Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG ELAEIS,

PETI SURAT 90, TEL : 07-7767497


86007 KLUANG, NO.FAX : 07 – 7767497
NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM. JBD 2043
o

No.Ruj: jbd2043/06/06/003/2011(01)
Tarikh : 10.01.2011

Melalui Guru Besar,

Kepada,
Guru-guru BI
SJK(T) Ladang Elaeis.

Tuan,

MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI PERTAMA 2011

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan kepada guru-guru, mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali


pertama akan diadakan seperti masa yang telah ditetapkan:-

Tarikh : 13.01.2011(Khamis)
Masa : 1.50 tgh
Tempat : Bilik Guru

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:


2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Perkara Berbangkit
2.3 Pencapaian M/P dalam UPSR 2010 dan TOV 2011
2.4 Program peningkatan akademik panitia
2.5 Pengurusan fail baru panitia
2.6 Pelaksanaan Plan –J
2.7 Penetapan ETR M/P(% GPMP dan Cemerlang)
2.8 Kursus Dalaman KSSR dan SPPK
2.9 Kajian Tindakan MP

3. Sehubungan dengan itu, kehadiran guru-guru adalah DIWAJIBKAN.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS

KALI PERTAMA SESI 2011

SJK(T) LADANG ELAEIS, KLUANG

Tarikh : 13.01.2011(Khamis)
Tempat : Bilik Guru
Masa : 1.50 tgh

BIL NAMA JAWATAN TANDATANGAN

1. Pn.K.Arakani Guru Besar

2. Cik V.Vigneshwary Ketua panitia

3. Pn.D.Vanitha Guru

4. Cik.Shamini Devi Guru

5. Cik Bavani Guru

6. En.Sivaraj Guru

7. Cik.Rajeswary Guru

8. Cik.N.Tamilselvi Guru

9. Cik.C.Nithya Guru
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS
SJK(T) LADANG ELAEIS, KLUANG
KALI PERTAMA SESI 2011

Tarikh : 13.01.2011(KHAMIS)
Tempat : Bilik Guru
Masa : 1.50 tgh
Kehadiran : Pn.K.Arakani
Cik V.Vigneshwary
Pn.D.Vanitha
Cik.C.Shamini Devi
Cik.R.Bavani
En.Sivaraj
Cik.G.Rajeswary
Cik.C.Nithya
Cik.N.Tamilselvi

1. Ucapan Penasihat (Pn.K.Arakani)

1.1 Penasihat mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru kerana sudi hadir ke
mesyuarat ini.
1.2 Beliau mengharapkan semua guru BI dapat memberi komitmen maksimum dalam
menjayakan segala aktiviti Panitia.
1.3 Beliau mengharapkan semua guru BI dapat mempertingkatkan peratus kelulusan BI.

Makluman dan Tindakan : Pn.K.Arakani (Guru Besar)

2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat lalu.

2.1 Cik.Vigneshwary membentangkan minit mesyuarat yang lalu.


2.2 En. Sivaraj menyokong agar minit mesyuarat tersebut disahkan.

Makluman dan Tindakan: Cik.V.Vignesh/En.Sivaraj

3. Perkara Berbangkit
------------ Tiada ---------------

4. Pencapaian M/P dalam UPSR 2010 dan TOV 2011


TIDAK
TAHUN BIL GRED A GRED B GRED C MENGUASAI GRED D GRED E MENGUASAI GPS
% BIL.
MURID BIL % BIL % BIL % BIL. ABC ABC BIL % BIL % DE % DE

2010 11 2 18 3 27 6 54 11 100 - - - - - - 2.36

2011
TOV 10 1 10 2 20 6 60 9 90 1 10 - - 1 10 2.10
4.1 Semua murid (100%) telah lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris tetapi tidak
mencapai GPS yang ditetapkan dalam headcount sekolah.

