Keusahawanan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1.

0 Pengenalan Tentang Organisasi yang Dipilih


Tugasan untuk subjek MPU3223 Entrepneurship, organisasi yang telah saya pilih ialah
syarikat Boon Siew Sdn Bhd. Mengapa saya memilih syarikat ini? Ini kerana syarikat ini
merupakan syarikat yang terawal berkembang di dalam dunia permotoran di Malaysia.
Syarikat Boon Siew Sdn Bhd diasaskan oleh mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew. Boon
Siew Honda Sdn Bhd merupakan satu satunya syarikat dari Malaysia yang diberi lesen
untuk mengedar, memasang dan menjual jenis-jenis model motosikal Honda di Malaysia.
Beliau seorang usahawan yang berjaya dan bijak mengambil peluang di dalam dunia
perniagaan permotoran di Malaysia. Beliau mula menyedari tentang kelebihan motosikal
Honda yang kecil dan ringan berbanding motosikal yang dikeluarkan oleh negara-negara
dari Eropah. Pada tahun 1958, beliau melihat populariti motosikal Honda Cub Super di
mana pada waktu tersebut motosikal tersebut hanya diperkenalkan di Jepun. Beliau percaya
jenis motosikal ini boleh mendapat sambutan di kalangan masyarakat Malaysia. Pada tahun
itu juga beliau telah pergi berjumpa dengan Encik Soichiro Honda, iaitu pengasas syarikat
Honda Motor Co Ltd. Pihak Honda Jepun, Honda Motor Co Ltd mempercayai kesungguhan
beliau untuk membantu syarikat mereka dalam meluaskan perniagaan di Malaysia lalu
melantik syarikat beliau iaitu Boon Siew Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal motosikal
Honda di Malaysia dan pada ketika itu, hanya 50 unit sahaja motosikal Honda telah diimport
ke Malaysia sebagai langkah percubaan untuk syarikat Boon Siew Sdn Bhd. Selepas
mendapat sambutan yang amat menggalakan oleh masyarakat Malaysia, Sebuah kilang di
bawah kendalian Oriental Holdings Bhd telah dibina di negeri Pulau Pinang untuk
memasang motosikal jenis Honda Cub dan motosikal Honda yang dipasang di Malaysia
telah membuat penjenamaan semula sebagai Boon Siew Honda. Motosikal jenis Honda Cub
telah menjadi motosikal yang paling laris di Malaysia pada ketika itu, dan beliau telah
diiktiraf sebagai orang pertama yang membawa motosikal Honda Cub ke Asia Tenggara.
Boon Siew Honda Sdn Bhd melebarkan lagi sayapnya dalam dunia perniagaan permotoran
apabila menjalankan usahasama antara Honda Co Ltd dan Oriental Holdings Bhd yang mula
beroperasi pada September tahun 2008 dengan objektif mereka untuk mengukuhkan lagi
pengeluaran motosikal dan jualan di Malaysia serta untuk mencapai tahap kepuasan
pelanggan yang lebih tinggi dan cekap. Pengeluar motosikal Honda iaitu syarikat Oriental
Holdings Bhd telah memegang cawangan bagi mengedar dan memasang motosikal Honda
dari tahun 1958 lagi. Sekarang ini, anak syarikat Oriental Holdings Bhd, Kah Motor Co Sdn
Bhd bertindak sebagai pemasang motosikal Honda, sementara Boon Siew Honda Sdn Bhd
mengedarkannya. Produk yang telah dikeluarkan oleh syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd
adalah motorsikal jenama Wave Dash, CRF 250L, CBR1000RR, EX5 Dream, Future, Gold
Wing, Wave Dash SE, Wave 110, Wave 100, Icon dan CBR 250R. Ahli Lembaga Pengarah
Boon Siew Honda Sdn Bhd adalah dipengerusikan oleh Dato’ Loh Cheng Yean sambil
dibantu oleh Encik Nobuhide Nagata sebagai pengarah urusan. Boon Siew Honda Sdn Bhd,
Oriental Holdings Bhd dan Honda Motor Co Ltd telah mengembangkan dan mempromosi
jualan motosikal mereka bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Singapura dan Brunei.

