Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN CATAPULT CHALLENGE


KARNIVAL STEM
PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN CATAPULT SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT KEBANGSAAN

1.0 PENGENALAN
1.1 Pertandingan Catapult ini merupakan satu aktiviti STEM yang mengaplikasikan konsep sains
dan kejuruteraan. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat, kreativiti dan memberi
pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah mengenai ilmu sains dan kejuruteraan fizikal
dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains dan teknologi.
1.2 Pertandingan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :
a) Bahagian 1 – Sasaran
b) Bahagian 2 – Jarak
c) Bahagian 3 - Jaringan
1.3 Sasaran pertandingan ini ialah murid Tahun 4 hingga Tahun 6 sekolah rendah bantuan kerajaan.

2.0 OBJEKTIF
Matlamat pertandingan ini adalah untuk:
2.1 Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
2.2 Memupuk minat murid dalam mata pelajaran Sains berunsurkan STEM
2.3 Meningkatkan penguasaan kemahiran STEM murid merangkumi kemahiran komunikasi,
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran menyelesaikan masalah secara
berkumpulan.
2.4 Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum berunsurkan Inovasi Sains,
Kejuruteraan dan Matematik.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT PENYERTAAN


3.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah rendah (Tahun 4 hingga 6 sahaja)
yang belajar di sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan dan segala kos pertandingan
ditanggung oleh sekolah tersebut.
3.2 Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.
3.3 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dengan
seorang guru pembimbing.
3.4 Penyertaan adalah secara berpasukan dari sekolah yang sama.

4.0 KAEDAH PERTANDINGAN

4.1 Peserta dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sesuai. Contohnya pakaian sukan yang
melambangkan sekolah / negeri masing masing.
4.2 Kaedah pertandingan:
a) Sesi 1: Pembinaan Catapult (bahan dan alatan disediakan oleh pihak penganjur)
b) Sesi 2 : Catapult Sasaran
c) Sesi 3 : Catapult Jarak
d) Sesi 4 : Catapult Jaringan

4.3 Masa
a) Pembinaan model Catapult ialah 2 jam .
b) Sesi Pelancaran Catapult
** mengikut giliran undian kumpulan yang bertanding

5.0 KATEGORI PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini terbahagi kepada TIGA bahagian seperti berikut:


a) Bahagian 1 – Catapult Sasaran
b) Bahagian 2 - Catapult Jarak
c) Bahagian 3 - Catapult Jaringan
5.2 Johan ditentukan berdasarkan jumlah markah yang diperolehi daripada bahagian-bahagian
seperti berikut:
a) Catapult Sasaran
b) Catapult Jarak
c) Catapult Jaringan
6 .0 CATAPULT (SASARAN)

6.1 Setiap pasukan dikehendaki melancarkan Catapult pada sasaran yang ditetapkan oleh
teknikal pertandingan.
6.2 Jarak sasaran, ditetapkan 2.1 meter. Sebelum acara dimulakan, murid akan mencabut undi untuk
menentukan giliran masing-masing.
6.3 Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja. Setiap pelancaran
akan diberikan 2 kali percubaan seperti system bowling sebenar.
6.4 Peluru / bola sasaran akan disediakan oleh pihak penganjur menggunakan guli bersaiz 1 inci.
Jarak susunan antara pin ditetapkan 2 inci.
6.4 Markah akan ditentukan berdasarkan bilangan sasaran / pin yang jatuh.
6.5 Hakim akan memberi isyarat pelepasan dan peserta perlu melepaskan peluru kearah sasaran.
6.6 Hanya sasaran yang jatuh sahaja akan diambil kira dalam pengiraan markah.
6.7 Pasukan yang memperolehi bilangan jatuhan sasaran / pin yang terbanyak didalam kedua-dua
pelancaran dikira sebagai pemenang.
6.8 Jika berlaku keputusan SERI, pasukan-pasukan tersebut akan diberi semula peluang pelancaran
sebanyak DUA KALI percubaan.
6.9 Gambarajah berikut menunjukkan pelan tapak Catapult sasaran.

CATAPULT SASARAN

2.1m

0.6m

CATAPULT

Tapak Kawasan
Pelancaran Sasaran
7.0 CATAPULT JARAK

7.1 Hakim akan bersedia sekiranya peserta telah selesai membuat persiapan.
7.2 Hakim akan memberi isyarat supaya CATAPULT dilepaskan setelah peserta bersedia di
tapak yang ditetapkan.
7.3 Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.
7.4 Catatan jarak yang terbaik akan diambilkira.
7.5 Pasukan yang memperolehi jarak terbaik dikira sebagai pemenang.
7.6 Jika berlaku persamaan jarak terbaik diantara pasukan, maka jarak pelancaran pertama akan
diambil sebagai penentu keputusan.
7.7 Gambarajah berikut menunjukkan pelan tapak Catapult Jarak.

