Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS SEKOLAH RENDAH

NEGERI SARAWAK

1.0 LATAR BELAKANG

Kajian buli dan ponteng yang telah dibuat di pusat pengajian tinggi membuktikan
bahawa masalah disiplin di sekolah semakin meningkat. Salah laku ini juga
menyumbang kepada salah laku negatif yang lain seperti bergaduh, merokok
dan kesalahan lain di luar atau di dalam sekolah. Amalan buruk yang dilakukan
oleh murid ini patut dibendung . Wujudnya jawatan Guru Bimbingan dan
Kaunseling yang lebih dari seorang di sekolah diharap dapat membantu
menangani masalah disiplin ini secara lebih profesional.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Perbuatan melanggar disiplin sekolah oleh murid sentiasa berlaku. Pihak sekolah
telah berusaha untuk mengubah tingkah laku yang negatif dengan berbagai-
bagai pendekatan. Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling sememangnya
telah diterima sebagai satu perkhidmatan yang penting di sekolah. Bagi
membantu pihak sekolah menangani masalah ini secara lebih profesional data
dan maklumat diperlukan untuk membuktikan keberkesanan program yang telah
dijalankan dan jumlah murid yang telah berubah dan tingkah laku negatifnya
kepada tingkah laku positif.

3.0 MATLAMAT

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat menyediakan maklumat dan data
berkaitan dengan program-program yang telah dijalankan kepada kumpulan
sasaran dan mempunyai data bilangan murid yang telah berubah tingkah
lakunya dan memperolehi kecemerlangan hasil daripada keberkesanan peranan
Guru Kaunseling di sekolah dan asrama.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membantu sekolah mengurangkan masalah salah laku dan masalah


sosial murid.
4.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu menyelesaikan
masalah salah laku dan sosial murid secara berfokus dan bermaklumat.
4.3 Meningkatkan kefahaman pihak pengurusan sekolah terhadap
peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam usaha menangani
masalah disiplin murid.
4.4 Membugarkan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam
menangani disiplin murid.
5.0 RASIONAL

Misi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melahirkan insan


yang seimbang serta dapat memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh.

6.0 FOKUS PELAN TINDAKAN

6.1 Mengesan semua kumpulan murid mengikut kategori yang disenaraikan


melalui pemerhatian, laporan disiplin, SSDM, buku catatan, soal selidik,
maklumat rakan sebaya dll.
6.2 Semua kumpulan murid yang telah dikenal pasti ini ini hendaklah
disenaraikan mengikut 3 Bidang utama iaitu:

6.2.1 Bidang Akademik


6.2.2 Bidang Disiplin
6.2.3 Bidang PPDa.

6.3 Fokus hendaklah sekurang-kurangnya melibatkan satu daripada tiga


bidang tersebut merangkumi satu kumpulan (minima untuk kali pertama)
mengikut masalah dan keperluan utama sekolah. Bidang Akademik
mengandungi dua kumpulan iaitu Kumpulan Cemerlang dan Halus.
Jumlah murid yang terpilih dalam setiap kumpulan adalah 10 orang
minimum dan 15 maksimum.

6.4 Ambil maklumat peribadi murid yang tersenarai dan difailkan.

6.5 Murid berkenaan hendaklah menjalani proses kaunseling individu dan


kelompok secara berterusan ( ada laporan dan catatan)

6.6 Murid berkenaan dilibatkan sama dalam program khas B & K yang
sesuai (ada laporan dan catatan)
6.7 Bincang / bentang laporan dan catatan kepada Guru Besar sebelum 1
hari bulan pada setiap bulan.
6.8 Hantar laporan kepada PPD selepas 5 hari keputusan UPSR
diumumkan.
6.9 PPD hantar ke Unit HEM, JPN Sarawak 10 hari selepas keputusan
UPSR diumumkan.

