Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

SEMESTER JANUARI / 2017

HBEM 3403

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

NO. MATRIKULASI : 790810075442002


NO. KAD PENGNEALAN : 790810075442
NO. TELEFON : 011 15154669
E-MEL : fazikrina@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SEBERANG JAYA


HBEM 3403

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

BAB SATU : PENGENALAN

1.0 Pengenalan 2

BAB DUA : METADOLOGI KAJIAN

2.0 Rekabentuk, Kawasan dan Instrumen Kajian 4

BAB TIGA : HURAIAN BERKAITAN STRUKTUR


PENTADBIRAN & ELEMEN KEWANGAN

3.0 Huraian Berkaitan Struktur Pentadbiran dan Elemen Kewangan 6

BAB EMPAT : HURAIAN BERKAITAN PENTADBIRAN


PANJAR WANG RUNCIT

4.0 Huraian Berkaitan Pentadbiran Panjar Wang Runcit 11

BAB LIMA : ANALISIS TERHADAP STRUKTUR


PENTADBIRAN KEWANGAN & WANG PANJAR

5.0 Analisis terhadap struktur pentadbiran 13

KESIMPULAN 16

RUJUKAN 18

1
HBEM 3403

1.0 PENGENALAN

Dalam mana-mana organisasi, pengurusan kewangan merupakan satu aspek penting


yang menjadi keutamaan. Bahkan, perkara ini boleh dianggap sebagai nadi penggerak
kepada setiap perancangan dan program yang akan dijalankan sepanjang tahun. Pendapat
ini disokong oleh Soaib Asimiran (2003) yang menyifatkan sumber kewangan sebagai
faktor penentu dan pengawal utama kepada sistem pengurusan organisasi sekolah. Ini
kerana setiap aktiviti yang dirancang memerlukan kos atau perbelanjaan yang besar
untuk menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan untuk menjayakan sesuatu
aktiviti yang akan atau sedang diadakan.
Tujuan sesebuah organisasi ditubuhkan adalah untuk mengeluarkan barangan atau
perkhidmatan untuk mencapai matlamat organisasi tersebut sama ada untuk mendapatkan
keuntungan mahupun untuk kebajikan ahli (Mosley et al., 2008). Bagi mencapai maksud ini,
pengurusan dalam organisasi perlu dibentuk dengan berdasarkan menggabungjalin sumber-
sumber yang ada seperti sumber-sumber manusia, sumber-sumber fizikal dan sumber-sumber
kewangan. Pernyataan ini disokong oleh Zaidatol Akmaliah (1990) yang menyatakan
pengurusan adalah satu cara bagi mencapai matlamat melalui pengendalian input–input yang
terdiri daripada kakitangan, kewangan, bahan mentah dan teknologi dengan tepat. Begitu juga
dengan Stoner et al. (1995), Knight (1983) dan Thierauf et al. (1977) yang bersependapat
dengan takrifan pengurusan tersebut. Stoner et al. (1995) menyatakan pengurusan adalah satu
proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal kerja ahli-ahli organisasi dan
menggunakan sumber-sumber organisasi yang ada untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan. Manakala, Thierauf et al. (1977) pula menyatakan bahawa pengurusan adalah satu
proses meletakkan input ke dalam sesebuah organisasi melalui perancangan, pengelolaan,
pengarahan dan pengawalan bagi menghasilkan output yang diingini oleh pelanggan dan
dapat mencapai matlamat organisasi. Knight (1983) pula menyatakan bahawa pengurusan
adalah satu proses merancang, membahagi sumber, menyusun atur, menempatkan pekerja
pada bahagian yang sesuai, mengawal sumber organisasi dan menyelesaikan masalah.
Steiss (2003) pula mendefinisikan pengurusan kewangan sebagai satu perancangan
menyeluruh yang meliputi pelbagai bentuk urusan seperti barangan, perkhidmatan,
aktiviti dan termasuk juga projek kecil mahupun projek mega. Pengurusan kewangan
merupakan satu bidang yang memerlukan kebijaksanaan dan integriti pihak pentadbir
terutamanya ketua organisasi atau guru besar dan pengetua jika di sekolah. Tidak

2
HBEM 3403
terkecuali juga keseluruhan warga organisasi atau sekolah itu sendiri. Sejajar dengan itu,
pengurusan kewangan haruslah diurus dengan cekap dan bersistematik seperti yang telah
ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. Kemampuan pengerusi atau guru dan pengetua
memahami perkara berkaitan kewangan dengan lebih teliti dan mendalam membolehkan
organisasi atau sekolah menyediakan perancangan perbelanjaan dengan lebih terperinci
agar dasar perancangan kerja dan tugas-tugas pengurusan dapat dibentuk dan diagih.
Pengurusan kewangan yang bersistematik sudah pasti memberi impak positif terhadap
perjalan pengurusan organisasi atau sekolah secara keseluruhannya. Bahkan, pengurusan
kewangan yang berkesan dapat mengelak sebarang pembaziran dan penyelewengan
daripada berlaku. Pendapat ini disokong oleh Zaidatol Akmaliah (2001) yang
berpendapat kerjasama antara pihak pentadbir dan para guru di sekolah begitu penting
dalam setiap rancangan, pengurusan dan pengawalan kewangan untuk mencapai kejayaan
sesebuah sekolah.
Walau bagaimanapun, kadang kala pengurusan kewangan juga menggunakan istilah
pentadbiran kewangan. Dalam hal ini, Dimmock dan Walker (1998) menyatakan bahawa
pentadbiran adalah satu proses apa dan bagaimana sesebuah organisasi dikendalikan.
Pendapat ini disokong oleh Caldwell dan Spinks (1998a) yang menyatakan pentadbiran
kewangan adalah bagaimana wang boleh digunakan sebaik mungkin untuk menjalan operasi
sesebuah organisasi. Begitu juga Valente dan Valente (2001) yang mentakrif pentadbiran
kewangan sebagai tatacara atau langkah-langkah bagaimana wang di belanjakan dengan
efisien. Manakala, Coleman dan Anderson (2000) pula telah mengkategorikan pentadbiran
kewangan kepada beberapa proses yang melibatkan aktiviti merancang, melaksana,
mengkoordinasi, mengawal dan menilai sumber-sumber kewangan. Garner (2004) memberi
tafsiran yang lebih khusus kepada pentadbiran kewangan. Menurutnya, pentadbiran
kewangan termasuklah mengurus belanjawan, mengurus terimaan dan pungutan, pengurusan
pembelian dan perolehan, perbelanjaan dan pembayaran, pengurusan perakaunan dan
pengauditan dan pengurusan aset. Manakala, OUM (2008) pula membahagikan pentadbiran
kewangan kepada enam aspek utama iaitu terimaan dan pungutan, pengurusan aset, perolehan
dan pembelian, perbelanjaan dan pembayaran, belanjawan dan terakhir adalah akaun dan
audit.
Berdasarkan perbincangan di atas, pengkaji berpendapat bahawa pengurusan
kewangan dan pentadbiran kewangan adalah merupakan aktiviti yang hampir sama dan
pentadbiran dilihat adalah sebahagian daripada pengurusan kerana pengurusan bukan sahaja
melibatkan langkah-langkah dan prosedur tetapi juga melibatkan sumber-sumber lain.

