TEKS MC Bulan Kebangsaan 2018

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

PENGUMUMAN SEBELUM MAJLIS.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan, tuan-

tuan dan puan-puan ke majlis yang begitu bermakna pada pagi ini.

Untuk melicinkan perjalanan majlis kita pada pagi ini, saya memohon kerjasama

daripada pihak sidang hadirin untuk mematuhi beberapa perkara berikut:

1. Semasa ketibaan masuk tetamu kehormat, mohon semua hadirin untuk


berdiri sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat.

2. Sepanjang majlis ini berlangsung kerjasama tuan-tuan / puan-puan di


pohon untuk mematikan (switch-off) telefon bimbit masing-masing atau
menukar kepada mod senyap sebagai tanda menghormati majlis.

3. Semasa majlis berlangsung juga, mohon kerjasama tuan-tuan dan puan-


puan untuk mengurangkan pergerakan keluar masuk dewan terutama
semasa ucapan tetamu kehormat berlangsung.

4. Tuan-tuan dan Puan-puan diminta untuk kekal berada di dewan sehingga


tetamu kehormat kita beredar.

5. Pengumuman2 lain yg difikirkan penting & sesuai

TEKS PENGACARA MAJLIS


1
MAJLIS GRADUASI & KECEMERLANGAN MURID PERINGKAT SEKOLAH SK BATU 15
TAHUN 2015.

KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia _______________________________


_______________________________________________________________,
Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja, diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Hj
Damak Bin Hj Angu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu 15. Hadirin
dipersilakan berdiri.

NYANYIAN LAGU – DIIRINGI KUMPULAN KOIR

Seterusnya, nyanyian lagu kebangsaan “NEGARAKU”, lagu sekolah “Berilmu &


Berbakti”, lagu kebesaran Negeri “Ibu Pertiwiku” dan lagu “Fly Kenyalang Fly, Fly
High”.

(NYANYIAN LAGU-LAGU)

Hadirin dipersilakan duduk.

Untuk makluman semua, Kumpulan Koir itu tadi di bawah bimbingan Puan Rohani
Bt Abdullah.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.

2
1. YANG BERBAHAGIA ______________________________________
_____________________________________________________________
BATALION KETIGA REJIMEN RENJER DIRAJA

2. YANG BERUSAHA TUAN HAJI DAMAK BIN HAJI ANGU, GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 15

3. YANG DIHORMATI ENCIK SUYONG ANAK UYAK, PENOLONG KANAN


PENTADBIRAN SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 15

4. YANG DIHORMATI ENCIK ROSMAN BIN MAT JIDIN, PENOLONG KANAN HAL
EHWAL MURID SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 15

5. YANG DIHORMATI ENCIK NORDIN BIN HIRI, PENOLONG KANAN


KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 15

6. BARISAN AHLI JAWATANKUASA SARANA & PIBG, RAKAN-RAKAN GURU,


ANGGOTA KAKITANGAN SOKONGAN, IBUBAPA-IBUBAPA SERTA ADIK-ADIK
PELAJAR YANG DISAYANGI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA,


SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM PERJUANGAN MENJULANG PENDIDIKAN
SARAWAK.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmatnya


kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam majlis gilang gemilang iaitu Majlis
Graduasi dan Kecemerlangan Murid Sekolah Kebangsaan Batu 15 Edisi 2015.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat,


kerana sudi hadir dalam Majlis Graduasi dan Kecemerlangan Murid pada tahun ini.
Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin
hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, majlis kita akan lebih
bermakna dan bertambah serinya.

3
BACAAN DOA

Bunga cempaka subur sepohon,


Kalau ditanam biarlah rapat,
Tangan ditadah restu dipohon,
Doa dilafaz majlis diberkat.

Tetamu kehormat dan hadirin sekalian,


Seterusnya marilah kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar
segala urusan kita pada hari ini mendapat rahmat. Oleh itu, majlis dengan
hormatnya menjemput AL FADHIL USTAZ MOHD NIZAM B HANIPAH untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(BACAAN DOA)

Amin amin ya rabbal `alamin.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada AL FADHIL USTAZ MOHD NIZAM B
HANIPAH di atas bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada pagi ini
mendapat rahmat hingga ke penghujungnya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis Graduasi dan Kecemerlangan Murid ini diadakan untuk memberikan


pengiktirafan kepada semua murid yang telah berjaya mencapai prestasi akademik
yang cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun 2015 serta Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Penghargaan turut diberikan kepada murid yang cemerlang dalam bidang Ko-
kurikulum. Diharap agar dengan penghargaan yang diberikan akan mencetuskan
semangat murid-murid untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang pada masa-
masa akan datang.

