Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 29

Bab 1

Hubungan Etnik Di Malaysia dan Hubungan Etnik Mengikut


Perspektif Islam Secara Umum.

Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff


Pensyarah kanan
ahmadnasir@upm.edu.my
013 9966057
1. Pengenalan
2. Citra Hubungan Etnik di Malaysia
3. Hubungan Etnik menurut Perspektif Islam
4. Kesimpulan
UTE 1012 HUBUNGAN ETNIK
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA
UMUM
 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA UMUM
1. PENGENALAN
Kepentingan dan kandungan modul hubungan etnik
2. CITRA HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Hubungkait antara etnik dan etnisiti

Usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan Nasional

3. HUBUNG KAIT ANTARA EKONOMI DAN ETNISITI

4. HUBUNGAN ETNIK MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
SECARA UMUM
1. PENGENALAN
 Di Malaysia perjuangan untuk memperolehi kemerdekaan dan meneruskan
kemerdekaannya adalah sentiasa seiring dengan susur galur sejarah
perkembangan hubungan etniknya sendiri.

 Dalam kepelbagaian etnik dan budaya itu, Malaysia secara berhati-hati


mengatur langkah untuk merealisasikan hasrat membangun Negara
daripada berada pada kedudukan negara mundur post merdeka kepada
negara membangun dalam tempoh yang singkat.(Pergerakan daripada
negara mundur kepada negara membangun berlaku dalam tempoh 50
tahun (bermula daripada tahun 1957-2007)…Shamsul Amri Baharuddin. Modul
Hubungan Etnik , hlm 1.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
SECARA UMUM
• Sehingga kini Malaysia masih lagi kekal sebagai Negara berbilang kaum
yang hidup secara harmoni serta menikmati hasil ekonomi secara bersama.
• Bagaimana pun isu-isu seperti keadilan pengagihan ekonomi, isu hak
keistemewaan, isu perkauman, isu agama dan sebagainya yang berhubung
dengan isu masyarakat pelbagai bangsa ini kadang kala turut mewarnai
perkembangan hubungan etnik di Malaysia.
• Oleh yang demikian, kursus hubungan etnik ini dirasakan perlu
diperkenalkan di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai memberi
ruang kepada pelajar-pelajar untuk memikir dan meneliti hal-hal yang
berkaitan dengan hubungan etnik yang merupakan sebahagian daripada
pengalaman harian mereka.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
SECARA UMUM
• KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK SECARA UMUM

1. Hubungan etnik menggambarkan sikap masyarakat dan ikatan


kemasyarakatan dalam kehidupan masyarakat majmuk dan pelbagai kaum.

2. Memberi kefahaman tentang sejarah kewujudan masyarakat pelbagai kaum


kesan daripada sejarah kolonialisme.

3. Hubungan etnik mempengaruhi perancangan sosial, ekonomi dan politik


sesebuah Negara.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
SECARA UMUM
• Memahami isu-isu yang menyebabkan konflik antara kaumdan
langkah-langkah untuk mengatasi untuk mengatasi supaya konflik
dapat dielakkan

• Meneruskan semangat perpaduan antara kaum untuk mengekalkan


kehidupan yang harmonissupaya situasi politik terus stabil, kekayaan
ekonomi Negara diagih secara saksama dan keadilan social dapat
dinikmati bersama.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
SECARA UMUM
• Sehubungan dengan itu modul hubungan etnik penting dilaksanakan
di IPTA/IPTS sebagai usaha bertujuan untuk:

1. Menghidupkan semangat setia kawan antara rakyat Malaysia

2. Menjelaskan perkara yang berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia.

3. Memperkenalkan kepada pelajar di IPT tentang usaha meneruskan dan


menentukan arah perpaduan Negara.
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
2. Citra Hubungan Etnik Di Malaysia.

a) Kesultanan Melayu Melaka sebagai lambang pertemuan masyarakat


pelbagai etnik

a) Pembentukan masyarakat majmuk Era kolonialisme Britis


2. Citra Hubungan Etnik Di Malaysia.

a) Pembentukan masyarakat majmuk zaman kesultanan Melaka

 Susur galur sejarah membuktikan kehebatan empayar Melaka sebagai tempat


pertemuan pedagang seluruh dunia sehingga terkenal dengan gelaran “the venice
of East”. Kehebatan zaman ini dapat dilihat daripada aspek pemerintahan,
pedagangan, kependudukan dan kebudayaan.

 Dari segi pemerintahan, Melaka adalah sebuah kerajaan bersistem yang


menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut sebagai asas
undang-undang dan peraturan di dalam pemerintahan.

 Pemerintahan dijalankan secara diplomasi dan terbuka. Perlantikan pegawai istana


bukan sahaja terdiri daripada kalangan rakyat tempatan sahaja, tetapi juga orang
India juga diberi jawatan dalam pemerintahan.