4.2 Pada tahun ini seramai 10 orang murid akan menduduki peperiksaan UPSR. Pihak
panitia telahpun menentukan ETR bagi mereka.
Makluman dan Tindakan: Cik.V.Vigneshwary

5. Program peningkatan akademik panitia

5.1 Panitia telah merancang beberapa program tahunan untuk membantu guru Bahasa
Inggeris bagi meningkatkan prestasi murid. Antaranya adalah membina modul bagi murid
tahun 6. Ini akan dijalankan pada semester pertama dengan bantuan guru-guru yang
mengajar Bahasa Inggeris.

5.2 Seterusnya adalah program Kecemerlangan UPSR untuk murid tahun 6 pada cuti
sekolah bulan Jun. Program ini dapat membantu murid untuk menjawab soalan dengan
teknik yang betul dan tepat.

5.3 Program ketiganya ialah English Zone. Sekolah akan menyediakan tempat @ ruang
bagi program ini untuk memaparkan bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris. Ini dapat
memberi pendedahan di kalangan murid untuk menambahkan pengetahuan bagi
meningkatkan kefasihannya.

5.4 Dua program jabatan akan dijalankan seperti biasa sepanjang tahun iaitu program
EW20 bagi semua murid dan program LET pula untuk guru –guru yang mengajar Bahasa
Inggeris .EW20 perlu dijalankan tiga hari dalam seminggu dan program LET
dilaksanakan pada setiap hari Khamis waktu terakhir.
Makluman dan tindakan : Cik.Vi.Vigneshwary
6. Pengurusan fail baru panitia

6.1 Pihak jabatan telahpun membuat perubahan dalam sistem fail panitia. Sebelum ini
setiap panitia mempunyai 10 buah fail tetapi mulai tahun ini ia bertukar kepada 7 fail
sahaja.

6.2 Ketua panitia diminta menukarkan fail putih kepada fail keras.Fail induk adalah fail
rasmi dan perlu disimpan dalam pejabat.

6.3 Ketua panitia harus mengikut tajuk yang diberi oleh jabatan iaitu fail sukatan
pelajaran, fail program kecemerlangan, fail pentaksiran dan penilaian, fail penyeliaan, fail
pemeriksaan buku dan fail maklumat guru matapelajaran.

6.4 Bagi panitia bahasa inggeris kodnya adalah JBD2043/600-3/3/1/_____

Makluman dan tindakan : Cik.V.Vigneshwary

7. Pelaksanaan Plan-J

7.1 Plan-J adalah satu panduan pengurusan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
untuk guru. Ianya adalah kesinambungan kepada headcount dan audit akademik
sekolah.
7.2 Dalam borang Plan-J ruangan isi untuk piawaian sekolah tidak boleh kurang dari KPI
yang telah disediakan oleh JPN tetapi dibenarkan untuk mengatasi benchmark point
tersebut.

7.3 Plan-J mesti dilampiran bersama di dalam buku persediaan mengajar. Guru perlu
merekodkan pencapaian sebenar berkaitan jumlah latihan yang diberikan
mengikut tajuk dan jenis latihan pada ruang pencapaian sebenar.

7.4 Dokumen ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dalam membuat penilaian
prestasi tahunan guru.

7.5 Dalam panitia guru-guru yang mengajar bahasa inggeris harus membincang dan
menentukan bilangan aktiviti yang diberi kepada murid mengikut tajuk.

Makluman dan tindakan: Cik.C.Shamini/ Cik.V.Vignesh

8. Penetapan ETR M/P (% GPMP dan Cemerlang)

TIDAK
TAHUN BIL GRED A GRED B GRED C MENGUASAI GRED D GRED E MENGUASAI GPS
% BIL.
MURID BIL % BIL % BIL % BIL. ABC ABC BIL % BIL % DE % DE
ETR
TAHUN 6 10 3 30 5 50 2 20 10 100 - - - - - - 1.90

Makluman dan tindakan : Cik.V.Vigneshwary


9. Kursus dalaman KSSR Bahasa Inggeris

9.1 KBSR akan berubah kepada KSSR bagi murid tahun 1 sahaja.Rancangan Pengajaran
harian juga berubah kepada 4 fasa iaitu persediaan, imaginasi, perkembangan dan
tindakan.

9.2 Waktu mengajar Bahasa Inggeris bagi tahun 1 adalah sebanyak 5 waktu. 3 waktu
berasingan adalah untuk mengajar mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. 2
waktu seterusnya adalah untuk mengajar language arts.

