Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

ISI KANDUNGAN

Muka surat

1.0 GAMBAR TOK JANGGUT 2

2.0 PENDAHULUAN / BIODATA TOK JANGGUT 3

3.0 PERJUANGAN TOK JANGGUT 4

4.0 PENUTUP 7

1
2
PENDAHULUAN

Tok Janggut atau Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dilahirkan pada tahun

1850 di Kampung Saring, Mukim Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau dibesarkan di

Istana Jeram kerana ayahandanya berkhidmat sebagai Panglima kepada Tengku Seri

Maharaja Jeram. Beliau berpendidikan agama dan pernah berguru dengan Tuan Guru

Syeikh Ahmad Al Fatani di Mekah pada tahun 1327.

Tok Janggut dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Sultan Muhammad

IV yang mana bonda baginda diriwayatkan ialah adik-beradik ayah atau ibu Tok

Janggut. Ada riwayat mengatakan bahawa beliau ialah anak murid Tok Ku Paloh.

Beliau lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke

paras dada. Tok Janggut seorang penentang penjajahan British yang terbunuh

semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan. Beliau juga

merupakan seorang tokoh agama Islam yang telah berjaya menarik sokongan banyak

pengikut di Kelantan.

3
PERJUANGAN TOK JANGGUT

Tok Janggut merupakan seorang tokoh pejuang Melayu yang banyak

berjasa kepada Negara. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1909, pihak

British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa

pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan

telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara

faktor- faktor penentangan Tok Janggut ialah :

[a] British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani

membayar cukai tanah pada tahun 1915.

[b] Cukai kepala dikenakan sebanyak RM1.00 setahun.

[c] Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa

yang berbuah sebanyak 3 sen setandan, cukai pokok pinang, cukai daun sirih

sebanyak 5 sen sejunjung, cukai buah-buahan sebanyak 3 sen setahun dan cukai

terhadap ternakan lembu dan kerbau.

[d] Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar. Penduduk

yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda. Sikap biadap pengawal

British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.

[e] Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat

Islam berjihad menentang penjajah barat. Tok Janggut menyahut seruan tersebut

dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.

4
Perang Tok Janggut adalah detik awal penentangan terhadap sistem

pentadbiran British di Kelantan. Perang ini tercetus pada 29 Mei 1915 apabila berlaku

perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che Wan Sulaiman. Dengan

termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Kelantan telah jatuh di bawah naungan

kerajaan Inggeris. Kelantan pada masa itu dibawah pemerintahan Tuan Long Senik

Mulut Merah dengan gelaran Sultan Muhammad Shah IV. Pada 22 Oktober 1910,

kerajaan Inggeris telah membuat perjanjian dengan kerajaan Kelantan. Pihak

kerajaan Inggeris juga memperkenalkan institusi pentadbiran baru seperti balai polis

dan mahkamah di peringkat daerah termasuk juga di daerah Pasir Putih yang

sebelumnya dikenali sebagai Pangkalan Limbungan.

Lebih kurang pada tahun 1914, Abdul Latif seorang yang berasal dari

Singapura telah dilantik menjadi Ketua Daerah di daerah Pasir Putih. Abdul Latif telah

menguatkuasakan semua undang-undang cukai kerajaan Kelantan yang

membebankan penduduk. Penduduk yang enggan membayar cukai dikenakan

hukuman denda atau penjara. Disebabkan tenaga kerja yang terhad , ada pembayar

cukai termasuk Tok janggut terpaksa menunggu selama seminggu tetapi masih tidak

dapat membayar cukai. Ini menyebabkan mereka meninggalkan pejabat daerah itu

dan balik ke kampung masing-masing serta enggan membayar cukai yang dikenakan.

Keengganan membayar cukai tersebut menyebabkan Tok Janggut dan

pengikutnya disaman oleh pemerintah Pasir Putih dan dikehendaki hadir ke mahkmah

di Pasir Putih. Tetapi Tok Janggut dan pengikutnya enggan hadir ke mahkamah. Tok

Janggut dan penduduk di daerah Pasir Putih tidak mahu membayar cukai. Berita ini

akhirnya sampai kepada pengetahuan Ketua Daerah Abdul Latif yang telah

menghantar Sarjan Che Wan Sulaiaman untuk menangkap Tok Janggut.


5
Faktor lain yang mencetuskan penentangan Tok Janggut adalah kesan

daripada hasil tanaman yang tidak begitu menjadi kerana tanaman rosak pada tahun

1915. Faktor ketidakcekapan pengawai yang bertugas juga sering mengecewakan

penduduk yang datang untuk membayar cukai. Lazimnya pengawai-pengawai

tersebut banyak melakukan kekasaran. Tok Janggut sendiri terpaksa datang

beberapa kali untuk membayar cukai tetapi hampa. Selain itu faktor anti-orang luar

juga turut menjadi penyebab yang membawa kepada tercetusnya penentangan Tok

Janggut. Tindakan melantik orang luar dalam pentadbiran jajahan Kelantan juga

merupakan penyebab kepada kebangkitan Tok Janggut dan penduduk di Kelantan.

6
PENUTUP

Setelah berhadapan dengan kebangkitan dan penetangan Tok Janggut, pihak

pentadbir telah mengambil langkah lebih berhati-hati. Walaupun kebangkitan itu

ditumpaskan dengan Tok Janggut terkorban, akan tetapi penasihat British terpaksa

lebih menumpukan perhatian kepada pemodenan yang lebih umum kerana apa yang

telah berlaku telah menimbulkan kesulitan kepada kerajaan. Ia telah menjejaskan imej

pentadbir mereka.

Pelbagai langkah pembaharuan pentadbiran tanah yang lebih berkesan telah

dibuat bagi mengelakkan perasaan tidak puas hati dan penentangan rakyat. Corak

pentadbiran lebih longgar dan lebih cenderung mempertahankan ciri ketradisionalan

negeri Kelantan. Justeru itu, kebangkitan Tok Janggut menentang peraturan baru

yang dibuat menjadi pemangkin yang telah mempercepatkan lagi hasrat British untuk

melaksanakan apa yang telah dirancangkan untuk kebaikan penduduk Kelantan.

Pengajaran yang boleh kita perolehi dari perjuangan Tok Janggut ini ialah kita

harus mempunyai semangat perjuangan seperti Tok Janggut dan pejuang-pejuang

terdahulu yang berani dan tidak mudah berputus asa. Kita perlulah menghargai,

bersyukur, mencintai dan menjaga keamanan serta keharmonian negara kita supaya

tidak dijajah sekali lagi oleh pihak luar.

You might also like