 Perkahwinan campur juga berlaku semasa zaman kesultanan Melaka (cth:


perkahwinan Puteri Hang Li Po dan sultan Mansur Shah.
2. Citra Hubungan Etnik Di Malaysia.

 Selain daripada itu Melaka juga terkenal sebagai pusat perdagangan yang
menjadi titik pertemuan Antara pedagang China dan Arab serta pedagang
pedagang dari rantau Asia tenggara yang lain.

 Sistem undang-undang laut Melaka telah melancarkan urusan pentadbiran


pelabuhan serta kawalan jenayah laut spt ancaman perompak dan lanun.

 Sistem pentadbiran yang cekap dan bersistem ini telah mewujudkan


kemakmuran dan perkembangan ekonomi dan politik serta perhubungan
antarabangsa pada ketika itu
2. Citra Hubungan Etnik Di Malaysia.
 Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti atau lambang
pertemuan masyarakat pelbagai etnik kerana limpahan kemakmuran itu telah
menggalakkan proses penghijrahan secara semula jadi tanpa paksaan
daripada mana-mana pihak.

 Keadaan ini juga telah menggalakkan kedatangan pedagang daripada Arab,


India, serta rantau Nusantara yang secara tidak lansung menggalakkan proses
asimilasi dan amalgamasi dengan penduduk tempatan yang akhirnya
membawa kepada kewujudan masyarakat baharu seperti masyarakat Baba
Nyonya, Melayu keturunan Arab dan Melayu berketurunan India.

 Kemajuan perdagangan juga menjadikan Melaka sebagai kota Metropolitan


dan kota multibudaya. Interaksi budaya telah menggalakkan plurisme budaya
seperti budaya arab pra Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah
seperti Portugis, Sepanyol, Belanda dan British dengan budaya Alam Melayu
(berlaku sejak abad ke 5 lagi).
2. Citra Hubungan Etnik Di Malaysia.
b) Pembentukan masyarakat Majmuk Era Kolonialisasi British.
 Pada abad ke 15 telah berlaku satu perubahan penting dalam epistemologi
(teori ilmu) di barat. Perdebatan ilmu beberapa abad sebelumnya telah
membawa pemisahan besar antara agama dan sains moden. Secara perlahan
perubahan ini telah menyebabkan agama dilihat sebagai candu atau factor
yang memperlahankan kemajuan. Pada abad ke 18 perbincangan ilmu
menjadi lebih cenderung kepada ilmu-ilmu sains dan falsafah.
 Kelahiran ramai tokoh-tokoh falsafah sains telah menyebabkan ilmu yang
berasaskan sains terus berkembang dan mendapat tempat. Sehubungan itu
juga banyak penemuan sains berlaku sehingga membawa kepada kelahiran
era baru iaitu era perindustrian.
 Era perindustrian telah mencetus desakan untuk memperolehi bekalan bahan
mentah untuk keperluan industri telah memperluaskan visi pemerintahan ke
arah kolonialisasi.
2. Citra Hubungan Etnik Di Malaysia.
b) Pembentukan masyarakat Majmuk Era Kolonialisasi British.

 Sistem kolonialisasi telah mendorong kuasa kuasa Barat melakukan penjajahan


politik dan ekonomi dan Alam Melayu yang memiliki segala keperluan kolonialisasi
mereka itu telah menjadi salah satu tumpuan penjajahan.

 Sebelum tahun1848, hamper semua penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang
Melayu. Namun demikian, perkembangan perusahaan bijih timah mulai pertengahan
abad ke 19 dan perusahaan getah mulai awal abad ke 20 telah mengakibatkan
penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu.Menjelang
tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu adalah melebihi jumlah penduduk
Melayu.

 Kepelbagaian kaum yang mengekalkan kebudayaan masing-masing telah melahirkan


satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Tiap-tiap kaum mempunyai agama,
bahasa dan cara hidup yang berlainan.
2. Citra Hubungan Etnik Di Malaysia.
b) Pembentukan masyarakat Majmuk Era Kolonialisasi British.

 Secara umumnya pada waktu itu komuniti etnik pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina dan India hidup secara harmoni dan rukun serta faktor
persefahaman bukanlah isu dalam perhubungan.