9.3 Dalam subjek Bahasa Inggeris tahun 1 guru harus menerapkan Elemen Merentas
Kurikulum(EMK)
- Kreativiti dan inovatif
- Keusahawanan ( bekerjasama, sanggup mengambil risiko)
- Teknologi Maklumat (TMK)
9.4 Rancangan tahunan bahasa Inggeris tahun 1 guru perlu menyediakan dengan sendiri
mengikut tahap sekolah masing-masing.

10. SPPK

10.1 PENTAKSIRAN bagi tahun 1 dikira mengikut:-


- Pengumpulan maklumat bertujuan untuk mengetahui
- APA yang murid TAHU
- APA yang murid BOLEH BUAT
- Mulai tahun ini sistem Band akan digunakan untuk mengenalpasti prestasi murid.
- Panitia wajib membuat kursus dalaman KSSR dan minit mesti disimpan dalam fail
panitia.
- Nazir akan membuat pemantauan pelaksanaan KSSR (data, P&P).
- Grammar akan mula diajar pada tahun 3 sahaja.
- Kalau murid tidak melepasi standard minimum mesti membuat pengulangan.
10.2 Guru juga harus menyediakan fail individu murid untuk menyimpan evidens murid.

Tindakan dan makluman : Cik.C.Shamini (Guru Tahun 1)

11. Kajian Tindakan Matapelajaran Bahasa Inggeris

11.1 Panitia Bahasa Inggeris telah mencadangkan , guru-guru Bahasa Inggeris dikehendaki
menyediakan satu kajian tindakan bagi setiap orang guru.

11.2 Maka murid-murid yang menghadapi masalah dalam bahasa ini boleh dijadikan sebagai
satu kajian.Contoh draf boleh diperoleh daripada panitia.

12. Hal-hal lain

12.1 Tahap satu mempunyai 3 buah buku rampaian dan tahap 2 pula mempunyai 5 buah buku
rampaian. Buku 1 = Grammar 1
Buku 2 = Grammar 2
Buku 3 = Spelling/EW20
Buku 4 = Comprehension
Buku 5 = Composition

12.2 Semua guru yang mengajar Bahasa Inggeris diminta melabelkan ETR dengan warna
jingga . Seterusnya, guru-guru juga harus menampal indeks dalam semua buku rampaian dan
borang headcount sekolah tampal dalam buku 1.

12.3 Program LET akan bermula pada minggu ketiga Januari kerana sekolah belum menerima
surat kebenaran dari PPD.

Tindakan dan Makluman :- Semua guru BI

Ketua panitia mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang
diberikan. Mesyuarat ditamatkan pada pukul 3.50 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………….. ……………………….
Cik.V.Vigneshwary
KURSUS DALAMAN
BENGKEL/TAKLIMAT PLAN-J TAHUN 2011

TARIKH : 12.01.2011 (Rabu)


TEMPAT : HOTEL PEARL WHITE, MASAI JB
GURU YANG MENGHADIRI KURSUS : CIK.V.VIGNESHWARY

1.Pelan Strategik adalah meningkatkan prestasi bahasa inggeris dan memantapkan


penggunaan bahasa inggeris di kalangan guru.

2. Terdapat 4 program Bahasa Inggeris Panel Pakar Perunding SJK(T) negeri Johor.
a) Program Plan –J = 12.01.2011
b) Bengkel penandaan kertas 2 = 11.02.2011
c) Modul UPSR murid galus = 27.05.2011
d) Pendedahan kaedah P&P = 23.09.2011