UCAPAN ALUAN OLEH GURU BESAR

Tetamu Kehormat dan hadirin sekalian,

4
Bukan keris tanpa ulunya,
Bukan majlis kalau tanpa ucapannya.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan TUAN HAJI DAMAK BIN
HAJI ANGU, GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 15 untuk menyampaikan
ucapan aluan. Dipersilakan.

(UCAPAN GURU BESAR SK 15)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru besar atas ucapan
aluan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN OLEH TETAMU KEHORMAT

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Tuan-tuan dan puan-puan, warga dewan sekalian.


Seterusnya, kita akan sama-sama mengikuti ucapan daripada tetamu kehormat,
YANG BERBAHAGIA, _________________________________________________
_______________________________________________________________,
BATALION KETIGA REJIMEN RENJER DIRAJA, yang seterusnya akan merasmikan
Majlis Graduasi dan Kecemerlangan Murid Sekolah Kebangsaan Batu 15 Edisi
2015. Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan.
(UCAPAN PERASMIAN OLEH TETAMU KEHORMAT)
Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian _____________________
_________________________________________________ menyampaikan
ucapan perasmian sebentar tadi.
PERSEMBAHAN 1 – TARIAN MODEN

Dari Kedah ke bandar Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
5
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Tetamu Kehormat dan hadirin sekalian,


Sebelum upacara penyampaian sijil dan hadiah dimulakan, marilah sama-sama
kita saksikan persembahan tarian moden oleh murid-murid Tahap 1. Majlis
mempersilakan.
(TARIAN MODEN)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan yang begitu


menghiburkan. Persembahan itu tadi di bawah bimbingan Puan Evelyn ak Bantin,
Puan Pauline ak Parik dan Puan Phelomena ak Ukit.

PENYAMPAIAN ANUGERAH

Kicau unggas menyusun lagu,


Buat hiburan pagi yang cerah,
Tibalah kita ke acara yang ditunggu,
Penyampaian anugerah hadiah terindah.

(ANUGERAH 1)
Tetamu Kehormat dan hadirin sekalian,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan.
Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi
penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya
dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Tanpa membuang masa, kita teruskan upacara penyampaian sijil dan anugerah
kita pada pagi ini.
Untuk itu, majlis menjemput Encik Suyong Ak Uyak, Penolong Kanan Pentadbiran
untuk mengiringi Tuan Haji Damak Bin Haji Angu, Guru Besar Sekolah

6
Kebangsaan Batu 15, untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan sijil.
Dipersilakan.

Kita mulakan dengan penyampaian Sijil Graduan Prasekolah 2015.

Dijemput adik ________________________________________ naik ke pentas


untuk menerima sijil. Dipersilakan.
<Rujuk Senarai>

Seterusnya, kita teruskan dengan penyampaian Sijil Lepasan Sekolah Tahun 6.

Dijemput adik ________________ naik ke pentas untuk menerima sijil.


Dipersilakan.
<Rujuk Senarai>

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji Damak Bin Haji Angu atas penyampaian
sijil itu tadi.

PERSEMBAHAN 2 – NYANYIAN SOLO

Tetamu Kehormat dan hadirin sekalian,

Bagi meneruskan acara, marilah sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian


solo oleh adik Fifi Hijratulain Bt Nadden dengan lagu yang bertajuk “Hajat”.
Dipersilakan.

(PERSEMBAHAN 2 – NYANYIAN SOLO)

Terima kasih diucapkan kepada adik Fifi atas persembahan itu tadi. Persembahan
itu tadi di bawah bimbingan Puan Raudah Bt Suhaili.
(ANUGERAH 2)
Tetamu kehormat dan sidang hadirin sekalian,
Kelangsungan majlis penyampaian sijil dan hadiah kita teruskan dengan
penyampaian anugerah yang seterusnya. Sebelum itu, majlis mempersilakan Encik

7
Rosman Bin Mat Jidin untuk menjemput dan mengiringi Encik Suyong Ak Uyak
untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan sijil dan hadiah. Dipersilakan.

Kita mulakan dengan penyampaian Anugerah Akademik - Terbaik Dalam Kelas.