3
HBEM 3403
Pernyataan ini disokong oleh Zaidatol Akmaliah (1990) yang menyatakan bahawa takrifan
pengurusan dengan pentadbiran tidak banyak berbeza tetapi pengurusan lebih menekankan
pengurusan input-input organisasi.
Dalam konteks kajian ini, definisi pengurusan kewangan sekolah dirumuskan sebagai
satu proses untuk merancang, mengelola, mengarah, mengawal, mengagihkan tugas dan
menggembleng sumber-sumber kewangan organisasi yang ada bagi mencapai matlamat
organisasi berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Aktiviti-
aktiviti pengurusan kewangan termasuklah pengurusan terimaan dan pungutan, pengurusan
buku tunai dan panjar wang runcit, pengurusan perbelanjaan dan bayaran, pengurusan
penyata kewangan tahunan, pengurusan stor dan aset kerajaan dan pengurusan buku vot dan
buku tunai cerakinan. Pernyataan ini adalah bersandarkan kepada Caldwell dan Spinks
(1998a), Coleman dan Anderson (2000), Mosley et al., (2008), Thierauf et al. (1977), Truman
(1995), Valente dan Valente (2001) dan Zaidatol (1990).

2.0 REKABENTUK, KAWASAN DAN INSTRUMEN KAJIAN

Terdapat empat pendekatan kajian kualitatif yang biasa digunakan iaitu kajian
tindakan, kajian kes, etnografi, dan grounded theory (Locke & Golden-Biddle, 2004). Kajian
ini memilih pendekatan kajian kes. Kajian kes mempunyai fokus kajian yang lebih pelbagai
daripada kaedah lain kerana ia lebih bergantung kepada penyatuan atau proses yang
dipelajari. Kajian kes menghasilkan suatu keterangan kes yang mendalam yang kemudian
boleh digunakan untuk tujuan analisis lebih mendalam, misalnya untuk menyokong sesuatu
teori. Kaedah kajian kes juga tidak mempunyai tuntutan untuk berpegang pada perspektif
teori tertentu, berbeza dengan kaedah lain yang berpegang pada berbagai perspektif teori.
Kajian rintis ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang struktur pentadbiran
kewangan dan elemen atau aktiviti kewangan sekolah menengah pilihan, pentadbiran Panjar
Wang Runcit dan seterusnya membuat pinilaian kritikal tentang aspek pentadbiran kewangan
sekolah terbabit.
Kaedah persampelan rawak mudah digunakan di mana kes atau subjek dalam populasi
mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih. Responden yang ditemubual ialah
seorang Pengetua, guru Penolong Kanan 1 dan kerani kewangan yang bertanggungjawab
terhadap pengurusan kewangan di SMK Amanah iaitu Puan Bedah (nama samaran) dari
sebuah sekolah menengah dalam kawasan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Sekolah yang
terpilih merupakan sekolah harian biasa dengan murid seramai 607 dan 780 orang. Di sinilah

4
HBEM 3403
penggunaan seorang responden boleh dijustifikasikan, dimana kajian-kajian kes umumnya
menggunakan strategi persampelan bertujuan dan subjek yang dijadikan sampel tidak perlu
banyak tetapi yang terpenting adalah yang paling mewakili terhadap isu yang dikaji (Locke &
Golden-Biddle, 2004). Dalam kes yang hanya menggunakan seorang individu sahaja sebagai
peserta kajian, pemerhatian mendalam perlu dilakukan ke atas individu tersebut dan individu
lain yang berinteraksi dengan individu tersebut (Chua, 2011). Dalam kajian ini, individu lain
yang berinteraksi dengan peserta kajian
Kajian ini menggunakan kaedah temubual, rujukan dokumen dan pemerhatian untuk
memperoleh data mengenai pelaksanaan dan pentadbiran, isu dan masalah dihadapi serta cara
mengatasi masalah pengurusan kewangan di sebuah sekolah menengah yang dikaji. Soalan-
soalan temubual telah dibina oleh pengkaji sendiri bagi mengenal pasti taraf pengurusan
kewangan sekolah, pelaksanaan pengurusan kewangan, masalah dihadapi dan cara mengatasi
masalah. Idea item soalan adalah dengan merujuk kepada kajian yang dibuat oleh Shahril
Marzuki (Shahril@Charil Marzuki, 1993).
Kajian kes ini menggunakan tiga prosedur pengumpulan data iaitu instrumen
temubual separa berstruktur, rujukan dokumen dan pemerhatian. Kesahan dan
kebolehpercayaan kajian kes ini ditentukan melalui triangulasi, iaitu menggunakan kaedah
jamak untuk sumber data, mengumpul data, teori, atau penyelidik (Johansson, 2003;
Theranou, Donohue & Cooper, 2007). Sebagai usaha untuk memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan data, seorang kerani kewangan diminta membuat verifikasi data bertulis
(dokumen) yang dipungut. Perolehan data daripada bukti dokumen membolehkan pengkaji
menambah, membanding dan memperkukuhkan data-data. Data daripada dokumen penting
bagi membuat triangulasi antara teknik pengutipan data, dimana datanya dapat menyokong
dan menambah bukti daripada pelbagai sumber dan membantu mengesahkan maklumat yang
diperolehi melalui temubual. Verifikasi data daripada dokumen dibuat untuk membandingkan
persamaan dan perbezaan yang wujud berkenaan maklumat yang diperolehi. Ini dilakukan
melalui verifikasi data oleh peserta kajian. Menurut Patton (1987), triangulasi dengan sumber
bermaksud membandingkan dan memeriksa semula tahap kepercayaan sesuatu maklumat
yang diperolehi melalui masa dan alat yang berbeza dalam kajian.
Data-data yang diperolehi daripada temubual, bukti dokumen dan pemerhatian
dianalisis secara kualitatif. Bagi temubual, data yang diperolehi melalui catatan serta perakam
suara dianalisis secara deskriptif. Pengkaji mengumpul pendapat, pemikiran, pandangan dan
pengalaman dalam bentuk pernyataan langsung daripada peserta kajian sendiri. Menerusi
pemerhatian, catatan berkenaan perlakuan bukan lisan yang ditunjukkan oleh responden

5
HBEM 3403
ketika ditemubual juga dibuat. Data dikelompokkan kepada tema-tema tertentu. Bagi
memastikan kesahihan analisis data yang dikelompokkan kepada tema, verifikasi data oleh
peserta kajian dilakukan. Huraian bersifat deskriptif digunakan bagi menghuraikan hasil
temubual yang telah dilaksanakan.
Pengkaji juga menggunakan nama samaran untuk responden dan sekolah bagi
menganalisis data dan membentangkan dapatan kajian. Ini adalah bagi menghormati dan
mengelakkan responden daripada menghadapi ancaman (Murphy & Dingwall, 2001).

