Kerjaya Sebagai Juruterbang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KERJAYA SEBAGAI JURUTERBANG

1.0 Pengenalan

Industri penerbangan adalah satu industri yang unik dan berdaya maju untuk mendatangkan
pulangan kepada negara. Ia juga suatu industri yang strategik dan sensitif kepada isu-isu
keselamatan dan kesejahteraan, samada kepada penumpang, pengguna perkhidmatannya, mahupun
keselamatan negara amnya. Oleh kerana itu, industri ini dikawal-selia oleh pelbagai peraturan,
perundangan dan garis panduan yang ketat, yang sebahagian besarnya perlu diselaraskan dengan
keperluan piawaian industri penerbangan antarabangsa. Dengan demikian, tenaga kerja yang terlibat
d idalam industri ini, samada juruterbang, jurutera kapal terbang, mekanik mahupun pengawal trafik
udara, perlu dilatih dan mendapat kelulusan, sijil serta lesen yang khusus, yang juga diiktiraf secara
global.

Industri penerbangan adalah satu industri yang profesional. Profesional dengan ertikata ianya
dikawal-selia secara kendiri (self-regulatory) oleh industri tersebut melalui badan kawalan yang
diiktiraf. Badan ini berperanan menetapkan piawaian dan peraturan industri, memperkenalkan dan
menguatkuasakan undang-undang berkaitan penerbangan, mengawal kualiti perkhidmatan
penerbangan, dan juga mengeluarkan lesen dan sijil kepada mereka yang ingin berkhidmat di dalam
industri penerbangan. Bagi industri penerbangan, badan kawal-selia yang dimaksudkan adalah
Jabatan Penerbangan Awam (JPA atau DCA). DCA adalah sebuah agensi di bawah Kementerian
Pengangkutan yang berperanan menggubal, memperkenal, melaksana dan menguatkuasakan
segala perundangan, peraturan dan garis panduan berkaitan industri penerbangan di negara ini.
Semua peraturan, perundangan dan garis panduan ini pula perlulah dipastikan selaras dan menepati
piawaian dan kehendak industri antarabangsa agar perkhidmatan penerbangan di Malaysia diiktiraf
secara global.

Berdasarkan faktor sejarah, Malaysia lebih banyak dipengaruhi oleh undang-


undang penerbangan British, yang dikendalikan oleh CAA (Civil Aviation Authority of
UnitedKingdom) berbanding FAA (Federal Aviation Administration of the United States)
di Amerika. CAA kemudiannya menjadi ahli kepada JAA (Joint Aviation Authorities
oftheEuropean Union) yang memberi pengiktirafan kepada semua pemegang lesen
daripada mana-mana badan gabungannya untuk berkhidmat di dalam industri
penerbangan di mana-mana negara Eropah atau yang menerima-pakai persijilan JAA.
Oleh kerana DCA Malaysia memakai sistem CAA, maka sijil yang dikeluarkan oleh DCA
juga diiktiraf oleh JAA (Ir. Ahmad Jais Alias dan Hj. Ahmad Zahir Mokhtar, 2007).

2.0 Bidang Tugas Juruterbang

Kerjaya sebagai juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran serta berisiko. Ramai anak
muda sama ada lelaki atau perempuan menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar seorang
juruterbang. Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar
memandu pesawat di awan biru. Memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta atau
kenderaan lain kerana cara pengendalian amat berbeza. Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu
menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam
atau luar negara.
Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan
kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. Tugas para juruterbang bermula
selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan. Mereka akan melaporkan diri dan menerima
taklimat dan maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan. Sebelum penerbangan
juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin
dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan
dan peralatan elektronik. Semasa dalam penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan
rutin terhadap semua sistem yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada
pengawal lalu lintas udara dari mula hingga akhir penerbangan.

Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas, pendakian,
penurunan dan pendaratan yang mana memerlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar tidak
berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selepas mendapat lesen, juruterbang berpeluang
memandu pelbagai jenis pesawat seperti Fokker, Airbus, DC-10 dan Boeing. Kerjaya ini sekarang
terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam dan luar negara. Terdapat
banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam mahupun luar negara yang menyediakan peluang
pekerjaan sebagai juruterbang. Dari segi pendapatan pula, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup
lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup
mencabar dan berisiko (Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).

3.0 Ciri-Ciri Peribadi Yang Diperlukan Sebagai Juruterbang


1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya juruterbang.
2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.
4. Boleh berkomunikasi dengan baik.
5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.
7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan
optik dan tidak buta warna).
10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci).
11 Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama.
(Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).

4.0 Tempat Mengikuti Latihan Penerbangan

Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara. Di antara sekolah latihan
penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy.
Di luar negara pula terdapat sekolah latihan penerbangan seperti di Australia, Filipina, United
Kingdom dan Amerika Syarikat. Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan
penerbangan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan
dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan yang melayakkan anda sebagai
juruterbang (Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).
Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan

Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam Matematik, Fizik dan
Bahasa Inggeris. Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan.
Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur 18 hingga 24 tahun dan memenuhi
kelayakan yang diperlukan adalah dipelawa untuk memohon. Untuk menjadi seorang juruterbang
pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah
penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara (Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).

6.0 Skim Perkhidmatan

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

SKIM PERKHIDMATAN : JURUTERBANG/PEMERIKSA JURUTERBANG

Gred Jadual Gaji

P1T1 $1161 P1T24 $3031


Gred A3 P2T1 $1230 P2T24 $3222
P3T1 $1302 P3T24 $3428

P1T1 $3040 P1T6 $3785


Gred A2 P2T1 $3195 P2T6 $3970
P3T1 $3356 P3T6 $4161

P1T1 $3634 P1T6 $4443


Gred A1 P2T1 $3789 P2T6 $4649
P3T1 $3968 P3T6 $4863

6.1 Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-


a) Terdiri daripada warganegara

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) (i) Lesen Juruterbang Perdagangan dan Instrument Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan serta
mempunyai sekurang-kurangnya 1000 jam pengalaman penerbangan sebagai "Pilot in Command".
(Gaji permulaan ialah pada Gred A3: P1T4); ATAU

(ii) Kategori C - Captain Transport Aircraft dengan mempunyai pengalaman penerbangan 1,500 jam
dari Tentera Udara DiRaja Malaysia dan Instrument Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A3 : P1T4); DAN

d) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Calon-calon hendaklah juga berkebolehan
bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan memuaskan.

6.2 Penetapan Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred A3 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kepakaran berkaitan, mana berkenaan.

6.3 Tempoh Percubaan

Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred A3 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam


tempoh percubaan selama 3 tahun.

6.4 Latihan

Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang boleh dikehendaki mengikuti kursus latihan yang ditetapkan oleh
Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan (http:// www .eghrmis. gov.my /wp_content2/pekeliling /
PP91 / PP91Bil09/PP91Bil09Ms71.html).

7.0 Bayaran Insentif Juruterbang


Rujukan : JPA (S) 215/8/2-1 Klt.2(38) bertarikh 25 Mac 1996
Syarat dan Kadar :
Syarat : Dibayar kepada Juruterbang di Jabatan Penerbangan Awam
Kadar:

Jawatan dan Bidang Tugas Kadar Sebulan (RM)

a. Juruterbang Penguji Pesawat Udara 3000.00

b. Juruterbang yang mempunyai Airline Transport


5000.00
Licence

c. Juruterbang yang mempunyai Commercial Pilot


3500.00:
Licence / Instrument

Agensi Terlibat : Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan


(http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/elaun/Bayaran%20Insentif/Bay_005.htm)
8.0 Lesen Penerbangan

Terdapat tiga bentuk lesen penerbangan.


1. ‘Private Pilot Licence’ (PPL). Lesen ini diambil oleh individu yang mempunyai hobi membawa
pesawat. Mereka tidak dibolehkan membawa penumpang.