1m 2m 3m 1.5m

CATAPULT

Tapak
Pelepasan
8.0 CATAPULT JARINGAN

8.1. Peserta bersedia di tapak yang ditetapkan.


8.2 Setiap pasukan akan bertanding didalam DUA pusingan.
8.3 Setiap pusingan , pasukan akan diberikan TIGA kali percubaan untuk jaringan.
8.4 Markah dikira berdasarkan bilangan jaringan di dalam kedua-dua pusingan.
8.5 Pasukan yang memperolehi bilangan jaringan terbanyak didalam kedua-dua pelancaran dikira
sebagai pemenang.
8.6 Jika berlaku keputusan SERI, pasukan-pasukan tersebut akan diberi semula peluang percubaan
sebanyak DUA KALI percubaan.
8.7 Peluru / bola sasaran akan disediakan oleh pihak penganjur menggunakan bola ping pong.
8.8 Gambar rajah dibawaah menunjukkan pelan Catapult jaringan.

2.1m

20cm

30cm 0.6m

CATAPULT

Tapak
Pelepasan
9.0 SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN
9.1 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar SATU pasukan sahaja.
9.2 Setiap pasukan terdiri daripada tiga (3) orang murid (Tahun 4 hingga Tahun 6 dan berusia 10
hingga 12 tahun sebelum 31 Disember tahun semasa) dan diiringi oleh seorang (1) guru
pembimbing.

10.0 SPESIFIKASI MODEL CATAPULT


10.1 Setiap model CATAPULT mesti dibina dalam Sesi Pembinaan CATAPULT yang akan
diadakan pada hari pertandingan. Setiap komponen utama model CATAPULT perlu dibina
mengikut kreativiti masing-masing dan HANYA dengan menggunakan bahan-bahan yang
dibekalkan kepada setiap kumpulan seperti berikut :
a) Kayu Stik = 30 batang
b) Getah = 40 urat
c) Penutup botol = 3 biji
d) Gam = 1 botol / set
e) Kertas A4 = 2 helai
f) Plastesin = ¼ bar
10.2 Penggunaan alatan atau bahan selain yang disediakan oleh pihak penganjur TIDAK
DIBENARKAN sama sekali. Pelanggaran peraturan ini akan membatalkan penyertaan pasukan
tersebut.
10.2 Setiap pasukan perlu menyediakan CATAPULT untuk tiga acara yang akan disertai.
10.3 Hanya MURID SAHAJA dibenarkan masuk ke dalam dewan semasa Sesi Pembinaan Catapult.
10.3 Semua peralatan dan bahan keperluan untuk pembinaan model akan disediakan oleh pihak
penganjur.
10.4 Setiap pasukan dinasihatkan membina sebanyak sekurang-kurangnya 2 atau lebih model
CATAPULT .
10.7 Pasukan BEBAS untuk menghasilkan saiz atau bentuk peluru sasaran mengikut kreativiti
masing. Peluru-peluru sasaran tersebut akan digunakan untuk pertandingan Catapult Jarak
sahaja.
11.0 PENGHAKIMAN DAN BANTAHAN

11.1 Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis
awal.

11.2 Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan.

11.3 Sila rujuk borang pemarkahan yang disediakan.


BORANG PEMARKAHAN CATAPULT JARAK

PERTANDINGAN CATAPULT KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

BIL NAMA SEKOLAH JARAK CUBAAN JARAK CUBAAN JARAK


PERTAMA KEDUA TERBAIK
BORANG PEMARKAHAN CATAPULT SASARAN

PERTANDINGAN CATAPULT KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

BIL NAMA SEKOLAH BIL JATUHAN BIL JATUHAN JUMLAH


CUBAAN CUBAAN KESELURUHAN
PERTAMA KEDUA JATUHAN
BORANG PEMARKAHAN CATAPULT JARINGAN

PERTANDINGAN CATAPULT KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

BIL NAMA SEKOLAH BIL GOL BIL. GOL JUMLAH


CUBAAN CUBAAN KESELURUHAN
PERTAMA KEDUA
12.0 PERJALANAN PERTANDINGAN
12.1. Pendaftaran peserta oleh guru pembimbing.
12.2 Tanggungjawab guru untuk memastikan pendaftaran peserta berjalan lancar.
12.3. Taklimat ringkas diberikan kepada semua peserta perjalanan pertandingan.
12.4 Peserta mencabut undi giliran untuk pelancaran Catapult sasaran , jarak dan jaringan.
12.5. Pembinaan Catapult oleh peserta dipantau oleh hakim dan urusetia menggunakan peralatan dan
bahan yang disediakan SAHAJA.
12.6. Tanggungjawab peserta untuk memastikan Catapult yang diperlukan siap dalam masa yang
ditetapkan .

Pendaftaran

Sesi 1 :
Pembinaan Catapult

Sesi 2 :
Pelancaran Catapult Sasaran

Sesi 3 :
Pelancaran Catapult Jarak

Sesi 4 :
Pelancaran Catapult Jaringan

Pengiraan markah

Keputusan

PERJALANAN PERTANDINGAN CATAPULT KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN 209

You might also like