Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PRISTANA

47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR

UJIAN PRESTASI 1
TAHUN 4

SAINS KERTAS 1
1 JAM

NAMA: KELAS:

Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Pilih jawapan
yang betul.

1. Rajah 1 menunjukkan situasi di dalam Bilik Sains.

Rajah 1
Berdasarkan rajah, apakah peraturan yang perlu dipatuhi?.
A. Masuk Bilik Sains dengan kebenaran guru.
B. Laporkan kepada guru jika berlaku kemalangan, kecederaan atau
kerosakan
C. Susun kerusi dan kemas Bilik Sains sebelum keluar.
D. Jalankan aktiviti mengikut arahan guru.

2. Semasa menarik nafas, manusia akan menyedut lebih banyak gas. Apakah
gas tersebut?
A. Oksigen
B. Karbon dioksida
C. Oksigen dan karbon dioksida
D. Karbon dioksida dan wap air

1
3. Rajah 2 menunjukkan udara diperlukan oleh manusia untuk menjalani
proses P .

Rajah 2
Antara berikut yang manakah mewakili P?
A. Pembiakan
B. Pertumbuhan
C. Perkumuhan
D. Pernafasan

4. Apakah organ yang ditunjukkan dalam Rajah 3?

Rajah 3
A. Ginjal
B. Peparu
C. Jantung
D. Trakea

5. Berikut merupakan laluan udara semasa proses menghembus nafas.


X Trakea Y
Apakah yang diwakili oleh X dan Y?
X Y
A. Mulut Peparu
B. Hidung Peparu
C. Peparu Hidung
D. Peparu Salur udara

2
6. Antara berikut, aktiviti manakah yang meningkatkan kadar pernafasan
manusia?
I Berkawad III Membaca
II Tidur IV Bersenam

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

7. Berdasarkan Rajah 4 di bawah, apakah kadar pernafasan bagi aktiviti


tersebut?

Rajah 4
Kadar pernafasan
X Y Z
A. Tinggi Rendah Sederhana
B. Sederhana Tinggi Rendah
C. Rendah Tinggi Sederhana
D. Rendah Sederhana Tinggi

8. Mengapakah kadar pernafasan semasa aktiviti cergas lebih tinggi?


A. Badan perlu bergerak lebih aktif.
B. Badan memerlukan lebih banyak udara.
C. Peparu lebih banyak menyedut gas karbon dioksida.
D. Waktu rehat adalah lebih baik berbanding waktu menjalankan aktiviti.

3
9. Antara berikut yang manakah yang menyebabkan kadar pernafasan yang
paling tinggi?
A. Tidur.
B. Berbasikal.
C. Membaca buku.
D. Berlari pecut 100 meter.

10. Jadual 1 menunjukkan nama murid dan kadar pernafasan mereka selepas
melakukan satu aktiviti fizikal.

Nama murid Kadar pernafasan selepas melakukan aktiviti fizikal dalam


satu minit
Ikhwan 100
Firdaus 105
Hafiz 110
Jadual 1
Apakah kesimpulan daripada jadual di atas?
A. Individu yang sama mempunyai kadar pernafasan yang sama.
B. Individu yang berbeza mempunyai kadar pernafasan yang sama.
C. Individu yang berbeza mempunyai kadar pernafasan yang berbeza.
D. Hafiz mempunyai kadar pernafasan paling tinggi manakala Ikhwan paling
rendah.

11. Nyatakan Kemahiran Manipulatif yang digunakan dalam rajah berikut?

A. Mengendalikan spesimen dengan cara yang betul dan selamat.


B. Menyimpan peralatan sains dengan betul dan selamat.
C. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
D. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

4
12. Baca petikan di bawah.

Lilin yang menyala akan terpadam sekiranya ditutup dengan balang kaca.

