Kertas Kerja Guru Muda AJER

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SMK AGAMA JERLUN

KODIANG, KEDAH.

KERTAS KERJA
KECEMERLANGAN AKADEMIK
SPM 2020

Disediakan oleh :
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK AGAMA JERLUN, KEDAH.
2

PROGRAM GURU MUDA

PENDAHULUAN

Guru Muda adalah suatu program yang dirangka khas bagi membantu pelajar lemah setiap
subjek melalui rakan sebaya yang berprestasi baik bertindak sebagai Guru Muda untuk
membimbing mereka. Rasionalnya pemilihan Guru Muda dalam kalangan rakan sebaya
adalah kerana hanya mereka yang lebih memahami kebolehan dan minat, daya pemikiran,
masalah rakan sebaya, kaedah yang lebih sesuai serta tahap pemahaman mengikut umur
mereka.

MATLAMAT

Program ini bermatlamat untuk:


i. Meningkatkan kuantiti pencapaian cemerlang bagi sesuatu mata pelajaran.
ii. Menyediakan murid membuat persediaan lebih awal bagi menghadapi
peperiksaan SPM.
iii. Melahirkan golongan murid yang benar-benar dapat menguasai topik setiap
mata pelajaran yang diajar.
iv. Menjadikan Guru Muda sebagai tempat rujukan bagi murid lain semasa
ketiadaan guru sebenar.

OBJEKTIF

Melalui program ini diharapkan dapat:

i. Meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat A bagi sesuatu matapelajaran


yang terlibat dalam peperiksaan SPM.
ii. Mengenal pasti dan mengatasi kelemahan pelajar melalui ‘Pembimbing
Rakan Sebaya’.
iii. Memupuk semangat pelajar membantu rakan lain atas dasar “Mengajar
Sambil Belajar”
iv. Mewujudkan suasana “Tak Faham Sifar” kepada semua murid sebelum
menduduki peperiksaan SPM.
v. Mengeratkan silaturrahim antara murid dan memupuk semangat juang yang
tinggi antara kumpulan.
vi. Menggalakkan murid-murid untuk saling membantu antara satu sama lain.

SASARAN

i. Murid tingkatan 4 daripada 4 Imtiyaz, 4 Itqan, 4 Irfan, dan 4 Ihsan.

KONSEP DAN STRATEGI PELAKSANAAN

1. Guru Muda adalah pelajar pilihan yang mempunyai pencapaian terbaik bagi
mata pelajaran tersebut berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan
Tahun 2019. Namun guru subjek juga boleh mencalonkan calon yang
dirasakan lebih layak walaupun murid berkenaan tidak mendapat pencapaian
yang baik pada PPT 2019 lepas.
2. Seramai 5 hingga 10 orang Guru Muda dipilih bagi setiap mata pelajaran.
3. Sesi penyampaian pelantikan akan dibuat di dalam satu Majlis Penyampaian
Watikah Guru Muda 2019 pada 7 Julai 2019 ( Ahad ). Guru Muda yang terpilih
akan menerima sijil yang menandakan mereka merupakan Guru Muda bagi
mata pelajaran tertentu.
3

4. Senarai nama Guru Muda akan dibuat siaran di setiap kelas supaya pelajar
maklum dan boleh merujuk Guru Muda yang dikehendaki di luar waktu PdP.
5. Guru Muda diberi bimbingan awal oleh guru subjek untuk lebih menguasai
topik tertentu. Guru Muda diberi bimbingan lebih awal oleh guru mata
pelajaran dengan penggunaan Modul, pelbagai bahan pembelajaran, soalan
topikal, latih tubi dan sebagainya.
6. Bahan pembelajaran yang akan digunakan oleh Guru Muda perlu disediakan
oleh guru atau murid sendiri (dengan bimbingan guru) Bahan-bahan ini
perlulah mudah diakses bila-bila masa dan di mana sahaja.Guru Muda
ditugaskan untuk membimbing rakan-rakan dalam kumpulan semasa sesi
kelas, kelas ganti, prep atau sepanjang masa apabila diperlukan.

