Buletin 3-2014

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

Buletin

PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR EDISI JUL-SEP 2014

ms
11 Istiadat Angkat Sumpah Jawatan
Dato’ Menteri Besar Selangor Ke-15

Majlis Ramah Mesra Majlis Penutup Kejohanan Hari Terakhir


Pegawai-Pegawai Golf Worldwide Holdings YBhg Timbalan SUK
Komunikasi Korporat Selangor Masters 2014 (Pengurusan)

ms 5 ms 8 ms 14
2 Buletin SELANGOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Mutiara Kata
“Tahniah diucapkan kepada YAB
Tuan Mohamed Azmin Bin Ali di
atas pelantikan beliau sebagai Dato’
Menteri Besar Selangor yang ke-15.
Saya dan seluruh penjawat awam
Kerajaan Negeri Selangor akan terus
memberikan kerjasama dan sokongan
penuh kepada YAB Dato’ Menteri Besar
dalam memberikan perkhidmatan
terbaik kepada rakyat di samping
meneruskan momentum kemajuan di
Negeri Selangor ini.”

YB Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi


Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Isi Kandungan BIL. 3/2014 EDISI JUL-SEP 2014

Sesi Penilaian Audit Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Pejabat Setiausaha


3
Kerajaan Negeri Selangor Oleh MPC

Majlis Meraikan Persaraan YBhg Timbalan Setiausaha Kerajaan


(Pengurusan) dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 Pejabat Setiausaha 4
Kerajaan Negeri Selangor
SIDANG REDAKSI
Majlis Ramah Mesra Pegawai-Pegawai Komunikasi Korporat Negeri Selangor 5
PENAUNG
Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-57 Peringkat Negeri Selangor 6 YB Dato’ Haji Mohammed Khusrin
Bin Haji Munawi
Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran Dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) Ke Pejabat Setiausaha 7
Kerajaan Negeri Selangor
KETUA EDITOR
Noor Asdiana Binti Abd Kadir
Majlis Penutup Kejohanan Golf Worldwide Holdings Selangor Masters 2014 8

EDITOR
Majlis Penghargaan Kepada YBhg Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim 9
Sahrul Hardi Bin Zainuri
Istiadat Pengurniaan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan 10
SIDANG EDITORIAL
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dato’ Menteri Besar Selangor Ke-15 11 Nooraini Binti Jailani
Norfariza Binti Daud
Hari Pertama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Melaporkan Diri Ke Pejabat
12 Fara Hanim Binti M. Sharif
Dato’ Menteri Besar Selangor
Sahida Binti Mohamad Sofi

Istiadat Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor 13


FOTOGRAFI

Hari Terakhir YBhg Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Ahmad Fadhli Bin Yahya
14
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Majlis Pelancaran Konvoi Mini Merdeka


15 Sebarang Maklumat dan cadangan boleh
Lawatan 5S Daripada Unit Pendidikan, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dikemukakan kepada pihak kami melalui
emel buletin@selangor.gov.my
Buletin SELANGOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
3

Sesi Penilaian Audit Amalan


Persekitaran Berkualiti 5S Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor Oleh MPC

Pada 22 Julai 2014 telah diadakan Sesi Penilaian Audit Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor bagi pensijilan semula oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi telah sudi meluangkan masa untuk
mempengerusikan mesyuarat pembukaan audit tersebut. Melalui penilaian audit yang telah dilaksanakan, Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya mengekalkan pensijilan amalan persekitaran 5S. Syabas dan tahniah diucapkan kepada
seluruh warga kerja Pejabat SUK Selangor di atas pensijilan semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S ini!
4 Buletin SELANGOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Majlis Meraikan
Persaraan YBhg
Timbalan Setiausaha
Kerajaan (Pengurusan)
dan Sambutan Hari Raya
Aidilfitri 2014 Pejabat
Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor
Pada 18 Ogos 2014 bertempat di Bankuet, Dewan Jubli Perak Sultan
Abdul Aziz Shah, telah berlangsungnya Majlis Meraikan Persaraan YBhg
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan Sambutan Hari Raya
Aidilfitri Tahun 2014 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Majlis telah dihadiri oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’


Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, YBhg Timbalan Setiausaha
Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Haji Mohamad Roslan bin Sakiman
dan yang di raikan YBhg Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan),
Dato’ Tarmedi bin Haji Omar. Turut menghadiri majlis adalah Ketua-
Ketua Jabatan Pejabat SUK Selangor, para pegawai dan kakitangan di
bangunan ini.
Buletin SELANGOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
5

Majlis Ramah Mesra


Pegawai-Pegawai Komunikasi
Korporat Negeri Selangor
Majlis Ramah Mesra Pegawai-Pegawai Komunikasi Korporat Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan Rumah Terbuka
Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 25 Ogos 2014 bersamaan dengan 29 Syawal 1435H bertempat di Dewan Pro-Canselor
UNISEL, Kampus Shah Alam.

Majlis ini diadakan dengan kerjasama Bahagian Korporat Pejabat SUK Selangor dan Jabatan serta Agensi di bawah Kerajaan
Negeri Selangor iaitu Worldwide Holdings Berhad, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., Universiti Selangor (UNISEL), Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Tourism Selangor, Yayasan Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran
Sepang.

Pada majlis tersebut, telah dilancarkan penjenamaan semula gelaran jawatan Pegawai Perhubungan Awam kepada Pegawai
Komunikasi Korporat. Penjenamaan semula ini adalah sebagai langkah mentransformasi Kerajaan Negeri Selangor ke arah
penyampaian perkhidmatan yang lebih berimejkan korporat di mana Pegawai Komunikasi Korporat merupakan medium
perantaraan antara jabatan/agensi dan orang awam. Penyeragaman gelaran ini digunapakai oleh semua jabatan dan agensi
di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Haji Mohamad Roslan
Bin Sakiman mewakili YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
6 Buletin SELANGOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Majlis Sambutan Bulan


Kemerdekaan Ke-57
Peringkat Negeri Selangor
Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Orang ramai juga berpeluang
Ke-57 Peringkat Negeri Selangor menyaksikan perarakan perbarisan
telah diadakan pada 30 Ogos 2014, daripada lebih 50 kontinjen antaranya
bertempat di Dataran Kemerdekaan Rejimen Askar Melayu Diraja, Pejabat
Shah Alam. Tema sambutan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
kemerdekaan pada tahun ini adalah Jabatan Imigresen Selangor, Jabatan
“Selangorku Sejahtera, Rakyat Perhutanan Selangor, Jabatan
Terbela”. Sambutan kali ini dirai Pengangkutan Jalan Selangor, pihak
dengan semangat patriotik namun berkuasa tempatan (PBT) dan lain-
secara sederhana bagi menghormati lain jabatan serta agensi.
tragedi pesawat Malaysia Airlines
(MAS) MH17 dan kehilangan MH370. Acara sambutan turut dimeriahkan lagi
dengan laungan ‘merdeka’ sebanyak
Majlis telah dihadiri oleh YAB Dato’ 7 kali oleh YAB Dato’ Menteri Besar
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Selangor dan pertunjukan bunga api
Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, YB pada malam tersebut mengakhiri
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, sambutan.
Dato’ Haji Mohammed Khusrin
Bin Haji Munawi, Ahli-Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor,
Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor, Dif-
Dif Kehormat, Ketua-Ketua Jabatan
serta 10,000 orang pengunjung.