3.0 HURAIAN BERKAITAN STRUKTUR PENTADBIRAN & ELEMEN


KEWANGAN

Di Malaysia, penyediaan pendidikan kepada masyarakat merupakan tanggungjawab


utama kerajaan persekutuan. Kerajaan memberi tumpuan yang tinggi terhadap bidang
pendidikan yang merupakan pemacu pembentukan modal insan yang berinovatif dan berdaya
saing menjelang wawasan 2020. Sekolah ialah institusi awam yang dipertanggungjawabkan
untuk melaksanakan program pendidikan negara berlandaskan dasar dan falsafah yang telah
ditetapkan. Pembiayaan pendidikan di Malaysia adalah tanggungjawab kerajaan pusat
melalui Kementerian Pelajaran Malaysia di mana kerajaan persekutuan Malaysia memastikan
setiap tahun semua sekolah mendapat bantuan persekolahan. Menurut Husaina Banu
Kenayathulla (2014), sejak kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah mengekalkan tahap
pelaburan yang tinggi dalam pendidikan. Secara umumnya, sekolah merupakan input kepada
pembangunan Negara Malaysia. Pembiayaan dalam pendidikan semakin ditekankan kerana ia
dapat meningkatkan pencapaian prestasi pelajar dan pertumbuhan ekonomi (Saedah Siraj,
Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd. Radzi, 2008). Di Malaysia, kerajaan memberi
peruntukan persekolahan berdasarkan bilangan murid. Menurut Shahril @ Charil Marzuki
(2005), peruntukan wang kerajaan adalah berdasarkan bilangan pelajar sesebuah sekolah dan
tidak menurut keperluan sekolah.
Teori yang seiring dengan pengurusan kewangan sekolah adalah teori pengurusan
kewangan kerajaan daripada Gerald Miller. Menurut teori ini, seorang pengurus kewangan
bekerja dengan memanipulasi simbol dan menghasilkan ritual (rutin) yang berpusat pada
unsur-unsur kekangan sumber (Gianakis & McCue, 1999). Manipulasi simbol dan
pengeluaran ritual ini ditujukan untuk menghadapi ketidakpastian dan kekaburan yang
dihasilkan oleh pembinaan sosial pelbagai watak dalam organisasi pendidikan. Kepelbagaian
6
HBEM 3403
pembinaan sosial ini wujud kerana tidak ada satu pengeluaran sosial umum. Biasanya
pengeluaran sosial umum ini adalah “mendapatkan keuntungan”, tetapi ini tidak berlaku pada
organisasi kerajaan seperti sekolah. Oleh itu, semakin kompleks sesuatu organisasi, misalnya
organisasi sentralisasi, maka semakin besar ketidakpastian dan kekaburan yang terjadi kerana
keterlibatan watak yang ramai. Masing-masing watak tersebut memiliki perspektif dan
tafsiran sendiri terhadap mekanisme dan peruntukan dana bagi sesebuah sekolah. Jadi, bagi
mengelakkan kekaburan dan ketidakpastian yang seterusnya akan mewujudkan pelbagai
masalah, maka diperlukan model kewangan yang desentralisasi, bagi mendorong autonomi
sekolah dalam mengelola kewangan.
Pada peringkat sekolah, kerajaan pusat menyalurkan peruntukan tahunan melalui
Jabatan Pelajaran Negeri ataupun melalui Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia
dan membahagikan sekolah-sekolah mengikut tarafnya dengan memberi status PTj atau
bukan PTj. Sekolah-sekolah menengah dan rendah di Semenanjung Malayasia
kebanyakannya bertaraf bukan PTj dan pusat PTjnya adalah Pejabat Pendidikan (Shahril @
Charil Marzuki, 2006). Sama seperti sekolah-sekolah menengah yang lain di negeri Pulau
Pinang, Sekolah Menengah Kebangsaan Amanah bertaraf PTj. Bidang pengurusan kewangan
sekolah yang dikendalikan oleh kerani kewangan adalah lebih luas dan mencabar.
Pengurusan kewangan organisasi sekolah adalah proses penggunaan wang secara optimum
supaya organisasi itu dapat mencapai objektif pendidikan yang ditetapkan. Bagi memastikan
objektif ini tercapai pengetua atau guru besar perlu mengurus kewangan sekolah mengikut
panduan yang dinyatakan dalam Buku Panduan Kewangan Sekolah, arahan perbendaharaan,
surat-surat pekeliling yang dikeluarkan oleh bahagian kewangan, Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri. Manakala Muhammad Faizal A.Ghani, Norfariza
Mohd Radzi & Saedah Siraj (2013) menyatakan bagi mengekalkan kualiti pendidikan,
kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang tinggi untuk sektor
pendidikan. Menurut Zaidatol Akmaliah (2000) pengetua selaku pentadbir sekolah
bertanggungjawab dalam menentukan pengurusan kewangan sekolah secara cekap dan
berkesan. Manakala, menurut Suriyati Baharin & Suhaida Abdul Kadir (2013) pengurusan
kewangan di sekolah menengah kerajaan melibatkan aspek perancangan, penggunaan sumber
kewangan, penerimaan sumber kewangan, perbelanjaan, perolehan dan pengurusan asset.
Setiap tahun kerajaan Malaysia menyalurkan peruntukan yang besar untuk menjalankan
pelbagai aktiviti dan program sekolah. Hal ini kerana tanpa peruntukan kewangan, sukar
untuk setiap sekolah menjalankan aktiviti-aktiviti dalam bidang pendidikan. Walau
bagaimanapun, kerajaan memberikan bantuan kewangan sekolah mengikut bilangan murid,

