Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BAB 4 Operational Amplifier - OP-AMP ( Penguat Kendalian )

1.0 : OJEKTIF

a. Mengetahui binaan serta rupa asas serta sambungan dalaman op-amp.

b. Mengetahui fungsi blok dalaman op-amp.

c. Mengetahui jenis litar – litar asas bagi op-amp.

d. Mengetahui kendalian litar – litar asas bagi op-amp.

e. Mengetahui litar – litar kegunaan op-amp.

2.0 : PENGENALAN

OP –AMP Atau dalam bahasa Malaysianya di panggil sebagai penguat kendalian, adalah
merupakan sebuah IC ( Integrated Circuit ) yang dapat melakukan banyak fungsi .

Namun begitu fungsi – fungsi berkenaan boleh di bahagikan kepada dua kategori utama
iaitu :

a. Linear Operation – Operasi ini tidak menukar bentuk gelombang keluaran litar ,
tetapi isyarat di kuatkan ataupun dengan kata lain , gelombang keluaran sama
dengan gelombang masukan dari segi bentuknya tetapi terdapat perubahan fasa
atau vpp gelombang.

Contoh Litar Op-Amp yang berfungsi dlm mode linear adalah seperti :

1. Penguat Alikan ( Inverting Amplifier )


2. Penguat Bukan Alikan ( Non – Inverting Amplifier )

b. Non Linear Operation – Di dalam mode ini gelombang keluaran yang di hasilkan
oleh litar tidak menyamai bentuk gelombang masukan litar.

Contoh Litar Op-Amp yang berfungsi di dalam mode non-linear ialah :

1. Pembanding ( Comparator )
2. Pemicu Schmitt ( Schmitt Trigger )

EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/kerinchi3@gmail.com Mukasurat 1


BAB 4 Operational Amplifier - OP-AMP ( Penguat Kendalian )

Penguat kendalaian ( Op-Amp ) ialah litar bersepadu yang mempunyai amplifier yang
bergandaan tinggi dimana suapbalik digunakan untuk mengawal ciri – ciri sambutan
keseluruhanya .

Ia digunakan dengan luasnya untuk melaksanakan beberapa fungsi linear dan juga non-
linear. Ia dianaggap sebagai blok binaan atau litar integrasi analog asas.

Op-Amp telah mendapat penerimaan yang luas sebagai sistem blok binaan yang
ekonomi, mudah di sesuaikan ke mana – mana litar dan keluaranya mudah dijangkakan.

Ia mempunyai segala kebaikan – kebaikan litar integrasi monolitik berbanding dengan


litar – litar lazim.

2.1 : KEBAIKAN LITAR BERSEPADU.

a) Saiz yang kecil.


b) Keboleharapan ( reliability ) yang tinggi.
c) Kos yang rendah.
d) Penjejakan suhu ( temperature tracking ).
e) Voltan dan arus yang rendah.

Di dalam kebanyakan litar bersepadu Op-Amp, satu amplifier dalaman yang bergandaan
tinggi akan digunakan. Elemen – elemen pasif disambungkan kepadanya untuk
menjadikan sebagai satu amplifier keseluruhan yang di panggil sebagai penguat
kendalian.

Gandaan amplifier kendalian ini tidak bergantung kepada gandaan amplifier dalamanya,
tetapi di tetapkan oleh perintang atau komponen lain yang di sambungkan kepadanya.

SIMBOL ASAS OP-AMP

EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/kerinchi3@gmail.com Mukasurat 2


BAB 4 Operational Amplifier - OP-AMP ( Penguat Kendalian )

3.0 : RUPABENTUK DAN PIN ASSIGNMENT BAGI IC OP-AMP

Secara asasnya kebanyakan op-amp yang terdapat di dalam pasaran biasanya di buat
atau di bina di dalam bentuk DIP – Dual In Line Package. Namun begitu terdapat juga
yang di bina di dalam bentuk Tin Besi ( Can Case ).

Gambarajah – gambarajahh di bawah menunjukkan beberapa contoh bentuk dan pin


assignment ( susunan pin ) bagi op-amp.

EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/kerinchi3@gmail.com Mukasurat 3


BAB 4 Operational Amplifier - OP-AMP ( Penguat Kendalian )

EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/kerinchi3@gmail.com Mukasurat 4


BAB 4 Operational Amplifier - OP-AMP ( Penguat Kendalian )

4.0 : GAMBARAJAH BLOK DALAMAN OP-AMP

Secara asasnya sebuah ic op-amp boleh di bahagikan kepada 3 blok utama iaitu :

1. Peringkat Masukan Pembezaan.


2. Peringkat Amplifier Pertengahan.
3. Peringkat Amplifier Keluaran.

Rajah Blok Dalaman Op-Amp

MASUKAN PEMBEZAAN AMPLIFIER PERTENGAHAN KELUARAN GALANGAN RENDAH

Litar Dalaman Op-Amp

EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/kerinchi3@gmail.com Mukasurat 5


BAB 4 Operational Amplifier - OP-AMP ( Penguat Kendalian )

4.1 : Peringkat Masukan Pembezaan.

Peringkat ini adalah merupakan sebuah amplifier pembezaan ( Diffrential


Amplifier ). Ia akan memberikan gandaan yang tinggi kepada isyarat – isyarat
pembezaan dan memberi gandaan yang rendah kepada masukan isyarat
masukan mod – sepunya. Isyarat masukan mod – sepunya ialah apabila terdapat
masukan yang sama dikenakan pada masukan inverting dan masukan non-
inverting op-amp.

Peringkat ini amat penting kerana pada peringkat inilah galangan masukan
amplifier akan di tetapkan.

4.2 : Peringkat Amplifier Pertengahan.

Biasanya terdapat satu atau lebih peringkat amplifier masukan akan digunakan di
mana pada peringkat ini gandaan arus dan voltan akan di berikan kepada isyarat
masukan. Gandaan voltan tambahan ini diperlukan untuk mencapai gandaan
voltan keseluruhan yang tinggi.

Manakala gandaan arus pula di perlukan untuk memberikan arus picuan ( driving
current ) kepada peringkat keluaran tampa membebankan peringkat masukan.
Konfigurasi litar yang biasa digunakan pada peringkat ini ialah berbentuk
pembezaan ( diffrential amplifier ) dan hujung tunggal ( single ended amplifier ).

4.3 : Peringkat Amplifier Keluaran.

Peringkat terakhir sesuatu op-amp ialah peringkat amplifier keluaran, dimana


ianya diperlukan untuk membekalkan galangan yang rendah dan arus yang
mencukupi bagi memacu beban pada litar luaran op-amp.

Peringkat ini biasanya mengunakan konfigurasi pengekor-pengeluar ( emitter –


follower ) atau konfigurasi pelengkap ( Complimentary )

EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/kerinchi3@gmail.com Mukasurat 6


BAB 4 Operational Amplifier - OP-AMP ( Penguat Kendalian )

5.0 : LITAR – LITAR ASAS OP-AMP

Terdapat beberapa litar asas yang biasa di gunakan bagi menjadi asas kepada
penyambungan litar mengunakan op-amp. Litar – litar asas ini banyak digunakan untuk
litar penapis laluan, pembanding isyarat, pengayun, pra-penguat dan lain – lain.

Litar – litar asas yang di sebutkan tadi ialah :

1. Penguat Alikan ( Inverting Amplifier )


2. Penguat Bukan Alikan ( Non – Inverting Amplifier )
3. Penguat Pencampur Alikan ( Inverting Summing Amplifier )
4. Pembanding ( Comparator )

5.1 : Penguat Alikan ( Inverting Amplifier ).

Penguat ini dinamakan inverting amplifier kerana terdapat perbezaan fasa diantara
isyarat masukan dan juga isyarat keluaran amplifier ( Beza Fasa = 180 o ). Rajah di
bawah menunjukkan bagaimana sambungan bagi inverting amplifier.

Rajah : Inverting Amplifier.