Sambutan pada malam tersebut


dimulakan dengan nyanyian lagu
patriotik oleh Kumpulan Koir Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Buletin SELANGOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
7

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah


Unit Pemodenan Tadbiran Dan
Perancangan Pengurusan Malaysia
(Mampu) Ke Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor

Pejabat Setiausaha Kerajaan


Negeri Selangor telah
menerima kunjungan hormat
daripada YBhg Ketua Pengarah
MAMPU, Datuk Wira Omar Bin
Kaseh pada 19 September 2014
yang lalu. Deligasi kunjungan
disambut oleh YB Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor,
Dato’ Haji Mohammed Khusrin
Bin Haji Munawi serta pegawai-
pegawai kanan di pejabat ini.
8 Buletin SELANGOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Majlis Penutup
Kejohanan Golf
Worldwide Holdings
Selangor Masters
2014

Pada 21 September 2014 bertempat di Kelab Golf Seri dari Thailand, Chapchai Nirat muncul juara menerusi play-off
Selangor, Kota Damansara telah berlangsung Majlis lubang pertama menewaskan 144 orang pemain profesional
Penutup Kejohanan Golf Worldwide Holdings Selangor dari pelbagai negara. Jumlah keseluruhan hadiah pada
Masters 2014. DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin kejohananan kali ini berjumlah RM1.3 juta.
Idris Shah dan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir
Shah telah berkenan mencemar duli ke majlis tersebut. DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah berkenan
Turut hadir ialah YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan menyampaikan hadiah kepada pemenang selepas pusingan
Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, YB Setiausaha terakhir pertandingan tersebut.
Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohammed Khusrin
Bin Haji Munawi, Dif-Dif Kehormat, Ketua-Ketua Jabatan Untuk pengetahuan umum, perlawanan tersebut telah
dan para jemputan. menerima penyertaan pemain golf profesional dari Thailand,
Amerika Syarikat, Australia, China, Taiwan, Bangladesh,
Kejohanan Golf Worldwide Holdings Selangor Masters Vietnam, India, Sepanyol, Filipina dan Finland.
merupakan acara tahunan dan pada tahun ini pemain golf
Buletin SELANGOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
9

Majlis Penghargaan Kepada Tan Sri


Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Tanggal 22 September 2014 bertempat di Foyer Pejabat SUK Selangor telah diadakan Majlis Penghargaan Kepada
YBhg Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, mantan Dato’ Menteri Besar Selangor. Seluruh warga kerja Pejabat
SUK Selangor mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan kerjasama YBhg Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin
Ibrahim. Selamat Maju Jaya!
10 Buletin SELANGOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Istiadat Pengurniaan
Pingat Negeri
Selangor Darul Ehsan
Seramai 382 orang telah menerima pingat Negeri Selangor Darul Ehsan
yang diadakan selama dua hari bermula pada pada 29-30 September
2014 yang lalu. Istiadat pengurniaan pingat telah disempurnakan oleh
DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin
Idris Shah di Dewan Jubli Perak, sempena sambutan Ulang Tahun Hari
Keputeraan yang ke-68 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah.

Pada hari pertama, pengurniaan pingat kepada penerima-penerima


dari dua daerah iaitu Petaling dan Klang manakala pada hari kedua,
pengurniaan pingat kepada 7 daerah iaitu Hulu Selangor, Gombak, Hulu
Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang.

Penerima-penerima kurniaan pingat ini telah menyumbang jasa dan


pekerti yang terbilang kepada DYMM Sultan Selangor dan Negeri
Selangor Darul Ehsan, bersifat tekun, taat kepada kerja, mempunyai
keistimewaan dan keberanian yang tinggi, serta mempunyai budi pekerti
yang baik.

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima darjah kebesaran, pingat


Selangor terutama kepada warga kerja Pejabat SUK Selangor!
Buletin SELANGOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
11

Istiadat
Angkat
Sumpah
Tanggal 23 September 2014, DYMM Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan melantik YAB Tuan
Mohamed Azmin Bin Ali sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor yang
ke-15 bagi memimpin dan mentadbir Kerajaan Negeri Selangor.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji berlangsung di


hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di
Jawatan
Dato’ Menteri
Istana Alam Shah, Klang pada jam 10.41 pagi.

