Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

SOALAN 1

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan
negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-
murid di samping bekerja sama bagai ___________(i)__________.
Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana
________(ii)__________ . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah
permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk
meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah
diperoleh kerana ________(iii)__________.

Jawapan:
i. bagai aur dengan tebing
ii. usaha tangga kejayaan/di mana ada kemahuan, di situ ada jalan/yang bulat tidak datang bergoleh,
yang pipih tidak datang melayang/kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
iii. muafakat membawa berkat/bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

SOALAN 2

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat
kosong dalam dialog tersebut.

Ayah : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan
budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu ________(i)_______

Syafik : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

Ayah : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak,
berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan
negara, bak kata peribahasa _______(ii)_________

Syafik : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak
banyaknya kerana _________(iii)_________

Jawapan:
i. di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung/masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang
kerbau menguak.
ii. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
iii. jauh berjalan luas pandangan/pemandangan.

You might also like