Edup 3063

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

BAHAGIAN A

1.0 PENGENALAN

Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Pentaksiran merupakan


langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu iaitu tahap
keupayaan, status dan nilai (Mokhtar Ismail). Tambahan lagi, mengikut pakar dan penulis
buku yang terkenal iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi
Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat,
menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat
keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat . Dalam konteks
pendidikan pula, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2000).

Sehubungan dengan itu, pentaksiran ini penting kepada guru untuk mengetahui hasil
pembelajaran yang telah diperoleh, mengesan kemajuan yang dicapai dalam pembelajaran
dan mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang dialami oleh murid dalam sesuatu
topik pembelajaran. Oleh yang demikian, menurut Kurikulum Bersepadu (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1998) ia adalah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.
Secara mudahnya, pentaksiran dalam pembelajaran dapat membantu guru menilai
kefahaman murid dalam pembelajaran seterusnya melakukan perancangan pengajaran
yang lebih baik.

2.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JSU merupakan singkatan perkataan daripada Jadual Spesifikasi Ujian yang mengandungi
maklumat mengenai sesuatu ujian berdasarkan kepada Competency Unit (CU). JSU adalah
elemen penting dalam penggubalan sesuatu kertas ujian kerana ia menghuraikan aspek-
aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu
sampel item-item soalan. Kubiszyn dan Borich (2003) pula berpendapat, JSU adalah carta
dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta
tersebut menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula
menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.

1
Oleh itu pengubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses dengan terlebih
dahulu menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan mengemaskini setiap
item ujian tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU yang dibina bertujuan untuk
memastikan aras kesukaran ujian adalah setara, menetapkan dan memperuntukkan jenis
soalan yang dibangunkan, menilai dan membuat perbandingan kadungan penilaian serta
menjamin kesahihan penilaian. JSU ini juga penting kerana ia dapat mengelakkan ujian
yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. Oleh itu,
JSU ini menjadi panduan utama guru dalam membina soalan dengan baik dan sahih.

2
2.1 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

BIL ISI KANDUNGAN JENIS-JENIS ALAT UJIAN ARAS SOALAN JUMLAH


SOALAN
6.1

Aneka Pilihan

Menganalisis
Mengaplikasi
Pelengkapan

Mengetahui
Betul-Salah

memahami
Isi Tempat

Mencipta
Padanan
STANDARD KANDUNGAN:

Kosong

Menilai
Institusi Raja

STANDARD PEMBELAJARAN: / 1 6

6.1.1 Menyatakan maksud raja dan


/ 2
kerajaan

/ 3

/ 4

/ 5

/ 10

6.1.2 Menyatakan konsep daulat dan / 7 2


derhaka
/ 8

3
6.1.3 Menyatakan kedudukan raja / 11 5
pada masa kini.
/ 12

/ 13

/ 14

/ 15

6.1.4 Menyenaraikan negara-negara / 16 2


lain di Asia yang
mengamalkan sistem
pemerintahan beraja pada / 17
masa kini.

K6.1.5 Menyatakan kepentingan taat / 9 3


setia kepada raja
/ 19

/ 20

K6.1.6 Menyatakan kepentingan / 6 1


mempertahankan institusi
raja.

4
K6.1.7 Menyatakan penghargaan / 18 1
terhadap institusi raja

JUMLAH SOALAN 20

JADUAL 1: Jadual spesifikasi ujian (JSU)

5
3.0 PROSES PEMBINAAN SOALAN

Soalan yang dibina adalah berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah Tahun 5 iaitu berkaitan
dengan tajuk 6 Warisan Negara Kita. Standard kandungan yang dirungkai adalah 6.1
Institusi Raja kerana rata-rata murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka
telah mempelajari tajuk tersebut. Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka adalah sekolah
yang saya laksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi fasa 3. Apabila murid
telah melepasi pembelajaran pada standard kandungan tersebut, adalah mudah bagi saya
untuk mentadbir soalan yang telah dibina kepada mereka kerana mereka sudah mempunyai
pengetahuan tentang topik tersebut.

