Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEMERAH PADI

(YEA 1309)
Jalan Depo, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.
Tel : 082-441403
Faks : 082-441468
E-mel: yea1309@moe.edu.my

Ruj. Kami : JPS(W)/SMKSP(MUR)/153/02/12/04 JLD.3( )


Tarikh : 19 Jun 2019
Pengarah Pendidikan Sarawak
Unit Perhubungan dan Pendaftaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Jalan Diplomatik Off Jalan Bako
Petra Jaya, 93050 Kuching
Sarawak.

Tuan

PENERANGAN BERKENAAN SLOT PENGISIAN PROGRAM SELF DISCOVERY CAMP 2019


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Program Self-Discovery Camp 2019 dirangka khas untuk pelajar Tingkatan 5 bagi membina motivasi yang
berteraskan kesedaran tentang potensi diri untuk mencapai kecemerlangan dalam sahsiah dan akademik. Program
dijadualkan pada 19 Julai 2019 hingga 21 Julai 2019 bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Malaysia Negeri
Sarawak, Jalan Diplomatik.

3. Dilampirkan bersama adalah dokumen berkenaan penerangan tentang slot pengisian untuk tujuan rujukan dan
tindakan pihak tuan.

3.1 Lampiran 1: Penerangan Slot Pengisian


3.2 Lampiran 2: Tentatif Program Terbaru

4. Pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam perkara ini adalah Cikgu Lily anak Medop yang boleh dihubungi
di talian 082-441 403 atau melalui aplikasi whatsapp 011-1986 8002. Segala perhatian dan kelulusan daripada pihak
tuan didahului setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HADIAH BINTI AMIT)


Pengetua
SMK Semerah Padi
Kuching.
s.k 1. Fail Sekolah
2. Fail Pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling

lil_m/self-discoverycamp/2019

You might also like