2.0 Elemen – Elemen Persekitaran Mikro


2.1 Ekonomi
Elemen persekitaran makro yang pertama ialah ekonomi. Persekitaran ekonomi
dapat kita lihat melalui faktor-faktor yang dapat mempengaruhi kuasa beli pengguna
dan corak perbelanjaan (Kotleret al, 2011). Pemasar mestilah mengawasi pola utama
pendapatan dan perubahan pada pola perbelanjaan pengguna. Jika ada sebarang
perubahan sama ada dalam bentuk negatif dan positif di dalam pembolehubah utama
ekonomi seperti kadar pola pendapatan, faedah, kos hidup, pinjaman dan simpanan
akan memberi kesan terhadap pasaran (Azianlin, 2007). Kuasa membeli daripada
pengguna bergantung kepada pendapatan semasa, harga, simpanan dan Kredit.
Contoh yang boleh kita ambil syarikat Honda Jepun iaitu Honda Motor Co Ltd telah
melantik Boon Siew Honda Sdn Bhd sebagai satu-satnya pengedar tunggal
motosikal Honda di Malaysia kerana ia mengetahui bahawa Malaysia merupakan
sebuah negara yang akan berkembang dan mempunyai pasaran yang besar di Asia
dan dunia(Danny Tan, 2012).
2.2 Teknologi
Elemen persekitaran makro yang kedua ialah teknologi. Banyak teknologi yang baru
telah dicipta untuk menggantikan teknologi yang lama. Kadar perubahan teknologi
sangat pantas pada masa kini. Melalui inovasi dan perubahan teknologi pada masa
kini, lebih banyak peluang dan pasaran baru dapat diwujudkan (Azianlin, 2007).
Contohnya, Boon Siew Honda Sdn Bhd, mereka telah menggunakan pelbagai
peralatan yang lebih canggih antaranya mesin-mesin yang berkaitan dalam
pembinaan motosikal berbanding sebelumnya. Kesannya pelbagai produk baru
dapat dicipta serta dapat menambah produk yang sedia ada kepada yang lebih
produktif dan inovatif kesan daripada perkembangan teknologi yang dibawa oleh
Syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd. Contohnya seperti produk motosikal Honda
model Wave yang telah diperbaharui daripada model Wave Dash kepada Wash Dash
SE, Wave 110 dan Wave 100 (Danny Tan, 2012).
2.3 Kebudayaan Sosial
Elemen persekitaran makro yang ketiga ialah kebudayaan sosial. Persekitaran ini
terdiri daripada pengaruh dan institusi lain yang mempengaruhi persepsi, asas dan
keutamaan serta gelagat sesebuah masyarakat di sesuatu tempat. Individu yang telah
dibesarkan dalam kelompok masyarakat akan membentuk kepercayaan dan nilai
kepercayaan mereka berdasarkan kepada norma-norma masyarakat tersebut.
Terdapat dua aspek kebudayaan sosial iaitu aspek demografi dan aliran kebudayaan
dalam masyarakat. Demografi saling berkait rapat dengan data populasi seperti
kepadatan lokasi, saiz, jantina, umur, bangsa, pekerjaan, penghijrahan populasi dan
statistik lain yang berkaitan dengan populasi (Mily, 2011). Faktor statistik
demografi agak mudah diperolehi kerana sebenarnya ia adalah data pungutan
kerajaan dan ia boleh digunakan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Kajian serta pengawasan terhadap syarikat dalam demografi penting kerana populasi
membentuk pasaran (Azianlin, 2007). Contohnya, dalam elemen persekitaran makro
kebudayaan sosial bagi aspek demografi, Boon Siew Honda Sdn Bhd mula
beroperasi pada tahun 1958 di Pitt Street, Pulau Pinang kerana pada waktu itu,
bandar tersebut merupakan salah satu pusat tumpuan ekonomi di bahagian Utara
Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Malaya) dan ia juga merupakan kawasan
populasi penduduk yang tinggi (Mohammad Fikri, 2011).
2.4 Politik dan Undang-undang
Politik dan undang-undang yang dibuat adalah kerana sebahagian daripada
persekitaran makro yang mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing
dengan tujuan untuk memperolehi sumber dan perhatian. Keadaan ini terjadi kerana
para majikan atau usahawan telah menggunakan kekuatan politik yang ada pada
mereka. Para usahawan perlu menerima dan mematuhi undang-undang, polisi, dan
peraturan di mana perniagaan tersebut dijalankan. Usahawan terpaksa menerima
unsur-unsur undang-undang dan politik yang dibuat bagi tujuan pelaburan.
Antaranya, ia merujuk kepada berlakunya ketidakstabilan, keganasan dan rasuah di
kawasan di mana perniagaan dijalankan. Di kawasan yang risiko politik adalah
tinggi, sememangnya sukar dan mempunyai kos yang tinggi untuk usahawan
melindungi, membeli dan mengatur sumber yang menyebabkan berlakunya
penambahan kos untuk pelaburan baru (Kotler et al, 2011). Undang-undang penting
yang dilihat boleh menjejaskan pelaburan atau perniagaan ialah termasuklah
undang-undang dalam bidang kepenggunaan, alam sekitar, hubungan pekerja dan
amalan yang kompetitif. Persekitaran ini boleh mempengaruhi sesebuah organisasi
khususnya mempengaruhi objektif sesuatu organisasi, keputusan, dasar, sekatan
undang-undang dan juga undang-undang berkaitan cukai (Mily, 2011). Contohnya,
melalui undang-undang halangan perdagangan dan tariff yang akan dikenakan
terhadap perkhidmatan dan barangan yang didagangkan dalam pasaran
antarabangsa. Keadaan ini bukan sahaja menyekat, malah menghalang sumber aliran
bebas dari luar negara. Contohnya, selaku pelindung kepada industri tempatan
khususnya industri automobil di Malaysia yang telah dikenakan sekatan
perdagangan. Keadaan ini turut memberi kesan kepada syarikat Boon Siew Honda
Sdn Bhd yang menjalankan import dan eksport barangan antarabangsa(Danny Tan,
2012).