2. ‘Commercial Pilot licence’ (CPL). Untuk mendapatkan lesen ini, individu berkenaan harus
mengambil tiga kertas peperiksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

3. ‘Airline Transport Pilot Licence’ (ATPL). Untuk memperoleh lesen ATPL ini bakal juruterbang perlu
melengkapkan penerbangannya sebanyak 1500 jam dengan menggunakan lesen CPL serta
menduduki enam lagi kertas peperiksaan (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

9.0 Jenis Pesawat

Jenis pesawat adalah seperti berikut:


Twin Otter yang boleh memuatkan 12 orang penumpang.
Fokker 50 yang boleh membawa 50 orang penumpang.
Boeing 737 boleh memuatkan hingga 400 orang penumpang.
Air Bus 330.
Boeing 777.
Boeing 747
(Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

10.0 Kenaikan Pangkat

Untuk membolehkan “First Officer’ menjawat jawatan Kapten, juruterbang harus


melengkapkan jumlah jam penerbangan yang telah ditetapkan untuk setiap pesawat yang dibawa
secara bergilir dengan Kapten. Selain daripada itu, untuk mendapatkan pangkat kapten, turut
bergantung kepada kekosongan yang ada.
Untuk membolehkan seorang ‘First Officer’ dan Kapten membawa pesawat yang berlainan
jenis pula, mereka perlu mempelajari secara terperinci tentang pesawat tersebut (Norhayati Hj.
Ramlee, 2002).

11.0 Institusi-Institusi Latihan Juruterbang

11.1 Akademi Penerbangan Malaysia atau Malaysian Flying Academy (MFA)

11.1.1 Latar Belakang Akademi Penerbangan Malaysia

Akademi Penerbangan Malaysia merupakan akdemi yang pertama yang telah ditubuhkan di Malaysia
dan juga di Asia Timur. Akademi ini terletak di Batu Berendam, Melaka.

Selain faktor jarak di antara Kuala Lumpur dan Melaka yang hanya mengambil masa dua jam
perjalanan, faktor cuaca yang baik sepanjang tahun dengan suhu di antara 28-32 darjah celsius dan
mempunyai ruang angkasa yang luas telah menjadikan Mukim Batu Berendam, Melaka sebagai
lokasi terbaik bagi penempatan Akademi Penerbangan Malaysia.
Cuaca memainkan peranan yang penting kerana pelajar perlu menjalani latihan penerbangan
sehingga mencukupi jumlah jam yang diwajibkan.

Menurut Pengetua atau Pengurus Besar MFA, Gp. Kapt.M.Kashav, akademi ini ditubuhkan
berdasarkan panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Manakala, kaedah latihan diluluskan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) berdasarkan
ciri-ciri yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam United Kingdom (CAA). Sementara
itu, para pelajar sentiasa diberi peperiksaan yang akan disediakan oleh pihak DCA dan juga UKCAA.
Peranan utama MFA adalah untuk memberikan pengetahuan dan latihan dalam melahirkan
juruterbang yang profesional bagi mengisi kekosongan syarikat penerbangan dalam negara mahupun
luar negara.
Latihan penerbangan menggunakan pasawat ringan satu enjin dan enjin berkembar, landasan
asphalt, kawalan trafik udara yang lengkap, dan perkhidmatan lapangan terbang yang canggih.
MFA juga mempunyai sebuah pesawat Single Piston-Engined Piper Tomahawk, 12 buah pesawat
Single Piston-engined Piper Warriors, dan empat buah pesawat Twin Piston-engined Piper Seneca III
MFA berjaya melahirkan juruterbang bagi syarikat penerbangan utama di dunia seperti Singapore,
Airlines, Silk Air, Air Mauritius, Polis Diraja Malaysia, dan Polis Hong Kong (Norhayati Hj. Ramlee,
2002).

Syarat-Syarat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan di MFA

Mereka yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan di MFA, perlu mengambil kursus
pemulaan, Lesen Juruterbang Komersial (Commercial Pilot’s Licence - CPL). Kursus selama 14 bulan
ini membabitkan latihan penerbangan selama 200 jam dengan 700 jam pelajaran teori. Jika berjaya
menamatkan kursus ini, pelatih akan mendapat CPL beserta Instument Rating (IR) yang
membolehkan mereka membawa pesawat ringan Piper Seneca III.