Bagi Prasekolah 1, penerima-penerimanya adalah,


Dipersilakan adik CHARLOTTE IVORY WASTIN
Dipersilakan adik NURUL AISYAH QATRUNNADA BT SAYIDIN
Dipersilakan adik SEBASTIAN STEPHEN AK GALIN

Bagi Prasekolah 2, penerima-penerimanya adalah,


Dipersilakan adik ALLYANA MENTY AK DONY OSMAND
Dipersilakan adik ELIZABETH LYEA AK JEKE
Dipersilakan adik FRICYLIA ANN JEFERY

Bagi Kelas 1 Anggerik


Tempat pertama dipersilakan adik HANNA ELAISHA AK HARVEY.
Tempat kedua dipersilakan wakil kepada adik SITI NUR HAZRIEYANA BT ABD
HALIM.
dan Tempat ketiga dipersilakan adik ALEYA ANEESA BT SHAHZAIREDZUAN.
<Rujuk Senarai>

Kelangsungan majlis kita teruskan dengan penyampaian Anugerah Terbaik


Matapelajaran Teras dan Elektif Antara Kelas.

Bagi Tahun 1,
Terbaik Matapelajaran Bahasa Malaysia Pemahaman dan Bahasa Inggeris,
dipersilakan adik NUR ALYA SYAHIRAH BT ABD RAHIM untuk menerima Sijil dan
Hadiah.
<Rujuk Senarai>

Terima Kasih diucapkan kepada Encik Suyong Ak Uyak atas penyampaian sijil dan
hadiah itu tadi.

8
PERSEMBAHAN 3 – TARIAN ETNIK SARAWAK (BIDAYUH)

Tetamu Kehormat dan hadirin sekalian,

Kemeriahan Majlis Graduasi dan Kecemerlangan Murid akan diserikan dengan


persembahan yang seterusnya iaitu sebuah Tarian Etnik Sarawak- Bidayuh. Tarian
ini akan dipersembahkan oleh murid-murid Tahap 2. Majlis mempersilakan.

(PERSEMBAHAN 3 – TARIAN BIDAYUH)

Terima kasih diucapkan. Persembahan itu tadi di bawah bimbingan Puan Evelyn ak
Bantin, Puan Pauline ak Parik dan Puan Phelomena ak Ukit.

(ANUGERAH 3)
Tetamu Kehormat dan hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah seterusnya.
Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, majlis mempersilakan Encik Rosman Bin
Mat Jidin untuk menjemput dan mengiringi Encik Nordin Bin Hiri untuk tampil ke
pentas bagi menyampaikan sijil dan hadiah. Dipersilakan.

Kita mulakan dengan penyampaian anugerah Pencapaian Terbaik Program j-QAF.

Bagi Tahun 1,
Kategori Celik Al-Quran dan Jawi, penerimanya ialah adik NUR ZAFIRAH BT AILIE.
Dijemput naik ke pentas untuk menerima anugerah. Dipersilakan.

Bagi Tahun 2,
Kategori Celik Al-Quran, penerimanya ialah adik AIREENA SYAHIEDA BT AMSANI.
Dijemput naik ke pentas untuk menerima anugerah. Dipersilakan.

Kategori Jawi, penerimanya ialah adik NUR AISHAH BT MOHAMAD AZFAR SHAHIR.
Dijemput naik ke pentas untuk menerima anugerah. Dipersilakan.
<Rujuk Senarai>

9
Kita teruskan dengan penyampaian Sijil dan Hadiah Galakan bagi Program
Pemulihan Khas.

Dijemput adik ROLIKA NATHA NAYAN AK MARTIN tampil ke pentas untuk


menerima anugerah. Dipersilakan.

Dijemput adik JACKSON BONNY AK JACOB tampil ke pentas untuk menerima


anugerah. Dipersilakan.

Seterusnya, penyampaian Sijil dan Hadiah Galakan bagi Program LINUS.

Bagi Tahun 1, dijemput adik STEFENIE NYAI SARA AK RUKIM tampil untuk
menerima anugerah. Dipersilakan.

Bagi Tahun 2 pula, dijemput adik MARTINY DAYANG AK UNUI untuk menerima
anugerah. Dipersilakan.

Bagi Tahun 3, dijemput adik ADRIAN VALENTINE untuk menerima anugerah.


Dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Encik Nordin Bin Hiri atas penyampaian sijil dan
hadiah itu tadi.