3.0 Kesan Elemen Persekitaran Makro kepada Organisasi


Kesan kepada elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah ekonomi di mana
persekitarannya boleh mempengaruhi kepada kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna.
Faktor-faktor ekonomi adalah kerisauan kepada firma pemasaran kerana ia boleh
mempengaruhi kos, harga, permintaan, dan keuntungan. Antaranya perubahan di dalam
pendapatan iaitu apabila pendapatan meningkat, kuasa beli juga mesti akan meningkat
(Girijasankar & Bhar, 2011). Contohnya, semasa negara kita mengalami kemelesetan
ekonomi pada tahun 1997, industri automobil telah menghadapi kesukaran apabila unit
jualan semakin menurun dari semasa ke semasa. Syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd juga
turut menerima kesan krisis ini di mana penjualan syarikat merosot daripada 78% unit
menjunam kepada 25% unit sahaja bagi tahun tersebut (Danny Tan, 2012).
3.1 Kesan Persekitaran Makro Kepada Organisasi Ialah Teknologi
Teknologi merupakan tenaga yang sangat dramatik dalam memberi kesan kepada
usahawan atau syarikat (Kotler at el, 2011). Dengan menukarkan teknologi boleh
menjejaskan permintaan bagi perkhidmatan dan produk firma, proses pengeluaran
dan bahan-bahan mentah turut menjejaskan proses dalam melaksanakan tugasan
(Kotler et al, 2008). Menurut Yusof et al (2004) mengatakan bahawa tindakan firma
membawa masuk teknologi yang baru ke dalam firma yang mempunyai teknologi
yang lebih rendah, akan memberi kesan kejutan kepada firma tersebut. Tindakan ini
sebenarnya akan menyebabkan kesukaran kepada sesuatu firma untuk saling
menyesuaikan diri terutamanya jika perubahan bertentangan dengan objektif atau
polisi sebenar firma. Perubahan ini akan mengakibatkan pembaziran dari segi masa,
pengangguran, tenaga, wang dan juga sumber-sumber lain (Mily, 2011). Ia juga
mengancam survival sesuatu produk, industri atau firma. Perubahan teknologi telah
menyebabkan lebih banyak peluang dan ancaman kepada pemasar. Ini kerana
peningkatan dalam teknologi banyak mempengaruhi dunia pemasaran. Contohnya,
syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd telah mengembangkan dan meningkatkan
penggunaan mesin seperti robot yang diimport dari negara Jepun untuk tujuan
membuat produk yang lebih bermutu kreatif dan inovatif. Namun, kesannnya akan
menyebabkan berlaku pengurangan dalam tenaga kerja dalam bidang industri yang
membawa kepada masalah krisis pengangguran di dalam negara (Danny Tan, 2012).
3.2 Kesan Persekitaran Makro kepada organisasi ialah Kebudayaaan Sosial
Elemen persekitaran demografi juga boleh mempengaruhi pemasar di dalam strategi
pemasaran yang merangkumi jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan, produk
yang sesuai dikeluarkan dan sebagainya. Sekiranya strategi yang digunakan itu tidak
