untuk melaksanakan idea; dan merealisasikan pulangan daripada
usaha yang dibuat.

Makna dan definisi usahawan berbeza dari satu bidang ke bidang yang lain.
Contohnya, ahli ekonomi melihat usahawan sebagai seorang yang
menggabungkan sumber, tenaga kerja, bahan dan aset lain untuk membuat
kombinasi luar biasa yang menjadikan nilainya lebih besar daripada
sebelumnya. Mereka juga memperkenalkan perubahan, inovasi dan peraturan
baharu untuk menjana keuntungan. Kepada seorang pakar psikologi pula,
usahawan adalah individu yang tergerak untuk mencari cabaran dan membuat
pencapaian.

Walaupun setiap definisi ini melihat usahawan dari sudut berbeza, kesemuanya
mengandungi beberapa tanggapan yang sama seperti:
 Pembaharuan;
 Kekayaan;
 Pengurusan;
 Penciptaan; dan
 Pengambilan risiko.

Usahawan adalah pemangkin perubahan ekonomi yang melakukan pencarian


yang bermakna, perancangan yang teliti dan pertimbangan yang baik dalam
melaksanakan proses keusahawanan.

AKTIVITI 1.2
Anda merupakan seorang usahawan yang akan membuka sebuah
restoran francais. Apakah yang perlu anda buat sebelum memulakan
perniagaan anda? Persembahkan idea anda di dalam kelas.

1.3 KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN

SEMAK KENDIRI 1.3

Apakah kepentingan keusahawanan kepada individu, masyarakat


dan negara?
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN  7

Keusahawanan adalah penting dalam dunia hari ini. Ia adalah pemangkin


perubahan dan pertumbuhan ekonomi. Peranan keusahawanan dalam
pembangunan ekonomi melibatkan lebih daripada hanya pertambahan
pengeluaran dan pendapatan per kapita. Ia melibatkan permulaan dan
pelaksanaan perubahan dalam struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan
ini diiringi pertumbuhan dan pertambahan pengeluaran.

Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi sebagai kunci


pertumbuhan ekonomi dalam membangunkan produk atau perkhidmatan
baharu untuk pasaran. Aktiviti inovasi juga merangsang minat melabur dalam
perniagaan baharu. Oleh itu, melalui proses inovasi, keusahawanan
menghasilkan pelaburan baharu dalam perniagaan baharu yang seterusnya
membawa kepada pembangunan ekonomi. Lebih banyak perniagaan dicipta,
lebih banyak pekerjaan baharu yang akan diwujudkan, yang seterusnya akan
mengurangkan kadar pengangguran.

Keusahawanan, melalui kreativiti dan proses inovasi, mengeluarkan produk dan


perkhidmatan baharu untuk memenuhi keperluan manusia. Ia menyediakan
produk atau perkhidmatan spesifik yang diperlukan oleh pelanggan. Dalam
mengeluarkan produk dan perkhidmatan ini, usahawan akan mencari jalan yang
lebih baik untuk menggunakan sumber dan mengurangkan pembaziran.
Hasilnya, masyarakat akan mendapat produk dan perkhidmatan yang lebih
murah.

Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan jutaan manusia melalui


produk dan perkhidmatan baharu yang dibawa ke pasaran. Lebih daripada itu,
usahawan juga amat bermurah hati dalam mengagihkan sebahagian besar
kekayaan mereka kepada yang wajar menerimanya. Oleh itu, usahawan adalah
individu yang mencipta kekayaan dan mempromosi pengagihan kekayaan.

1.4 MITOS KEUSAHAWANAN


Terdapat pelbagai mitos mengenai keusahawanan. Mitos ini lahir akibat
kekurangan kajian mengenai keusahawanan. Kuratko dan Hodgetts (2004), telah
membincangkan 10 mitos keusahawanan seperti yang tertera di dalam Jadual 1.2
berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

Jadual 1.2: 10 Mitos Keusahawanan

Mitos Fakta
Mitos 1 Walaupun usahawan biasanya terdorong untuk bertindak,
Usahawan adalah mereka juga adalah pemikir. Mereka sebenarnya sangat teratur
pelaksana bukan dan merancang langkah mereka dengan teliti. Mereka juga
pemikir mempunyai langkah alternatif jika rancangan mereka gagal. Ini
menunjukkan mereka adalah pemikir dan pelaksana.
Mitos 2 Sesetengah usahawan dan bukan usahawan mengatakan
Usahawan bahawa sifat usahawan tidak boleh diajar atau dipelajari. Kata
dilahirkan, bukan mereka, sifat keusahawanan adalah semula jadi dan seseorang
dibentuk itu perlu lahir dengan sifat tersebut untuk menjadi seorang
usahawan. Walaupun begitu kajian telah membuktikan yang
sebaliknya iaitu keusahawanan boleh diajar dan dipelajari. Ia
mempunyai model, proses dan kajian kes yang
membolehkannya dipelajari.
Mitos 3 Walaupun ramai usahawan adalah pencipta, ramai usahawan
Usahawan berjaya yang bukan pencipta. Contohnya, Ray Kroc. Beliau
adalah pencipta tidak mencipta francais makanan segera tetapi idea inovatif
beliau telah menjadikan McDonaldÊs perniagaan makanan
segera yang terbesar di dunia. Usahawan yang berjaya adalah
mereka yang menggunakan idea yang kreatif dan inovatif
dalam usaha mereka dan sifat ini boleh dipelajari.
Mitos 4 Kepercayaan ini muncul kerana sesetengah pemilik perniagaan
Usahawan yang berjaya telah memulakan perniagaan mereka setelah
adalah golongan tercicir dari sekolah atau meninggalkan sesuatu pekerjaan.
yang tercicir Sejarah menunjukkan ada usahawan yang tidak diiktiraf oleh
dalam bidang institusi pendidikan dan sosial. Namun pada hari ini,
akademik dan usahawan tidak lagi dianggap golongan yang tercicir, malah
sosial dianggap sebagai golongan profesional.

Mitos 5 Banyak buku dan artikel menyenaraikan sifat seorang


Usahawan mesti usahawan yang berjaya. Senarai ini tidak pernah disahkan
menepati profil ataupun sempurna dan cuma berasaskan kajian kes dan kajian
tertentu tentang individu yang berorientasikan pencapaian. Pada hari
ini, kita sedar bahawa adalah sukar untuk membuat satu profil
usahawan yang khusus. Ramai usahawan di zaman ini tidak
menepati profil seorang usahawan apabila mereka memulakan
usaha mereka.
Mitos 6 Adalah benar bahawa perniagaan memerlukan modal untuk
Semua usahawan beroperasi. Adalah benar juga bahawa banyak perniagaan
memerlukan gagal akibat kekurangan kewangan. Namun bagi usahawan,
wang wang adalah sumber dan bukan tujuan mereka semata-mata.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN  9

Mitos 7 Seorang itu tentunya bernasib baik sekiranya berada di tempat


Semua usahawan yang betul pada masa yang betul. Namun tuah berlaku apabila
memerlukan cukup persediaan dibuat apabila berhadapan dengan peluang.
tuah Apa yang penting untuk usahawan merebut peluang adalah
perancangan, persediaan, tekad, keinginan, ilmu dan inovasi.
Mitos 8 „Terlalu banyak perancangan dan penilaian membawa kepada
Usahawan tidak masalah yang kerap‰. Kenyataan ini tidak benar bagi pasaran
perlu tahu persaingan zaman sekarang. Faktor utama untuk menjadi
banyak perkara usahawan berjaya adalah perancangan dan persediaan yang
teliti. Usahawan mengenal pasti kelebihan dan kekurangan
sebuah perniagaan, membuat satu jadual yang jelas dengan
rancangan untuk menangani masalah dan meminimumkan
masalah ini melalui pembuatan strategi yang berhati-hati.
Mitos 9 Adalah benar bahawa ramai usahawan mengalami banyak
Usahawan kegagalan sebelum mencapai kejayaan. Kegagalan boleh
mencari kejayaan memberi banyak pengajaran kepada usahawan dan kerap
tetapi mengalami membawa kepada kejayaan di masa hadapan. Usahawan
kadar kegagalan selalu belajar daripada kegagalan diri sendiri dan orang lain.
yang tinggi Di sini, kegagalan berfungsi sebagai pembimbing dan
penunjuk arah untuk masa depan mereka.
Mitos 10 Konsep risiko adalah salah satu unsur utama dalam proses
Usahawan adalah keusahawanan. Bagaimanapun, ramai orang beranggapan
pengambil risiko bahawa kebanyakan usahawan adalah pengambil risiko tinggi.
yang tinggi Hakikatnya, usahawan selalu mencari maklumat dan
(penjudi) merancang sebelum mengambil sebarang tindakan. Ini
bermakna usahawan beroperasi dengan risiko yang sederhana
dan dihitung.
 
Mitos ini memberikan pandangan zaman sekarang mengenai keusahawanan. Ia
juga memberikan kerangka dan asas untuk mengkaji teori kontemporari dan
proses keusahawanan.

1.5 PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN DI


MALAYSIA
SEMAK KENDIRI 1.4

Namakan beberapa polisi kerajaan Malaysia untuk menggalakkan


keusahawanan tempatan.
 
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

Keusahawanan telah wujud di Malaysia (Malaya) sejak Melaka memulakan


perhubungan dengan pedagang asing lagi. Bagaimanapun, bila orang Inggeris
menjajah Semenanjung Melayu, mereka menukar struktur masyarakat dan
mengamalkan sistem „pecah dan perintah‰. Akibatnya, orang Melayu bergiat
dalam bidang pentadbiran serta pertanian, manakala orang Cina menceburi
bidang perlombongan serta perniagaan dan orang India bekerja di estet getah.
Ini telah menyebabkan masyarakat Cina jauh ke depan dari masyarakat Melayu
dan India dalam bidang perniagaan.

Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, kerajaan telah menyedari kepentingan


keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara dan sumbangannya
kepada kemakmuran negara. Sejak itu, kerajaan Malaysia mula memberikan
perhatian kepada keusahawanan sehinggalah hari ini. Dasar Ekonomi Baru
(1971-1990), Polisi Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020
menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Kerajaan menggalakkan pembangunan keusahawanan dan mengiktiraf


usahawan kerana mereka menyumbang kepada pembangunan negara. Pada
tahun 1995, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Pembangunan
Keusahawanan sebagai badan khusus untuk mengurus dan menggalakkan
perkembangan keusahawanan di Malaysia. Pada hari ini, ia dinamakan
Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.
 

AKTIVITI 1.3
Sejauh manakah kerajaan Malaysia mengiktiraf dan menstruktur
kembali pembangunan keusahawanan di dalam negara? Kaji topik
ini dan kongsi dapatan anda. Anda boleh menggunakan Internet,
surat khabar dan buku sebagai sumber kajian anda.
 
 

LATIHAN 1.1

1. Apakah 10 mitos keusahawanan?


2. Bincangkan kepentingan keusahawanan.
3. Gambarkan senario pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN  11

 Kajian mengenai keusahawanan adalah relevan pada hari ini bukan sahaja
kerana ia membantu para usahawan menunaikan keperluan diri mereka
tetapi juga menyumbang kepada individu, masyarakat, negara dan dunia.
 Topik ini menyiasat evolusi dan konsep keusahawanan dan membincangkan
kepentingan keusahawanan.
 Sepuluh mitos keusahawanan dipersembahkan untuk memberikan
kefahaman yang lebih baik tentang kepercayaan mengenai bidang kajian
yang baru berkembang ini.
 Mitos keusahawanan menyediakan kerangka dan asas untuk menyelidik
teori kontemporari dan proses keusahawanan.
 Pembangunan keusahawanan di Malaysia dibincangkan untuk memberikan
sejarah ringkas dan menjelaskan senario keusahawanan di Malaysia.
Kerajaan negara ini harus terus menggalakkan perkembangan bidang ini di
masa hadapan.
 Untuk merangsang pembangunan keusahawanan, masyarakat perlu dididik
dalam bidang keusahawanan.

Keusahawanan Perniagaan baharu


Mitos Risiko
Pecah dan perintah Usahawan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Mengenal pasti
Ciri-ciri
2 Keusahawanan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti 16 ciri-ciri usahawan berjaya;
2. Menilai kecenderungan keusahawanan anda melalui penilaian
p
kendiri usahawan; dan
3. Menerangkan sekurang-kurangnya tiga perbezaan antara peniaga,
pengurus dan usahawan.

 PENGENALAN
Usahawan adalah individu yang boleh melihat sesuatu sebagai peluang
manakala bagi orang lain ia dilihat sebagai satu masalah dan perkara yang
mengelirukan. Usahawan adalah pemangkin agresif yang boleh mengubah
pasaran. Mereka juga telah dibandingkan dengan atlet Olimpik yang
mencabar diri sendiri untuk menempuh pelbagai halangan, pelari jarak jauh
yang tabah dan konduktor orkestra yang mengimbang kemahiran dan bunyi
yang berbeza untuk menjadi satu, atau juruterbang pesawat pejuang yang
memaksa diri mereka melepasi kelajuan bunyi dan menyahut cabaran-
cabaran lain. Apa jua minat mereka, disebabkan mereka menggunakan
pelbagai cara, usahawan adalah wira pasaran pada masa kini. Mereka
menubuhkan syarikat dan membuka peluang pekerjaan dalam masa yang
cukup singkat. Mereka berani menempuh dugaan dan mencipta masa depan
secara berterusan.

Sumber: Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2001). Entrepreneurship: A contemporary


approach (5th ed.) California: Harcourt College Publishers.
 
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN  13

Topik ini menerangkan ciri-ciri lazim usahawan yang berjaya, penilaian kendiri
usahawan dan perbezaan antara usahawan, peniaga kecil dan pengurus.

2.1 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA


Perbincangan berikut memberikan ringkasan ciri-ciri yang paling kerap
dikaitkan dengan usahawan berjaya. Walaupun ciri-ciri baharu sentiasa
ditambah kepada senarai ini, ia tetap memberikan pandangan yang mendalam
mengenai perspektif keusahawanan.

Rajah 2.1: Ciri-ciri usahawan berjaya

(a) Berinisiatif dan bertanggungjawab


Kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa usahawan yang berkesan giat
mencari dan mengambil inisiatif. Mereka secara sukarela meletakkan diri
mereka dalam situasi yang memerlukan mereka untuk bertanggungjawab
atas kejayaan atau kegagalan sesuatu operasi. Mereka berasa
bertanggungjawab atas hasil daripada usaha yang diceburi. Mereka juga
suka mengambil inisiatif dalam menyelesaikan masalah di mana tidak
wujud kepimpinan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
14  TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

(b) Komitmen Tinggi


Memulakan suatu usaha dengan berjaya memerlukan komitmen
sepenuhnya daripada para usahawan. Komitmen ini membantu mereka
untuk menangani kesilapan dan rintangan yang membahayakan
perniagaan mereka. Komitmen mereka kepada idea dan perniagaan
mereka akan menentukan tahap kejayaan perniagaan mereka.

(c) Berorientasikan Peluang


Usahawan berfokus kepada dan bermula dengan peluang, bukannya
sumber, struktur ataupun strategi. Mereka bermula dengan peluang dan
menggunakan kefahaman mereka mengenai peluang tersebut untuk
membimbing mereka dalam isu-isu penting. Mereka mempunyai
kebijaksanaan dalam mencari peluang. Dalam mencari peluang perniagaan
baharu, mereka memerhatikan peristiwa yang sama seperti orang lain
tetapi melihat benda yang berbeza. Mereka bukan sahaja berkebolehan
mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih
peluang yang luar biasa.

(d) Pengambil Risiko Sederhana


Usahawan tidak mengambil risiko tanpa usul periksa; malah, mengambil
kira risiko yang bakal dihadapi. Apabila mereka melibatkan diri dalam
sesuatu perniagaan, mereka membuat perhitungan dengan penuh teliti dan
memikir dengan semasak-masaknya. Mereka mengelak daripada
mengambil risiko yang tidak perlu.

(e) Yakin dan Optimistik


Usahawan biasanya sangat yakin dan optimistik bahawa mereka akan
berjaya dan sikap ini biasanya berdasarkan keadaan sebenar. Tahap
keyakinan dan sifat optimistik mereka yang tinggi adalah sebab mengapa
sesetengah usahawan yang paling berjaya telah gagal lebih daripada sekali
dalam perniagaan sebelum akhirnya mencapai kejayaan.

(f) Kreatif dan Inovatif


Usahawan perlu kreatif dan inovatif untuk memperoleh kelebihan
persaingan dalam perniagaan mereka. Melalui minda dan imaginasi yang
kreatif dan inovatif, mereka boleh menghasilkan produk dan perkhidmatan
yang unik untuk pelanggan. Kreativiti tidak diwarisi, malah ia boleh
dipelajari.

(g) Menuntut Maklum Balas


Usahawan gemar mengetahui prestasi mereka dan sentiasa meminta
maklum balas. Mereka giat mencari dan menggunakan maklum balas

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN  15

untuk memperbaiki diri mereka serta prestasi perniagaan mereka. Melalui


maklum balas, usahawan juga dapat belajar daripada kesilapan mereka.

(h) Motivasi untuk Berjaya


Kejayaan merupakan motivasi utama usahawan. Mereka berdaya usaha
sendiri dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersaing, cemerlang
serta mengejar dan mencapai cita-cita. Usahawan kerap disalah anggap
sebagai tertumpu sepenuhnya kepada pemerolehan wang. Sebenarnya,
wang cuma simbol kejayaan dan bukan pemacu motivasi bagi usahawan.

(i) Boleh Membangunkan Visi


Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau
konsep untuk syarikat mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi di
awal pembukaan syarikat mereka. Malah dalam kebanyakan kes, mereka
membangunkan visi selepas menyedari keadaan semasa syarikat mereka
dan apa yang boleh dicapai.

(j) Mahir Mengurus


Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah.
Usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja yang
diperlukan untuk menjayakan sesuatu tugas. Mereka berkebolehan
mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi kepada
kenyataan.

(k) Kawalan Dalaman


Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan perniagaan mereka
bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran
berada dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri dan mereka boleh
mempengaruhi hasil tindakan yang mereka ambil.

(l) Toleransi Terhadap Kegagalan


Usahawan tidak mudah kecewa, kesal, putus asa atau murung apabila
mengalami kegagalan; malah mereka belajar daripada kegagalan. Di waktu
kesukaran, mereka masih lagi mencari peluang. Kebanyakan usahawan
percaya mereka lebih banyak belajar daripada kegagalan awal berbanding
dengan kejayaan awal mereka.

(m) Tahap Tenaga Tinggi


Usahawan lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakan orang.
Mereka perlu memiliki tahap tenaga yang tinggi untuk membolehkan
mereka menanggung beban yang besar dan menghadapi tekanan
permintaan. Tenaga tersebut merupakan faktor yang kritikal kerana usaha
yang banyak diperlukan dalam memulakan suatu syarikat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

(n) Membina Pasukan


Kebanyakan usahawan berjaya mempunyai pasukan yang berkelayakan
tinggi dan bermotivasi untuk mengendalikan perkembangan dan
pembangunan perniagaan.

(o) Berdikari
Usahawan adalah orang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan
sesuatu tugas mengikut cara mereka sendiri. Ini tidak bermakna mereka
mesti membuat semua keputusan. Sebaliknya, ini bererti mereka mahu
mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang penting.

(p) Fleksibel
Usahawan tidak tegar dalam perniagaan mereka. Mereka fleksibel dan
boleh menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan
perniagaan. Dalam arus ekonomi dunia yang pesat berubah, sikap kaku
akan membawa kepada kegagalan.

LATIHAN 2.1
Apakah ciri-ciri lazim usahawan yang berjaya? Pada pendapat anda,
mengapakah ciri-ciri ini mustahak untuk menjadi usahawan yang
berjaya?

2.2 PENILAIAN KENDIRI UNTUK USAHAWAN


Terdapat pelbagai alat yang boleh digunakan untuk menilai dan mengukur
kecenderungan seorang individu untuk menjadi seorang usahawan; contohnya
alat yang dicadangkan oleh Robinson, Stimpson, Huefner dan Hunt (1991). Pada
hari ini, ada banyak ujian dan kuiz interaktif dalam talian yang boleh menguji
tahap kecenderungan keusahawanan anda.

Tujuan penilaian kendiri usahawan adalah untuk mendapatkan gambaran


mengenai kecenderungan keusahawanan individu. Tujuannya bukan untuk
mengenal pasti sama ada seseorang itu boleh menjadi usahawan atau tidak.
Sesiapa pun mempunyai potensi untuk menjadi usahawan, tidak kira umur,
bangsa, jantina, warna kulit atau negara asal. Keusahawanan bukan suatu ciri
genetik; sebaliknya, ia adalah suatu kemahiran yang dipelajari. Setiap individu
berpeluang menjadi usahawan. Namun penilaian kendiri usahawan akan
membolehkan anda melihat kedudukan anda dan membuat sesuatu untuk
memperbaiki tahap kecenderungan keusahawanan anda jika anda ingin menjadi
seseorang usahawan yang berjaya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN  17

AKTIVITI 2.1
Apakah tujuan penilaian kendiri usahawan? Anda boleh cuba salah
satu ujian ini dalam talian dengan melawat laman sesawang
http://bizmove.com/other/quiz.htm. Bandingkan markah anda
dengan rakan anda.

2.3 PERBEZAAN ANTARA PENIAGA,


PENGURUS DAN USAHAWAN
Di dalam subtopik ini, kita akan melihat perbezaan antara peniaga, pengurus
dan usahawan yang diadaptasi daripada Zimmerer (1998).

2.3.1 Perbezaan antara Peniaga dan Usahawan


Usahawan bukan sinonim dengan peniaga, terutamanya peniaga kecil. Ini
kerana bukan semua peniaga adalah usahawan. Akan tetapi, semua usahawan
adalah peniaga. Peniaga mempunyai ciri-ciri kebanyakan usahawan tetapi ciri-
ciri ini tidaklah setinggi golongan usahawan. Beberapa ciri boleh digunakan
sebagai panduan untuk membezakan antara peniaga kecil dan usahawan. Jadual
2.1 menunjukkan perbezaan tersebut.

Jadual 2.1: Perbezaan antara Peniaga Kecil dan Usahawan

Peniaga Kecil Usahawan


Ć Melibatkan diri dalam perniagaan Ć Memulakan usaha niaga,
untuk meraih keuntungan demi memimpin dan mengembangkan
menyara kehidupannya serta perniagaan untuk menunaikan
keluarganya. matlamat peribadi dan mencapai
kejayaan untuk diri sendiri.
Ć Mengambil risiko rendah. Ć Mengambil risiko sederhana.

Ć Mengikut orang lain dan melabur Ć Menghitung risiko sebelum


hanya dalam pasaran yang sudah bertindak.
teruji dan terbukti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

2.3.2 Perbezaan antara Pengurus Konvensional dan


Usahawan
Terdapat beberapa perbezaan antara pengurus, terutamanya pengurus
konvensional, dan usahawan, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.2.
Jadual 2.2: Perbezaan antara Pengurus Konvensional dan Usahawan

Pengurus Konvensional Usahawan


Sangat peka kepada syarat dan Melihat undang-undang sebagai
undang-undang. panduan sahaja.
Sensitif kepada masa depan dan Konsep masa depan bergantung pada
sanggup menangguhkan ganjaran. matlamat peribadi. Mempunyai nilai
ambang (threshold) kekecewaan yang
rendah.
Sangat memerlukan dirinya diterima Merasa berbelah bagi terhadap kuasa,
oleh orang lain. kejayaan dan tanggungjawab. Boleh
memperalatkan dan mempergunakan
orang lain.
Boleh mengenal pasti masalah dalam Tidak sabar dengan perbincangan dan
sebarang tindakan yang diambil. teori.
Membuat perancangan yang terperinci. Cenderung untuk bertindak dan
nampak seperti bertindak tanpa
berfikir terlebih dahulu.
Sumber: Zimmerer & Searborough (1998).

SEMAK KENDIRI 2.1


Ringkaskan perbezaan antara peniaga, pengurus dan usahawan.
Bincangkan senarai anda dengan rakan anda.

 Topik ini cuba menjelaskan ciri-ciri keusahawanan yang paling kerap


disebut. Walaupun ciri-ciri baharu sentiasa ditambah, senarai yang sedia ada
boleh memberikan pandangan yang mendalam mengenai ciri-ciri usahawan
yang berjaya.

 Terdapat 16 ciri keusahawanan yang dikenal pasti dalam topik ini iaitu:
(i) Menuntut maklum balas

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN  19

(ii) Kawalan dalaman


(iii) Fleksibel
(iv) Tahap tenaga tinggi
(v) Membina pasukan
(vi) Boleh membangunkan visi
(vii) Toleransi terhadap kegagalan
(viii) Motivasi untuk berjaya
(ix) Mahir mengurus
(x) Kreatif dan inovatif
(xi) Berdikari
(xii) Yakin dan optimistik
(xiii) Pengambil risiko sederhana
(xiv) Berorientasikan peluang
(xv) Komitmen tinggi
(xvi) Berinisiatif dan bertanggungjawab

 Topik ini juga mempersembahkan penilaian kendiri usahawan untuk


mengenal pasti kecenderungan keusahawanan di dalam individu.

 Ia juga membincangkan perbezaan antara usahawan, peniaga kecil dan


pengurus konvensional.

Inovatif Optimistik
Kreatif Penilaian kendiri usahawan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Membentuk
Kreativiti dan
3 Inovasi
Keusahawanan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan konsep kreatif dan inovasi;
p 2. Menjelaskan empat fasa utama dalam proses kreatif;
3. Menerangkan lima teknik kreativiti;
4. Menghuraikan empat jenis lazim inovasi; dan
5. Membincangkan halangan kepada kreativiti dan inovasi.

 PENGENALAN
Persaingan hebat di alam perniagaan pada zaman sekarang memerlukan
usahawan untuk memikirkan cara-cara menghasilkan produk, perkhidmatan
atau proses baharu dengan tujuan baharu untuk pelanggan. Ini membolehkan
syarikat mereka bertahan dan menarik perhatian pelanggan kepada ciptaan
baharu mereka di samping menjana pendapatan. Oleh itu, kreativiti dan inovasi
adalah unsur-unsur penting untuk semua tahap perniagaan berkembang. Kedua-
dua unsur ini juga wajib untuk syarikat terus beroperasi dan membina kelebihan
persaingan (Kirby, 2003).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  21

Berterusan mencari paradigma baharu dalam menyelesaikan masalah


perniagaan adalah prasyarat untuk usahawan berjaya. Sebagai seorang yang
kreatif, usahawan mesti boleh berfikir secara kreatif untuk mencari penyelesaian
masalah yang dihadapi. Perlu diingati bahawa kecekapan dan keberkesanan
tidak lagi menjamin bahawa suatu perniagaan itu akan berterusan. Sebaliknya,
kreativiti dan inovasi diperlukan untuk membantu suatu perniagaan itu maju ke
hadapan. Justeru itu, kebolehan mencipta atau mereka sesuatu yang baharu
adalah cara untuk sesuatu perniagaan itu untuk terus berada di pasaran.

Seksyen pertama dalam topik ini akan membincangkan apa itu kreativiti, proses
kreativiti, halangan kepada kreativiti, bagaimana menjana kreativiti dan ciri-ciri
usahawan yang kreatif.

3.1 APA ITU KREATIVITI?


Terdapat beberapa definisi kreativiti. Menurut Schermerhorn, Hunt dan Osborn
(2003), kreativiti melibatkan pembentukan tindak balas yang unik dan baharu
kepada masalah dan peluang. Kreativiti adalah mustahak dalam menangani
cabaran rumit dalam suasana perniagaan yang dinamik dan selalunya penuh
dengan masalah bukan rutin. Oleh itu, kreativiti adalah:

„Kebolehan untuk menghasilkan kerja yang baharu (iaitu asli dan tidak
disangka), berkualiti tinggi dan sesuai (iaitu berguna dan memenuhi
kekangan tugas)‰

Sternberg, Kaufman dan Pretz, 2002

SEMAK KENDIRI 3.1

Berikan pentakrifan kreativiti berdasarkan pemahaman anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

3.2 PROSES KREATIVITI


Usahawan perlu memikirkan idea untuk melaksanakan strategi baharu. Pada
umumnya, idea lahir daripada proses kreatif di mana seorang individu yang
berimaginasi akan membayangkan dan mengembangkan suatu idea kepada suatu
bentuk yang boleh dilaksanakan dan membawa manfaat kepada usahawan tersebut
dan organisasinya. Mengikut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa
utama dalam proses kreatif, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Proses kreatif


Sumber: Kuratko dan Hodgetts (2004)

Fasa-fasa ini dihuraikan di dalam Rajah 3.2.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  23

Rajah 3.2: Huraian bagi empat fasa utama dalam proses kreatif

LATIHAN 3.1

1. Jelaskan secara ringkas apa itu kreativiti dan fasa utama dalam
proses pemikiran kreatif.
2. Mengapakah kreativiti mustahak untuk usahawan?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

3.3 HALANGAN KEPADA KREATIVITI


Perlu diingat bahawa bukan semua idea baharu yang dijana semasa proses
kreativiti boleh diterima. Kreativiti tidak menjamin tidak akan ada halangan,
kekecewaan atau kegagalan. Terdapat empat halangan kepada kreativiti, seperti
yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Beberapa halangan kepada kreativiti

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  25

3.4 BAGAIMANA MENJANA IDEA KREATIF


Individu berlainan mempunyai cara pemikiran yang berbeza. Terdapat beberapa
teknik untuk memperbaiki kreativiti dan lima antaranya adalah seperti berikut:

(a) Percambahan Idea


Ini adalah satu teknik yang paling lazim digunakan dan ia berkuasa untuk
menghasilkan idea. Di sini, semua ahli kumpulan mencadangkan idea-idea
yang kemudiannya dibincangkan. Bilangan ahli kumpulan yang paling
sesuai adalah empat hingga tujuh orang. Mengikut Williams (2000),
terdapat empat peraturan yang perlu diikuti iaitu:
(i) Lagi banyak idea yang dikeluarkan, lagi bagus;
(ii) Semua idea boleh diterima, walau setakat manapun nampak pelik
atau tidak masuk akal;
(ii) Idea-idea yang diberikan oleh ahli kumpulan digunakan untuk
menghasilkan lebih banyak lagi idea; dan
(iv) Kritikan dan penilaian idea tidak dibenarkan.

(b) Analogi Paksaan


Ini adalah teknik menjana idea yang sangat berguna dan menyeronokkan.
Teknik ini dipanggil analogi paksaan kerana sesuatu idea itu dibandingkan
dengan masalah atau benda lain yang tiada persamaan langsung
dengannya untuk mendapatkan pandangan baharu. Anda boleh
mengaitkan benda-benda yang biasanya tidak berkaitan dan mencari
penyelesaian baharu. Contohnya diri anda dan sebatang pen, muzik dan
komputer, produk dan pasaran. Memaksa hubung kait sebegini akan
membantu anda membina pandangan baharu serta alternatif baharu.
Membina hubungan antara benda yang asalnya tidak berkaitan akan
menghasilkan pilihan objek atau kad dengan gambar atau imej yang
membantu menjana idea. Pilih suatu objek atau kad secara rambang dan
lihat apa hubungan yang boleh dibuat.
(Diadaptasi daripada
members.optus.net.com/au/~charles57/Creative/Techniques/
forced_analogy.htm or www.si.hhs.nl/~runda/Creativity.pdf)

(c) Teknik Do It
Ini adalah suatu teknik di mana DO IT adalah ringkasan bahasa Inggeris
seperti di bawah:
D = Define problem (Takrifkan masalah)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

O = Open mind and apply creative technique (Buka minda dan


gunakan teknik kreatif)
I = Identify best solution (Kenal pasti penyelesaian terbaik); dan
T = Transform (Tukar)
Di peringkat pertama teknik ini, kita mesti menganalisa suatu masalah itu
untuk memastikan soalan yang betul ditanyakan. Mengkaji dan memahami
masalah adalah penting untuk mengenal pasti sebab utama masalah tersebut.
Jika ia merupakan masalah yang amat besar, pecahkannya kepada bahagian-
bahagian kecil dan ringkaskan masalah itu dengan sepadat yang boleh.

Kedua, selepas berjaya mengenal pasti masalah, hasilkan seberapa banyak


idea yang boleh untuk mendapat penyelesaian yang mungkin boleh
digunakan. Setiap percubaan untuk menjana idea adalah penting, tidak
kira sama ada idea itu baik mahupun buruk.

Ketiga, kita perlu menyemak dan menganalisa setiap idea secara terperinci
sebelum memilih idea-idea yang terbaik untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Semua penyelesaian ini patut datang dari peringkat kedua.

Akhir sekali, setelah penyelesaian yang terbaik sudah dikenal pasti, sudah tiba
masanya untuk melaksanakannya. Peringkat ini melibatkan pengembangan
produk yang boleh dipercayai daripada idea yang paling sesuai; penggunaan
strategi pemasaran dan perniagaan; dan penggunaan masa, wang dan tenaga.

(d) Peta Minda


Teknik ini membolehkan seseorang itu menggunakan gambar, frasa atau
perkataan untuk menyusun dan mengembangkan fikiran dalam bentuk
bukan linear. Ini membolehkan seseorang itu „melihat‰ masalah serta
penyelesaiannya. Ramai orang menggunakan peta minda semasa:
Ć Percambahan idea;
Ć Mengambil nota; dan
Ć Mengingat kembali sesuatu.

Peta minda boleh digunakan untuk mewujudkan produk baharu,


menyelesaikan masalah, merancang strategi atau membina suatu proses.
Kunci keberkesanan peta minda dalam menjana idea dan menyelesaikan
masalah adalah untuk tidak semestinya berfikir secara logik. Jika suatu idea
membawa kepada idea yang lain, jangan menganalisanya. Sebaliknya,
letakkan sahaja idea tersebut dalam peta minda. Seperti percambahan idea,
lagi tidak masuk akal sesuatu hubungan itu, lagi bagus. Inilah cara
mendapatkan penyelesaian yang inovatif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  27

(e) Kumpulan Nominal


Penggunaan kumpulan nominal adalah untuk menjana idea dan menilai
penyelesaian secara bersemuka dalam situasi kumpulan yang tidak
mengancam.

Ahli kumpulan berbuat demikian dengan menulis secara senyap sebanyak


mana idea yang boleh. Selepas itu, ahli merekod idea-idea tersebut dan
membincangkan kesemuanya untuk mendapatkan penjelasan dan
penilaian. Akhirnya, setiap ahli akan mengundi secara sulit untuk
menyusun idea-idea tersebut dari segi keutamaan.

LATIHAN 3.2
Senaraikan dan ringkaskan teknik menjana idea yang kreatif.

3.5 CIRI-CIRI INDIVIDU KREATIF


Usahawan adalah individu yang kreatif tetapi tidak semua individu yang kreatif
boleh menjadi usahawan. Rajah 3.4 menunjukkan lapan ciri individu kreatif.

i. Amat rendah diri dan bangga pada masa yang sama


ii. Sangat sayangkan kerja mereka tetapi sangat objektif terhadapnya pada
masa yang sama
iii. Berani mencuba benda baharu
iv. Minda terbuka dan sanggup menerima kritikan orang lain
v. Memiliki kombinasi sikap suka main-main dan berdisiplin serta
kombinasi bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab
vi. Mempunyai tahap kawalan diri yang tinggi
vii. Berpandukan matlamat, cermat dan bertimbang rasa dalam membuat
sebarang keputusan
viii. Sanggup mengambil risiko terhitung
Rajah 3.4: Ciri-ciri individu kreatif

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

3.6 APA ITU INOVASI?


Apabila usahawan telah melalui proses kreatif dan memperoleh penyelesaian
yang terbaik, langkah seterusnya adalah penggunaan dan akhirnya, inovasi.
Kreativiti adalah prasyarat kepada inovasi. Pada hari ini, inovasi dipercayai
ramai sebagai kunci kejayaan yang berlanjutan untuk banyak organisasi.
Syarikat yang boleh bersaing dan menang adalah syarikat yang mengembangkan
produk atau sistem baharu mengeluarkan produk dan berterusan berbuat
begitu.

Kenapakah inovasi penting? Apakah itu inovasi? Dalam subtopik ini, kita akan
membincangkan makna, jenis, sumber dan penghalang inovasi.

Mengikut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah mencari cara-cara untuk
memberikan produk atau perkhidmatan yang baharu atau lebih baik. Ini
bermakna setiap organisasi, tidak kira sama ada berpusatkan keuntungan
ataupun tidak, tidak akan cepat berpuas hati dengan pencapaiannya, lebih-lebih
lagi apabila saingannya menghasilkan idea kreatif. Inovasi dirasakan sebagai
penghasilan suatu yang baharu di pasaran yang mengubah persamaan
permintaan dan penawaran (Chell, 2001). Seorang usahawan mencipta
permintaan baharu dalam pasaran dengan menggabung semula faktor-faktor
pengeluaran untuk mencipta suatu yang baharu. Oleh itu, inovasi adalah kunci
untuk usahawan terus kekal dalam dunia perniagaan yang mempunyai
persaingan sengit di zaman ini. „Lakukan inovasi atau mati‰ patut menjadi
prinsip hidup setiap usahawan.

