Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

ILMU PENDIDIKAN

PN2051P
12.10. 2009
guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Doyle (1979), pengurusan bilik darjah adalah satu proses menyelesaikan
masalah berhubung dengan peraturan bilik darjah.

Caslin dan Good (1992) pula menyatakan pengurusan bilik darjah merangkumi lebih

daripada kepatuhan peraturan-peraturan bilik darjah iaitu suatu jentera bagi memupuk

pemahaman kendiri, penilaian kendiri dan kawalan kendiri dalam diri murid-murid.

Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapatnya perubahan tumpuan

daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif.

Kedua-dua strategi mengambil pendekatan bersifat mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada

berlaku dan tidak semata-mata mengenakan hukuman kepada pelajar.Didapati kebanyakan pengurus bilik

darjah yang berkesan adalah mereka yang mengamalkan strategi preventif.Banyak lagi aspek pengurusan bilik

darjah yang perlu diterokai oleh guru untuk melaksanakan pengajaran secara berkesan.

Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah

itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang

mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin

dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi

arahan merupakan kaedah yang terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Dalam pengurusan pula,

bertujuan untuk memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan

efisien.

Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1


Page 3

ILMU PENDIDIKAN
PN2051P
12.10. 2009

Daripada definisi-definisi yang diberi kita dapat memahami yang pengurusan bilik darjah

melibatkan guru menguruskan bilik darjah dengan cara yang berkesan bagi

memastikan pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku dengan lancar. Ia

merangkumi tindakan dan strategi yang guru boleh gunakan untuk mengekalkan

peraturan bilik darjah. Guru bertindak sebagai adalah pengurus bilik darjah tersebut.

2.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH BERKESAN

- Konsep Pengurusan Bilik Darjah.

- Bagaimana guru bertindak sebagai pengurus bilik darjah yang berkesan?

- Jenis-jenis bilik darjah.

Sebagaimana yang telah diterangkan guru amat penting bagi memastikan pengurusan bilik darjah dapat

dilaksanakan dengan baik begi memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lancar.

2.1 Konsep pengurusan bilik darjah dan bagaimana guru dapat bertindak sebagai
pengurus yang berkesan?

Konsep pengurusan bilik darjah seperti yang dinyatakan adalah tindakan dan strategi

yang guru boleh gunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Peraturan bilik

darjah perlu diberi perhatian oleh murid dan guru perlu pastikan peraturan bilik darjah

ini difahami dengan jelas dan diikuti oleh semua murid dalam bilik darjah.

Ketidakfahaman murid dalam peraturan bilik darjah boleh mendatangkan suasana

‘caos’ atau kelam kabut dan akan menyusahkan guru dalam pengurusannya dalam bilik

darjah.

Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1


Page 4

ILMU PENDIDIKAN
PN2051P
12.10. 2009

Guru perlu mewujudkan bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Bilik darjah seharusnya selesa untuk murid dan guru. Bilik darjah perlu
mempunyai pengudaaraan ya ng baik seperi tingkap yang banyak dan luas. Kipas juga

perlu ada dalam bilik darjah dan boleh di pasang sekiranya hari panas atau terik bagi

memberi keselesaan dan rasa aman pada murid. Di samping itu aspek pencahayaan

juga amat penting. Cahaya dari luar dapat masuk ke dalam bilik darjah dan lampu

kalimantang (putih) perlu ada dan dapat dipasang sekiranya hari mendung, hujan atau

gelap.

Guru juga perlu tahu bagaimana menarik perhatian murid di dalam bilik darjah agar

tertarik dengan pengajaran. Ini dapat dilakukan bila guru berjaya mendapatkan

kerjasama murid. Murid dapat memberikan kerjasama yang baik jika guru dapat

kepercayaan dari murid. Guru sebegini disukai oleh murid dan menjadi contoh atau

model bagi murid-muridnya. Dengan ini, guru dapat mengekalkan penglibatan murid

dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Selain dari itu, guru juga harus bijak menghadapi tingkahlaku murid. Kegagalan guru

menguruskan tingkahlaku murid boleh menimbulkan gangguan di dalam bilik darjah. Ini

akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ada murid yang suka

mengganggu murid lain semasa pengajaran dan pembelajaran berlansung. Ada yang

lansung tidak member perhatian, kelihatan bosan dan tidak mahu mendengar arahan.

Ada murid yang menhadapi masalah disiplin dan semua ini akan mengganggu proses

pengajaran dan pembelajaran. Hasilnya, akan wujud murid yang tidak produktif dan

memerlukan intervensi.

