Surat

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Ruj. Kami : PPDKBB.

100-6/4/4 (29)
Tarikh : 23/06/2019

Semua
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kulim Bandar Baharu

Tuan,

LAPORAN ASET ALIH KERAJAAN BAGI SUKU TAHUN KEDUA 2019

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah dipohon menyediakan Laporan Aset Alih


Kerajaan merangkumi semua perolehan untuk tempoh suku tahun kedua (April hingga
Jun 2019).

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan borang-borang yang berkaitan. Borang


yang dilengkapkan perlu dihantar kepada Unit Perolehan dan Aset PPD Kulim Bandar Baharu
sebelum atau pada 4 Julai 2019. Bagi melancarkan pengumpulan data, pengisian secara
online hendaklah dibuat melalui pautan ini : https://goo.gl/5qhcwb

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Zakaria bin Ahmad, Penolong PPD Perolehan
dan Aset PPD KBB di talian 044907662 / 0195031516.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR – HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”
“KBB SMART 2016-2020”

Saya yang menjalankan amanah,

( ZULKIFLI BIN MOHAMED )


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu.

You might also like