AKTIVITI 3.1
Apakah yang anda faham dengan perkataan „inovasi‰? Pada
pendapat anda, bagaimanakah perkataan ini dikaitkan dengan
usahawan dan kenapakah ia penting? Bincangkan idea anda.

3.6.1 Jenis-jenis Inovasi


Setiap orang dalam suatu perniagaan mesti menjadi inovatif untuk membolehkan
perniagaan tersebut berubah sepantas mungkin demi memenuhi keperluan dan
permintaan pelanggan. Mengikut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat
jenis inovasi yang asas seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.5.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  29

Rajah 3.5: Jenis-jenis dan contoh inovasi

3.6.2 Sumber-sumber Inovasi


Seorang usahawan memerlukan idea-idea yang berimpak tinggi sebagai inspirasi
menemu produk, perkhidmatan atau proses yang baharu. Berikut adalah empat
sumber inovasi untuk para usahawan (Drucker, 1985; Kuratko & Hodgetts, 2004).

(a) Peristiwa Di Luar Jangkaan


Usahawan kerap mendapat idea daripada sesuatu yang berlaku di luar
jangkaan mereka. Peristiwa yang tidak dijangka memberikan mereka
peluang besar untuk menggunakan kemahiran mereka untuk membuat
formula atau benda baharu. Kejayaan atau kegagalan yang tidak dijangka

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

juga adalah sumber inspirasi apabila mereka tidak merancang atau


menjangka sesuatu.

(b) Konsep Ilmu Baharu


Di pasaran hari ini, kita boleh menjumpai produk atau perkhidmatan
baharu dengan mudah. Kebanyakan produk dan perkhidmatan ini adalah
inovasi berasaskan pengetahuan yang memerlukan waktu yang lama untuk
diselidik dan dikembangkan oleh golongan pakar. Ilmu baharu boleh
diperoleh dengan membaca, menghadiri seminar atau persidangan serta
menyertai perbincangan di kalangan profesional.

(c) Perubahan Demografik


Perubahan dalam ciri-ciri demografik seperti umur, tahap pendidikan,
pendapatan dan jenis pekerjaan merupakan sumber inspirasi yang utama
kepada golongan usahawan. Bagi mereka, perubahan sebegini
mewujudkan peluang besar untuk diterokai. Contohnya, apabila kualiti
hidup dan pendapatan meningkat, permintaan untuk barang mewah dan
produk kesihatan juga bertambah.

(d) Keperluan Proses


Keperluan proses wujud di dalam proses sebuah perniagaan, industri atau
perkhidmatan. Ia menyempurnakan proses yang sedia ada, menggantikan
pautan yang lemah, mereka bentuk semula proses yang ada dan
sebagainya. Kesemua ini membolehkan usahawan menghasilkan produk,
perkhidmatan atau proses yang menunaikan permintaan dan memenuhi
keperluan pelanggan. Contohnya, dalam usaha mewujudkan masyarakat
yang cergas, sesetengah individu akan terdorong untuk melakukan lebih
banyak senaman. Justeru itu, usahawan boleh menyediakan lebih banyak
pusat atau kemudahan kesihatan untuk mereka.

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Apakah sumber inovasi? Perhatikan keadaan di sekeliling anda


dan berikan contoh.
2. Berdasarkan jenis-jenis inovasi, berikan contoh yang bersesuaian
dan terangkannya. Bandingkan dengan rakan anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  31

3.6.3 Penghalang Inovasi


Walaupun usahawan mempunyai banyak idea untuk inovasi, terdapat beberapa
halangan yang boleh menghindarkan mereka daripada menjadi inovatif. Rintangan
kepada inovasi biasanya datang daripada dalam sebuah organisasi, khasnya
daripada golongan pekerja. Contoh-contoh halangan adalah seperti berikut:

(a) Organisasi Tidak Menggalakkan Inovasi


Sesetengah organisasi selesa dengan keadaan yang sedia ada dan enggan
berubah. Untuk mereka, perubahan mengancam budaya dan tatacara
organisasi dan lebih teruk lagi, kedudukan mereka. Untuk mengelakkan
perkara ini daripada berlaku, pihak pengurusan akan mengelak atau
enggan mengakui keperluan inovasi di dalam organisasi berkenaan.
Tambahan pula, sempadan di antara jabatan atau interdepartmental
borders menghalang idea inovasi daripada disebarkan secara meluas di
kalangan pekerja.

(b) Sumber Tidak Mencukupi


Sesetengah organisasi ingin berubah dan melakukan inovasi tetapi tidak
mempunyai sumber yang mencukupi seperti sumber manusia, kewangan
dan kemudahan yang penting dalam melakukan sesuatu inovasi.

(c) Sikap Pengurusan yang Tradisional


Keinginan pihak pengurusan untuk memegang kuasa menghalang
pekerjanya daripada melakukan inovasi. Ini berlaku khasnya apabila pihak
pengurusan terdiri daripada pekerja kanan yang berfikir secara tradisional
dan menentang perubahan. Kadang-kadang kekreatifan pekerja disekat
oleh peraturan, kekangan dan birokrasi pihak pengurusan.

Penghalang inovasi juga datang daripada sikap peribadi atau individu itu
sendiri seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.6 berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Rajah 3.6: Sikap peribadi atau individu

3.7 KEPENTINGAN KREATIVITI DAN INOVASI


BAGI USAHAWAN
Dalam dunia persaingan global yang dinamik, usahawan mesti menerima
kreativiti dan inovasi sebagai ramuan penting untuk berjaya. Mereka seharusnya
boleh mencipta produk atau perkhidmatan baharu dan bersedia untuk
mengamalkan teknologi terkini jika ingin bersaing dengan jayanya. Oleh itu,
usahawan mesti mengiktiraf dan memberi ganjaran atas kreativiti dan inovasi
diri sendiri dan pekerja. Kreativiti dan inovasi adalah mustahak kerana tiga
sebab, iaitu:

(a) Memastikan Ketahanan Organisasi


Kreativiti dan inovasi adalah satu kemestian agar sebuah organisasi dapat
bertahan lama. Masa hadapan sesebuah organisasi itu bergantung pada
kebolehannya untuk mencipta produk atau perkhidmatan baharu. Dengan
berbuat begitu, ia akan meningkatkan kebolehan organisasi tersebut untuk
bersaing dengan para pesaingnya. Ia juga menjadikan ahli organisasi itu
mampu bertindak pantas terhadap perubahan sekeliling. Sesebuah
organisasi itu tidak lagi perlu menantikan permintaan daripada pelanggan;
sebaliknya, ia harus sentiasa cuba mengeluarkan sesuatu yang baharu
untuk memuaskan kehendak pelanggan.

(b) Meneroka Pasaran Baharu


Usahawan boleh menggunakan produk atau perkhidmatan baharu untuk
menerokai pasaran yang belum diceburi. Seorang usahawan yang kreatif
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  33

dan inovatif akan selalu cuba menakluki pasaran baharu dengan


memperkenalkan produk atau perkhidmatan baharu. Contohnya, bila
Phillips memperkenalkan cakera video digital (DVD) yang pertama dalam
pasaran pada tahun 1995, ia berjaya menembusi pasaran dunia.

(c) Menggunakan Sumber Asli


Terdapat banyak sumber asli di muka bumi ini yang mana usahawan boleh
memanfaatkannya tanpa menjejaskan alam sekitar. Kreativiti dan inovasi
mewujudkan sumber. Malah, „sumber‰ tidak wujud sehingga manusia
(usahawan) mencari kegunaan baginya dan memberikannya nilai ekonomi
(Drucker, 1985). Oleh itu, usahawan adalah orang yang bertanggungjawab
mewujudkan nilai bagi setiap sumber asli untuk faedah manusia.

3.8 STRATEGI MENGGALAKKAN KREATIVITI


DAN INOVASI
Terdapat empat strategi yang boleh digunakan untuk menggalakkan kreativiti
dan inovasi di dalam organisasi, seperti yang diringkaskan di dalam Rajah 3.7.

Rajah 3.7: Empat strategi untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi di dalam organisasi
(i) Mengiktiraf Kebolehan Anda Sendiri
Adalah penting untuk mengetahui kebolehan diri anda supaya anda boleh
menghadapi masalah dan merebut peluang secara kreatif dan inovatif.
Kenali batasan diri anda yang mungkin menghalang anda daripada
mencari penyelesaian yang sesuai.

(ii) Mengubah Persepsi Anda


Cuba lihat masalah dan peluang dari pelbagai perspektif. Selidik masalah
dan peluang dengan memecahkan mereka kepada beberapa bahagian kecil
dan cari penyelesaian yang sebenar atau yang terbaik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

(iii) Mengubah Budaya Organisasi


Organisasi mesti menggalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan pekerja.
Berikan ganjaran kepada pekerja yang cemerlang dalam membuat
pembaharuan.

(iv) Berani Gagal


Anggap setiap kegagalan atau kesilapan sebagai motivasi untuk mencari
penyelesaian yang terbaik.

SEMAK KENDIRI 3.3


1. Apakah strategi yang boleh anda gunakan untuk menggalakkan
kreativiti dan inovasi di dalam sesebuah organisasi?
2. Uji kreativiti anda dengan menduduki ujian menerusi laman
sesawang berikut:
 http://www.creax.com/csa/frame.asp?session=zero
 http://enchantedmind.com/html/creativity/iq_tests/
creativity_test.html

 Kreativiti adalah kebolehan untuk menghasilkan kerja yang baharu (iaitu asli
dan tidak disangka), berkualiti tinggi dan sesuai (iaitu berguna dan
memenuhi kekangan tugas).
 Inovasi adalah mencari cara-cara untuk menyediakan produk atau
perkhidmatan yang baharu atau lebih baik.
 Empat fasa utama dalam proses kreatif adalah:
(i) Pengumpulan ilmu;
(ii) Pengeraman;
(iii) Idea-idea; dan
(iv) Penilaian dan pelaksanaan.
 Lima teknik kreatif adalah:
(i) Percambahan idea;
(ii) Analogi paksaan;
(iii) Formula Do It;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN  35

(iv) Peta minda; dan


(v) Kumpulan Nominal.
 Empat jenis asas inovasi adalah:
(i) Penciptaan;
(ii) Pelanjutan;
(iii) Penduaan; dan
(iv) Sintesis.
 Penghalang kreativiti adalah:
(i) Kepercayaan peribadi;
(ii) Takut kepada kritikan;
(iii) Pengurusan yang berlebihan; dan
(iv) Tekanan.
 Penghalang inovasi adalah:
(i) Organisasi tidak menggalakkan inovasi;
(ii) Sumber tidak mencukupi; dan
(iii) Sikap pengurusan yang tradisional.

Analogi paksaan Kumpulan nominal


Formula Do It Percambahan idea
Inovasi Peta minda
Kreativiti Proses kreatif

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Penilaian
Persekitaran
4 Usaha Niaga
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti dua komponen persekitaran perniagaan;
2. Menerangkan empat elemen persekitaran makro dan enam elemen
p
persekitaran mikro;
3. Menjelaskan tiga elemen persekitaran dalaman organisasi;
4. Menghuraikan peluang perniagaan; dan
5. Menilai suatu peluang perniagaan.

 PENGENALAN
Persekitaran perniagaan biasanya dibincangkan dengan kaitan kepada
pemasaran dan pengurusan ekonomi. Di dalam topik ini, kita akan
membincangkan kepentingan persekitaran dalam menyediakan peluang dan
memberikan ancaman kepada usaha mencipta perniagaan baharu. Terdapat
banyak cara untuk menilai persekitaran perniagaan baharu.

Pertama sekali, kita akan menilai komponen persekitaran di mana suatu


perniagaan itu beroperasi. Kemudian, kita akan membincangkan langkah-
langkah mengenal pasti peluang perniagaan dan bagaimana untuk menilai dan
merebut peluang memulakan perniagaan baharu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  37

4.1 KOMPONEN-KOMPENAN PERSEKITARAN


USAHA NIAGA
Usahawan perlu menilai persekitaran bukan sahaja sebelum memulakan
perniagaan tetapi juga semasa membangunkan perniagaan tersebut. Persekitaran
adalah situasi di mana perniagaan itu beroperasi. Persekitaran perniagaan boleh
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
 Pandangan makro terhadap persekitaran luaran; dan
 Pandangan mikro terhadap persekitaran luaran dan dalaman.

Setiap bahagian ini mempunyai banyak komponen yang perlu dinilai, seperti
yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Komponen persekitaran perniagaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

(a) Persekitaran Luaran


Ini terdiri daripada persekitaran makro dan mikro. Persekitaran luaran
boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk
jangka masa panjang dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal.

Persekitaran makro terdiri daripada empat unsur iaitu:


(i) Politik dan undang-undang;
(ii) Ekonomi;
(iii) Sosiobudaya; dan
(iv) Teknologi.

Persekitaran mikro pula, mengikut Kuratko dan Hodgetts (2004), adalah


sebahagian daripada persekitaran luaran perniagaan tetapi boleh
mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan secara langsung. Ia
dikenali sebagai persekitaran industri atau persekitaran tugas. Persekitaran
mikro mempunyai enam elemen iaitu:
(i) Pelanggan;
(ii) Pesaing;
(iii) Pembekal;
(iv) Institusi kewangan;
(v) Organisasi bukan kerajaan; dan
(vi) Agensi kerajaan.

Persekitaran mikro atau persekitaran industri juga dikenali sebagai


persekitaran persaingan dalam Model Lima Kuasa Porter yang termasuk
ancaman pesaing baharu, produk pengganti dan kuasa tawar-menawar
pembekal dan pembeli. Institusi kewangan boleh diletakkan di bawah
persekitaran umum, manakala organisasi bukan kerajaan dan agensi
kerajaan boleh diletakkan di bawah kategori politik dan undang-undang.

(b) Persekitaran Dalaman


Persekitaran dalaman juga boleh mempengaruhi pembuatan keputusan
usahawan secara langsung. Bagaimanapun, usahawan boleh mengawal
unsur ini. Persekitaran dalaman organisasi terdiri daripada:
(i) Struktur organisasi;
(ii) Budaya; dan
(iii) Sumber.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  39

AKTIVITI 4.1
Apakah yang anda fikir akan berlaku jika usahawan memulakan
perniagaan tanpa menganalisa persekitaran di mana perniagaan itu
akan beroperasi? Bandingkan dan bincangkan jawapan anda dengan
rakan dan tutor anda.
 
 

LATIHAN 4.1
Senaraikan semua segmen dan komponen persekitaran perniagaan.
 

4.2 PERSEKITARAN MAKRO


Sebelum ini, kita telah menyebut bahawa persekitaran makro terdiri daripada
elemen politik dan undang-undang, ekonomi, teknologi dan sosiobudaya. Di
dalam subtopik ini, kita akan menjelaskan unsur-unsur ini dan pengaruh mereka
terhadap usahawan. Rajah 4.2 menunjukkan pemboleh ubah persekitaran.
  

 
Rajah 4.2: Pemboleh ubah persekitaran
Sumber: Diadaptasi daripada Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2004). Entrepreneurship:
A contemporary approach (6th ed.).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

4.2.1 Politik dan Undang-undang


Politik dan undang-undang dalam persekitaran makro adalah ruang di mana
kumpulan berkepentingan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi
perhatian dan sumber. Ini adalah persekitaran di mana para usahawan
menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Selalunya, usahawan terpaksa
menerima unsur politik dan undang-undang untuk perniagaan baharu mereka.
Mereka perlu patuh dan mengikut polisi, undang-undang dan peraturan di
tempat perniagaan tersebut dijalankan.
 

SEMAK KENDIRI 4.1

Pada pendapat anda, apakah peranan segmen politik dan undang-


undang dalam persekitaran perniagaan?
 
 
Rajah 4.3 menunjukkan segmen politik dan undang-undang dalam persekitaran
makro.
 

 
Rajah 4.3: Segmen politik dan undang-undang dalam persekitaran makro
 
Terdapat banyak perbezaan politik dan undang-undang dari satu negara dengan
negara yang lain. Usahawan perlu menyedari isu global seperti halangan
perdagangan, tarif dan risiko politik serta hubungan dua hala dan pelbagai hala.
Kesemua isu ini adalah berhubung kait antara satu sama lain.

(a) Halangan Perdagangan dan Tarif


Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan
perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ia
menghalang aliran bebas sumber dari negara lain untuk melindungi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  41

industri tempatan. Contohnya, sekatan perdagangan dikenakan terhadap


industri automobil di Malaysia.

(b) Risiko Politik


Ini merujuk kepada kemungkinan berlakunya ketidakstabilan, rasuah dan
keganasan di dalam negara atau di kawasan di mana perniagaan
dijalankan. Di kawasan di mana risiko politik adalah tinggi, adalah sukar
dan mahal bagi usahawan untuk membeli, melindungi dan menggunakan
sumber. Risiko lain termasuk keganasan politik dan fizikal, pemerasan dan
penyelewengan yang melibatkan rasuah atau pembayaran yang tidak
beretika. Ini akan menambah kepada kos perniagaan baharu.

(c) Perjanjian Perdagangan


Perjanjian perdagangan antara negara kian meningkat, contohnya
perjanjian AFTA yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan Malaysia
dalam membuat keputusan dalam menjalankan perdagangan di pasaran
antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk meningkatkan produktiviti
ekonomi dalam pasaran serantau. Usahawan perlu peka terhadap beberapa
isu nasional seperti pencukaian, peraturan dan perbelanjaan kerajaan.
Kesemua isu ini adalah berhubung kait.

(d) Pencukaian
Ini merupakan faktor politik utama yang dihadapi oleh usahawan pada
peringkat nasional. Kesan cukai ke atas operasi perniagaan adalah seperti
berikut:
 Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelaburan perniagaan; dan
 Sesetengah cukai adalah baik bagi perniagaan tertentu dan tidak baik
bagi perniagaan lain.

(e) Peraturan
Contoh peraturan adalah peraturan mengenai penggunaan dadah. Walau
bagaimanapun, adakalanya peraturan memberikan kesan negatif kepada
perniagaan. Kadangkala pula, peraturan menambahkan kos perniagaan
dari segi pekerjaan tulis-menulis, ujian, pemantauan dan pematuhan.

Oleh sebab itu, usahawan harus menilai persekitaran politik dengan


terperinci untuk mengenal pasti ancaman atau peluang yang ada. Secara
amnya, kestabilan politik sesuatu negara di mana perniagaan dilakukan
memberikan peluang kepada usahawan untuk memulakan atau
mengembangkan perniagaan mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

AKTIVITI 4.2
Apakah peranan AFTA? Bincangkan dalam myVLE.
 

4.2.2 Ekonomi
Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan
atau kegagalan sesuatu perniagaan. Persekitaran ekonomi makro meliputi
kesemua produk dan perkhidmatan yang dihasilkan, diedarkan, dijual dan
diguna. Usahawan perlu menganalisa persekitaran ini pada paras global,
nasional dan tempatan di mana perniagaan mereka dijalankan. Setiap
perniagaan saling berhubung kait antara satu sama lain di tiga paras
persekitaran ekonomi makro ini. Walau bagaimanapun, usahawan harus tahu
paras mana yang mempunyai kesan terbesar kepada perniagaan mereka. Mereka
harus meninjau, memantau, meramalkan dan mentaksirkan keadaan makro
ekonomi yang memberi kesan kepada perniagaan baharu mereka. Usahawan
harus berupaya melihat perubahan yang berlaku dalam ekonomi dan berupaya
menentukan pemboleh ubah yang berkaitan untuk dianalisa.

Rajah 4.4 menyenaraikan beberapa soalan penting untuk dijawab oleh usahawan
berkenaan persekitaran ekonomi perniagaan baharu untuk memberikan
gambaran keseluruhan iklim perniagaan:
 

 
Rajah 4.4: Soalan untuk dipertimbangkan bagi perniagaan baharu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  43

4.2.3 Sosiobudaya
Persekitaran sosiobudaya terdiri daripada dua aspek yang berkait rapat iaitu:
 Demografik; dan
 Aliran budaya dalam masyarakat.

Peluang perniagaan wujud dalam budaya popular masyarakat, contohnya


peluang perniagaan untuk barangan pengguna dan barang tahan lama,
peruncitan dan perkhidmatan, waktu lapang, hiburan, perumahan dan
pembinaan.

(a) Perubahan demografik


Ini berlaku akibat perubahan penduduk, kumpulan etnik dan struktur
penduduk menurut umur, jantina, lokasi geografi dan pengagihan
pendapatan penduduk. Kesemua unsur ini menyumbang kepada
permintaan pengguna, kuasa membeli dan kapasiti industri. Usahawan
perlu menyelidik dengan teliti unsur-unsur ini yang menyumbang kepada
penciptaan pasaran. Walau bagaimanapun, perubahan aliran demografik
adalah di luar kawalan usahawan. Contohnya, bilangan kanak-kanak yang
bertambah dalam suatu masyarakat boleh mewujudkan peluang untuk
aktiviti perniagaan yang tertumpu kepada pendidikan, makanan dan
pakaian kanak-kanak.

(b) Aliran sosial


Ini berkaitan dengan cara hidup, di mana ia menggambarkan cita rasa dan
kecenderungan manusia. Usahawan perlu menilai dan memantau
pertukaran cara hidup untuk mengenal pasti peluang perniagaan.
Pemboleh ubah yang memerlukan perhatian adalah pembentukan rumah
tangga, ragam pekerjaan, kadar penglibatan tenaga buruh, tahap
pendidikan, corak perbelanjaan dan corak waktu lapang. Usahawan boleh
menggunakan maklumat yang didapati dari sumber umum dan
persendirian untuk menilai dan memantau perubahan ini. Mereka juga
perlu meramal dan menilai erti perubahan untuk perniagaan mereka
dengan menjaga kepentingan diri sendiri. Dengan ini, mereka boleh
meramalkan gelagat orang ramai.
 

SEMAK KENDIRI 4.2


Mengapakah persekitaran sosioekonomi penting untuk usahawan?
 
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

4.2.4 Teknologi
Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan seni industri, sains gunaan,
kejuruteraan, proses, penciptaan atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi.
Analisis teknologi memerlukan penelitian dan pemantauan dari masa kajian asas
dilakukan kepada masa suatu produk itu dibangunkan dan kemudiannya
dikomersialkan. Perubahan teknologi berlaku dalam dua bentuk iaitu:

(a) Penciptaan Tulen


Penciptaan tulen merujuk kepada penciptaan benda baharu yang berbeza
daripada teknologi atau produk yang sedia ada. Oleh itu, penciptaan biasanya
mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai saingan pada peringkat awal
dan selalunya dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-
undang terhadap penciptaan tersebut. Namun demikian, penciptaan
mempunyai kelemahan kerana tidak ada pasaran untuk ciptaan tersebut pada
peringkat awal. Walaupun begitu, ciptaan baharu boleh membuka pasaran
dan peluang perniagaan yang baharu. Contohnya, penciptaan semikonduktor
membuka peluang perniagaan dalam bidang komputer.

(b) Proses Inovasi


Proses inovasi merujuk kepada perubahan kecil dalam reka bentuk,
pembentukan dan pengeluaran produk, bahan dan pengedaran. Ini akan
dibincangkan dengan lebih terperinci di dalam seksyen tentang mengenal
pasti peluang. Meneliti dan memantau perubahan teknologi bukan mudah
kerana bukan senang untuk memperoleh maklumat. Malah, saintis yang
terlibat dalam kajian awal tidak mengetahui bila tahap pengkomersialan
dicapai. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu kelebihan dan peluang
untuk usahawan sekiranya ia mengetahui maklumat tersebut.

4.3 PERSEKITARAN MIKRO


Persekitaran mikro perniagaan baharu juga merujuk kepada persekitaran
industri. Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan sukar untuk
usahawan mempengaruhi elemen ini dalam industri. Mereka perlu merancang
dan melaksanakan strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing dalam
sesuatu industri. Pengaruh utama dalam industri adalah:
 Pelanggan;
 Pesaing;
 Pembekal;
 Institusi kewangan;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  45

 Agensi kerajaan; dan


 Organisasi bukan kerajaan.

(a) Pelanggan
Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama dalam perniagaan. Mereka
mengunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industri.
Pengguna boleh merupakan individu dalam masyarakat seperti suri
rumah, pekerja, pelajar atau kumpulan orang. Pengguna adalah „raja‰
dalam sistem pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh pengguna
industri seperti pengedar, ejen, pemborong dan peruncit. Kumpulan seperti
ini mempengaruhi keputusan usahawan.

(b) Pesaing
Usahawan dalam perniagaan baharu mesti menganalisa pesaing mereka
dalam industri yang diceburi. Pesaing adalah perniagaan yang memenuhi
kehendak pengguna yang sama atau berpeluang untuk berkhidmat kepada
pengguna tersebut. Mereka boleh dikenal pasti dengan menanyakan
pengguna perniagaan yang sedia ada atau bakal pengguna perniagaan
baharu di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan tertentu.
Usahawan juga boleh mengenal pasti persaingan mereka melalui direktori
perniagaan.

Grid analisis persaingan berdasarkan sumber boleh digunakan untuk


menganalisa dan menentukan tahap pesaing-pesaing dalam industri.
Usahawan juga boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan para
pesaing mereka dengan alat ini dan menggunakannya untuk membantu
mereka dalam memulakan perniagaan baharu. Jadual 4.1 menunjukkan
analisis persaingan berdasarkan sumber.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

Jadual 4.1: Analisis Persaingan Berdasarkan Sumber


Arahan: Dari skala 1 hingga 7, berikan penilaian sumber pesaing. Nilai 1 bererti syarikat
tersebut tidak mempunyai kelebihan langsung dari segi sumber; nilai 4 bererti syarikat
itu mempunyai kemampuan sumber yang sama dengan peserta lain dalam industri; dan
nilai 7 bererti syarikat itu mempunyai kelebihan mutlak dari segi sumber.

Jenis sumber dan sifat Syarikat sendiri 1 2 3 4 5 6 7


Sumber kewangan
Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan
Sumber fizikal
Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan
Sumber manusia
Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan
Sumber teknikal
Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan
Sumber reputasi
Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan
Sumber organisasi
Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan
 
Markah Keseluruhan ________________________
Purata besar _______________________________
+/– Daripada Purata_________________________

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  47

(c) Pembekal
Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti
keusahawanan. Mereka boleh menaikkan harga barangan atau
perkhidmatan yang mereka jual. Mereka juga boleh mengurangkan kualiti
produk dan perkhidmatan yang berada di pasaran.

(d) Institusi Kewangan


Insitusi kewangan merupakan punca luaran untuk membiayai perniagaan
baharu atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman daripada
institusi kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk perniagaan baharu
kerana tidak mempunyai rekod prestasi tetapi juga kerana pembayaran faedah
yang membebankan perniagaan baharu. Oleh itu, institusi kewangan
mempunyai pengaruh secara langsung terhadap usahawan.

(e) Agensi Kerajaan


Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi.
Contohnya, Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian
yang telah dilaksanakan di negara kita. Sesetengah polisi memberi kesan
secara langsung kepada aktiviti keusahawanan. Polisi dan peraturan
kerajaan mempunyai objektif dan tujuan tertentu. Kerajaan juga
menyediakan sokongan untuk usahawan. Ini telah dibincangkan di dalam
topik-topik yang terdahulu.

(f) Organisasi Bukan Kerajaan


Persatuan pengguna, organisasi politik, kumpulan agama, persatuan
perniagaan, kumpulan pencinta alam sekitar dan sebagainya adalah antara
kumpulan berkepentingan yang mempengaruhi usahawan. Kumpulan ini
mempengaruhi usahawan melalui kempen terhadap produk atau
perkhidmatan tertentu dan penyebaran maklumat mengenai sesuatu produk.
Tindakan sebegini boleh mempengaruhi pengguna dan memberikan tekanan
kepada kerajaan untuk mengambil tindakan dalam isu tertentu.
 

LATIHAN 4.2
Kenapakah usahawan perlu menganalisa setiap komponen
persekitaran makro dan mikro?

 
 
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

4.4 PERSEKITARAN DALAMAN ORGANISASI


Persekitaran dalaman sebuah organisasi terdiri daripada:
 Sumber;
 Struktur; dan
 Budaya.

Kesemua unsur ini mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan. Usahawan


perlu menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan mereka sebelum membuat
sebarang keputusan atau membentuk sebarang strategi.

(a) Sumber
Antara sumber dalaman sebuah organisasi adalah usahawan itu sendiri,
kewangan, sumber manusia, harta yang nyata dan harta tidak nyata,
teknologi dan reputasi. Ciri-ciri peribadi, kemahiran, tenaga, idea,
pengetahuan dan pengalaman keusahawanan adalah sebahagian daripada
sumber usahawan. Kesemua sumber ini akan diproses bersama dalam
perniagaan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

(b) Struktur
Struktur organisasi mestilah sesuai dengan perniagaan baharu yang
berkenaan untuk membolehkan penyesuaian dengan perubahan persekitaran.

(c) Budaya
Budaya dan nilai positif harus disemai dalam organisasi perniagaan untuk
kebaikan kesemua sumber manusia.  

4.5 MENGENAL PASTI PELUANG PERNIAGAAN


Peluang boleh wujud di atas kertas atau sebagai idea. Peluang boleh menukar
situasi yang buruk atau merugikan kepada situasi yang baik atau
menguntungkan. Menurut Myzuka (2000), peluang boleh ditakrifkan sebagai
suatu konsep perniagaan yang jika ditukar menjadi produk atau perkhidmatan
nyata yang ditawarkan oleh suatu perniagaan, boleh menghasilkan keuntungan
kewangan. Peluang selalunya dikaitkan dengan pengalaman, hobi dan
persekitaran sosial usahawan.

Peluang juga ditakrifkan sebagai aliran luaran yang positif atau perubahan yang
menyediakan kemungkinan yang unik dan jelas untuk melakukan inovasi dan
mencipta nilai. Peluang juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  49

mencipta sesuatu yang baharu yang melibatkan perubahan dalam pengetahuan,


teknologi, ekonomi, politik serta keadaan sosial dan demografik.

Kebanyakan peluang baik dalam perniagaan tidak muncul secara tiba-tiba tetapi
adalah berpunca daripada sikap usahawan yang bersiap-sedia dalam mengenal
pasti peluang. Kebanyakan usahawan tidak mempunyai cara formal untuk
mengenal pasti peluang perniagaan. Sebaliknya, pengguna, rakan perniagaan,
rakan dalam sistem pengedaran dan pakar teknikal adalah sumber terbaik untuk
mendapatkan idea perniagaan yang baharu.
 

SEMAK KENDIRI 4.3

Pada pendapat anda, apakah itu peluang perniagaan?


 

4.5.1 Mengenali Peluang: Fasa Perspektif Proses


Tentang Keusahawanan
Mengenali peluang adalah salah satu fasa utama dalam perspektif proses tentang
keusahawanan. Proses keusahawanan bermula apabila seorang atau lebih
daripada seorang mengenal pasti suatu peluang. Peluang ini dihasilkan oleh
faktor ekonomi, teknologi dan sosial. Penumpuan faktor ini memberikan
peluang untuk perniagaan baharu yang menarik (rujuk Rajah 4.5).

Rajah 4.5: Peluang muncul dari penumpuan faktor


Sumber: Baron & Shane (2004).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

Menurut Mukesh Chatter dalam Baron & Shane (2004), perubahan ekonomi,
teknologi dan keadaan sosial menjana peluang tetapi apa pun tidak akan berlaku
dengan peluang itu sehingga ada orang yang bermotivasi tinggi dan bertenaga
yang mengenal pasti peluang tersebut.
 
Usahawan patut boleh mengenali, mengejar dan merebut peluang perniagaan.
Usahawan yang berjaya adalah mereka yang berjaya merebut peluang.
Sesetengah usahawan mendapat peluang melalui penerokaan dan sesetengah
pula mendapat peluang kerana bernasib baik. Usahawan yang mengejar peluang
harus mempunyai nilai tambahan untuk menarik pelanggan, pengedar dan
peruncit. Peter Drucker, seorang penulis dalam bidang pengurusan yang
terkenal, telah mengenal pasti tujuh sumber peluang yang kemungkinan berlaku
dalam konteks luaran seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.2.
Jadual 4.2: Sumber Peluang

Sumber Peluang Situasi


Situasi yang Peluang boleh diperolehi apabila situasi dan kejadian yang
tidak diduga tidak dijangka berlaku seperti berita kejayaan/baik atau berita
kegagalan/buruk yang boleh menjadi peluang untuk dikejar
oleh usahawan.

Situasi yang Apabila ada situasi yang tidak konsisten, contohnya apabila
janggal cara pemikiran konvensional tidak lagi diguna pakai dalam
sesuatu perkara, akan wujud peluang untuk direbut. Dalam
situasi begini, usahawan yang berupaya berfikir di luar kotak
mungkin memperolehi peluang tersebut.

Keperluan Peluang keusahawanan boleh diperolehi daripada proses


proses penemuan. Contohnya daripada proses kajian dan
pembangunan yang dilakukan oleh para penyelidik dan pakar
teknikal yang menghasilkan produk dan perkhidmatan
tertentu. Malah sebelum sesuatu penemuan dibuat, akan
wujud pelbagai peluang yang boleh diambil oleh usahawan
semasa proses tersebut berlaku.
Struktur Perubahan dari segi teknologi, nilai sosial dan cita rasa
industri dan pengguna boleh menukar struktur industri dan pasaran.
pasaran Situasi seperti ini memberikan usahawan peluang untuk
melakukan inovasi terhadap produk dan perkhidmatan
mereka.
Demografik Pertukaran demografik akan mempengaruhi pasaran sasaran
dan segmen pasaran. Ini boleh menjadi peluang kepada
usahawan untuk menjangka dan memenuhi kehendak
penduduk.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  51

Perubahan Persepsi adalah pandangan individu terhadap realiti. Ia


dalam persepsi melibatkan nilai-nilai dan kepercayaan mereka serta apa yang
mereka titikberatkan. Hal ini termasuk dalam bidang
psikografik. Apabila nilai dan kepercayaan individu
mengalami perubahan, ia boleh mewujudkan peluang pasaran
untuk usahawan yang telah membuat persediaan sewajarnya.
Pengetahuan Pengetahuan baharu adalah sumber peluang untuk
baharu usahawan. Contoh pengetahuan baharu adalah teknologi dan
penemuan baharu yang boleh menjadi sumber maklumat bagi
inovasi keusahawanan. Usahawan boleh menggunakan
pengetahuan baharu untuk menghasilkan produk dan proses
baharu yang boleh bersaing dengan produk lain.

4.5.2 E-dagang Sebagai Peluang Baharu


Evolusi perdagangan elektronik telah mencipta banyak peluang dan perniagaan
baharu. Namun, membina dan memasarkan perniagaan melalui e-dagang boleh
memakan kos yang tinggi. E-dagang memberi usahawan peluang untuk
mengubah idea kepada pasaran baharu yang menarik. Usahawan boleh
menggunakan katalog di laman sesawang untuk mempromosi dan menjual
produk mereka di atas talian. Teknologi yang menggunakan e-dagang
menawarkan maklumat yang membantu pengguna membuat keputusan.

Makluat e-dagang boleh dicapai 24 jam sehari, dengan data yang dikemaskini
setiap setengah jam (bergantung kepada syarikat terbabit). Ini membolehkan
syarikat tersebut menyediakan aktiviti berasaskan laman sesawang untuk
pengguna dari permulaan sehingga penamatan aktiviti pengguna. Ia juga boleh
menawarkan perkhidmatan mengikut keperluan individu dan membolehkan
pengguna berhubung dengan syarikat itu. Paling penting, e-dagang boleh
mengurangkan kos transaksi.
 

AKTIVITI 4.3

Apakah kelebihan dan kekurangan e-dagang kepada usahawan


dalam mencipta peluang baharu?
 
 
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

4.6 PENILAIAN PELUANG PERNIAGAAN


Sama ada peluang dikenal pasti menerusi pandangan pengguna, rakan perniagaan,
ahli saluran atau pakar teknikal, setiap peluang mesti ditapis dan dinilai dengan
teliti. Penilaian merupakan unsur yang paling kritikal dalam proses keusahawanan.

Jadual 4.3 menunjukkan proses penilaian yang melihat penciptaan dan jangka
masa peluang, nilai sebenar dan nilai tanggapan peluang, risiko dan ganjaran
peluang serta kesesuaiannya dengan matlamat peribadi usahawan dan
kelebihannya yang berbeza dalam persekitaran persaingannya.  
 
Peluang mesti sesuai dengan kemahiran dan matlamat usahawan. Pelan taksiran
peluang patut pendek, berfokus kepada peluang tersebut dan bukan kepada
keseluruhan perniagaan. Ia mesti menyediakan asas untuk membuat keputusan
sama ada untuk bertindak terhadap sesuatu peluang atau tidak. Pelan perniagaan
yang baik mesti dibangunkan untuk merebut peluang yang ada. Sumber untuk
peluang tersebut mesti juga ditentukan. Akhirnya, usahawan mesti menggunakan
sumber tersebut menerusi pelaksanaan pelan perniagaan tersebut.

Jadual 4.3 menunjukkan aspek-aspek proses keusahawanan.