PERSEMBAHAN 4 – BICARA BERIRAMA

Tetamu Kehormat dan hadirin sekalian,

Sama-samalah kita redakan debaran di hati dengan menyaksikan persembahan


Bicara Berirama dengan tajuknya “Selamatkanlah Alam Sekitar”. Majlis
mempersilakan.

(PERSEMBAHAN 4 – BICARA BERIRAMA)

Terima kasih diucapkan. Persembahan itu tadi di bawah bimbingan Puan Rohani Bt
Abdullah.

10
(ANUGERAH 4)
Hadirin sekalian,
Tanpa membuang masa, kita teruskan dengan upacara penyampaian sijil dan
hadiah kita pada pagi ini. Untuk itu, majlis menjemput Encik Nordin Bin Hiri untuk
mengiringi Encik Rosman Bin Mat Jidin untuk tampil ke pentas bagi
menyampaikan sijil penghargaan. Dipersilakan.

Kita mulakan dengan penyampaian Sijil Penghargaan Pengawas.

Dijemput adik Andreas Ak Ronny tampil untuk menerima sijil penghargaan.


Dipersilakan.
Untuk pengetahuan semua, adik Andreas Ak Ronny merupakan Ketua Pengawas
Sekolah bagi Tahun 2015.

Seterusnya, dijemput adik Nur Zulaikha Bt Nordin tampil untuk menerima sijil
penghargaan.
Untuk pengetahuan semua, adik Nur Zulaikha Bt Nordin merupakan Penolong
Ketua Pengawas Sekolah bagi Tahun 2015.

Seterusnya, dijemput adik _____________________________ tampil ke pentas


untuk menerima sijil penghargaan.
<Rujuk Senarai>

Kita teruskan pula dengan penyampaian Sijil Penghargaan Pengawas Asrama.

Dijemput adik Syahrizam Bin Abdullah tampil untuk menerima sijil penghargaan.
Dipersilakan.

Dan dijemput adik Synthia Triana Ak Thomas Jim tampil untuk menerima sijil
penghargaan. Dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Encik Rosman Bin Mat Jidin atas penyampaian sijil
itu tadi.

11
PERSEMBAHAN 5 – TAYANGAN MULTIMEDIA

Tetamu Kehormat dan hadirin sekalian,

Seterusnya, kita akan disajikan dengan tayangan multimedia yang merakamkan


pelbagai detik suka duka dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak
sekolah sepanjang tahun 2015. Marilah sama-sama kita saksikan.

(PERSEMBAHAN 5 – TAYANGAN MULTIMEDIA)

Begitulah tadi berakhirnya tayangan multimedia. Untuk makluman hadirin


sekalian, tayangan multimedia sebentar tadi telah disediakan oleh Cik Nur Ain Bt
Bahrim dan Cik Siti Nur Shazwani bt Muhammad. Terima kasih dan tahniah
diucapkan.

PENYAMPAIAN INSENTIF UPSR 2015

Tetamu Kehormat dan hadirin sekalian,

Seramai 6 orang murid telah berjaya mencatat kecemerlangan dalam Ujian


Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mendapat keputusan 5A dan 4A1B
pada tahun ini. Oleh yang demikian, pihak majlis dengan sukacitanya
mempersilakan murid-murid bertuah ini untuk menerima Insentif atas kejayaan
mereka yang seterusnya telah mengharumkan nama sekolah sekaligus mengukir
kejayaan dalam diari hidup masing-masing.

Selain itu, pihak sekolah turut menyediakan insentif untuk murid-murid yang
memperolehi sekurang-kurangnya 1A dan lulus semua matapelajaran dalam
keputusan UPSR baru-baru ini.

Dengan itu, majlis mempersilakan Tuan Haji Damak Bi Haji Angu untuk
menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia ______________________________
_______________________________________________________________
_________________________________________________________________

12
Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja, untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan
anugerah. Dipersilakan.

