Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERJA-KERJA MEMBAIKI DAN MENAIK TARAF

SURAU AL MAKRUF SMK MAHMUD, RAUB.

1. LATAR BELAKANG PROJEK

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di
negeri Pahang dan telah mencapai banyak kejayaan dalam bidang akademik mahu pun dalam bidang
kokurikulum. Bilangan pelajar dalam tahun 2014 ialah seramai 771 orang tak termasuk pelajar-pelajar
tingkatan enam rendah yang belum mendaftar dengan bilangan guru pula adalah seramai 104 orang.

BIODATA SEKOLAH
Nama : SMK Mahmud
Daerah : Raub
Status : Sekolah Kerajaan
Bil.guru : 104 orang
Bil Staf Sokongan : 19 orang
Bil.Enrolmen : 771 pelajar
Bil.Bilik darjah ikut pelan : 44
Sesi : 1 sesi
Kawasan : Bandar

(Maklumat Profil Sekolah dilampirkan)

Dalam merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan semua


sekolah adalah sekolah selamat dan sekolah penyayang, pihak sekolah telah membina satu surau bagi
kegunaan pelajar-pelajar islam belajar dan menunaikan kewajipan sementara menunggu kelas petang
dan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Surau sekolah telah dibina dalam tahun 1990an atas tapak rumah
kakitangan yang di ‘upgrade’ secara gotong royong dan juga bantuan seorang dermawan yang
bernama Makruf.( Rumah kakitangan ini telah dibina dalam tahun 1908 lagi ) Pihak sekolah
mengemukakan cadangan ini untuk membaiki dan menaik taraf surau bagi menggantikan blok
bangunan yang uzur dan tidak lagi sesuai untuk dijadikan tempat mengaji dan menunaikan kewajipan
solat. Kekurangan kemudahan fizikal ini sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada peningkatan
prestasi pelajar di sekolah SMK Mahmud. Pembaikan surau yang dicadangkan ini akan memberikan
lebih keselesaan kepada pelajar dan penambahbaikannya akan membolehkan SMK Mahmud
beroperasi dalam situasi yang kondusif.

1
2. OBJEKTIF PROJEK

Antara objektif pelaksanaan projek ini ialah,

i. Menyediakan kemudahan pembelajaran dan iklim persekitaran yang lebih kondusif kepada
pelajar-pelajar SMK Mahmud khususnya kelas-kelas agama dan amali solat.
ii. Kemudahan bangunan gantian ini akan dapat menampung pertambahan sejumlah 681
enrolmen pelajar islam di SMK Mahmud.
iii. Dengan adanya surau ini akan membantu pelajar-pelajar yang tinggal jauh dapat
menunaikan kewajipan mereka dengan lebih mudah dan selesa.
iv. Bangunan surau yang juga mengandungi bilik bacaan lebih baik ini akan dapat
meningkatkan prestasi pelajar dan juga guru menambah pengetahuan mereka.
v. Bangunan surau yang dicadangkan ini akan membolehkan pelajar-pelajar islam SMK
Mahmud berinteraksi antara mereka dan tidak lagi berkeliaran ditempat-tempat yang tidak
berfaedah.
vi. Keselamatan pelajar akan lebih terjamin kerana mempunyai tempat yang boleh
memberikan munafaat kepada mereka.

3. KOMPONEN PROJEK

Antara kerja-kerja membaiki dan menaik taraf surau Al Makruf SMK Mahmud, Raub ialah,

I. Komponen bangunan gantian yang dicadangkan adalah terdiri daripada:


i. Menukar bumbung dan siling serta strukturnya.
ii. Menukar dan menggantikan tingkap sedia ada kepada jenis ‘Aluminium Sliding’
beserta ‘grill’
iii. Menaik taraf lantai kepada jubin
iv. Pendawaian semula elektrik.
v. Sistem perpaipan dalaman tempat mengambil wuduk dan tandas.
vi. Membaik pulih tandas
vii. Kerja mengecat semula keseluruhan dalam dan luar bangunan.
viii. Menaiktaraf dinding sesekat jenis ‘gypsum board’ bagi tujuan mengasingkan pelajar
lelaki dan perempuan.

II. Status Tanah : Bangunan lama akan dibaiki dan dinaik taraf.

2
4. ANGGARAN KOS PROJEK

Perincian anggaran kos bagi pembinaan bangunan gantian adalah seperti berikut:

BIL ITEM KOS


1 Menukar bumbung dan siling serta strukturnya. 36,000.00
Menukar dan menggantikan tingkap sedia ada kepada jenis ‘Aluminium
2 12,000.00
Sliding’ beserta ‘grill’
3 Menaik taraf lantai kepada jubin 14,000.00
4 Pendawaian semula elektrik. 8,000.00
5 Sistem perpaipan dalaman tempat mengambil wuduk dan tandas. 8,500.00
6 Membaik pulih tandas 7,500.00
7 Kerja mengecat semula keseluruhan dalam dan luar bangunan. 7,500.00
Menaiktaraf dinding sesekat jenis ‘gypsum board’ bagi tujuan mengasingkan
8 6,500.00
pelajar lelaki dan perempuan.
Jumlah 100,000.00

5. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK

I. Pembinaan surau ini akan memberikan munafaat kepada lebih 700 pelajar islam dalam
menunaikan ibadat dan mendapatkan ilmu duniawi.

ii. Prestasi sekolah akan dapat ditingkatkan kerana dengan adanya keadaan fizikal yang baik
pihak sekolah dapat mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan pelajar.

iii. Kemudahan surau ini akan dapat menampung keperluan pendidikan menengah disekitar
daerah Raub kerana SMK Mahmud kerap menjadi tuan rumah dalam beberapa acara
kurikulum dan kokurikulum.

iv. Pembinaan bangunan gantian ini akan memudahkan pihak sekolah dan ibubapa mencari dan
mengesan kedudukan anak mereka, kerana para pelajar akan menetapkan kedudukan mereka
di surau sekolah.

6. JUSTIFIKASI PROJEK

i. Enrolmen di SMK Mahmud telah hampir mencecah 1200 pelajar dan dijangkakan
peningkatan ini akan berterusan kerena terdapat 7 sekolah saluran yang memasuki
pendidikan menengah di SMK Mahmud.

ii. Peningkatan sejumlah 15% pelajar tingkatan satu yang memasuki SMK Mahmud setiap
tahun.

3
iii. Bangunan surau asal yang dibina pada awal 90an telah uzur dan tidak sesuai lagi
digunakan sebagai bilik surau.

iv. Raub adalah satu bandar kecil yang sedang membangun dengan kewujudan penempatan-
penempatan baru, ini akan menyebabkan pertambahan penduduk dan keperluan sekolah
di sekitar Raub amat diperlukan.

v. Pembukaan semula kelas AlQuran dan Sunnah memerlukan infrastruktur yang lebih
kondusif.

7. MAKLUMAT TAMBAHAN

TAPAK SURAU
BANGUNAN KELAS

QUARTERS
LAMA

Surau dibina dengan ehsan En. Makrof

You might also like