Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

1.

0 Pengenalan

Tajuk yang dipilih untuk dijadikan kajian bagi subjek hubungan etnik adalah

Penerimaan Masyarakat Cina dan India Terhadap Kebudayaan Masyarkat Melayu di

Taman Maluri, Cheras. Malaysia ialah sebuah negara yang berbilang kaum yang

hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum utama yang terdapat di Malaysia

ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar yang membentuk

54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam,

berbahasa Melayu dan mengamalkan kebudayaan Melayu. Kaum Melayu mempunyai

pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Kaum Cina pula mewakili

25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat

semenanjung. Kebanyakkan kaum Cina beragama Budha,Taoisme atau Kristien,

berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan

dalam bidang ekonomi. Selain itu, kaum India pula membentuk 7.5% dari populasi.

Kebanyakkannya beragama Hindu, berbahasa Tamil, Malayalam dan Hindi. Selain itu

terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera yang lain.

Bahasa Melayu adalah baha rasmi Negara Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan

secara meluas.
2.0 Latar Belakang Kajian

Menurut sejarah, mukim Cheras dipercayai dibuka pada sekitar penghujung tahun

1876. Terdapat beberapa versi berkenaan asal usul nama Cheras antaranya, pada suatu

ketika terdapat sekumpulan buruh yang membina jambatan Sungai Langat di

Kampung Balakong. Ketika bekerja, mereka menjumpai sebatang kayu besar yang

sukar dipotong kerana terdapat teras pada bahagian dalam kayu itu. Ekoran daripada

peristiwa itu, tempat kayu yang dijumpai itu kemudian dikenali sebagai ‘teras’ dan

akhirnya sebutannya ditukar menjadi Cheras.

Ada juga yang mengaitkan nama Cheras dengan sebatang pokok teras yang besar

dan terendam di dalam sungai. Disebabkan pokok teras ini adalah sejenis pokok yang

kukuh dan kuat maka penduduk setempat sepakat menamakan kawasan itu sebagai

Kampung Cheras dan sebatang sungai pula dinamakan Sungai Cheras.

Pendapat ketiga pula berkait dengan pedagang Cina yang sering menggunakan

sungai sebagai jalan perhubungan. Dalam bahasa Cina, pergi dan balik disebut
sebagai ‘chow lai’ dan lama- kelamaan sebutan itu sudah terbiasa dengan sebutan

Cheras.

Selepas 1 Febuari 1974, sebahagian daripada mukim Cheras yang berada dalam

lingkungan Kuala Lumpur dipindahkan secara rasmi kepada Kerajaan Persekutuan

bagi membentuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui Perjanjian Penyerahan

Kuala Lumpur 1974.

Semenjak itu, Cheras dipecahkan menjadi dua bahagian yang berjiran di dalam

Selangor dan Wilayah Persekutuan. Di Selangor, mukim Cheras terletak dalam daerah

Hulu Langat dan berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang. Di Kuala

Lumpur pula, mukim Cheras terletak di bahagian timur pusat kota dan berada

dibawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Maluri pula merupakan salah satu kawasan yang berada didalam kawasan cheras.

Nama maluri sendiri berasal daripada nama sebuah syarikat yang memajukan

kawasan tersebut. Syarikat Maluri Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah firma hartanah

yang dimiliki oleh Tun Daim Zainuddin telah merubah wajah kawasan tersebut

daripada sebuah kawasan perlombongan kepada sebuah kawasan penempatan berkat

projek-projek pembangunan penempatan yang dilaksanakan.

Sehingga kini kawasan maluri, cheras telah berkembang pesat serta memiliki

penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti bangsa melayu, bangsa cina,

bangsa india dan yang lain-lain.


