Laporan Open Day

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

LAPORAN “SYS OPEN DAY”

SMK SULTAN YUSSUF,


BATU GAJAH, PERAK.
2017
LAPORAN „SYS OPEN DAY‟ SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN
YUSSUF, BATU GAJAH, PERAK.

LAPORAN : SYS OPEN DAY 2017


TARIKH/ HARI : 28-30 JULAI 2017 (Jumaat hingga Ahad)
MASA : 3.00 Petang 28 Julai hingga 30 Julai 2017
TEMPAT : SMK Sultan Yussuf
PERASMI : Y. Bhg. Dato‟ Syed Aminuddin bin Syed Mohd Nordin

1.0 PENGENALAN
Hari Kokurikulum / Hari Terbuka merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang
melibatkan sejumlah besar penyertaan pelajar. Aktiviti ini dapat mendedahkan pelajar kepada
pelbagai bidang seperti sukan, permainan, keusahawanan, pengurusan dan juga kepimpinan.
Penglibatan dalam aktiviti ini turut terbuka kepada ahli keluarga dan juga alumni SMKSY.

2.0 OBJEKTIF
i) Memberi pendedahan kepada ahli kelab/persatuan, sukan/permainan dan pasukan
unit beruniform terhadap penganjuran sesuatu aktiviti yang menerapkan konsep
STEAM (Sains, Teknologi, Engineering, Art dan Matematik).
ii) Memupuk minat dan memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang yang
diminati.
iii) Mengumpul dana untuk persatuan/ kelab dan pasukan unit beruniform.
iv) Menerapkan semangat kerjasama dan berpasukan dalam menjayakan sesuatu
aktiviti.

3.0 AKTIVITI PERLAKSANAAN (RUJUK LAMPIRAN)


4.0 JAWATANKUASA PROGRAM (RUJUK LAMPIRAN)
5.0 TENTATIF PROGRAM (RUJUK LAMPIRAN)
6.0 SENARAI ORGANISASI YANG TERLIBAT BAGI PROGRAM
(RUJUK LAMPIRAN)
7.0 PELAN GERAI KARNIVAL (RUJUK LAMPIRAN)
8.0 LAPORAN SEPANJANG PROGRAM
Sekolah Menengah Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak telah mengadakan ‘ SYS
OPEN DAY’ bertarikh 28 hingga 30 Julai 2017 iaitu bermula pada hari Jumaat
hingga Ahad. Program ini telah dijalankan bertempat di sekitar kawasan sekolah
bermula pada jam 3.00 petang (Jumaat) hingga jam 4.00 petang (Ahad). Pelbagai
aktiviti dilaksanakan termasuklah perkhemahan perdana, pameran Agensi Kerajaan/
Swasta/ IPT/ Korporat, gerai jualan, sukan rakyat, permainan bahasa, rumah hantu,
simulator games dan bermacam lagi.

Program ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Syed Aminuddin bin Syed
Mohd Nordin, Penanung Mahad Tahfiz Batu juga Ahli Majlis Daerah Batu Gajah.
Yang Berbahagia Dato telah merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga
sekolah kerana telah berjaya mengadakan sambutan ‘SYS OPEN DAY’ 2017. Beliau
dengan penuh yakin dan percaya bahawa sambutan ‘SYS OPEN DAY’ 2017 yang
telah diadakan pada tahun ini akan memberi lebih manfaat kepada para pelajar, guru-
guru, sekolah dan masyarakat sekeliling amnya.

Tepat pada pukul 3.00 petang (Jumaat), para peserta bertungkus-lumus


menyediakan barangan jualan di gerai-gerai yang telah disediakan. Mereka kelihatan
bersemangat ketika mendirikan gerai masing-masing. Terdapat pelbagai jualan telah
disediakan sepanjang program ini berlangsung. Jualan makanan dan minuman ialah
seperti nasi lemak, kuih muih, nasi ayam, buah-buahan, aneka air pelbagai perisa dan
yang paling menarik perhatian pengunjung ialah makanan Jepun dan ala western turut
disediakan.

Sambutan pada kali ini amat menggalakkan kerana ramai guru dan pelajar
terlibat serta persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang mengambil bahagian. Selain
itu, para petugas ‘SYS OPEN DAY’ turut mengadakan ‘SYS BUSKERS BAND’
bagi merancakkan lagi suasana jualan pada hari tersebut. Di samping itu, program ini
turut mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Mereka hadir untuk memeriahkan majlis dengan membeli jualan di gerai,
mengunjungi pameran dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan yang
dijalankan. Hasil kutipan jualan yang telah dikumpulkan ini sangat membanggakan
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Pada pukul 4.00
petang, ‘SYS OPEN DAY’ ini telah sampai ke penghujungnya.

Kesimpulannya, sambutan ‘SYS OPEN DAY’ pada tahun ini sungguh meriah
dan mendapat sambutan yang hebat daripada pelbagai pihak. Semua guru dan pelajar
telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang erat. Diharapkan sambutan ‘SYS
OPEN DAY’ ini dapat diteruskan pada setiap tahun agar pelajar berpeluang
menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing terutamanya dalam bidang
keusahawanan.

9.0 PENUTUP
Diharapkan program yang dirancang ini dapat berjalan lancar dan baik
sebagaimana yang dirancang serta mencapai objektif. Mudah-mudahan program ini
menjadi dorongan kepada pelajar supaya lebih aktif, kreatif dalam meneroka bidang
ilmu dan dapat mengaplikasikan serta menterjemahkan apa yang dipelajari dalam
bilik darjah ke dalam dunia realiti.

Disediakan oleh,

__________________
ILYANA BINTI ABDUL WAHAB
__________________
SITI NOORAZZURA BINTI AHMAD
LAPORAN BERGAMBAR SEMPENA PROGRAM
SYS OPEN DAY 2017

Sekitar Perasmian SYS OPEN DAY

Senario Sekitar SYS OPEN DAY


Aktiviti Pameran Seni, Sains, Matematik dan Permainan Bahasa
Aktiviti Pameran dari Agensi-Agensi Kerajaan & Swasta
Aktiviti Sukan dan Pameran Rumah Hantu
LAMPIRAN

You might also like