Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jalur Gemilang

Rakyat negara ini sepatutnya berasa bertuah kerana dapat hidup dalam sebuah negara
yang makmur dan mewah. Walaupun mereka akan menyambut ulang tahun kemerdekaan
yang ke-50 tahun tidak lama lagi, namun kibaran Jalur Gemilang kurang kelihatan di mana-
mana. Masih ramai lagi individu yang belum mengibarkan Jalur Gemilang baik di rumah
mahupun pada kenderaan mereka.

Pujian kepada wira-wira negara yang telah berjaya menamatkan beberapa ekspedisi
sempena sambutan kemerdekaan tahun ini seperti Merdeka de Everest 2007 dan Ekspedisi
Terjun Bebas Kutub Utara Pemuda UMNO. Mereka ialah golongan warganegara yang
bersemangat tinggi mahu mengharumkan nama negara serta sanggup menghadapi kesukaran
membawa Jalur Gemilang ke puncak dunia.Penat lelah mereka bagaikan tidak berbaloi
apabila di Malaysia, rakyatnya sendiri tidak mahu mengibarkan bendera Malaysia.

Kalau kita perhatikan juga, orang yang berani dan sudi mengibarkan bendera biasanya
mereka yang memiliki kereta tempatan kategori sederhana sahaja. Jarang benar hendak
menemui pemandu kereta import dan berjenama mewah yang sanggup mempamerkan
semangat patriotik mereka.

Alasan yang diberikan oleh mereka ialah pelekat pada bendera mini akan
mencemarkan kereta mereka. Tatkala kumpulan yang nampak bersungguh-sungguh dan
seronok mengibarkan Jalur Gemilang hanyalah anak-anak di sekolah.

Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak perlu berasa malu untuk mempamerkan kesetiaan
dan semangat patriotisme kita kepada negara. Mengibarkan Jalur Gemilang adalah salah satu
symbol semangat cinta akan tanah air.

You might also like