Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

_______________________________________________________________________________________________

Pengarah, Tarikh : 23 APRIL 2019


Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,
Kompleks Pendidikan Stadium,
05604 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(UP : SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT & ICT)

Melalui,

PENGETUA,
SMK Seri Badong,
08400 Merbok,
Kedah Darul Aman.

Tuan/Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN KOMPUTER UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH

Dengan segala hormat dan takzimnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, SMK Seri Badong mempunyai 782 orang pelajar, 1 buah makmal ICT
dengan peralatan komputer sebanyak 13 buah yang berfungsi dan tidak mampu untuk menampung bilangan komputer
dengan bilangan pelajar yang ramai.

3. Dengan itu pihak sekolah memohon sumbangan komputer bagi mewujudkan satu lagi bilik komputer
untuk kegunaan pelajar supaya dapat:
i. menggunakan FROG VLE sebagai medium pembelajaran
ii. membantu pelajar mendapat maklumat bagi meningkatkan pengetahuan.
iii. meningkatkan minat pelajar untuk belajar dalam alaf abad 21.
iv. menarik minat para pelajar menerokai pembelajaran dengan kaedah maya

4. Untuk pengetahuan pihak tuan, setiap hari guru dan pelajar mempunyai jadual penggunaan Makmal
ICT untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (pdp) menggunakan FROG VLE sebagai salah satu
strategi pengajaran.Bersama-sama surat ini, dikepilkan bersama graf analisis penggunaan FROG VLE setiap
bulan untuk perhatian pihak tuan/puan.

5. Diharap pihak tuan/puan akan mempertimbangkan dan memberi perhatian yang sewajarnya kepada
permohonan kami.Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR-HARAPAN BERSAMA MEMAKMURKAN KEDAH”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..

You might also like