Jadual 4.3: Aspek-aspek Proses Keusahawanan

Mengenal pasti dan Membina Pelan Sumber yang Mengurus


Menilai Peluang Perniagaan Diperlukan Syarikat
 Penciptaan dan  Muka surat tajuk  Sumber sedia  Cara
jangka masa  Jadual kandungan ada usahawan pengurusan
peluang  Jurang antara  Pemboleh
 Ringkasan eksekutif
 Nilai sebenar dan sumber dan ubah utama
1. Penerangan
nilai tanggapan bekalan yang untuk
perniagaan
peluang ada kejayaan
2. Penerangan
 Risiko dan  Akses kepada  Mengenal
industri
ganjaran peluang sumber yang pasti
3. Pelan pemasaran diperlukan masalah
 Peluang lawan
kemahiran dan 4. Pelan kewangan sedia ada
matlamat 5. Pelan pengeluaran dan yang
mungkin
 Situasi 6. Pelan organisasi
timbul
persaingan 7. Pelan operasi
 Pelaksanaan
8. Ringkasan sistem
 Apendiks (Pameran) kawalan

Sumber: Histrich & Peters (2000)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  53

SEMAK KENDIRI 4.4


Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang usahawan menilai
suatu peluang perniagaan?
 
 

LATIHAN 4.3

Bincangkan tujuh sumber peluang yang berpotensi dalam konteks


luaran.
 

4.6.1 Magnitud Peluang


Betapa besarnya peluang itu bergantung pada faktor-faktor berikut:
 Nilai yang ingin dicipta oleh usahawan;
 Saiz peluang yang akan menarik minat pelabur;
 Faktor ekonomi yang memerlukan penggunaan aset dengan cekap; dan
 Keperluan perniagaan untuk menarik ahli pasukan yang penting untuk
menjayakan perniagaan.

Namun demikian, usahawan berorientasikan pertumbuhan tidak hanya


mempertimbangkan magnitud peluang yang ada tetapi juga kadar pertumbuhan
yang diharapkan. Kadar pertumbuhan yang terlalu pantas untuk jangka masa
yang lama akan memberikan kesan negatif kerana ia memerlukan peruntukan
kewangan yang banyak dan berterusan. Kadar pertumbuhan yang terlalu rendah
pula akan menyebabkan usahawan gagal mencipta nilai yang diinginkan dan
menarik minat pemegang taruh.

Peluang yang baik datang dalam tiga keadaan:


 Peluang asal mesti membawa kepada peluang lain;
 Peluang yang baik boleh memaksa organisasi untuk mengembangkan;
kemahiran yang boleh digunakan untuk mencari banyak idea baharu; dan
 Pelaksanaan peluang mesti dilakukan secara berkumpulan atau perkongsian.

Usahawan juga harus menimbangkan persekitaran persaingan, contohnya


syarikat-syarikat baharu yang telah bertahan dalam arena industri yang luas dan
sedang cuba bersaing dan membuat duit.
 
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
54  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

4.6.2 Sumber Peluang: Asal Perniagaan Baharu


Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, peluang adalah keadaan di mana
perubahan dalam teknologi, (terutamanya) ekonomi, politik, sosial atau
demografik menjana sesuatu yang baharu. Jadual 4.4 menunjukkan contoh lima
jenis peluang yang berbeza untuk perubahan teknologi.  
 
Jadual 4.4: Contoh Jenis Peluang Keusahawanan Berbeza yang Lahir
daripada Perubahan Teknologi

Contoh Idea
Perubahan Perniagaan Sebagai
Bil. Jenis Peluang Alasan
Teknologi Jawapan Kepada
Peluang Tersebut
1. Produk atau Enjin Kereta Enjin pembakaran
perkhidmatan pembakaran dalam digunakan
baharu dalam untuk menggerakkan
kereta.
2. Cara baru Internet Jualan buku atas Internet membenarkan
mengurus talian orang menjual produk
tanpa kedai runcit.
3. Pasaran Peti ais Kapal muatan Kapal muatan dingin
baharu dingin membenarkan
penternak di satu
negara menjual daging
ternakan mereka di
negara lain.
4. Kaedah Komputer Reka bentuk Komputer
pengeluaran berbantukan membolehkan pereka
baharu komputer membuat produk tanpa
membina contoh dasar
fizikal.
5. Bahan mentah Minyak Menghasilkan Minyak ditapis menjadi
baharu gasolin gasolin untuk
digunakan bagi
menggerakkan
kenderaan.

Sumber: Baron & Shane (2004)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  55

4.6.3 Peluang dan Syarikat Baharu


Syarikat yang telah lama bertapak akan melakukan kerja yang lebih baik dalam
menggunakan peluang berbanding dengan syarikat baharu. Apabila syarikat telah
berniaga buat seketika, mereka mula mempunyai beberapa kelebihan berbanding
dengan syarikat baharu, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.5.  
 
Jadual 4.5: Kelebihan Syarikat yang Sudah Mantap Berbanding dengan Syarikat Baharu

Bil Kelebihan Alasan

1. Keluk Organisasi baharu belum habis belajar dan masih belum


Pembelajaran bijak dalam menghasilkan dan memasarkan produk.
Namun, apabila sesebuah syarikat itu menghasilkan sesuatu
dengan banyak, ia akan bertambah baik dalam usaha
tersebut.

2. Reputasi Kajian menunjukkan bahawa orang lebih suka membeli


produk daripada pengedar yang mereka kenali dan
percayai.

3. Aliran Tunai Sekiranya suatu perniagaan itu berjaya, ia akan mempunyai


aliran tunai positif yang boleh digunakan untuk
membangunkan produk dan perkhidmatan baharu. Ia juga
boleh menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam
penghasilan produk dan perkhidmatan baharu yang
memenuhi permintaan pengguna.

4. Skala Ekonomi Skala ekonomi memberi manfaat kepada syarikat yang telah
mantap berbanding dengan syarikat baharu kerana ia
telahpun mula menghasilkan produk dan perkhidmatan.
Syarikat yang telah mantap menghadapi kos yang lebih
rendah berbanding syarikat baharu kerana ia telah
menghasilkan lebih banyak produk atau perkhidmatan.

5. Aset Aset sampingan digunakan oleh usahawan untuk


Sampingan menghasilkan atau mengedarkan produk baharu. Syarikat
baharu selalu menghadapi masalah untuk bersaing dengan
syarikat yang mantap kerana kekurangan aset sampingan.
 
Jadual 4.6 meringkaskan jenis peluang untuk perniagaan yang sudah mantap
dan perniagaan baharu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

Jadual 4.6: Jenis Peluang Untuk Perniagaan yang Sudah Mantap dan Perniagaan Baharu

Perniagaan Mantap Perniagaan Baharu

 Sangat bergantung pada reputasi.  Menggunakan inovasi yang


 Mempunyai keluk pembelajaran memusnahkan kecekapan.
yang kuat.  Tidak memenuhi keperluan
 Menggunakan modal yang pelanggan utama syarikat yang
banyak. sedia ada.
 Memerlukan ekonomi ikut skala.  Berdasarkan inovasi diskret.
 Memerlukan aset sampingan  Sangat bergantung pada modal
dalam pemasaran dan insan.
pengedaran.
 Bergantung pada peningkatan
penambahbaikan produk.

Sumber: Baron & Shane (2004)

SEMAK KENDIRI 4.7

Jelaskan kelebihan syarikat yang sudah mantap berbanding dengan


syarikat yang baharu dalam mencipta peluang.
 

 Komponen persekitaran perniagaan boleh dibahagikan kepada:


(i) Persekitaran luaran; dan
(ii) Persekitaran dalaman.
 Persekitaran makro melibatkan unsur-unsur berikut:
(i) Politik dan undang-undang;
(ii) Ekonomi;
(iii) Sosiobudaya; dan
(iv) Teknologi.
 Persekitaran mikro sangat dipengaruhi oleh:
(i) Pelanggan;
(ii) Pesaing;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  57

(iii) Pembekal;
(iv) Institusi kewangan;
(v) Agensi kerajaan; dan
(vi) Organisasi bukan kerajaan.
 Persekitaran dalaman organisasi terdiri daripada:
(i) Sumber;
(ii) Struktur; dan
(iii) Budaya.
 Peluang boleh ditakrifkan sebagai suatu konsep perniagaan yang jika ditukar
menjadi produk atau perkhidmatan nyata yang ditawarkan oleh suatu
perniagaan, boleh menghasilkan keuntungan kewangan.
 Peluang perniagaan patut dipertimbangkan dan dinilai dengan berhati-hati
sebelum sebarang tindakan diambil. Ini akan menentukan sama ada ia akan
berjaya atau gagal.

Analisis persaingan Persekitaran industri


Berdasarkan sumber Persekitaran luaran
Halangan perdagangan dan tarif Persekitaran perniagaan
Peluang perniagaan Sosiobudaya
Persekitaran dalaman

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pelan
Perniagaan
5
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan apa itu pelan perniagaan;
2. Menghuraikan tujuh sebab pelan perniagaan adalah penting;
p
3. Mengenal pasti pihak yang memerlukan pelan perniagaan;
4. Menjelaskan lapan unsur penting sebuah pelan perniagaan yang baik;
5. Membincangkan enam panduan menyediakan pelan perniagaan; dan
6. Menerangkan lima faktor yang menyumbang kepada kegagalan pelan
perniagaan.

 PENGENALAN
Persekitaran perniagaan masa kini adalah dinamik, rumit dan sentiasa berubah
mengikut keadaan. Untuk memperoleh dan mengekalkan kelebihan dalam
persaingan serta mencapai matlamat dan kecekapan, seorang usahawan mesti
mempunyai pelan perniagaan yang baik. Perancangan perniagaan merupakan
salah satu alat pengurusan yang digunakan untuk mencapai objektif perniagaan.

Oleh kerana itu, sesebuah syarikat mesti menyediakan pelan perniagaan yang
dapat menarik minat pelabur. Para pelabur lebih bersedia untuk melabur dalam
sesuatu perniagaan apabila mereka percaya pelan perniagaannya adalah realistik
dan akan membawa keuntungan berdasarkan ramalan mereka tentang
kebolehupayaan perniagaan tersebut. Apabila pelan perniagaan disediakan
berdasarkan maklumat yang betul, para pelabur akan yakin terhadap pasaran
serta produk atau perkhidmatan syarikat berkenaan. Ketelitian sebuah pelan
perniagaan menunjukkan kebolehan, pengalaman dan latar belakang pihak
pengurusan dalam menjalankan perniagaan tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  59

5.1 APA ITU PELAN PERNIAGAAN?


Pelan perniagaan adalah dokumen bertulis yang menerangkan secara terperinci
keseluruhan perniagaan yang akan dilaksanakan oleh seorang usahawan.
Walaupun seorang usahawan itu telah menjalankan sebuah perniagaan
bertahun-tahun lamanya, pelan perniagaan akan membolehkannya menilai
semula perniagaan yang sedang dijalankan dan menimbangkan peluang
perniagaan baharu. Oleh itu, pelan perniagaan merupakan pelan masa hadapan
syarikat yang dipersembahkan dalam format standard perniagaan yang logik
dan realistik. Pelan perniagaan itu mesti menjelaskan idea dan matlamat
perniagaan itu dengan jelas. Untuk mencapai perkara ini, pelan itu mesti
mempunyai tiga perkara yang dinyatakan di dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Tiga perkara utama yang patut dimasukkan ke dalam pelan perniagaan

Menurut Utton (2001), pelan perniagaan ialah sebuah program yang lengkap
atau peta yang melakarkan setiap aspek perniagaan yang dicadangkan oleh
seseorang usahawan. Ia menyeluruh, menjelaskan apa yang usahawan tersebut
ingin lakukan, bagaimana dia merancang untuk melakukannya, bila dia
merancang untuk melakukannya, di mana dia hendak melakukannya dan
mengapa dia percaya bahawa ideanya bernas dan boleh membawa keuntungan.
Kesimpulannya, pelan perniagaan merupakan panduan yang berstruktur untuk
mencapai matlamat usahawan dalam menjalankan sebuah perniagaan.

Di samping itu, pelan perniagaan merupakan kaedah yang sangat sesuai untuk
menyemak fakta dan menguji secara menyeluruh sama ada sebuah idea itu
adalah praktikal sebelum melaksanakannya. Ini memberi usahawan tersebut
peluang untuk berharap dan bertindak secara realistik dalam menjalankan
sebuah perniagaan. Pelan perniagan juga membantu usahawan mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan, peluang dan ancaman, serta perkara-perkara terperinci
yang lain yang perlu diketahui sebelum menjalankan sesebuah perniagaan.
Semua perkara ini akan menentukan tahap kejayaan usahawan itu dalam
mencapai matlamat perniagaannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

Pada amnya, ada beberapa sebab seorang usahawan perlu menyediakan sebuah
pelan perniagaan yang boleh dilaksanakan, iaitu:
(a) Ia memaksa usahawan tersebut mengatur pemikirannya secara logik dan
berstruktur;
(b) Ia membantu usahawan tersebut membina kerangka perniagaan dengan
mentakrifkan aktiviti, tanggungjawab dan matlamat perniagaan itu;
(c) Ia menggalakkan usahawan tersebut membayangkan realiti perniagaan itu
dan menjangka masalah yang mungkin akan dihadapi;
(d) Ia membantu usahawan tersebut membina strategi untuk mencapai
matlamat perniagaan;
(e) Ia berfungsi sebagai pelan tindakan kerja atau panduan dalam menjalankan
perniagaan itu; dan
(f) Ia membolehkan usahawan tersebut mengenal pasti kekangan yang
mungkin dihadapi dalam menjalankan perniagaan itu.

5.2 KEPENTINGAN PELAN PERNIAGAAN


Pelan perniagaan adalah penting kepada usahawan untuk pelbagai sebab, seperti
yang ditunjukkan di dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Kepentingan pelan perniagaan

(a) Menambahkan Peluang untuk Berjaya


Perancangan perniagaan yang menyeluruh akan mengenal pasti tahap
pelaksanaan yang patut dicapai dalam sebuah perniagaan. Sebuah pelan
perniagaan akan menentukan apa perubahan yang perlu dilakukan untuk
menentukan kejayaannya. Perubahan yang perlu dipertimbangkan adalah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  61

yang berkaitan dengan struktur organisasi, pengenalan teknologi baharu,


teknik pengeluaran baharu serta program baharu untuk pekerja menambah
komitmen dan produktiviti mereka. Usahawan perlu mempertingkatkan ilmu
dan kemahiran diri untuk menambahkan peluang mereka untuk berjaya.

(b) Mengembangkan Misi dan Visi


Sebuah pelan perniagaan boleh memberikan misi dan visi yang jelas untuk
sebuah perniagaan. Ia membolehkan usahawan membuat keputusan yang
betul dan mengambil tindakan yang sesuai di masa hadapan. Misi dan visi
membolehkan usahawan mengetahui hala tuju mereka. Usahawan harus
memberitahu misi dan visi perniagaan mereka kepada pemegang taruh
untuk memperolehi keyakinan mereka.

(c) Mengenal pasti Pesaing Utama


Perancangan perniagaan membolehkan usahawan menentukan siapa
adalah pesaing utama mereka, kekuatan dan kelemahan mereka serta
strategi yang betul untuk menghadapi mereka. Semua ini boleh dilakukan
dengan analisa persaingan untuk mengenal pasti produk, perkhidmatan
dan segmen pasaran pesaing. Usahawan boleh mengenal pasti semua
pesaing utama untuk setiap produk atau perkhidmatan dan cuba
menganggarkan berapa lama sebelum pesaing baharu akan memasuki
sebuah pasaran.

(d) Mengenal pasti Cara Betul Mengurus Perniagaan


Sebuah pelan perniagaan membolehkan usahawan dan pekerja mereka
untuk membina strategi yang berkesan untuk menjalankan sebuah
perniagaan. Mereka boleh mentakrifkan siapa, bila dan bagaimana
menggunakan ilmu, kemahiran dan kebolehan dalam menjalankan
perniagaan tersebut. Usahawan juga harus memastikan produk dan
perkhidmatan mereka menepati cita rasa pelanggan, polisi kerajaan dan
perubahan lain dalam suasana perniagaan.

(e) Menambahkan Keyakinan Pemegang Taruh


Setiap pemegang taruh yang mempunyai kepentingan dalam sebuah
perniagaan akan ingin mengetahui kekuatan perniagaan tersebut seperti
kewangan, sumber dan kebolehupayaan perniagaan itu. Maklumat ini
mustahak untuk pemegang taruh menentukan pulangan pelaburannya.
Contohnya, sebelum sebuah institusi kewangan bersetuju memberikan
pinjaman yang diperlukan oleh seorang usahawan untuk mengembangkan
sebuah perniagaan, ia tentu ingin tahu kemungkinan perniagaan itu akan
berjaya dan kebolehan usahawan tersebut untuk membayar balik pinjaman
yang diberikan. Pembekal juga ingin tahu kekuatan keadaan kewangan
seorang usahawan sebelum membekalkan bahan mereka. Agensi kerajaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

juga tentu ingin tahu latar belakang dan jenis perniagaan yang akan
dijalankan sebelum membenarkan ia beroperasi.

(f) Mengenal pasti Penghalang Perniagaan


Bila melaksanakan sebuah perniagaan, seorang usahawan pasti akan
menghadapi banyak halangan. Semua halangan ini boleh menggagalkan
atau melambatkan prestasi perniagaan tersebut jika tidak diurus dengan
betul. Oleh itu, usahawan itu perlu mengenal pasti halangan yang bakal
dihadapi sebelum menjalankan sebuah perniagaan dan mengambil
tindakan untuk menyelesaikannya. Usahawan harus tahu sejauh mana
halangan tersebut akan memberikan kesan kepadanya dan perniagaannya.

(g) Sebagai Alat Pelaksanaan


Sebuah pelan perniagaan adalah alat untuk beroperasi yang boleh
membantu usahawan menjayakan perniagaannya jika disediakan dengan
betul. Pelan perniagaan itu akan membantu usahawan meletakkan sasaran
yang realistik untuk dicapai sebagai pengukur nilai prestasi. Oleh itu, pelan
perniagaan menyediakan asas untuk menilai dan menguasai prestasi
sebuah perniagaan di masa hadapan dari segi keuntungan, kos dan kualiti.
Ia juga digunakan untuk mencapai prestasi yang disasarkan, menganalisa
trend sikap pelanggan dan prestasi ekonomi dalaman dan luaran.

LATIHAN 5.1
Mengapakah pelan perniagan penting untuk usahawan?

5.3 SIAPA YANG MEMERLUKAN PELAN


PERNIAGAAN?
Pelan perniagaan adalah amat penting bagi pelbagai pihak, seperti berikut:

(a) Pihak Pengurusan


Sebuah pelan perniagaan membolehkan pihak pengurusan untuk
mempertimbangkan masa, usaha dan sokongan yang diperlukan untuk
mencapai matlamat sebuah perniagaan. Ia memberikan mereka peluang
untuk menganalisa keadaan-keadaan kritikal yang menghalang kemajuan
perniagaan tersebut. Ia membolehkan mereka menjangka perubahan yang
mungkin berlaku di masa hadapan. Pihak pengurusan mesti menganalisa
sebab-sebab perniagaan itu menemui kejayaan atau kegagalan serta
ancaman dan peluang yang bakal dihadapi di masa hadapan. Oleh itu,
pihak pengurusan mesti membina dan meneliti strategi dan keutamaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  63

yang harus dijelaskan dan diberitahu untuk memastikan perkembangan


perniagaan tersebut. Pihak pengurusan bertanggungjawab meletakkan
tanda aras yang berpatutan untuk mengukur kejayaan perniagaan itu. Di
samping itu, sebuah pelan perniagaan membolehkan pihak pengurusan
mengenal pasti masalah dan kekangan yang akan dihadapi oleh pekerja
dalam mencapai sasaran.

(b) Pemegang Taruh


Perancangan perniagaan adalah penting untuk pemegang taruh. Mereka
mesti tahu bagaimana perniagaan itu akan dijalankan kerana persetujuan
mereka diperlukan jika perubahan sasaran dan strategi dibuat. Oleh itu,
mereka perlu tahu tentang apa-apa keputusan baharu sebelum ia
dilaksanakan. Sebuah pelan perniagaan adalah dokumen penting untuk
pemegang taruh kerana mereka memainkan peranan yang sangat penting
dalam menilai secara kritikal deraf pelan itu. Usahawan harus
memberitahu mereka mengenai pasaran masa hadapan untuk produk atau
perkhidmatan mereka, operasi perniagaan, unjuran kewangan dan
rancangan masa hadapan seperti mengembangkan perniagaan tersebut ke
pasaran antarabangsa. Pelan perniagaan juga penting untuk perniagaan
baharu mendapatkan pemegang taruh.

(c) Bank atau Pemberi Pinjaman


Sebelum meluluskan sebuah permohonan pinjaman seseorang usahawan,
pihak bank perlu mengkaji pelan perniagaannya. Pelan itu akan memberikan
pihak bank petunjuk pulangan yang boleh diharapkan daripada pemberian
pinjaman itu dan membolehkan pihak bank mengukur kebolehupayaan dan
keberuntungan perniagaan tersebut dalam jangka masa yang berpatutan.
Sebuah pelan perniagaan akan memberi pihak bank idea strategi dan
keutamaan sesebuah perniagaan itu. Dua perkara ini mesti diterangkan
dengan jelas dalam pelan tersebut dan mesti selaras dengan keseluruhan polisi
strategi jabatan, fungsi tujuan dan keperluan laporan. Dengan meneliti pelan
perniagaan, pihak bank boleh mengenal pasti bantuan kerajaan dan insentif
cukai yang tersedia untuk usahawan berkenaan.

(d) Pelanggan
Pelanggan juga berminat dalam pelan perniagaan kerana ia memberikan
mereka maklumat yang boleh mempengaruhi keputusan mereka sama ada
untuk menggunakan produk atau perkhidmatan perniagaan berkenaan
atau tidak. Contoh isu penting bagi pelanggan adalah kualiti dan
keselamatan produk perniagaan itu. Untuk meraih keyakinan pelanggan,
pelan perniagaan mesti menyebut perihal harga, ketahanan, ciri-ciri,
sokongan tambahan dan perkhidmatan selepas jualan untuk sesebuah
produk. Pelanggan akan bertambah yakin jika produk itu menggunakan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

teknologi baharu, diiktiraf oleh badan seperti SIRIM dan JAKIM dan sejajar
dengan budaya mereka.

(e) Pembekal
Pembekal memerlukan pelan perniagaan bagi memutuskan sama ada
untuk membekalkan bahan dengan cara kredit. Pembekal mahu melihat
sama ada perniagaan tersebut boleh membayar balik hutang dalam masa
yang ditentukan. Oleh itu, pelan perniagaan yang baik akan memberikan
gambaran jelas tentang kemampuan perniagaan tersebut.

(f) Pekerja
Kebanyakan bakal pekerja inginkan maklumat mengenai perkembangan
dan prestasi sebuah perniagaan sebelum membuat keputusan untuk
menyertainya. Mereka boleh mendapatkan maklumat ini melalui pelan
perniagaan.

5.4 UNSUR PENTING PELAN PERNIAGAAN


YANG BAIK
Perkara berikut merupakan unsur penting sebuah pelan perniagaan yang baik
(rujuk Rajah 5.3).

Rajah 5.3: Lapan unsur penting pelan perniagaan yang baik

(a) Ringkasan Eksekutif


Ringkasan eksekutif adalah bahagian paling penting sebuah pelan
perniagaan. Ini adalah bahagian pertama yang perlu dilihat. Ia
memberitahu kedudukan dan hala tuju sebuah syarikat. Antara unsur yang
dimasukkan dalam ringkasan eksekutif adalah kenyataan misi, tarikh

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  65

permulaan perniagaan, nama dan peranan pengasas, bilangan pekerja,


lokasi perniagaan serta cawangan dan subsidiari (jika ada), penjelasan
rancangan dan kemudahan, produk yang dikeluarkan, nama bank, prestasi
dan perkembangan syarikat, kedudukan kewangan dan ringkasan
rancangan masa hadapan pihak pengurusan.

(b) Analisa Pasaran


Bahagian ini menggambarkan pengetahuan seseorang usahawan itu
mengenai industri yang diceburi. Ia mempersembahkan gambaran
keseluruhan dan kesimpulan hasil kajian pasaran yang telah dikumpul.
Walau bagaimanapun penerangan secara terperinci haruslah tidak
diletakkan di dalam bahagian ini tetapi di dalam lampiran. Bahagian ini
mesti mengandungi deskripsi dan tinjauan mengenai industri, maklumat
matlamat pasaran, keputusan ujian pemasaran, masa tunggu dan penilaian
terhadap persaingan.

(c) Strategi Pemasaran dan Jualan


Pemasaran adalah proses mencipta dan menarik pelanggan kepada sesebuah
perniagaan. Seorang usahawan harus menyedari bahawa pelanggan adalah
nadi utama perniagaan mereka. Sebuah pelan perniagaan harus
mengandungi ramalan perniagaan berdasarkan analisa pasaran. Di dalam
bahagian ini, perkara yang paling penting untuk dibuat adalah mentakrifkan
strategi pemasaran. Strategi ini harus menjadi sebahagian daripada proses
penilaian kendiri yang berterusan dan unik kepada syarikat tersebut. Secara
keseluruhan, strategi pemasaran harus mengandungi maklumat perihal
strategi untuk menembusi pasaran, pertumbuhan perniagaan, saluran
pengedaran dan perhubungan. Ia juga harus menyebut tentang strategi
pasukan dan aktiviti pemasaran serta bajet pemasaran.

(d) Barisan Perkhidmatan atau Produk


Bahagian ini menerangkan keunikan perkhidmatan atau produk yang akan
disediakan dan manfaatnya kepada pelanggan dan bakal pelanggan.
Usahawan harus menonjolkan kebolehan produk atau perkhidmatan
tersebut untuk menyelesaikan masalah tertentu sebagai kelebihan produk
atau perkhidmatan itu.

(e) Organisasi dan Pengurusan


Bahagian ini menyebut perihal struktur organisasi syarikat, pemilikan
syarikat, pihak pengurusan, kelayakan ahli lembaga pengarah, pelan upah
dan bajet pentadbiran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

(f) Permohonan Pembiayaan


Bahagian ini berfokus kepada jumlah pembiayaan yang diperlukan untuk
memulakan atau mengembangkan perniagaan. Jika perlu, ia boleh
mengandungi senario berlainan seperti jika pembiayaan diterima dan jika
pembiayaan tidak diterima dan kesannya terhadap perniagaan. Oleh itu,
bahagian ini mengandungi kos pelaksanaan projek, termasuk pembiayaan
modal, pembiayaan operasi dan sumber kewangan. Ia juga menyebut
perihal syarat pembiayaan, syarat pembiayaan untuk lima tahun ke
hadapan, bagaimana pembiayaan yang diterima akan digunakan dan
strategi kewangan jangka panjang yang akan memberi kesan terhadap
kemajuan kewangan syarikat.

(g) Kewangan
Kewangan mesti dibangunkan selepas menganalisa pasaran dan
menyatakan objektif dengan jelas. Di dalam bahagian ini, usahawan
menunjukkan secara terang unjuran kewangan seperti prestasi aliran tunai,
keuntungan dan kerugian serta unjuran kunci kira-kira dan sebagainya.

(h) Lampiran
Bahagian ini harus diberikan kepada pembaca bila diperlukan. Ia tidak harus
dimasukkan ke dalam badan utama pelan perniagaan kerana pelan itu adalah
alat komunikasi yang akan dibaca oleh ramai orang. Lampiran mengandungi
sejarah kredit, maklumat pengurus utama, gambar produk, surat rujukan,
perincian kajian pasaran, artikel majalah yang berkaitan, lesen, permit,
dokumen undang-undang, salinan sewaan, permit bangunan, kontrak dan
senarai penasihat perniagaan termasuk peguam dan akauntan.

AKTIVITI 5.1
Anda merupakan seorang usahawan yang mengusahakan sebuah
kedai kek tradisional di sebuah pusat membeli belah. Apakah
perincian yang akan anda masukkan di bawah Strategi Pemasaran dan
Jualan dalam pelan perniagaan anda? Bincang dalam kumpulan dan
tuliskan maklumat tersebut.

LATIHAN 5.2
Apakah unsur penting dalam sebuah pelan perniagaan yang baik?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  67

5.5 PANDUAN MENYEDIAKAN PELAN


PERNIAGAAN
Rajah 5.4 menunjukkan enam panduan menyediakan pelan perniagaan yang
berkesan.

Rajah 5.4: Panduan menyediakan pelan perniagaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

5.6 KESULITAN YANG PERLU DIHINDARI


SEMASA MEMBUAT PERANCANGAN
Mengikut Kuratko (2004), terdapat beberapa kesulitan yang perlu dielakkan oleh
usahawan dalam membuat pelan perniagaan. Sesetengah daripadanya adalah
kesilapan lazim dan senang dicam. Jadual 5.1 menunjukkan lima kesulitan dan
langkah strategik untuk menghindari mereka.
Jadual 5.1: Kesulitan dalam Perancangan

Kesulitan Fakta Bagaimana Untuk Mengelak


Tiada matlamat  Sesetengah pelan Pelan perniagaan yang bagus
realistik perniagaan tiada matlamat mempunyai jadual jelas
yang jelas dan boleh dengan langkah spesifik untuk
dicapai dilaksanakan dalam jangka
 Tiada jangka masa masa yang ditetapkan.

 Tiada keutamaan
 Tiada langkah tindakan
Gagal Kadang-kadang usahawan Senaraikan halangan yang
menjangka terlalu bertumpu kepada idea mungkin akan dihadapi dan
halangan mereka sehingga tidak melihat langkah-langkah penyelesaian
masalah yang mungkin timbul. serta pelan sokongan.
Tiada tanda-tanda yang boleh
digunakan untuk mengenal
pasti masalah dan tiada
pengakuan masalah atau
kelemahan yang mungkin ada
dalam pelan dan tiada pelan
sokongan.
Tiada komitmen Ramai usahawan menunjukkan Hadiri janji temu dan laburkan
atau dedikasi seolah-olah mereka tiada duit sendiri ke dalam
komitmen terhadap perniagaan perniagaan.
mereka. Tanda-tanda nyata
mereka tiada komitmen adalah
mereka:
 Sering berlengah-lengah
 Tidak menepati temu janji
 Tiada keinginan
melaburkan duit sendiri
 Ingin untung cepat

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  69

Kekurangan Ramai pelabur inginkan Usahawan harus


pengalaman usahawan yang berpengalaman menunjukkan pengalaman
perniagaan atau serta berpengetahuan peribadi dan pengetahuan
teknikal mengenai perniagaan yang latar belakang tentang
akan dijalankan dan bukan perniagaan yang akan
hanya penuh dengan idea. diceburi. Jika mereka tidak
memiliki ilmu atau
kemahiran tertentu, mereka
harus mendapatkan bantuan
daripada orang yang
memilikinya.

Tiada pasaran Ramai usahawan tidak Kembangkan segmen


tertentu mengenal pasti segmen pasaran khas untuk produk
pelanggan yang mungkin atau perkhidmatan yang
berminat dengan produk akan disediakan dan
mereka. Banyak produk yang tunjukkan bagaimana
tidak sampai ke tangan produk atau perkhidmatan
pelanggan kerana pasaran tersebut akan berguna untuk
untuk produk itu belum pelanggan dalam segmen
dikenal pasti atau dibentuk. tersebut.

Usahawan harus mengelakkan kesulitan yang dibincangkan di atas agar peluang


perniagaan mereka berjaya adalah bertambah baik. Kesemua benda kritikal ini
mesti diuruskan dengan berhati-hati sebelum mengembangkan pelan
perniagaan. Ini akan membantu usahawan menyediakan asas yang mantap
untuk membentuk satu pelan perniagaan yang berkesan.

LATIHAN 5.3

Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan sebuah


pelan perniagaan.

 Perancangan perniagaan adalah suatu sistem pengurusan. Ia


mengintegrasikan fungsi pengurusan seperti perancangan, pengaturan,
pelaksanaan dan pengawalan.

 Proses perancangan perniagaan memberikan pihak pengurusan alat dan


maklumat asas yang menjelaskan tentang aspek-aspek pengurusan dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

sumber serta menyumbang kepada pembentukan kerangka akauntabiliti


yang diperlukan untuk mengurus perniagaan dalam persekitaran yang
dinamik. Oleh itu, pelaksanaan pelan perniagaan sangat penting untuk
memastikan sesebuah perniagaan itu terus bertahan dan berkembang.

Analisa pasaran Pelan perniagaan


Barisan produk Pemegang saham
Fungsi pengurusan Pemegang taruh
Kesulitan Ringkasan eksekutif

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Memulakan
Sebuah
6 Usaha Niaga
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan tiga jenis perniagaan dan tiga peringkat dalam
memulakan sebuah perniagaan;
p
2. Menerangkan tujuh langkah dan proses dalam membeli perniagaan
yang sedia ada;
3. Menjelaskan struktur, kelebihan dan kelemahan francais;
4. Membincangkan struktur sah untuk perniagaan baharu; dan
5. Mengenal pasti enam sumber modal untuk usahawan.

 PENGENALAN

Di Amerika Syarikat, kajian menunjukkan lebih ramai orang sedang berusaha


memulakan perniagaan sendiri daripada berkahwin atau mendapatkan anak.
Satu daripada setiap 25 orang dewasa terlibat secara aktif dalam percubaan
memulakan perniagaan baharu.

Sumber: Diadaptasi daripada Zimmerer & Scarborough (1998).

Apakah pendapat anda tentang apa yang disebut di atas?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

Tahukah anda siapa itu seorang usahawan? Mengikut Dictionary.com, usahawan


adalah seorang yang mengelolakan sebuah perusahaan, terutamanya sebuah
perniagaan, biasanya dengan inisiatif dan risiko yang tinggi. Adakah anda
berminat untuk menjadi seorang usahawan? Tahukan anda bagaimana untuk
menubuhkan sebuah perniagaan?

Di dalam topik ini, kita akan membincangkan jenis-jenis perniagaan. Terdapat


tiga jenis perniagaan iaitu perniagaan baharu, perniagaan sedia ada dan francais.
Di samping itu, kita juga akan melihat struktur perniagaan baharu yang sah dan
sumber modal untuk aktiviti perniagaan.

6.1 JENIS USAHA NIAGA


Terdapat beberapa cara untuk memulakan perniagaan. Tiga cara yang paling
lazim digunakan adalah memulakan perniagaan baharu, membeli perniagaan
sedia ada dan memulakan francais, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Tiga cara memulakan sebuah usaha niaga

Kita akan membincangkan ketiga-tiga cara ini dalam subtopik yang berikut.

6.2 PERNIAGAAN BAHARU


Dalam memulakan perniagaan baharu, adalah penting untuk anda mengetahui
tentang:
(a) Maksud perniagaan baharu;
(b) Peringkat-peringkat dalam memulakan perniagaan baharu; dan
(c) Kelebihan dan kelemahan perniagaan baharu.

6.2.1 Maksud Perniagaan Baharu


Apakah itu perniagaan baharu? Sebuah perniagaan baharu adalah syarikat yang
baharu ditubuhkan. Ia adalah suatu proses di mana seorang usahawan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  73

membuka sebuah perniagaan yang benar-benar baharu. Sesetengah daripada


perniagaan ini dimulakan dengan keadaan berikut:
 Usahawan memulakan perniagaan mereka dengan sendiri;
 Usahawan menggunakan wang simpanan sendiri atau meminjam daripada
orang lain; dan
 Usahawan mencipta produk atau perkhidmatan baharu.

Seorang usahawan yang ingin memulakan sebuah perniagaan baharu biasanya


memerlukan pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan minat yang mendalam
dalam bidang yang diceburi.

6.2.2 Fasa dalam Perniagaan Baharu


Sebuah perniagaan baharu akan melalui tiga fasa iaitu fasa pra-permulaan, fasa
permulaan dan fasa pasca permulaan. Sekarang, mari kita lihat Rajah 6.2 yang
menunjukkan tiga peringkat ini.

Rajah 6.2: Fasa perniagaan baharu

6.2.3 Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Baharu


Perniagaan baharu ada kelebihan dan kelemahannya. Jadual 6.1 menunjukkan
enam kelebihan dan lima kelemahan perniagaan baharu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

Jadual 6.1: Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Baharu

Kelebihan Kelemahan
(a) Bebas membuat keputusan sendiri (a) Memerlukan masa, wang dan usaha
contohnya tentang bila, bagaimana yang banyak untuk mencari lokasi
dan apa jenis produk atau strategik, memperolehi lesen, membeli
perkhidmatan. mesin, mencari pembekal, mengambil
(b) Boleh menggunakan idea sendiri dan melatih pekerja untuk melakukan
dan membentuk imej sendiri aktiviti pengiklanan.
dengan memahami perasaan (b) Di peringkat permulaan, usahawan
pengguna. akan meraih keuntungan yang sikit
(c) Bebas memilih lokasi, kilang, atau menghadapi kerugian kerana
peralatan, produk atau terpaksa berbelanja besar untuk
perkhidmatan, pekerja, pembekal memperolehi pelbagai benda yang
dan bank. Unsur-unsur ini akan diperlukan untuk memulakan
menentukan kejayaan sebuah perniagaan.
perniagaan. (c) Tiada rekod perniagaan yang boleh
(d) Boleh mengelak duluan, polisi, digunakan untuk membuat unjuran
tatacara dan komitmen jualan, perbelanjaan dan keuntungan.
perundangan yang tidak diingini (d) Tiada pelanggan sedia ada, usaha yang
tetapi biasanya dihadapi perniagaan banyak diperlukan untuk menarik
sedia ada. pelanggan, jualan berkembang dengan
(e) Tiada reputasi yang perlu dihadapi perlahan dan masa yang lama akan
kerana ia adalah perniagaan yang berlalu sebelum perniagaan itu
baharu. membawa keuntungan.
(f) Boleh melakukan perubahan (e) Susah mendapatkan pinjaman daripada
kepada perniagaan tersebut. institusi kewangan kerana mereka
kurang yakin dengan perniagaan
baharu berbanding dengan perniagaan
yang sudah ditubuhkan.