YAB Tuan Mohamed Azmin Bin Ali telah menyempurnakan upacara


angkat sumpah serta melafazkan 10 ikrar akujanji sambil memegang
Lembing Sembuana, yang merupakan lembing pusaka yang penting
semasa Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan. Besar Selangor
Ke-15
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mengucapkan setinggi-
tinggi tahniah dan syabas di atas pelantikan YAB Tuan Mohamed
Azmin Bin Ali sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor yang baharu.
12 Buletin SELANGOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Hari Pertama
Yab Dato’
Menteri Besar
Selangor
Melaporkan diri
ke Pejabat
Tepat jam 8.00 pagi, 24 September 2014, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Mohamed Azmin Bin Ali telah hadir ke
Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di Aras 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

YAB Tuan Mohamed Azmin Bin Ali telah disambut oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohammed Khusrin
Bin Haji Munawi, YB Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Dato’ Noordin Bin Sulaiman, pegawai-pegawai kanan serta anggota
Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

YAB Tuan Mohamed Azmin Bin Ali juga turut diberikan taklimat ringkas oleh Ketua Setiausaha Sulit Dato’ Menteri Besar
Selangor, Tuan Mohamad Yasid Bin Bidin berkaitan tugas dan pentadbiran di Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan
telah mengadakan perjumpaan bersama-sama pegawai-pegawai kanan Pejabat SUK Selangor.
Buletin SELANGOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
13

1. YAB Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Istiadat Angkat
Dato’ Menteri Besar Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan,
Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber
Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan

Sumpah Ahli-Ahli Majlis Penerangan.

2. YB Dato’ Teng Chang Khim

Mesyuarat Kerajaan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan,


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur &
Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan

Negeri Selangor
Industri Asas Tani.

3. YB Tuan Iskandar Bin Abdul Samad


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan,
Pada 26 September 2014 yang lalu, telah berlansungnya Istiadat Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar.
Angkat Sumpah Jawatan Dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaan
4. YB Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan,
Kerajaan Negeri Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal
Klang. Pengguna.

Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Selangor telah 5. YB Tuan Ean Yong Hian Wah
mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan
Negeri yang baharu di hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan
Sharafuddin Idris Shah. Pembangunan Kampung Baru.

6. YB Tuan Dr Ahmad Yunus Bin Hairi


Senarai Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama
seperti berikut: Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan
Desa dan Kampung Tradisi.

7. YB Puan Dr Daroyah Binti Alwi


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan,
Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga.

8. YB Tuan Ganabatirau A/L Veraman


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan,
Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang.

9. YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,
Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi
dan Inovasi.

10. YB Tuan Amirudin Bin Shari


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan
Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan
Pembangunan Usahawan.

11. YB Tuan Mohd Zaidy Bin Abdul Talib


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur &
Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan
Industri Asas Tani.
14 Buletin SELANGOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Hari Terakhir
YBhg Timbalan
Setiausaha Kerajaan
(Pengurusan)
Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri
Selangor
Tanggal 19 Ogos 2014 memahat kenangan yang
tidak dapat dilupakan tatkala berakhirnya tugas YBhg
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’
Tarmedi Bin Haji Omar. Seluruh warga kerja Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di
atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada
Pejabat SUK Selangor. Selamat Maju Jaya YBhg Dato’
Tarmedi bin Haji Omar.
Buletin SELANGOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
15

Majlis Pelancaran
Konvoi Mini Merdeka

Majlis Pelancaran Konvoi Mini Merdeka


telah dilancarkan pada 28 Ogos 2014,
bertempat di lobi utama Bangunan Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Majlis ini bertujuan untuk meraikan sambutan
ulangtahun ke-55 Mini dan juga Hari
Kemerdekaan Malaysia Tahun 2014.

