Soalan Dan Jawapan Latihan KBAT Keperluan Dan Kehendak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Latihan Bab 3.3.

3 Keperluan dan kehendak


1. Senaraikan barang keperluan dan barang kehendak anda.
(2m) Barang keperluan saya ialah _____ dan barang
kehendak saya ialah _____.
2. Barang keperluan lebih penting daripada barang
kehendak. Bincangkan. (12m)
Barang keperluan seperti makanan, pakaian dan tempat
tinggal lebih penting daripada barang kehendak kerana
barang keperluan diperlukan untuk meneruskan
kehidupan. Tanpa barang keperluan, kemungkinan besar
kita tidak dapat hidup. Selain itu barang keperluan mesti
dipenuhi terlebih dahulu sebelum kita menikmati barang-
barang yang lain, seperti televisyen dan komputer.
Sekiranya barang keperluan dipenuhi, kita tidak akan hidup
dengan susah kerana tiada masalah kelaparan dan dapat
dilindungi daripada cuaca panas dan sejuk. Permintaan
terhadap barang keperluan adalah tidak anjal, iaitu nilai Ed
<1. Bentuk keluk permintaan bagi barang keperluan adalah
seperti berikut: D
D
Permintaan barang keperluan yang tidak anjal bermaksud
peratus penurunan kuantiti diminta yang sedikit sahaja
walaupun berlaku peratus peningkatan harga yang banyak.
Walau bagaimanapun, sekiranya barang keperluan telah
dipenuhi, kita juga memerlukan barang kehendak untuk
hidup dengan lebih selesa. Barang kehendak seperti
televisyen dan komputer membantu kita untuk menerima
maklumat dari dunia luar. Komputer juga menghubungkan
manusia di seantero dunia kalau ada perkhidmatan
Internet. Walaupun harga barang kehendak lebih tinggi
dan tidak semestinya semua orang mampu untuk
menikmatinya, pilihannya adalah banyak. Golongan yang
kurang mampu boleh membeli barang kehendak yang
murah supaya dapat meningkatkan taraf hidup mereka
(cadangan).
Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mengawal
harga barang keperluan agar semua lapisan masyarakat
dapat menikmati barang keperluan. Pada masa yang sama,
pihak pengeluar juga tidak boleh memanipulasikan harga
barang kehendak supaya suatu hari nanti semua orang
dapat menikmati barang kehendak dan hidup dengan lebih
selesa.

You might also like