Surat SUPER

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SUKARELAWAN PERIKANAN MUALLIM (SUPER)

D/A SUPER MUALLIM


No. 2, Kampung Klant Halt 3,
Simpang Felda Sungai Behrang,
35820 Slim River,
Perak Darul Ridzuan No. Tel: 011-10174080

Tarikh :
Rujukan Kami :

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APAM MUALLIM)


Aras 1, Kompleks Pejabat Mini,
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jalan Besar,
35800 Slim River,
Perak Darul Ridzuan

JALINAN USAHASAMA SUKARELAWAN PERIKANAN (SUPER MUALLIM ) DAN


ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA ( APAM MUALLIM)

Dengan segala hormat, merujuk perkara di atas.

2. Saya Saiful Zizuan Bin Mahayuddin ketua Super Muallim atau lebih dikenali Sukarelawan
Perikanan daerah menyatakan bahawa kumpulan super ini telah diwujudkan dari pihak
Perikanan Malaysia bertujuan memainkan peranan dalam membantu nelayan laut, sungai
dan muara dari setiap segi terutama melibatkan isu keselamatan atau pencemaran.

3. Selain itu, pihak Super Muallim mempunyai kekuatan anggota berdaftar seramai 31 orang
semua terdiri dari nelayan sungai yang mempunyai bot dan enjin serta berkeupayaan
mengendalikan bot dengan pengalaman yang luas.

4. Pihak kami atas tanggungjawab sebagai masyarakat di daerah ini menawarkan khidmat
gabungan dengan pihak-pihak berwajib dalam membantu menyelesaikan masalah yang
melibatkan bencana seperti banjir kilat, operasi menyelamat diair dan seumpamanya.

5. Kami berharap sekiranya tawaran gabungan ini boleh dilaksanakan dengan pihak
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia daerah Muallim ia akan dapat memperkukuhkan
serta memantapkan lagi peranan jabatan dengan pihak Super Muallim.

6. Sekiranya jalinan ini boleh terlaksana dengan rasmi maka perlu satu kaedah atau langkah
proaktif yang harus difikirkan untuk kesinambungan bersama antara pihak jabatan tuan
dengan pihak super muallim.

You might also like