Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

NAMA PERNIAGAAN:D’Faza Pastry Shop

ALAMAT PERNIAGAAN:No.2 Jalan Perdana 3/3,Taman Puchong Perdana,47100


Puchong,Selangor

RANCANGAN PERNIAGAAN

NAMA CALON:NUR FATIN MIZANI BINTI HAJALI


NO.KAD PENGENALAN:020322-14-1366
ANGKA GILIRAN:BH001A10
NAMA SEKOLAH:SMK PUCHONG BATU 14
RANCANGAN PERNIAGAAN
Kegiatan Utama/Jenis Perniagaan:Pastri
Bentuk Perniagaan:Milikan Tunggal
Status:Baru mula operasi

RINGKASAN EKSEKUTIF

D’Faza Pastry Shop merupakan sebuah perniagaan berasaskan pastri.D’Faza Pastry Shop
menjual pie sempena ulang tahun perkahwinan,hari perkahwinan,hari jadi dan mengikut
permintaan pelanggan.Pada peringkat awal,D’Faza Pastry Shop beroperasi di rumah yang
terletak di kawasan perumahan di No.20 Jalan Teratai Taman Puchong Perdana.Promosi
produk ini dijalankan melalui risalah edaran dan aplikasi dalam talian di media sosial.

D’Faza Pastry Shop merupakan perniagaan berbentuk milikan tunggal dan telah mendaftar
pada 1 April 2019.D’Faza Pastry Shop diuruskan oleh Cik Nur Fatin Mizani iaitu pemiliknya
sendiri.Cik Nur Fatin Mizani dibantu oleh tujuh orang tenaga pekerja dan tiga orang tenaga
pekerja sebagai pembuat pie.

Antara perisa pie yang dijual ialah seperti coklat dan epal.Pie-pie yang dijual ini mendapat
sambutan yang memberangsangkan.Pelbagai perisa pie baharu akan ditambah bagi memenuhi
permintaan pelanggan terutamanya untuk majlis-majlis hari jadi.Antaranya seperti perisa
blueberry dan strawberi dan pelbagai pilihan perisa lagi.Harga pie tersebut amat berpatutan
sesuai dengan keenakan rasa pie tersebut.Bilangan pie yang dapat dijual dalam sebulan lebih
kurang 3000 kotak pie.Kebiasaannya pelanggan bagi D’Faza Pastry Shop terdiri daripada
penduduk sekitar Puchong seperti kakitangan kerajaan,murid sekolah dan bakal pengantin.Pie
yang dijual di D’Faza Pastry Shop mempunyai kelebihan iaitu ia mudah dimakan dan dibawa
ke mana jua kerana bentuknya yang kecil.

Pada peringkat awal penubuhan perniagaan sebanyak RM 60000 disediakan sebagai modal
perniagaan bagi membiayai kos pembelian bahan dan alatan membuat pie.Hal ini kerana Cik
Nur Fatin Mizani telah mempunyai pelbagai alat kelengkapan membuat pie di rumahnya
sendiri.Modal permulaan tersebut diperolehi daripada simpanan sendiri.No.pendaftran
perniagaan bagi D’Faza Pastry Shop ialah 0047263951-H.

Rancangan pentadbiran mempunyai struktur organisasi yang terdiri daripada pengurus


besar,pengurus kewangan,pengurus operasi dan sebagainya.Setiap jawatan yang disandang
mempunyai tugas yang tersendiri.Selain itu,gaji pekerja,pengiraan KWSP dan PERKESO
semuanya dicatat di dalam rancangan pentadbiran.
Rancangan pemasaran menceritakan tentang analisis pasaran perniagaan D’Faza Pastry
Shop.Selain itu,strategi pemasaran terdiri daripada saiz pasaran,campuran pemasaran iaitu 4P
dan syer pasaran.Seterusnya,ia juga mempunyai analisis SWOT yang mempunyai
kekuatan,kelemahan,peluang dan ancaman.

Rancangan kewangan mempunyai penyata aliran setahun bagi perniagaan D’Faza Pastry
Shop.Selain itu, di rancangan kewangan ini juga mempunyai penyata pendapatan
profroma,penyata kedudukan kewangan proforma dan bagi perniagaan yang mengeluarkan
barang haruslah membuat penyata pengeluaran.