3.0 Kajian Literatur

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Idris Zakaria (2012) yang bertajuk Islam

dan Falsafahnya Dalam Kebudayaan Melayu. Artikel ini mengupas falsafah

pemikiran Islam yang menjadi asas kepada pembentukan kebudayaan dan kesenian

Melayu. Aspek-aspek falsafah pemikiran Islam yang menjadi asas pembentukan

kebudayaan dan kesenian Melayu adalah: (a) faham akidah; (b) rasional dalam Islam;

(c) toleransi dalam Islam; (d) ukhuwwah; (e) pandangan sejagat Islam; (f) fahaman

Ahli-Sunnah Waljamaah; (g) ciri-ciri kedamaian; dan (h) kesenian Islam. Falsafah
pemikiran Islam kini sedang menghadapi cabaran besar yang berkemungkinan

menghakis asas-asas pembentukan kebudayaan dan kesenian Melayu serta akhirnya

jati diri Melayu sendiri. Justeru, orang Melayu mempunyai tanggungjawab besar

untuk mendaulatkan Islam yang menyediakan asas kepada pembentukan kebudayaan

dan kesenian Melayu serta di akhirnya jati diri orang Melayu.

Berdasarkan jurnal al-Hikmah 6(2014) yang ditulis oleh Syarul Azman

Shaharuddin dan Razaleigh Muhamat @ Kawangit (2014) jurnal yang bertajuk Tahap

Kefahaman, Penerimaan dan Integrasi Golongan Mualaf Cina Terhadap Kebudayaan

Masyarakat Melayu di Negeri Selangor. Masyarakat di Malaysia masih terperangkap

dengan sifat ‘assabiyah’ antara kaum akibat daripada polisi dan sistem pendidikan

yang diperkenalkan oleh pihak British. Justeru, kajian tinjauan deskriptif ini

bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman, penerimaan dan integrasi golongan

Mualaf Cina terhadap kebudayaan masyarakat Melayu di Negeri Selangor. Soal

selidik diedarkan kepada 408 MC di Negeri Selangor. Dapatan kajian telah mendapati

nilai min bagi tahap kefahaman golongan Mualaf Cina terhadap kebudayaan

masyarakat Melayu (min = 2.85) berada pada tahap yang sederhana. Di samping itu,

nilai min bagi tahap penerimaan golongan MC terhadap kebudayaan masyarakat

Melayu di Negeri Selangor (min = 2.75) berada pada tahap sederhana. Manakala, min

tahap integrasi golongan Mualaf Cina terhadap budaya masyarakat Melayu (min =

2.80) berada pada tahap sederhana. Dapatan ini menunjukkan bahawa kesemua tahap

menunjukkan golongan Mualaf Cina memberi respons yang positif terhadap

kebudayaan masyarakat Melayu di Negeri Selangor.

Berdasarkan pernulisan yang telah dibuat oleh Shaliza Binti Dasuki, Fazlina Binti

Mohd Radzi, Nurkhazilah Binti Idris dan Nur Hasliza Binti Abdulah (2015) yang

bertajuk Perkembangan Budaya Popular dan Perubahan Sosio-Budaya Masyarakat


Pasca Moden: Adaptasi Budaya Asing Dalam Perkahwinan Melayu. Tamadun

Melayu tidak akan lengkap tanpa budaya dan bagaimana budaya ini membentuk

masyarakatnya sehingga ia menjadi hebat, terkenal dan dihormati. Adalah sangat

penting kesedaran tentang pewarisan budaya ini sebagai menjamin kelangsungan

pembudayaan yang berkekalan dan ia mesti diterapkan dari satu generasi kepada

generasi seterusnya agar ianya terpelihara. Timbul persoalan adakah budaya Melayu

dalam konteks perkahwinan ini semakin hari semakin lapuk sehingga kita perlu

mengadaptasi budaya-budaya asing dari luar untuk disesuaikan dengan perubahan

citarasa masyarakat kini dan apakah faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Masyarakat Melayu sememangnya tidak dapat lari daripada mengalami perubahan

sosio-budaya mengikut peredaran masa dan zamannya, maka kertas penulisan ini

dihasilkan dengan tujuan menyingkap perkembangannya yang menjurus kepada

kritikan sosial masyarakat Melayu.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Muada bin Ojihi [diselenggarakan oleh

Rozali Rajab]. Tajuk kajian ini adalah Nilai Dalam Budaya Masyarakat Melayu.