Sehubungan dengan itu, set soalan yang dibina adalah sebanyak 20 soalan dan
soalan-soalan tersebut dibina berpandukan kepada standard pembelajaran yang terkandung
di bawah standard kandungan bagi institusi raja. Untuk pengetahuan, terdapat dua jenis
ujian yang boleh dilakukan iaitu ujian objektif dan ujian subjektif. Ujian objektif adalah set
item yang mengandungi jawapan yang telah disediakan manakala ujian subjektif pula
mempunyai jawapan yang terbuka. Ujian objektif pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu
aneka pilihan, betul salah, padanan, pelengkapan dan isi tempat kosong. Berbeza dengan
soalan objektif, soalan subjektif hanya terbahagi kepada dua iaitu yang pertama esei pendek
berbentuk struktur dan esei panjang yang terbuka.

Set soalan yang telah saya bina adalah melibatkan soalan objektif yang berbentuk
aneka pilihan. Set soalan aneka pilihan ini pula mengandungi aneka pilihan biasa dan juga
aneka pilihan gabungan. Aras kesukaran soalan yang diuji adalah mengikut aras Taksonomi
Bloom tetapi aras kesukaran yang ditekankan dalam item soalan ini hanyalah aras
mengetahui, memahami dan menganalisis. Oleh itu, pembinaan item soalan ini
membolehkan guru mengukur tahap kefahaman murid terhadap topik Institusi Raja yang
telah dipelajari serta mengenalpasti murid yang menghadapi masalah. Dengan ini, guru
dapat merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan sistematik
mengikut keperluan dan kemampuan murid.

6
3.1 SOALAN ANEKA PILIHAN SEJARAH TAHUN 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

MENGANDUNGI 20 SOALAN ANEKA PILIHAN

SEJARAH TAHUN 5

TAJUK 6 : WARISAN NEGARA KITA

STANDARD KANDUNGAN : 6.1 INSTITUSI RAJA

PENTADBIR SOALAN: SITI SALSABILA BINTI MOHAMAD ESA

MAKLUMAT MURID

NAMA : .........................................................................................

KELAS : .........................................................................................

MATA PELAJARAN : .........................................................................................

JANTINA : .........................................................................................

SEKOLAH : .........................................................................................

7
Arahan : kertas soalan mengandungi 20 soalan berbentuk aneka pilihan A, B, C
dan D. Anda dikehendaki untuk menjawab semua soalan yang diberi
dengan tanda bulat bagi jawapan yang tepat.

1. Bilakah institusi raja di negara kita diwujudkan? MENGETAHUI

A. Sejak merdeka
B. Sejak lahirnya sultan Melayu
C. Sejak kedatangan kuasa British
D. Sejak Zaman Kerajaan Melayu Awal

2. Apakah yang dimaksudkan dengan raja ? MENGETAHUI

A. Ketua keluarga
B. Ketua kampung
C. Ketua daerah
D. Ketua kerajaan

MENGETAHUI
3. Kerajaan adalah ?
A. Perdana Menteri
B. Negeri yang diketuai oleh raja
C. Berkuasa mentadbir negara
D. Negeri yang maju

4. Apakah peranan sultan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ? MEMAHAMI

A. Ketua kerajaan
B. Penasihat kerajaan
C. Simbol perpaduan rakyat
D. Ketua adat istiadat Melayu

5. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, semua keputusan berkaitan dengan


undang-undang dan pentadbiran terletak di tangan _________________. MEMAHAMI
A. Sultan
B. Bendahara
C. Menteri Besar
D. Temenggung

8
6. Institusi raja ialah satu sistem pemerintahan yang memartabatkan Sultan atau Raja
sebagai ketua negeri.
Mengapakah kita perlu mempertahankan institusi raja ? MEMAHAMI

I. Rakyat hidup sejahtera


II. Negara menjadi makmur
III. Negara bebas dari ancaman
IV. Masalah jenayah ditangani

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Apakah X ? MENGANALISIS

Melambangkan kekuasaan Raja terhadap


x kerajaan dan kawasan pemerintahannya

A. Derhaka
B. Daulat
C. Waadat
D. Taat setia

8. Konsep derhaka dimaksudkan dengan ? MENGETAHUI

A. Patuh dan taat setia kepada Raja


B. Rakyat ingkar kepada perintah Raja
C. Melambangkan kekuasaan Raja terhadap kerajaan dan kawasan
pemerintahannya.
D. Menjamin keamanan sesebuah negara di bawah pemerintahan seorang raja.