Pernyataan di atas merupakan


A. Membuat inferens
B. Meramal
C. Membuat hipotesis
D. Membuat kesimpulan

13. Antara berikut yang manakah benar tentang hasil daripada perkumuhan?
A. Ginjal – tinja
B. Kulit – darah
C. Peparu – gas karbon dioksida dan wap air
D. Usus – tinja

14. Antara berikut yang manakah yang terlibat dalam proses pernafasan dan
perkumuhan?
A. Peparu
B. Kulit
C. Ginjal
D. Hidung

15. Apakah kesan kepada manusia jika mereka tidak menyingkirkan bahan
buangan melalui proses perkumuhan?
A. Menjadi semakin sihat
B. Berat badan semakin meningkat
C. Kesihatan manusia akan terjejas
D. Kehidupan manusia menjadi lebih bahagia

5
16. Rajah 5 di bawah menunjukkan keratan rentas bagi sebuah organ.

Rajah 5
Apakah fungsi organ tersebut?
A. Mengeluarkan tinja
B. Menyingkirkan peluh
C. Memproses air kencing
D. Membebaskan gas karbon dioksida

17. Apakah maksud penyahtinjaan?


A. Menyingkirkan peluh dari badan
B. Menyingkirkan bahan buangan dari badan
C. Menyingkirkan sisa makanan yang tidak dihadam dari badan
D. Menyingkirkan sisa toksik dan bahan beracun dari badan

18. Rajah 6 di bawah menunjukkan salah satu bahagian yang terdapat dalam
badan manusia.

Rajah 6
Bahagian tersebut terlibat dalam satu proses hidup manusia. Apakah proses
tersebut?
A. Pernafasan
B. Perkumuhan
C. Penyahtinjaan
D. Bergerak balas terhadap rangsangan

6
19. Antara penyakit berikut yang manakah boleh dihidapi jika proses
penyahtinjaan tidak berlaku?
A. Batu karang
B. Kanser usus
C. Kencing berdarah
D. Serangan jantung

20. Maklumat berikut mengenai haiwan X.


 Hidup di darat dan air
 Mempunyai dua organ pernafasan

Apakah haiwan X?
A. Kura- kura
B. Katak.
C. Ketam
D. Siput

21. Jadual 2 menunjukkan organ-organ yang bergerak balas terhadap


rangsangan dan jenis rangsangan yang dikesan. Antara padanan berikut
yang manakah benar?
Organ Jenis rangsangan dikesan
A. Hidung Bau
B. Telinga Suhu
C. Mata Sentuhan
D. Kulit Cahaya
Jadual 2

22. Antara berikut yang manakah merupakan organ perkumuhan?


A. Jantung, kulit dan peparu.
B. Ginjal, peparu dan kulit.
C. Jantung, ginjal dan peparu.
D. Jantung, peparu dan kulit.

7
23. Jadual 3 menunjukkan tentang jenis rangsangan dan gerak balas yang
terlibat. Antara berikut padanan yang manakah benar?

Rangsangan Gerak balas


A. Bau Memasukkan objek ke dalam hidung.
B. Cahaya Menumpukan mata secara terus ke arah sumber
cahaya.
C. Suhu Menarik tangan dengan pantas apabila tersentuh
permukaan panas.
D. Bunyi Membiarkan telinga terdedah secara terus kepada
punca bunyi.
Jadual 3

24. Antara rajah berikut yang manakah menunjukkan manusia bergerak balas
terhadap rangsangan?

8
25. Apakah tindakan seseorang terpijak paku tekan?
A. Berdiri tegak.
B. Berlari dengan pantas.
C. Menjerit dengan kuat.
D. Mengalihkan kaki.

26. Apakah organ deria yang terlibat apabila berhadapan suhu persekitaran yang
sejuk?
A. Kulit
B. Peparu
C. Telinga
D. Hidung

27. Antara berikut yang manakah organ-organ yang bergerak balas terhadap
rangsangan?
I Hidung II Tangan
III Kulit IV Kaki
A. I dan II
B. II dan IV
C. I dan III
D. III dan IV

28. Antara berikut yang manakah merupakan ciri pewarisan?


A. Saiz badan
B. Bentuk badan
C. Bilangan jari
D. Rupa paras

29. Antara yang berikut yang manakah menerangkan gerak balas manusia?
A. Tindakan untuk mengelakkan bahaya.
B. Proses hidup yang dijalani oleh manusia.
C. Tindakan yang diambil terhadap rangsangan.
D. Perubahan bersekitaran yang dikesan oleh manusia.

