Apakah Itu Perpaduan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Tugasan 1

Usaha-usaha KPM yang Berjaya dilaksanakan

Apakah itu perpaduan? Perpaduan dapat didefinisikan sebagai satu proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan membanggakan tanah air.
(Kamus Dewan,1994) mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan
dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya Hj. Samat Buang
(2003) mentakrifkan perpaduan sebagai satu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan
pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju. (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2017)Demi memupuk perpaduan Kementerian Pendidikan Malaysia, (KPM) telah melaksanakan
banyak usaha untuk memupuk perpaduan dan integrase nasional. Persoalannya, apakah strategi
yang dirancang oleh KPM telah berjaya dilaksanakan?

Antara strategi yang dilaksanakan oleh KPM ialah dasar pendidikan-falsafah pendidikan
kebangsaan, akta bahasa kebangsaan, dasar kebudayaan kebangsaan dan dasar sukan alat
perpaduan. Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan
kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu
sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Persoalannya,
bagaimanakah dasar ini membantu memupuk perpaduan? Berikutnya merupakan cara KPM
memupuk perpaduan. Pertamanya, KPM mewujudkan sistem persekolahan yang sama bagi
semua. Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum
menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai
bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar
pendidikan kerajaan sehingga kini dan bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua
peringkat sekolah. Selepas itu, bahasa kebangsaan telah dijadikan sebagai bahasa pengantar
utama. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan
yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini telah mempercepatkan
lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini.

Selain itu, kurikulum yang sama juga dilaksanakan oleh KPM bagi semua peringkat sekolah.
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan
yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan
kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari
segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan
untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang
berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih.

Bukan itu saja, KPM juga meyukatan pelajaran yang seragam di semua peringkat sekolah.
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah
dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan
negara. Dalam dasar ini, mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat
pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan
perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan
adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia bagi setiap kaum
di Malaysia hampir sama dan tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.

Seterusnya, KPM juga menyeragamkan peperiksaan yang seragam seperti Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada semua
peringkat sekolah. Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah
telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan
adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah
terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses
menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

Di samping itu, AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu telah dilaksanakan oleh KPM untuk memupuk perpaduan. Akta ini diluluskan pada tahun
1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang
termaktub dalam perlembagaan dan menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada
tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang
digunakan di mahkamah pada 1990. Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa
perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa
curiga.

Bukan itu saja, KPM juga melancarkan dasar kebudayaan kebangsaan bagi memupukan
perpaduan. Dasar ini telah menjadi panduan pembentukan dan pengekalan identiti rakyat
Malaysia. Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui
kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada
tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu,
tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan dan meningkatkan kualiti kehidupan
rakyat Malaysia.

Seterusnya, KPM juga melancarkan dasar Sukan alat perpaduan. Dasar ini bertujuan untuk
menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) yang
ditubuhkan pada peringkat sekolah dan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah contoh dasar
ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan antara negeri.

Tambahan pula, KPM juga melancarkan dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar ini berlancar pada 2 Julai
2011. (Rujuk gambar 1.0)

Gambar 1.0 Keratan akhbar Berita Harian


Dasar ini bermatlamat untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah
dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Selain
daripada itu, dasar ini juga bermatlamat untuk membangunkan sukan sekolah ke arah,
meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah
dan memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap
yang lebih tinggi. Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif
dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Keadaan ini memberi peluang untuk
memupuk perpaduan di antara kaum atas semua kaum terlibat dalam aktiviti sukan. Gambar
1.1dan 1.2 di bawah menunjukkan suasana semasa dasar ini dilancarkan di sekolah. (Sila rujuk
rujukan nombor 4).

Gambar 1.1
Gambar 1.2

Seterusnya, KPM juaga melaksanakan Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) untuk menupuk perpaduan. Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan ini
bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara murid-murid pelbagai kaum melalui aktiviti yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah. Program Sambutan Hari Raya di peringkat sekolah
umpamanya merupakan satu program RIMUP yang hebat dalam usaha memupuk perpaduan.
Melalui aktiviti ini, murid-murid Cina dan India berpeluang mempelajari dan mengalami sendiri
budaya masyarakat Melayu ketika menyambut perayaan hari raya. Contohnya, murid-murid
lelaki Cina dan India begitu tampan mengenakan baju Melayu lengkap bersamping, manakala
yang perempuannya pula manis mengenakan baju kurung dan berkebaya. Murid-murid juga
bekerjasama menyiapkan kerja-kerja untuk memastikan sambutan berjalan lancar.
Cadangan strategi dan aktiviti holistik bagi menangani isu perpaduan