9. Apakah kepentingan patuh dan taat setia kepada Raja ? MEMAHAMI

A. Melaksanakan tanggungjawab
B. Memelihara kepentingan agama
C. Memastikan negara menjadi aman
D. Menjamin kemakmuran ekonomi negara

9
10. Apakah peranan sultan semasa pemerintahan British di negara kita ? MEMAHAMI

A. Ketua hakim
B. Ketua kerajaan
C. Ketua negeri
D. Ketua pentadbir

11. Antara yang berikut, pernyataan yang manakah menjelaskan kedudukan Yang di-
Pertuan Agong pada hari ini ? MENGETAHUI
A. Berkuasa mutlak
B. Kuasa tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan
C. Menerima penasihat British dalam hal ehwal pentadbiran
D. Mentadbir negara dengan dibantu oleh Perdana Menteri

12. Siapakah yang mengetuai pentadbiran kerajaan negeri Sarawak pada hari ini ? MENGETAHUI

A. Sultan
B. Menteri Besar
C. Perdana Menteri
D. Yang di-Pertua Negeri

13. Apakah persamaan yang terdapat pada negeri-negeri berikut ? MEMAHAMI

 Johor
 Selangor

A. Menteri Besar mengetuai pentadbiran kerajaan negeri


B. Pentadbiran negeri diketuai oleh sultan
C. Undang-undang dan pentadbiran pada tangan sultan
D. Pentadbiran kerajaan negeri diuruskan oleh Ketua Menteri

14. Apakah gelaran bagi ketua Negara Malaysia ? MENGETAHUI

A. Raja
B. Sultan
C. Yang di-Pertuan Agong
D. Yang di-Pertuan Besar

10
15. Apakah kepentingan dokumen Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 ? MEMAHAMI

A. Menjelaskan tentang salasilah raja


B. Menyatakan kedudukan sultan
C. Menggariskan peraturan berniaga
D. Menyatakan hukuman ke atas kesalahan jenayah

16. Antara yang berikut, yang manakah negara Asia yang mengamalkan sistem beraja ?
I. Brunei MENGANALISIS

II. Jepun
III. Indonesia
IV. Singapura

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

17. Negara Thailand merupakan salah sebuah negara yang mengekalkan institusi raja,
apakah gelaran ketua negara di Thailand ? MENGETAHUI
A. Sultan
B. Raja
C. Maharaja
D. Perdana menteri

18. Sebagai rakyat, kita harus berasa bangga dengan institusi raja yang merupakan
warisan negara kita.
Oleh itu, bagaimanakah cara yang boleh kita lakukan bagi menghargai institusi raja ?
A. Melanggar peraturan sekolah MEMAHAMI
B. Mematuhi Perlembagaan Persekutuan
C. Meraikan Hari Keputeraan Sultan
D. Tidak menghargai warisan negara

11
19. Apakah kelebihan taat setia kepada raja sebagai pemerintah kecuali, MENGANALISIS

A. Menjamin keamanan negara


B. Berlaku huru-hara dalam negara
C. Rakyat hidup secara harmoni
D. Rakyat mematuhi dan menghormati segala peraturan dan undang-undang
negara.

20. Berdasarkan gambar berikut, apakah peristiwa yang telah berlaku ? MENGANALISIS

A. Berlaku peperangan
B. Cuti umum
C. Musibah melanda
D. Kemangkatan sultan

KERTAS SOALAN TAMAT

12
4.0 ARAS KESUKARAN (IK) DAN ARAS DISKRIMINASI (ID)

Analisis item soalan perlu dilakukan bagi memastikan item ataupun soalan ujian yang
dibina sesuai untuk digunakan serta dapat menentukan darjah ketekalan ukuran yang
dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis ini turut membantu guru mengasingkan murid yang
pandai, sederhana dan lemah. Oleh itu, proses analisis item bagi soalan objektif ini
dilakukan dengan menganalisis indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item
yang dibina.