Rancangan operasi menceritakan tentang carta alir proses pengeluaran,proses jualan dan
perkhidmatan.Selain itu,ia juga mempunyai waktu operasi perniagaan D’Faza Pastry Shop
dan senarai keperluan bahan mentah.Seterusnya,senarai mesin dan peralatan juga di
senaraikan di rancangan operasi.Susun atur ruang operasi dan spesifikasi tugas operasi juga
diletakkan di rancangan operasi.Shop.Selain itu,ia juga mempunyai penyata pendapatan
proforma,penyata kedudukan kewangan proforma setahun dan penyata pengeluaran.
PENGENALAN

​ ’Faza Pastry Shop merupakan sebuah perniagaan berasaskan pastri.D’Faza Pastry Shop
D
menjual pie sempena ulang tahun perkahwinan,hari perkahwinan,hari jadi dan mengikut
permintaan pelanggan.D’Faza Pastry Shop merupakan perniagaan berbentuk milikan tunggal
dan mendaftar pada 1 April 2019.D’Faza Pastry Shop menjual pelbagai perisa pie antaranya
ialah coklat dan epal.Terdapat beberapa perisa baharu yang akan ditambah bagi memenuhi
permintaan pelanggan ialah seperti bluberry dan strawberi.

D’Faza Pastry Shop diuruskan oleh Cik Nur Fatin Mizani iaitu pemiliknya sendiri.Cik Nur
Fatin Mizani dibantu oleh lapan orang tenaga pekerja dan dua orang tenaga pekerja sebagai
pembuat pie.Lokasi perniagaan D’Faza Pastry Shop terletak di No.2 Jalan Perdana 3/3,Taman
Puchong Perdana,47100 Puchong,Selangor.

Kelebihan jenis perniagaan yang dipilih iaitu milikan tunggal ialah mudah ditubuhkan
kerana tiada prosedur penubuhan yang rumit.Selain itu,mudah diurus kerana saiznya yang
kecil.Milikan tunggal hanya memerlukan modal yang kecil untuk memulakan perniagaan.Kos
pendaftaran perniagaan dan kos lesen perniagaan adalah rendah.Seterusnya,peniaga bebas
menentukan corak perniagaan,cara pengurusan,dan bebas untuk membuat keputusan.Akhir
sekali,cukai pendapatan perseorangan yang dikenakan adalah lebih rendah daripada cukai
pendapatan syarikat.

Berdasarkan trend pasaran masa kini,pemerhatian kami mendapat bahawa permintaan pie
semakin meningkat.Ini menunjukkan perniagaan di trend meningkat.Trend meningkat
menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan semakin meningkat.
TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan
D’Faza Pastry Shop yang meliputi aspek pengurusan,pemasaran,perkhidmatan dan kewangan
kepada pihak Skim Pembiayaan Tekun Niaga dan seterusnya memohon pembiayaan
pinjaman yang berjumlah RM 100000 sahaja.

Alasan memohon pinjaman adalah untuk menampung kos pembelian seperti membeli
peralatan,stok,pemasaran dan ubahsuai premis.Justifikasi perniagaan D’Faza Pastry Shop
memilih agensi pembiayaan kewangan tersebut ialah kerana Tekun mempunyai tempoh
bayaran balik adalah antara sebulan hingga lima tahun.Syarat-syarat utama untuk membuat
permohonan dengan Tekun adalah permohonan mesti terdiri daripada kaum Bumiputera yang
berumur seawal 16-65 tahun.Pemohon mesti mempunyai cadangan dan rancangan perniagaan
yang berpotensi untuk terus maju.
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Butiran Maklumat

Nama Perniagaan D’Faza Pastry Shop

Alamat Perniagaan No.2 Jalan Perdana 3/3,Taman Puchong


Perdana 47100 Puchong,Selangor

Nombor telefon dan faks 013-6627891/03-92167890

Bentuk Perniagaan Milikan Tunggal

Kegiatan utama perniagaan Menyedia dan menjual pie

Tarikh Pendaftaran 14 Februari 2019

Tarikh mula perniagaan 1 April 2019

Nombor Pendaftaran 0047263951-H

Modal Sendiri RM 60,000

Modal Pinjaman RM 100,000

Modal Keseluruhan RM 160,000

Sumber Pembiayaan Sumber Pembiayaan Tekun Niaga

Nama Bank Perniagaan Maybank

Nombor Akaun Bank 020213240631


LATAR BELAKANG PEMILIK
Butiran Maklumat

Nama Penuh Nur Fatin Mizani Binti Hajali

Nombor Kad Pengenalan 920322-14-1366

Tarikh lahir/Umur 22 Mac 1992/27 tahun

Alamat tetap No.20 Jalan Teratai Taman Puchong


Perdana,47100 Puchong,Selangor

Nombor telefon 013-2679810

Kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda

Status Perkahwinan Bujang

Pengalaman Pembuat Pie (2 tahun)