AKTIVITI 6.1

Anda bercadang menjual keropok makanan laut. Bagaimanakah anda


akan memulakan perniagaan baharu anda?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  75

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Takrifkan perniagaan baharu.


2. Senaraikan tiga peringkat perniagaan baharu.
3. Apakah faktor kritikal dalam menilai perniagaan baharu?

6.3 MEMBELI PERNIAGAAN SEDIA ADA


Dalam membeli sebuah perniagaan yang sudah wujud, adalah penting untuk anda
mengetahui:
(a) Maksud membeli perniagaan sedia ada;
(b) Langkah dan proses membeli perniagaan sedia ada;
(c) Kelebihan membeli perniagaan sedia ada; dan
(d) Kelemahan membeli perniagaan sedia ada.

6.3.1 Maksud Membeli Perniagaan Sedia Ada


Membeli sebuah perniagaan sedia ada bermakna membeli atau memperoleh saham
atau semua aset sebuah syarikat atau perniagaan yang sudah wujud. Jika anda
sedang berfikir hendak menjalankan perniagaan sendiri, membeli sebuah
perniagaan yang sudah ditubuhkan memerlukan usaha yang kurang berbanding
dengan memulakan perniagaan baharu. Mengikut sesetengah pakar perniagaan, ia
adalah cara yang paling selamat dan berkesan untuk usahawan melibatkan diri
dalam perniagaan. Namun demikian, anda tetap memerlukan masa dan usaha
untuk mencari perniagaan yang bersesuaian dengan diri anda. Dengan membeli
sebuah syarikat yang sudah wujud, anda boleh mengembangkan syarikat tersebut
dan memasuki pasaran baharu.

6.3.2 Langkah dan Proses Membeli Perniagaan Sedia


Ada
Dalam membeli sebuah perniagan sedia ada, anda harus mempertimbangkan
beberapa langkah dan proses seperti berikut:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

(a) Keutamaan Peribadi


Seorang usahawan perlu mempertimbangkan faktor peribadi, cara hidup
dan aspirasi diri. Sebelum mula mencari perniagaan sedia ada untuk dibeli,
fikirkan apa yang boleh anda berikan kepada perniagaan tersebut dan apa
yang anda ingin dapatkan daripadanya.
(i) Harapan anda dari segi pendapatan ă Apakah tahap keuntungan
yang anda perlukan untuk memenuhi keperluan anda?
(ii) Komitmen anda ă Adakah anda bersedia untuk bekerja keras dan
membuat pelaburan setakat yang diperlukan untuk menjayakan
perniagaan itu?
(iii) Kelebihan anda ă Peluang perniagaan jenis apa akan membolehkan anda
menggunakan latar belakang, pengalaman dan kemahiran anda?
(iv) Jenis perniagaan ă Contohnya perniagaan tunggal ataupun perkongsian.
(v) Sektor perniagaan yang anda minat ă Pelajari selok-belok industri
pilihan anda supaya anda boleh membandingkan perniagaan yang
berlainan.

(b) Peluang Perniagaan


Anda boleh mencari peluang dengan membaca iklan, membincangkan
peluang dengan broker perniagaan dan menyelidik sumber industri.
Jangan tergoda untuk membeli perniagaan pertama yang nampak bagus;
siasat dulu secara objektif.

Jumpa dengan penjual atau broker perniagaan untuk mengenali


perniagaan yang akan dipertimbangkan. Mereka harus memberikan anda
laporan kewangan ringkas, sejarah, harga dan tujuan jualan. Ini akan
membolehkan anda mengetahui tentang perniagaan tersebut dan berapa
lamakah ia sudah sedia untuk dijual.

(c) Meninjau Sasaran Yang Berpotensi


Sasaran yang berpotensi mesti disiasat dengan teliti untuk menentukan
bagaimana ia sedang diurus dan dijaga. Untuk perniagaan perkhidmatan,
cuba berbual dengan para pekerja dan pelanggan. Sediakan senarai semakan
maklumat yang diperlukan. Ia patut mengandungi perkara berikut:

(i) Akaun kewangan yang lengkap mengenai operasi, termasuk semua


pulangan cukai pendapatan dan cukai jualan sekurang-kurangnya
untuk tiga tahun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  77

(ii) Senaraikan semua aset yang akan dipindah milik kepada pemilik
baharu, termasuk pecahan untuk semua inventori sehingga tempoh
perkiraan yang terakhir.
(d) Pengaturan Pembiayaan
Tanpa pembiayaan yang betul, pembelian perniagaan tidak boleh berjalan
dengan berjaya. Terdapat beberapa pilihan pembiayaan. Ini mesti diselidik
dengan berhati-hati untuk membuat pilihan terbaik untuk keperluan anda.
Pada umumnya, peminjam memerlukan:
(i) Butir terperinci tentang perniagaan / jualan;
(ii) Akaun untuk tiga tahun yang lepas;
(iii) Unjuran kewangan (jika tiada rekod akaun); dan
(iv) Maklumat aset dan liabiliti peribadi anda.

(e) Jalankan Usaha Wajar


Dalam menjalankan usaha ini anda perlu bekerja seperti seorang detektif.
Di sini anda perlu mengumpul maklumat dengan menjalankan siasatan,
pencarian dan pertanyaan. Ia penting untuk apa-apa saham atau aset yang
dibeli. Hasil usaha wajar boleh membantu anda:
(i) Membuat keputusan sama ada untuk teruskan pemerolehan;
(ii) Membuat keputusan sama ada untuk membeli saham atau aset;
(iii) Mengenal pasti berapa patut dibayar dan bagaimana untuk
memperuntukkan harga belian tersebut; dan
(iv) Mengenal pasti apa yang perlu disebut dalam perjanjian pembelian
untuk melindungi diri anda.

Proses ini harus membimbing anda dalam pembuatan keputusan dengan


memberikan maklumat yang mendalam tentang perniagaan baharu itu dan
memberikan anda anggaran baik tentang nilai transaksi yang sepatutnya.
Jaminan dan ganti rugi patut diperolehi daripada pembekal sebagai
sebahagian daripada perjanjian.

(f) Perjanjian Formal


Penyediaan perjanjian yang formal memberikan pihak yang berkenaan
peluang untuk mengembangkan perjanjian asas dan menyebut perkara-
perkara kecil yang mungkin tidak difikirkan sebelumnya dalam
perundingan permulaan. Tiga komponen asas perjanjian formal adalah
seperti berikut:

(i) Unsur Asas


Bahagian pertama perjanjian biasanya meliputi unsur asas berikut:
 Pihak-pihak yang terlibat;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

 Aset atau saham yang dibeli;


 Harga belian;
 Perubahan harga belian serta bagaimana dan bila harga belian dan
perubahan akan dibayar; dan
 Bagaimana cukai akan dikendalikan.

(ii) Perwakilan dan Jaminan


Kedua, benda ini diberi oleh penjual tentang perkara yang penting
untuk anda membeli perniagaan tersebut. Mulanya, anda harus
mempertimbangkan fakta dan isu yang penting kepada keputusan
anda untuk membeli perniagaan itu dan jumlah yang sanggup anda
bayar. Di samping menjalankan usaha wajar tentang perkara ini, anda
perlu mendapatkan perwakilan dan jaminan daripada pembeli yang
membuktikan bahawa semua fakta yang diberikan kepada anda
adalah benar. Ini bertujuan melindungi anda jika ada fakta atau
maklumat yang anda tidak ketahui atau jika penjual memperdayakan
anda dalam suatu perkara penting.

(iii) Perkara Penutup


Bahagian perjanjian ini umumnya akan menyebut tarikh penutupan
dan apa yang mesti disaling tukar pada waktu penutupan. Ia juga
menyebut syarat-syarat khusus penutupan yang mesti dipenuhi
sebelum jualan itu boleh ditamatkan. Syarat-syarat penutupan yang
biasa adalah seperti berikut:
 Semua perwakilan dan jaminan yang diberikan sebelum
penutupan masih benar dan tepat pada tarikh penutupan;
 Anda memperoleh aset dan saham yang dibeli bebas daripada
sebarang halangan melainkan yang anda persetujui sebelumnya;
 Apa-apa lesen khas atau kebenaran yang diperlukan sudah
diperolehi;
 Semua sijil kebenaran daripada kerajaan yang diperlukan sudah
diterima;
 Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah
ditandatangan dan diterima; dan
 Anda sudah menjelaskan bayaran seperti yang dipersetujui dalam
perjanjian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  79

(g) Bersedia Untuk Berniaga


Pada peringkat ini, anda adalah pemilik baharu sebuah perniagaan. Jika
anda telah menjalankan usaha wajar dan mempunyai perjanjian pembelian
yang bagus, anda sedang melangkah menuju kejayaan. Anda mungkin
memerlukan nasihat berterusan dengan pemilik dahulu jadi adalah bijak
untuk mempunyai hubungan kerja yang baik dengan mereka. Anda juga
mungkin memerlukan bantuan berterusan daripada pasukan penasihat
anda kerana walaupun transaksi sudah sempurna, kerjanya baru bermula.

6.3.3 Kelebihan Membeli Perniagaan Sedia Ada


Kelebihan membeli perniagaan sedia ada ditunjukkan di dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Kelebihan membeli perniagaan sedia ada

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

6.3.4 Kelemahan Membeli Perniagaan Sedia Ada


Kelemahan membeli perniagaan sedia ada ditunjukkan di dalam Rajah 6.4.

Rajah 6.4: Kelemahan membeli perniagaan sedia ada

AKTIVITI 6.2

Ali bercadang mendirikan sebuah warung nasi kandar di Bangsar. Kawan


Ali iaitu Dewi meminta Ali membeli warungnya di sana. Apakah manfaat
yang akan Ali kecapi jika dia membeli warung Dewi dan tidak
mendirikan perniagaan yang baharu?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  81

SEMAK KENDIRI 6.2


1. Senaraikan lima kelebihan dan lima kelemahan mendirikan
perniagaan baharu.
2. Terangkan maksud membeli sebuah perniagaan sedia ada.
3. Senaraikan lima kelebihan dan lima kelemahan membeli
perniagaan sedia ada.

6.4 FRANCAIS
Bila kita menyebut francais, adalah penting untuk mengetahui:
(a) Maksud francais;
(b) Kelebihan francais; dan
(c) Kelemahan francais.

6.4.1 Maksud Francais


Apabila pemilik sebuah jenama, nama perniagaan atau hakcipta memberikan
lesen kepada orang lain untuk menggunakannya dan menjual barangan dan
perkhidmatannya, perniagaan yang dimulakan oleh orang lain tersebut
dipanggil francais. Seorang pembeli francais adalah bebas dari segi perundangan
tetapi bergantung secara ekonomi kepada sistem perniagaan berintegrasi yang
dijalankan oleh penjual francais. Seorang pemegang francais boleh beroperasi
sebagai peniaga bebas tetapi masih mengecapi kelebihan organisasi wilayah atau
nasional. Contoh perniagaan francais adalah restoran McDonaldÊs, Kentucky
Fried Chicken dan Pizza Hut.

Rajah 6.5: Contoh francais terkenal

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

6.4.2 Kelebihan Francais


Tahukah anda perihal kelebihan francais? Beberapa daripada kelebihan ini
disebut di dalam Rajah 6.6.

Rajah 6.6: Kelebihan francais


Kesemua kelebihan ini dijelaskan dengan terperinci seperti berikut.

(a) Latihan dan Bimbingan


Kelebihan utama membeli sebuah francais berbanding dengan mendirikan
perniagaan baharu atau membeli perniagaan sedia ada adalah bahawa
pemberi francais akan memberikan latihan serta bimbingan kepada
pemegang francais.

(b) Tarikan Nama Jenama


Seorang usahawan yang membeli sebuah francais nasional yang besar dan
terkenal mempunyai peluang tinggi untuk berjaya. Nama pemberi francais
adalah daya tarikan perniagaan tersebut. Biasanya barangan atau
perkhidmatan yang ditawarkan oleh sebuah francais nasional biasanya
lebih dikenali dan lebih disukai ramai berbanding dengan barangan atau
perkhidmatan yang ditawarkan oleh sebuah kedai yang kurang dikenali.

(c) Rekod Prestasi Terbukti


Pemberi francais sudahpun membuktikan bahawa perniagaannya boleh
berjaya. Perniagaannya telah beroperasi sekurang-kurangnya lima hingga
sepuluh tahun dan mesti mempunyai 50 atau lebih unit. Oleh itu, tidak
susah untuk melihat betapa berjayanya perniagaan tersebut. Jika semua
unitnya masih beroperasi dan pemiliknya melaporkan bahawa mereka
sedang mengaut keuntungan, kita boleh pasti bahawa pemberi francais
telah membuktikan bahawa aturan dan lokasi kedai, polisi harga, kualiti
barangan dan perkhidmatan serta pengurusan perniagaannya secara
keseluruhan adalah berjaya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  83

(d) Bantuan Kewangan


Sebuah francais adalah pelaburan yang bagus kerana pemberi francais
mungkin boleh membantu pemilik baharu mendapatkan bantuan
kewangan yang diperlukan untuk menjalankan operasi. Malah, sesetengah
pemberi francais membantu pemegang francais memulakan operasi
dengan meminjamkan wang dan tidak memerlukan bayaran balik sehingga
operasi itu mula membawa keuntungan. Secara ringkas, membeli sebuah
francais kerap merupakan cara yang paling bagus untuk memastikan
bantuan kewangan diterima daripada institusi kewangan.

6.4.3 Kelemahan Francais


Berikut adalah kelemahan francais:
(a) Yuran Francais
Tidak ada benda yang percuma di dunia ini. Lebih berjaya sebuah francais,
lebih tinggi yurannya. Sebuah francais bertaraf nasional akan mengenakan
yuran dari RM5,000 sehingga RM100,000. Francais yang lebih kecil dan
tidak begitu berjaya akan mengenakan yuran yang kurang. Bakal
pemegang francais mesti juga membayar untuk membina unit francais
tersebut dan menyediakan stok yang mencukupi. Walaupun pemberi
francais mungkin membantu mendapatkan pinjaman bank, yuran
tambahan mungkin disertakan dengan harga kasar jualan. Seorang
pemegang francais juga perlu membayar royalti berterusan berdasarkan
jualan, biasanya lima hingga dua belas peratus. Kebanyakan pemberi
francais memerlukan pembeli untuk mempunyai 25 hingga 50 peratus kos
permulaan dalam bentuk tunai. Yang selebihnya boleh dipinjam daripada
organisasi itu sendiri. Kos francais meliputi perbelanjaan berikut:
 Yuran francais;
 Insuran;
 Inventori pembukaan produk;
 Penambahbaikan reka bentuk dan penyewaan;
 Bayaran utiliti, gaji dan hutang perkhidmatan;
 Bayaran simpanan kira-kira dan akaun, yuran guaman dan khidmat
profesional;
 Lesen negeri dan tempatan; dan
 Permit dan sijil.

(b) Kawalan Pemberi Francais


Dalam syarikat yang besar, syarikat mengawal aktiviti pekerjanya. Perkara
yang sama wujud dalam perniagaan kecil. Jika seorang usahawan mempunyai

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

perniagaan sendiri, dia boleh mengawal aktivitinya sendiri. Bagi seorang yang
menjalankan sebuah perniagaan francais, kawalan terletak di antara dua belah
ini. Pemberi francais umumnya mengawal operasi untuk tujuan penyelarasan.
Jika pemegang francais tidak mengikut arahan pemberi francais, kontrak
mereka mungkin tidak akan diperbaharui apabila tamat.

(c) Janji Tidak Ditunaikan


Dalam sesetengah kes yang melibatkan pemberi francais yang kurang
terkenal, pemegang francais mungkin tidak menerima semua yang
dijanjikan. Ramai pemegang francais mendapati bahawa mereka telah
memperolehi nama jenama dengan tiada daya tarikan. Ramai pemegang
francais juga tidak mendapat bantuan yang dijanjikan oleh pemberi
francais. Kerapkali, pemegang operasi bukannya membayar harga yang
kurang untuk bekalan, malah terpaksa membeli dengan harga yang lebih
mahal. Jika mereka mengadu, perjanjian mereka dengan pemberi francais
mungkin ditamatkan, ditarik balik atau tidak diperbaharui.

AKTIVITI 6.3

Adakah menjalankan perniagaan francais lebih mahal berbanding


dengan perniagaan jenis lain? Bincangkan pendapat anda dalam tutorial
yang akan datang.

6.5 STRUKTUR SAH UNTUK PERNIAGAAN


BAHARU
Sebelum menentukan bagaimana untuk mengelolakan sebuah operasi, bakal
usahawan perlu mengenal pasti struktur sah yang paling sesuai untuk keperluan
perniagaan mereka. Ini wajib kerana undang-undang cukai yang berubah, situasi
liabiliti, kesediaan modal dan kerumitan penubuhan perniagaan. Tiga jenis
perniagaan sah yang asas adalah perniagaan tunggal, perkongsian dan syarikat.
Oleh sebab setiap jenis mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang
tersendiri, adalah mustahil untuk mengesyorkaan satu jenis perniagaan daripada
yang lain. Pemilihan jenis perniagaan yang sesuai perlu dibuat berdasarkan
keadaan spesifik usahawan, kebimbangannya dan keinginannya.

6.5.1 Perniagaan Tunggal


Sebuah perniagaan yang dimiliki dan dijalankan oleh satu orang dipanggil
perniagaan tunggal. Ia tidak wujud tanpa pemiliknya. Usahawan ini mempunyai hak
atas segala keuntungannya dan menanggung liabiliti untuk kesemua hutang dan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  85

kewajipan perniagaan tersebut. Liabilitinya tidak ada batasan, yang bermakna


perniagaan dan aset peribadinya bergantung pada operasi perniagaan tersebut. Jika
syarikat itu tidak dapat menunaikan kewajipan kewangannya, pemiliknya boleh
menjual rumah dan kereta keluarganya serta aset lain untuk membayar pemiutang.

Untuk menjadi peniaga tunggal, seseorang itu hanya perlu memperoleh lesen
tempatan atau negeri untuk menjalankan operasi. Jika ia menggunakan nama lain
atau yang tidak wujud, ia mesti memfailkan sijil nama perniagaan dengan pihak
negeri. Oleh kerana ia senang ditubuhkan, perniagaan tunggal adalah jenis
perniagan sah yang paling banyak digunakan. Jadual 6.2 menunjukkan kelebihan
dan kelemahan perniagaan tunggal.

Jadual 6.2: Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Tunggal

Kelebihan Kelemahan
(i) Senang Ditubuhkan (i) Tiada Batasan Liabiliti
Penubuhannya tidak perlu formal. Pemilik bertanggungjawab untuk
Selain itu kurang sekatan dikenakan semua hutang. Liabiliti ini meliputi
atas penubuhan syarikat jenis ini kesemua aset pemilik.
berbanding jenis lain. Sedikit atau (ii) Kurang Kesinambungan
tiada kebenaran kerajaan diperlukan Perniagaan itu mungkin lumpuh
dan biasanya ia kurang mahal atau tamat jika pemilik sakit atau
daripada perkongsian dan syarikat. meninggal dunia.
(ii) Keuntungan hak mutlak pemilik (iii) Kurang Modal Sedia Ada
Pemilik tidak perlu berkongsi Kurang modal sedia ada berbanding
keuntungan dengan orang lain. dengan perkongsian dan syarikat.
(iii) Pembuatan Keputusan dan Kuasa di (iv) Agak Susah Mendapatkan
Tangan Pemilik Pembiayaan Jangka Panjang
Tiada pemilik bersama atau rakan Oleh sebab pemilik hanya seorang,
kongsi yang perlu dirujuk dalam selalunya susah mendapatkan modal
menjalankan perniagaan. untuk jangka panjang.
(iv) Kefleksibelan (v) Pendapat dan Pengalaman Agak
Boleh segera menyelesaikan keperluan Terbatas
perniagaan dengan pembuatan Oleh sebab perniagaan ini
keputusan harian. bergantung hanya kepada seorang
(v) Agak Bebas daripada Kawalan usahawan, hala tuju dan skopnya
Kerajaan dibataskan oleh kebolehan, latihan
Kecuali pengeluaran lesen yang dan kepakaran usahawan tersebut.
berkenaan, kerajaan tidak akan
masuk campur dalam operasi
perniagaan.
(vi) Bebas daripada Cukai Perniagaan
Cukai individu dan bukan cukai
perniagaan dikenakan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

SEMAK KENDIRI 6.3


1. Berikan secara ringkas maksud tiga jenis perniagaan yang sah.

2. Nyatakan lima kelebihan dan lima kelemahan perniagaan tunggal.

6.5.2 Perkongsian
Sebuah perkongsian melibatkan dua atau lebih orang yang menjadi rakan milik
sebuah perniagaan untuk meraih keuntungan. Setiap rakan kongsi menyumbang
wang, usaha atau kemahiran dan berkongsi keuntungan dan kerugian.

Walaupun tidak diperlukan oleh undang-undang, perkongsian perniagaan


biasanya dibuat secara hitam putih. Ini sangat digalakkan kerana kalau tidak
disebut secara bertulis, mahkamah akan menganggap semua rakan kongsi
berkongsi sama rata dalam hal keuntungan, kerugian, pengurusan aset dan
aspek perniagaan yang lain. Sebuah perjanjian perkongsian menyebut secara
jelas sumbangan kewangan dan pengurusan setiap rakan kongsi serta
menghuraikan peranan mereka dalam perkongsian tersebut. Berikut adalah
beberapa maklumat yang biasanya disertakan dalam perjanjian perkongsian:
 Nama, tujuan, lokasi;
 Tempoh perkongsian;
 Ciri rakan kongsi (umum atau terbatas, aktif atau senyap);
 Sumbangan rakan kongsi (semasa penubuhan, pada waktu kemudian);
 Pengagihan keuntungan dan kerugian;
 Gaji;
 Hak kesinambungan rakan kongsi;
 Kematian rakan kongsi (pembubaran dan penamatan);
 Pelepasan hutang;
 Perbelanjaan perniagaan (cara diuruskan);
 Hutang berasingan;
 Kuasa (ke atas operasi perniagaan);
 Buku, rekod dan kaedah akaun;
 Jualan bahagian rakan kongsi;
 Usaha perantaraan;
 Penyelesaian perbalahan;
 Penambahan, perubahan atau pengubahsuaian perkongsian;
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  87

 Tindakan yang diperlukan dan yang dilarang;


 Ketidakhadiran dan kehilangan upaya; dan
 Pengurusan pekerja.

Di samping perkara bertulis ini, usahawan juga perlu mempertimbangkan


beberapa cara perkongsian. Bergantung pada keperluan perniagaan, satu atau
lebih daripada cara ini boleh digunakan. Perlu diingat bahawa dalam
perkongsian perlu ada satu rakan kongsi umum yang bertanggungjawab untuk
hutang perniagaan dan liabiliti tanpa batasan.

Jadual 6.3 menunjukkan kelebihan dan kelemahan perkongsian.


Jadual 6.3: Kelebihan dan Kelemahan Perkongsian

Kelebihan Kelemahan
(i) Senang Ditubuhkan (i) Liabiliti Tanpa Batasan Satu Rakan Kongsi
Peraturan undang-undang dan Walaupun sesetengah rakan kongsi boleh
perbelanjaan kurang berbanding mempunyai liabiliti terbatas, sekurang-
dengan perusahaan dan syarikat yang kurangnya seorang mesti menjadi rakan
kompleks. kongsi umum yang menanggung liabiliti
(ii) Ganjaran Langsung tanpa batasan.
Rakan kongsi bermotivasi untuk (ii) Kurang Kesinambungan
memberikan usaha yang terbaik Jika seorang rakan kongsi meninggal, ditakrif
kerana ganjaran didapati secara sebagai tidak siuman atau meninggalkan
langsung. perniagaan itu, perkongsian itu tamat.
(iii) Membantu Pertumbuhan dan Prestasi Bagaimanapun, perniagaan itu boleh
Lebih modal dan jenis kemahiran diteruskan oleh rakan kongsi lain. Ia mungkin
boleh didapati berbanding dengan boleh dijadikan perkongsian baharu oleh
perniagaan tunggal. rakan kongsi yang tinggal atau dengan
mengambil rakan kongsi baharu.
(iv) Kefleksibelan
Boleh segera menyelesaikan (iii) Agak Susah Mendapatkan Modal yang Besar
keperluan perniagaan dengan Modal yang besar, terutamanya untuk
pembuatan keputusan harian. pembiayaan jangka panjang, susah diperolehi.
Biasanya harta kesemua rakan kongsi
(v) Agak Bebas daripada Kawalan dan
menentukan jumlah modal keseluruhan yang
Peraturan Kerajaan
boleh didapatkan oleh perkongsian tersebut,
Sangat sedikit campur tangan
terutamanya pada masa permulaan
kerajaan dalam perkongsian.
perniagaan.
(vi) Kelebihan Cukai
(iv) Terikat Dengan Tindakan Seorang Rakan
Kebanyakan perkongsian membayar
Kongsi
cukai sebagai usahawan dan bukan
Seorang rakan kongsi umum boleh
cukai tinggi yang dikenakan ke atas
mengambil kontrak dan tanggungawab yang
syarikat.
boleh memudaratkan perniagaan itu dan
rakan kongsi lain.
(v) Susah Menjual Bahagian Rakan Kongsi
Membeli bahagian seorang rakan kongsi
mungkin susah kecuali ia disebut secara
khusus dalam perjanjian bertulis.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

SEMAK KENDIRI 6.4

Berikan lima kelebihan dan kelemahan perkongsian.

6.5.3 Syarikat

Sebuah syarikat adalah „suatu benda tiruan yang tidak kelihatan, tidak ketara
dan wujud hanya dari segi undang-undang‰.
Sumber: Diadaptasi daripada Supreme Court Justice John Marshall (1819)

Sebuah syarikat adalah sebuah entiti sah yang berasingan daripada usahawan
yang memilikinya. Di Malaysia, sebuah organisasi perniagaan diwujudkan
berdasarkan Akta Syarikat 1965. Akta ini mentadbir semua syarikat di Malaysia.
Ia ini mula berkuat kuasa pada 15 April 1966 dan telah dikaji semula beberapa
kali pada tahun 1969, 1971, 1985, 1986 dan 1987 (kajian semula yang paling
terakhir). Akta ini berdasarkan undang-undang syarikat yang berkuat kuasa di
Australia dan United Kingdom.

(a) Ciri-ciri Syarikat


Berikut adalah ciri-ciri sebuah syarikat:

(i) Hak dan Tanggungjawab


Sebuah syarikat bertanggungjawab ke atas pemilikan modal dan
boleh mengambil atau menghadapi tindakan undang-undang.
Bagaimanapun, sebuah syarikat tidak boleh mengambil tindakan
terhadap usahawan yang terlibat dalam syarikat itu sendiri. Namun
ejen pelaksana syarikat tersebut boleh mengambil tindakan bila perlu.

(ii) Jangka Hayat


Ahli sebuah syarikat tidak menentukan jangka hayatnya. Ia akan
berterusan walaupun ada ahli yang meninggal dunia atau meninggalkan
syarikat itu. Bagaimanapun, syarikat tersebut boleh ditamatkan jika
kesemua ahli tidak berminat untuk meneruskan perniagaan itu.

(iii) Liabiliti
Liabiliti ahli syarikat terbatas kepada jumlah saham yang dimilik. Ahli
tidak bertanggungjawab sekiranya syarikat itu jatuh muflis. Syarikat
berbeza daripada perniagaan tunggal dan perkongsian kerana ia

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  89

mempunyai pengasingan antara aset perniagaan dan aset peribadi dan


hutang perniagaan tidak boleh mengakibatkan perampasan aset peribadi.

(iv) Ahli
Sebuah syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua ahli yang
merupakan pemastautin tetap Malaysia. Mereka mesti berperanan sebagai
pengarah syarikat tersebut. Ahli syarikat melantik lembaga pengarah
yang akan bertanggungjawab menjalankan perniagaan syarikat dan
mengikuti undang-undang dan peraturan Akta Syarikat 1965.

(b) Kelebihan dan Kelemahan Syarikat


Kelebihan dan kelemahan syarikat ditunjukkan di dalam Jadual 6.4.
Jadual 6.4: Kelebihan dan Kelemahan Syarikat

Kelebihan Kelemahan
(i) Liabiliti Terbatas (i) Batasan Aktiviti
Liabiliti pemegang saham terbatas Aktiviti syarikat dibataskan oleh
kepada pelaburan usahawan. piagam dan pelbagai undang-undang.
Pemegang saham hanya boleh
kehilangan wang ini. (ii) Kurang Perwakilan
Kuasa undi pemegang saham utama
(ii) Pemindahan Pemilikan boleh menundukkan kuasa undi
Penjualan saham membolehkan pemegang saham kecil.
pemindahan pemilikan.
(iii) Peraturan
(iii) Berterusan Tanpa Batasan Peraturan kerajaan dan laporan yang
Hayat syarikat berasingan daripada terperinci diperlukan oleh agensi
hayat pemilik dan boleh kekal untuk kerajaan negeri dan persekutuan. Ini
waktu yang tidak tetap. mengakibatkan banyak kertas kerja
dan kerenah birokrasi.
(iv) Agak Senang Mendapatkan Modal
Besar (iv) Mengelolakan Perbelanjaan
Modal boleh didapatkan dengan Perbelanjaan besar diperlukan dalam
mengeluarkan bon dan saham serta penubuhan sebuah syarikat.
pinjaman jangka pendek yang dibuat
dengan menggunakan aset perniagaan (v) Pencukaian Berganda
atau jaminan peribadi pemegang Cukai pendapatan dikenakan ke atas
saham utama. keuntungan syarikat serta gaji dan
dividen bagi setiap staf.
(v) Lebih ramai pakar dan orang yang
berkebolehan
Boleh menggunakan kepakaran dan
kemahiran beberapa usahawan,
daripada pemegang saham utama
kepada pengurus profesional yang
dibawa masuk ke dalam syarikat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

SEMAK KENDIRI 6.5

Berikan lima kelebihan dan kelemahan syarikat.

6.6 SUMBER MODAL UNTUK AKTIVITI


KEUSAHAWANAN
Terdapat pelbagai sumber modal yang boleh digunakan oleh usahawan untuk
memulakan, membesarkan dan mengembangkan perniagaan mereka. Jangka
masa yang diperlukan bergantung kepada sumber mana yang paling sesuai
untuk seorang usahawan dan perniagaannya. Rajah 6.7 menunjukkan sumber
modal untuk membiayai sebuah perniagaan.

Rajah 6.7: Sumber modal untuk aktiviti keusahawanan

(a) Kewangan Peribadi


Simpanan peribadi anda adalah sumber kewangan pertama anda. Ia
mungkin wang yang anda simpan pada waktu tertentu dalam akaun
simpanan atau akaun semasa bank, di dalam peti simpanan di rumah atau
tunai yang tersedia bila anda memerlukannya. Kerapkali, simpanan
peribadi cepat habis apabila seorang usahawan memulakan sebuah
perniagaan.

(b) Keluarga dan Sahabat


Apabila simpanan peribadi anda sudah habis, tempat seterusnya untuk
mendapatkan wang adalah keluarga dan sahabat. Mereka mungkin kawan
atau teman sekerja yang mampu memberi pinjaman. Walaupun ini
mungkin nampak seperti idea yang bagus, kemungkinan besar mereka
akan meminta wang itu kembali apabila anda tidak mampu membayarnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  91

Oleh itu adalah mustahak untuk membuat perjanjian bertulis yang terang
dan jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kemudian hari.

(c) Akaun Persaraan


Anda mungkin telah menyimpan wang untuk zaman persaraan anda.
Wang ini boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan anda.
Walapun begitu, jika anda gagal dalam perniagaan, anda perlu hidup
dengan wang yang sedikit di zaman persaraan anda.

(d) Bank dan Institusi Kewangan Lain


Institusi ini meminjamkan wang kepada orang yang memiliki aset yang
boleh digunakan sebagai cagaran untuk pinjaman tersebut. Jadual 6.5
menunjukkan tiga jenis pembiayaan iaitu jangka panjang, sederhana dan
pendek.
Jadual 6.5: Tiga Jenis Pembiayaan Institusi Kewangan

Jenis Pembiayaan
Penjelasan
Institusi Kewangan

Jangka Panjang Pembiayaan jenis ini dipinjam daripada sumber luar


untuk tempoh yang lama, biasanya lima hingga 25 tahun.
Sebuah pajakan komersial atau perjanjian pinjaman
jangka panjang daripada salah satu bank utama adalah
contoh pembiayaan jangka panjang. Wang itu boleh
digunakan untuk memperolehi aset tetap seperti kilang
dan peralatan.

Jangka Sederhana Pinjaman untuk tempoh dua hingga tujuh tahun


dipanggil pinjaman jangka sederhana. Pembiayaan ini
biasanya berdasarkan perjanjian antara anda dan
organisasi yang akan memberikannya. Ia boleh digunakan
untuk sewa beli, penyewaan dan perjanjian pinjaman.

Jangka Pendek Pembiayaan jangka pendek yang paling biasa dan kerap
digunakan adalah kemudahan overdraf bank. Walaupun
yurannya adalah tinggi, usahawan terbabit boleh
membayar hanya faedah ke atas jumlah overdraf.
Sebaliknya, untuk pinjaman bank, anda boleh
menggunakan keseluruhan wang yang tersedia dan perlu
membayar faedah sama ada anda menggunakan
keseluruhan pinjaman tersebut ataupun tidak.

(e) Pinjaman Kerajaan


Pihak kerajaan sedang mengambil langkah positif untuk membantu
perniagaan dan industri secara keseluruhannya. Jutaan ringgit telah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

disediakan untuk memberikan bantuan (grant) dan pinjaman dalam bentuk


subsidi oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan dan pembangunan.
Program kerajaan tersedia dan boleh mengurangkan kadar faedah
pinjaman bank dan menyediakan pinjaman untuk perniagaan yang
mungkin pada asalnya tidak mampu mengambil pinjaman sebegini. Pada
umumnya, kerajaan ingin mencari jalan untuk membantu projek yang
boleh memanfaatkan sektor industri yang merudum dan mempunyai kadar
pengangguran yang tinggi. Di samping itu, kerajaan ingin menggalakkan
pertumbuhan dan penambahbaikan di kawasan luar bandar.

(f) Pasaran Saham


Wang diperoleh dengan menawarkan saham dalam perniagaan anda
kepada orang ramai. Penawaran ini mesti menepati peraturan persekutuan.
Biasanya, khidmat bank pelaburan digunakan. Apabila seorang pelabur
membuat pelaburan modal, dia akan mendapat peratusan pemilikan. Ini
memberikan pelabur tersebut kuasa terhad terhadap perniagaan itu dan
sebahagian daripada keuntungan yang didapati berdasarkan nilai
peratusan pemilikan. Ini mungkin diberi dalam bentuk dividen.

SEMAK KENDIRI 6.6


Sebutkan lima sumber modal yang boleh digunakan oleh usahawan untuk
memulakan perniagaan baharu atau membeli perniagaan sedia ada.

 Terdapat tiga cara memulakan sebuah perniagaan iaitu mendirikan


perniagaan baharu, membeli perniagaan sedia ada dan francais.

 Setiap cara memulakan perniagaan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri serta


kelebihan dan kelemahan.

 Tiga jenis perniagaan yang sah adalah perniagaan tunggal, perkongsian dan
syarikat.

 Topik ini juga membicarakan enam sumber modal untuk aktiviti usahawan
iaitu:
(i) Kewangan peribadi;
(ii) Keluarga dan sahabat;
(iii) Akaun persaraan;
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  93

(iv) Bank/institusi kewangan;


(v) Pinjaman kerajaan; dan
(vi) Pasaran saham.

Francais Perniagaan tunggal


Pemegang francais Syarikat
Perkongsian Usaha wajar
Perniagaan baharu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Jaringan
Usahawan
7
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan tiga kelebihan mempunyai jaringan yang baik;
2. Menerangkan dua jenis jaringan;
p
3. Membincangkan enam sebab jaringan adalah penting;
4. Menjelaskan tujuh teknik membina dan membangunkan keyakinan
dalam pembentukan jaringan; dan
5. Mengenal pasti lima halangan dalam membina jaringan.

 PENGENALAN
Jaringan adalah peralatan perniagaan yang penting untuk kejayaan usahawan.
Sekiranya seseorang usahawan mempunyai jaringan yang baik dengan
pengguna luaran dan dalaman, akan menjadi lebih mudah untuk usahawan
tersebut menggunakan peluang perniagaan yang ada dan menyelesaikan
masalah yang berkenaan dengan perniagaannya. Hubungan jaringan yang baik
membolehkan usahawan mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran
jaringan tersebut. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran jaringan,
kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif
perniagaan.

