Minit Mesyuarat PIBK Kali Pertama

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)

SEKOLAH MENENGAH AGAMA SHAMSUDDINIAH


KALI PERTAMA.

TARIKH : 12 JANUARI 2015

HARI : ISNIN

MASA : 11.00 PAGI

TEMPAT : BILIK MESYUARAT,


SEK. MEN. AGAMA SHAMSUDDINIAH.

HADIR :
1. TUAN HJ MOHD SAMSI BIN HJ HUSSIN PENGERUSI
2. UST HJ MOHD KASBOLLAH BIN MOHD SATARI GPK HEM
3. TUAN HJ HAMBALI BIN DATO’ KIYAI HJ SHAMSUDDIN PENYELIA SEKOLAH
4. USTZ NURUL AIN BINTI ISMAIL S/U PIBK
5. ENCIK JAMAL BIN KARDI PEMBANTU TADBIR

AGENDA MESYUARAT.

1. Ucapan Pengerusi.
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan memulakan majlis dengan bacaan
Ummul Kitab.

2. Ucapan Pengetua SMA Shamsuddiniah.


2.1 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Pengetua mengucapkan ribuan
terima kasih kepada kerjasama yang diberikan sepanjang tahun lepas bagi menjayakan aktiviti
yang dirancang dalam SARANA Ibu Bapa dan Sekolah.

3. Pembentangan Informasi terkini SARANA


3.1 Ust. Mohd Kasbollah Bin Mohd Satari.
4.1.1 Memaklumkan bahawa SARANA telah bertukar nama kepada PIBK (Penglibatan Ibu Bapa
dan Komuniti)
4.1.2 Memaklumkan bahawa semua aktiviti sekolah yang melibatkan kehadiran ibu bapa perlu
disediakan laporan.
4.1.3 Mencadangkan agar mulai ini, AJK Khas PIBK perlu ditubuhkan untuk memudahkan
pembahagian kerja.
4.1.4 Memaklumkan bahawa kewujudan Facebook sekolah perlu dimaklumkan kepada ibu
bapa bagi memudahkan penyampaian maklumat.
4.1.5 Memaklumkan bahawa sekolah perlu mewujudkan satu sudut PIBK bagi memaparkan
Info – info berkaitan dengan PIBK dipaparkan.
4.4 Ustz Nurul Ain Binti Ismail
4.4.1 Mencadangkan supaya sekolah mewujudkan gazebo atau ruangan menunggu di kawasan
lapang asrama untuk dijadikan sudut PIBK.

4.5 Ust. Hj. Mohd Samsi Bin Hj Hussin


4.5.1 Pengetua telah memberikan persetujuan untuk mewujudkan gazebo di kawasan asrama
di bawah kelolaan Encik Jamal Bin Kardi dan Tuan Haji Hambali Bin Dato’ Kiyai Haji
Shamsuddin.

5. Ucapan Penangguhan.
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari dengan bacaan surah Al-Asr dan
tasbih Kaffarah.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

NURUL AIN BINTI ISMAIL UST HJ MOHD KASBOLLAH BIN MOHD SATARI
Setiausaha , Guru Penolong Kanan,
Penglibatan Ibu Bapa dan Komunit, Hal Ehwal Murid,
Sek. Men. Agama Shamsuddiniah, Sek. Men. Agama Shamsuddiniah,
Parit Medan, Kundang Ulu, Parit Medan, Kundang Ulu,
Ledang, Johor. Ledang, Johor.

You might also like