PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA,
OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA
SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN
EDUCATIONAL OPERATION SECTOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
[ARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS E
LEVEL 4 BLOCK £2 COMPLEX E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel: 603-8884 9302
62604 PUTRAJAYA, Foks 4603-8888 6680
MALAYSIA Website = httphwww.moe.govmy!
Ruj. Kami; KPM.500-3/7/17 Jidd{ (4%)
Tarikh : ‘ Disember 2018
YBrs. Prof. Dr. Widad Othman
Timbalan Naib Presiden
Open University Malaysia
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
YBrs, Prof. Dr.,
MOHON SURAT KEBENARAN UNTUK MENEMPATKAN PELAJAR MENJALANI
LATIHAN PRAKTIKUM DI SEKOLAH BAWAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
TAHUN 2019
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia tiada
halangan kepada pihak Open University Malaysia untuk menempatkan pelajar-pelajar di
sekolah-sekolah rendah dan menengah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh
Malaysia bagi menjalani latihan praktikum untuk sesi tahun 2019 seperti yang dimohon
2. Sehubungan dengan itu, pihak Universitiinstitut pendidikan _hendaklah
menghubungi Pengarah Pendidikan Negeri yang terlibat untuk membincangkan kaedah
terbaik pelaksanaan program ini. Pihak YBrs. Prof. Dr. juga periu mengemukakan
senarai nama pelajar kepada Pendaftar Negeri (Pengarah Pendidikan Negeri) di mana
mereka akan mengikut latihan menggjar tersebut untuk mendapatkan Permit Mengajar.
3. Kelulusan ini adalah tertakluk kepada
3.1 Seksyen 103(1) dan 2(a), 2(b) dan 2(c), Larangan Mengajar, Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550);
3.2 Seksyen 114(1)(a) Pengeluaran Permit Mengajar, Akta Pendidikan
1996 (Akta 550); dan
3.3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1985: Latihan Mengajar Bagi Gui
Guru Pelatih Maktab Perguruan, Pusat! Fakulti Pen n Universi
4. Ketua Pendaftar boleh, pada bila-bila masa dan menurut budi bicaranya,
membatalkan sesuatu permit mengajar dengan memberi notis bertulis kepada
pemegang permit itu.
5. Di samping itu, pihak YBrs. Prof. Dr. juga dikehendaki memastikan syarat-syarat
berikut dipatuhi:
5.1 Mendapat persetujuan Pengetua/ Guru Besar sekolah-sekolah
terlibat;MOHON SURAT KEBENARAN UNTUK MENEMPATKAN PELAJAR MENJALANI
LATIHAN PRAKTIKUM DI SEKOLAH BAWAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
TAHUN 2019
Ruj. Kami: KPM 600-3/7/17 Jid. 11 (3) Tarikh: 3) Disember 2018
5.2 Pihak sekolah akan melantik guru/ guru-guru pendamping dan
mereka boleh pada bila-bila masa memantau guru-guru_pelatih
berkenaan;
5.3 Pihak Universiti/ institut pendidikan hendaklah menamakan pegawai
akademik/ pensyarah pembimbing yang akan bertanggungjawab
kepada guru-guru pelatih berkenaan;
5.4 Pengarah Pendidikan Negeri boleh menggunakan budi bicaranya
untuk menentukan jadual pengajaran/ tugas pelatih berkenaan
setelah berbincang dengan pegawai akademik/ pensyarah
pembimbing mereka;
5.5 Guru-guru pelatih boleh diarahkan oleh Pengetua/ Guru Besar untuk
terlibat sama dengan mana-mana program dan atau aktiviti sekolah;,
5.6 Pihak Universiti! institut pendidikan bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap kebajikan pelatin sepanjang menjlani latinan mengajar dan
internship tersebut;
5.7 Semua kos yang melibatkan peralatan semasa menjalani latihan
mengajar dan internship tersebut hendaklah ditanggung sepenuhnya
oleh pihak universiti/ institut pendidikan;
5.8 Pelatih yang sedang menjalani latihan mengajar dan internship
adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan sedia ada, etika
profesion keguruan dan tindakan boleh diambil jika mereka
melanggar mana-mana peraturan tersebut;
5.9 Salinan laporan di akhir latihan mengajar dan internship hendaklah
dikemukakan kepada Pendattar; dan
5.10 Mematuhi arahan-arahan lain Ketua Pendaftar dari semasa ke
semasa.
6. Kementerian Pendidikan Malaysia _berhak menarik balik surat kelulusan/
kebenaran ini sekiranya pihak YBrs. Prof. Dr. gagal mematuhi syarat dan peraturan
yang ditetapkan atau bercanggah dengan dasar KPM yang sedang berkuatkuasa.MOHON SURAT KEBENARAN UNTUK MENEMPATKAN PELAJAR MENJALANI
LATIHAN PRAKTIKUM DI SEKOLAH BAWAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
TAHUN 2019
Ruj. Kami: KPM 500-3/7/17 Jid.{t (34) Tarikh: 3) Disember 2018
7. Kelulusan ini (Mohon Surat Kebenaran untuk Menempatkan Pelajar
Menjalani Latihan Praktikum di Sekolah Bawah Jabatan Pendidikan Negeri Tahun
2019) hanya untuk tujuan yang dimohon sahaja dan luput selepas tarikh
22 November 2019.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”’
Saya yang menjalankan amanah,
SHAARI BIN OSMAN
b,p.Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Sektor Operasi Pendidikan)
Kementerian Pendidikan Malaysia
sk
4. Semua Pengarah Pendidikan Negeri