7.1 APA ITU JARINGAN?


Jaringan merupakan hasil strategi hubungan yang lepas dan juga merupakan
sumber untuk strategi akan datang. Hak dan tanggungjawab hubungan adalah
hasil daripada sumber yang dibawa oleh usahawan pada permulaan
perniagaannya kepada jaringan yang dibina, pengalaman yang diperolehi dan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  95

pelaburan yang dibuat dalam semua hubungannya. Ini bermaksud, sesebuah


syarikat itu bukan sahaja perlu menganalisis portfolio hubungannya dan
kefahamannya tentang jaringan, malah menyenaraikan semua sumber tambahan
yang telah dibina melalui pergaulan. Kesemua ini boleh dianalisis dengan
menggunakan cara konvensional untuk mendapat tahu asas kekuatan yang
mungkin dimiliki oleh syarikat tersebut.

7.2 KELEBIHAN MEMPUNYAI JARINGAN


YANG BAIK
Kelebihan yang diperolehi oleh seorang usahawan apabila mempunyai jaringan
yang baik adalah seperti berikut:

(a) Kebolehcapaian
Jaringan adalah amat penting untuk usahawan memperoleh sumber ketara
atau tidak ketara sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara
sumber ketara adalah sokongan kewangan, pemindahan teknologi dan
kemudahan mencapai maklumat untuk mengeluarkan produk yang sesuai
pada harga dan masa yang sesuai dengan kehendak pasaran. Manakala
sumber tidak ketara adalah seperti sokongan moral, bimbingan dan
kepercayaan yang diberi oleh pelbagai kumpulan kepada usahawan dalam
menjalankan operasi perniagaan.

(b) Reputasi
Reputasi merujuk kepada kebolehan usahawan untuk memimpin atau
mempengaruhi ahli jaringan lain dalam membuat keputusan, berdasarkan
pengalaman mereka. Reputasi yang baik membolehkan usahawan menarik
ahli jaringan untuk memberikan keutamaan kepada produk atau
perkhidmatan yang dihasilkan oleh usahawan tersebut.

(c) Harapan
Ini boleh memudahkan atau menyekat kebebasan aktiviti syarikat. Sebagai
contoh, ahli jaringan mungkin mengharapkan sebuah syarikat untuk
menentukan harga untuk beberapa syarikat lain dengan cara yang
berkesan. Akan tetapi, sebuah syarikat juga diharapkan tidak mengambil
kesempatan dengan menaikkan harga sesebuah produk apabila ia
berkurangan dalam pasaran. Ia juga mungkin diharapkan akan menurut
cara persaingan yang konvensional atau beroperasi dengan lebih beretika
daripada syarikat lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

7.3 APA ITU JARINGAN STRATEGIK?


Seorang usahawan yang berstrategi boleh membayangkan masa hadapan dan
mengambil langkah-langkah yang perlu untuk merealisasikannya. Untuk membina
sebuah jaringan strategik, seorang usahawan perlu jelas tentang matlamat dan
objektif yang ingin dicapai dalam menjalankan perniagaannya dengan berinteraksi
dengan orang lain dan menentukan tindakan terbaik yang harus diambil. Walaupun
usahawan mungkin tertarik untuk bertindak dengan pantas, mereka perlu
memahami di mana mereka berada dan ke mana mereka hendak tuju. Jaringan yang
berjaya adalah hasil daripada perancangan yang betul serta pembinaan dan
pelaksanaan yang cermat. Usahawan perlu mencari jalan dan kaedah untuk
membina jaringan yang baik dan mendapatkan faedah yang maksima daripadanya.
Jaringan mesti menjadi salah satu taktik pemasaran utama bagi kebanyakan ahli
profesional bebas dan pemilik perniagaan kecil-kecilan. Usahawan boleh
menggunakan jaringan berpusatkan pengguna untuk mengurangkan kos dan masa
dalam memperolehi dan mengedarkan maklumat. Strategi membina perniagaan ini
akan memanfaatkan usahawan dengan memberikannya pelanggan baharu secara
berterusan di samping mengekalkan pelanggan yang sedia ada.

LATIHAN 7.1
Sebutkan kelebihan yang boleh diperolehi oleh seorang usahawan
dengan memiliki sebuah jaringan yang baik.

7.4 JENIS-JENIS JARINGAN


Terdapat dua jenis jaringan seperti berikut:

(a) Jaringan Formal


Jaringan formal adalah hubungan sedia ada antara pelbagai individu yang
mempunyai hubungan simbiotik dengan seseorang usahawan itu. Mereka
yang mempunyai hubungan jaringan lebih bersedia untuk mencipta
peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
jaringan tersebut. Setiap ahli jaringan bersedia untuk berkongsi
pengalaman dan kekuatan untuk kelebihan bersama.

(b) Jaringan Tidak Formal


Jaringan tidak formal dibina menerusi hubungan dengan rakan di zaman
kanak-kanak, ahli keluarga dan orang lain yang mempunyai minat atau hobi
yang serupa. Ia membolehkan seseorang usahawan itu membincangkan
perniagaannya secara tidak formal tanpa membuat temu janji.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  97

Jaringan tidak formal memberikan usahawan peluang untuk mendapatkan atau


bertukar maklumat. Perkhidmatan yang diberikan oleh ahli jaringan tidak
formal biasanya adalah percuma atau dengan bayaran yang minima. Biasanya
jaringan tidak formal membolehkan usahawan memperoleh pendapat dan
nasihat serta sokongan moral dan kewangan. Sokongan sebegini membantunya
menjadi lebih yakin dan menambahkan kebolehannya untuk membuat
keputusan yang berkesan dan mengurangkan risiko perniagaan. Ahli jaringan
tidak formal termasuk kawan, mentor dan ahli profesional. Rajah 7.1
menunjukkan ahli-ahli dalam sebuah jaringan tidak formal.

Rajah 7.1: Jaringan tidak formal

7.5 KEPENTINGAN JARINGAN


Mari kita lihat kepentingan jaringan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 7.2.

Rajah 7.2: Kepentingan jaringan


(a) Membina Kepercayaan
Dalam perniagaan, usahawan mungkin menghadapi ketidakpastian,
contohnya kehilangan pelaburan, persaingan dan produk yang tidak dapat
menembusi pasaran. Jaringan yang baik boleh mengurangkan
ketidakpastian seperti ini. Seorang usahawan boleh memperolehi
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
98  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

maklumat yang boleh dipercayai mengenai peluang pelaburan, pasaran


dan produk yang disukai pengguna. Jaringan juga membantu usahawan
menghadapi perubahan dalam persekitaran perniagaan, contohnya:
(i) Perubahan dalam strategi para pesaing;
(ii) Perubahan demografik; dan
(iii) Perubahan dalam kepuasan pelanggan.

(b) Mengurangkan Birokrasi


Birokrasi yang keterlaluan akan melambatkan proses aktiviti perniagaan.
Jaringan boleh mengurangkan birokrasi dalam membuat keputusan dengan:
(i) Mempercepatkan proses permohonan;
(ii) Menjimatkan masa, kewangan dan sumber lain;
(iii) Menghalang usahawan daripada melakukan kesilapan yang
sama berulang kali; dan
(iv) Mengelakkan tindakan menolak tanggungjawab (pass the buck).

(c) Meningkatkan Maklumat


Jaringan akan meningkatkan reputasi usahawan kerana semua ahli jaringan
akan tahu apa yang ia sedang lakukan. Pada masa yang sama, usahawan
tersebut boleh mendapatkan maklumat tentang siapa yang berada dalam
jaringan tersebut dan ini akan membolehkannya mendapatkan maklumat
yang diperlukan untuk menjayakan perniagaannya.

(d) Membina Keyakinan


Keyakinan adalah salah satu faktor terpenting dalam membina jaringan.
Dengan keyakinan, ahli jaringan akan bersedia memberi keutamaan
kepada produk atau perkhidmatan seseorang usahawan itu. Apabila orang
yakin dengan produk yang dijual atau perkhidmatan yang diberi oleh
usahawan, ia akan menjadi buah mulut orang ramai.

(e) Membina Situasi Saling Bergantung


Seseorang itu mungkin mengecapi kejayaan dengan pertolongan orang
lain. Anda juga mungkin ada merasai kejayaan dengan bantuan individu
lain. Hakikatnya, manusia bergantung sesama sendiri. Oleh itu, apa-apa
yang kita buat harus memanfaatkan orang lain. Semua orang mesti
bertindak dengan semangat simbiotik. Konsep bertolak ansur penting
dalam membangunkan hubungan jaringan yang baik.

(f) Sumber Kreativiti


Jaringan adalah sumber kreativiti untuk seorang usahawan dalam
menjalankan sebuah perniagaan. Kumpulan berlainan dalam jaringan akan
membantu membina idea baharu untuk mencipta produk atau
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  99

perkhidmatan baharu serta cara pengeluaran dan pemasaran yang baharu.


Tambahan lagi, ahli jaringan boleh membawa peluang perniagaan baharu.
Idea boleh didapati daripada kawan, rakan sejawat, pelanggan dan
pengedar. Sokongan dan sumbangan pelbagai pihak dalam jaringan boleh
membantu usahawan untuk:
(i) Memperbaiki kualiti produk;
(ii) Memperbaiki pengedaran;
(iii) Memperbaiki teknik pengeluaran;
(iv) Memperbaiki teknik untuk perkhidmatan lepas jualan yang lebih
baik; dan
(v) Mencadangkan cara baharu untuk mempromosikan suatu produk.

7.6 BAGAIMANA MEMBINA JARINGAN


STRATEGIK
Terdapat tiga cara usahawan dapat menubuhkan jaringan strategik, seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 7.3.

Rajah 7.3: Tiga cara untuk menubuhkan jaringan strategik

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

LATIHAN 7.2
Huraian tiga cara usahawan boleh membina rangkaian strategik.

7.7 USAHAWAN DAN JARINGAN


Untuk menjadi usahawan berjaya, seseorang itu mesti mempunyai kekuatan
untuk bekerjasama dengan orang lain. Yang berikut adalah strategi menubuhkan
jaringan yang berkesan:
Ć Sedia mendengar;
Ć Sedia bertolak ansur;
Ć Mahir dalam memberikan keyakinan; dan
Ć Berfikiran tenang.

Bila kita bersedia mendengar pendapat orang lain, kita akan mendapat idea yang
boleh membantu kita berubah. Kita perlu bertolak ansur dengan orang lain dan
menunjukkan keyakinan kita. Setiap usahawan yang ingin menggunakan
jaringan strategik yang baik mesti memiliki kualiti-kualiti ini. Kegagalan
membina jaringan yang baik akan:
Ć Meningkatkan kos;
Ć Membuang masa;
Ć Membuang sumber syarikat;
Ć Merosakkan reputasi usahawan;
Ć Merosakkan reputasi syarikat; dan
Ć Mewujudkan dilema.

7.8 GABUNGAN JARINGAN STRATEGIK


Terdapat beberapa strategi bagi membangunkan hubungan antara usahawan
dan orang lain untuk membina jaringan yang baik. Hubungan yang baik dengan
orang lain boleh membantu usahawan membuat perubahan yang positif.
Strategi-strategi ini juga dapat menolong usahawan untuk menangani
perubahan. Strategi-strategi ini adalah seperti berikut:

(a) Strategi bagi Gabungan Jaringan


Ini adalah teknik membangunkan hubungan antara usahawan dan orang
lain yang mempunyai pengalaman perniagaan dan orang yang akan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  101

terlibat dalam perniagaan usahawan tersebut pada masa akan datang.


Usahawan mesti berusaha mengingati orang lain walaupun mungkin tidak
berurusan dengan mereka pada masa sekarang. Terdapat pelbagai cara
untuk membangunkan gabungan jaringan strategik, contohnya:
 Membuat lawatan;
 Menyertai majlis rasmi;
 Berhubung melalui pihak ketiga;
 Memberi cenderamata;
 Menghantar kad, contohnya kad tahniah, takziah dan jemputan;
 Menulis dan membalas surat dan e-mel;
 Memberikan kad perniagaan;
 Menghantar faks; dan
 Bercakap melalui telefon.

(b) Strategi Membina Keyakinan Diri


Usahawan mesti menunjukkan kebolehan, personaliti dan kemahiran
mereka apabila diberikan tanggungjawab. Mereka perlu menunjukkan
bahawa mereka adalah bertanggungjawab agar orang yang memberikan
tanggungjawab tersebut kepada mereka akan berpuas hati dan bersedia
untuk memberikan tanggungjawab lain di masa hadapan. Bila kita
membuat perubahan, kita mesti bertanggungjawab dan melakukannya
dengan sebaik mungkin agar idea kita tidak gagal. Beberapa perkara yang
mesti diberikan perhatian adalah seperti berikut:
Ć Kebolehan membuat sesuatu yang orang lain tidak boleh;
Ć Kebolehan menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh
orang lain;
Ć Kebolehan menjana idea apabila diperlukan;
Ć Kebolehan menunjukkan kita boleh bersaing dengan orang lain;
Ć Kebolehan membuat tafsiran;
Ć Kebolehan menunjukkan kita adalah tempat rujukan bagi orang lain;
Ć Sentiasa betul dalam membuat keputusan;
Ć Membuat orang selesa dan gembira berkomunikasi dengan kita;
Ć Menyuarakan pendapat tanpa mendominasi orang lain;
Ć Kebolehan menguasai nada suara apabila bercakap;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

Ć Tidak mengambil kesempatan ke atas orang lain;


Ć Selalu bersedia untuk berterus-terang;
Ć Bersedia menerima pendapat orang lain;
Ć Bersedia menerima dan menghargai orang lain dan kebolehan mereka;
Ć Memberi dan menerima nasihat;
Ć Boleh mengawal diri sendiri;
Ć Fleksibel; dan
Ć Bertolak ansur apabila ada konflik.

Strategi begini membantu usahawan menangani kekurangan diri sendiri dan


menjalankan perniagaan selancar yang boleh dengan orang lain yang berkenaan.

AKTIVITI 7.1
Anda bercadang mengadakan majlis kesyukuran di rumah anda. Anda
menjemput ahli keluarga dan kawan anda. Terangkan bagaimana anda
akan menjalin rangkaian yang baik dengan mereka di majlis tersebut.

7.9 TEKNIK MEMBINA KEYAKINAN DALAM


KALANGAN USAHAWAN
Seorang usahawan mesti memperolehi kepercayaan orang ramai. Orang akan
yakin dengan usahawan yang membuktikan ia boleh melakukan kerja yang
diberikan dengan berjaya. Berikut adalah strategi yang boleh membantu anda
menjadi lebih berkeyakinan.

(a) Berhubung dengan berkesan dan penuh keyakinan


Jika anda tidak dapat menyuarakan pendapat atau mesej dengan berkesan,
orang lain akan kurang yakin dengan anda. Untuk berkomunikasi dengan
baik, anda perlu bersedia dengan maklumat dan data yang tepat. Anda
juga perlu ingat bahawa orang yang mendengar anda mungkin
mempunyai pendapat yang berbeza daripada anda. Hadapi perubahan
dengan yakin dan bersedia untuk berbincang tentang masalah dan idea
penyelesaian yang anda ada.

(b) Buktikan kebolehan anda kepada orang lain


Anda mesti ingat bahawa orang akan mula yakin dengan anda bila mereka
tahu anda boleh melakukan kerja yang diberikan. Anda mesti

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  103

membuktikan bahawa anda mampu mengurus perubahan dan


membimbing orang lain dalam menghadapi perubahan tersebut.

(c) Tunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain


Tunjukkan yang anda bersedia untuk membantu orang lain. Apabila
anda bersedia untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan,
mereka akan mengingati anda. Anda juga boleh memberi panduan kepada
orang yang menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan perubahan
yang berlaku.

(d) Sentiasa bertindak adil


Jika anda tidak bertindak adil, anda akan memusnahkan jaringan yang
telah anda bina. Oleh itu untuk mengelakkan masalah, anda mesti berlaku
adil bila menjadi mentor, serta bila memberi bantuan, manfaat dan
perhatian. Anda mesti menyesuaikan diri dengan perubahan dalam
kumpulan.

(e) Sentiasa bersedia mengakui kesilapan sendiri


Semua orang akan membuat kesilapan. Bila anda membuat kesilapan, anda
mesti bersedia untuk mengakuinya. Ini akan menunjukkan kepada orang
lain bahawa anda adalah jujur. Anda mesti selalu bersedia untuk bertanya
tentang apa yang anda tidak faham. Elakkan bertanyakan soalan yang
bertujuan menguji orang lain. Bila anda berkongsi idea dengan orang lain,
anda membantu diri sendiri menghadapi perubahan. Ini kerana anda akan
mempunyai banyak idea baharu dan dapat membuat keputusan yang baik.

(f) Tunjukkan Semangat Pasukan


Kita mesti selalu melihat diri kita sebagai ahli sebuah pasukan dan
memastikan orang lain turut merasakan mereka juga ahli pasukan tersebut.
Elakkan daripada menyendiri atau menyisihkan diri dari orang lain. Kita
mesti ramah dengan semua ahli pasukan untuk mengetahui perasaan
mereka terhadap organisasi supaya kita dapat bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah dan membuat perubahan.

(g) Berkeyakinan terhadap orang lain


Bila kita menunjukkan bahawa kita yakin dengan orang lain, mereka juga
akan yakin dengan kita. Salah satu cara untuk menunjukkan keyakinan
terhadap orang lain adalah dengan menunjukkan kesediaan kita untuk
berkongsi maklumat. Bila kita menunjukkan keyakinan, orang akan lebih
bersedia menerima idea kita dan memberikan kerjasama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

AKTIVITI 7.2
Anda baru dilantik menjadi ketua pasukan dalam organisasi anda.
Bagaimanakah reaksi anda jika ahli pasukan anda tidak bersetuju
dengan pendapat anda?

SEMAK KENDIRI 7.1


Jelaskan strategi yang anda boleh gunakan untuk menaikkan
keyakinan diri sendiri.

7.10 HALANGAN DALAM MEMBINA


JARINGAN STRATEGIK
Terdapat lima halangan utama yang mesti dielakkan oleh usahawan yang ingin
membina jaringan strategik yang berkesan. Jika kita gagal membina jaringan
strategik yang berkesan, kita juga akan gagal menyesuaikan diri dengan
perubahan. Langkah pertama yang perlu diambil adalah mengenal pasti
kelemahan diri sendiri. Lima halangan tersebut ditunjukkan di dalam Rajah 7.4.

Rajah 7.4: Lima halangan dalam membina jaringan strategik


(a) Emosi
Halangan mungkin timbul daripada kekurangan emosi yang tampak
dalam sikap, personaliti dan ego seorang usahawan. Halangan ini akan
mewujudkan jurang sosial yang menjauhkan usahawan daripada orang
lain. Jurang sosial boleh menyebabkan usahawan gagal menyesuaikan diri
dengan perubahan. Halangan emosi disebabkan oleh ciri-ciri personaliti
seperti berikut:
(i) Terlalu agresif;
(ii) Takut;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  105

(iii) Berbicara seolah-olah memegang jawatan ketua;


(iv) Cuai dalam bertindak;
(v) Berfikir dan berkelakuan seolah-olah diri sendiri lebih baik
daripada orang lain;
(vi) Bongkak;
(vii) Hipokrit;
(viii) Terlalu mementingkan kesempurnaan;
(ix) Mengambil pucuk pimpinan secara tidak sopan;
(x) Tidak menepati masa;
(xi) Tidak sanggup mengakui kesilapan sendiri; dan
(xii) Tidak sanggup mengiktiraf kebolehan dan bakat orang lain.

(b) Fizikal
Halangan fizikal mungkin timbul apabila usahawan kurang yakin dengan
diri sendiri atau tidak memberi perhatian kepada perkara lain yang penting
seperti perangai dan pakaian. Seorang usahawan yang tidak
mementingkan penampilan diri mudah gagal mendapatkan keyakinan
rakan sekerja. Biasanya, individu yang selekeh dari segi perangai,
penampilan dan pakaian akan dianggap tidak berkebolehan
mengendalikan sesebuah organisasi dengan baik. Akibatnya, orang akan
lebih bersedia menolak sebarang perubahan yang dicadangkan oleh
individu tersebut. Berikut adalah beberapa masalah penampilan fizikal
yang boleh menghalang usahawan daripada membina sebuah jaringan
strategik:
(i) Pakaian yang kurang sesuai;
(ii) Nampak sakit atau penat;
(iii) Kurang atau langsung tidak mengurus diri sendiri;
(iv) Gelisah;
(v) Berbicara seperti tidak mempunyai keyakinan;
(vi) Mengelakkan memandang mata apabila berbicara dengan orang
lain;
(vii) Nampak tidak mesra;
(viii) Terlalu banyak menggerakkan anggota badan apabila
berkomunikasi dengan orang lain; dan
(ix) Bercakap dengan nada tinggi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

(c) Psikologi
Faktor dan ciri-ciri yang memberi kesan kepada psikologi usahawan akan
mempengaruhi kebolehannya membina sebuah jaringan yang strategik.
Halangan psikologi boleh menjejaskan interaksi usahawan dengan orang
lain. Contohnya, jika seseorang usahawan itu selalu merasa kesunyian atau
rendah diri, dia akan mengalami kesusahan dalam membina jaringan yang
berkesan.

Seorang usahawan yang mempunyai kekuatan psikologi yang seimbang


mempunyai peluang yang lebih baik untuk memperolehi sokongan dan
kepercayaan para pekerjanya. Dia akan berada dalam posisi yang kuat
apabila cuba membawa perubahan dalam organisasi. Sebaliknya, seorang
usahawan yang mempunyai psikologi yang kurang seimbang akan
memberikan persepsi yang buruk dan menghadapi masalah dalam
mendapatkan sokongan orang lain.

Halangan psikologi melibatkan ciri-ciri seperti berikut:


(i) Kegelisahan;
(ii) Tidak dapat membuat keputusan;
(iii) Masalah emosi yang mengakibatkan perasaan seperti benci atau
marah terhadap orang lain;
(iv) Kesunyian;
(v) Kekecewaan;
(vi) Kegagalan mencapai matlamat;
(vii) Keseganan;
(viii) Sangat memerlukan pengesahan dan penerimaan oleh orang lain;
(ix) Keinginan untuk menonjolkan diri;
(x) Keinginan yang mencapai tahap obsesi; dan
(xi) Tidak berkebolehan membincangkan masalah.

(d) Kelakuan
Cara kita berkelakuan akan menentukan sama ada kita rapat atau renggang
dengan orang lain. Kelakuan baik akan membantu kita menjana perubahan
yang baik. Ciri-ciri kelakuan buruk termasuk yang berikut:
(i) Memfitnah orang lain;
(ii) Cuai dalam membuat keputusan;
(iii) Selalu ingin menjadi orang yang pertama;
(iv) Selalu ingin menjadi pemimpin;
(v) Mengusik orang lain;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  107

(vi) Memperbodohkan orang lain;


(vii) Berpura-pura mengetahui semua perkara;
(viii) Berfikir dan berkelakuan seperti kita tidak bersalah dan hanya
orang lain melakukan kesilapan;
(ix) Tidak sudi menerima pendapat orang lain; dan
(x) Tidak menghargai sumbangan orang lain.

(e) Ucapan Negatif


Ucapan kita boleh membantu membina atau merosakkan sebuah jaringan
strategik. Cara kita menyuarakan pendapat adalah penting. Seandainya
kita cuai dalam berinteraksi, kita dengan mudahnya boleh menyinggung
perasaan orang lain. Akibatnya, kita akan sukar mendapatkan sokongan
daripada ahli jaringan yang lain. Ungkapan yang perlu dielakkan adalah
seperti berikut:

(i) Ungkapan yang menunjukkan dominasi

(ii) Ungkapan bagaikan ejekan atau sindiran

(iii) Ungkapan yang menunjukkan perasaan rendah diri

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

(iv) Ungkapan yang menunjukkan sikap ego

Kesimpulannya, seorang usahawan mesti berusaha sebaik mungkin untuk


mengelakkan lima halangan ini dalam membina jaringannya yang strategik. Dia
boleh menubuhkan sebuah jaringan yang berkesan untuk menjayakan
perniagaannya dengan menggunakan pengetahuan yang dimilikinya dengan
penuh yakin. Jaringan ini akan memanfaatkan usahawan tersebut dan juga orang
lain dalam jaringan tersebut.

Seorang usahawan yang ingin mencapai potensi tahap maksima melalui jaringan
yang baik akan faham bahawa ia tidak boleh mendominasi orang lain.
Sebaliknya, adalah penting baginya untuk mendapatkan kerjasama daripada
pihak-pihak yang berkenaan. Dalam mana-mana situasi yang memerlukan
pelaksanaan perubahan, pendapat ahli jaringan lain mesti dipertimbangkan.
Melayan rakan sekerja dan rakan perniagaan dengan bertimbang rasa dan
hormat akan membuahkan hasil yang lebih baik daripada cuba mengawal,
mengancam atau menyinggung perasaan mereka agar mereka menurut kata.

SEMAK KENDIRI 7.2

Apakah jenis ungkapan yang harus anda elakkan untuk


mengekalkan jaringan yang baik?

 Jaringan merupakan hasil strategi hubungan yang lepas dan juga merupakan
sumber untuk strategi akan datang.
 Kelebihan jaringan adalah kebolehcapaian, reputasi dan harapan.
 Terdapat dua jenis jaringan iaitu jaringan formal dan jaringan tidak formal.
Jaringan formal adalah hubungan sedia ada antara pelbagai individu yang
mempunyai hubungan simbiotik dengan seseorang usahawan itu. Jaringan
tidak formal dibina menerusi hubungan dengan rakan di zaman kanak-
kanak, ahli keluarga dan orang lain yang mempunyai minat atau hobi yang
serupa.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  109

 Jaringan adalah penting kerana ia membina keyakinan, mengurangkan


birokrasi, meningkatkan maklumat, membangunkan kepercayaan, membina
situasi saling bergantung dan menjana kreativiti.
 Untuk mewujudkan dan membina keyakinan dalam jaringan, anda boleh
menggunakan tujuh teknik berikut:
(i) Berhubung dengan berkesan dan penuh keyakinan;
(ii) Buktikan kebolehan anda kepada orang lain;
(iii) Tunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain;
(iv) Sentiasa bertindak adil;
(v) Sentiasa bersedia mengakui kesilapan sendiri;
(vi) Tunjukkan semangat pasukan; dan
(vii) Berkeyakinan terhadap orang lain.
 Halangan kepada pembinaan jaringan termasuk halangan fizikal, emosi,
psikologi, kelakuan dan ucapan.

Jaringan formal Jaringan strategik


Jaringan tidak formal Halangan kepada pembinaan jaringan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Penilaian
8 Peluang
Keusahawanan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan enam perangkap (pitfalls) dalam memilih idea
perniagaan baharu;
p 2. Menjelaskan lapan faktor kritikal dalam menilai perniagaan baharu;
3. Menghuraikan tiga faktor utama yang mempengaruhi kejayaan
sesebuah perniagaan baharu;
4. Menganalisis empat kaedah proses penilaian; dan
5. Menyatakan aktiviti khusus yang termasuk dalam penilaian
kebolehlaksanaan (feasibility) yang menyeluruh.

 PENGENALAN
Semakin banyak perniagaan baharu telah ditubuhkan sejak kebelakangan ini.
Terdapat beberapa sebab usahawan mendirikan perniagaan baharu. Bila idea
bercambah sehingga menjadi perniagaan, cabaran sebenar adalah agar
perniagaan tersebut mampu bertahan dan berkembang.

Apa yang akan menjadikan anda seorang usahawan yang berjaya? Pernahkah
anda memikirkan aspek-aspek yang perlu anda ketahui? Untuk menangani
cabaran sebenar dalam dunia keusahawanan, anda memerlukan pengetahuan
dan kefahaman yang mendalam tentang kesulitan yang lazim dihadapi dalam
memilih perniagaan baharu. Topik ini juga akan membantu anda mengenal pasti
faktor kritikal untuk membangunkan perniagaan baharu dan faktor yang
menyumbang kepada kejayaan perniagaan. Kita juga akan membincangkan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN  111

proses penilaian yang berkesan untuk perniagaan baharu. Sekarang, mari kita
mulakan!

8.1 KESULITAN DALAM MEMILIH


PERNIAGAAN BAHARU
Peringkat peralihan di mana sebuah idea perniagaan bertukar menjadi realiti boleh
menjadi waktu yang paling penting untuk memahami pembangunan perniagaan
baharu. Di bawah adalah enam kesulitan yang mungkin dihadapi oleh seorang
usahawan dalam memilih sebuah perniagaan baharu (lihat Rajah 8.1).

Rajah 8.1: Enam kesulitan dalam memilih perniagaan baharu

Sekarang, mari kita lihat penjelasan ringkas mengenai setiap kesulitan yang
bahaya ini.

(a) Kurang Penilaian Objektif


(i) Ramai usahawan tidak objektif dan tidak menyedari kepentingan
menyelidik secara teliti. Semua idea mesti dikaji dan diselidik terlebih
dahulu untuk mengelakkan ancaman ini daripada berlaku.

(b) Tiada Pengetahuan Mendalam Tentang Pasaran Yang Berkenaan


(i) Membangunkan pendekatan pemasaran sebagai asas kepada sebuah
perniagaan baharu kerap diabaikan oleh golongan usahawan.
Mengikut Levitt (1960), mereka seolah-olah mengalami rabun dekat
dari segi pengurusan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

(ii) Mereka juga gagal mempertimbangkan kitar hidup sebuah produk


atau perkhidmatan baharu.
(iii) Usahawan mesti menyedari kepentingan pengaturan masa.
Merancang kitar hidup produk baharu dan memperkenalkannya
pada waktu yang betul adalah mustahak.
(c) Kurang Kefahaman Tentang Keperluan Teknikal
(i) Usahawan perlu melakukan kajian terperinci sebelum memulakan
sebuah perniagaan.
(ii) Masalah teknikal kerap muncul dan ini akan memakan masa selain
mengakibatkan penggunaan wang yang banyak.

(d) Kurang Kefahaman Kewangan


(i) Usahawan kerap mengabaikan kos. Mereka juga tidak membuat
perancangan dengan betul.
(ii) Kadang-kadang usahawan membuat anggaran kos pembangunan
perniagaan yang sangat rendah berbanding kos sebenar.

(e) Perniagaan Kurang Unik


(i) Konsep dengan reka bentuk dan ciri-ciri unik akan menarik
pelanggan kepada sesebuah perniagaan. Usahawan tidak akan dapat
menarik perhatian pelanggan jika tiada keunikan dalam perniagaan
mereka.
(ii) Pembezaan produk merupakan cara terbaik untuk memberitahu
pelanggan tentang perbezaan antara keluaran sendiri dengan
keluaran pesaing.

(f) Tidak Mengetahui Isu Perundangan


(i) Masalah besar akan timbul jika isu perundangan tidak diendahkan.
(ii) Contoh keperluan perundangan adalah mewujudkan suasana bekerja
yang selamat, memastikan kualiti produk dan perkhidmatan, serta
mendapatkan hak cipta dan paten untuk melindungi produk dan
ciptaan sendiri.

AKTIVITI 8.1
Namakan dua firma yang dikenali di seluruh dunia yang gagal dalam
perniagaan baharu mereka. Apakah masalah yang mereka mungkin
telah hadapi? Kongsi maklumat ini dengan tutor dan rakan dalam sesi
tutorial.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN  113

8.2 FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL UNTUK


PEMBANGUNAN PERNIAGAAN BAHARU
Kita mesti mempertimbangkan faktor kritikal dalam membangunkan sebuah
perniagaan baharu. Vesper (1990) mengatakan bahawa seorang usahawan harus
menggunakan senarai semak untuk perniagaan baharu. Senarai ini meliputi lapan
perkara seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 8.2 di bawah.

Rajah 8.2: Lapan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam


membangunkan perniagaan baharu

Jadual 8.1 menunjukkan senarai semak yang patut digunakan oleh usahawan
dalam menilai sebuah perniagaan baharu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

Jadual 8.1: Senarai Semak Idea Perniagaan Baharu

Perkara Soalan Penilaian


Kebolehlaksanaan Asas  Bolehkah produk atau perkhidmatan itu
Perniagaan digunakan?
 Adakah ia sah?
Kelebihan Daya Saing  Apakah kelebihan daya saing yang
Perniagaan ditawarkan oleh produk atau perkhidmatan
yang akan dikeluarkan?
 Apakah tindak balas yang mungkin diberi
oleh para pesaing?
Keputusan Pembeli  Siapakah yang mungkin menjadi pelanggan?
Dalam Perniagaan
 Berapakah unit yang akan dibeli oleh setiap
pelanggan dan berapa ramai pelanggan yang
ada?
Pemasaran Produk dan  Berapa akan dibelanjakan untuk pengiklanan?
Perkhidmatan
 Berapa besarkah bahagian pasaran yang akan
ditembusi oleh syarikat itu?
 Siapa yang akan melakukan jualan?
Pengeluaran Produk dan  Adakah syarikat akan mengeluarkan atau
Perkhidmatan membeli apa yang ia akan jual?
 Adakah wujud sumber bekalan pada harga
yang berpatutan?
Keputusan Pengambilan  Bagaimanakah kecekapan dalam setiap bidang
Pekerja Untuk perniagaan tersebut akan dipastikan?
Perniagaan
 Siapa yang akan mengambil pekerja?
Penguasaan Perniagaan  Apakah rekod yang diperlukan? Bila?
 Adakah apa-apa kawalan khas yang
diperlukan?
Pembiayaan Perniagaan  Berapa wang yang diperlukan untuk
pembangunan perniagaan itu?
 Berapa wang yang diperlukan untuk modal
kerja?
 Siapa akan membiayai perniagaan tersebut?
Berapakah kos pembiayaan?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN  115

AKTIVITI 8.2

Apakah faktor kritikal yang perlu dipertimbangkan dalam


membangunkan sebuah perniagaan baharu?

8.3 KENAPA PERNIAGAAN BAHARU GAGAL


Kebanyakan perniagaan baharu lingkup dalam setahun dua dan sebahagian kecil
sahaja yang mencapai kejayaan. Mengikut Bruno et al. (1987) serta Karakaya dan
Kobu (1994), terdapat tiga sebab utama yang menyumbang kepada kegagalan
perniagaan baharu seperti yang boleh dilihat di dalam Rajah 8.3.

Rajah 8.3: Tiga faktor utama yang menyumbang kepada


kegagalan perniagaan baharu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

Jadual 8.2 di bawah menerangkan faktor-faktor tersebut.

Jadual 8.2: Faktor-faktor yang Membawa kepada Kegagalan

Sebab Kegagalan Faktor-faktor


Masalah Produk/Pasaran  Pengaturan waktu yang kurang baik
 Masalah reka bentuk produk
 Strategi pengedaran tidak sesuai
 Definisi perniagaan tidak jelas
 Terlalu bergantung kepada satu pelanggan
Masalah Kewangan  Kekurangan modal pada waktu permulaan
perniagaan
 Mula berhutang terlalu awal
 Masalah hubungan modal perniagaan
Masalah Pengurusan  Konsep pendekatan pasukan (contohnya
pengambilan pekerja dan penaikan pangkat
berdasarkan nepotisme dan bukannya
kelayakan; hubungan kurang baik dengan
syarikat induk dan pembiaya perniagaan;
pengasas yang menumpukan perhatian
kepada kekurangan dan bukannya kekuatan;
pekerja sokongan yang kurang mahir).
 Masalah sumber manusia (contohnya sogokan
dan selepasnya, pemecatan yang berlaku;
penipuan oleh pembiaya perniagaan;
perjanjian lisan tidak diikuti; kes mahkamah
yang berlarutan).

8.4 PROSES PENILAIAN


Mari kita bincangkan proses penilaian pula.

Satu tugas kritikal dalam memulakan sebuah perniagaan baharu adalah


menjalankan penganalisaan yang kukuh dan menilai kebolehlaksanaan produk
atau perkhidmatan yang akan dilancarkan. Usahawan akan mendapati banyak
kekurangan serius dalam cadangan perniagaan mereka jika penganalisaan ini
tidak dilakukan dengan betul.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN  117

Rajah 8.4 menunjukkan proses penilaian yang dinyatakan oleh Kuratko dan
Hodgetts (2004).

Rajah 8.4: Proses penilaian

Kuratko dan Hodgetts (2004), menjelaskan proses penilaian seperti berikut:

(a) Bertanyakan Soalan Yang Betul


Banyak soalan penilaian yang patut ditanya. Antara soalan yang usahawan
harus menanyakan pada diri sendiri adalah seperti berikut:
(i) Adakah ia idea produk/perkhidmatan yang baharu? Adakah ia
proprietari? Bolehkah ia diberikan paten atau hak cipta?
(ii) Adakah sebuah prototaip telah diuji oleh penguji bebas dengan cara
cuba merosakkan atau mengoyakkannya? Apakah kelemahannya?
Mampukah ia bertahan?
(iii) Sudahkah produk/perkhidmatan itu dibawa ke pameran
perdagangan? Jika ya, apakah reaksi yang diterima? Adakah
produk/perkhidmatan tersebut berjaya dijual?
(iv) Adakah produk/perkhidmatan tersebut mudah difahami oleh
pelanggan, bank, penyedia modal, akauntan, peguam dan ejen
insuran?
(v) Apakah pasaran keseluruhan? Apakah segmen pasarannya? Bolehkah
produk tersebut menembusi segmen pasaran ini? Adakah fokus
pasaran (niche) yang boleh dimasuki?
(vi) Adakah kajian pasaran telah dibuat? Siapakah para pesaing
perniagaan tersebut?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

(vii) Apakah kaedah pengedaran dan jualan yang boleh digunakan?


