Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

NAMA: ADAM MOH SIAN LUN

ANGKA GILIRAN: 2016151340052

REFLEKSI PERKONGSIAN PENGALAMAN TUAN HJ KHAMBALI DALAM


KONTEKS KAUNSELING KELUARGA

Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian


darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.Di Barat, keluarga didefinisikan
sebagai satu kumpulan manusia yang mempunyai hubungan darah atau pertalian sah
seperti perkahwinan dan pengambilan anak angkat. Banyak ahli antropologi
berpendapat istilah "darah" perlu difahami secara metaforik kerana banyak
masyarakat bukan Barat mempunyai konsep berkeluarga yang tidak bersandarkan
"darah".

Kaunseling keluarga ialah satu teknik psiko terapuetik untuk meneroka dan
mengubah masalah emosi masa kini yang saling berkait dalam sesebuah sistem
keluarga dengan membantu ahli-ahli di dalam sistem keluarga itu mengubah corak
interaksi mereka yang tidak berfungsi . Dalam proses kaunseling ahli-ahli keluarga
dibantu untuk memperbaiki perhubungan mereka antara satu sama lain. Perubahan
yang berlaku akan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan ahli-ahli keluarga.
Semasa proses kaunseling juga, ahli-ahli keluarga berhadapan dengan konflik dan
dibantu untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi secara produktif supaya ke dua-
dua individu dan keluarga berkembang, sejahtera dan 'subur'.

Tuan Hj Khambali dilahirkan di keluarga yang mempunyai 10 orang adik-


beradik iaitu sebanyak 10 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Tuan Hj
Khambali telah berkongsi cara dia mengasuh anak-anak beliau. Beliau telah memupuk
sikap baik iaitu tidak membazirkan duit dan membeli keperluan sahaja. Beliau akan
membekalkan anak-anaknya keperluan asas sahaja. Sebagai contoh, beliau akan
membeli baju yang perlu sahaja. Kalau anak ingin mendapatkan baju yang berjenama,
beliau menyokong juga tetapi perlu mengguna duit sendiri seperti gaji bekerja pada
masa cuti dan sebagainya.

Dalam konsep kaunseling keluarga, cara pengasuhan ibu bapa amat


mempengaruhi sikap anak-anak. Melalui Tuan Hj Khambali, anak beliau telah menjadi
seorang yang sangat bertanggungjawab terhadap perbelanjaan diri sendiri. Tuan telah
membuat akaun bank untuk setiap anak supaya mereka dapat keluar dan masuk duit
diri sendiri dan dapat belajar mengawal diri sendiri. Melalui benda ini, anak beliau juga
lebih bertanggungjawab kepada semua aspek bukan sahaja kewangan.
Selain daripada itu, Tuan juga menjadi suri teladan kepada anak-anaknya.
Cara berinteraksi dengan isterinya agak lain daripada lain. Dia akan menyerahkan
semua duit kepada isterinya dan isteri akan membantu dia dalam mengurus
kewangannya. Dalam aspek ini, dia juga menggunakan cara sendiri dengan
kerjasama isteri untuk memupuk tabiat tidak membazir duit. Sebagai contoh, dia
meminta RM150 setiap minggu daripada isterinya dan tidak akan minta lagi. Rm150
merupakan perbelanjaan seminggu dia, dia akan jimat dan membuat perancangan
untuk duit ini. Kalau duit terhabis maka dia tidak akan belanja lagi.

Ibu bapa merupakan tunjang dan teras keutuhan dalam suatu institusi
kekeluargaan. Tanpa mereka, anak-anak ini akan hanyut dalam arus kehidupan yang
penuh pancaroba ini. Atas dasar kesedaran inilah, ibu bapa haruslah peka dan lebih
prihatin untuk membimbing anak-anak ke arah kecemerlangan dalam kehidupan
mereka. Ayah lagi merupakan tunjang utama dalam sistem keluarga. Segala tindakan
dan sikap ayah akan memainkan peranan utama sebagai contoh kepada anak-anak
dalam keluarga. Anak-anak akan mencontohi dan mengamalkan dalam kehidupan
seharian. Ini sangat penting sekiranya seorang ayah tidak menunjukkan teladan yang
baik akan menyebabkan anak-anak membuat perkara yang tidak baik. Tetapi
sebaliknya, sekiranya ayahnya menunjukkan yang baik, anaknya pun akan
menunjukkan yang baik dengan syaratnya tiada gangguan luar seperti pergaulan
kawan yang kurang baik tingkah lakunya.

Selain itu, Tuan Hj Khambali merupakan seorang yang sayang kepada ibu
bapanya. Selepas ibu bapa beliau meninggal dunia, Tuan juga memasukkan duit ke
akaun bank ibu bapa dan menderma duit tersebut atas nama ibu bapanya. Tindakan
tesebut amat memberi satu contoh kepada saya. Walaupun ibu bapa sudah meninggal
dunia, kita rasa tiada cara lain sudah untuk membalas jasa ibu bapa tetapi ini
merupakan salah satu cara untuk membalas jasa ibu bapa kita semua.

Sebagai seorang ayah, Tuan Hj Khambali telah memastikan anak beliau


membuat latihan pada setiap hari. Beliau juga akan menyemak kerja rumah anak
beliau supaya anaknya menyiapkan kerja rumah yang diberi. Sekiranya mendapati
terdapat kesalahan, beliau akan merujuk kepada bahan rujukan supaya dapat
memberi apa yang betul kepada anaknya. Beliau juga menyatakan bahawa beliau
akan menyemak apa yang disemak oleh guru kelas.

Ibu bapa perlu menjadi rakan kepada anak-anak untuk membina keterbukaan,
bekongsi pandangan masalah dan perasaan masing-masing. Tuan Hj Khambali juga
memberi nasihat bahawa sebagai pendidik perlu mengajar tanpa mengira murid
tersebut anak siapa. Tuan Hj Khambali mempunyai dua orang anak angkat yang
berbangsa India. Tuan Hj Khambali mengajar mereka seperti subjek bahasa
kebangsaan dan matematik dan isteri beliau telah mengajar mereka subjek bahasa
Inggeris. Saya berasa terharu kerana mereka menggunakan hati untuk memberi
pendidikan kepada sesiapa yang diperlukan tanpa mengira latar belakang mereka.

Kesimpulannya, saya berasa sangat berterima kasih kepada En Ridzwan yang


menjemput Tuan Hj Khambali datang untuk berkongsi pegalaman beliau yang sangat
berharga. Hal ini juga sangat membantu kita dalam memahami konsep kauseling
keluarga serta mengetahui dengan lebih lanjutnya.

You might also like