Surat Jemputan Pengadil Ping Pong

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) LI CHI

Kampung Abdullah,
85000 Segamat,
Johor.
Tel : 607-9312829
Faks : 607-9316101
E-mail : JBC7010@moe.edu.my

Ruj. Kami: JBC 7010/2019/2/1()


Tarikh: 10 Jun 2019

Cik Lim Li Li
Guru Penasihat Kelab Ping Pong,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Jabi,
Pekan Jabi,
85000 Segamat,
Johor.

Cik,

JEMPUTAN SEBAGAI PENGADIL PERTANDINGAN PING PONG PERINGKAT


SEKOLAH RENDAH DAERAH SEGAMAT 2019

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman cik, Kelab Ping Pong Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Li Chi akan
mengadakan Pertandingan Ping Pong Peringkat Sekolah Rendah Daerah Segamat 2019
seperti butiran berikut:

Tarikh : 2 Julai 2019 (Selasa)


Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Li Chi
Sasaran : Murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

3. Cik Lim sebagai guru penasihat Kelab Ping Pong SJK(C) Jabi selama lapan tahun
dan berpengalaman dalam mengadili pertandingan ping pong. Oleh itu, pihak kami ingin
menjemput cik sebagai pengadil pertandingan ping pong peringkat daerah Segamat tahun
2019.
...2/-
JBC 7010/2019/2/1()

4. Segala kerjasama daripada pihak cik kami dahului dengan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(CHEOK HUI WEN)


Setiausaha,
Kelab Ping Pong,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Li Chi.

-2-

You might also like