Kita mulakan dengan Pencapaian 5A


Dijemput adik _____________________________ naik ke pentas untuk menerima
hadiah. Dipersilakan.
<Rujuk Senarai>

Kita teruskan dengan pencapaian 4A1B


Dijemput adik _____________________________ naik ke pentas untuk menerima
hadiah. Dipersilakan.
<Rujuk Senarai>

Seterusnya, pencapaian 3A
Dijemput adik _____________________________ naik ke pentas untuk menerima
hadiah. Dipersilakan.
<Rujuk Senarai>

Seterusnya, pencapaian 2A
Dijemput adik _____________________________ naik ke pentas untuk menerima
hadiah. Dipersilakan.
<Rujuk Senarai>

Seterusnya, pencapaian 1A
Dijemput adik _____________________________ naik ke pentas untuk menerima
hadiah. Dipersilakan.
<Rujuk Senarai>

Sidang hadirin sekalian,


Kemeriahan Majlis Graduasi dan Kecemerlangan Murid Sekolah Kebangsaan Batu
15 Edisi 2015 kini menghampiri kemuncaknya. Sebentar lagi kita akan
menyaksikan penyampaian Anugerah Khas.

13
Anugerah Khas ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Murid Harapan, Tokoh
Nilam, Tokoh Kokurikulum, Tokoh Murid.

Tanpa membuang masa lagi, kita mulakan dengan penerima bagi ANUGERAH
KHAS MURID HARAPAN.
Penerima Murid Harapan diberikan kepada murid yang menunjukkan prestasi
cemerlang dalam akademik semasa, kokurikulum serta sahsiah yang terpuji.

Bagi Tahun 1, penerima Anugerah Murid Harapan ialah adik NUR ZAFIRAH BT
AILIE. Dijemput adik NUR ZAFIRAH BT AILIE tampil ke pentas utama bagi
menerima anugerah tersebut. Dipersilakan.
Tahniah diucapkan.

Bagi Tahun 2, penerima Anugerah Murid Harapan ialah adik NUR ASFARINA
NATAHSHA BT OSMAN. Dijemput adik NUR ASFARINA NATAHSHA BT OSMAN
tampil ke pentas utama bagi menerima anugerah tersebut. Dipersilakan.
Tahniah diucapkan.

Bagi Tahun 3, penerima Anugerah Murid Harapan ialah adik VALLYSHA LIA AK
SABASTINE GUNDI. Dijemput adik VALLYSHA LIA AK SABASTINE GUNDI tampil ke
pentas utama bagi menerima anugerah tersebut. Dipersilakan.
Tahniah diucapkan.

Bagi Tahun 4, penerima Anugerah Murid Harapan ialah adik FIONA VALYNA SIM
AII LING. Dijemput adik FIONA VALYNA SIM AII LING tampil ke pentas utama bagi
menerima anugerah tersebut. Dipersilakan.
Tahniah diucapkan.

Bagi Tahun 5, penerima Anugerah Murid Harapan ialah adik NURUL IZZATI
NADHIRAH BT ISKANDAR FAIDZAL. Dijemput adik NURUL IZZATI NADHIRAH BT
ISKANDAR FAIDZAL tampil ke pentas utama bagi menerima anugerah tersebut.
Dipersilakan.
Tahniah diucapkan.

14
Kita teruskan majlis dengan penyampaian Anugerah Khas Tokoh Nilam 2015.
Untuk pengetahuan para hadirin, Nilam merupakan satu program bagi
menggalakkan murid-murid agar membudayakan amalan membaca dalam
kehidupan mereka.

Tanpa melengahkan masa lagi, kita mulakan dengan Tokoh Nilam Tahap 1.

Murid ini telah membaca sebanyak 175 buah buku pada tahun 2015. Rekod
Bacaan Terkumpul adalah sebanyak 291 buah buku. Tahap Pengiktirafan Jauhari
adalah Emas.
Penerima Tokoh Nilam Tahap 1 ialah adik ELYN NUN AK PENGIRAN.
Dijemput adik ELYN NUN AK PENGIRAN tampil bagi menerima anugerah tersebut.
Dipersilakan.
Tahniah diucapkan.

Murid ini telah membaca sebanyak 69 buah buku pada tahun 2015. Rekod Bacaan
Terkumpul adalah sebanyak 497 buah buku. Tahap Pengiktirafan Jauhari adalah
Nilam.
Penerima Tokoh Nilam Tahap 2 yang dimaksudkan ialah adik KIMBERLY LENNY AK
KELAK.
Dijemput adik KIMBERLY LENNY AK KELAK tampil bagi menerima anugerah
tersebut. Dipersilakan.
Tahniah diucapkan.

Bagi ANUGERAH KHAS - TOKOH KOKURIKULUM,


Penerima Tokoh Kokurikulum pula diberikan kepada murid yang menunjukkan
prestasi cemerlang dalam bidang kokurikulum samada di peringkat sekolah,
daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan. Berikut dibacakan biodata penerima
Tokoh Kokurikulum 2015.