7. SASARAN

7.1 BIDANG AKADEMIK ATAU

7.1.1 Kumpulan Cemerlang


7.1.2 Kumpulan Halus

* Borang Pengesanan A
* Borang Rumusan A
7.2 BIDANG DISIPLIN ATAU

7.2.1 Kumpulan Ponteng


7.2.2 Kumpulan Buli
7.2.3 Kumpulan Mencuri
7.2.4 Kumpulan Bergaduh
* Borang Pengesanan B
* Borang Rumusan B

7.3 BIDANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

7.3.1 Kumpulan Merokok


7.3.2 Kumpulan Dadah

* Borang Pengesanan C
* Borang Rumusan C

8. PENILAIAN DAN PEMANTAUAN

8.1 Pengetua dan Guru-Guru Penolong Kanan di sekolah.


8 .2 Pejabat Pelajaran Daerah
8.3 Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

9. AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA NEGERI

Penasihat : Pengarah Pelajaran Sarawak

Cik Jaidah Hj. Alek


Timbalan Pengarah Pelajaran Sarawak

Pengerusi : En. Ellen @ Manium Ak Engang


Ketua Sektor Pengurusan Pembaangunan Kemanusiaan.

Naib Pengerusi : Hajah Shirini Mastura Bt. Mohamad Zulkifli


Penolong Pengarah Unit HEM.

Setiausaha : Cik Chong Choi Ling


Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling

Pen. Setiausaha : En. Mohamad Nassir Bin Said


Penyelia Kanan Bimbingan dan Kaunseling

Bendahari : Pn. Ithniani Bt. Tahir


Penyelia Kumpulan Disiplin dan Keselamatan

Ahli Jawatankuasa : Semua Penolong Penyelia Hal Ehwal Murid


Pejabat Pelajaran Daerah
PROSES KERJA PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS SEKOLAH RENDAH
NEGERI SARAWAK

Bil Proses Kerja Pegawai Yang Catatan


Dirujuk
1. Mengesan murid berdasarkan
maklumat. 1. Ketua Sektor,
Sektor
2. Senarai murid mengikut BIDANG Pengurusan
kemudian senarai mengikut Pembangunan
kumpulan sasaran. Kemanusiaan.

3. Buat perjumpaan dengan murid yang 2. Ketua Penolong


terlibat dan rasionalkan mereka Pengarah Hal
mengapa terpilih dalam Program Ehwal Murid,
Kaunseling Berfokus. SPPK

4. Mengumpul dan merekod maklumat 3. Penolong


awal murid-murid. Pengarah
Bimbingan dan
6. Murid-murid mengikuti proses Kaunseling, HEM,
kaunseling individu, kelompok atau SPPK
program khas.
4. Penolong
7. Menyediakan laporan keberkesanan Penyelia HEM,
PPD
8. Berbincang / bentengkan laporan
kepada Guru Besar 5. Guru Besar

9. Hantar laporan kepada PPD HEM

10. Hantar Laporan kepada Unit HEM,


JPN Sarawak
CARTA ALIRAN KERJA
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS SEKOLAH RENDAH

MULA
Berbincang antara Guru Bimbingan dan Kaunseling yang ada
di sekolah ( jika lebih dari seorang ).

Berbincang dengan Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan/


Guru Disiplin/ Ketua Bidang

Mengesan murid berdasarkan maklumat dari pelbagai sumber.

Kategorikan murid mengikut bidang dan kumpulan sasaran.

Kumpulkan murid dan berikan penerangan dan rasionalkan


mereka.

Edarkan Borang Profil Murid

Murid menjalani proses kaunseling dan program khas

Sediakan laporan dan catatan.

TAMAT
Bentangkan laporan kepada Guru Besar dan hantar kepada PPD
dalam tempoh 1 minggu selepas keputusan UPSR
diumumkan.
PPD menghantar rumusan kepada Unit HEM, SPPK, JPNS
dalam tempoh 2 minggu hari selepas keputusan UPSR
diumumkan.
LAMPIRAN
1. Senarai nama murid sasaran ( Borang A )
2. Borang profil murid ( BPM 1 )
3. Program Kaunseling Berfokus ( Borang Rumusan A untuk bidang Akademik )
4. Program Kaunseling Berfokus ( Borang Rumusan A untuk bidang Disiplin/ PPDa
)
5. Borang Laporan Program Kaunseling Berfokus sekolah ( PKF sekolah 1 & 2 )
6. Rumusan Kejayaan Program Kaunseling Berfokus ( PKF sekolah 3 )
7. Borang Laporan Program Kaunseling Berfokus : Rumusan Sekolah-sekolah
( PKF PPD1, 2, 3 & 4 )
PROGRAM KAUNSELING
BERFOKUS SEKOLAH RENDAH
2011

Sub Unit Bimbingan dan Kaunseling


Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pelajaran Sarawak

You might also like