Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Format

Apa yang perlu ada di dalam menulis sebuah skrip? Bagaimana rupa bentuknya? Pada asasnya,
format sesebuah skrip filem atau drama tv itu haruslah mempunyai elemen seperti berikut.

1) Scene Heading
2) Action
3) Character
4) Parenthetical
5) Dialogue
6) Transition

1) Scene Heading
Ini dikenali sebagai Scene Heading kerana ia merupakan permulaan sesuatu scene. Di dalam istilah
bahasa kita ialah ‘Kepala Babak’. Ia juga merupakan pemisah antara satu scene dengan scene yang
lain.

Contoh-contoh Scene Heading adalah seperti berikut:

INT. BILIK TIDUR ARYON, RUMAH BANGLO - NIGHT


EXT. BANGUNAN FAKULTI - DAY
I/E. KERETA ARYON - MOMENTS LATER

Penerangan.

INT. EXT. I/E - Merupakan istilah yang mewakili keadaan lokasi sama ada di dalam (INT.), di
luar (EXT.) atau pun kedua-duanya sekali (I/E.)

Di tengah-tengah Scene Heading selepas kedudukan penentu lokasi ialah LOKASI. Contohnya RUMAH
BANGLO ARYON, BANGUNAN FAKULTI dan KERETA ARYON, JALAN RAYA.

Di hujung Scene Heading ialah kedudukan bagi petunjuk waktu sama ada siang, malam, bersambung,
sebentar kemudian dan banyak lagi. Di antara istilah yang biasa digunakan ialah DAY, NIGHT,
MORNING, AFTERNOON, EVENING, CONTINOUS, LATER, MOMENTS LATER & THE NEXT DAY. Jika anda
lebih selesa menggunakan istilah Bahasa Melayu, silakan…

2) Action
Selepas menulis Scene Heading, kita memulakan penulisan skrip kita dengan memasukkan elemen
Action yang akan menerangkan Aksi yang akan berlaku di dalam skrip kita itu.

Contohnya:

Di dalam sebuah bilik yang hanya diterangi oleh cahaya lampu tidur, kelihatan di atas katil keadaan
bantal dan selimut yang tidak teratur.

Di atas lantai turut kelihatan beberapa helai pakaian kotor yang bersepah.

Di satu sudut lain, kelihatan Aryon sedang berdiri di tingkap sambil memandang keluar. Jelas
kelihatan wajahnya menunjukkan kesedihan yang teramat sangat.
Kemudian kedengaran bunyi pintu biliknya di buka. Kelihatan di pintu bilik, Pak Kassim berdiri sambil
tersenyum.

Penerangan.

Di bahagian Action ini apa yang perlu dicatatkan ialah hanyalah Aksi Watak dan juga keadaan
sekitarnya. Tidak perlulah meletakkan istilah-istilah sastera seperti ‘angin sepoi-sepoi bahasa’, bayu
bertiup lembut dan sebagainya kerana ia sememangnya tidak diperlukan. Tidak perlulah kita menulis
ayat-ayat yang tidak boleh digambarkan atau dirakamkan dengan kamera.

Nyatakan aksi yang anda gambarkan dengan jelas dan ringkas. Buat penegasan di tempat-tempat
yang perlu diberi perhatian dengan meletakkan huruf besar pada perkataan tersebut.

3) Character
Character atau Watak di dalam skrip ini ialah Aryon dan Pak Kassim. Kedudukan Watak di dalam
format skrip adalah seperti berikut.

PAK KASSIM

Berada di bahagian tengah untuk membezakan dengan elemen lain. Ini akan memudahkan pembaca
skrip tersebut mengetahui bahawa itu adalah watak bagi skrip tersebut.

4) Parenthetical
Merupakan rujukan kepada tingkahlaku atau aksi. Biasanya digunakan untuk aksi-aksi yang tidak
memerlukan pergerakan yang banyak atau pun boleh juga digunakan untuk reaksi atau perasaan.

Kedudukannya adalah selepas character dan sebelum dialog.

ARYON
(sedih)

Atau pun selepas dialog.

ARYON
Saya tak terfikir pula…
(kepada Mak Siti)

5) Dialogue
Berfungsi sebagai kata-kata yang dituturkan oleh watak. Seharusnya dialog itu tidaklah terlalu
panjang kerana filem atau drama bergerak di atas visual. Dialog yang panjang akan membuatkan
situasi yang bosan. Dialog mestilah sentiasa membawa penceritaan bergerak kehadapan.
Kedudukannya adalah seperti berikut.

ARYON
Saya tidak terfikir pula…

6) Transition
Transition merupakan pengakhir sesuatu babak. Ia juga berfungsi sebagai pemisah di antara babak.

Kedudukannya adalah di bahagian kanan muka surat di di bahagian bawah scene.

Contohnya adalah seperti berikut:

CUT TO:

Istilah-Istilah yang biasa digunakan adalah CUT TO: INTERCUT TO: FADE IN: FADE OUT. FADE TO:
DISSOLVE TO: BACK TO: MATCH CUT TO: JUMP CUT TO: FADE TO BLACK.

Gunakanlah kegunaan pada tempat yang kita fikirlan sesuai.

You might also like