Kemahiran Membuat Pie

Kursus yang dihadiri Kursus pendek membuat pie


OBJEKTIF PROJEK

VISI-Mengeluarkan dan memasarkan makanan yang halal dan mempunyai kualiti tinggi serta
mencipta jenama ke peringkat antarabangsa.

MISI-Membuka cawangan baru di seluruh Malaysia dan menyediakan kursus untuk


mempelajari perniagaan pastri.

OBJEKTIF-Memberi kepuasan yang maksima dan pilihan kepada pelanggan serta


perkhidmatan yang berkualiti,suci dan halal kepada pelanggan.
SASARAN JUALAN

Bulan Sasaran Jualan Harga(RM) Kuantiti %


(RM)

April 960 RM4 240

Mei 980 RM4 245 2%

Jun 1000 RM4 250 2%

Julai 1020 RM4 255 2%

Ogos 1040 RM4 260 2%

September 1060 RM4 265 2%

Oktober 1080 RM4 270 2%

November 1100 RM4 275 2%

Disember 1120 RM4 280 2%

Januari 1144 RM4 286 2%

Februari 1168 RM4 292 2%

Mac 1192 RM4 298 2%

​2biji p/kotak=RM 4
4 X 100=400
400X30=12000
SASARAN UNTUNG
Bulan Sasaran Jualan Sasaran Untung Peratus
(RM) (RM)

April ​960 96 ​10%

Mei ​980 ​98 10%

Jun ​1000 ​130 13%

Julai ​1020 153 15%

Ogos ​ 1040 166 16%

September 1060 190 18%

Oktober 1080 216 20%

November 1100 231 21%

Disember 1120 246 22%

Januari 1144 263 23%

Februari 1168 280 24%

Mac ​1192 298 25%

SASARAN PELANGGAN

D’Faza Pastry Shop menyasarkan pelanggan dari kawasan kejiranan,butik pengantin,kawasan


sekolah dan premis kedai sebagai sasaran tambahan perniagaan pada masa akan
datang.D’Faza Pastry Shop berharap produk pie keluaran perniagaannya akan menjadi lebih
terkenal.
RANCANGAN PENTADBIRAN/ORGANISASI
JENIS STRUKTUR ORGANISASI

​ ENGURUS BESAR
P
​NUR FATIN MIZANI
PENGURUS KEWANGAN PENGURUS OPERASI/
AMIRAH NATASHA ​PEMASARAN
SHAJARATUN NOOR

KERANI AKAUN PENYELIA


NUR ARYSHA​ ​PUTERI ERNINATASYA

​ ENJUAL PIE
P
-​NUR KAMILIA
-NUREN IRWAYU
-AMIRAH QISTINA

​ EMBUAT PIE
P
-​NUR HASNIATUL
-SITI NUR SORFISYAKILLA
SPESIFIKASI TUGAS
Berikut merupakan jadual spesifikasi kerja bagi Perniagaan D’Faza Pastry Shop:

Jawatan Tugas

Pengurus Besar -Mengawal dan mengenal pasti dasar dan


misi perniagaan
-Mengawal selia dan memantau perjalanan
perniagaan
-Mengenal pasti dan menyelesaikan
masalah dengan berkesan

Pengurus Operasi -Menerima dan melaksanakan tempahan


-Merangka strategi pemasaran dan mencari
alternatif terbaik untuk sasaran pasaran

Pengurus Kewangan -Memastikan aliran keluar masuk wang


diurus dengan baik
-Mengemas kini akaun dan penyata
kewangan
KOS PENTADDBIRAN

Jenis Perabot Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM)