Perpaduan sememangnya amat penting dalam membangunkan dan menjayakan sesebuah


negara. Oleh itu, pelbagai cara harus dilakukan oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan ini.
Antara langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah melancarkan kempen yang memupuk
dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional seperti kempen yang dilancarkan
sebelum ini iaitu Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional serta Kempen Budi Bahasa
Budaya Kita. Tujuan kempen ini dilancarkan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar,
memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan pelajar.
Bukan itu saja, kempen ini dilancarkan juga adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya
berbudi bahasa seperti amalan menghormati adat resam dan kebudayaan kaum lain dapat
diwujudkan dalam kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Hal ini demikian kerana
perpaduan dapat diwujudkan apabila setiap kaum mempunyai fahaman terhadap budaya, agama
antara satu sama lain. Perpaduan juga dapat dieratkan lagi apabila semangat hormat
menghormati, saling membantu dapat disemai dalam sanubari pelajar.

Selain itu, perpaduan juga boleh dipupuk melalui aktiviti sukan. Sukan merupakan aktiviti yang
sangat penting di sekolah-sekolah. Dalam usaha-usaha KPM telah memberi banyak peluang
untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, Dasar 1 Murid 1 Sukan
telah dilancarkan sebelum ini. Dasar sebegini harus diteruskan dan usaha perlu ditingkatkan lagi
oleh kerajaan. Sebagai contoh, Dasar 1 Murid 3 Sukan perlu dilancarkan oleh KPM pada masa
hadapan. Dalam Dasar 1 Murid 3 Sukan ini, pelajar diwajibkan menyertai rumah-rumah sukan,
dan 2 sukan yang lain. Rumah-rumah sukan dibentuk dengan ahlinya terdiri daripada murid-murid
berbilang kaum dan mereka dilatih bersama-sama sebagai satu pasukan untuk mencapai satu
impian iaitu memastikan rumah sukan mereka menang dalam acara Sukan Tahunan di sekolah
ataupun di peringkat daerah, mahupun di peringkat kebangsaan. Contohnya, di sekolah ada
rumah sukan Laksamana, Bendahara, Bentara dan sebagainya. Semangat kesukanan tanpa
mengira batas kaum ini sudah pasti memupuk sikap sayang-menyayangi dan hormat-
menghormati antara murid-murid yang berbilang kaum.

Bukan itu saja, dalam Dasar 1 Murid 3 Sukan ini pelajar telah diberi peluang yang lebih banyak
untuk menyertai sukan yang mereka sukai. Oleh itu, sukan yang kurang diberi peluang seperti
berenang, Laccrosse, Floorball, Woodball dan sebagainya harus diberi peluang kepada pelajar.
Oleh itu, kerajaan harus membina padang atau kolam renang dalam sekolah bagi pelajar supaya
mereka dapat menyertai sukan dan mempunyai pengalaman yang luar biasa. Hal ini demikian
kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan program ini yang boleh
memupuk perpaduan kaum.

Di samping itu, kerajaan harus mengubah sistem pelajaran dan pembelajaran. Kerajaan harus
melancarkan dasar pendidikan yang memberi banyak aktiviti di dalam kelas. Hal ini demikian
kerana aktiviti di dalam kelas seperti perbincangan dalam kumpulan turut memainkan peranan
menyemai nilai-nilai perpaduan dalam sanubari murid-murid yang masih mentah. Guru-guru
mesti memastikan setiap kumpulan dianggotai oleh murid-murid berbilang kaum. Melalui aktiviti
kumpulan ini, murid-murid akan belajar nilai bekerjasama, tolong-menolong, bertolak-ansur dan
hormat-menghormati dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Contohnya, dalam
menyiapkan tugasan Bahasa Melayu, mereka akan bekerjasama mengumpul isi-isi, saling
bertukar idea dan pendapat, bersatu-hati memastikan tugasan dapat disiapkan sebaik mungkin
mengikut tarikh yang ditetapkan dan seterusnya mendapat pujian dan penghargaan daripada
guru. Jelaslah, melalui aktiviti berkumpulan ini murid-murid dapat mengamalkan semangat
bersatu-padu tanpa mengira kaum. Aktiviti seumpama ini mesti terus dipraktikkan di sekolah
sebagai usaha untuk mencapai aspirasi perpaduan kaum, bak kata pepatah “kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.

