Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Model Penyelesaian Masalah Polya

Pakar matematik Hungari, George Polya 1887-1985

Pada tahun 1945, George Polya telah menerbitkan buku How To Solve It yang telah
menjadi sebuah penerbitan tersohor pada ketika itu. Bukunya telah terjual lebih satu juta
naskah dan diterjemahkan dalam 17 bahasa. Dalam buku ini beliau telah
memperkenalkan 4 prinsip dalam penyelesaian masalah matematik.
Menurut polya (1957), penyelesaian masalah yang baik mengandungi empat fasa. Beliau
mendefinisikan sebagai fasa pertama sebagai memahami masalah. Tanpa memahami
maksud masalah tersebut, mereka seterusnya dapat merancang langkah seterusnya.
Contoh bagi masalah rutin seperti berikut: polya mencadangkan pada fasa ketiga dengan
melaksanakan rancangan tersebut. Penyelesaian yang diambil bagi mengesahkan
ketepatan penyelesaian.
Prinsip empat langkah adalah proses yang George Polya telah mencadangkan dalam
bukunya. Tiada jalan cepat dalam menyelesaikan bukan rutin atau aplikasi masalah tetapi
empat langkah ini berguna sebagai panduan mencari penyelesaian.
Masalah bukan rutin tidaklah mudah sebagaimana ia perlukan kemahiran, strategi dan
pengalaman bersama penganalisaan masalah sebahagian sebelum mencapai matlamat
atau jawapan bagi masalah.

Model polya

Memahami masalah
Merancang tindakan
Semak semula
Melaksanakan tindakan

Prinsip pertama : Memahami Masalah


Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana semata-mata mereka tidak
memahami masalah tersebut. Polya telah mengajar guru-guru untuk bertanya pelajar
soalan-soalan berikut :
·
Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan yang digunakan dalam masalah
tersebut ?
·
Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ?
·
Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri ?
·
Bolehkah kamu menggunakan gambar atau diagram yang boleh membantu kamu
memahamkan masalah ?
·
Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah ?

Prinsip kedua : Merangka strategi


Polya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran
memilih strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya pengalaman kita
menyelesaikan masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh membantu ialah:
· Cuba jaya
· membuat senarai yang tersusun
· mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan
· menggunakan simetri
· menimbangkan kes istimewa
· menyelesaikan persamaan
· melihat pola
· melukis gambar
· menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
· guna model
· bekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu
· guna formula
· guna analogi/perbandingan
· lakonkan/ujikaji
· mempermudahkan masalah

Prinsip ketiga : Melaksanakan strategi


langkah ini biasanya lebih mudah dari merancang strategi. Yang pelajar perlukan pada
langkah ini ialah ketekunan dan berhati-hati apabila menggunakan kemahiran yang sedia
ada. Jika tidak berjaya menyelesaikannya, patah semula ke langkah pertama dan
merancang strategi berbeza. Ini adalah langkah biasa dalam matematik yang juga
digunakan oleh pakar matematik sekalipun.

Prinsip keempat : Menyemak jawapan


Polya merasakan adalah wajar mengambil sedikit masa untuk menyemak jawapan dan
membuat refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan dan memantapkan
pengalaman untuk mencuba masalah baru yang akan datang. Gunakanlah Model Polya
untuk menyelesaikan sebarang masalah hari ini.

Model Polya menunjukkan penyelesaian masalah sebagai proses langkah demi langkah.
Ia kelihatan mencadangkan bahawa penyelesaian masalah matematik boleh dilaksanakan
secara terpisah-pisah pada suatu hirarki. Gambaran ini telah mempengaruhi amalan p&p
dalam bilik darjah. Analisis Newmann (1996) tentang jenis kesilapan bagi masalah
bercerita menunjukkan pandangan yang sedemikian. Rumusan ini diperkukuhkan lagi
dengan terdapatnya modelmodel yang berbeza daripada Model Polya hanya pada
bilangan langkah pada proses penyelesaian masalah. Antara model tersebut ialah Model
Lester (1989) dan Model Mayer (1992).
Selain itu, penggunaan Model Polya secara meluas bagi tempoh setengah abad bagi
masalah bercerita juga menggambarkan penyelesaian masalah sebagai suatu pendekatan
penyelesaian sesuatu masalah semata-mata. Amalan ini menyebabkan penggunaan
penyelesaian masalah sebagai suatu kaedah p&p semakin diabaikan. Oleh itu,
penyelesaian masalah sebagai tonggak pertama p&p matematik perlu menggalakkan
penyelesaian masalah sebagai suatu kaedah p&p matematik. Contoh tugasan matematik
berikut memperjelaskan peranan ini.
1)Memahami Masalah
2)Merancang Penyelesaian
3)Pelaksanaan Perancangan
4)Menyemak jawapan
Letakkan nombor-nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 pada grid berikut supaya jumlah
setiap pasangan tiga nombor sentiasa sama. Setiap nombor hanya boleh digunakan sekali
sahaja.MTTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik. Tugasan berkenaan menunjukkan
konteks soalan selain daripada soalan bercerita. Konteks sebegini lebih berkaitan dengan
konteks matematik. Hirarki langkah pada Model Polya juga tidak kelihatan secara ketara
pada soalan ini. Tiada algoritma piawai pada kurikulum Matematik KBSR yang boleh
diguna pakai bagi mendapatkan jawapan soalan ini. Setiap murid memikirkan suatu
algoritma baru yang boleh digunakan bagi mencari jawapan soalan ini. Halangan sebegini
menggalakkan murid berfikir secara kritis. Oleh itu, soalan ini menggalakkan inovasi dan
kreativiti di kalangan murid.
Penyelesaian masalah sebegini dikenali sebagai penyelesaian masalah kreatif. Proses
pemikiran yang berlaku padanya bertujuan menghasilkan algoritma heuristik bagi
membezakannya daripada penggunaan algoritma-algoritma piawai pada Model Polya dan
lain lain model yang setara dengannya.

You might also like