9
30. Salmah berjalan berdekatan tempat pembuangan sampah. Apakah gerak
balas yang mungkin dilakukan oleh Salmah berdasarkan situasi tersebut?
A. Dia akan berlalu pergi.
B. Membuat aduan kepada pihak berkuasa.
C. Menutup hidung dengan serta-merta dan berlalu pergi.
D. Membersihkan kawasan tempat pembuangan sampah.

31. Antara aktiviti berikut, yang manakah tidak memudaratkan kesihatan


manusia?
A. Menghidu gam.
B. Menghisap rokok.
C. Minum minuman beralkohol.
D. Makan makanan yang seimbang.

32. Rajah 7 menunjukkan organ pernafasan bagi ikan.

Rajah 7
Haiwan manakah yang mempunyai organ pernafasan yang sama seperti
ikan?
A. Ikan paus
B. Ketam
C. Katak
D. Ikan lumba- lumba

33. Manusia perlu mengamalkan amalan hidup yang sihat. Antara berikut yang
manakah bukan amalan hidup sihat?
A. Rehat yang cukup.
B. Bersenam setiap petang.
C. Minum air 8 gelas sehari.
D. Makan pada waktu lewat malam.

10
34. Rajah 8 menunjukkan salasilah keluarga Aini.

Rajah 8
Berdasarkan rajah 8, apakah inferens yang boleh dibuat?
A. Manusia bertumbuh.
B. Manusia gemar hidup dalam kumpulan.
C. Setiap ahli keluarga terdiri daripada tiga generasi.
D. Manusia melahirkan anak untuk meneruskan generasi.

35. Rajah 9 menunjukkan satu tabiat buruk yang boleh mengganggu proses
hidup manusia.

Rajah 9
Apakah kesan buruk tabiat di atas?
A. Pening
B. Obesiti
C. Kwashiorkor
D. Halusinasi

36. Mengamalkan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan diri daripada


pelbagai jenis penyakit. Apakah kepentingan menjaga pemakanan?
A. Mudah mendapat penyakit.
B. Membekalkan tenaga seharian.
C. Mampu melawan pelbagai jenis penyakit.
D. Pertumbuhan manusia akan terbantut.

11
37. Berikut adalah kesan tabiat buruk.
 Halusinasi
 Pening
 Lambat bertindak balas terhadap rangsangan
Apakah tabiat buruk yang dimaksudkan?
A. Merokok.
B. Minum minuman beralkohol.
C. Makan makanan yang tidak seimbang.
D. Tidak mengamalkan cara hidup sihat.

38. Antara yang berikut, yang manakah bernafas menggunakan kulit?

A. C.

B. D.

39. Rajah 10 menunjukkan kesan pengambilan makan tidak seimbang.

Rajah 10
Apakah penyakit yang dihidapi oleh kanak-kanak tersebut?
A. Sakit perut.
B. Obesiti.
C. Kwashiorkor.
D. Keracunan makanan.

12
40. Antara yang berikut, yang manakah padanan haiwan dan organ pernafasan
yang betul?
Spirakel Peparu Kulit
A. Kelawar Penyu Ular
B. Pepatung Ikan pari Siput gondang
C. UIat beluncas Burung Unta Lintah
D. Lalat Udang Buaya

-KERTAS SOALAN TAMAT-

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh

Nama Guru: Ketua Panitia: Pk Pentadbiran:


NURUL ZAWANI MOHD ZAKI NAJMINA BT MD ISA ZAWAWI BIN HUSSIN

Tarikh: 05/03/2019 Tarikh: 05/03/2019 Tarikh: 05/03/2019

13
SKEMA JAWAPAN UP 1 KERTAS 1 2019
1. D 11. C 21. A 31. D
2. A 12. B 22. B 32. B
3. D 13. C 23. C 33. D
4. B 14. A 24. B 34. D
5. C 15. C 25. D 35. B
6. B 16. C 26. A 36. B
7. D 17. C 27. C 37. B
8. B 18. C 28. D 38. A
9. D 19. B 29. C 39. C
10. C 20. B 30. C 40. C

14

You might also like