Meja ​5 400 2000

Kerusi ​7 ​100 700

Almari Fail 2 700 1400

Kerusi Pelanggan 2 50 100

Jumlah Besar 4300

Jadual Pembayaran Ansuran Sewa Beli


Jenis Aset Perabot
Harga Aset 4200.00
Bayaran muka 200.00
Pembiayaan 4000.00
Kadar Faedah 3% setahun
Jumlah faedah setahun 120.00
Tempoh pembiayaan 3
Jumlah Keseluruhan faedah 360
Jumlah pembiayaan 4360.00
Bayaran setahun 1453.33 Pokok dan faedah
Bayaran sebulan 121.11

Tahun Bayaran Bayaran Jumlah Baki


Pokok faedah Bayaran Pembiayaan

1 1333.33 120.00 145.33 2666.67

2 1333.33 120.00 145.33 1333.33

3 1333.33 120.00 145.33 0.00

Jumlah 4000.00 360.00 4360.00


PENGIRAAN SUSUT NILAI PERABOT

Tahun Susut nilai Susut nilai Nilai Skrap


terkumpul

​ 1 210.00 210.00 3990.00

​2 210.00 420.00 3780.00

​3 210.00 630.00 3570.00

4 210.00 840.00 3360.00

5 210.00 1050.00 3150.00

6 210.00 1260.00 2940.00

7 210.00 1470.00 2730.00

8 210.00 1680.00 2520.00

9 210.00 1890.00 2310.00

10 210.00 2100.00 2100.00


Jenis Alat Pejabat Kuantiti Harga Seunit (RM) Jmlah (RM)

Penghawa dingin 2 2000.00 4000.00

Komputer 2 1500.00 3000.00

Pencetak 2 500.00 1000.00

Telefon dan faks 1 400.00 400.00

Mesin Daftar Tunai 1 300.00 300.00

Jumlah Besar 8700.00

Jadual Pembayaran Ansuran Sewa Beli

Jenis Aset Alat Pejabat


Harga Aset 8700.00
Bayaran muka 500.00
Pembiayaan 8200.00
Kadar Faedah 3% setahun
Jumlah faedah setahun 246.00
Tempoh Pembiayaan 3
Jumlah keseluruhan faedah 738
Jumlah Pembiayaan 8938.00 Pokok dan faedah
Bayaran setahun 2979.33
Bayaran sebulan 248.28

Tahun Bayaran Bayaran Jumlah Baki


Pokok Faedah Bayaran Pembiayaan

1 2733.33 246.00 2979.33 5466.67

2 2733.33 246.00 2979.33 2733.33

3 273.33 246.00 2979.33 0.00

8200.00 738.00 8938.00


Pengiraan Susut Nilai Alat Pejabat

Tahun Susut nilai Susut nilai Nilai skrap


terkumpul

1 435.00 435.00 8265.00

2 435.00 870.00 7830.00

3 435.00 1305.00 7395.00

4 435.00 1740.00 6960.00

5 435.00 2175.00 6525.00

6 435.00 2610.00 6090.00

7 435.00 3045.00 5655.00

8 435.00 3480.00 5220.00

9 435.00 3915.00 4785.00

10 435.00 4350.00 4350.00


Bentuk Insentif Pekerja

Beberapa insentif seperti cuti tahunan,cuti sakit,cuti bersalin bonus tahunan dan kos
perubatan telah di peruntukkan kepada para pekerja bagi menghargai jasa yang
disumbangkan oleh pekerja dalam menjalankan tugas.

1)Cuti Tahunan
-Seseorang pekerja yang tidak hadir bekerja tanpa kebenaran majikannya dan tanpa alasan
munasabah melebihi daripada 10 peratus daripada hari bekerja sepanjang 12 bulan
perkhidmatan berterusan,tidak berhak mendapat cuti tahunan bagi tempoh tersebut.
-Seseorang pekerja hendaklah mengambil cuti tahunannya tidak lewat daripada 12 bulan
selepas berakhirnya 12 bulan perkhidmatan berterusan,jika tidak cutinya akan luput.Jika atas
permintaan majikannya ia bersetuju secara bertulis untuk tidak mengambil cuti tahunan
tersebut ia hendaklah dibayar gaji ganti cuti tahunan.

