Rujukan Umum

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Forum 2

Menurut Maslow (1970) makna leksikal ialah rujukan terhadap sesuatu kandungan
tertentu yang spesifik bagi perkataan hanya sebagai perbezaan dan sejumlah perkataan lain.
Beliau membezakan makna leksikal kepada 3 komponen iaitu hubungan dengan denotasi,
hubungan dengan kategori logik dan hubungan dengan makna konseptual dan konotatif.
Sebagai contoh, Adik memakai baju.

Menurut kamus dewan, makna denotasi merupakan makna yang eksplisit (dinyatakan
dengan jelas) berlawanan dengan konotasi. Ia merujuk kepada makna kamus atau makna
leksikal yang boleh diperoleh daripada bahan ilmiah seperti rencana, berita dan sebagainya.
Leech (1974) berpendapat bahawa makna denotasi merupakan konsep asas yang memainkan
peranan penting dalam membolehkan manusia memahami sesuatu perkara. Oleh itu, ianya juga
disebut sebagai makna sebenar atau makna langsung kepada perkataan. Sebagai contoh, Ibu
ayam sedang mengeram telurnya.

Makna konotasi pula adalah makna yang berpunca daripada akibat penilaian penutur
secara afektif dan emosional dan biasanya bersifat negatif. Sesuatu perkataan boleh bersifat
tersirat jika dilihat daripada makna konotasi. Sebagai contoh, Betina itu tidak berguna.
Makna konseptual merupakan makna khusus dalam sesuatu perkataan. Leech (1974)
mengatakan bahawa makna konseptual merupakan sesuatu yang asas atau pokok atau konsep
itu asas dalam komunikasi. Palmer (1992) pula mengatakan konsep merupakan sesuatu yang
menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran. Dengan kata lain
makna konseptual merupakan makna yang terdapat dalam kamus, makna yang sebenar, asli
dan merujuk pada acuan dasar sebuah kata. Sebagai contoh, Wanita itu sangat matang.

Makna gramatikal ialah bidang kajian semantik yang mengkaji makna yang hadir
daripada proses gramatikal seperti penyisipan, pengulangan, pemajmukan dan penggandaan.
Dengan kata lain makna gramatikal ialah makna yang timbul oleh proses gramatis yang
ditentukan dengan urutan kata, intonasi dan bentuk. Sebagai contoh, Adik berlari laju.

Makna afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya
berfikir. Jadi ucapan yang disampaikan berdasarkan nada, intonasi, dan tekanan yang
memungkinkan kita membuat interprestasi apa yang diucapkan dan kepada siapa diucapkan.
Sebagai contoh, Perasaan rindu emak kepada adik tidak dapat ditahan lagi.

Makna tematik ialah cara seseorang pengguna bahasa menyusun mesejnya mengikut
fokus atau tekanan dalam ujaran atau tulisannya. Ia merujuk kepada apa yang dikomunikasikan
dan fokus yang hendak disampaikan dalam mesej. Sebagai contoh, Nasi ditanak oleh kakak.

Makna Asosiatif menurut Leech (1976), ialah makna yang dimiliki oleh sebuah kata
dengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna refleksi dan
makna kolotatif. Sebagai contoh, Dia tidak mengetahui bahawa kekasihnya merupakan lelaki
buaya.
Makna gaya berkaitan dengan gaya sastera dan melihat bagaimana mencetuskan
estetika dalam karya sastera. Makna gaya merupakan cara atau ragam bahasa yang digunakan
dalam penulisan atau lisan atau cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya. Sebagai contoh,
Aisyah kembali ke dalam dirinya.

Makna peribahasa pula diertikan sebagai segala susunan cakap yang pendek dan yang
telah melekat di mulut orang ramai semenjak turun temurun kerana mempunyai maksud yang
mendalam. Sebagai contoh, Alah bisa tegal biasa.

You might also like