Melihat kajian yang dilakuakan bahasa dan budaya Melayu sebagai asas kepada

pembentukan tamadun Malaysia. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti

nilai-nilai budaya masyarakat Melayu yang berteraskan kepada nilai-nilai agama

Islam. Aspek nilai-nilai yang dikaji boleh dilihat dalam kehidupan masyarakat

Melayu. Kajian ini memilih nilai budaya masyarakat Melayu dalam asas

pembentukan negara bangsa kerana terdapat unsur-unsur nilai yang penting.

Walaupun negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan, namun

kajian ini menitikberatkan nilai budaya masyarakat Melayu. Dalam dunia sekarang,

nilai-nilai ini seakan-akan tercabar dengan kehadiran pelbagai pengaruh dari luar.

Perubahan demi perubahan memberi kesan yang amat mendalam dalam nilai-nilai
budaya masyarakat Melayu. Hasil kajian ini di dapati daripada pelbagai bahan ilmiah

dan rujukan yang berkaitan dengan nilai budaya masyarakat Melayu.Dapatan kajian

menunjukkan bahawa asas kepada pembentukan negara bangsa Malaysia adalah

pengaruh agama Islam. Kedatangan agama Islam ke Alam Melayu menjadikan bahasa

dan budaya Melayu menjadi semakin penting. Secara khusus, Islam dan adat Melayu

menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dalam tamadun Malaysia. Nilai

bahasa dan budaya masyarakat Melayu perlu dipelihara dan dikembangkan untuk

membentuk dan meneruskan masyarakat Malaysia yang harmoni dansejahtera.

Merujuk kepada buku yang di tulis oleh Ismail Hamid (1991) yang bertajuk

Masyarakat Dan Budaya Melayu. Buku ini merupakan suatu pengenalan tentang

beberapa prospek pemikiran dan kebudayaan melayu dari zaman pra Islam hingga ke

zaman modern. Disini dibahas mengenai latar belakang sejarah bangsa melayu dan

bahasa melayu, kepercayaan masyarakat melayu dari tingkat animisme, pengaruh

hindu hingga peyebaran Islam dalam kebudayaan melayu.

4.0 Objektif Kajian

1. Mengenal pasti kebudayaan masyarakat melayu.

2. Menilai penerimaan masyarakat cina dan india terhadap kebudayaan masyarakat

melayu.
5.0 Skop Kajian
Skop kajian menjerumus kepada penduduk di Taman Maluri, Cheras. Skop kajian

yang tertumpu di Taman Maluri, Cheras kerana tempat pilihan adalah sangat sesuai

untuk tujuan kajian dan kebanyakkan penduduk di Taman Maluri, Cheras adalah

kaum Melayu serta terdapat juga kaum Cina dan India yang sememangnya sudah

lama tinggal dan menetap di kawasan tersebut. Pilihan skop kajian ini akan

melancarkan proses kajian terhadap penerimaan masyarakat Cina dan India terhadap

kebudayaan masyarakat Melayu di Taman Maluri, Cheras.


6.0 Kaedah Kajian
7.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah kaedah yang digunakan dalam kajian bagi mencari,

mengumpul dan juga menganalisis data yang diperlukan untuk memenuhi objektif

sesuatu kajian. Ia juga digunakan untuk menerangkan cara mengkaji sesuatu kajian

dan faktor sesuatu kaedah dipilih bergantung dengan kesesuaian kajian. Tujuan utama

metodologi kajian adalah untuk menghuraikan secara terperinci tentang pemilihan dan

perlaksanaan sesuatu kaedah kajian dan juga untuk membantu memahami lebih luas

tentang kelebihan dan kekurangan sesuatu kaedah.