Tambahan pula, kerajaan harus menitikberatkan terhadap mata pelajaran Sejarah yang dapat
memberi penghayatan kepada pelajar. Perpaduan dapat disemai dalam kalangan pelajar melalui
penghayatan dan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia. Perasaan ini dapat dipupuk ketika
guru mengajar mata pelajaran Sejarah atau melalui aktiviti kuiz kenegaraan atau Larian Jalur
Gemilang. Oleh itu, kerajaan harus mewajibkan pelajar lulus dalam mata pelajaran Sejarah sama
ada dalam STPM, SPM atau PT3 supaya pelajar akan memberi masa terhadap subjek ini atas
mereka takut gagal dalam peperiksaaan. Keadaan ini dapat meningkatkan perpaduan pelajar
antara kaum atas mereka mengetahui bahawa kemerdekaan sesebuah negara perlu melalui
proses yang amat susah. Kita juga dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum dengan cara
memupuk dan menghayati semangat setia kawan, tolak ansur dan toleransi di sekolah. Keadaan
ini dapat dicapai ketika menyambut perayaan pelbagai kaum di Malaysia dan sekali gus
menimbulkan sentimen perpaduan dan semangat bekerjasama.

Seterusnya, aktiviti bergotong-royong harus sering dijalankan di sekolah untuk membantu


menyemai semangat perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum di sekolah. Sebagai
contoh, dalam kegiatan bergotong-royong menceriakan dan membersihkan kelas atau kawasan
sekolah, murid-murid akan belajar nilai bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugas bak kata
pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Murid-murid akan bekerjasama
mengelap cermin tingkap, menanam pokok bunga, membuang sampah, mengecat dinding dan
sebagainya. Oleh itu, secara tidak langsung aktiviti ini akan mewujudkan perpaduan dalam
kalangan murid berbilang kaum.

Bukan itu saja, aktiviti kokurikulum di sekolah juga dapat memupuk semangat perpaduan. Pihak
sekolah perlu memastikan penglibatan murid berbilang kaum dalam aktiviti kelab, persatuan dan
badan-badan beruniform. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum ini mampu memupuk sikap
saling bekerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati serta bersatu–padu. Contohnya, dalam
aktiviti perkhemahan Pengakap, ahli-ahli akan bekerjasama mendirikan khemah, memasak
makanan, melakukan aktiviti berkumpulan membina gajet dan sebagainya. Hal ini akan memupuk
semangat muhibbah dalam kalangan murid berbangsa Cina, Melayu dan India. Oleh itu, kegiatan
kokurikulum sebenarnya satu alat yang sangat berkesan untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan murid di sekolah.

Di samping itu, rancangan aktiviti-aktiviti dalam program Rancangan Intergrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) yang dilaksanakan oleh pihak kementerian pelajaran di sekolah-sekolah
harus terus dijalankan. RIMUP ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara murid-murid
pelbagai kaum melalui aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Program Sambutan Hari
Raya di peringkat sekolah umpamanya merupakan satu program RIMUP yang hebat dalam
usaha memupuk perpaduan. Melalui aktiviti ini, murid-murid Cina dan India berpeluang
mempelajari dan mengalami sendiri budaya masyarakat Melayu ketika menyambut perayaan hari
raya. Contohnya, murid-murid lelaki Cina dan India begitu tampan mengenakan baju Melayu
lengkap bersamping, manakala yang perempuannya pula manis mengenakan baju kurung dan
berkebaya. Murid-murid juga bekerjasama menyiapkan kerja-kerja untuk memastikan sambutan
berjalan lancar. Justeru, program RIMUP memang dapat memenuhi aspirasi memupuk
perpaduan melalui penglibatan murid pelbagai kaum dalam acara-acara yang diatur oleh pihak
sekolah.
Kesimpulan

Kesimpulannya, KPM haruslah melaksanakan strategi yang saya cadangkan di atas. Pelbagai
aktiviti boleh dilaksanakan di sekolah dalam usaha memupuk perpaduan kaum dalam kalangan
murid-murid. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang
teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh
tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh KPM sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan
integrasi nasional akan tercapai.
Rujukan

1. B.Gazali, M. A. (2010, Jun 1). LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN


DAN INTEGRASI NASIONAL . Dipetik 2017, Mac 24 daripada
http://azahargazali.blogspot.my/2010/06/langkah-langkah-untuk-memupuk-
perpaduan.html
2. Dasar . (2016, Disember 19). Dipetik 2017, Mac 24 daripada Portal Rasmi Kementerian
Pendidikan Malaysia: http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar
3. Dasar-Dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan . (2008, November 14 ). Dipetik
2017, Mac 24 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/nkra/11743-dasar-
dasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.html
4. Jerantut, S. P. (2012, Julai 20). KERATAN AKHBAR SENAMROBIK 1M1S SK KOTA
GELANGGI 1. Dipetik 2017, Mac 24 daripada
http://sukanppdjerantut.blogspot.my/2012/07/keratan-akhbar-senamrobik-1m1s-sk-
kota.html
5. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017, Februari 28). Dipetik 2017, Mac 24 daripada
Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pendidikan_Malaysia

You might also like