Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Refleksi Artikel

Ulasan Terhadap Artikel : Hubungan Iklim Kerja dan Stres dalam Pengurusan Bilik
Darjah dalam Kalangan Guru Prasekolah

Abdul Said Ambotang dari Universiti Malaysia Sabah dan Muhamad Hisyam Mohd
Hashim dari Universiti Tun Hussien Onn Malaysia telah membuat satu kajian mengenai
hubungan iklim kerja dan stres dalam pengurusan bilik darjah khasnya dalam kalangan
guru prasekolah. Menurut artikel ini, kedua-dua penulis telah banyak mengelaskan faktor-
faktor yang mengakibatkan berlakunya stress dalam kalangan guru prasekolah, kemudian
mengenalpasti hubungan antara iklim kerja dengan tahap stres guru dan juga hubungan
antara tugas di dalam bilik darjah dengan stres guru. Bilangan yang diambil sebagai
tumpuan kajian ialah seramai 30 orang guru prasekolah di Gabungan Keningau. Antara
yang dinyatakan dalam artikel mengenai pencetus stres ialah perbezaan jantina, stres
berdasarkan kategori perkhidmatan, stres berdasarkan umur guru, dan juga stres
berdasarkan pengalaman pengajaran.

Pandangan

Kekuatan

Secara awal-awalan kedua-dua penulis telah mengemukakan pendapat Hassan


Langgulung (1993) bahawa bukan semua orang boleh menjadi guru. Pendapat ini
menjelaskan bahawa profesian perguruan di Malaysia semakin kompleks yang mana
peranan sebagai seorang guru bukan lagi sahaja khusus pada mengajar, mendidik dan
membimbing sahaja malah telah berkembang ke satu tahap yang kompleks bagi
mensosialisasikan, penggalakan, pengilhaman, penyaluran nilai, penyemaian rasa hormat
dan apresiasi kritikal dalam diri pelajar (Faridah Karim, 1999).

Sebagai pendapat individu, saya amat bersetuju dengan fakta ini. Peranan dan
tanggungjawab guru pada masa kini bukan sahaja dihadkan dalam kawasan bilik darjah,
tetapi juga di luar bilik darjah. Demi menyempurnakan sendiri supaya dapat mengikuti
jejak pembangunan dunia yang pesat, guru perlu dan diwajibkan menghadiri bengkel atau
kursus pengkhususan bagi mempelajari ilmu dan pengetahuan yang baru. Guru menghadapi
masalah membahagikan masa dengan sempurna untuk profesion dan juga masa lapang
swasta sendiri. Secara tidak langsung, stres terhasil atas ketidakseimbang pengagihan masa.
Dalam artikel kedua-dua penulis dapat mengelaskan dengan teliti bahawa perbezaan
antara jantina, kategori perkhidmatan, umur dan juga pengalaman mengajar boleh
menpengaruhi tahap stress yang ditanggung oleh seorang guru melalui Ujian-t dan Ujian
ANOVA. Ujian-t boleh mengenal pasti perbezaan min stres dengan jitu berdasarkan jantina,
status perkhawinan dan kategori perkhidmatan. Ujian ANOVA pula dapat mengenal pasti
perbezaan min stres dengan jitu berdasarkan umur respodendan juga pengalaman mengajar
respoden. Kedua-dua jenis ujian ini dapat memberikan satu statistik dalam bentuk yang
maujud betapanya berat stres yang dipikul oleh seorang guru atas kelas perbezaan yang
dinyatakan.

Perbezaan jantina, menunjukkan bahawa bukan setiap indidvidu dapat memikul


tahap stres yang sama dalam kalangan guru. Perbezaan jantina bukan sahaja menyatakan
jurang antara lelaki dan perempuan tetapi juga melinkungi latar belakang seseorang
individu. Ujian-t dengan eloknya juga memasuki faktor kalangan jantina bujang dengan
jantina dalam perkhawinan dan membuat perbandingan yang adil. Melalui hasil kajian juga
dengan jelasnya menyatakan bahawa stres bukan hanya memilih satu pihak tetapi
mempengaruhi semua peringkat tidak kira di peringkat tinggi atau rendah fenomena stres
akan wujud.

Hasilan kajian ini juga dengan jelasnya telah menerangkan hubungan antara iklim
kerja dan stres kerja dalam kalangan guru. Hasil ujian dengan menggunakan Pearson
menyumbang kepada pengenalan bahawa iklim kerja dapat memepengaruhi tahap stres.
Iklim kerja yang positif dapat menghasilkan hubungan positif yang kuat antara kalangan
guru dan seterusnya dapat mengurangkan tahap stres yang negatif. Menurut Sapora Sipon
(2001) bahawa persekitaran kerja mempengaruhi tahap stres guru. Persekitaran kerja yang
positif bukan sahaja boleh mengurangkan stres tetapi juga boleh menjejaskan produktiviti
kerja guru (Herlina, 2003).