Bagi melayakkan diri mengikuti kursus ini, pemohon mesti lulus pemeriksaan perubatan Kelas
sebagaimana yang ditetapkan oleh DCA. Pemohon juga dikehendaki mahir dalam bahasa Inggeris
kerana pembelajarannya seratus peratus dalam bahasa tersebut.

Untuk mengikuti kursus CPL ini, pemohon mesti sekurang-kurangnya berumur 18 tahun pada
masa ujian penerbangan terakhir dijalankan. Di samping itu, mereka mesti mempunyai Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Selain itu, pemohon
yang memiliki Sijil Am Pelajaran ‘O’ Level, atau sijil lain yang setaraf dengan SPM dan lulus dalam
lima mata pelajaran termasuk bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains boleh diterima (Norhayati Hj.
Ramlee, 2002).

11.1.3 Tahap Temu Duga dan Latihan di MFA


Setelah pemohonan untuk belajar di MFA diterima, pelatih harus melalui tiga tahap sesi temu duga.
Kegagalan dalam mana-mana peringkat akan menyebabkan peluang untuk mengikuti latihan
penerbangan tidak tercapai.
Tahap pertama ialah ujian ‘Psyco Motor’ iaitu kordinasi antara mata, tangan, dan kaki. Tahap kedua
ialah ‘Aptitude’ dan tahap ketiga ialah ‘Oral Interview’.
<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Setelah melepasi ketiga-tiga tahap tersebut, pelajar akan
ditempatkan di MFA, untuk mengikuti latihan penerbangan selama 14 bulan.

<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Latihan-latihan yang perlu dijalani oleh pelatih di MFA:-


<!--[if !supportLists]-->1) <!--[endif]-->Latihan menerbangkan pesawat satu enjin selama 165 jam.
Pesawat ini mempunyai empat tempat duduk.
<!--[if !supportLists]-->2) <!--[endif]-->Latihan menerbangkan pesawat dua enjin selama 35 jam.
Pesawat ini mempunyai enam tempat duduk.
<!--[if !supportLists]-->3) <!--[endif]-->Latihan secara “visual”. Latihan ini memerlukan pelatih berhubung
dengan menara kawalan dan menerbangkan pesawat mengikut peta yang diberikan untuk mencari
tempat atau lokasi yang telah ditetapkan
<!--[if !supportLists]-->4) <!--[endif]-->Latihan Peralatan Penerbangan (Instument Flying) yang dilakukan
di dalam pesawat dua enjin. Latihan ini tidak memerlukan pelatih melihat atau nampak daratan,
kerana penerbangan yang dibuat berpandukan pada isyarat radio.
<!--[if !supportLists]-->5) <!--[endif]-->Latihan secara praktikal dan teori dilakukan berselang hari.
Latihan secara teori (ground school) meliputi subjek Undang-Undang Udara, Peraturan Pesawat,
Enjin Kapal Terbang, Elektrik dan segala-gala mengenai pesawat tersebut.

MFA turut menawarkan kursus 12 minggu kepada juruterbang yang ingin mendapat Lesen
Juruterbang Pesawat Persendirian (Private Pilot’s Licence - PPL). Kursus ini boleh diikuti secara
sepenuh masa dan juga separuh masa (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

<!--[if !supportLists]-->11.1.4 <!--[endif]-->Kursus Lanjutan Di MFA

<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Bagi kursus lanjutan, MFA menawarkan Kursus Airline


Transport Pilot’s (ATPL)Kursus ini membabitkan enam minggu pelajaran dasar, sebelum pelatih
mengambil peperiksaan ATPL United Kingdom yang dijalankan oleh DCA di Kuala Lumpur.

<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Selain itu, MFA menawarkan kursus Asistant Flying Instructor
Rating (AFI). Kursus ini mengambil masa enam minggu dan dibuka kepada juruterbang yang
mempunyai CPI dengan IMC atau IR yang sah bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.