sesuai, ini amat merugikan syarikat. Melalui kebudayaan pula, institusi dan kuasa-
kuasa lain yang memberi kesan kepada nilai-nilai asas masyarakat, keutamaan,
persepsi dan tingkah laku (Kotler et al, 2011). Elemen persekitaran ini boleh
memberi ancaman dan pada masa yang sama juga boleh memberi peluang kepada
organisasi terutama dari aspek kehendak dan keperluan pelanggan. Contohnya,
sikap prejudis di kalangan masyarakat Malaysia di suatu ketika dahulu terhadap
negara Jepun ekoran penyeksaan dan kejahatan yang telah dilakukan oleh Jepun
semasa menceroboh dan menakluki Tanah Melayu. Kesannya boleh dilihat di awal
penubuhan Boon Siew Honda Sdn Bhd yang mana mendapat pelbagai reaksi
daripada kelompok masyarakat dan tidak mendapat sokongan daripada ramai pihak.
Ini berlaku ekoran daripada budaya masyarakat pada waktu itu adalah prejudis
kepada negara Matahari Terbit iaitu Jepun (Danny Tan, 2012).
3.3 Kesan Persekitaran Makro kepada Organisasi ialah Politik dan Undang-
undang
Politik dan undang-undang yang telah dibuat adalah sebahagian daripada
persekitaran makro yang mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing
dengan tujuan untuk mendapat sumber dan perhatian. Keadaan ini akan berlaku
kerana para majikan atau usahawan telah menggunakan kekuatan politik yang ada
pada mereka. Para usahawan perlu mematuhi dan menerima undang-undang, polisi
dan peraturan di mana perniagaan tersebut dijalankan. Usahawan terpaksa menerima
unsur-unsur undang-undang dan politik yang telah di buat bagi tujuan pelaburan.
Antaranya, ia merujuk kepada berlakunya ketidakstabilan, keganasan dan rasuah di
kawasan di mana perniagaan telah dijalankan. Bagi kawasan yang risiko politiknya
adalah tinggi, adalah sukar dan mempunyai kos yang tinggi untuk usahawan
melidungi, membeli dan mengatur sumber yang menyebabkan berlakunya
penambahan kos untuk pelaburan baru (Kotler et al, 2011). Undang-undang penting
yang dilihat yang boleh menjejaskan pelaburan atau perniagaan termasuklah
undang-undang dalam bidang alam sekitar, hubungan pekerja, kepenggunaan dan
amalan yang kompetitif. Persekitaran ini dapat mempengaruhi sesebuah organisasi
khususnya mempengaruhi dasar, objektif organisasi, keputusan, sekatan undang-
undang dan juga undang-undang yang berkaitan dengan cukai (Mily,
2011). Contohnya, melalui undang-undang taarif dan halangan perdagangan yang
akan dikenakan terhadap perkhidmatan dan barangan yang didagangkan dalam
pasaran antarabangsa. Keadaan ini bukan sahaja menghalang, malah menyekat
sumber aliran bebas dari negara lain. Contohnya, selaku pelindung kepada industri
tempatan seperti industri automobil dan permotoran di Malaysia yang telah
dikenakan sekatan perdagangan. Keadaan ini turut memberi kesan kepada syarikat
Boon Siew Honda Sdn Bhd yang telah menjalankan import dan eksport barangan
antarabangsa(Danny Tan, 2012).