3. En.S.Shanmuganathan(KPP Bahasa Inggeris)


- Beliau mengatakan bahawa program EW20 dan program LET adalah mesti
dijalankan mengikut surat arahan dari jabatan.
- EW20 mesti dijalankan 3 hari dalam seminggu dan program LET pada hari
Khamis waktu terakhir sepanjang tahun. Program LET harus dijalankan mengkiut
modul yang dibekalkan oleh Jabatan.
- Guru-guru hendaklah menjadi kreatif dan sentiasa berfikir untuk membuat
perubahan dalam teknik mengajar.
- Seramai 720 orang guru bukan opsyen bahasa inggeris akan dipanggil untuk
kursus 12 hari.Kursus ini dijalankan bulan Mac hingga Jun.Seterusnya satu lagi
kursus BI dijalankan untuk guru opsyen untuk mengenali pedagogi di dalam bilik
darjah.
- Guru-guru yang telah menghadiri kursus sebelum ini yang mendapat band 5&6
akan melanjutkan kursus 14 minggu. Kursus CEBELT itu akan bermula pada
bulan Ogos.
- Guru-guru yang mendapat band 4 akan menghadiri kursus RELT NOTE dalam 3
minggu.
- Program Native Speaker akan dijalankan sekolah-sekolah yang terpilih sahaja.
- Panel pakar perunding bahasa inggeris negeri Johor telah mereka satu blogspot
untuk mendapat maklumat. Guru –guru boleh muat turun rancangan tahunan ,
plan-j dan spelling assessment dalam blog tersebut.
- KSSR material (buku kreativiti, CD dan teacher guide book) mesti ada di setiap
sekolah.KBSR adalah diteruskan seperti biasa tahun 2-6.
- Bagi sekolah rendah murid mesti memahami dan mengeja 300 perkataan yang
dibekalkan oleh jabatan iaitu Joho Spelling Assessment.
- Dalam hujung bulan Januari murid –murid mesti mengenal 100 perkataan , bulan
Februari 100 perkataan dan Mac 100 perkataan.
- Hujung bulan pihak panitia memilih 25 perkataan dan memberi ejaan kepada
murid.Pada bulan Mei jabatan akan mengadakan satu pertandingan spelling
mengikut SJKT/SJKC/SK.
- Pihak sekolah mesti melaksanakan program jabatan. Kalau tidak dijalankan mesti
memberi alasan yang munasabah dan juga menunjukkan program lain yang
digantikan program jabatan.

En.P.Vasu (Plan –J)


-Beliau memaklumkan bahawa pelaksanaan Plan –J dalam sekolah.
-Plan-J adalah satu kesinambungan kepada headcount dan audit akademik sekolah.
- P&P yang rapi dapat mencapai impak yang maksimum.Plan-J adalah bukan satu
program di luar waktu sekolah untuk dijalankan tetapi ianya adalah satu dokumentasi
dan sokongan kepada guru-guru untuk menunjukkan kuantiti dan kualiti latihan yang
diberi mengikut tahap murid.
-Piawaian sekolah tidak boleh kurang dari KPI yang telah disediakan oleh JPN tetapi
dibenarkan untuk mengatasi benchmark point tersebut.
-Satu salinan harus simpan dalam fail panitia supaya senang semasa membuat
pemantauan.
- Worksheet yang diberi kepada murid mesti menulis nomboratas kertas latihan supaya
cepat kira aktiviti yang diberi.
-Bagi tahun 6 Plan-J akan diperhentikan pada 13 September 2011.Bagi kelas tahun 4
dan 5 mengikut seperti biasa.
-Sekolah perlu memberi peluang kepada semua guru untuk menghadiri kursus seperti
ini.
-sjktpppbi@gmail.com _menghantar bahan .
- www.sjktpppbi.blogspot.com
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________ ___________________
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT KURSUS DALAMAN

BENGKEL/TAKLIMAT PLAN-J

DI HOTEL PEARL WHITE, MASAI JB 2011

SJK(T) LADANG ELAEIS, KLUANG

Tarikh : 14.01.2011(JUMAAT)
Tempat : Bilik Guru
Masa : 1.30 tgh

BIL NAMA JAWATAN TANDATANGAN

1. Pn.K.Arakani Guru Besar

2. Cik V.Vigneshwary Ketua panitia

3. Pn.D.Vanitha Guru

4. Cik.Shamini Devi Guru

5. Cik Bavani Guru

6. En.Sivaraj Guru

7. Cik.Rajeswary Guru

8. Cik.N.Tamilselvi Guru

9. Cik.C.Nithya Guru

You might also like