7
HBEM 3403
bukannya berdasarkan keperluan sekolah. Mengikut Surat Pekeliling Bilangan 8 tahun 2012
peruntukan bantuan persekolahan adalah berdasarkan enrolmen murid (Bahagian Kewangan,
2012).
Sekolah yang bertaraf pusat tanggungjawab seperti sekolah ini, sememangnya
mendapat peruntukan kewangan daripada pihak kerajaan. Berdasarkan rekod penerimaan
wang oleh SMK Amanah bagi tahun 2009, sebanyak RM280,224.00 jumlah peruntukan telah
disalurkan kepada sekolah ini. Penerimaan wang seperti ini harus direkod didalam buku VOT
dan ditandatangani oleh pengetua sekolah yang berperanan sebagai pengerusi jawatankuasa
kewangan sekolah. Pengagihan peruntukan yang diterima akan dilakukan mengikut geran
(PCG) dan lain-lain jenis agihan perbelanjaan akan ditetapkan oleh pihak jabatan pelajaran.
Urusan agihan peruntukan kepada setiap panitia mata pelajaran akan diputuskan terlebih
dahulu. Dengan kata lain, setiap panitia akan menerima agihan peruntukan yang berbeza
mengikut jenis mata pelajaran. Selain itu, sekolah ini juga mendapat peruntukan untuk LPBT
(Lain Perbelanjaan Berulang Tahun), gaji, elaun-elaun, Imbuhan Tahunan, tambang
pengangkutan dan perjalanan, guru-guru tambahan, pengangkutan murid, KWSP, dan
perbelanjaan bagi penyelenggaraan bangunan sekolah. Kesemua bantuan kewangan diterima
terus daripada Jabatan Akauntan Negara. Oleh itu, semua urusan perolehan hendaklah dibuat
oleh sekolah mengikut peraturan kewangan yang telah dikuatkuasakan. Perbelanjaan yang
dibuat haruslah selaras dengan jumlah peruntukan yang diterima. Sehubungan dengan itu,
pembantu tadbir sekolah merupakan individu yang bertanggungjawab dalam pengurusan
kewangan sekolah khasnya yang berkaitan dengan akaun sekolah.
Data kewangan ini diperolehi menerusi analisis dokumen seperti akaun sekolah,
akaun SUWA dan laporan audit. Pengurus sekolah ini memaklumkan kepada Ketua Bidang /
Ketua Panitia dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun (JPKA) sekolah
mengenai jumlah peruntukan PCG yang diterima serta agihannya supaya perancangan
perbelanjaan tahunan dapat dilakukan oleh Ketua Bidang/Ketua Panitia dan peruntukan yang
diberikan itu dapat dimanfaatkan untuk murid sepenuhnya. PCG yang diterima oleh sampel
sekolah ini terbahagi kepada dua iaitu PCG Mata Pelajaran yang terdiri daripada Teras, Wajib
dan Tambahan. Kedua, PCG Bukan Mata Pelajaran yang meliputi Pusat Sumber Sekolah,
Bimbingan dan Kaunseling, dan Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun / Khas (LPBT/LPK).
Selain daripada bantuan PCG kerajaan, sampel sekolah ini mendapat bantuan daripada
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) serta NGO. Semua kutipan derma dan keuntungan yang
diperolehi oleh sekolah melalui aktiviti sepanjang tahun dimasukkan dalam akaun PIBG

8
HBEM 3403
untuk digunakan keperluan sekolah. Dapatan kajian disokong oleh penyataan responden
semasa sesi temubual yang dijalankan seperti di bawah ini:
“Peruntukan yang diberikan oleh kerajaan memang tidak cukup. PIBG dan NGO
membantu sekolah ini untu mendapatkan kemudahan diperlukan. Bantuan kewangan
diperolehi melalui pihak tersebut sangat berguna dalam membaiki infrastruktur sekolah ini,
pembinaan bangunan baru pada tahun 2010. Di samping itu, lawatan sambil belajar murid
berjaya dapat dijalankan dengan bantuan PIBG sekolah ini”. (Pengetua)
Dokumen seperti akaun sekolah dan minit mesyuarat kewangan sekolah telah dirujuk
untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan kewangan. Bagi sampel sekolah ini,
kebanyakan tugas pengurusan kewangan dibuat oleh Pengetua, Penolong Kanan 1 dan di
bantu oleh kerani kewangan. Pengetua sekolah ini telah menyediakan angaran belanjawan
dan telah memohon untuk tuntutan awal bantuan persekolahan bagi tahun semasa
berdasarkan enrolmen murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya. Pengetua menggunakan
Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan/Menegah. Sampel sekolah ini telah mendapat
peruntukan awal tahun berdasarkan maklumat yang dikunci masuk oleh Ketua PTj ke dalam
Sistem eB. Sampel sekolah ini telah mendapat peruntukan yang telah disalurkan oleh
Bahagian Kewangan, KPM terus ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan masing-masing.
Selepas menerima peruntukan bantuan kerajaan, pengetua sekolah ini telah mengeluarkan
Resit Rasmi Pejabat (RP01) dan merekodkan jumlah yang diterima ke dalam Buku Tunai
Akaun Sekolah. Sekolah ini didapati mempunyai penyelengaraan baik terhadap buku tunai
dan buku SUWA. Setiap berbelanjaan dan bakinya direkodkan mengikut tarikh perbelanjaan.
Sampel sekolah ini masih mengurus buku SUWA walaupun tiada sebarang kutipan wang
yuran. Ini adalah kerana buku SUWA tersebut masih mempunyai baki wang sebanyak
RM3.50. Pengetua sekolah ini mengurus peruntukan bantuan persekolahan mengikut arahan
dan peraturan yang ditetapkan dan mempunyai carta organisasi pengurusan kewangan yang
lengkap serta dipamerkan untuk pengetahuan umum. Anggotanya terdiri daripada pengetua,
penolong-penolong kanan, ketua bidang, ketua panitia, guru bimbingan dan kaunseling.
SMK Amanah mengaplikasikan Model Hybrid dalam membuat keputusan mengenai
pengurusan kewangan. Ini bermaksud pihak pentadbir membuat sebahagian keputusan dan
selebihnya melalui perbincangan dan persefahaman bersama semua kakitangan di sekolah
tersebut. Dengan itu, jelaslah bahawa sekolah yang dikaji patuh kepada pekeling SP Kew.
Bil. 5/2002. Keputusan mengenai pesanan barangan juga dibuat secara konsensus atau
perbincangan dalam kalangan ahli jawatankuasa kewangan sekolah yang terdiri daripada
pihak pentadbir dan semua ketua panitia mata pelajaran. Pendekatan ini diambil untuk