2)Cuti Sakit
-​Cuti sakit akan diberikan kepada pekerja yang mendapat kelulusan daripada doktor.Gaji
pekerja masih akan dibayar semasa pekerja cuti sakit.
Senarai Peralatan dan Bahan kelengkapan untuk urusan pentadbiran

Jenis Kuantiti Harga seunit(RM) Harga(RM)

Meja 5 400.00 2000.00

Kerusi 7 100.00 700.00

Almari Fail 2 700.00 1400.00

Kerusi Pelanggan 2 50.00 100.00

Penghawa dingin 2 2000.00 4000.00

Komputer 2 1500.00 3000.00

Pencetak 2 500.00 1000.00

Telefon dan Faks 1 400.00 400.00

Mesin Daftar Tunai 1 300.00 300.00

Jumlah Besar 19,200


Rancangan Operasi
Carta Alir

MULA

Membeli bahan mentah di gudang

Menerima tempahan daripada pelanggan

Menyukat bahan mengikut kadar yang ditetapkan

Membuat atau menghasilkan pie

Membakar adunan

Menghias pie yang sudah dibakar

Menjual pie kepada pelanggan

TAMAT
Waktu Operasi Perniagaan
Waktu operasi D’Faza Pastry Shop seperti berikut :

HARI MASA OPERASI

ISNIN - JUMAAT 9.00 pagi - 9.00 malam


SABTU - AHAD 9.00 pagi - 6.00 petang
Keperluan Bahan Mentah

Bil. Bahan Kuantiti Harga Seunit Jumlah


(RM)

1. Tepung Gandum 12 RM2.00 RM24.00

2. Mentega 5 RM10.00 RM50.00

3. Gula 5 RM3.00 RM15.00

4. Telur (papan) 5 RM12.00 RM60.00

5. Epal (sekotak) 5 RM16.00 RM80.00

6. Coklat 5 RM15.00 RM75.00

7. Strawberi 5 RM13.00 RM65.00

8. Blueberry 5 RM18.00 RM90.00

9. Esen Vanila 5 RM2.50 RM60.00

JUMLAH BESAR RM519.00


Bil. Bulan Jumlah Peratus

1. April 519.00 2%

2. Mei 529.38 2%

3. Jun 539.97 2%

4. Julai 550.77 2%

5. Ogos 561.79 2%

6. September 573.03 2%

7. Oktober 584.49 2%

8. November 596.18 2%

9. Disember 608.10 2%

10. Januari 620.26 2%

11. Februari 632.27 2%

12. Mac 644.92 2%

JUMLAH 6960.16
Senarai Mesin Dan Peralatan

Jenis Mesin Dan Peralatan Kuantiti Harga Seunit Harga (RM)


(RM)

Mesin Pengadun 2 2000.00 4000.00


Ketuhar 2 3000.00 6000.00
Mesin Pengisar 2 600.00 1200.00
Peti Ais 2 2500.00 5000.00
Dapur 2 1000.00 2000.00
Tray Aluminium 12 100.00 1200.00
Mesin Wang 1 700.00 700.00
Alat Penimbang Digital Kecil 1 185.00 185.00
Alat Penimbang Digital Besar 1 380.00 380.00
Mesin Pembungkusan 1 4000.00 4000.00

JUMLAH 24665

Kewajaran pemilihan sumber fizikal dan teknologi.

(a)​Pemilihan Sumber Fizikal

- ​Produk siap ialah barang akhir setelah siap diproses dan sedia untuk dijual. Barang ini
terdiri daripada keperluan dan kehendak. Contohnya , perabot.

(b)​Pemilihan Sumber Teknologi

- ​Kemahiran dan pengalaman pekerja supaya kualiti dan prestasi perniagaan terjamin. Pekerja
yang mahir dan berpengalaman dalam bidang yang di ceburi dapat mengelak berlakunya
kesilapan semasa menjalankan tugas.
Spesifikasi tugas operasi

Jawatan Tugas

Pembuat Pie -Membuat pie mengikut tempahan


-Menghasilkan produk pie yang berkualiti
dalam tempoh masa yang ditetapkan

Penjual Pie -Meningkatkan jualan produk


-Melayan dan memberi perkhidmatan yang
baik kepada pelanggan
Rancangan Pemasaran
Analisis Pasaran

Perniagaan ini amat berpotensi untuk berkembang dengan lebih meluas kerana di dapati
kurangnya bilangan perniagaan pastri di sekitar Puchong Perdana.Manakala,terdapat
permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.Oleh itu,kami mempunyai peluang yang
cerah untuk membuka perniagaan di kawasan ini.
Saiz Pasaran