Setelah mengetahui definisi, konsep dan bagaimana guru boleh menjadi pengurus bilik

darjah yang berkesan, adalah baik kita mengetahui Jenis-jenis bilik darjah yang

Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1


Page 5

ILMU PENDIDIKAN
PN2051P
12.10. 2009
terdapat di sekolah di Malaysia ini khasnya sekolah-sekolah di bawah pemantauan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.2 Jenis-jenis bilik darjah
Jenis-jenis bilik darjah ini boleh dibahagi kepada enam (6). Ia diklasifikasi berdasarkan
perbezaan cirri dan fungsi. Berikut adalah jenis-jenis bilik darjah:

1. Bilik Darjah Tradisi

2. Bilik Darjah KBSR dan KBSM

3. Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas

4. Bilik Darjah Terbuka

5. Bilik Darjah Pra-Sekolah

6. Bilik Darjah Pendidikan Khas

2.2.1 Bilik darjah tradisi

Bilik darjah jenis ini telah lama digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah

kurikulum lama iaitu KLSM dan KLSR iaitu sebelum KBSR dan KBSM diperkenalkan.

Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti

pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di

dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja

sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan

pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja

guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.

Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1


Page 6
ILMU PENDIDIKAN
PN2051P
12.10. 2009
Susunan fizikal bilik darjah tradisi adalah seperti di bawah :
Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran

ditempatkan di hadapan

3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih

berpusat pada guru.

4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam

bilik darjah.
5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan

Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1


Page 7

ILMU PENDIDIKAN
PN2051P
12.10. 2009
6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan
oleh guru.
2.2.2 Bilik darjah KBSR dan KBSM

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa

buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula

diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke

sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang

begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.

Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan.

Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan
interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan.

Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan

pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran amat digalakkan.

Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR dan KBSM disediakan

ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran.

Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajaran juga diletakkan di ruang tersebut.

Hal ini menimbulkan suasan bilik darjah yang menarik dan merangsang proses

pengajran dan pembelajaran

Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1


Page 8

ILMU PENDIDIKAN
PN2051P
12.10. 2009
dan kerusi dalam bilik darjah pra-sekolah sedikit kecil berbanding dengan kelas tradisi
atau KBSR.

Terdapat juga sudut bacaan atau ‘Book and Reading Centre’ dalam bilik darjah pra- sekolah. Ruang pembacaan

ini diletakkan di tepi bilik darjah dan berdekatan dengan tingkap bagi memudahkan murid-murid mendapat

pencahayaan ketika membaca.

2.2.6 Bilik darjah pendidikan khas

Bilik darjah pendidikan khas banyak persamaan dengan bilik darjah pra-sekolah. Ini

adalah kerana pengajaran dan pembelajaran murid berpendidikan khas banyak

persamaannya dengan pengajaran dan pembelajaran murid pra-sekolah.

Walaubagaimanapun oleh kerana kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan

desakan ibubapa, murid pendidikan khas bukan sahaja diajar pengurusan diri tetapi

juga perlu mengikuti modul KBSR yang sama seperti murid-murid normal. Oleh itu,

guru-guru pendidikan khas perlu mempunyai komitmen yang tinggi dan faham

tanggungjawab mereka sebagai guru pendidikan khas.


Selain daripada persekitaran yang ceria dan berwarna warni seperti di bilik darjah pra-

sekolah, sudut yang wajib dan perlu ada dalam bilik darjah pendidikan khas adalah

sudut token ekonomi yang diletakkan di sudut yang boleh di lihat oleh semua murid

termasuk guru. Sudut ini penting kerana bagi murid pendidikan khas, ia diwujudkan

sebagai memberi kesedaran kepada mereka tingkah laku yang patut ada dalam bilik

darjah dan mengelakkan mereka dari di hukum. Perbuatan atau tingkah laku yang baik

akan mendapat token positif dan tingkah laku yang negative atau ‘distruptive’ akan

mendapat token negative. Token positif akan diberi ganjaran dan token negative akan

diberi hukuman.

Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1


Page 13

ILMU PENDIDIKAN
PN2051P
12.10. 2009

Satu lagi sudut yang penting adalah sudut ‘time out’. Sudut ini berada sudut kiri

belakang bilik darjah. Sudut ini adalah sudut kosong yang tidak mempunyai apa-apa

pernyataan. Ia adalah tempat murid berdiri jika membuat kesalahan yang berulang kali.

Ia dibuat khas untuk mereka sebagai tanda pengajaran atas kesalahan berulang yang

dilakukan.

Setelah mengetahui jenis-jenis bilik darjah, apakah pula faktor-faktor yang


mempengaruhi pengurusan bilik darjah yang berkesan?
3.0 Faktor-faktor Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah Berkesan
Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi bilik darjah yang berkesan iaitu :

1) Faktor Fizikal 2) Faktor Sosial 3) Faktor Emosi

3.1 Faktor Fizikal

Faktor fizikal ini termasuk persekitaran fizikal. Seperti yang pernah dinyatakan sebelum

ini, guru harus berusaha mewujudkan suasana yang kondusif. Bilik darjah yang

mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang

selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang dihiasi dengan penyediaan
bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan

serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.

Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan

kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti

berkumpulan. Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan

Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1


Page 14

ILMU PENDIDIKAN
PN2051P
12.10. 2009

guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid.

Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan

pengedaran udara yang secukupnya.

Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta

organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-

kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan

LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma

suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada

lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, ujudnya

perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama

berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

3.2 Faktor Sosial

Dalam faktor sosial guru harus bijak menentukan peraturan dalam kelas. Ia banyak

berkaitan pengurusan tingkahlaku murid. Sebagai contoh rutin-rutin yang dilakukan di

dalam kelas adalah satu cara yang efektif untuk mengawal tingkahlaku murid dalam

bilik darjah. Kemahiran mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas

tersebut menjadi penting kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran berkesan sekiranya muird-murid dalam kelas berkenaan tidak dapat

dikawal dengan baik.

Guru mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingat

bahawa bukan semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalan

yang baik, jumlah murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah

dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran.

Strategi bagi mengawal keadaan ini, guru mengenalpasti murid-murid yang

menimbulkan punca permasalahan, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’ dengan

Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1


Page 15

ILMU PENDIDIKAN
PN2051P
12.10. 2009

peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta

menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru

sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan

diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa

kepada kebaikan.

Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus

dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang

kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang

diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan

budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan

juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu

penyelesaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri

kesesuaian (releven) dengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang berkesan,

organisasi kalangan murid.


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, rutin dalam bilik darjah boleh mengawal tingkah laku bermasalah dan

yang tidak diingini. Rutin-rutin didalam bilik darjah adalah seperti berikut.

4.0 Rutin Bilik Darjah.

Mengikut Emmer, Evertson dan Anderson (dalam Elliot et al, 2000), guru yang dapat

mengendalikan aktiviti kelas dengan berkesan adalah merupakan guru yang telah

menyediakan rutin (peraturan kelas) yang difahami oleh murid semenjak hari pertama

mereka masuk ke bilik darjah.

Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1


Page 18

ILMU PENDIDIKAN
PN2051P
12.10. 2009
Rutin bilik darjah ini boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis rutin besar iaitu:
1) Rutin guru
2) Rutin pelajar
4.1 Rutin Guru

Antara lain, rutin guru adalah seperti senarai di bawah :

1) Memeriksa cahaya bilik darjah dan peredaran udara

2) Semua murid berada di tempat duduk semasa guru masuk kelas

3) Menyediakan alat pengajaran dan pembelajaran sebelum memulakan

pengajaran

4) Bahan tambahan ditulis dalam papan gulung / kertas mahjong / fotokopi

5) Mengambil kedatangan murid

6) Membenarkan murid bergerak secara bebas tetapi terkawal di dalam bilik darjah

7) Menggalakkan khidmat kominiti seperti membersih papan hijau, mengangkat

meja dan kerusi dan apa-apa perkara lain di dalam kelas secara sukarela.
4.1 Rutin Pelajar

Antara lain, rutin pelajar adalah seperti senarai di bawah :

1) Bersedia semasa guru masuk kelas

2) Membersihkan bilik darjah sebelum mula belajar


3) Mengemas pakaian dan mengurus diri

4) Mengeluarkan alat tulis sebelum guru masuk kelas

5) Berbaris sebelum ke aktiviti luar

6) Meminta kebenaran sebelum keluar kelas

Sharifah Maizatul Zuraida, 751015-08-6298, KPLI Jun 2009 / BDK 1


Page 19

ILMU PENDIDIKAN
PN2051P
12.10. 2009

Selain dari itu, tambahan rutin juga boleh dibuat berdasarkan keperluan yang sesuai pada hemat guru.

Tambahan rutin sebagai contoh adalah nyanyian lagu patriotik dan bacaan doa sebelum mula belajar.

5.0 Kesimpulan

Pengurusan bilik darjah adalah tindakan dan strategi yang digunakan oleh guru untuk

mengekalkan peraturan dalam bilik darjah. Peraturan atau rutin yang mudah difahami

dan diikuti murid dapat mewujudkan suasana yang kondusif untuk aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah juga bergantung kepada jenis sesebuah

bilik darjah itu. Jenis bilik darjah yang berbeza memerlukan pengurusan yang berbeza.

Guru adalah orang yang paling penting dalam pengurusan bilik darjah. Guru adalah

pengurus bilik darjah yang akan menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dapat berlaku dengan baik dan berkesan atau pun tidak.

Tingkahlaku bermasalah atau yang tidak diingini perlu dibendung dengan betul agar

tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru bertanggungjawab

mendapatkan kerjasama murid bagi memastikan murid mamatuhi rutin atau peraturan

yang telah ditetapkan. Kerjasama ini akan terjalin sekiranya murid mempunyai tahap

kepercayaan yang tinggi kepada guru. Kepercayaan ini pula boleh didapati dengan

hubungan baik antara guru dan murid beserta dengan gaya kepimpinan guru yang baik

dan efektif.
Secara keseluruhannya, pengurusan bilik darjah yang berkesan banyak bergantung kepada guru sebagai

pengurus yang berkesan. Pengurusan bilik darjah penting bagi memastikan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan memberi faedah menyeluruh kepada murid.

You might also like