7.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk tinjauan. Kajian berbentuk tinjauan dilaksanakan berdasarkan

dengan rujukan yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan juga analisis

data. Kajian yang dijalankan adalah ke atas masyarakat India dan Cina di kawasan

Maluri, Cheras dan mengukur penerimaan mereka terhadap kaum Melayu.

7.2 INSTRUMEN KAJIAN


Instrumen adalah alat untuk mengumpulkan data yang dikehendaki bagi menjawab

soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrumentasi ialah proses

menyediakan alat mengumpul data. Hakikat bahawa pemikiran sebenar seseorang

manusia bersifat rahsia, serta sering tersembunyi di “sebalik topeng”, maka

diandaikan bahawa tingkah laku sebagai mewakili pemikiran. Tingkah laku sampel

dukur menerusi pentadbiran alat penyelidikan yang dipilih. Menurut Ustaz Kenali,

instrumen kajian ialah apa-apa alat, atau cara atau apa-apa kaedah untuk memperolehi

dan mengumpul data kajian. Instrumen kajian diperlukan untuk mendalami konsep

berkaitan sikap, persepsi, keterangan latar belakang dan segala sumber yang

berbentuk primer ataupun sekunder. Dalam kajian ini instrumen yang digunakan

untuk mendapatkan data adalah menggunakan borang soal selidik, borang temu bual

dan kaedah rujukan.

Kaedah Instrumen Kajian

Kualitatif Temu bual dan bahan rujukan

Kuantitatif Borang soal selidik

Jadual 1: Instrumen Kajian

7.3 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN

Pengkaji memilih responden secara sampel bertujuan.

7.4 CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT

7.4.1 SOAL SELIDIK

Borang soal selidik bakal disediakan berdasarkan objektif kajian iaitu penerimaan

masyarakat Cina dan India terhadap budaya Melayu di kawasan Maluri, Cheras.

Borang ini terdiri daripada 3 bahagian. Bahagian A berkenaan dengan data demografi
responden, bahagian B berkenaan soalan tentang mengenal pasti tahap penerimaan

mereka, dan bahagian C berkenaan-faktor-faktor penerimaan mereka. Kajian ini

menggunakan Skala Likert lima mata yang mengandungi lima aras seperti dalam

jadual berikut:

Sangat tidak setuju 1

Tidak setuju 2

Kurang setuju 3

Setuju 4

Sangat setuju 5

Jadual 2: Skala Likert 5 Aras

7.4.2 TEMU BUAL

Dalam kaedah temu bual, pengkaji telah merancang untuk menemubual 5 orang

penduduk dan peniaga di sekitar Maluri, Cheras. Dengan itu, beberapa soalan yang

berkaitan telah disediakan. Demi mendapat data dan maklumat ini, adalah disarankan

untuk memilih responden secara rawak dalam kalangan penduduk dan peniaga.

Berikut merupakan contoh soalan yang boleh dikemukakan:

Contoh Soalan:

Namakan satu budaya Melayu yang anda tahu.

Sejauh mana anda memahami tentang budaya tersebut?

Adakah anda sendiri mengamalkan budaya tersebut?

Adakah anda bersetuju bahawa anda serba sedikit telah mengasimilisasikan budaya tersebut?

7.4.3 RUJUKAN PERPUSTAKAAN


Selain itu, pengkaji juga disarankan untuk membaca pelbagai jenis sumber seperti

buku, kamus, jurnal, blog dan artikel untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.

7.5 MEMPROSES DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA

Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data yang berbentuk skala

likert. Data skala likert ini dikira secara manual dengan mengambil kira kekerapan

dan peratus. Data yang dikumpul akan dipersembahkan dalam bentuk jadua, carta pai

dan graf bar.

8.0 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana penerimaan masyarakat cina

dan india terhadap kebudayaan masyarakat melayu,Kajian ini dilaksanakan oleh

pelajar ypc internasoinal college. Penerimaan masyarakat cina dan india terhadap

kebudayaan masyarakat melayu dapat dilihat pada keberkesanaanya dalam

membangun kesepaduan masyarakat entik di taman maluri,cheras.