Dalam litar ini , isyarat masukan di bekalkan kepada masukan inverting input ( - ) dan
melalui perintang masukan ( RIN ) manakala sebahagian daripada voltan keluaran akan
di suap balik ( Feedback ) kepada bahagian masukan melalui perintang suapbalik ( RF ).

Nilai voltan keluaran dan Gandaan Voltan bagi litar ini boleh di kira dengan mengunakan
formula di bawah di mana :

VOUT = - ( RF / RIN ) X VIN

Gandaan Voltan = AV = - ( RF / RIN )

Beza Fasa diantara VOUT dan VIN = 180o

EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/kerinchi3@gmail.com Mukasurat 7


BAB 4 Operational Amplifier - OP-AMP ( Penguat Kendalian )

5.2 : Penguat Bukan Alikan ( Non – Inverting Amplifier ).

Non – Inverting amplifier pula mempunyai tidak mempunyai beza fasa diantara isyarat
masukan dan juga insyarat keluaranya. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana
sambungan bagi non - inverting amplifier.

Rajah : Non - Inverting Amplifier.

Dalam litar ini , isyarat masukan di bekalkan kepada masukan non - inverting input ( + )
dan perintang masukan ( RIN ) disambungkan kepada bumi manakala sebahagian
daripada voltan keluaran akan di suap balik ( Feedback ) kepada bahagian masukan
melalui perintang suapbalik ( RF ).

Nilai voltan keluaran dan Gandaan Voltan bagi litar ini boleh di kira dengan mengunakan
formula di bawah di mana :

VOUT = ( 1 + [RF / RIN] ) X VIN

Gandaan Voltan = AV = ( 1 + [RF / RIN] )

Beza Fasa diantara VOUT dan VIN = 0o

EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/kerinchi3@gmail.com Mukasurat 8


BAB 4 Operational Amplifier - OP-AMP ( Penguat Kendalian )

5.3 : Penguat Pencampur Alikan ( Inverting Summing Amplifier ).

Litar ini dinamakan sebagai penguat penambah kerana nilai voltan keluaranya adalah
hasil tambah daripada beberapa vontan masukan yang melalui beberapa perintang
masukan ( R1 , R2 dan Rn ) yang disambungkan secara selari pada bahagian masukan
litar.

Rajah di bawah menunjukkan sambungan bagi penguat pencampur, manakala Rn ialah


bilangan perintang masukan.

Rajah : Summing Amplifier.

Nilai voltan keluaran dan Gandaan Voltan bagi litar ini boleh di kira dengan mengunakan
formula di bawah di mana :

RF RF RF
VOUT = - x V1 + x V1 + x Vn
R1 R2 Rn

EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/kerinchi3@gmail.com Mukasurat 9


BAB 4 Operational Amplifier - OP-AMP ( Penguat Kendalian )

5.4 : Pembanding ( Comparator ).

Penguat kendalain boleh digunakan sebagai pembanding di dalam litar elektronik.


Dimana ia digunakan untuk membanding satu isyarat masukan dengan satu voltan
rujukan. Litar pembanding banyak sekali digunakan di dalam litar – litar kawalan
automatik yang mengunakan tranduser / sensors sebagai deria kawalan.

Rajah di bawah menunjukkan sambungan asas bagi satu pembanding.

Rajah : Comparator

Keluaran litar pembanding adalah bergantung kepada nilai voltan masukan di mana

Apabila VIN < VREF ------------------ VOUT = + VCC ( + 12 v )

Apabila VIN > VREF ------------------ VOUT = - VCC ( - 12 v )

Apabila VIN = VREF ------------------ VOUT = Nilai Voltan sebelumnya.

Oleh itu keluaran voltan ( VOUT ) sesuatu pembanding akan berubah – ubah bergantung
kepada nilai voltan masukan ( VIN ) yang di berikan kepadanya dimana ianya akan di
bandingkan dengan nilai voltan rujukan ( VREF ).

EP/E-010-2/INDUSTRIAL ELECTRONIC/kerinchi3@gmail.com Mukasurat 10

You might also like