TEMPOH PELAKSANAAN

TARIKH SPM : 7 Julai – 22 November 2019


TEMPAT : Kelas Masing-Masing / Dewan / mengikut kesesuaian
MASA : Mengikut keperluan yang bersesuaian

ATURCARA:

i. Sesi dijalankan mengikut jadual kelas, kelas ganti, kelas tambahan petang, prep
malam yang telah ditetapkan dan mengikut keperluan.
ii. Guru Subjek boleh menentukan topik atau bahan edaran bagi setiap sesi yang
akan dijalankan olah Guru Muda.
iii. Guru Subjek sebagai pemantau semasa sesi berjalan serta menegur atau
menambah kekurangan.
iv. Guru Muda bersama-sama membincangkan topik yang telah ditentukan oleh
Guru Subjek.
v. Guru Muda bersama membina Nota Ringkas @ Peta Minda di akhir sesi.
vi. Guru Subjek memberi penilaian dan tandatangan senarai kehadiran.

MATA PELAJARAN TERLIBAT :

i. SPM – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Sejarah, Matematik,


Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Pendidikan Quran Sunnah, dan
Pendidikan Syariah Islamiah.

ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 Kain Rentang / Banting RM 100.00


_________
Jumlah RM 100.00

SUMBER KEWANGAN

PCG Bimbingan & Kaunseling RM 100.00


4

JAWATANKUASA KERJA GURU MUDA 2015

Pengerusi : Pn Hjh Napisah Bt Hj Salleh (Pengetua)


Timbalan Pengerusi : Tn Hj Pisal Bin Abu Sepian ( PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Tn Hj Mansor Bin Wahab ( PK HEM )
Naib Pengerusi II : Tn Hj Alawi Bin Abdul Kudus ( PK KOKO )
Setiausaha :
Setiausaha Kemajuan Akademik :
Penyelaras :

AJK:
1. Semua GKMP
2. Guru-Guru Mata Pelajaran SPM

2. PENUTUP:

Semoga dengan adanya Program Guru Muda ini, adalah diharapkan dapat membantu pihak
sekolah, panitia, guru-guru dan diri pelajar sendiri dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti
kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran. Sesuai dengan nama Guru Muda, secara
tidak langsung pelajar yang dilantik sebagai Guru Muda menyedari tanggungjawab yang
perlu dipikul bagi memastikan diri sendiri dan rakan-rakan menguasai setiap mata pelajaran
dengan baik seterusnya berjaya dengan cemerlang dalam setiap mata pelajaran yang
dipelajari.

Melalui program ini, pihak sekolah akan memberikan sumbangan kepada Guru Muda
dan ahli kumpulan yang berjaya mengekalkan pencapaian cemerlang dalam setiap ujian
atau peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah mahupun di peringkat negeri.

“Kemurahan hati yang sebenar adalah melakukan perkara yang baik untuk seseorang yang
tidak pernah dia menyedarinya.”

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

...................................... ...........................................
Ezzatul Hakimah Bt Rodzi
GBKSM
SMK Agama Jerlun
5

SMK AGAMA JERLUN


KEDAH

BORANG PENCALONAN GURU MUDA

SYARAT : Mencapai keputusan yang baik di dalam peperiksaan ataupun menunjukkan


kecemerlangan pencapaian pembelajaran di dalam kelas. Mempunyai ciri-ciri mampu
menyampaikan maklumat dengan baik merupakan kelebihan. Calon dipilih tidak lebih daripada 10
orang Guru Muda untuk 1 subjek tanpa mengambil kira kelas guru muda tersebut.

NAMA GURU : ______________________________________________________


MATA PELAJARAN : ______________________________________________________
TINGKATAN : ______________________________________________________

NO NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN


1
2
3

*Sila pulangkan borang ini kepada Cik Ezzatul selewatnya Selasa 2 Julai 2019
6

You might also like