 Bagaimana pun dasar pecah dan perintah oleh British menyebabkan wujud
pemisahan penguasaan ekonomi dan demografi terhadap tiga kaum besar
tersebut (Melayu-petani, nelayan, China sebagai pelombong, India bekerja di
estet-estet).
2. Citra Hubungan Etnik Di Malaysia.
3. HUBUNG KAIT ANTARA EKONOMI DAN ETNISITI
 Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan telah menggiatkan
usaha untuk mengatasi masalah sosioekonomi pelbagai kaum. Beberapa
rancangan pembangunan ekonomi diperkenalkan seperti
Rancangan pramerdeka antara 1950-1955 spt rancangan Persekutuan
Tanah Melayu Pertama (1956-1960).
Rancangan selepas merdeka antara tahun 1961-1965 spt Rancangan
Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada
Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).
Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru
Dasar-dasar pembangunan negara
2. Citra Hubungan Etnik Di Malaysia.
3. HUBUNG KAIT ANTARA EKONOMI DAN ETNISITI

 Dalam proses pembangunan Negara, peristiwa 13 mei 1969 telah menjadi petunjuk
penting kepada kerajaan tentang ketidakstabilan dapatan ekonomi setiap kaum
sehingga mendorong kepada pengemaskinian dasar-dasar negara pada tahun-tahun
berikutnya.

 Lahir daripada peristiwa 13 Mei 1969 ialah Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975).
Digarap di dalamnya Dasar Ekonomi Baru DEB bagi membetulkan
ketidakseimbangan ekonomi yang wujud Antara kaum dan wilayah bagi mencapai
perpaduan Negara.

 Rancangan Malaysia kedua (1971-1975) merupakan rancangan yang menitik beratkan


usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi Antara sector dan etnik
(pada ketika ini orientasi gantian import kepada eksport dalam perindustrian mula
diperkenalkan).
2. Citra Hubungan Etnik Di Malaysia.
2. HUBUNG KAIT ANTARA EKONOMI DAN ETNISITI
 Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang melanjutkan dasar
industriyang dirangka pada RMK kedua.
 RMK keempat (1981-1985), RMK kelima (1986-1990) dan RMK keenam (1991-1995) merupakan rancangan
pembangunan yang menitikberatkan industry yang berasaskan teknologi yang lebih maju serta
memperkenalkan juga dasar pengswastaan. Rancangan Malaysia ketujuh dan kelapan (1996-2000/2000-2005)
pula memberi perhatian kepada industry berasaskan k-ekonomi.
 Rancangan Malaysia kesembilan (2006-2010) masih memberi tumpuan kepada k-ekonomi tetapi turut
dipentingkan juga persoalan ‘modal insan’ dalam kerangka meneliti kualiti insan dalam konteks negara
Malaysia seluruhnya.
 Dasar-dasar awam lain adalah seperti yang berkaitan dengan tujuan memajukan sector pertanian dan
menghapuskan kemiskinan di luar Bandar dengan mewujudkan agensi-agensi seperti FELDA, Lembaga
Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (FELCRA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
 Apa yang jelas, dasar-dasar awam yang digubal merupakan juga usaha pihak kerajaan yang bersifat top-down
untuk melengkapi apa yang sudah direncanakan dalam rancangan-rancangan pembangunan Negara,
Hubungan Etnik Mengikut Perspektif Islam
 Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia, ia
bukan sahaja untuk mengenal Tuhan tetapi juga memberi
kesejahteraan hidup.
 Di Malaysia, agama dan etnik telah menjadi identity kelompokyang
saling melengkapi sehingga kelompok etnik disamakan dengan
kelompok agama.
 Walaupun agama dan ideology merupakan satu aspek sahaja dalam
proses perpaduan, namun agama merupakan factor yang terpenting
malah kadang kala menjadi sebagai faktor penentu penyatuan kerana
nilai-nilai murni yang dibawa oleh agama itu sendiri nilai moral, kod
etika dan peraturan.
Hubungan Etnik Dalam Perspektif Islam
 Agama juga merupakan fungsi integratif kerana ajaran agama mengandungi
nilai-nilai penyatuan dalam membangunkan ikatan social. Upacara agama
berfungsi mengukuhkan integrasi social dan mempengaruhi solidariti
kelompok.
 Merujuk kepada agama Islam pula, secara sejarahnya Islam adalah
berpengalaman mengelola pentadbiran pluraliti seperti Piagam Madinah
yang menjelaskan garis panduan hidup bersama, membangunkan
masyarakat adil, aman dan sejahtera.
 Dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, kerajaan sewaktu di bawah
pemerintahan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi sebagai perdana menteri
telah memperkenalkan satu gagasan “Islam Hadhari”.
Hubungan Etnik Dalam Perspektif Islam
 Islam Hadhari merupakan satu konsep yang mengutamakan
pembangunan spiritual, intelektual, emosi dan material secara
bersepadu dalam konteks pelbagai lapisan masyarakat dan kaum.
 Ia merupakan pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan
Negara yang menyeluruh sifatnya berteraskan perspektif Tamadun
Islam.
 Sehubungan dengan itu terdapat beberapa prinsip teras telah
diperkenalkan bagi mencapai matlamat tersebut seperti berkenal-
kenalan, saling berkasih saying, saling jamin-menjamin serta konsep
kejiranan.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like