(viii) Bagaimana produk itu boleh dibuat? Berapakah kosnya?
(ix) Adakah konsep perniagaan itu akan dibangunkan dan lesennya
diberikan kepada orang lain atau adakah ia akan dibangunkan dan
dijual?
(b) Analisis Profail
Satu faktor strategik sahaja tidak boleh menentukan kejayaan sebuah
perniagaan. Dalam kebanyakan kes, hasil sebuah perniagaan ditentukan
oleh gabungan pelbagai faktor. Adalah penting untuk mengenal pasti dan
mengkaji faktor-faktor ini sebelum sesebuah idea baharu itu dilaksanakan.
Hasil analisis profail membolehkan usahawan menilai potensi sesebuah
perniagaan.

(c) Pendekatan Kriteria Kebolehlaksanaan


Pendekatan ini dibangunkan sebagai sebuah senarai pemilihan kriteria
yang boleh digunakan oleh usahawan untuk mendapat tahu mengenai
daya maju (viability) perniagaan mereka. Mengikut Kuratko dan Hodgetts
(2004), pendekatan ini menanyakan soalan berikut:
(i) Adakah ia proprietari?
(ii) Adakah kos pengeluaran permulaan realistik?
(iii) Adakah kos pemasaran permulaan realistik?
(iv) Adakah produk tersebut berpotensi membawa keuntungan besar?
(v) Adakah masa yang diperlukan untuk sampai ke pasaran dan
mencapai tahap pulang modal (break-even) realistik?
(vi) Adakah pasaran yang bakal ditembusi itu besar?
(vii) Adakah sudah ada pelanggan?
(viii) Adakah kos pembangunan dan jangka masa yang sedia ada realistik?
(ix) Adakah ia sebuah industri yang sedang berkembang?
(x) Bolehkah produk itu dan keperluan untuknya difahami oleh komuniti
kewangan?

(d) Pendekatan Kebolehlaksanaan Komprehensif


Ini maksudnya analisis kebolehlaksanaan yang lebih menyeluruh dan
sistematik yang menggabungkan faktor luaran. Terdapat dua faktor utama
yang terlibat dalam kajian kebolehlaksanaan komprehensif terhadap
sebuah perniagaan baharu seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 8.3.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN  119

Jadual 8.3: Dua Faktor Utama Dalam Kajian Kebolehlaksanaan Komprehensif


Perniagaan Baharu

Kebolehlaksanaan Teknikal Kebolehpasaran

Ini bermakna mengenal pasti keperluan Ini memaksudkan bagaimana sebuah


teknikal untuk mengeluarkan sebuah produk atau perkhidmatan mudah dijual
produk atau perkhidmatan yang akan di pasaran dan permintaan yang ada.
menepati kehendak bakal pelanggan.
Tiga perkara utama dalam analisis jenis
Kriteria penting untuk keperluan ini ini adalah:
adalah seperti berikut:  Mengkaji potensi pasaran yang penuh
 Reka bentuk fungsian dan daya dan mengenal pasti pelanggan untuk
tarikan produk. produk atau perkhidmatan tersebut.
 Kefleksibelan, contohnya ciri-ciri  Menganalisis sampai tahap mana
luaran produk boleh diubah suai perniagaan itu boleh menggunakan
untuk menunaikan permintaan pasaran yang dijangka wujud.
pelanggan atau menurut perubahan  Menggunakan analisis pasaran untuk
teknologi dan persaingan. menentukan peluang dan risiko yang
 Produk itu dibuat daripada bahan berkaitan dengan perniagaan itu.
yang tahan lama.
 Keutuhan, contohnya memastikan
prestasi seperti yang diharapkan
semasa digunakan dalam keadaan
normal.

Pelbagai sumber maklumat perlu dicari dan digunakan untuk menghadapi


perkara-perkara ini. Untuk analisis kebolehlaksanaan pasaran, sumber am
adalah seperti berikut:
(a) Trend ekonomi am (pelbagai tanda ekonomi);
(b) Maklumat pasaran (pelanggan, corak permintaan pelanggan);
(c) Maklumat harga (lingkungan harga untuk produk sama, produk
pelengkap dan produk pengganti; harga asas dan struktur diskaun); dan
(d) Maklumat persaingan (pesaing utama dan kekuatan daya saing mereka).

Ć Pemilihan perniagaan baharu mungkin mengalami bahaya seperti kurang


penilaian objektif, kurang pengetahuan tentang pasaran yang bakal
dimasuki, kurang kefahaman tentang keperluan teknikal, kefahaman
kewangan yang rendah, kurang idea unik dan tidak mengetahui isu
perundangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

 Faktor utama yang boleh menyebabkan kegagalan perniagaan baharu adalah


kekurangan pengetahuan tentang pasaran, produk bermasalah, strategi
jualan dan pemasaran yang tidak berkesan, kurang pengetahuan tentang
tekanan persaingan, masalah pengaturan waktu dan kekurangan modal.
Ć Dengan menanyakan soalan yang betul, membuat analisis profail dan
menjalankan kajian kriteria kebolehlaksanaan, maka kebolehlaksanaan
produk atau perkhidmatan seorang usahawan boleh dinilai.

Analisis profail Kebolehsediaan produk


Faktor kritikal Keperluan perundangan
Kebolehlaksanaan teknikal Keunikan
Kebolehpasaran Pembezaaan produk
Kebolehsediaan pelanggan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perancangan
Kewangan
9 Peribadi dan
Usahawan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan makna perancangan kewangan;

p 2. Menjelaskan kepentingan mempunyai matlamat kewangan peribadi


dalam membuat perancangan kewangan;
3. Mengira nilai bersih (net worth) individu yang berkaitan dengan
kunci kira-kira peribadi (personal balance sheet);
4. Menyediakan bajet untuk perancangan kewangan peribadi dan
kenyataan aliran tunai (cash flow statement) untuk memantau aliran
tunai;
5. Mengenal pasti tanda-tanda seseorang individu itu sedang
menghadapi masalah kewangan; dan
6. Menghuraikan apa yang boleh dilakukan untuk menghindari atau
menyelesaikan masalah kewangan.

 PENGENALAN
Bila kita merancang dengan baik, kita sudah sampai separuh jalan dalam
mengejar kejayaan. Prinsip ini adalah relevan kepada usahawan dalam
merancang kewangan peribadi. Sebagai seorang usahawan, anda mempunyai
pilihan sama ada untuk membuat perancangan kewangan peribadi ataupun
tidak. Jika anda membuat perancangan ini dan anda lakukannya dengan betul, ia
akan memanfaatkan keadaan kewangan anda. Topik ini akan memberikan anda

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

pengetahuan asas tentang perancangan kewangan peribadi dan perkara lain


yang berkaitan dengannya. Mari kita lihat bersama.

9.1 PERLUNYA PERANCANGAN KEWANGAN


PERIBADI
Pada fikiran anda, kenapakah kita memerlukan perancangan kewangan?
Jawapannya adalah perancangan kewangan mempunyai pengaruh ke atas masa
hadapan, cita-cita dan matlamat kita. Ia akan menentukan sama ada kita boleh
merealisasikan apa yang kita ingin capai dalam kehidupan kita contohnya
berkahwin, membeli sebuah kereta atau rumah, menimang anak dan merancang
pendidikan mereka.

Anda memerlukan perancangan kewangan yang betul untuk mencapai cita-cita


dan matlamat hidup anda. Ini melibatkan bagaimana anda membuat bajet,
menyimpan dan membelanjakan wang dari masa ke semasa.

Mengikut Persatuan Perancangan Kewangan, perancangan kewangan adalah


proses jangka panjang yang memerlukan anda untuk menguruskan kewangan
anda dengan bijak agar dapat mencapai matlamat dan cita-cita anda dan pada
masa yang sama, menangani masalah kewangan yang biasa dihadapi di setiap
peringkat hidup. Perlu diingati bahawa perancangan kewangan adalah sebuah
proses dan bukannya sebuah produk.

9.1.1 Langkah-langkah dalam Perancangan Kewangan


Tahukah anda langkah-langkah yang perlu diambil untuk membuat
perancangan kewangan yang kukuh? Rajah 9.1 menunjukkan lima langkah
dalam perancangan kewangan.

Rajah 9.1: Lima langkah dalam perancangan kewangan

Kita akan membincang langkah-langkah ini dengan lebih lanjut dalam topik ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  123

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Apa yang anda faham tentang perancangan kewangan peribadi?


2. Pada fikiran anda, apakah hubungan antara matlamat kewangan
peribadi dan peringkat-peringkat hidup seorang individu?
3. Adakah anda faham mengapa ia penting untuk menilai kedudukan
kewangan anda sebelum menetapkan matlamat kewangan anda?

9.1.2 Faedah Perancangan Kewangan


Kebanyakan kita memikirkan bahawa perancangan kewangan adalah leceh dan
menghindarkan kita daripada melakukan perkara-perkara lain yang lebih
menyeronokkan. Jika anda hidup mengikut bajet, anda perlu menghentikan
aktiviti-aktiviti yang membawa keseronokan kepada anda, bukankah begitu?
Cubalah anda berfikir sejenak, jika anda biasa menjimatkan wang anda, akan ada
wang lebih untuk menghiburkan diri bersama kawan-kawan.

Mungkin anda memerlukan bantuan untuk mengambil langkah yang pertama.


Jika anda mempunyai tabiat perancangan kewangan yang baik, anda pasti akan
mempunyai wang yang cukup untuk mengecapi keseronokan yang lebih di
masa hadapan!

Jika anda mempunyai waktu serta pengetahuan dan jika situasi kewangan anda
tidak terlalu rumit, mungkin anda boleh membuat perancangan kewangan anda
dengan sendiri. Dengan perancangan kewangan anda sendiri, anda akan:
(a) Mempunyai lebih kuasa dalam hal kewangan anda dan boleh mengelakkan
daripada berbelanja terlalu banyak, mempunyai hutang yang tidak
terkawal, bangkrap atau bergantung kepada orang lain;
(b) Mempunyai hubungan yang lebih baik dengan orang di sekeliling anda
contohnya keluarga, kawan dan rakan sekerja kerana anda gembira dengan
kehidupan anda dan tidak meminjam duit sana-sini untuk meneruskan
kehidupan atau mengharapkan orang lain untuk memberikan anda wang;
(c) Bebas daripada kebimbangan tentang duit kerana anda sudah pun
merancang untuk masa hadapan, menganggarkan perbelanjaan anda dan
mencapai matlamat hidup anda; dan
(d) Lebih efektif dalam memperoleh, menggunakan dan melindungi sumber
kewangan anda sepanjang hidup anda, bukan hanya untuk diri sendiri
tetapi juga untuk orang yang disayangi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Dalam erti kata lain, apabila anda mempunyai pelan kewangan peribadi yang
baik, anda akan lebih berpengetahuan tentang keperluan masa hadapan anda
dan sumber yang anda miliki. Anda akan berasa tenang kerana tahu keadaan
kewangan anda berada dalam kawalan.

9.1.3 Peringkat Kehidupan dan Matlamat Kewangan


Sebagai seorang dewasa, anda akan melalui pelbagai peringkat kehidupan, dari
memulakan kerjaya sehingga bersara, dari zaman bujang sehingga berkahwin,
mempunyai anak dan kadangkala membujang sekali lagi. Dalam pelbagai fasa
ini, anda akan mempunyai keutamaan, tanggungjawab dan matlamat kewangan
yang berbeza-beza.

Setiap peringkat kehidupan anda mengemukakan peluang pelaburan dan


cabaran yang berlainan. Disiplin dan ketabahan berperanan penting dalam
pelaksanaan strategi kewangan yang boleh dipercayai. Sambil kehidupan anda
berubah, demikian juga keperluan dan matlamat anda. Perancangan kewangan
yang mantap akan membolehkan anda bersedia untuk menangani cabaran dan
perubahan dengan jayanya.

Apabila anda berusia dalam lingkungan 20-an, anda akan melihat wang dan
membelanjakannya secara berbeza berbanding dengan apabila anda berusia
dalam lingkungan 50-an. Sebagai contoh, semasa bujang, anda mungkin ingin
memiliki wang yang cukup untuk membuat bayaran muka sebuah kereta atau
bercuti bersama kawan-kawan. Selepas berkahwin, anda mungkin mahu
membeli sebuah rumah. Selepas itu, apabila anda mempunyai beberapa orang
anak, anda mungkin mahu merancang pendidikan mereka, malah juga
memulakan dana persaraan untuk diri sendiri.

Memandangkan keperluan anda berubah dari semasa ke semasa, keutamaan


kewangan anda akan juga berubah untuk memenuhi keperluan pada waktu yang
berlainan dalam hidup anda. Maka, apa yang anda lakukan dengan wang anda
sambil menempuh kehidupan dewasa bergantung pada matlamat kewangan anda.

Dalam bahagian yang seterusnya, kita akan melihat bagaimana anda mampu
mencapai matlamat kewangan anda. Walau bagaimanapun, adalah baik untuk
ditekankan di sini bahawa untuk mencapai matlamat kewangan, anda perlu
menabung!

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  125

SEMAK KENDIRI 9.2


1. Berikan definisi perancangan kewangan.

2. Jelaskan tiga manfaat perancangan kewangan.

3. Pada fikiran anda, adakah matlamat kewangan peribadi berubah


mengikut peringkat hidup seseorang?

9.2 KUASA WANG


Adakah anda masih ingat apa yang dipelajari dalam subtopik sebelumnya? Kita
sudahpun membincangkan mengapa perancangan kewangan peribadi
diperlukan. Wang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita kerana ia
membantu kita mencapai pelbagai perkara. Pernahkah anda dengar petikan
berikut?

Money is power, freedom, a cushion, the root of all evil, the sum of blessings.
(Wang adalah kuasa, kebebasan, pelindung, akar segala kejahatan, rumusan
segala rahmat).
Carl Sandburg


Adalah penting bagi kita untuk memahami peranan wang dari aspek
membolehkan kita berjaya dari segi kewangan. Pengetahuan kewangan adalah
penting kerana ia membolehkan kita membuat keputusan yang baik tentang
wang kita. Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan bagaimana untuk
menetapkan matlamat serta apakah matlamat penting ă menyimpan wang untuk
kecemasan serta aset dan liabiliti: apa yang anda miliki dan hutang. Di samping
itu, kita juga akan melihat nilai bersih anda dan bagaimana untuk
menghitungnya.

9.2.1 Bagaimana Menetapkan Matlamat Anda


Tahukah anda bahawa menetapkan matlamat akan membolehkan anda
menguasai wang dan hidup anda? Ia adalah langkah pertama dalam mengatur
kewangan anda. Matlamat anda boleh merupakan matlamat jangka pendek atau
panjang, kecil atau besar, tetapi ia mesti merupakan matlamat yang boleh dicapai.

Bila menetapkan matlamat kewangan, anda perlu mengatur keutamaan anda


kerana tanpa mengetahuinya adalah susah untuk membentuk matlamat

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

kewangan yang memuaskan. Akan lebih senang untuk anda menetapkan


matlamat kewangan bila anda faham apa yang menjadi keutamaan bagi diri anda.

Bagaimanakah anda menetapkan matlamat anda? Cara terbaik adalah untuk


menulis matlamat kewangan anda. Hanya memikirkan tentangnya tidak
mencukupi. Anda akan melupakan matlamat yang telah anda tetapkan atau
tanpa disedari menukarkannya dalam fikiran anda. Menulis matlamat kewangan
akan menambahkan peluang anda untuk mencapainya.

Tulis matlamat kewangan anda dengan cara yang paling spesifik yang mungkin.
Apakah gunanya menulis „Matlamat saya adalah untuk mempunyai duit yang
banyak dalam bank‰? Apakah erti „duit yang banyak‰? Adakah ia RM50,000,
RM500,000 atau RM5,000,000? Tulis matlamat anda dengan spesifik dan dalam
bentuk yang boleh diukur. Pecahkan matlamat anda kepada jangka pendek,
jangka sederhana dan jangka panjang.

Contoh:
(a) Matlamat Jangka Pendek (kurang daripada setahun)
(i) Menyimpan RM5,000 dalam enam bulan.
(ii) Membayar deposit untuk sebuah kereta baharu.

(b) Matlamat Jangka Sederhana (satu hingga tiga tahun)


(i) Membayar deposit RM20,000 untuk rumah pertama.

(c) Matlamat Jangka Panjang (lebih daripada tiga tahun)


(i) Menyimpan RM100,000 dalam lima tahun untuk akaun persaraan.

Anda boleh menggunakan Jadual 9.1 untuk menulis matlamat kewangan anda.

Jadual 9.1: Matlamat Kewangan

Matlamat Kewangan Saya


Jangka Pendek Jangka Sederhana Jangka Panjang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  127

9.2.2 Matlamat Penting – Simpan Wang untuk


Kecemasan
Apakah yang akan berlaku jika tiba-tiba anda tidak mampu membayar yuran
pendidikan anda? Adakah anda akan mengorbankan impian anda untuk
menggenggam segulung ijazah atau adakah anda akan menggunakan suatu
pelan kecemasan?

Dalam kehidupan ini, banyak ketidakpastian yang mungkin anda hadapi. Dari
kerosakan kecil pada kenderaan anda kepada kematian ketua keluarga, malang
memang tidak berbau.

Kejadian yang tidak disangka-sangka, sama ada malapetaka atau kemalangan,


boleh berlaku kepada anda atau ahli keluarga anda. Dalam kebanyakan situasi,
wang akan diperlukan. Adalah sangat penting untuk anda bersedia dengan alat
dan pengetahuan yang betul untuk situasi yang memerlukan anda untuk berfikir
pantas dan menangani masalah yang lazimnya anda tidak akan hadapi. Dana
kecemasan adalah salah satu alat yang boleh anda gunakan.

Bila anda menyenaraikan matlamat kewangan anda, menyimpan untuk dana


kecemasan patut dimasukkan sekali. Sebagai panduan am, simpan wang dalam
dana kecemasan anda untuk perbelanjaan kehidupan yang asas untuk sekurang-
kurangnya enam bulan. Paling bagus adalah menyimpan wang untuk 12 bulan.

Contohnya, jika anda memerlukan lebih kurang RM1,500 sebulan untuk


perbelanjaan hidup anda, termasuk bayaran tetap seperti pinjaman perumahan
atau sewa dan premium insurans serta bil elektrik dan air, anda harus
mempunyai sekurang-kurangnya RM9,000 dalam dana kecemasan anda
(RM1,500 x 6 bulan). Jika boleh, simpan RM18,000 dalam dana tersebut (RM1,500
x 12 bulan).

Mungkin susah untuk menyimpan wang yang sebegitu banyak bila anda mula
bekerja tetapi anda boleh membina simpanan tersebut sedikit demi sedikit. Anda
perlu ingat untuk menyimpan wang bagi dana kecemasan ini.

9.2.3 Aset dan Liabiliti: Apa yang Anda Miliki dan


Hutang
Dalam perancangan kewangan, anda perlu menilai di mana anda berada
sekarang dari segi kewangan iaitu apa yang anda miliki dan apa yang anda
hutang, berapa wang yang anda ada dan berapa wang yang tinggal selepas anda
membuat pelbagai bayaran.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
128  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Bila membuat hitungan ini, dua jenis penyata kewangan peribadi adalah
berguna:
(i) Kunci kira-kira; dan
(ii) Penyata aliran tunai (dibincangkan dalam bahagian „Asas Membuat Bajet‰
dalam topik ini).

Penyata ini akan membantu anda untuk:


(a) Menyediakan maklumat tentang keadaan kewangan anda dan ringkasan
pendapatan dan perbelanjaan anda;
(b) Mengukur prestasi anda dalam mencapai matlamat kewangan anda dalam
bentuk jangka pendek, sederhana dan panjang;
(c) Menyimpan maklumat tentang aktiviti kewangan anda seperti pelaburan
dan corak perbelanjaan; dan
(d) Menyediakan maklumat yang boleh digunakan untuk mengisi borang
cukai atau permohonan pinjaman bank.

Tahukah anda apa itu kunci kira-kira peribadi? Mari kita lihat definisinya:

Kunci kira-kira peribadi adalah kad skor kewangan anda, yang boleh anda
gunakan untuk menilai kedudukan kewangan anda dari semasa ke semasa.
Anda boleh merujuknya dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan
wang.


Kunci kira-kira anda melaporkan apa yang anda miliki dan apa yang anda
hutang:
(i) Apa yang anda miliki (aset) ă Contohnya wang tunai, simpanan, hartanah,
amanah saham atau saham syarikat.
(ii) Apa yang anda hutang (liabiliti) ă Contohnya semua jenis pinjaman, sama
ada pinjaman bank, keluarga atau kawan, serta hutang kad kredit dan
bayaran yang perlu dibuat seperti untuk sewa rumah dan bil utiliti.

Contoh kunci kira-kira peribadi diberikan di dalam Jadual 9.2. Anda boleh
gunakannya sebagai asas untuk menyediakan satu untuk diri anda. Kunci kira-
kira peribadi ini mempunyai nilai bersih positif kerana nilai jumlah aset lebih
tinggi daripada nilai jumlah liabiliti.


Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  129

Jadual 9.2: Kunci Kira-kira Peribadi

Aset Liabiliti
Butir
RM RM
Akaun Bank
Akaun simpanan 5,237
Akaun semasa 3,532
Akaun deposit tetap 25,835
Tunai 1,235

Harta
Pangsapuri 250,000
Rumah ·
Tanah ·
Barang kemas 7,695
Kereta 60,000

Pelaburan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 55,267
Amanah saham 15,982
Saham ·

Pinjaman Bank
Kad kredit ·
Pinjaman pelajaran ·
Pinjaman dari keluarga dan kawan ·
Sewa beli perabot dan perkakas elektrik ·

Jumlah 424,783 254,292

Nilai Bersih 170,491

9.2.4 Mengetahui Nilai Bersih Anda


Nilai bersih anda adalah jumlah aset tolak jumlah liabiliti anda. Anda akan
mempunyai nilai bersih positif jika milik anda lebih daripada hutang anda. Bila
ini berlaku, tahniah! Ini bermakna anda mempunyai kedudukan kewangan yang
sihat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Namun demikian, mempunyai nilai bersih yang tinggi tidak menjamin anda
tidak akan mempunyai masalah kewangan sampai bila-bila. Anda boleh
memiliki nilai bersih yang tinggi dan masih menghadapi kesusahan.
Bagaimanakah seorang yang mempunyai nilai bersih yang tinggi boleh
menghadapi masalah? Masalah timbul apabila aset yang ada itu bukan aset cair!
Bila aset tidak mudah ditukarkan kepada tunai, masalah boleh muncul. Mari kita
lihat bagaimana ini boleh berlaku.

Katakan anda mempunyai sebuah rumah sebagai aset (di mana anda tinggal)
tetapi anda tidak mempunyai tunai di dalam poket atau akaun bank anda dan
anda sudah tidak membayar hutang kad kredit anda. Masalah yang paling
menekan adalah apabila anda memerlukan wang untuk perbelanjaan harian.
Anda sudah hilang kerja dan tidak ada cara untuk mendapatkan walau seringgit
pun. Anda bercadang menjual rumah anda untuk mendapatkan duit bagi
perbelanjaan harian. Di sini terletak masalahnya ă anda tidak boleh menjual
rumah anda dengan serta-merta. Oleh sebab ia bukan aset cair, ia tidak mudah
dijual. Mencari seorang pembeli akan memakan masa berbulan-bulan lamanya.
Tambahan lagi, ini rumah tempat tinggal anda sekeluarga. Tentu anda tidak
boleh menjualnya sehingga anda mempunyai tempat tinggal yang lain.

Adalah senang untuk membuat kesimpulan bahawa sihat dari segi kewangan
bererti mempunyai portfolio aset yang seimbang jadi anda tidak akan
kekurangan wang tunai pada bila-bila masa. Dengan cara ini anda boleh
memastikan bahawa kebebasan kewangan akan menjadi milik anda.

Bila anda berhutang lebih daripada yang anda miliki, anda mempunyai nilai
bersih negatif. Dalam situasi ini, anda tidak mampu membayar hutang anda bila
tiba masanya kerana anda tidak mempunyai cukup wang atau aset yang boleh
ditukarkan kepada wang tunai dengan mudah. Anda sebenarnya menghadapi
masalah kewangan dan mungkin menjadi bankrap.

Nilai bersih anda memberikan gambaran kedudukan kewangan anda pada
tarikh tertentu. Jangan anggap barangan bukan tunai anda sebagai tunai
kerana ia mungkin tidak senang dijual.

9.2.5 Menghitung Nilai Bersih Anda


Bagaimanakah kita boleh menghitung nilai bersih anda? Rajah 9.2 menunjukkan
lima langkah menghitung nilai bersih.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  131


Rajah 9.2: Lima langkah menghitung nilai bersih anda

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Terdapat beberapa cara untuk menambahkan nilai bersih anda contohnya


menambahkan simpanan anda, mengurangkan perbelanjaan dan hutang anda
dan menjual sebahagian daripada aset dan barang milik anda yang tidak
menjana pendapatan.

AKTIVITI 9.2

Hitung nilai bersih diri anda.


9.3 ASAS MEMBUAT BAJET


Menyediakan bajet adalah cara terbaik untuk mencapai matlamat anda ă tidak
kira umur atau peringkat hidup anda. Ia merupakan pelan untuk wang yang
anda harap terima dan bagaimana anda harap untuk membelanjakannya.

9.3.1 Pelan Bajet dan Perbelanjaan


Dalam perancangan kewangan, adalah penting untuk menyediakan bajet. Hidup
mengikut bajet memerlukan disiplin yang tinggi tetapi ia akan membantu anda:
(a) Hidup dalam lingkungan gaji bulanan anda;
(b) Menyimpan wang;
(c) Mencapai matlamat kewangan;
(d) Bersedia untuk kecemasan kewangan; dan
(e) Membina tabiat pengurusan kewangan yang baik di mana anda biasa
memantau aliran tunai dan nilai bersih anda.

Sediakan bajet anda pada permulaan setiap bulan atau pada hari anda
menerima gaji bulanan.


Bila anda menyediakan bajet peribadi:
(i) Rujuk matlamat kewangan anda. Bandingkan bajet anda dengan matlamat
kewangan anda untuk melihat sama ada anda sedang mencapai matlamat
tersebut. Contohnya, jika anda mensasarkan untuk membayar wang muka
untuk membeli sebuah kereta dalam masa setahun, pastikan anda

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  133

membuat semakan bulanan untuk menentukan bahawa anda sedang


menyimpan duit untuk matlamat tersebut.
(ii) Anggarkan pendapatan anda untuk tempoh bajet tersebut. Anggaran ini
meliputi gaji, komisen, elaun dan sumber wang lain.
(iii) Peruntukkan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda untuk
simpanan anda (20-30% daripada pendapatan anda adalah lebih baik
kerana anda akan mewujudkan simpanan yang lebih besar untuk
persaraan anda).
(iv) Peruntukkan sebahagian wang untuk dana kecemasan anda.
(v) Anggarkan perbelanjaan tetap (fixed expenses) untuk tempoh bajet. Ini
adalah perbelanjaan yang mesti dibayar atau dibelanjakan seperti sewa
rumah, bayaran ansuran pinjaman, bayaran kad kredit dan premium
insuran.
(vi) Anggarkan perbelanjaan tidak tetap (variable expenses) untuk tempoh
tersebut seperti petrol, barang runcit serta bil elektrik dan air.
(vii) Anggarkan perbelanjaan yang boleh dipertimbangkan (discretionary
expenses) iaitu untuk perkara di mana anda boleh memilih sama ada untuk
membelanjakan wang ataupun tidak seperti hadiah, hobi, hiburan dan cuti.

Untuk menyediakan bajet yang berjaya, ingat perkara yang berikut:


 Bersabar dan berdisiplin ă Suatu bajet yang baik mengambil masa dan usaha
untuk disediakan. Jangan berputus asa sebab anda merasakan terlalu banyak
perkara yang perlu dilakukan!
 Bersifat realistik ă Jika pendapatan anda sederhana, jangan berharap untuk
menyimpan wang yang banyak dalam masa yang singkat.
 Bersifat fleksibel ă Akan ada perbelanjaan yang tidak dijangka dan
perubahan dalam harga barang runcit serta benda lain. Pinda bajet anda bila
perlu.
 Peruntukkan sejumlah wang untuk menghiburkan diri ă Misalnya, anda
mungkin ingin keluar dengan kawan-kawan atau menonton wayang.

Ingat: Sebuah bajet hanya akan berjaya jika anda mengikutinya!

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

9.3.2 Memantau Aliran Tunai Anda


Menyediakan bajet peribadi anda bukan langkah terakhir dalam proses bajet.
Anda perlu memantau perbelanjaan sebenar anda setiap hari, terutama sekali ke
mana wang anda pergi. Istilah lain yang digunakan adalah „mengurus aliran
tunai‰ ă aliran dana masuk dan aliran dana keluar bagi tempoh tertentu.



Rajah 9.3: Aliran dana masuk dan aliran dana keluar sebenar

Aliran dana masuk yang paling penting bagi anda mungkin adalah gaji anda
tetapi anda mungkin juga mempunyai pendapatan lain seperti pendapatan
perniagaan dan faedah yang diperolehi untuk simpanan dan pelaburan. Aliran
dana keluar adalah untuk perbelanjaan kehidupan, pinjaman dan komitmen
kewangan lain.

Jika anda mempunyai lebihan tunai, itu adalah hebat! Letakkan wang dalam
simpanan anda. Jika anda mempunyai defisit tunai, semak perbelanjaan anda.
Cuba tangguhkan sebarang pembelian atau pembayaran buat seketika. Cuba
jangan gunakan dana kecemasan anda kecuali jika benar-benar terpaksa. Jika
anda mesti juga menggunakan kad kredit, gunakannya sebagai jalan terakhir
kerana menggunakan kad kredit hanya akan menambahkan perbelanjaan anda
untuk bulan-bulan yang akan datang.

Dalam menyediakan bajet bulan yang berikut, gunakan baki bulan sebelumnya
sebagai asas.

Pastikan anda mengkaji semula dan meminda bajet dan pelan perbelanjaan anda
dari semasa ke semasa. Jika anda perlu mengurangkan perbelanjaan anda, lihat
perbelanjaan apa yang anda boleh elakkan. Antara lain anda boleh
mengurangkan perbelanjaan untuk makanan dan hiburan. Mungkin anda juga
perlu meminda matlamat kewangan anda jika ia tidak realistik untuk
pendapatan bulanan anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  135

 Kunci kira-kira anda menunjukkan nilai bersih anda.

 Bajet anda memberitahu berkenaan pendapatan, simpanan dan


perbelanjaan anda dalam usaha mencapai matlamat kewangan anda.

 Penyata aliran tunai anda memberitahu jumlah tunai yang anda telah
terima dan belanjakan untuk tempoh tertentu.


Jadual 9.3 menunjukkan contoh penyata yang menggabungkan bajet peribadi
dan penyata aliran tunai. Dalam contoh ini, individu terlibat telah
membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan dalam bajetnya akibat
peristiwa yang tidak diduga iaitu kerosakan kereta dan penggunaan kereta yang
lebih banyak sehingga bertambah perbelanjaan petrol, tol dan tempat letak
kereta serta makanan.

Jadual 9.3: Bajet Peribadi dan Aliran Tunai Peribadi Bulanan

Bajet Peribadi dan Aliran Tunai Peribadi Bulanan dalam Satu Penyata

Pendapatan Bulanan Bajet Aliran Tunai Sebenar


Kerja #1 (nilai bersih KWSP, RM3,450 RM3,450
PERKESO dan cukai bayar bila
terima pendapatan / pay as you
earn tax)
Kerja #2 RM0 RM0
Sumber lain RM0 RM0

Jumlah pendapatan bulanan RM3,450 RM3,450


Tolak simpanan tetap bulanan (10% RM345 RM345
daripada pendapatan bulanan)
Tolak simpanan untuk dana RM100 RM100
kecemasan
Nilai bersih penjimatan daripada RM3,005 RM3,005
pendapatan bulanan

Tolak perbelanjaan tetap bulanan


Sewa bilik RM300 RM300
Pembayaran untuk kereta RM650 RM650
Insuran kereta RM0 RM0

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Jumlah perbelanjaan tetap bulanan RM950 RM950


Tolak jumlah perbelanjaan tidak tetap
bulanan
Makanan RM550 RM650
Utiliti rumah RM0 RM0
Bil telefon bimbit RM85 RM97
Tambang bas dan teksi RM50 RM30

Gas dan minyak RM200 RM270


Tempat letak kereta dan tol RM150 RM198
Pembaikan kereta RM250 RM598
Jumlah perbelanjaan tidak tetap RM1,285 RM1,843
bulanan
Tolak jumlah perbelanjaan bulanan
yang boleh dipertimbangkan
Perbelanjaan perubatan RM70 RM0
Pakaian RM150 RM0
Hiburan RM100 RM186
Barang rumah RM100 RM392
Barang peribadi RM150 RM163
Hadiah RM100 RM0
Perbelanjaan lain RM100 RM0
Jumlah perbelanjaan bulanan yang RM770 RM741
boleh dipertimbangkan

Pendapatan Lebihan (Defisit) RM0 (RM529)


Pendapatan lebihan selepas tolak
perbelanjaan, simpanan tetap dan
dana kecemasan = Simpanan
tambahan.
(Jika jumlahnya adalah negatif, anda
telah berbelanja lebih daripada
pendapatan bulanan anda)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  137

AKTIVITI 9.1

1. Apakah matlamat kewangan peribadi anda dan bagaimanakah


anda akan mencapainya? Sediakan bajet untuk tujuan ini.

2. Sediakan dan analisa penyata aliran tunai anda.


9.4 HIDUP DALAM BATAS KEMAMPUAN


Pasti anda pernah mendengar ungkapan „live within your means (hidup dalam
batas kemampuan anda)‰. Adakah anda berjaya hidup dalam batas kemampuan
anda? Jika ya, anda mampu membayar untuk perkara yang anda perlukan tanpa
terbelenggu dengan hutang yang anda tidak mampu bayar.

Dalam bahagian ini, anda akan mendapat tahu sama ada anda hidup dalam
batas kemampuan anda dengan melihat beberapa tip seperti mengetahui
keperluan dan kemahuan anda, bijak berbelanja dan menangguhkan kepuasan
(delay gratification).

9.4.1 Mengetahui Keperluan dan Kemahuan Anda


Bila anda hidup dalam batas kemampuan anda, anda hanya belanja apa yang
anda mampu. Pada masa yang sama, anda masih ada sedikit wang untuk
dijadikan simpanan untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Memang mudah untuk berbelanja lebih daripada kemampuan! Pelbagai produk


sentiasa diiklankan melaui media elektronik seperti televisyen, radio, Internet
(membeli-belah dalam talian) dan papan iklan serta dalam majalah dan surat
khabar. Perbelanjaan anda bergantung pada semangat anda untuk menolak segala
jenis godaan untuk berbelanja besar. Anda boleh berbuat begini dengan memahami
apa yang mempengaruhi perbelanjaan, keperluan dan kemahuan anda.

Apa itu keperluan? Keperluan adalah sesuatu yang mesti anda punyai, sesuatu
yang mustahak. Satu contoh adalah makanan. Anda perlu makan untuk hidup.
Jika anda tidak makan selepas beberapa hari, anda tidak akan hidup lama.

Apa itu kemahuan pula? Kemahuan adalah sesuatu yang anda ingin punyai,
sesuatu yang tidak mustahak langsung. Barang kemas adalah suatu kemahuan
kerana anda tidak perlu memakai barang kemas untuk hidup.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Dalam dunia sekarang, contohnya, telefon bimbit dengan ciri-ciri asas penting
untuk berkomunikasi dengan orang lain, manakala telefon bimbit yang
mempunyai kemudahan bluetooth, memainkan muzik, kamera, video dan GPS
pula adalah seronok untuk dimiliki.

Mengetahui perbezaan antara keperluan dan kemahuan akan memberikan kesan


besar kepada tabiat berbelanja anda dan akhirnya, kewangan anda di masa
hadapan. Keputusan yang anda buat berkaitan dengan apa yang anda perlukan
atau mahukan akan mempengaruhi bajet dan perbelanjaan bulanan anda.

9.4.2 Bijak Berbelanja


Bila anda ingin membeli sesuatu, tanyakan pada diri sendiri ă „Adakah ia
sesuatu yang saya perlukan?‰ dan „Adakah saya mampu membelinya?‰ Bajet
peribadi dan aliran tunai anda akan membolehkan anda menjawab soalan ini.
Semak sama ada anda telah memperuntukkan wang yang mencukupi atau
telahpun berbelanja lebih daripada yang anda mampu.

Jika barang ini adalah satu kemahuan, pertimbangkan sama ada untuk tidak
membelinya atau membeli benda serupa pada harga yang lebih murah agar anda
dapat menambahkan wang simpanan anda. Bila anda berbuat begini, anda
dikatakan bijak berbelanja dan hidup mengikut batas kemampuan anda.