Lawatan 5S Daripada
Unit Pendidikan
Jabatan Agama Islam
Selangor (Jais)
Pejabat SUK Selangor telah menerima lawatan 5S daripada
Unit Pendidikan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada
11 September 2014 jam 9.00 pagi. Taklimat lawatan telah
disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Korporat, Puan Noor
Asdiana binti Abd Kadir di Bilik Mesyuarat BPSM yang turut
dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa 5S Pejabat SUK Selangor.
Deligasi lawatan kemudiannya di bawa melawat ke Zon
Jade (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia), Zon Kristal
(Bahagian Audit Dalam) dan Zon Citrine (Bahagian Teknologi
Maklumat).
16 Buletin SELANGOR
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR

MES
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City, I-City, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
• Tel: 03-5521 8740 atau 03-5521 8741
• Faks: 03-5521 8742 atau 03-5521 8743

SKIM MESRA USIA EMAS


Rantaian Mesra Sdn Bhd, Tingkat G,
Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
• Tel: 03-5510 3468 / 3472 www.mes.selangor.com
• Faks: 03-5510 3455
• Emel: mesrausiaemas@gmail.com SKIM KESIHATAN WANITA
Rantaian Mesra Sdn Bhd, Tingkat G,
HADIAH ANAK MASUK IPT Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor Bahagian Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Pengurusan Sumber Manusia, Selangor Darul Ehsan
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S., 40503 Shah Alam, • Tel: 03-5510 3468 / 3472
Selangor Darul Ehsan • Faks: 03-5510 3455
• Tel: 03-5544 7385 atau 03-5521 2275 • Web: http://www.e-mesra.org.my
• Faks: 03-5510 4095 atau 03-5511 0659
PROGRAM MIKROKREDIT
PROGRAM MENINGKATKAN MISKIN BANDAR (MIMBAR)
HASIL BATUAN DAN GALIAN Mimbar Selangor, A23, Pusat Perniagaan Jubli 20,
Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Tingkat 5, Jalan Singa J20/J, Seksyen 20, 40300 Shah Alam,
Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Selangor Darul Ehsan
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, • Tel: 03-5541 3616
Selangor Darul Ehsan • Faks: 03-5541 3617
• Tel: 03-5518 7735 • Faks: 03-5518 7736 • Web: www.mimbarselangor.org
• Emel: info@semesta.com.my
• Web: www.semesta.com.my SKIM MIKROKREDIT SELANGOR
Yayasan Dar al Qard al Hasan Selangor, Tingkat 2,
TABUNG PENDIDIKAN Bangunan S.S.A.A.S., 40000 Shah Alam,
ANAK PEKERJA LADANG Selangor Darul Ehsan
Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri • Tel: 03-5544 7104 / 03-5519 1692 / 03-5521 2312
Selangor, • Faks: 03-5510 55829
Tingkat 5, Bangunan S.S.A.A.S., 40503 Shah Alam, • Web: www.skimsel.com
Selangor Darul Ehsan
• Tel: 03-5544 7306 atau 035512 3618 PUSAT DIALISIS RAKYAT
• Faks: 03-5510 6678 Rantaian Mesra Sdn Bhd, Tingkat G,
Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah,
PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC) Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Selangor Darul Ehsan
Sains Teknologi & Inovasi • Tel: 03-5510 3468 / 3472
• Tel: 03-5519 4346 atau 03-5544 7622 • Faks: 03-5510 3455
• Faks: 03-5519 3304 • Web: http://www.e-mesra.org.my

BEKALAN AIR PERCUMA 20 METER PADU PUSAT TUISYEN RAKYAT


Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Tingkat 16-17, Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber
Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran, Manusia, Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
• Tel: 03- 5510 3999 • Tel: 03-5544 7480 / 7481 / 7482 / 7543
• Faks: 03-5510 9977 • Faks: 03-5510 4095 / 5513 5564 / 5544 7391
• Emel: communications@kdeb.com • Blog: http://tuisyenrakyat.blogspot.com

You might also like