4.0 Pengesyoran Untuk Penambahbaikan Pengurusan Persekitaran Makro Dalam


Organisasi Pilihan
4.1 Cadangan dan pengesyoran penambahbaikan untuk menguruskan elemen
persekitaran makro dalam organisasi melalui aspek ekonomi.
Organisasi atau syarikat perlu kerap membuat kajian dan analisa terhadap system
ekonomi, dasar ekonomi dan persekitaran ekonomi tidak kira pada tahap tempatan,
nasional dan global di mana perkhidmatan dan operasi mereka dijalankan. Ini kerana
persekitaran ekonomi memainkan peranan penting di dalam kejayaan dan kegagalan
sesebuah organisasi mahupun syarikat. Syarikat atau organisasi harus mengenalpasti
tahap keadaan ekonomi yang akan atau memberi lebih kesan kepada organisasi dan
syarikat serta perlu memantau, meninjau, meramal dan mentafsir persekitaran
ekonomi sama ada diperingkat dunia atau domestik. Usahawan bukan sahaja perlu
mengkaji suasana persekitaran semasa hendak memulakan perniagaan tetapi, juga
harus mengkaji semasa perniagaan sedang berkembang (Azianlin, 2007).
Persekitaran ekonomi merangkumi semua produk dan penghasilan dalam
pengedaran, perkhidmatan, penjualan dan penggunaan. Sesebuah organisasi atau
syarikat perlu saling berhubungkait antara satu sama lain (Cheng Soon, 2009).
Contohnya, Syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd telah berjaya mengembangkan
perniagaannya di pasaran antarabangsa seperti di Singapura dan Brunei kerana
syarikat ini telah melakukan kajian dan pemantauan terlebih dahulu dengan melihat
faktor ekonomi di negara tersebut yang berkembang dengan maju. Keadaan ini akan
memberi kesan ke atas peningkatan di dalam permintaan dan boleh mengembangkan
ekonomi syarikat (Danny Tan, 2012).
4.2 Cadangan Dan Pengesyoran Penambahbaikan Untuk Menguruskan Elemen
Persekitaran Makro Melalui Aspek Teknologi
Cadangan dan pengesyoran penambahbaikan untuk menguruskan elemen
persekitaran makro di dalam organisasi iaitu dalam aspek teknologi yang mana
penggunaan teknologi baru yang lebih efisen dan konsisten (Kotler et al, 2008).
Syarikat haruslah membuat perubahan kecil terhadap produk fomulasi dan
pengeluaran, reka bentuk serta bahan dan pengedaran. Melalui kaedah ini, dengan
penciptaan teknologi baru ia selalunya mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dan
tiada saingan di peringkat awal serta selalunya dimonopoli oleh individu
tersebut (Cheng Soon, 2009). Syarikat atau organisasi juga perlu bijak memantau
dan mengawal perubahan teknologi serta mengesan penggunaan teknologi untuk
membantu melengkapi keperluan manusia. Ia bertujuan supaya produk yang lebih
kreatif dan inovatif dapat dicipta dan diterima dipasaran yang disasarkan. Ia boleh
mengurangkan kos dan dalam masa yang sama meningkatkan kualiti dalam
pengeluaran produk dan membawa kepada inovasi. Contohnya, kesan daripada
kemajuan teknologi turut memberi impak kepada Boon Siew Honda Sdn Bhd dalam
pengeluaran produk-produk. Ekoran kepada perkembangan teknologi, ia
menyebabkan syarikat dapat mengeluarkan produk yang lebih sempurna dan
bermutu tinggi mengikut peredaran masa dan permintaan berbanding di awal
pengeluaran produknya. Pada awal penubuhannya, Syarikat Boon Siew Honda Sdn
Bhd hanya menghasilkan satu produk sahaja iaitu Honda Cub. Namun apabila dikaji
dan wujudnya teknologi-teknologi yang serba baru dan moden diikuti dengan
kecanggihan peralatan mesin yang ada, pelbagai model motosikal dapat dihasilkan
(Cheng Soon, 2009). Keadaan ini adalah disebabkan kesan daripada perkembangan
teknologi yang begitu banyak membantu dalam menghasilkan produk-produk yang
lebih baik dan berkualiti.