9
HBEM 3403
memastikan setiap pesanan barangan dan perkhidmatan dibuat adalah mengikut keutamaan.
SMK Amanah menyimpan dokumen-dokumen penting di dalam fail-fail yang dilabelkan
dengan sistem nombor agar mudah diambil dan dirujuk bila perlu. Penyusunan fail dan
penyimpanan rekod sangat dititikberatkan dan menurut kerani yang bertindak sebagai
pegawai kewangan, ini adalah untuk memastikan fail-fail mudah dirujuk dan digunakan pada
bila-bila masa diperlukan serta sebagai mematuhi pekeliling Fail Meja dan Manual Prosedur
Kerja disedia dan dikemaskinikan (PKPA Bil. 8 Tahun 1991) dalam Bahagian Akaun (2012).
SMK Amanah juga didapati amat mementingkan kawalan dalam menguruskan hal ehwal
kewangan sekolah. Ini adalah untuk memastikan sekolah berkenaan benar-benar mematuhi
prinsip-prinsip perakaunan, akta-akta atau pekeliling kewangan, Arahan Perbendaharaan,
dasar-dasar dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Justeru, setiap urusniaga yang dilakukan untuk kepentingan sekolah perlu
disokong dengan dokumen sokongan. Selain itu, perbelanjaan yang dilakukan menggunakan
sumber daripada kumpulan wang tertentu perlu selaras dan berkaitan dengan tujuan
kumpulan wang atau sumber kewangan tersebut di wujudkan sahaja. Ini adalah untuk
mengelakkan dari berlakunya gejala berbelanja berlebihan dan untuk mengelakkan kes
penyelewengan daripada berlaku. Sehubungan dengan itu, kawalan dalaman adalah sangat
penting kepada kedua-dua sekolah yang dikaji. Ini untuk memastikan segala rancangan yang
berkaitan dengan proses kurikulum dan kokurikulum berjalan dengan lancar agar matlamat
serta misi sekolah dapat dicapai. Selain itu, kawalan dalaman juga penting untuk melindungi
aset-aset di sekolah serta membolehkan proses merekod dapat dilakukan dengan tepat dan
telus. Di antara bentuk kawalan dalaman yang digunakan ialah menggunakan staf yang cekap
dan berpengalaman, mengamalkan pusingan kerja, pengagihan tanggungjawab, mewajibkan
dokumen sokongan sebagai bukti, mengadakan semakan dalaman semasa penyediaan baucer
dan cek oleh kerani melalui Pengetua serta pemeriksaan ke atas Buku Tunai, Buku VOT,
Buku Akaun, baucer dan LPO oleh jawatankuasa audit dalaman pada setiap hujung bulan.
Pengetua SMK Amanah juga didapati bertanggungjawab dalam penyediaan suatu penyata
kewangan tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember pada setiap tahun mengikut perakaunan
yang diterima umum dan Tanggungjawab Ketua PTj (Peraturan 7) iaitu mengemukakan
penyata kewangan tahunan ke Bahagian Audit Sekolah (Bahagian Akaun, 2012) dan seperti
tetapan bagi Kawalan Terimaan, Penyelenggaraan Rekod dan Dokumen Terimaan dalam
Pengurusan Buku Resit dan Buku Tunai (TPPKWS 5.4.8), (TPPKWS 5.4.9), (TPPKWS
5.4.10), (AP 68) dan (TPPKWS 4.2.1, 4.3.7 dan 4.3.8) dalam Bahagian Akaun (2012). Pihak
audit dari Kementerian Pelajaran Malaysia akan datang ke sekolah untuk menjalankan proses

10
HBEM 3403
audit. Perkara yang diaudit adalah seperti penerimaan dan pengeluaran wang, Buku VOT,
inventori serta harta modal. Sebarang kesilapan yang dikenalpasti oleh pihak audit akan
diperbetulkan dengan serta merta terutama sekali jika membabitkan cara merekod dokumen-
dokumen kewangan. Ini adalah untuk mengelakkan kesilapan yang sama berulang pada masa
hadapan.
SMK Amanah turut menitikberatkan latihan untuk kakitangan yang terlibat dengan
pengurusan kewangan. Ini adalah kerana latihan sangat penting untuk meningkatkan
kemahiran dan kecekapan dalam menguruskan rekod kewangan selain untuk membolehkan
hasil kerja yang berkaitan dengan kewangan dipertingkatkan. Kerani kewangan di sekolah ini
kerap dihantar untuk mengikuti kursus dan bengkel pengurusan kewangan sekolah daripada
masa ke semasa. Ia bertujuan untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran dan ilmu
terkini dalam pengurusan kewangan khasnya dalam pengendalian perisian tertentu seperti
sistem e-SPKB yang diaplikasikan.

4.0 HURAIAN BERKAITAN PENTADBIRAN PANJAR WANG RUNCIT

Panjar Wang Runcit (PWR) bermaksud sejumlah wang yang diberi kepada pegawai
perakauanan untuk membolehkannya membuat pembayaran kecil yang segera dan
perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungjawabkannya terlebih dahulu kepada satu vot atau
mana-mana jenis kumpulan wang yang diselenggarakan. PWR diwujudkan untuk
memudahkan pihak sekolah melakukan pembelian-pembelian runcit dengan segera.
Seseorang pengetua haruslah memahami pengendaliannya untuk mengelakkan daripada
pembaziran dan penyalahgunaan wang tunai. Ia juga merupakan sejumlah wang pendahuluan
yang pada pemulaannya dikeluarkan daripada Kumpulan Wang SUWA dibawah butiran yang
tidak dikhaskan untuk sesuatu tujuan tertentu seperti kantin atau pelbagai. PWR seboleh-
bolehnya digunakan untuk pembelian runcit yang kurang daripada RM500 secara tunai.
Namun demikian bagi pembelian yang melebihi RM500 boleh juga dilakukan secara tunai
jika praktikal dan berfaedah. PWR boleh dibelanjakan untuk semua jenis kumpulan wang
yang diselengaarakan oleh sekolah.
Segala urusniaga tunai hendaklah direkodkan ke dalam buku tunai PWR. Sebagai satu
kawalan dalaman, pengetua harus mengeluarkan satu surat penurunan kuasa secara rasmi