Indeks Kesukaran (IK) ialah nisbah murid yang menjawab dengan betul daripada
keseluruhan murid serta menunjukkan aras kesukaran bagi sesuatu item sama ada item
yang dibina itu mudah ataupun susah. Tujuan indeks kesukaran ini dicari adalah bagi
mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula iaitu apabila guru mendapati soalan-soalan
berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar (soalan sukar). Tujuan lain
juga bagi mengenalpasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian
kurikulum, iaitu yang boleh dikuasai murid dan yang tidak boleh dikuasai pelajar. IK ini turut
memberi maklum balas kepada murid tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap
tajuk pengajaran yang diuji dan mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu
kandungan.

Tambahan lagi, Indeks Diskriminasi (ID) pula menurut Mehrens & Lehmann (1991)
adalah indeks yang digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan murid. Item yang
baik akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara mereka yang berkeupayaan
rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Oleh itu, diskriminasi yang positif menunjukkan
bahawa item tersebut boleh dijawab oleh ramai murid kumpulan tinggi tetapi ramai murid
kumpulan rendah yang tidak dapat menjawabnya dengan betul. Diskriminasi yang negatif
pula menunjukkan bahawa item tersebut tidak boleh dijawab oleh ramai murid kumpulan
tinggi tetapi kumpulan rendah pula yang boleh menjawabnya. Analisis ID sesuatu item
adalah penting bagi mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula serta bagi melaporkan
kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum yang tidak dikuasai oleh murid
kumpulan tinggi. Selain itu, ID juga akan memberi maklum balas kepada murid kumpulan
tinggi tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji. ID turut
membantu untuk mengenal pasti soalan yang berat sebelah kepada sesuatu kandungan,
seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaran atau langsung tidak diajar.

13
4.1 PENGIRAAN INDEKS KESUKARAN (IK)

INDEKS KESUKARAN PENAFSIRAN

0.00-0.20 Terlalu sukar

0.21-0.40 Sukar

0.41-0.60 Sederhana sukar

0.61-0.80 Mudah

0.81-1.00 Terlalu mudah

JADUAL 2: Tafsiran Indeks Kesukaran (IK)

Formula bagi indeks kesukaran (IK) :

𝑏𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑡𝑢𝑙


𝑃=
𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏

Pencarian Indeks Kesukaran (IK) memerlukan guru untuk melakukan analisis terhadap
setiap item soalan yang betul. Oleh itu, bilangan setiap item yang betul dijawab oleh murid
perlu dicari bagi memudahkan guru melakukan pengiraan IK. Semakin tinggi nilai IK,
semakin mudah ataupun senang soalan yang dibina mankala sekiranya nilai IK yang
diperoleh adalah rendah ia menunjukkan bahawa soalan tersebut semakin sukar. Oleh itu,
indeks ini membantu guru mengetahui soalan yang dibina itu mudah ataupun sukar.
Kesukaran sesuatu soalan menyebabkan bilangan murid yang betul adalah kurang dan
kesukaran ini menunjukkan soalan tersebut adalah bagus. Berikut merupakan jadual yang
menganalisis jawapan yang dijawab betul ataupun salah oleh murid bagi setiap item soalan.