Saiz pasaran yang terlibat adalah meliputi kawasan Puchong.D’Faza Pastry Shop akan cuba
mendapatkan sukarang-sukarangnya 50% syer pasaran daripada jumlah syarikat yang
menjalankan perniagaan yang sama.Bagi perniagaan awal,perniagaan D’Faza Pastry Shop
telah mengenal pasti dan membuat tinjauan untuk memastikan segala kegiatan pemasaran
perniagaan ini dapat beroperasi dengan lancar,memandangkan keadaan lokasi perniagaan ini
terletak di kawasan yang menjadi tumpuan ramai di mana terdapat banyak agensi
swasta,kerajaan,penduduk kawasan perumahan dan juga pelajar-pelajar sekolah.

Saiz pasaran untuk perniagaan ini berdasarkan kepada dua faktor iaitu jualan pada hari biasa
dan hari minggu.Pada hari minggu,jumlah pelanggan akan bertambah.Perniagaan D’Faza
Pastry Shop menganggarkan saiz pasaran diperolehi bersamaan dengan penduduk seramai
166089 orang.Pelanggan yang akan membeli dianggarkan 60%.Saiz pasaran kami juga
berdasarkan pekerjaan penduduk sama ada sudah bekerja atau yang masih menuntut di
sekolah.Perniagaan D’Faza Pastry Shop menetapkan harga berdasarkan faktor tersebut.
Campuran Pemasaran

Produk

-​D’Faza Pastry Shop menawarkan pelbagai pilihan pie agar pelanggan memperoleh
kepuasan.D’Faza Pastry Shop turut mementingkan kualiti produk dengan menggunakan
bahan-bahan mentah yang bermutu tinggi dan halal.Antara perisa pie yang dijual pada
peringkat awal ialah seperti berikut:
➔ Coklat
➔ Epal

-Permintaan yang tinggi daripada butik-butik perkahwinan memberi cabaran bagi


menghasilkan perisa yang baharu untuk memenuhi permintaan pelanggan sekaligus
meningkatkan keuntungan perniagaan.Berikut merupakan sebahagian perisa baharu yang
dihasilkan oleh D’Faza Pastry Shop:
➔ Blueberry
➔ Strawberi

Harga

-Perniagaan D’Faza Pastry Shop juga memberi potongan harga istimewa pada musim
perayaan dan hari-hari tertentu seperti Hari Ibu dan Hari Guru.Harga yang ditawarkan adalah
kompetitif dan sesuai dengan pasaran setempat.Berikut merupakan senarai harga bagi pie-pie
yang dikeluarakan oleh D’Faza Pastry Shop.

Bil Perisa Harga Perkotak(RM)

1 Coklat pie 4.00

2 Epal Pie 4.00

3 Blueberry pie 4.00

4 Strawberi Pie 4.00


Promosi

-Pelbagai kaedah promosi diguna pakai bagi menyebarkan maklumat produk seperti risalah
dan medium talian seperti Facebook,WhatsApp,Telegram dan Intagram.D’Faza Pastry Shop
menawarkan pakej istimewa khususnya kepada pelanggan pada musim-musim perayaan dan
hari-hari tertentu seperti Hari Ibu dan Hari Guru.Potongan diskaun 10-20% diberikan pada
musim perayaan dan hari-hari tertentu.

Agihan

-Lokasi perniagaan berhampiran dengan kawasan tumpuan ramai seperti kawasan


perumahan,kawasan sekolah dan kawasan perniagaan secara tidak langsung menarik tumpuan
orang ramai mendapatkan produk pie yang dipasarkan.Produk keluaran D’Faza Pastry Shop
boleh diperoleh secara terus di premis perniagaan.Tempahan juga diterima satu hari sebelum
acara berlangsung.
Syer Pasaran

Peratus Syer Pasaran Jumlah Syer Pasaran

D’Faza Pastry Shop 50% ​12864

Mini Cheese Tart ​ 30% 7718.4

Sweet Tart ​20% 5145.6

100% 25728

12864 X 100
50
=25728
Analisis Industri

​ nalisis industri adalah alat yang memudahkan sesuatu perniagaan untuk memahami
A
kedudukan relatif perniagaan mereka dengan perniagaan lain yang menghasilkan produk atau
perkhidmatan sejenis dan sama.Memahami kekuatan industri secara keseluruhan merupakan
komponen penting bagi perancangan strategi yang berkesan.Analisis industri juga
membolehkan para peniaga kecil untuk mengenal pasti ancaman dan juga peluang yang
dihadapi oleh perniagaan mereka.