11
HBEM 3403
bagi kerani kewangan yang mengendalikan PWR. Sebaik sahaja cek untuk PWR dikeluarkan
daripada SUWA, butir-butir berikut hendaklah dicatatkan di bahagian penerimaan di buku
tunai PWR dengan maklimat seperti tarikh, butir-butir pembelian, nombor baucer yang
menyokong pengeluaran cek, nombor cek dan jumlah pengeluaran. Bagi urusniaga
pembayaran pula, sebelum sesuatu pembayaran dibuat buku tunai sekolah perlu dirujuk untuk
memastikan peruntukan bagi butir-butir perbelanjaan berkenaan adalah mencukupi. Setiap
pembayaran hendaklah disokong dengan baucer kecil yang bernombor siri berturutan dan
perlu disahkan serta diluluskan oleh pengetua. Bil-bil tunai boleh diterima sebagai baucer
kecil tetapi ianya perlu disahkan oleh pengetua dan diberkan nombor secara berturutan
mengikut siri baucer kecil. Setiap pembayaran daripada PWR ini hendaklah dicatatkan di
Bahagian Pembayaran Buku Tunai PWR dengan butir-butir seperti tarikh pembelian, perihal
pembelian, nombor baucer kecil, jumlah pembayaran mengikut jenis-jenis peruntukan,
jumlah besar dan jumlah pembayaran mengikut kumpulan wang.
Rekupmen pula adalah proses mendapatkan semula wang yang telah dibelanjakan
melalui PWR. Ini adalah bertujuan untuk mencukupkan semula paras PWR dengan
mengenakan perbelanjaan kepada butiran-butiran dalam kumpulan wang berkaitan. Pihak
sekolah perlu mengawasi baki PWR apabila baki wang tersebut hamper habis, buku tunai
PWR hendaklah diimbangkan dan jumlah yang telah dibelanjakan hendaklah direkupkan.
Rekupmen boleh dibuat lebih daripada sekali dalam sesuatu bulan dan setiap perbelanjaan
tersebut hendaklah dikenakan kepada butiran perbelannjaan di bawah kumpulan wang
berkaitan. Jika perbelanjaan melibatkan lebih daripada satu kumpulan wang, maka rekupmen
perlulah dibuat dengan menyediakan baucer bayaran bagi setiap kumpulan wang dan apabila
cek-cek rekupmen ditunaikan, catatan perlu dibuat di Bahagian Penerimaan Buku Tunai
PWR. Pengetua SMK Amanah didapati telah memastikan PWR hanya digunakan untuk
tujuan pembelian runcit seperti setem, minyak mesin rumput, fotostat dan lain-lain
perbelanjaan yang wajar serta tidak melebihi RM500 serta semua transaksi turut disahkan
oleh beliau sendiri. Beliau juga melakukan pemeriksaan terhadap kedudukan PWR sekolah
setiap sebulan dengan tujuan untuk memastikan baki wang dalam tangan bersamaan dengan
baki yang dinyatakan di dalam buku tunai PWR dan jumlah wang dalam tangan apabila
dicampurkan dengan semua baucer kecil yang belum direkup hendaklah sama dengan paras
panjar yang diluluskan di mana akan ditunjukkan sebagai asset atau harta di Lembaran
Imbangan bagi penyata kewangan kumpulan wang yang berkenaan. Pengetua SMK Amanah
telah menyimpan wang tunai dengan selamat di dalam peti besi atau cabinet yang berkunci.

12
HBEM 3403

5.0 ANALISIS TERHADAP STRUKTUR PENTADBIRAN KEWANGAN DAN

WANG PANJAR

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa amalan pengurusan kewangan yang cekap
dan baik di sekolah memerlukan seorang pengetua yang bertanggungjawab, berintergriti, dan
berpengetahuan luas. Ini bertepatan dengan kajian daripada Shahril@ Charil bin Hj Marzuki
(2005) yang mana pengurusan kewangan di sekolah menengah di Malaysia berkait rapat
dengan sistem lantikan pengetua dan guru besar. Pengurusan kewangan sekolah merupakan
salah satu aspek pengurusan sekolah yang amat penting dan perlu diberi perhatian yang
serius. Ini kerana jika tersalah urus atau jika berlaku penyelewengan pengetua dan guru besar
boleh diambil tindakan disiplin, surcaj, turun pangkat atau dibuang kerja. Justeru itu,
pengetua wajib memiliki kecekapan dan kebijaksanaan dalam setiap aspek pengurusan
kewangan sekolah. Ini memudahkan tugas memantau dan menyemak rekod-rekod kewangan
yang diuruskan oleh pegawai kewangan sekolah. Pengetua sekolah yang dikaji turut ada
menubuhkan jawatankuasa kewangan sekolah yang mana beliau sendiri adalah pengerusi
bagi jawatankuasa tersebut. Responden menyatakan bahawa beliau telah menguruskan
kewangan sekolah dengan berkesan. Pengurusan kewangan ini termasuklah mengurus
peruntukan diberi mengikut garis panduan pengurusan kewangan, menyediakan anggaran
perbelanjaan bagi tahun hadapan, memulangkan peruntukan yang berlebihan, melakukan dan
menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur
dan kemas. Responden juga merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan
pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah. Sehubungan dengan itu, responden juga
bertanggungjawab mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang
Kerajaan, Wang SUWA dan menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah
dengan teratur dan kemas kini. Responden dapat membahagikan peruntukan yang diberi
mengikut keperluan panitia matapelajaran dengan menggunakan pengiraan tuntutan PCG
matapelajaran dan PCG bukan matapelajaran. Responden mengurus kewangan sekolah
mengikut tatacara dan peraturan yang ditetapkan. Dapatan kajian disokong oleh penyataan
responden semasa sesi temubual yang dijalankan seperti di bawah ini.
“Laporan audit sekolah ini tidak mempunyai apa-apa isu. Sekolah ini
mendapat laporan audit baik tiga tahun berturut turut”. (Pengetua)

13
HBEM 3403
Jawatankuasa kewangan sekolah ini juga mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya
empat kali setiap tahun. Pengetua menerangkan jumlah peruntukan yang telah diperolehi bagi
tahun semasa dan kebanyakan keputusan kewangan dibuat oleh pengetua sendiri. Peruntukan
bagi setiap panitia juga dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kewangan. Responden
kajian ini menyatakan tentang jawatankuasa kewangan sekolah dan sumbangan yang
dilakukan selepas menghadiri kursus pengurusan kewangan sekolah. Dapatan kajian
disokong oleh penyataan responden semasa sesi temubual yang dijalankan seperti di bawah
ini.
“Jawatankuasa kewangan sekolah ini aktif dan berjumpa sekurang-kurangnya
empat kali setahun”. Apabila menghadiri kursus pengurusan kewangan
sekolah saya biasanya memberitahu peruntukan bagi setiap panitia dan lain-
lain bidang seperti pusat sumber, Kemahiran Hidup dan sebagainya. Di
samping itu, memberi penjalasan penggunaan peruntukan yang diterima”.
(Pengetua)

