Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM 2 – SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN 2A

HARI PERTAMA – ISNIN (30 JULAI 2018)

30 Julai 2018 merupakan hari pertama sesi Praktikum Fasa 2 selama 3 bulan bagi
melengkapkan keperluan kursus bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Ambilan Jun 2015 semester 7. Saya dan beberapa orang rakan dan pasangan praktikum
dari unit Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris atau Teaching English For Second
Language (TESL) Ambilan Jun 2015 telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seremban
2A (SKS2A) yang berada pada jarak 10km dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar (IPGKRM) yang merupakan tempat tinggal kami semasa berpraktikum.

Saya tiba di SKS2A seawal jam 7 pagi dengan menaiki kereta bersama – sama
rakan praktikum untuk melapor diri bagi menjalankan sesi Praktikum Fasa 2 di sekolah ini.
setibanya di sekolah, saya diarahkan untuk mengikuti perhimpunan rasmi mingguan terlebih
dahulu. Saya telah memperkenalkan diri kepada beberapa orang guru yang berada di
dewan SKS2A bagi tujuan memudahkan perjalanan sepanjang menjalankan praktikum di
sekolah ini. semasa perhimpunan dijalankan, saya dan rakan praktikum yang lain telah
diperkenalkan oleh guru kepada para murid SKS2A mengenai tujuan kedatangan kami ke
sekolah tersebut.

Setelah selesai perhimpunan, saya dan rakan yang lain telah melaporkan
kehadiran kami di pejabat SKS2A kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK 1) Pn
Roslina Binti Bowah kerana guru besar tidak hadir pada hari tersebut disebabkan masalah
peribadi. Semasa sesi melaporkan diri, kami ditempatkan di bilik kaunseling SKS2A untuk
melaksanakan tugasan pengurusan diri. Saya dan rakan praktikum juga elah diberikan
senarai nama guru pembimbing bagi kursus major iaitu En. Rizal Bin Mohd Senong dan
elektif iaitu En Airul Anwar Bin Abd Aziz yang akan membantu kami sepanjang berpraktikum
di sekolah tersebut.

Seterusnya, saya dan rakan praktikum iaitu Mohamad Nurfaizan telah berjumpa
dengan guru pembimbing major bagi mendapatkan sedikit maklumat mengenai keadaan
sekolah dan pengurusan bilik darjah di SKS2A khususnya bagi mata pelajaran major kami
iaitu Pendidikan Jasmani. Selain itu, saya dan beberapa rakan praktikum berjumpa dengan
pihak pentadbiran SKS2A untuk mendapatkan maklumat mengenai sekolah bagi tujuan
melengkapkan folder Portfolio Praktikum Fasa 2 yang menjadi keutamaan selain daripada
folder Rekod Rancangan Pengajaran Harian.

Disediakan oleh,

(MUHAMMAD ABDUL RAHMAN BIN ILIAS)

You might also like