Di atas adalah kesedaran pengkaji, pengkaji merasa bahawa mengkaji secara

menyeluruh haruslah dilakukan bagi melihat kaedah terbaik untuk mengkaji


masyarakat berbilang entik di taman maluri. Kajian ini dilakukan memandangkan

banyak
No 1-2 3-4 5-6 7-8 9-10
Perkara
Hari Minggu kepentingan

yang akan

didapati hasil

daripada

penemuaanya antaranya :

Kepentingan kepada pihak universiti, semoga pengkaji selepas ini dapat

melakukan kajian yang lebih mendalam rangka membantu pihak pengurusan

universiti membentuk kepribadian mahasiswa yang cemerlang akademik.

Kepentingan kajian kepada penyeledik, semoga dapatan kajian tentang

penerimaan masyarakat cina dan india terhadap kebudayaan masyarakat melayu dapat

dijadikan panduan untuk meningkatkan lagi pretasi kemasyarakatan di kawasan taman

maluri,cheras.

Kepentingan kajian kepada masyarakat, semoga dapatan kajian terhadap

penerimaan bangsa lain terhadap kebudayaan melayu dapat membantu masyarakat

menyelesaikan masalah ketidaksefahaman bangsa lain terhadap kebudayaan melayu.

Dengan ada kepentingan kajian harap dapat membantu serba sedikit kepada

pengkaji dan pihak-pihak yang terlibat dalam kajian, seperti universiti memdapat

dapatan hasil daripada kajian yang dilaksanakna oleh pelajar.

9.0 Carta Gantt / Perancangan Gerak Kerja


1 Pemilihan Tajuk
Kajian
2 Penyediaan Proposal
3 Penyediaan Jadual
Tugasan Setiap Ahli
4 Cadangan Projek
Penyelidikan
5 Penyediaan Borang
Soal Selidik/Temu
Bual
6 Mengkaji di Lapangan
7 Pengedaran Borang
Soal Selidik/Temu
Bual Kepada
Responden
8 Analisis Data
9 Draf Laporan Penuh
Kajian Penyelidikan
10 Pengemaskan/Pengha
ntaran Laporan Penuh
Kajian Penyelidikan
10.0 Kesimpulan

Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan melalui dua kaedah kajian iaitu temu bual

dan soal selidik dalam pengumpulan data, analisis data dan sebagainya, didapati

majority masyarakat Cina dan India memiliki pengetahuan am mengenai kebudayaan

masyarakat Melayu dan mereka dapat menerimanya. Disamping itu, melalui kajian ini

juga dapat memberi pendedahan kepada masyarakat Cina dan India mengenai

kebudayaan masyarakat Melayu yang ada di Malaysia. Malahan, pengetahuan

masyarakat Cina dan India tentang Kebudayaan Melayu dapat meningkatkan rasa

hormat mereka kepada kebudayaan yang masyarakat melayu lakukan.


Rujukan

1. http://journalarticle.ukm.my/6100/1/JD005862_91-108.pdf

2. https://www.researchgate.net/publication/301822423_Tahap_Kefahaman_Penerim

aan_dan_Integrasi_Golongan_Muallaf_Cina_Terhadap_Kebudayaan_Masyarakat_Me

layu_di_Negeri_Selangor

3. https://www.researchgate.net/publication/319351682_Perkembangan_Budaya_Pop

ular_dan_Perubahan_Sosio-

Budaya_Masyarakat_Pasca_Moden_Adaptasi_Budaya_Asing_Dalam_Perkahwinan_

Melayu

4. https://www.academia.edu/25491625/NILAI_DALAM_BUDAYA_MASYARAK

AT_MELAYU_Muada_bin_Ojihi_diselenggarakan_oleh_Rozali_Rajab

5. http://fauziteater76.blogspot.com/2013/07/masyarakat-dan-budaya-melayu.html

6.

You might also like