Kekurangan

Dalam artikel ini golongan responden yang terlibat hanya golongan guru dari
prasekolah. Dalam sebuah sekolah, bukan guru prasekolah yang mengalami tekanan stres
dalam kerjaya, malah juga barisan-barisan GPK sekolah, guru-guru akademik biasa juga
merupakan golongan yang biasa menjadi mangsa kepada stres. Para pendidik memikul
tanggungjawab yang berat dalam menyediakan generasi yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, rohani, emosi dan intelek bagi menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan negara
dan menyahut reformasi pendidikan serta cabaran Wawasan 2020(Taujul Ariffin,1992).
Guru-guru di dalam bilik darjah yang menjalankan pembelajaran dan pengajaran hendaklah
efisien dan berkesan untuk melahirkan modal insan yang kelas pertama. Jadilah, guru-guru
banyak mendapat tekanan dan stres daripada pemimpin untuk memastikan murid yang
menimba ilmu pengetahuan sentiasa dalam keadaan yang baik. Bukan sahaja guru
akademik biasa yang mempunyai tekanan, barisan GPK juga perlu melakukan
tanggungjawab profesion dengan sempurna malah juga menghadapi masalah dari segi
pengurusan hal-ehwal sekolah dan juga gaya kepimpinan yang disetujui dan diterima oleh
setiap guru.

Cadangan

Menurut kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Pendidikan Kebangsaan (KPPK),


permaslahan perkhidmatan, tekanan kerja, konflik peranan, kekaburan peranan, ketiadaan
satu sistem sokongan sosial dari pengetua dan rakan sekerja yang kukuh dan rangkaian
masalah lain yang tidak diselesaikan dengan adil dan memuaskan telah mengakibatkan
ramai guru meletakkan jawatan, bertukar ke profesion lain atau memohon bersara awal dari
profesion perguruan. Penulis boleh menambahkan bilangan respondan bagi meyakinkan
hasilan ujian bahawa stres wujud dalam setiap peringkat profesion. Ahli respondan ini
bukan sahaja dihadkan pada guru prasekolah maka pengetua, guru GPK, guru akademik
biasa serta guru sandaran juga boleh dipertimbangkan sebagai respondan. Dengan itu,
kredibiliti hasilan ujian boleh menjadi lebih yakin dan boleh dijadikan sebagai rujukan
kepada ahli kajian yang membuat kajian tentang stres atau rujukan kepada kaunselor dan
guru kaunseling dalam sekolah.

Selain daripada itu, boleh dicadangkan bahawa fokus kajian boleh ditumpukan
kepada guru-guru novis atau guru graduan baru. Menurut Trotter (1986) bahawa peringkat-
peringkat guru mempunyai lima peringkat iaitu peringkat novis, peringkat novis lanjutan,
peringkat cekap, peringkat mahir dan peringkat pakar. Bagi mencapai ke peringkat yang
seterusnya seseorang guru itu perlu mempunyai pengalaman pengajaran yang mencukupi.

Pada peringkat novis guru banyak menghadapi masalah dalam kerjaya. Secara tidak
langsung stres akan wujud dan ini akan menjejaskan produktiviti guru jika ketiadaan iklim
persekitaran yang memuaskan atau kekurangan pengalaman dalam pengajaran. Hasilan
kajian yang ditumpukan kepada guru novis atau guru graduan baru boleh menjadi satu
panduan kepada mereka menghadapi cabaran dan menghayut kewujudan emosi stres yang
negatif yang boleh mendorong kepada penyerahan terhadap profesion yang mulia ini pada
peringkat yang awal.

Keismpulan

Guru-guru bukan sahaja prasekolah manakala guru sekolah rendah, guru sekolah
menengah sangat berperanan dalam menentukan kecemerlangan pendidikan di sekolah.
Kecemerlangan guru-guru dalam menentukan masa depan pendidikan, mungkin akan lebih
baik lagi apabila masing-masingnya mempunyai kecerdasan emosi yang bagus, di samping
keterampilan mendidik dan kecerdasan intelektual. Guru hendaklah sentiasa berusaha
menangani stres dengan berhati-hati dan bersungguh-sungguh agar generasi penerus bangsa
kita semua ini tetap tumbuh dan berkembang serta bermanfaat untuk masa yang akan
datang.

You might also like