5.0 Kesimpulan
Persekitaran merujuk kepada faktor yang memberi kesan negatif atau positif kepada
keupayaan sesuatu organisasi atau syarikat untuk terus berkembang dan beroperasi, di
samping terus mengekalkan arus niaganya dengan pengguna dan pembeli sasaran.
Perubahan sentiasa akan berlaku dalam persekitaran sama ada secara mendadak, perlahan
atau tidak menentu. Keadaan ini mampu memberi kesan yang mendalam dan mengejut
kepada organisasi atau syarikat. Oleh sebab itu, apa yang dapat dirumuskan, organisasi
berada di dalam satu persekitaran yang sangat luas. Dalam persekitaran ini, wujud kuasa-
kuasa yang tidak boleh dikawal dan boleh dikawal yang mana akan memberi peluang dan
pada masa yang sama memberi ancaman kepada keupayaan syarikat atau organisasi untuk
terus beroperasi. Apabila sesebuah organisasi mula beroperasi, ia tidak terus berada dalam
satu keadaan yang strategik atau tidak berubah. Untuk berjaya, sesebuah organisasi atau
syarikat perlulah mematuhi strategi persekitaran syarikat atau organisasi serta di mana ia
beroperasi atau boleh membentuk semula organisasi atau syarikat tersebut dengan lebih
baik melalui pilihan strategi yang lebih berkesan. Apa yang dapat kita lihat, langkah yang
perlu di laksanakan untuk mengurus elemen ini ialah dengan melakukan perancangan yang
baik di mana organisasi atau syarikat perlu memahami persekitaran makro terlebih dahulu.
Ini kerana, organisasi atau syarikat bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran
semasa hendak memulakan operasi organisasi atau syarikat, tetapi organisasi atau syarikat
haruslah juga mengkaji semasa operasi organisasi atau syarikat sedang berkembang. Oleh
itu, organisasi atau syarikat dilihat gagal apabila strategi organisasi yang dilakukan tidak
sesuai dengan persekitaran di mana organisasi atau syarikat beroperasi. Dalam erti kata
yang lain, organisasi atau syarikat boleh dipengaruhi oleh persekitaran ini namun,
organisasi atau syarikat tidak boleh mempengaruhi persekitaran ini. Sesebuah organisasi
atau syarikat perlu mengetahui strategi perancangan yang mesti diselaraskan supaya
organisasi atau syarikat boleh mengekalkan dan mendapatkan syarikat tersebut terutama
dalam aspek yang berdaya saing tinggi. Apa yang dapat dilihat, persekitaran makro terdiri
daripada kuasa-kuasa yang berada di luar organisasi atau syarikat dan secara amnya ia tidak
boleh diubah oleh tindakan organisasi atau syarikat tersebut. Persekitaran ini dapat dilihat
berhubung secara tidak langsung dengan syarikat atau organisasi.
Menurut McLaughlin dan Kaluzny (1999), persekitaran makro juga boleh mempengaruhi
syarikat atau firma di dalam perkhidmatan yang dilakukan. Persekitaran makro dilihat
banyak mempengaruhi strategi perkhidmatan di dalam sesebuah syarikat atau firma dengan
harapan usaha ini akan meningkatkan hubungan antara firma, pelanggan dan pengurus
dengan memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak (Mohammad Fikri, 2011).
Kesimpulannya, setelah mengetahui serta mengawasi peranan dan pengaruh persekitaran
makro kepada organisasi, syarikat, atau firma, terdapat kesan secara langsung dan tidak
langsung yang boleh memberikan peluang dan ancaman untuk jangka waktu yang pendek
atau panjang dan menjadikan organisasi atau syarikat semakin kukuh atau sebaliknya
bergantung kepada tindakan dan pendekatan yang di ambil oleh organisasi. Oleh itu,
organisasi atau syarikat perlulah mengawasi sebarang perubahan yang akan berlaku di
dalam elemen-elemen tersebut agar tidak memberi kesan yang buruk kepada organisasi atau
syarikat.

Rujukan
1. Laila Hasnim. (n.d). Usahawan Berjaya – Datuk Loh Boon Siew. Dimuat turun daripada
http://lailahasnim.blogspot.my/p/usahawan-berjaya.html
2. Apabila Impian Dua Individu Menjadi Kenyataan. (n.d). Dimuat turun daripada
http://boonsiewhonda.com.my/bahasa/history.html

You might also like