Membeli dan berbelanja secara bijak akan menghindarkan anda daripada terjebak
dalam masalah kewangan untuk diri sendiri dan juga orang lain. Uruskan
kewangan peribadi anda dengan sifat bertanggungjawab; ini mudah jika anda
belajar mengatakan „tidak‰ kepada barang atau perkara yang anda tidak mampu.

9.4.3 Menangguhkan Kepuasan


Ingatkah zaman kanak-kanak anda bila anda inginkan aiskrim dan ibu anda
memberitahu bahawa anda boleh makan aiskrim hanya selepas menghabiskan
kerja rumah? Adakah anda ingat, masa anda meminta ayah anda untuk membeli
sebuah basikal dan beliau memberitahu bahawa anda akan mendapat basikal
tersebut jika anda cemerlang dalam peperiksaan? Dalam kedua-dua situasi ini,
ibu bapa anda mengajar anda untuk menangguhkan kepuasan.

Dalam kehidupan dewasa anda, mesti ada orang yang cuba mempengaruhi anda
untuk membelanjakan wang anda. Ia mungkin kawan yang meminta anda untuk
keluar makan malam bersamanya ataupun pembantu kedai di hypermarket yang
meminta anda membeli produk berjenama mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  139

Ambil masa untuk memikirkan sama ada adalah mustahak untuk


membelanjakan wang untuk perkara itu dan sama ada anda mampu
membelinya. Ingat, jika anda katakan „tidak‰ sekarang (dengan menangguhkan
kepuasan), anda akan maju selangkah dalam perjalanan mencapai cita-cita
kewangan anda.

Dalam hidup ini, terdapat banyak alternatif untuk anda pilih. Cari pengganti
untuk apa yang anda perlukan dan mahukan. Ubah persepsi anda jika perlu. Di
sebalik membeli kereta, gunakan pengangkutan awam untuk pergi dari satu
tempat ke tempat lain. Anda akan menjimatkan wang dan menyumbang secara
positif kepada alam sekitar.

9.5 TANDA AWAL MASALAH KEWANGAN


Malangnya, ada orang yang tidak sedar bahawa mereka sedang menghadapi masalah
kewangan. Mereka meneruskan hidup seperti biasa, tidak mengakui masalah yang
mereka hadapi dan menjadikan situasi mereka lebih teruk hari demi hari.

Jadual 9.4 menyenaraikan tanda-tanda anda menghadapi masalah kewangan.


Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, adalah penting untuk anda
menyedarinya. Tanda-tanda ini adalah seperti berikut:

Jadual 9.4: Tanda-tanda Anda Menghadapi Masalah Kewangan

Sumber Masalah Tanda-tanda


Kad kredit (i) Membayar hanya baki minimum setiap bulan.
(ii) Menambahkan baki setiap bulan.
(iii) Berbelanja lebih daripada had kredit.
(iv) Kerap mengambil wang pendahuluan.
(v) Tidak membayar, lambat membayar atau membayar
sesetengah bil pada bulan semasa dan bil lain pada
bulan berikutnya.
(vi) Kad kredit dibatalkan oleh bank.
Pinjaman (i) Kerap menggunakan overdraf atau ciri-ciri pinjaman
automatik yang ada pada akaun semasa anda.
(ii) Menerima notis kedua atau ketiga daripada bank atau
pemiutang kerana tidak membayar hutang.
(iii) Tidak diberi kredit kerana laporan biro kredit yang
negatif.
(iv) Meminjam wang daripada keluarga dan kawan untuk
membayar hutang anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Simpanan (i) Menggunakan wang simpanan anda pada kadar yang


membimbangkan.
(ii) Mempunyai sedikit atau tiada simpanan untuk
perbelanjaan yang tidak diduga atau kecemasan.
Perbelanjaan (i) Bergantung pada kerja separuh masa, kerja lebih masa,
komisen atau bonus untuk membayar perbelanjaan
kehidupan anda.
(ii) Hidup dari gaji ke gaji.
Kurang pengetahuan (i) Tidak berbincang dengan pasangan hidup atau ahli
keluarga tentang masalah wang atau bergaduh bila
berbincang tentang wang dengan mereka.
(ii) Tidak mengetahui berapa banyak hutang anda
sehingga bil-bil tiba.

Jika anda mula mengalami salah satu daripada tanda-tanda di atas, dapatkan
nasihat dengan segera. Jangan tunggu sehingga masalah itu berlarutan. Lagi
awal anda meminta bantuan, lagi mudah untuk anda keluar daripada situasi
tersebut.

Apa yang anda boleh buat?


Anda boleh menghubungi bank anda dan membuat pelan pembayaran yang
disesuaikan dengan aliran tunai anda. Anda boleh menghubungi Agensi
Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk kaunseling dan nasihat
kewangan.

Jika anda tidak bertindak segera bila melihat tanda-tanda masalah
kewangan, ia hanya akan menjadi lebih teruk lagi.

9.6 MENGELUARKAN DIRI DARIPADA


MASALAH KEWANGAN
Jika anda mengikut nasihat, tip dan bimbingan yang diberi dalam modul ini,
anda tidak akan terperangkap dengan masalah kewangan. Sebaliknya, anda
akan mengurus wang dengan bijak dan menuju ke arah suatu kehidupan yang
bebas daripada tekanan kewangan.

Adalah tidak berbaloi untuk mengikut segala kehendak diri, berbelanja sesuka
hati tanpa memikirkan masa hadapan. Jika anda tidak merancang kewangan
dengan betul, anda mungkin berbelanja lebih daripada pendapatan anda. Ini

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  141

akan menyebabkan anda berhutang besar, yang akan membawa padah di


kemudian hari.

Masalah kewangan akan merosakkan reputasi anda. Bukan itu sahaja, anda akan
dilanda tekanan emosi akibat terpaksa mencari wang untuk membayar hutang
dan hubungan dengan keluarga dan rakan akan turut terjejas. Semua ini akan
mempengaruhi kesihatan fizikal anda serta kestabilan mental dan emosi anda.
Akhirnya, anda akan menghadapi masalah yang silih berganti ă semuanya
akibat gagal merancang dengan bijak.

9.6.1 Kepercayaan Kredit Anda


Biro Kredit Bank Negara Malaysia menyimpan maklumat kredit para peminjam
dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference
Information System) dan institusi kewangan boleh menyemak status anda.

Jika anda mempunyai hutang yang besar, anda boleh dilihat sebagai risiko kredit
oleh mana-mana bank di mana anda memohon pinjaman. Institusi kewangan
mempunyai pelbagai kriteria untuk menilai kepercayaan kredit bakal peminjam.
Ini termasuk sifat peminjam, sikap mereka terhadap tanggungan pinjaman
mereka serta kemampuan membayar pinjaman mereka.

Bila anda mempunyai rekod kredit yang kurang baik, ia akan menyukarkan
anda untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan yang
berlesen.

9.6.2 Apa yang Boleh Berlaku


Bila anda tidak membayar pinjaman anda, institusi kewangan yang berkenaan
akan mengambil tindakan mahkamah terhadap anda. Pertama sekali, ia akan
mendapatkan keputusan mahkamah. Jika ia merupakan pinjaman kereta,
institusi kewangan tersebut akan menarik balik dan menjual kereta itu. Jika ia
merupakan pinjaman perumahan yang mencagarkan rumah yang dibeli, institusi
kewangan tersebut akan merampas rumah itu dan menjualnya menerusi
lelongan awam.

Untuk pinjaman tanpa cagaran, institusi kewangan tersebut mempunyai


beberapa pilihan untuk mendapatkan kembali wang yang dipinjamkan. Ini
termasuk arahan rampas dan jual (writ of seizure and sale), prosiding penahanan
wang (garnishee proceedings), saman penghutang penghakiman (judgement

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

debtor summons) dan memfailkan arahan muflis jika jumlah hutang adalah
RM30,000 ke atas.

Jika anda dijadikan muflis, undang-undang akan menghalang anda daripada


melakukan beberapa perkara berikut:
(a) Memegang jawatan dalam kerajaan tanpa kebenaran Ketua Pengarah
(Director-General).
(b) Mengambil tindakan mahkamah tanpa kebenaran Ketua Pengarah.
(c) Meninggalkan negara tanpa kebenaran mahkamah atau Ketua Pengarah.
(d) Menjadi pengarah syarikat, menjalankan perniagaan sendiri atau
melibatkan diri dalam pengurusan sebuah syarikat tanpa kebenaran
mahkamah atau Ketua Pengarah.
(e) Melibatkan diri dalam pengurusan sebuah syarikat atau menjadi pekerja
sebuah syarikat yang dimiliki oleh pasangan hidup anda atau saudara
dekat anda atau pasangan hidup mereka.
(f) Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana badan berdaftar.

AKTIVITI 9.2
Cadangkan beberapa cara praktikal untuk mengeluarkan diri daripada
masalah kewangan.

 Perancangan kewangan adalah penting untuk memberikan anda ketenangan


hati, perlindungan masa hadapan dan kualiti hidup yang lebih baik.

 Perancangan kewangan sangat perlu dalam mencapai cita-cita dan matlamat


hidup anda.

 Memandangkan wang boleh menjana faedah, wang yang anda ada sekarang
lebih bernilai daripada jumlah yang sama pada masa hadapan.

 Menetapkan sasaran kewangan adalah penting untuk memperolehi


keselamatan serta kebebasan dari segi kewangan.

 Matlamat kewangan anda perlu mencerminkan nilai-nilai dan kepercayaan


anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN  143

 Tuliskan matlamat kewangan anda secara spesifik dan letakkan dalam


kategori matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang.

 Menyimpan wang untuk dana kecemasan patut menjadi salah satu matlamat
kewangan anda.

 Kunci kira-kira peribadi anda menunjukkan aset, liabiliti dan nilai bersih
anda pada waktu tertentu.

 Menyediakan bajet dan memantau aliran tunai anda adalah sebahagian


daripada proses yang memerlukan kesabaran, disiplin dan kefleksibelan.

 Adalah sangat penting untuk hidup dalam batas kemampuan anda.

Aset Nilai bersih


Bajet Penyata aliran tunai peribadi
Kunci kira-kira peribadi Perancangan kewangan
Liabiliti

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Mencapai
10 Impian
Kewangan
Peribadi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan makna dan pelbagai jenis simpanan;
p 2. Membincangkan matlamat pelaburan dan hubungan antara risiko
dan pulangan;
3. Menjelaskan pelbagai jenis pelaburan, insurans, takaful dan
pinjaman;
4. Membuat keputusan yang matang tentang membeli polisi insurans;
5. Menjelaskan risiko menjadi penjamin; dan
6. Menghuraikan tanda-tanda kemelut kewangan.

 PENGENALAN
Pernahkah anda mendengar pepatah „What matters is how much you save, not
how much you earn (Apa yang penting adalah berapa yang anda jimatkan,
bukan berapa yang anda perolehi)‰? Dalam ertikata lain, mempunyai
pendapatan yang lebih tinggi daripada orang lain tidak menjamin kedudukan
kewangan anda akan lebih baik daripada kedudukan kewangan mereka jika
anda berbelanja lebih daripada apa yang anda perolehi.

Selalunya adalah lebih baik jika anda berbelanja kurang daripada kemampuan
anda dan mengamalkan tabiat menyimpan. Namun demikian, di samping
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  145

menyimpan, seseorang itu juga mesti belajar selain membuat pelaburan.


Menyimpan tidak akan menjadikan anda kaya, sebaliknya, pelaburanlah yang
boleh menjadikan anda kaya. Pelaburan, dari perspektif kewangan peribadi,
tidak sempurna jika dilakukan tanpa mengetahui bagaimana untuk
mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.
Topik ini juga membincangkan bagaimana hendak mengetahui sama ada
seseorang itu menghadapi kemelut kewangan. Ini berperanan sebagai semak
kendiri kewangan yang tidak boleh diabaikan dalam mengejar kejayaan
kewangan peribadi yang sebenar.

10.1 MEMBINA KEKAYAAN


Kita telah membincangkan dalam topik sebelumnya bahawa cara bijak
mengurus wang ialah membina kekayaan dengan memiliki lebih daripada apa
yang anda hutang. Di sini, kita akan membincangkan dengan lebih mendalam
bagaimana membina kekayaan dan pada masa yang sama, merancang untuk
mengatasi apa-apa ketidakpastian.

10.1.1 Tabiat Menabung


Menabung untuk masa hadapan sukar dilakukan. Ia lebih daripada
mengurangkan perbelanjaan walaupun ini sahaja sudah cukup mencabar.
Berapa yang perlu anda simpan, di mana anda perlu menyimpannya dan adakah
anda pasti bahawa anda membuat keputusan yang betul? Mari mengetahui
bagaimana untuk menetapkan matlamat yang realistik dan mendapatkan
manfaat yang lebih banyak dari wang anda.

Mengikut businessdictionary.com, simpanan adalah sebahagian daripada


pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan untuk barangan konsumer
tetapi disimpan, dilaburkan terus dalam peralatan modal, membayar pinjaman
perumahan atau membeli sekuriti.

Anda patut membuat simpanan automatik. Pelan tabungan adalah penting


dalam perancangan kewangan. Tanpa pelan ini, anda mungkin tidak dapat
mencapai matlamat kewangan anda. Cuba menabung sekurang-kurangnya 10%
daripada gaji anda setiap bulan. Adalah lagi baik jika anda boleh menabung
antara 20% dan 30% kerana ini bermakna anda akan mempunyai lebih wang
untuk masa hadapan anda. Ingat, semakin banyak wang ditabung sekarang,
semakin mudah untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Terdapat beberapa cara menabung peratusan pendapatan bulanan tersebut terus


ke dalam akaun simpanan anda. Anda boleh:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

(a) Menulis cek dan memasukkannya ke dalam akaun simpanan anda setiap
bulan;
(b) Melakukan pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM);
dan
(c) Memindahkan wang dari akaun semasa ke dalam akaun simpanan anda
melalui perbankan Internet setiap bulan.

Adalah bagus sekiranya anda dapat melakukan salah satu daripada perkara
yang tersebut di atas. Walau bagaimanapun, selepas beberapa bulan, anda
mungkin terlupa untuk berbuat demikian atau ada alasan untuk membelanjakan
wang tersebut daripada menyimpannya dalam akaun simpanan anda. Tabiat
menabung anda akan terjejas dan sekiranya ini berlaku, mungkin sukar
meneruskan pelan tersebut.

Jadi, bagaimana untuk memastikan anda mengikuti pelan tabungan ini? Mudah
saja ă adakan tabungan secara automatik!

Berikan arahan kepada bank anda untuk memindahkan sekurang-kurangnya


10% daripada gaji bulanan anda dari akaun semasa anda ke akaun simpanan
anda setiap bulan. Aturkan agar pemindahan ini dilakukan sebaik sahaja gaji
anda dimasukkan ke dalam akaun semasa anda. Apa yang tidak dapat dilihat
atau apa yang tidak ada, anda tidak akan rasa kehilangannya. Pada masa yang
sama, wang dalam akaun simpanan akan bertambah, membawa anda lebih
hampir kepada matlamat kewangan anda.

Jika kemampuan serta pendapatan anda bertambah hasil kenaikan gaji atau
pangkat, beri arahan kepada bank untuk menambahkan jumlah yang
dipindahkan ke akaun simpanan anda. Apabila anda berjaya menyimpan jumlah
wang yang dikehendaki, pindahkan wang tersebut ke simpanan tetap atau lain-
lain simpanan yang memberi lebih pulangan.

Walau bagaimanapun, teruskan pemindahan wang setiap bulan ke dalam akaun


simpanan dan jangan berhenti kerana ini mungkin akan menjejaskan tabiat
menabung anda. Wang yang anda tabung secara automatik ini boleh digunakan
untuk mencapai matlamat kewangan yang lain.

AKTIVITI 10.1

Apa erti menabung? Bagaimanakah ia berbeza dengan melabur?


Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  147

10.1.2 Menambahkan Nilai Bersih


Membina kekayaan adalah mengenai penambahan nilai bersih anda, yang telah
dibincangkan dalam Topik 9. Aset tolak liabiliti sama dengan nilai bersih anda,
yang mungkin positif (nilai aset melebihi nilai liabiliti) atau negatif (nilai liabiliti
melebihi nilai aset).

Dalam topik ini, kita akan bertumpu pada peningkatan aset melalui simpanan
dan pelaburan. Kita akan melihat matlamat pelaburan anda, risiko dan pulangan
pelaburan anda serta mempelbagaikan pelaburan anda.

(a) Matlamat Pelaburan Anda
Apabila anda menabung secara berterusan, anda perlu membuat
keputusan penting tentang cara melabur wang anda. Bagaimana berbuat
demikian? Mudah sahaja, langkah pertama untuk melabur secara berhemat
adalah dengan menetapkan matlamat pelaburan anda.

Namun bagaimana caranya untuk menetapkan matlamat pelaburan yang


sesuai dengan keperluan anda?

Terdapat pelbagai soalan penting yang perlu anda fikirkan sebelum


membentuk matlamat pelaburan anda. Mari kita lihat soalan-soalan di
berikut:
(i) Apakah matlamat kewangan anda? Kenapa anda perlu menyimpan
dan melaburkan wang anda?
(ii) Berapa jumlah wang yang anda perlu simpan dan berapa pula jumlah
wang yang perlu dilaburkan untuk mencapai matlamat anda?
(iii) Berapa lamakah wang perlu disimpan atau dilaburkan untuk
mencapai matlamat anda?
(iv) Berapa banyak risiko yang sanggup anda tanggung?
(v) Berapa banyak pulangan yang anda jangkakan daripada simpanan
atau pelaburan anda?
(vi) Apakah yang sanggup anda korbankan demi mencapai matlamat ini?
Contohnya, menukar gaya hidup atau tabiat perbelanjaan yang sedia
ada.

Anda perlu bersikap realistik apabila menjawab soalan-soalan di atas.


Ambil kira sumber pendapatan anda dan fikir bagaimana anda boleh
menyimpan dan melabur secara konsisten. Matlamat kewangan dan
pelaburan anda seharusnya munasabah dan boleh dicapai.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

Ingatlah untuk menjadikan matlamat kewangan dan pelaburan anda


munasabah serta boleh dicapai.

(b) Risiko dan Pulangan Pelaburan


Menyimpan wang dalam akaun simpanan atau simpanan tetap adalah
pelaburan yang paling selamat. Pulangan (iaitu kadar faedahnya) adalah
rendah berbanding pelaburan lain tetapi ianya tanpa risiko. Anda boleh
tidur dengan lena tanpa perlu bimbang tentang pelaburan tersebut.

Namun anda tidak boleh membina kekayaan dengan secepat yang anda
inginkan hanya dengan menyimpan wang dalam akaun simpanan atau
deposit tetap. Perlu juga diingat bahawa walaupun pelaburan lain dapat
memberikan pulangan yang lebih baik, ia juga mempunyai risiko yang
lebih tinggi, kerana berkemungkinan besar pelaburan tersebut akan
nilainya.

Sebagai contoh, jika anda melaburkan wang dalam pasaran saham, anda
akan menghadapi risiko besar untuk kehilangan wang berbanding dengan
jika anda menyimpan wang anda dalam akaun simpanan. Harga saham
yang turun naik bergantung pada beberapa faktor. Anda mungkin membeli
saham sebuah syarikat pada harga RM5 sesaham dan harga tersebut
mungkin naik kepada RM 7 ataupun turun kepada RM2.

Apabila melaburkan wang, anda sememangnya mengharapkan pulangan.


Kadar pulangan atas pelaburan biasanya dikira dalam peratusan tahunan.
Jika anda membeli saham pada harga RM10 sesaham dan harga tersebut
naik kepada RM10.80 selepas setahun, kadar pulangannya ialah 8%.

Namun demikian, pulangan sebenar pelaburan adalah selepas menolak


segala perbelanjaan yang berkaitan. Sebagai contoh, jika anda membeli
rumah dan kemudian menjualnya, anda hanya dapat memastikan
pulangan yang diperoleh selepas menolak kos seperti yuran guaman,
komisen ejen, duti setem dan faedah pinjaman bank.

Ingat: Apabila memilih pelaburan, semakin tinggi pulangannya, semakin


tinggi risikonya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  149

(c) Pelbagaikan Pelaburan Anda


Bila anda melabur, jangan melaburkan wang anda dalam satu jenis pelaburan
sahaja. Jika apa-apa berlaku kepada pelaburan tersebut, semua wang itu akan
hilang. Adalah penting untuk mempelbagaikan pelaburan anda.

Oleh itu, tindakan yang lebih bijak adalah untuk meletakkan wang anda
dalam pelbagai pelaburan. Dalam ertikata lain, rancang portfolio pelaburan
yang seimbang Melabur dalam pelbagai pelaburan adalah kunci untuk
mengurangkan risiko. Bila anda berbuat begini, anda lebih berkemungkinan
mendapat keuntungan yang tinggi dari pelaburan anda sambil mengurangkan
risiko kehilangan wang anda.

Bagaimana anda melabur ditentukan sebahagiannya oleh profail pelabur


anda iaitu sama ada anda pelabur agresif, sederhana ataupun konservatif.
Kebanyakan orang berada di pertengahan profail tersebut.

Jika anda merupakan pelabur yang sederhana, mungkin sebahagian besar


daripada wang anda berada dalam kelas aset yang berlainan seperti dana
amanah saham dan bakinya pula dalam pelaburan pendapatan tetap
seperti simpanan tetap. Jumlah yang diagihkan kepada kelas aset boleh
dibahagikan lagi kepada segmen berlainan seperti bon dan dana ekuiti.

Sekiranya anda pelabur yang agresif, anda mungkin akan melabur dalam
pelaburan yang lebih aktif seperti pasaran saham.

Namun sebaliknya, jika anda adalah pelabur yang konservatif, anda


mungkin mempelbagaikan pelaburan anda dalam pelaburan yang kurang
berisiko seperti bon dan simpanan tetap.

Setiap pelabur mempunyai akal masing-masing ă tiada dua pelabur yang


sama! Cuma anda seorang sahaja yang boleh membuat keputusan tentang
pilihan yang bersesuaian serta berapa banyak wang simpanan yang akan
dilaburkan dalam pelbagai jenis pelaburan yang terdapat di pasaran.

SEMAK KENDIRI 10.1


1. Apakah matlamat-matlamat pelaburan anda? Berikan contoh untuk
menjelaskannya.
2. Bincangkan hubungan antara risiko dan pulangan dengan
menggunakan contoh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

10.1.3 Jenis-jenis Pelaburan


Tahukah anda bahawa perancangan pelaburan yang baik boleh menukarkan
matlamat anda kepada realiti? Ini melibatkan lebih daripada hanya memilih
pelaburan yang betul. Mari kita melihat Rajah 10.1 untuk mengetahui apakah
jenis-jenis pelaburan yang terdapat di pasaran kewangan.

Rajah 10.1: Jenis pelaburan



Mari kita baca penerangan untuk setiap jenis pelaburan ini.

(a) Tunai dan pelaburan faedah tetap


Pelaburan tunai adalah bentuk pelaburan yang paling biasa di Malaysia,
yang meliputi produk-produk seperti akaun simpanan bank dan simpanan
tetap. Produk-produk ini membolehkan anda mengeluarkan wang anda
dengan mudah bila perlu dan anda tidak mungkin kehilangan modal anda,
jadi pelaburan jenis ini adalah sangat selamat.

Walau bagaimanapun, pulangan yang diperoleh adalah sedikit dan tiada


pertumbuhan modal. Sebenarnya pelaburan ini boleh menjadi berisiko
pada jangka masa panjang kerana kesan inflasi yang boleh menghakis nilai
pelaburan anda. Untuk kebanyakan pelabur, pelaburan tunai dan
pelaburan faedah tetap sesuai untuk:
(i) Digunakan sebagai akaun urus niaga;
(ii) Menyimpan wang tunai bagi perbelanjaan jangka pendek dan
kecemasan; dan
(iii) Memiliki simpanan jangka masa pendek tanpa tanggungan risiko atas
modalnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  151

(b) Saham
Saham (juga dikenali sebagai ekuiti atau syer) mewakili pemilikan dalam
sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda menjadi sebahagian
daripada pemilik syarikat dan berhak atas nilai masa depan sahamnya dan
keuntungannya.

Saham dalam syarikat menawarkan pulangan kepada pelabur melalui dua


cara utama:
(i) Apabila nilai keseluruhan syarikat meningkat, nilai sahamnya juga
meningkat.
(ii) Anda boleh memperoleh dividen apabila syarikat membayar
sebahagian daripada keuntungannya kepada pemegang saham
sebagai pembayaran agihan pendapatan.

Saham berpotensi menghasilkan pulangan yang tinggi. Walau bagaimanapun,


nilai saham berpotensi merosot jika prestasi pasaran saham jatuh.

Pada umumnya pelaburan saham sesuai bagi pelabur yang:


 Ingin membina asas simpanan untuk matlamat kewangan jangka
sederhana dan panjang;
 Mempunyai jangka masa pelaburan yang lebih panjang; dan
 Selesa dengan keadaan saham yang turun naik bagi nilai pelaburan
dalam jangka masa pendek, sebagai gantian untuk mendapat pulangan
yang tinggi dalam jangka masa panjang (dalam bentuk pendapatan
dividen dan pertumbuhan modal).

(c) Dana Amanah Saham


Dalam amanah saham, wang daripada ratusan pelabur individu akan
disatukan untuk membeli beberapa kelas aset yang berlainan, dalam
kuantiti yang besar. Pengurus dana profesional akan menentukan
peratusan daripada dana yang akan dilaburkan dalam setiap kelas aset,
dan mengenal pasti negara, industri dan syarikat yang mempunyai
prospek dan pulangan terbaik.

Setiap pelabur akan menerima unit dalam dana ini, setiap unit mewakili
campuran pelbagai kelas aset seperti saham, bon dan simpanan tetap. Dana
amanah saham adalah bersesuaian bagi mereka yang:
(i) Baru dalam bidang pelaburan;
(ii) Bersedia mendapatkan khidmat pengurus profesional untuk
membuat pilihan pelaburan;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

(iii) Mempunyai jumlah permulaan yang kecil untuk melabur (dengan


pilihan untuk menambahkan pelaburan dari masa ke semasa); dan
(iv) Mencari kepelbagaian dalam pelaburan untuk meminimumkan risiko.

(d) Hartanah
Kebanyakan rakyat Malaysia biasa dengan aset kelas hartanah. Pelaburan
hartanah memanfaatkan pelabur dengan dua cara:
(i) Nilai modal asas hartanah akan meningkat dalam sesuatu jangka
masa apabila harga rumah dan tanah meningkat; dan
(ii) Pelabur dapat memperoleh pendapatan hasil daripada penyewaan.

Seperti juga saham, harga hartanah boleh turun naik dan ada ketikanya
memberi pulangan yang tinggi dan ada ketikanya pula memberi pulangan
yang rendah. Oleh itu, pelaburan dalam hartanah adalah sesuai bagi
pelaburan jangka masa panjang. Faktor paling penting untuk
dipertimbangkan apabila membeli hartanah adalah lokasinya.

Hartanah adalah sesuai bagi pelabur yang:


 Tidak memerlukan akses kecemasan kepada wang mereka;
 Mempunyai jangka masa pelaburan yang panjang; dan
 Berkeupayaan membayar balik gadai janji jika kadar faedah meningkat
atau jika hartanah itu tidak disewa.

(e) Pelaburan Jenis Lain


Pelaburan jenis lain adalah:

(i) Bon
Apabila anda membeli bon kerajaan atau bon syarikat, anda
„meminjamkan‰ wang anda bagi jangka masa tertentu pada kadar
faedah yang telah ditentukan. Hasilnya, anda menerima pulangan
pendapatan yang tetap melalui pembayaran faedah yang juga tetap.

(ii) Dana Amanah Pelaburan Hartanah


(Real Estate Investment Trust ă REIT)
Ini sama seperti amanah saham kecuali pelaburan yang dibuat adalah
bagi bangunan dan hartanah. Keuntungan daripada pelaburan
sedemikian akan diagihkan kepada pelabur dalam bentuk dividen.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  153

AKTIVITI 10.2

Apakah pelaburan-pelaburan pilihan anda? Mengapa?

10.2 MERANCANG UNTUK SITUASI YANG


TIDAK DIDUGA
Hidup ini ada naik turunnya. Kemalangan dan bencana boleh dan akan berlaku
tanpa diduga. Bila perkara sebegini berlaku, kita mungkin merasakan seolah-
olah kehidupan kita sudah berada di luar kawalan kita, lebih-lebih lagi bila kita
tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk menghadapi kemalangan atau
bencana tersebut. Tidak kira apa kemalangan atau bencana yang berlaku,
biasanya kita akan berasa takut, murung dan bimbang. Bagaimana kita akan
menghadapi situasi ini?

Dalam bahagian berikut, kita akan membincangkan beberapa petua untuk


menghadapi situasi yang tidak diduga contohnya mengambil insurans, apa jenis
insurans yang patut diambil dan apa itu takaful.

10.2.1 Mengapa Insurans Diperlukan


Sebelum anda mengambil insurans, anda mesti memahami apa itu insurans,
tujuan insurans dan bagaimana ia melindungi anda. Sekarang, mari kita melihat
perinciannya.

(a) Apakah itu Insurans?


Apabila anda membuat komitmen kewangan seperti membeli sebuah
rumah dengan meminjam daripada bank, anda telah „mengunci‰
sebahagian daripada pendapatan masa hadapan anda. Sekiranya berlaku
perkara yang tidak diingini seperti kematian atau kehilangan upaya, atau
bencana ekonomi (pemberhentian kerja), keupayaan anda untuk memenuhi
komitmen kewangan ini mungkin terjejas dan anda mungkin akan
kehilangan aset yang susah-payah anda perolehi.

Terdapat satu instrumen kewangan yang boleh dibeli untuk melindungi


anda daripada apa-apa kemungkinan iaitu insurans. Insurans merupakan
suatu cara melindungi diri anda, keluarga dan harta benda anda sekiranya
berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

(b) Tujuan Insurans


Di samping menawarkan perlindungan, insurans juga memberikan anda
ketenangan fikiran. Bayaran yang dibuat bagi insurans membolehkan anda:
(i) Membayar ganti rugi bagi barangan peribadi atau mendapat gantian
barangan yang telah dicuri (sekiranya barangan tersebut
diinsurankan).
(ii) Membayar bil perubatan apabila anda atau keluarga anda menerima
rawatan di hospital.
(iii) Menyelenggara perbelanjaan bulanan, hutang dan komitmen
kewangan apabila anda tidak lagi berupaya bekerja disebabkan oleh
penyakit kritikal atau kemalangan.
(iv) Menyediakan bantuan kewangan bagi keluarga anda sekiranya anda
kehilangan upaya, mengalami penyakit kritikal atau meninggal
dunia, terutamanya jika anda ketua keluarga yang mencari nafkah
bagi keluarga anda.

(c) Bagaimana Insurans Berfungsi?


Apabila bayaran (lebih dikenali sebagai premium) dibuat kepada syarikat
insurans berlesen, maka syarikat tersebut bertanggungjawab membayar
pampasan kepada anda sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau
kerosakan barangan disebabkan oleh kebakaran, kemalangan dan kecurian.
Bagaimanapun insiden-insiden ini mesti berlaku dalam tempoh insurans
itu berkuat kuasa dan pampasan yang dibayar terhad kepada jumlah yang
diinsurankan.

Syarikat insurans menjual polisi kepada ribuan orang dan premium yang
terkumpul menjadi sebahagian daripada dana bersama. Tidak semua orang
yang menyumbang akan dilanda nasib malang. Jika ada sekali pun,
biasanya bukanlah pada masa yang sama. Maka dana tersebut akan
digunakan untuk membantu mereka yang telah menyumbang untuk sama-
sama berkongsi risiko.

Industri insurans di Malaysia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia


(BNM). Untuk membantu orang awam mengetahui lebih lanjut mengenai
insurans, BNM telah mengeluarkan beberapa siri buku kecil yang boleh
didapati di cawangan syarikat insurans. Anda juga boleh melayari laman
web www.insuranceinfo.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  155

AKTIVITI 10.3

1. Kenapa anda ingin mengambil insurans untuk diri dan keluarga


anda sedangkan anda perlu membayar premium yang tinggi?

2. Berapakah liputan insurans yang dianggap cukup? Adakah ia


sama untuk semua individu?

10.2.2 Jenis-jenis Insurans


Anda boleh menginsuran hampir apa pun. Meskipun begitu terdapat sesetengah
perkara yang penting untuk diinsurankan seperti hayat, kesihatan dan harta
anda. Rajah 10.2 menunjukkan jenis-jenis insurans.



Rajah 10.2: Jenis-jenis insurans

(a) Insurans Hayat
Polisi insurans hayat adalah perlindungan yang membayar sejumlah wang
kepada pemegang polisi sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini
kepada pemegang polisi seperti jatuh sakit, hilang upaya atau kematian.
Oleh itu, amat penting bagi anda untuk memiliki insurans terutamanya jika
anak atau ibu bapa anda yang telah tua bergantung hidup pada anda.
Lazimnya, tempoh perlindungan insurans hayat adalah lebih daripada
setahun dan anda mempunyai pilihan untuk membuat bayaran premium
secara berkala, sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau
setiap tahun.

Rajah 10.3 menunjukkan produk insurans hayat yang utama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

Rajah 10.3: Produk insurans hayat yang utama

Sekarang, kita akan memperincikan setiap produk insurans hayat yang


utama ini.

 Insurans Seumur Hidup


Ia menawarkan perlindungan seumur hidup tetapi anda juga perlu
membayar premium seumur hidup. Wang manfaatnya, termasuklah
bonus jika ada, akan dibayar setelah sesuatu kematian atau kehilangan
upaya yang menyeluruh dan kekal dialami atau penyakit kritikal
dihidapi. Oleh sebab polisi ini bersifat jangka panjang, premium yang
perlu dibayar adalah lebih tinggi daripada premium untuk insurans
bertempoh dan ia mempunyai nilai tunai sepanjang tempoh polisi
tersebut berkuat kuasa.

 Insurans Bertempoh
Polisi ini menawarkan perlindungan insurans bagi tempoh terhad
sahaja. Wang manfaat dibayar hanya setelah suatu kematian atau
sekiranya pemegang polisi mengalami kehilangan upaya yang
menyeluruh dan kekal atau menghidap penyakit kritikal semasa
tempoh masa polisi berkuat kuasa. Bayaran yang diterima adalah
mengikut jumlah yang dipersetujui semasa polisi tersebut dibeli.

 Endowmen
Polisi ini menggabungkan perlindungan dan juga simpanan. Ia
menyediakan manfaat tunai pada akhir suatu tempoh tertentu atau atas
kematian atau kehilangan upaya yang menyeluruh dan kekal. Tempoh
polisi ditentukan oleh pembeli polisi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  157

 Insurans Berkaitan Pelaburan


Ia menggabungkan pelaburan dan simpanan. Anda boleh memilih jenis
dan jumlah pelaburan yang anda inginkan serta jumlah perlindungan
insurans hayat yang ingin dimiliki. Jumlah premium adalah fleksibel.

 Insurans Perubatan dan Kesihatan


Polisi yang melindungi kos rawatan perubatan seperti kos rawatan
hospital dan kos pembedahan.

 Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan


(Mortgage Reducing Term)
Perlindungan insurans yang meliputi pembayaran balik pinjaman
pembelian hartanah tertunggak kepada institusi kewangan sekiranya
berlaku kematian, kehilangan upaya atau mengalami penyakit kritikal.
Institusi kewangan tersebut akan melepaskan hak milik hartanah
kepada anda atau waris anda. Premium cuma dibayar sekali sahaja.

(b) Insurans Am
Ini dapat melindung anda daripada kerugian akibat kecurian atau
kerosakan kepada barang peribadi anda. Ia juga melindungi anda jika anda
menyebabkan kerosakan kepada pihak ketiga, kematian yang tidak
disengajakan atau kecederaan dan kemasukan ke hospital. Lazimnya,
tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am
adalah setahun dan pembayaran premium perlu dibuat sekali gus. Jadual
10.1 menunjukkan beberapa produk insurans am yang utama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

Jadual 10.1: Produk Insurans Am Utama



Produk Penjelasan

Melindungi kenderaan anda daripada risiko kecurian, kemalangan


atau kebakaran. Sekiranya anda membeli perlindungan pihak ketiga,
anda dilindungi daripada tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga bagi
kecederaan atau kematian orang lain (pihak ketiga) termasuklah
kerugian atau kerosakan kepada harta pihak ketiga disebabkan oleh
kenderaan anda. Jika anda membeli perlindungan komprehensif, anda
akan mendapat perlindungan menyeluruh iaitu perlindungan bagi
Kenderaan
kecederaan dan kematian pihak ketiga, kehilangan dan kerosakan
harta pihak ketiga, dan juga kerugian dan kerosakan bagi kenderaan
anda sendiri disebabkan kecurian, kemalangan atau kebakaran.

Polisi kebakaran asas memberi perlindungan hanya bagi bangunan


akibat kebakaran, kilat atau letupan. Polisi pemilik rumah pula
memberi perlindungan tambahan atas bangunan untuk meliputi
sebarang kerugian atau kerosakan akibat banjir, paip pecah dan lain-
lain bencana. Manakala polisi isi rumah adalah untuk melindungi
Kediaman barang-barang isi rumah seperti perabot dan perkakas rumah
daripada kecurian, banjir dan kebakaran. Polisi ini tidak memberi
perlindungan terhadap kerosakan rumah itu sendiri.

