Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Zarit Azlina Bt Muslimin,

Sekolah Kebangsaan Cator Avenue,


30450 Leboh Cator
Ipoh 016-4102647

Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah,


Jabatan Pendidikan Negeri Perak,
Jalan Tun Abdul Razak,
30010 Ipoh,
Perak.
(u.p:En Razak ) 12 JUN 2019

Tuan,

RAYUAN UNTUK MENOLAK ARAHAN PERTUKARAN LUAR DAERAH PEGAWAI


PERKHIDMATAN PENDIDIKAN TAHUN 2019 (KEPERLUAN PERKHIDMATAN)

Merujuk kepada perkara diatas,saya ZARIT AZLINA BT MUSLIMIN (NO K/P: 840704-08-5842)
ingin membuat rayuan kepada pihak tuan untuk menolak keputusan pertukaran luar daerah ke
Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan,saya telah mendapat surat arahan untuk bertukar dalam
daerah ke Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu pada 10 JUN 2019 atas keperluan perkhidmatan
.Walaubagaimanapun saya menghadapi kesulitan keadaan yang tidak mengizinkan saya
meneruskan perkhidmatan di Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu.

3. Berikut adalah kekangan - kekangan yang saya hadapi untuk dipertimbangkan membuat
rayuan penolakan pertukaran dalam daerah ini.

1 Hubungan jarak jauh antara saya dan suami.


Saya terpaksa berjauhan dengan suami kerana beliau bekerja di Ipoh Perak dan
anak-anak saya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Al-Ummah, Chepor,
Ipoh, Perak di mana mereka memerlukan perhatian saya dan kasih sayang seorang
ibu.
2 Rumah sendiri di Ipoh.
Saya telah pun membeli rumah di Ipoh, Perak.
3 Ibu sudah tinggal dengan saya.
Selepas cuti penggal 1 2019, ibu saya telah duduk bersama saya di Ipoh dan
sekolah Cator Avenue berhampiran dengan hospital di mana senang untuk saya
berurusan untuk temujanji dengan doktor.

5. Saya merayu agar diberi pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan agar
meluluskan permohonan saya . Amatlah besar harapan saya agar permohonan saya
dipertimbangkan.
6. Bersama-sama ini saya lampirkan beberapa dokumen sokongan berkaitan maklumat diri,
suami dan anak untuk pertimbangan pihak tuan

 Sijil Nikah
 Geran Rumah

Sekali lagi saya merayu agar permohonan saya ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya.
Segala pertimbangan dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Moga
tuhan dapat membalas segalanya dengan rahmat.

Sekian.

Berkhidmat untuk negara,

___________________________
(Zarit Azlina Bt Muslimin)

840704-08-5842

You might also like