Biodata Tokoh

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BIODATA TOKOH

Nama : Allahyarhamah Puan Azizah binti Ismail

Bidang Kraf : Tenunan Pahang

Adiguru : Adiguru Kraf Tenunan Pahang

Negeri : Pahang

Tarikh Lahir : 1935-17 April 1996

Lantikan Pertama : Tahun 1988


LATAR BELAKANG KRAF TENUNAN PAHANG

Allahyarhamah Puan Azizah binti Ismail merupakan satu-satunya


tokoh yang bergiat cergas dalam bidang menenun kain Pahang.
Dilahirkan di Johor Bahru pada tahun 1935 tetapi dibesarkan di
Pekan, Pahang. Ibunya bernama Puan Hendon Binti Ahmad, ayahnya
pula Encik Ismail Bin Bakar merupakan seorang guru. Mempunyai 8
orang adik-beradik, 5 perempuan dan 3 orang lelaki. Hanya beliau
saja yang menceburi bidang Tenunan Pahang .

Puan Azizah mendapat pendidikan formal sehingga darjah 3 di Pekan.


Sewaktu kecilnya, setelah pulang dari sekolah, Allahyarhamah Puan
Azizah selalu membantu kerja-kerja ibunya dan juga belajar mengaji
Quran dari seorang guru Quran bernama Ustaz Omar. Beliau belajar
menenun daripada Hajah Maimunah. Suami beliau Encik Zakaria
Omar turut memberikan sepenuh galakkan kepada Puan Azizah.
DAYA KREATIVITI DAN INOVASI
Dari segi keaslian menenun, beliau betul-betul mengekalkan teknik
dan cara seperti mana yang dipelajarinya daripada Hajah Maimunah.
Tiada pengubahsuaian dilakukannya kecuali beliau juga turut mereka-
reka corak fesyen. Allahyarhamah Puan Azizah menjadikan
perusahaan menenun sebagai profesionnya. Beliau, merupakan
pengusaha kain Tenun Pahang sepenuh masa. Selain dari itu beliau
memang terkenal sebagai pusat tenunan sutera. Sebelum adanya
bengkel, kerja-kerja menenun dilakukannya di rumah sahaja. Kini
setelah mempunyai bengkel, hampir keseluruhan kerja menenun
dilakukannya di bengkel.

Setiap hari beliau akan memulakan kerja pada jam 9 pagi. Pukul
12.30 tengahari beliau akan pulang ke rumah. Jam 3 petang hingga
jam 5 petang beliau akan kembali berada di bengkel . Waktu malam
digunakannya untuk kerja-kerja menerau.

Tujuan utama Allahyarhamah Puan Azizah menghasilkan tenunan


ialah untuk menambah pendapatan. Dalam masa sebulan beliau
mampu menyiapkan 10 hingga 15 helai termasuk samping. Kain
tenunan beliau bisanya dijual di bengkel. Pertubuhan atau agensi
sering membuat tempahan dari beliau ialah Perbadanan Kemajuan

Kraftagan Malaysia, Syarikat Pemasaran Karyaneka, KEMAS dan


LKNP.
PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN KEPADA
MASYARAKAT

Salah satu daripada seni kemahiran tangan tradisional yang menjadi


kemegahan bangsa ialah bertenun kain. Pulau Keladi yang terletak di
dalam Daerah Pekan, Pahang amat sinonim dengan kerja-kerja
menenun kain. Di sini muncul penenun-penenun kain sutera yang
mengukir nama dalam lipatan sejarah tenunan. Salah seorang daripada
mereka ialah Allahyarhamah Puan Azizah binti Ismail. Pada masa
kanak-kanaknya, beliau sering memerhatikan neneknya menenun
kain. Namun demikian beliau tidak mempunyai kesempatan mewarisi
kemahiran daripada neneknya. Kegiatan menenun ini diusahakan
setelah beliau berumah tangga. Beliau ketika itu tinggal berjiran
dengan Hajah Maimunah yang merupakan salah seorang tukang tenun
yang terkenal di Pulau Keladi. Allahyarhamah Puan Azizah
mengambil masa selama enam bulan belajar bertenun iaitu dari proses
mencelup benang hinggalah kepada proses menenun. Berkat
ketekunan dan kesabaran beliau, akhirnya kemahiran menenun dapat
dikuasi oleh Allahyarhamah Puan Azizah. Di antara reka corak kain
tenun beliau yang mendapat permintaan ramai ialah Corak Jaluran
Tujuh, Sembilan, Sepuluh, Sebelas dan Tiga Belas.
Beliau telah mengusahakan kegiatan menenun secara sepenuh masa
dan beliau juga turut mengendalikan sebuah bengkel tenun di
Kampung Pulau Keladi yang memberi peluang kepada masyarakat
setempat khususnya golongan remaja mempelajari cara-cara
menenun. Kemahiran menenun ini turut diwarisi oleh anak
perempuan beliau. Bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau
semasa hayatnya dalam mengembang dan membangunkan seni
warisan bangsa ini, pada tahun 1988 Kraftangan Malaysia telah
melantik Allahyarhamah Puan Azizah binti Ismail sebagai Adiguru
Kraf Tenun Pahang . Beliau telah meninggal dunia pada 17 April
1996. Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di
kalangan golongan yang beriman.
HASIL TANGAN AZIZAH ISMAIL

You might also like