15
Pelajar ini merupakan… (baca biodata)
Penerima anugerah TOKOH KOKURIKULUM ialah adik NUR ZULAIKHA BT NORDIN.
Dijemput adik NUR ZULAIKHA BT NORDIN dan kedua-dua ibubapanya tampil ke
pentas utama bagi menerima anugerah tersebut. Dipersilakan.
Tahniah diucapkan.

Kita teruskan dengan penyampaian ANUGERAH KHAS - TOKOH MURID,

Penerima Tokoh Murid pula diberikan kepada murid yang menunjukkan prestasi
cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta sahsiah yang terpuji. Berikut
dibacakan biodata penerima Tokoh Murid 2015.

Pelajar ini merupakan… (baca biodata)


Penerima anugerah TOKOH MURID ialah adik KIMBERLY LENNY AK KELAK.
Dijemput adik KIMBERLY LENNY AK KELAK dan kedua-dua ibubapanya tampil ke
pentas utama bagi menerima anugerah tersebut. Dipersilakan.
Tahniah diucapkan.

Sidang hadirin sekalian,


Satu anugerah khas baru diwujudkan iaitu Anugerah Khas Guru Besar, yang
pertama kali diperkenalkan pada tahun ini. Anugerah ini hanya akan diberikan
sekiranya ada yang berkelayakan.

Untuk pengetahuan siding dewan, pada tahun ini, seorang murid layak menerima
Anugerah Khas Guru Besar setelah memenuhi kriteria-kriteria yang telah
ditetapkan. Penerima Anugerah Khas Guru Besar Bagi Tahun 2015 ialah adik
KIMBERLY LENNY AK KELAK. Dijemput adik KIMBERLY LENNY AK KELAK dan kedua-
dua ibu bapanya tampil ke pentas utama bagi menerima anugerah tersebut.
Dipersilakan.
Tahniah diucapkan.

16
Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia __________________________
__________________________________________________________________,
atas penyampaian anugerah itu tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA TETAMU KEHORMAT

Hadirin sekalian,
Nampaknya, segala debaran telah pun berakhir. Sebagai tanda terima kasih, warga
Sekolah Kebangsaan Batu 15 dengan rendah hati telah menyediakan cenderamata
buat tetamu kehormat. Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan, majlis
mempersilakan Tuan Haji Damak Bin Haji Angu untuk meyampaikan cenderamata
kepada tetamu kehormat. Dipersilakan.
(PENYAMPAIAN CENDERAMATA)
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Damak Bin Haji Angu atas kesudian
menyampaikan cenderamata itu tadi.

PERSEMBAHAN 6 – KOIR TAHUN 6

Tetamu Kehormat dan hadirin sekalian,

Kelangsungan majlis diteruskan dengan persembahan koir oleh murid-murid


tahun 6 Sekolah Kebangsaan Batu 15 dengan dua buah lagu yang bertajuk
“Berakhirlah Sudah” dan “Ngarap Ke Nuan Nikal Pulai”. Dipersilakan.

(PERSEMBAHAN 6 – KOIR)
17
Persembahan itu tadi di bawah bimbingan Puan Raudah Bt Suhaili.

PENUTUPAN

Hadirin hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Dengan kata-kata ini maka.....


Selesailah sudah Majlis Graduasi dan Kecemerlangan Murid Sekolah Kebangsaan
Batu 15 Edisi 2015. Saya bagi pihak majlis dan seluruh warga kerja majlis ini
mengucapkan terima kasih di atas kehadiran tetamu kehormat serta tuan-tuan
dan puan-puan ke majlis yang diadakan pada hari ini.

Pada kesempatan ini juga, kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang
kekurangan dalam mengendalikan majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu
datangnya daripada Allah S.W.T dan yang lemah itu datangnya daripada kami
sendiri.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi


wabarakatuh dan Salam Sejahtera…

Pengumuman:
** Dijemput Tetamu Kehormat dan semua untuk menikmati jamuan yang telah
disediakan.
** Mohon semua ibu bapa serta murid-murid tahun 6 dan pengawas untuk sama-
sama membantu guru-guru dan AKS untuk mengemas dan membersih dewan ini
setelah selesai jamuan.
** Terima Kasih atas kerjasama semua.

18
19

You might also like