<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Kursus tersebut menyediakan latihan dasar dan penerbangan


di bawah penyeliaan pengajar berpengalaman. Bagi kursus AFI ini, pemohon mesti mencatatkan 150
jam penerbangan sebagai juruterbang kanan (pilot in command) sesebuah kapal terbang. Pemohon
juga diwajibkan lulus peperiksaan prakemasukan (pre-entry) dan ujian penerbangan yang dijalankan
oleh pemeriksa daripada DCA (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

11.1.5 Kemudahan Di MFA

<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->MFA menyediakan kemudahan yang sungguh selesa bagi


para pelajarnya.
<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Akademi ini mempunyai lima buah blok asrama dengan
jumlah 73 bilik yang berhawa dingin.

<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Terdapat dewan makan, surau, kemudahan sukan, dan


rekreasi bagi pelajar yang menumpukan sepenuh masa terhadap pengajian mereka.

<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Kemudahan lain ialah bilik kuliah yang boleh memuatkan 20
pelajar, bilik penerangan, dan bilik rehat selain mempunyai ruangan latihan bagi
juruterbang (cockpit) Frasca 142 bagi latihan dan prosedur penerbangan asas.

Menerusi pembiayaan penaja seperti MARA atau Sistem Penerbangan Malaysia (MAS),
lepasan sekolah boleh menyertai Malaysian Flying Academy (MFA). MFA diiktiraf oleh Singapura dan
jabatan penerbangan tertentu selain daripada syarikat penerbangan tempatan (Norhayati Hj.
Ramlee,2002).

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->

11.2 Asia Pacific Flight Training (APFT)


<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Asia Pacific Flight Training (APFT), bertempat di Pengkalan
Chepa, Kelantan, yang merupakan sekolah latihan juruterbang bertaraf dunia yang menyediakan
kursus berkenaan dengan didokongi 14 jurulatih berpengalaman dan berkemahiran tinggi.
<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Pengurus Besar merangkap Pengetua APFT ialah Mejar (B)
Mohd Khalid Ali, 56, yang berpengalaman luas dalam pengurusan operasi, penerbangan korporat
dan memiliki lesen Juruterbang Pengangkut Udara (ATPL).
<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Pelatih dikenakan yuran pengajian RM190,000 merangkumi
semua kelengkapan sepanjang pembelajaran, termasuk yuran semester, pakaian, tempat tinggal dan
makanan di samping buku rujukan.
<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Pelatih didedahkan kepada lima subjek asas memandu
pesawat bagi memastikan mereka melepasi beberapa peperiksaan sukar sebelum layak mendapat
lesen juruterbang yang diiktiraf Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Antara mata pelajaran itu adalah meteorologi dan navigation,
yang menjadi nadi penting juruterbang, selain mempelajari kemahiran mengendali set perhubungan.
<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Sepanjang 15 bulan pengajian dengan 165 jam latihan
memandu pesawat satu enjin dan 35 jam mengendali pesawat dua enjin, pelatih perlu membuktikan
mereka mampu menjadi juruterbang yang cekap dan berdisiplin.
<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Setiap pelatih dikehendaki menghabiskan tempoh pengajian
dengan sekurang-kurangnya 42 jam hingga 45 jam latihan penerbangan sebelum layak mendapatkan
Lesen Juruterbang Persendirian (PPL) yang dikeluarkan DCA.
<!--[if !vml]--> <!--[endif]-->Setiap pelatih di sini mempunyai jaminan kerjaya sebagai
juruterbang bertaraf antarabangsa sama ada dengan Penerbangan Malaysia (MAS) atau syarikat
penerbangan lain di dunia (Betty Subaryati, 2007).
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->
12.0 Organisasi Latihan Penerbangan Dan Kelab Penerbangan

Aviation Flying Training Organization

S/N Organisation Adress Tel Fax


1. Malaysia Flying No. 101, Lot 3224, 06-3174026 06-3174362
Academy Mukim Batu Berendam,
Sdn. Bhd 75350 Melaka.
(PPL/A, CPL/A, IR, AFI & FI)
Web site
http://www.mfa.edu.my/

