Kertas Kerja Kompang Selawat Dambaan Rasul

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KOMPANG SELAWAT SEMPENA MALAM DAMBAAN CINTA RASUL


SEDAR 2016

SMK DATO’ SRI AMAR DIRAJA, MUAR

1. PENGENALAN
pertandingan ini dianjurkan dengan harapan untuk melahirkan para pelajar yang
memiliki bakat dalam kebudayaan tradisional khususnya kebudayaan melayu

2. RASIONAL
Melahirkan pelajar yang berdaya saing dari segi tanggungjawab dalam persatuan dan
daya tahan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek di samping memberi peluang
kepada para pelajar untuk menghayati seni kompang dalam membuat persembahan
dan membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

3. MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan berdisiplin terhadap agama, diri,
keluarga, rakan sekolah dan negara amnya.

4. OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan dan mengembangkan potensi dan bakat semasa mempersembahkan
irama kompang

4.2 Mengasah bakat pelajar dalam kebudayaan tradisional serantau.

4.3 Meningkatkan semangat juang untuk kemenangan dalam diri pelajar-pelajar

4.4 Melahirkan seorang pelajar yang berketerampilan.

5. PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh :29 julai 2016


Tempat : Dataran Kejat SEDAR

6. SYARAT PERTANDINGAN
1. Terbuka kepada sekolah-sekolah dalam daerah muar dan ledang serta pasukan
bukan sekolah
2. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 8 hingga 15 orang pemain dalam satu
pasukan
3. Setiap irama paluan yang dibawa mestilah sekurang kurangnya terdiri daripada 3
jenis paluan iaitu MELALU, MENYILANG dan MENINGKAH
4. Setiap persembahan hendaklah mempersembahkan lagu berunsur selawat dan cinta
kepada nabi Muhammad
5. Persembahan mestilah tidak melibihi 8 minit
6. Penggunaan jidur dan tamborin sahaja dibenarkan sebagai alatan tambahan
7. Keputusan juri adalah muktamad
8. Kateria pemarkahan adalah seperi berikut :-

1. Irama Paluan 50%


2. Kesepaduan suara 20%
3. Persembahan 20%
4. Keaslian persembahan 5%
5. Pakaian 5%
JUMLAH 100%

7. SASARAN
7.1 Ahli kelab kesenian dan keudayaan MUAR
7.2 Sekolah- sekolah menengah daerah muar/ledang
7.3 Sekolah-sekolah rendah daerah ledang/ muar

8. PENGELOLA
Kelab Kebudayaan dan Keseniaan SMK Dato’ Sri Amar Diraja, Muar

9. KEWANGAN
9.1 Perbelanjaan

1. juri

3 orang juri = RM50 x 3


= RM 150

2. hadiah

johan, naib johan, ketiga = RM 450

3. sijil

10 kumpulan (150) + ajk pengelola (20)= RM2x170


= RM340

JUMLAH KESELURUHAN = RM940

10. JAWATANKUASA PROGRAM


Penasihat : Tuan Haji Naimem bin Basar
(Pengetua SMK Dato’ Sri Amar Diraja)
Pengerusi : En. Nasir bin Ngaimon
Penyelaras : En. Abu Hanif bin Yahaya
Setiausaha : Pn. Norinawati binti Ismail
Bendahari : Pn. Zuriana binti Md. Razif
Urusetia : pelajar-pelajar kelab kebudayaan

11. PENUTUP
Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
serta mendapat kerjasama daripada kalangan guru serta pelajar agar matlamat program ini
tercapai dan diredhai oleh Allah S.W.T.
Disediakan oleh :

…………………………….
ABU HANIF BIN YAHAYA
Guru Penasihat Kelab Kesenian dan Kebudayaan

Disemak oleh :

…………………………

Disahkan oleh :

………………………….

Borang penyertaan pertandingan KOMPANG SELAWAT sempena malam dambaan cinta


rasul SEDAR 2016

You might also like