Responden dalam kajian ini menyokong sepenuhnya terhadap bantuan PIBG dan
NGO dalam mengatasi kekurangan peruntukan kewangan. Sekolah ini juga tidak mendapat
peruntukan untuk program-program baru yang diperkenalkan oleh KPM seperti Pelan
Pembangunan Pendidikan, Asian Komuniti, Program Learning Communication. Dapatan
kajian disokong oleh penyataan guru besar semasa sesi temubual yang dijalankan seperti di
bawah ini.
“Kedudukan kewangan PIBG sekolah ini memang kukuh dan pihak PIBG
sentiasa membantu dalam banyak aktiviti yang dirancang oleh sekolah seperti
hari sukan sekolah, hari anugerah dan lain-lain aktiviti yang dijalankan oleh
sekolah dan juga panitia dan lain-lain aktiviti sepanjang tahun”. (Pengetua)

“Sekolah memang tidak menerima apa-apa peruntukan untuk menjalankan


program-program seperti Pelan Pembangunan Pendidikan, Asian Komuniti,
Program Learning Communication. Semua perbelanjaan bagi perkara-perkara
ini ditanggung oleh PIBG sekolah ini”. (Pengetua)

Dapatan kajian juga menunjukkan pengetua sekolah dalam kajian ini sangat setuju
terhadap cadangan menambahkan peruntukan kewangan daripada kerajaan. Di samping itu,
katanya jumlah pemberian bantuan kerajaan dan yuran khas/ PIBG perlu dinaikkan seperti

14
HBEM 3403
harga barang-barang setiap tahun. Responden juga sangat setuju terhadap pemberian bantuan
kerajaan adalah berdasarkan bilangan murid perlu dipertimbangkan oleh kerajaan. Oleh itu,
pemberian bantuan kerajaan perlu berdasarkan keperluan sekolah bukannya berdasarkan
prestsi/ rangking sekolah. Dapatan kajian disokong oleh penyataan responden semasa sesi
temubual yang dijalankan seperti di bawah ini.

“Kerajaan perlu memberi peruntukan tanpa mengira taraf sekolah. Kerajaan


perlu mempertimbangkan peruntukan yang diberi dapat memenuhi segala
keperluan sekolah yang dapat membantu dalam pencapaian murid”.
(Pengetua)

Dapatan kajian ini turut menunjukkan bahawa peruntukan kewangan sekolah


berdasarkan bilangan pelajar perlu dikaji semula. Pengetua menyatakan bahawa peruntukan
kewangan untuk bantuan modal terutamanya di luar bandar adalah tidak mencukupi. Ini
adalah kerana sekolah tersebut tidak menerima peruntukan kewangan untuk penyelenggaraan
bangunan. Di samping itu, kebanyakan sekolah di luar bandar adalah sekolah kurang murid.
Justeru itu, peruntukan untuk bukan matapelajaran tidak mencukupi untuk Pusat Sumber
Sekolah, bimbingan dan kauseling dan membayar bil-bil LPBT/LPK Sekolah. Peruntukan
yang diberikan tidak banyak kerana adalah berasaskan bilangan pelajar. Pihak sekolah
menghadapi kesulitan membeli buku-buku rujukan dan buku cerita yang terkini untuk
kegunaaan pelajar. Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) hanya diberikan untuk
pelajar sekolah rendah yang berpendapatan rendah. Tetapi pelajar-pelajar sekolah yang
datang dari sosioekonomi sederhana juga menghadapi kesulitan kewangan dan memerlukan
bantuan makanan. Pihak kerajaan perlu mengkaji semula dasar pemberian RMT supaya lebih
ramai pelajar-pelajar sekolah terutamanya dari luar bandar dapat manfaat dari bantuan
makanan ini.
Dapatan kajian ini menyokong kajian di Amerika Syarikat yang menekankan formula
kewangan yang mengambilkira pelbagai faktor seperti enrolmen pelajar, sosio-ekonomi,
sekolah luar bandar atau bandar, bilangan pelajar pendidikan khas dan bilangan pelajar ESL
(Husaina Banu Kenayathulla & Mohammed Sani Ibrahim (2013). Pihak kerajaan perlu
memberikan peruntukan kewangan sekolah berdasarkan keperluan sekolah.
Masalah lain yang dihadapi berkaitan pengurusan kewangan sekolah yang dikenal
pasti adalah seperti penghantaran barangan yang tidak menepati masa dan spesifikasi
ditetapkan, pembekal lewat menghantar LPO, penghantaran barangan yang banyak sekaligus,

15
HBEM 3403
kesalahan merekod dan karenah birokrasi. Bagi mengelakkan kesan negatif kepada warga
sekolah, cara mengatasi masalah ini memerlukan kebijaksanan pengetua SMK Amanah
dengan dibantu oleh kerani kewangan yang dilantik dan warga sekolah seluruhnya. Walau
apapun masalah yang dihadapi dalam pengurusan kewangan sekolah, SMK Amanah dibawah
pimpinan pengetua yang berdedikasi didapati berusaha dengan sebaiknya bagi mengatasi
masalah berbangkit. Mereka juga didapati akur dengan pekeliling kewangan yang
berkuatkuasa. Bagi memastikan pengurusan kewangan yang berkesan, responden sangat
bersetuju terhadap cadangan pemberian kursus kewangan bagi pengetua, ketua panitia dan
staf sokongan.
Dapatan kajian ini turut menunjukkan bahawa dengan adanya sistem PWR ini
sebenarnya telah memudahkan pihak sekolah melakukan pembelian-pembelian runcit yang
segera dan kurang daripada RM500 secara tunai. Sebagai seorang pengetua yang
berautonomi penuh dengan kewangan sekolah, beliau hendaklah mengendalikan urusan PWR
ini dengan sistematik dan sempurna supaya dapat mengelakkan daripada penyalahgunaan,
pembaziran dan kehilangan wang tunai.