Struktur ekonomi dalam industri sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa.Kesulitan ini
adalah akibat daripada trend sosial jangka panjang dan kekuatan sesuatu ekonomi
tersebut.Keadaan ini sememangnya memberi kesan yang besar kepada pengurus sesuatu
perniagaan kerana ia menunjukkan keberkesanan dalam berdaya saing dan penyusunan
strategi yang digunakan.

Kekuatan dalam kelima-lima aspek iaitu kuasa tawar menawar pembekal,kuasa


pembeli,ancaman dari pendatang baru,persaingan daripada para pesaing dan ancaman dari
pengganti.Ia menentukan potensi keuntungan sesuatu industri dengan mempengaruhi
harga,kos dan memerlukan usaha pelaburan.Kekuatan yang lebih mencabar adalah berkaitan
dengan cabaran persekitaran perniagaan.

Terdapat industri yang mempunyai potensi keuntungan yang tinggi.Hal ini terjadi apabila
industri tersebut berada pada tahap kompetitif yang kuat dalam industri yang
menguntungkan.
SWOT

Pesaing Kekuatan Kelemahan Peluang Ancaman

D’Faza Pastry -Menawarkan harga -Kurangnya -Kemudahan -Terdapat dua


Shop yang lebih rendah perlindungan paten parkir yang dekat kedai pastri yang
dan produk yang berhampiran
berkualiti

Mini Cheese -Menawarkan -Tidak mempunyai -Perkembangan -Mengambil


Tart pelbagai jenis pelanggan tetap secara online pekerja yang
produk kurang mahir

Sweet Tart -Lokasi yang -Menawarkan harga -Memenuhi -Pekerja sering


strategik yang mahal citarasa pengguna bertukar-tukar
dalam membuat
pastri
Analisis Pesaing

Pesaing Kekuatan Kelemahan

D’Faza Pastry Shop -​Menawarkan harga yang -Kurangnya perlindungan


kompetitif dan pentadbiran paten
organisasi yang kukuh

Mini Cheese Tart -​Menawarkan pelbagai jenis -​Tidak mempunyai


produk pelanggan tetap
Penutup

​ erdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah di bentangkan D’Faza
B
Pastry Shop amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberikan
pulangan yang lumayan.Sebab-sebab perniagaan ini akan berjaya ialah perniagaan D’Faza
Pastry Shop menggunakan media sosial sebagai platform dalam membuat promosi dan
memperkenalkan produk yang dijual di D’Faza Pastry Shop,dengan ini perniagaan akan lebih
dikenali dan dapat mengekalkan pelanggan tetap .Selain itu,lokasi yang strategik juga dapat
membantu dalam menjayakan sesebuah perniagaan.Ini kerana lokasi perniagaan D’Faza
Pastry Shop terletak berhampiran dengan kawasan sekolah,kawasan perumahan,butik
pengantin dan premis kedai.

Cadangan perniagaan D’Faza Pastry Shop pada masa depan ialah untuk meningkatkan
prestasi perniagaan D’Faza Pastry Shop dan melebarkan sayap ke luar negara untuk
meningkatkan jualan dengan mencari pasaran baru.Harapan D’Faza Pastry Shop pada masa
depan ialah agar D’Faza Pastry Shop dapat lebih dikenali oleh semua masyarakat dan
berharap agar D’Faza Pastry Shop dapat menambah pelbagai jenis produk.

Tanggungjawab sosial adalah tanggungjawab moral yang perlu dipikul oleh perniagaan
terhadap kepentingan masyarakat di mana perniagaan tersebut menjalankan
operasinya.Sumbangan teknologi yang digunakan ialah mesin,peralatan ia membantu dalam
menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.Peranan skim
pembiayaan tekun niaga dalam membantu usahawan ialah memberi khidmat bimbingan dan
sokongan kepada semua para usahawan yang menyertai TEKUN.

You might also like