Insurans jenis ini memang sesuai dibeli sekiranya anda perlu ke luar
negara. Insurans ini melindungi anda daripada insiden yang berkaitan
dengan perjalanan seperti penangguhan atau penggangguan waktu
perlepasan, kemalangan, kehilangan bagasi, perbelanjaan perubatan
dan lain-lain perbelanjaan yang bersangkutan dengan perjalanan.
Perjalanan

Insurans ini melindungi barang seperti komputer, telefon bimbit,


komputer riba dan kamera daripada kehilangan atau kecurian.

Barangan
peribadi



Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  159

Sebelum memilih polisi insurans, pastikan anda menyelidik bahaya dan


risiko yang berkaitan dengan polisi-polisi yang ditawarkan oleh beberapa
syarikat insurans yang berlainan.

10.2.3 Takaful
Seperti dalam perbankan, di mana anda boleh memilih antara produk dan
perkhidmatan bank konvensional dan Islam, industri insurans di Malaysia juga
menawarkan insurans konvensional dan takaful.

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan


mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman
penyertaan, anda memeterai kontrak (aqad) untuk membolehkan anda menjadi
peserta yang saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang
peserta mengalami kerugian tertentu.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama.


Contohnya, anda mesti mengalami kerugian wang apabila peristiwa yang
diinsurankan berlaku. Akan tetapi, walaupun takaful menawarkan produk yang
serupa dengan produk insurans konvensional, ia mempunyai beberapa ciri unik
seperti berikut:
 Anda dan syarikat takaful akan berkongsi lebihan dana takaful berdasarkan
nisbah yang telah dipersetujui. Jumlah lebihan dana tersebut akan dikira
setelah mengambil kira perbelanjaan seperti tuntutan, dana simpanan
teknikal, perbelanjaan pengurusan dan takaful semula (re-takaful).
 Anda berhak ke atas perkongsian lebihan daripada dana takaful sekiranya
anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh takaful tersebut.

Rajah 10.4 menunjukkan jenis-jenis takaful.



Rajah 10.4: Jenis-jenis takaful

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

(a) Takaful Keluarga


Ini adalah gabungan perlindungan dan pinjaman jangka panjang. Ia
biasanya meliputi tempoh lebih daripada setahun. Ia menyediakan manfaat
kewangan sekiranya anda mengalami suatu tragedi di samping
memberikan keuntungan daripada pelaburan. Pembayaran boleh dibuat
setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun. Sekarang, lihat
Jadual 10.2 untuk jenis-jenis asas takaful keluarga.
Jadual 10.2: Jenis-jenis takaful keluarga

Jenis-jenis Takaful Penjelasan


Keluarga

Takaful Keluarga  Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji dan


Individu kesihatan. Anda atau waris anda akan menerima
manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian
atau kehilangan upaya yang kekal.
 Terdapat juga simpanan jangka masa panjang
dan keuntungan pelaburan yang akan diagihkan
sekiranya terdapat tuntutan, tempoh matang
atau serahan awal polisi insurans.

Anuiti Persaraan  Ia pelan yang memberikan pendapatan tetap


selepas anda bersara.

Takaful Berkaitan  Gabungan pelaburan dan perlindungan hayat, di


Pelaburan mana sebahagian daripada caruman anda akan
digunakan untuk membeli unit pelaburan dan
selebihnya bagi perlindungan takaful sekiranya
berlaku kematian atau kehilangan upaya yang
kekal.

Takaful Perubatan dan  Pelan yang melindungi kos rawatan perubatan


Kesihatan seperti kos rawatan di hospital dan kos
pembedahan.


(b) Takaful Am
Takaful am melindungi anda bagi suatu jangka masa pendek, biasanya selama
setahun, bagi sebarang kehilangan atau kerosakan kepada harta atau barangan
peribadi anda. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja dalam setahun.
Jadual 10.3 menunjukkan jenis-jenis takaful am yang utama.


Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  161

Jadual 10.3: Jenis-jenis takaful am utama

Jenis-jenis Takaful Am Penjelasan

Takaful Rumah  Polisi pemilik rumah melindungi anda


daripada kerugian atau kerosakan atas rumah
anda akibat banjir, kebakaran dan lain-lain
bencana.
 Polisi isi rumah pula memberi perlindungan
terhadap kerugian atau kerosakan kepada
kandungan rumah.
 Anda boleh mengambil salah satu ataupun
kedua-dua jenis polisi ini.

Takaful Kenderaan  Anda dilindungi daripada menanggung


kerugian atau kerosakan akibat kebakaran,
kecurian atau kemalangan atas kenderaan
anda, termasuk juga kecederaan tubuh badan
atau kematian pihak ketiga, dan kerosakan atau
kerugian harta benda pihak ketiga.
 Seperti insurans kenderaan am, takaful
kenderaan juga mempunyai dua jenis
perlindungan ă perlindungan pihak ketiga dan
perlindungan komprehensif.

Kemalangan Diri  Ia menyediakan pampasan kepada anda atau


waris anda sekiranya berlaku kematian,
kehilangan upaya atau kecederaan yang
disebabkan oleh kemalangan.
 Pelan ini juga boleh dibeli untuk jangka masa
yang lebih pendek, seperti bila pergi ke luar
negara.

Untuk maklumat lebih tentang takaful am, anda boleh melawat laman sesawang
ini: http://www.insuranceinfo.com.my.

SEMAK KENDIRI 10.2

Terangkan setiap jenis insurans dan takaful. Mana yang anda akan
pilih dan mengapa?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

10.3 PENGURUSAN HUTANG: ASAS PINJAMAN


Anda mungkin terpengaruh untuk membelanjakan lebih wang daripada apa
yang anda miliki kerana institusi kewangan menawarkan pelbagai kemudahan
pinjaman dan kad kredit. Institusi tersebut menawarkan anda wang dan
pinjaman kredit untuk membolehkan anda membeli rumah, kereta, membayar
bil atau melancong ke luar negara. Adalah penting untuk anda ingat bahawa
wang pinjaman tersebut bukan diberikan percuma. Anda perlu membayarnya
balik ă ditambah faedahnya sekali!

Sebelum membuat pinjaman, pastikan anda mampu menguruskan hutang anda.


Ingat bahawa anda semestinya memiliki lebih daripada apa yang anda hutang.
Anda ingin menambah kekayaan. Jika anda meminjam wang, anda perlu
menggunakan wang tersebut untuk menambahkan lagi wang anda. Cuba elak
daripada membeli sesuatu yang tidak bermanfaat. Jangan gunakan pinjaman
jangka masa pendek seperti kad kredit atau overdraf, untuk membiayai aset
jangka masa panjang seperti rumah atau bangunan.

10.3.1 Pinjaman dan Kredit


Bila anda ingin mengambil pinjaman atau menggunakan kad kredit, tanya diri
anda soalan berikut:
(a) Adakah produk atau perkhidmatan yang anda inginkan itu penting?
Adakah ia benar-benar perlu?
(b) Sekiranya ia penting dan diperlukan, mampukah anda membuat bayaran
ansurannya?
(c) Jika ia melibatkan pembelian besar, seperti kereta atau rumah, mampukah
anda menyediakan wang pendahuluan yang besar?
(d) Jika ia sesuatu yang anda ingini, bolehkah anda mengawal perasaan dan
(e) menangguhkan pembelian tersebut kerana ia tidak penting?
(f) Jika anda membuat pinjaman atau menggunakan kad kredit untuk
membeli sesuatu, sudahkah anda mengkaji aliran tunai anda sama ada ia
dapat menampung pinjaman tersebut ataupun tidak?
(g) Adakah anda sedia maklum tentang kos yang dikenakan sekiranya kad
kredit digunakan? Bukan sahaja kos faedah, malah caj-caj kewangan dan
caj lewat bayar perlu diambil kira.
(h) Adakah anda memahami akibat kegagalan membayar balik pinjaman? Jika
gagal berbuat demikian, prosiding boleh diambil terhadap anda dan anda
mungkin diisytiharkan bankrap.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  163

Sekiranya anda tidak mampu menambahkan pendapatan, anda perlu berkorban


sesuatu untuk membolehkan anda membuat bayaran pinjaman bulanan. Adakah
anda bersedia untuk melakukannya? Sebagai contoh, sanggupkah anda
melepaskan keseronokan pada hujung minggu untuk membayar balik pinjaman
dan hutang kad kredit anda?

Walaupun anda berhati-hati dalam menguruskan aliran tunai bulanan anda bagi
bayaran pinjaman dan hutang kad kredit, namun kejadian atau keadaan yang
tidak diduga mungkin berlaku dan anda akan memerlukan wang tambahan.
Adakah anda masih mampu menghadapi komitmen bulanan sekiranya perkara
tersebut berlaku?

Oleh itu, amatlah penting agar anda tidak membuat pinjaman dan menggunakan
kad kredit secara berlebihan. Sebagai panduan am, pastikan jumlah bayaran
bulanan pinjaman dan kad kredit tidak melebihi sepertiga gaji kasar anda setiap
bulan.

Jangan sekali-kali meminjam wang daripada pemiutang haram kerana anda
akan:
(i) Mendapat pinjaman dengan terma dan syarat yang sangat ketat.
(ii) Perlu membayar caj faedah yang sangat tinggi dengan kompaun harian.
(iii) Meletakkan diri dan keluarga anda dalam bahaya gangguan
(harassment) sekiranya anda lewat membuat pembayaran.
(iv) Memaksa anda membuat pinjaman tambahan untuk membayar
pinjaman yang terdahulu.

10.3.2 Jenis-jenis Pinjaman


Terdapat pelbagai jenis pinjaman dan kemudahan kredit di pasaran. Kita akan
membincangkan tentang pinjaman yang biasa ditawarkan kepada orang ramai
dalam topik ini. Rujuk Rajah 10.5.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI


Rajah 10.5: Jenis-jenis pinjaman

Sekarang kita akan membincangkan setiap jenis pinjaman.

(a) Pinjaman Peribadi


Pinjaman ini ditawarkan bagi kegunaan peribadi anda, bukannya
pembelian berjumlah besar seperti rumah atau kereta tetapi lebih kepada
pembelian komputer peribadi atau bagi perkahwinan anda. Anda mungkin
tertarik untuk memohon pinjaman ini kerana proses permohonan biasanya
cepat dan mudah. Tambahan lagi, kebanyakan bank tidak memerlukan
penjamin atau cagaran. Akan tetapi perlu diingatkan bahawa kadar faedah
berbeza-beza dan mungkin tinggi.

Seperti yang telah disebut terlebih dahulu dalam topik ini, tanya dulu diri
anda soalan-soalan penting sebelum anda memohon pinjaman seumpama
ini. Pastikan anda benar-benar memahami tujuan pinjaman dibuat dan
anda mampu untuk membuat pembayaran balik.

(b) Pinjaman Kereta


Kebanyakan orang mahukan kenderaan sendiri sebaik-baik sahaja mula
bekerja. Lazimnya, mereka membeli kereta melalui pinjaman yang dikenali
sebagai pinjaman sewa beli. Anda akan dikenali sebagai penyewa dan
institusi kewangan pula sebagai tuan punya kenderaan itu. Sebagai
penyewa, anda perlu membuat bayaran ansuran berdasarkan terma dan
syarat yang telah dipersetujui di bawah perjanjian sewa beli. Anda menjadi
tuan punya kenderaan tersebut hanya setelah semua bayaran ansuran
dijelaskan.

Seperti pinjaman lain juga, tanya diri anda soalan-soalan penting sebelum
membuat keputusan untuk meminjam. Anda juga perlu menghitung aliran
tunai untuk mengira jumlah ansuran bulanan yang mampu anda bayar.
Apabila anda membuat pinjaman kenderaan, anda boleh membuat
pinjaman sewa beli secara berurusan terus dengan bank atau melalui wakil
penjual kereta, yang kemudiannya akan menyerahkan permohonan anda
kepada bank berkenaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  165

Sebagai penyewa, anda bertanggungjawab untuk:


(i) Membaca semua cetakan halus (fine print) dalam perjanjian bertulis;
(ii) Semak dan pastikan harga belian dan terma sewa beli dalam
perjanjian adalah seperti yang dipersetujui;
(iii) Mengetahui hak-hak anda di bawah Akta Sewa Beli;
(iv) Mengetahui tanggungjawab anda sebagai penyewa supaya anda
tidak membuat apa-apa tindakan yang melanggar perjanjian;
(v) Menyimpan semua dokumen seperti perjanjian dan resit di tempat
yang selamat; dan
(vi) Membuat bayaran anda kepada orang yang diberi kuasa oleh bank.

Sebelum pinjaman kenderaan dibuat, ketahui tentang kadar faedah efektif


yang dikenakan kerana biasanya kadar ini lebih tinggi daripada kadar tetap
yang ditawarkan. Lihat contoh di bawah bagi pinjaman sebanyak RM50,000
pada kadar faedah 5% bagi tempoh lima tahun. Kadar faedah efektifnya
ialah 9.15%.

Ansuran bulanan: RM1,042

Jumalah bayaran faedah: RM12,500

Jumlah pinjaman + Faedah: RM62,500

Anggaran kadar efektif tahunan: 9.15%

Adakah anda tahu asas sewa beli? Jadual 10.4 memberikan perincian asas
sewa beli.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

Jadual 10.4: Asas Sewa Beli

Terma Penjelasan
Deposit Minimum Ini ialah 10% daripada harga tunai kenderaan. Walau
bagaimanapun, bank boleh menetapkan jumlah
pendahuluan yang lebih tinggi.
Kadar Faedah Adalah mengikut kadar tetap dan kadar maksimum yang
dibenarkan ialah 10%.
Kadar Faedah Merupakan faedah sebenar yang perlu dibayar setelah
Efektif mengambil kira faedah kompaun tahunan mengikut
tempoh pinjaman.
Caj Bayaran Lewat Anda akan dikenakan denda sekiranya anda lewat
membuat bayaran ansuran. Faedah dikenakan mengikut
kadar asas harian.
Penjamin Institusi kewangan mungkin memerlukan penjamin yang
akan bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman
atau bakinya sekiranya peminjam tidak menjelaskan
hutang tersebut.
Insurans Anda perlu membeli insurans untuk melindungi
kenderaan anda. Institusi kewangan menghendaki tuan
punya kenderaan membeli polisi insurans yang
komprehensif.
Penarikan balik Jika anda ingkar membayar pinjaman, institusi kewangan
boleh menarik balik kereta anda kerana ia merupakan
pemilik yang sah.

Bila anda tidak membuat pembayaran pinjaman kereta pada waktu yang
ditetapkan, institusi kewangan boleh merampas kereta anda dengan
menggunakan penarik kereta berdaftar. Pengalaman kereta diambil balik
tentu traumatik dan memalukan bagi anda.

Sebelum menarik balik kenderaan, penarik mestilah menunjukkan kad


pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan balik yang
dikeluarkan oleh institusi kewangan yang berkenaan. Penarik mestilah
membuat laporan polis dan kemudiannya membawa kereta yang ditarik ke
tempat yang telah diarahkan oleh institusi kewangan tersebut.

Anda akan menerima notis bertulis yang dikenali sebagai Notis Jadual
Keempat sebelum kenderaan anda ditarik balik. Notis ini akan luput dalam
masa 21 hari dan notis kedua pula akan dikeluarkan 14 hari selepas tarikh
notis Jadual Keempat diserahkan ă ini merupakan peringatan bagi anda
membuat bayaran tertunggak atau kenderaan anda akan ditarik balik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  167

Untuk mengelak penarikan balik kenderaan, anda perlu membuat bayaran


tertunggak atau memulangkan kenderaan tersebut kepada institusi
kewangan sebelum tarikh luput. Bagaimanapun anda masih perlu
menjelaskan baki hutang selepas ditolak nilai kenderaan tersebut.

Masih ada cara lain untuk mendapatkan kembali kenderaan anda yang
telah ditarik balik. Institusi kewangan akan memberi penjamin dan anda
Notis Jadual Kelima dalam masa 21 hari selepas penarikan supaya anda
dapat membayar balik jumlah hutang yang tertunggak. Sekiranya anda
menjelaskan semua jumlah yang tertunggak dan perbelanjaan berkaitan
yang ditanggung oleh institusi kewangan, maka bolehlah anda meminta
agar kenderaan tersebut dipulangkan. Sebagai alternatif, anda boleh
memperkenalkan anggota keluarga atau kawan untuk membeli kenderaan
anda pada harga yang telah ditetapkan dalam Jadual Kelima.

Sekiranya anda atau penjamin tidak menjelaskan jumlah yang tertunggak


pada Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari, institusi kewangan berhak
menjual kenderaan tersebut melalui lelongan awam atau menawarkan
semula kepada anda untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang
lebih rendah berbanding harga anggaran yang ditetapkan dalam notis
Jadual Kelima.

(c) Pinjaman Perumahan
Pasaran untuk pinjaman perumahan adalah amat kompetitif dan institusi
kewangan kini menawarkan pelbagai jenis pinjaman untuk menarik
pelanggan. Terdapat juga pinjaman yang menawarkan hadiah yang
dipakejkan bersama pinjaman perumahan tersebut.

Buatlah perbandingan dan dapatkan sebanyak mungkin maklumat seperti


kadar faedah yang ditawarkan sebelum menentukan pinjaman yang sesuai
bagi anda.

Seperti produk pinjaman lain, pinjaman perumahan terdapat dalam bentuk


konvensional dan Islam.

Pinjaman perumahan adalah komitmen kewangan yang sangat besar dan


mengambil beberapa tahun untuk dibayar. Pertimbangkan dengan teliti
pelbagai aspek pinjaman itu sebelum membuat keputusan, contohya
tentang perkara berikut:
(i) Adakah pinjaman tersebut untuk membeli rumah yang telah siap atau
yang masih dalam binaan? Adakah anda akan membeli tanah untuk
membina rumah?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

(ii) Berapakah nilai rumah atau tanah yang ingin anda beli? Berapakah
ansuran yang mampu anda bayar setiap bulan, bergantung kepada
aliran tunai bulanan anda?
(iii) Adakah anda mempunyai cukup wang untuk membuat bayaran
pendahuluan dan aliran tunai yang memadai untuk bayaran ansuran
seterusnya?
(iv) Apakah yuran berkaitan atau kos lain yang perlu dibayar?
Contohnya, yuran guaman, duti setem, yuran pemprosesan dan fi
pembayaran.
(v) Adakah kadar faedah tetap atau kadar faedah berubah selaras dengan
perubahan pada kadar pemberian pinjaman asas (Base Lending Rates
-- BLR)?
(vi) Setakat manakah bayaran pinjaman anda boleh fleksibel? Terdapat
beberapa jenis skim pembayaran fleksibel yang ditawarkan.
(vii) Adakah dikenakan apa-apa penalti sekiranya anda membuat bayaran
balik keseluruhan pinjaman lebih awal dari tempoh yang
dipersetujui? Institusi kewangan biasanya mengenakan penalti
sebegini kerana mereka telah menawarkan pakej yang menarik bagi
pinjaman perumahan anda.

Adakah kadar faedah yang tetap ataupun yang berubah-ubah lebih baik
bagi pinjaman anda? Dengan kadar pinjaman tetap, faedahnya tetap dan
anda sedia maklum tentang jumlah ansuran yang perlu dibayar. Manakala
bagi kadar yang berubah-ubah, faedahnya berubah mengikut perubahan
pada BLR. Jika kadar tersebut meningkat, maka kadar faedah yang
dikenakan akan meningkat dan begitu juga dengan bayaran ansuran
bulanan anda. Bagaimanapun, sekiranya BLR menurun, maka anda akan
menikmati manfaatnya kerana bayaran bulanan anda juga akan
berkurangan.

Terdapat juga kadar pinjaman faedah yang berubah-ubah tetapi bayaran


ansuran bulanannya adalah tetap. Sekiranya berlaku perubahan pada
kadar faedah, maka tempoh masa pembayaran pinjaman akan berkurang
ataupun bertambah.

Terdapat lebih daripada satu kaedah untuk membayar pinjaman


perumahan (Jadual 10.5). Jumlah prinsipal sebuah pinjaman dikurangkan
setiap kali bayaran ansuran dibuat.


Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  169

Jadual 10.5: Kaedah Pembayaran Pinjaman Perumahan

Kaedah Pembayaran Penjelasan

Bayaran berperingkat Ini membolehkan anda membayar ansuran yang lebih rendah
pada permulaan pinjaman. Namun jumlah ini akan
meningkat dari semasa ke semasa. Skim ini berguna jika anda
baru mula bekerja dan gaji anda dijangka meningkat tahun
demi tahun.

Pembayaran awal Anda boleh memendekkan tempoh pinjaman dengan


sebahagian daripada membuat pembayaran awal bagi sebahagian daripada baki
baki pinjaman pinjaman melalui lebihan wang tabungan atau bonus
tahunan. Jika dibuat pada tahun-tahun awal pinjaman, anda
dapat mengurangkan caj faedah yang dikenakan. Walau
bagaimanapun, sesetengah institusi kewangan menghadkan
jumlah yang boleh dibuat bagi pembayaran awal.

Sebagai peminjam, anda hendaklah:
 Membaca dan memahami semua terma dan syarat pinjaman;
 Sentiasa mematuhi semua terma dan syarat ini;
 Bertanyakan soalan tentang semua aspek pinjaman sehingga anda berpuas hati;
 Membuat bayaran ansuran mengikut jadual; dan
 Memastikan anda mendapat maklumat yang tepat tentang pinjaman anda
dari semasa ke semasa.

Sepertimana pinjaman yang lain, sekiranya anda gagal membayar ansuran,


institusi kewangan berkenaan berhak mengambil tindakan undang-undang
terhadap anda untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut.

Untuk menambahkan kedudukan kredit peminjam dan membolehkan mereka


mendapatkan pembiayaan untuk pinjaman kereta atau rumah, institusi
kewangan mungkin memerlukan jaminan daripada bakal peminjam. Anda
mungkin diminta oleh ahli keluarga atau kawan untuk menjadi penjamin bagi
pinjaman mereka. Fikirlah dengan berhati-hati sebelum anda membuat
keputusan kerana sebagai penjamin pinjaman, sekiranya peminjam gagal atau
enggan membuat bayaran, anda adalah terikat dari segi undang-undang untuk
membayar balik pinjaman tersebut.

Jika anda bersetuju menjadi penjamin, pastikan:


 Anda baca dan faham ciri jaminan yang akan dibuat dan implikasinya
kepada anda;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

 Anda tidak menandatangani dokumen kosong atau tidak lengkap;


 Anda tidak menjadi penjamin kepada seseorang yang anda sangsi akan
integritinya; dan
 Anda menyedari liabiliti yang perlu anda hadapi sekiranya terdapat pindaan
yang dibuat kepada terma dan syarat pinjaman.

Bukanlah mudah sekiranya anda ingin menarik diri sebagai penjamin. Namun
demikian, keputusan terletak kepada institusi kewangan berkenaan, yang
mungkin setuju dengan penarikan diri anda dengan syarat anda membuat
pembayaran penuh bagi baki pinjaman. Sekiranya peminjam meninggal dunia
dan tidak ada sumber alternatif, institusi kewangan berhak menuntut bayaran
daripada penjamin.

10.3.3 Jenis-jenis Kad, Perangkap Kredit dan Petua


Mengggunakan Kad Kredit
Dalam bahagian ini, kita akan melihat jenis-jenis kad yang ada, perangkap kredit
iaitu bayaran minimum dan petua menggunakan kad kredit.

(a) Jenis-jenis Kad


Terdapat beberapa kad untuk membuat kehidupan anda senang kerana
tidak perlu membawa tunai setiap kali membeli-belah atau mendapatkan
sesuatu perkhidmatan. Contoh kad boleh dilihat di dalam Rajah 10.6.

Rajah 10.6: Jenis-jenis Kad

Berikut butir-butir terperinci tentang setiap jenis kad.

(i) Kad Kredit


Kad kredit membenarkan anda membeli barang dan membayar untuk
perkhidmatan secara elektronik tanpa menggunakan tunai. Bila anda
menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar
peniaga bagi pihak anda dan membilkan anda kemudian melalui

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  171

bank pengeluar kad kredit anda. Ini membuatkan pembelian barang


jauh lebih senang.

Kad kredit boleh menjadi kaedah pembayaran yang berguna jika


anda tahu menggunakannya dengan betul dan bijak. Beberapa
manfaat yang didapati daripada penggunaan kad kredit adalah
seperti berikut:
 Ia merupakan kaedah pembayaran yang mudah dan cekap;
 Anda boleh menggunakan penyata untuk menjejak perbelanjaan
anda bagi tujuan bajet;
 Sesetengah kad kredit memberikan insurans kemalangan diri dan
perjalanan, bergantung pada jenis kad yang dikeluarkan;
 Pengeluar kad kredit memperkenalkan skim-skim menarik seperti
skim ansuran faedah sifar, skim bayaran fleksibel dan pindahan
baki pada 0% untuk membolehkan anda membeli sebanyak yang
mungkin; dan
 Anda mendapat mata ganjaran sekiranya menggunakan kad
kredit, yang biasanya tidak dinikmati sekiranya bayaran dibuat
secara tunai.

Biasanya had kad kredit adalah dua hingga tiga kali gaji bulanan
anda. Jika anda menggunakan kad kredit sampai hadnya, bererti
anda telah membelanjakan terlebih dahulu dua hingga tiga kali gaji
bulanan anda.

(ii) Kad Caj


Kad caj adalah seperti kad kredit. Manakala kad kredit membolehkan
anda membuat bayaran minimum bila menerima penyata bulanan,
kad caj tidak. Dengan kad caj, anda mesti membuat bayaran penuh
setiap bulan dan jika tidak, caj bayaran lewat akan dikenakan.

(iii) Kad Debit


Kad debit menyerupai kad ATM kecuali anda tidak perlu
mengeluarkan wang dari ATM. Anda boleh menggunakan kad debit
di tempat di mana anda perlu membayar untuk produk atau
perkhidmatan. Jumlah yang dibelanjakan akan ditolak daripada
akaun bank anda dengan serta-merta. Serupa dengan kad kredit, ia
mudah digunakan kerana anda tidak perlu membawa wang tunai
bersama anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

(iv) Kad Prabayar


Kad prabayar boleh digunakan untuk membuat pembelian tetapi
terdapat had perbelanjaan yang setara dengan jumlah wang yang ada
dalam kad tersebut. Ia adalah seperti kad prabayar telefon atau kad
Touch & Go di mana anda mempunyai jumlah wang tetap yang boleh
dibelanjakan. Bila wang ini berkurangan, anda boleh menambahkannya
sampai had maksimum yang ditentukan oleh pengeluar kad. Kad debit
dan prabayar adalah pilihan yang lebih baik untuk individu yang
kurang berdisiplin dari segi kewangan.

(b) Perangkap Kredit Dengan Bayaran Minimum Bulanan


Anda mungkin tertarik untuk hanya membuat bayaran minimum yang
disebut dalam penyata bulanan kad kredit anda, lebih-lebih lagi jika ini
membantu aliran tunai anda. Namun, anda akan terpaksa membayar caj
faedah dan mengambil masa yang lebih lama untuk menyelesaikan baki
yang tertunggak. Hasilnya, anda akan menanggung hutang yang besar
dalam masa yang pendek. Pada masa sekarang, kebanyakan pengeluar
kad mengenakan caj kewangan sebanyak 1.5% sebulan, pada kadar harian
dan dikompaun secara bulanan.

Terlebih dahulu dalam modul ini, kita telah membincangkan mengenai


kesan faedah kompaun apabila anda membuat tabungan. Faedah kompaun
juga diguna pakai dalam hal ini, di mana faedah dibayar pada jumlah
pokok campur dengan faedah yang terkumpul terhadap baki pinjaman.

Adalah penting untuk menyedari bahawa dengan hanya membayar jumlah


minimum, anda akan mengambil tempoh yang lebih lama untuk
menyelesaikan hutang kad kredit anda, maka lebih banyak hutang akan
terkumpul. Dengan kadar faedah yang tinggi, anda membayar lebih lagi
kepada institusi kewangan jika dibandingkan dengan harga asal yang
dibayar bagi barangan atau perkhidmatan yang anda beli dahulu. Pastikan
anda sentiasa membuat bayaran penuh untuk mengelak daripada kemelut
kewangan.

(c) Petua Menggunakan Kad Kredit


Berikut adalah beberapa petua menggunakan kad kredit:
(i) Bayar jumlah yang dihutang dengan penuh bila mendapat penyata
bulanan untuk mengelak daripada dikenakan faedah;
(ii) Jangan menggunakan kad kredit jika anda tidak boleh membuat
bayaran bulanannya;
(iii) Hadkan bilangan kad kredit yang anda miliki;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  173

(iv) Jangan menggunakan kad kredit untuk mendapatkan pendahuluan


wang tunai dari mesin ATM. Setiap kali anda mengeluarkan wang
menggunakan kad kredit, anda menambahkan lagi beban pinjaman.
Pada masa yang sama, ditambah lagi dengan yuran pendahuluan
wang tunai dan faedah harian yang dikenakan;
(v) Bayar sebelum tarikh akhir penyata untuk mengelakkan caj bayaran
lewat dan kadar penalti;
(vi) Ketahui akibat kerap membuat bayaran minimum;
(vii) Jika anda mempunyai masalah aliran tunai, buat bayaran minimum
untuk masa sekarang tetapi jelaskan bayaran sepenuhnya secepat
mungkin; dan
(viii) Sentiasa menyemak penyata bulanan kad kredit untuk memastikan
urus niaga dan caj yang betul telah direkodkan. Penyata itu akan
merekodkan urus niaga, yuran dan caj, tarikh bil matang dan bayaran
minimum yang perlu dibuat. Hubungi bank anda sekiranya terdapat
sebarang kesilapan dalam penyata anda ataupun anda tidak
menerima penyata tersebut.

10.3.4 Pembayaran Balik dan Ingkar Bayar Pinjaman


Pembayar balik pinjaman yang baik adalah orang yang membuat bayaran
pinjaman tepat pada waktunya dengan jumlah yang dipersetujui mengikut
terma dan syarat, seperti yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman. Dalam
bahagian ini, kita akan bincang tentang biro kredit dan masalah pembayaran
balik hutang.

(a) Biro Kredit


Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) telah beroperasi sejak 1982. Ia
mengumpul maklumat kredit peminjam, termasuk individu persendirian,
perniagaan (perniagaan tunggal dan perkongsian), syarikat dan entiti kerajaan,
seterusnya menyalurkan maklumat tersebut kepada pemberi pinjaman.

Biro Kredit menyimpan maklumat kredit dalam Sistem Maklumat Rujukan


Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System / CCRIS), yang
merupakan sistem pangkalan data berkomputer yang memproses
maklumat kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara
automatik dan mensintesiskan maklumat tersebut dalam bentuk laporan
kredit. Laporan ini diberikan kepada institusi kewangan apabila diminta.

Setiap kali anda membuat permohonan bagi pinjaman baharu, institusi


kewangan berkenaan akan menyemak sejarah bayaran yang pernah anda

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

buat melalui Biro Kredit. Mereka akan menggunakan maklumat tersebut


untuk memutuskan sama ada untuk memberikan anda pinjaman ataupun
tidak. Selain daripada Biro Kredit, terdapat juga syarikat milik persendirian
yang memberikan maklumat kepada pelanggan mereka dan institusi
kewangan berkaitan rekod bayaran balik pinjaman dan juga status
sebarang tindakan undang-undang terhadap peminjam, sekiranya ada.

Simpan salinan laporan CCRIS anda untuk membolehkan anda memantau


pinjaman serta mengawal pola pembayaran kad kredit anda. Anda boleh
menyemak sama ada laporan itu menunjukkan jadual pembayaran balik
yang baik, ingkar pinjaman atau pembayaran lewat. Jika laporan CCRIS
menunjukkan pembayaran lewat atau ingkar pinjaman, institusi kewangan
mempunyai pilihan untuk menolak permohonan pinjaman anda kerana
laporan tadi memberikan gambaran bahawa anda tidak menguruskan
pinjaman dengan baik atau anda menghadapi kemelut kewangan.

Sekiranya anda pembayar balik pinjaman yang baik, laporan kredit juga
akan menunjukkan sedemikian. Malah, efektif dari 1 Julai 2008, anda
diberikan ganjaran jika cepat membuat bayaran kad kredit ă institusi
kewangan akan mengenakan caj kewangan berperingkat bergantung
kepada perilaku pembayaran balik anda.

Jika anda inginkan lebih maklumat berkenaan Biro Kredit, lawat laman
sesawang http://creditbureau.bnm.gov.my.

(b) Masalah Pembayaran Balik Hutang


Jika anda ingkar dalam membayar balik pinjaman dan gagal menyelesaikan
hutang kad kredit, anda akan menghadapi masalah teruk. Anda akan
didakwa oleh institusi kewangan. Kereta atau harta anda akan dilelong.
Ahli keluarga anda akan turut merasa bahananya kerana mereka mungkin
terpaksa membantu melangsaikan hutang anda. Penjamin anda, jika ada,
juga akan menderita kerana tindakan mahkamah boleh diambil terhadap
mereka. Anda mungkin diisytiharkan bankrap kalau gagal membayar balik
pinjaman anda.

Anda akan menderita dari segi emosi akibat tekanan. Anda akan kerap
mendapat panggilan dan surat daripada peguam dan pemiutang yang
mendesak anda untuk melangsaikan hutang. Dalam situasi begitu, anda boleh
menjadi tidak produktif dan kerja serta kesihatan anda mungkin terjejas.

Berikut beberapa tanda anda menghadapi kemelut kewangan:


(i) Anda tidak dapat mengawal wang anda iaitu perbelanjaan anda
melebihi pendapatan anda;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI  175

(ii) Hutang anda lebih banyak daripada yang anda mampu bayar;
(iii) Anda hanya mampu membayar minimum 5% setiap bulan untuk bil
kad kredit anda;
(iv) Anda tidak mempunyai apa-apa simpanan untuk kecemasan peribadi
atau keluarga;
(v) Anda sentiasa mendapat panggilan daripada pengutip hutang; dan
(vi) Anda menerima notis tuntutan.

Sekiranya anda menghadapi masalah seperti di atas, segeralah


mendapatkan pertolongan dan nasihat kewangan daripada kaunselor
kewangan yang profesional.

SEMAK KENDIRI 10.3
1. Apakah risiko menjadi penjamin? Bagaimana untuk meminimakan
risiko penjamin?

2. Bagaimana menentukan sama ada seorang individu itu sedang


menghadapi kemelut kewangan?

 Untuk membina kekayaan, mulalah menabung dan melabur sekarang. Anda


perlu menambahkan aset anda untuk menambahkan nilai bersih anda.
Pelbagaikan pelaburan anda untuk menyebarkan risiko anda dengan lebih
rata. Lebih tinggi pulangan yang anda perolehi daripada sebuah pelaburan,
lebih tinggi risikonya.
 Jumlah insurans hayat yang perlu dibeli bergantung pada jumlah wang yang
anda perlukan untuk menyara cara hidup anda dan membayar perbelanjaan
anda bila anda mengalami penyakit kritikal atau kehilangan upaya akibat
penyakit atau kemalangan.
 Seorang perunding atau broker insurans perlu mempunyai lesen daripada
BNM dan menjadi ahli Persatuan Broker-Broker Insurans dan Takaful
Malaysia (Malaysian Insurance and Takaful Brokers Association).
 Seorang ejen insurans hayat mesti dilantik oleh sebuah syarikat insurans
hayat yang berlesen dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Hayat
Malaysia (Life Insurance Association of Malaysia).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

 Seorang ejen insurans am mesti dilantik oleh syarikat insurans am yang


berlesen dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia.
 Bila membuat tuntutan, pastikan anda mempunyai semua dokumen yang
diperlukan oleh syarikat insurans untuk mempercepatkan proses tuntutan.
 Bila memohon pinjaman, tanyakan pada diri anda tujuannya dan sama ada
anda mampu membuat bayaran ansurannya. Jangan sekali-kali meminjam
daripada pemiutang yang tidak berlesen. Sedari terma dan syarat pinjaman
yang diambil.
 Selalu minta kadar faedah efektif ke atas semua pinjaman sewa beli dan
pinjaman bertempoh dengan kadar tetap (fixed rate term loans). Jumlah
keseluruhan bayaran bulanan anda untuk kesemua pinjaman dan hutang kad
kredit anda harus tidak melebihi sepertiga gaji kasar bulanan anda.
 Jangan termasuk dalam perangkap menggunakan kad kredit dan kad caj
seolah-olah ia wang percuma.
 Jika anda hanya membuat bayaran minimum bulanan yang disebut dalam
penyata kad kredit, anda akan mendapat hutang besar akibat penggandaan
(compounding effect).
 Cuba buat bayaran seperti yang diperlukan agar anda mempunyai laporan
kredit yang positif.

Bon Pelaburan faedah tetap


Dana amanah saham Premium insurans
Harta Pinjaman
Insurans Risiko dan pulangan
Kekayaan Simpanan
Kredit Syer
Liputan insurans Tabung Amanah Pelaburan Hartanah
Meminjam Takaful
Pelaburan Tunai

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myVLE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi)
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like