2. Integrated Training & Lot 38021, 05-3135696 05-3136436


Services Jalan Lapangan Terbang,
31350 Ipoh,
PERAK
(PPL/A/H, AFI & CPL/H)

3. H.M.Aerospace Sdn. No 49, The boulevard, 03-27305099 03-27305010


Bhd. Mid Valley City, 04-9532000 04-9532001
Lingkaran Syed Putera,
60200 Kuala Lumpur. (HQ)
Singgahsana, Jalan Kuala Muda
Mukim Padang Mat Sirat
07100 Langkawi
Kedah Darul Aman
(PPL/A, CPL/A, IR &AFI)

4. Asia Pacific Flight Suite 50-5-5, Level 5 603-20923177 603-20939218


Training Wisma UOA Damansara 609-7738722 609-7738891
50 Jalan Dungun
50490 Kuala Lumpur
Sultan Ismail Petra Airport
Pengkalan Chepa
16100 Kota Baharu
Kelantan
Website:
www.asiapacificflighttraining.com

Flying Clubs

1. Kelab Penerbangan Hangar KP4B, Lpgn Terbang Batu Berendam 06-3176717 06-3176717
4B Malaysia

2. Kelab Penerbangan Sabah Old Airport Terminal, International Airport, 088-55049/ 088-219626
Post Office Box 10747, K.K. 219406

3. Kelab Penerbangan 13 Floor, Off Blk. , Sheraton Hotel, 3 Jln. 04-2272888 04-2284018
Tanjong Larut 10050

4. Kelab Rekreasi Udara Langkawi International Airport, Pdg Mat Sirat 04-9552191 04-9552195
Langkawi Langkawi, Kedah
5. Sarawak Flying Club North Pan Hangar, Kuching International 082-463103 082-574892
Airport, 92357 Kuching, Sarawak

6. Subang Flying Club Terminal 3, Sultan Abdul Aziz Salahuddin 03-78469134 03-78472135
Airport, Jln. Lpgn Terbang SAAS,
47200 Subang, Selangor

7. Elite Flying Club Depature Hall, Terminal 3, Lpgn Terbang 03-78591466 03-78591290
Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang,
Selangor

03-78464733 03-78464745
8. ESB Flying Club No. 22C, 3rd. Floor,
Jln. SS 19/1D,
47500 Subang Jaya, Selangor

03-78052895 03-78052817
9. FAS Udara Flying Club 113A, Block A, Kelana Busines Centre, SS
7/2,
47301 Petaling Jaya, Selangor.

10. FRAS Flying Club Cargo Complex, Sultan Ismail International 019-7252843 07-5995290
Airport,
81250 Senai, Johor

11. Royal Selangor Flying Old Airport Road, 03-21411934 03-21411982


Club 50460 Kuala Lumpur
P.O. Box 11769,
50756 K. Lumpur

12. Terengganu Flying Club Tkt. 1, Lot PT 17693-K, Tmn. Semarak, 09-6664750 09-6664750
21200 K. Trengganu, Trengganu

13. Johor Flying Club Cargo Apron, Sultan Ismail International 07-5991255 07-5990355
Airport,
Senai

14. Kedah Flying Club Lpgn Terbang Sultan Abdul Halim (Rumah 04-7145051 04-7142381
Kelab)
Kepala Batas

15. Kelab Aero Perak Jalan Lapangan Terbang, 05-3127359 05-3127359


Ipoh, Perak

(http://www.mot.gov.my/BM/Akta1.cfm)

13.0 Penutup
Kerjaya sebagai juruterbang memang terbuka luas, berikutan perkembangan pesat industri
penerbangan dari dalam dan luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan, sama ada di dalam
mahupun luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan ini.

Dari segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah
dengan pelbagai insentif lain, selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko. Kerjaya
dalam bidang ini manjanjikan masa depan yang cerah.

You might also like