6.0 KESIMPULAN

Sumber kewangan adalah nadi yang penting kepada sesebuah organisisasi. Menurut
Muhammad Faizal A.Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Saedah Siraj (2013), kerajaan Malaysia
telah memperuntukkan sejumlah wang yang tinggi untuk sektor pendidikan semasa bagi
mengekalkan kualiti pendidikan masyarakat. Bagi menguruskan sumber kewangan di
sekolah, pemimpin sekolah perlu mempunyai ilmu pengurusan kewangan supaya pengurusan
sekolah dapat dijalankan dengan efisien.
Bagi memastikan pengurusan kewangan sekolah dapat diuruskan dengan baik, carta
organisasi amatlah penting untuk disediakan. Ianya akan memudahkan pihak sekolah
memantau dan memastikan setiap pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan dalam
melaksanakan tugas masing-masing. Malahan, dengan terbentuknya organisasi kewangan
sebegini membolehkan pihak sekolah mempunyai rujukan dalam mengendali serta mengatasi
sebarang masalah berkaitan pengurusan kewangan. Kewujudan badan kewangan sebegini
akan mempertingkatkan lagi keberkesanan struktur pengurusan kewangan sekolah.
Kesimpulannya, dalam melaksanakan tugas pengurusan kewangan di sekolah, pegawai

16
HBEM 3403
kewangan atas arahan pentadbir harus akur dengan pekeliling kewangan yang berkuatkuasa
agar kewibawaan sekolah tidak dipertikaikan.
Kerajaan juga perlu mempertimbangkan keperluan sekolah dan sosioekonomi murid
dalam peruntukan yang diberikan kepada sekolah. Kerajaan di negara membangun seperti
Malaysia perlu memastikan bahawa sekolah dibekalkan dengan pembiayaan yang mencukupi
untuk memastikan setiap pelajar mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti
(Husaina Banu Kenayathukka & Muhammed Sani Ibrahim, 2013). Tindakan wajar ini akan
dapat membantu pihak pengurusan sekolah melicinkan pengurusan kewangan sekolah dan
peruntukan wang kerajaan untuk murid dapat diurus sebaik mungkin ke arah pencapaian
murid sekolah. Amalan pengurusan kewangan yang cekap dan teratur dalam organisasi
pendidikan dapat menjadikan sesebuah organisasi mencapai kecemerlangan.

(4647 perkataan)

17
HBEM 3403
RUJUKAN

Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi & Saedah Siraj (2013). Implementing a
type of financial managements in Malaysian public schools: An initial study. Global
Business and Economics Research Journal, 2(2), 29-51.

Suriyati Baharin &Suhaida Abdul Kadir.(2013). Kompentensi guru dalam pengurusan


kewangan sekolah. seminar pasca siswazah dalam pendidikan. Kementerian
Pendidikan Malaysia, 106- 110.

Bahagian Akaun. (2012). Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.


Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kerajaan Malaysia. (2012). Preliminary report: Malaysia education blueprint 2013-2025.


Putra Jaya: Kerajaan Malaysia.

NUTP presents 9-point memo to ministry. (2012, 4 November). New Straits Times, 3.

Pigott, T., Williams, R., Polanin, J., & Wu-Bohanon, M. (2012). Predicting student
achievement with the education production-function and per-pupil expenditure:
Synthesizing regression models from 1968-1994. SREE Spring 2012.

Nor Fariza Mohd Radzi, Muhammad Faizal A. Ghani, Saedah Siraj & Mojgan Afshari.
(2012). Financial decentralization in Malaysian schools: strategies for effective
implementation. The Malaysian Online Journal of Educational Science, 1(3).

Murphy, E. A., & Dingwall, R. (2011). Method and health policy research. New York:
Walter de Gruyter.

Chua, Y. P. (2011). Kaedah penyelidikan, (2nd ed.). Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.

Zainudin Abu Bakar. (2010). Suatu Kegagalan Atau Kejayaan Jika Dilihat Dari Sudut Proses
Pengurusan Strategik ? Disertasi yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, UTM
Skudai.

18
HBEM 3403

Shahril @ Charil bin Hj Marzuki.(2008). Pengurusan kewangan sekolah. Kuala Lumpur: PTS
Publication.

Saedah Siraj, Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd. Radzi. (2008). Isu prinsip ekuiti
dalam pembiayaan pendidikan Di Malaysia- Alternatif lain brdasarkan masa depan.
Fakulti Pendidikan, UM.

Kerajaan Malaysia. (2005). Pekeliling perkhidmatan bilangan 6 tahun 2005. Putra Jaya:
Kerajaan Malaysia.

Shahril @ Charil bin Hj Marzuki. (2005). Pengurusan kewangan di sekolah rendah dan
menengah Di Malaysia: Isu, Maslah dan cadangan untuk mengatasinya. Masalah
Pendidikan. Universiti Malaya, 143-152.

Yee Pui Leng. (2005). Perkaitan antara factor-faktor keluarga dengan aktiviti-aktiviti
bimbingan kaunseling terhadap pencapaian akademik pelajar: Satu kajian kes.
Disertasi yang tidak diterbitkan. Universiti Malaysia Sarawak.

Zaharah Ismail (2005). Pendekatan pentadbiran sekolah dalam menangani salah laku murid
sekolah menengah di Kuala Lumpur. Disertasi yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur:
University Malaya.

Foo, S. F., Zakaria Kasa, Rosnani Jusoh & Noridah Ab Rahim. (2004). Amalan pengurusan
kewangan pengetua-pengetua sekolah menengah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia, 6, 31- 42.

Locke, K., & Golden-Biddle, K. (2004). An introduction to qualitative research: Its potential
for industrial and organizational psychology. Dlm. Steven G. Rogelberg. Handbook of
Research Methods in Industrial and Organizational Psychology, hlm. 99-118, Malden:
Blackwell.

19
HBEM 3403
Zulamri Abd Kadir (2004). Pendekatan pentadbiran sekolah dalam menangani salah laku
murid sekolah menengah di Kuala Lumpur. Disertasi yang tidak diterbitkan. Fakulti
Pendidikan,Universiti Malaya.

Johansson, R. (2003). Case study methodology. International Conference “Methodologies in


Housing Research”. Organised by the Royal Institute of Technology in cooperation
with the International Association of People–Environment Studies, Stockholm, 22–24
September 2003.

Taylor, S.J., & Bogdan, R. (2000). Introduction to qualitative research methods (4th ed). New
York, NY: John-Wiley.

Subathira. (2000). Pengurusan kewangan sekolah: Satu kajian kes di SRJK (T) dan SRJK (C)
di Rawang (daerah Gombak) Selangor. Disertasi yang tidak diterbitkan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.

Gianakis, G. A., & McCue, C. P. (1999). Local government budgeting: A managerial


approach. Westport: Greenwood.

William H.Clune. (1994). The shift from equity to adequacy in school finance, Educational
Policy, 8, 4, 376-394.

20

You might also like