14
ITEMS 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
SOALAN/
NAMA
MURID

Aqasha / X X X / / / X X / X X X X X / X X / X

Danish / / / X X / / X X X X X X X / X X X / /

Syafiq X / X X / / X / / X X X X X X X X X / /

Nurul / X X X X X / / X X X X X / X / / / X X
Akmal

Nur Aisya X X / / / X X X X X / X X X / X X X / /

Hadif / / X X / / X / X X X X X X X X X X X /

Ummi / / / / X / / / / / X / X / / X X X X /
Humaira

Hafiz / / X X / / X / / X X X / X X X X X / /

Nurin X X X X / X X / / / X / / X / / / / / /
Batrisya

15
Irwan / / X X / / / X X X / X X / X / / X / X

Nursyafiqah X / X X / X / / / X / X X X / / X / X /

Qurratul’ / / X X / / X X X X X / X / / / X / / X
Aina

Nurzara / / / / X / X / / / X / X X X X X X / /
Aimy

Irdhina / / / X / / X / X X X / X X / X X X / /
Syafiah

Nik Aiman / / X X / / / / X / X / / X / / / / / /

Hariz Amri / / / X / / / / X / X / X / X / / / / /

Muhammad / / / X / / / / / / X / / / / / / X / /
Aqih

Ahmad / / X / / / / / / / / / X / X / / / / /
Safiuddin

Adam / / X X / / / / / X / / / / X / / X / /
Danish

16
Syazziatul / / X X / / / / / / / / X / / X / / / /

JUMLAH 16 16 7 4 16 16 12 15 10 9 6 11 5 9 10 11 9 8 16 16
BETUL

JADUAL 3: Jumlah betul salah bagi setiap item soalan

17
ITEM/ BILANGAN INDEKS KESUKARAN TAFSIRAN
SOALAN MURID YANG
BETUL

1 16 16 Mudah
𝑃= = 0.8
20

2 16 16 Mudah
𝑃= = 0.8
20

3 7 7 Sukar
𝑃= = 0.35
20

4 4 4 Terlalu sukar
𝑃= = 0.2
20

5 16 16 Mudah
𝑃= = 0.8
20

6 16 16 Mudah
𝑃= = 0.8
20

7 12 12 Sederhana sukar
𝑃= = 0.6
20

8 15 15 Mudah
𝑃= = 0.75
20

9 10 10 Sederhana sukar
𝑃= = 0.5
20

10 9 9 Sederhana sukar
𝑃= = 0.45
20

11 6 6 Sukar
𝑃= = 0.3
20

12 11 11 Sederhana sukar
𝑃= = 0.55
20

13 5 5 Sukar
𝑃= = 0.25
20

18
14 9 9 Sederhana sukar
𝑃= = 0.45
20

15 10 10 Sederhana sukar
𝑃= = 0.5
20

16 11 11 Sederhana sukar
𝑃= = 0.55
20

17 9 9 Sederhana sukar
𝑃= = 0.45
20

18 8 8 Sukar
𝑃= = 0.4
20

19 16 16 Mudah
𝑃= = 0.8
20

20 16 16 Mudah
𝑃= = 0.8
20

Jadual 4 : menunjukkan pengiraan bagi Indeks Kesukaran (IK) berdasarkan jumlah murid
yang menjawab soalan dengan betul dan disertakan sekali tafsiran yang menyatakan
kategori soalan sama ada berada pada tahap sukar, mudah, sederhana sukar dan lain-lain
lagi.

4.2 PENGIRAAN INDEKS DISKRIMINASI (ID)

INDEKS DISKRIMINASI (ID) PENAFSIRAN

0.00-0.10 Tidak baik

0.11-0.20 Kurang baik

0.21-0.30 Sederhana baik

0.31-0.40 Baik

0.41-1.00 Sangat baik

Jadual 5: Tafsiran Indeks Diskriminasi (ID)

19
Formula bagi Indeks Diskriminasi (ID),

1
𝐼𝐷 = 𝑅 𝑢𝑝𝑝𝑒𝑟 – 𝑅 𝑙𝑜𝑤𝑒𝑟 / 2
𝑡𝑜𝑡𝑎𝑙 (𝑙𝑜𝑤𝑒𝑟 + 𝑢𝑝𝑝𝑒𝑟)

Setelah soalan ditadbir kepada murid, analisis markah yang diperoleh berupaya untuk guru
mengkategorikan murid kepada tiga kategori iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
Pembahagian ini pula berdasarkan kepada nisbah 3:4:3. Oleh itu, murid seramai 20 orang
telah menjawab soalan telah menjadikan pembahagian nisbah pada kadar 6:8:6. Ini
bermaksud, seramai enam orang murid berada pada tahap rendah, lapan orang murid pada
tahap sederhana dan enam orang murid pada tahap tinggi. Pembahagian ini membantu
guru mencari nilai ID bagi setiap item soalan dan hal ini dapat menentukan kualiti item
soalan yang dibina.

KATEGORI MURID MARKAH

Rendah 1-8 markah

Sederhana 9-14 markah

Tinggi 15-20 markah

Jadual 6: Kategori murid berdasarkan markah yang diperoleh

BIL NAMA MURID MARKAH KATEGORI

1 Aqasha 7 Rendah

2 Danish 8

3 Syafiq 7

4 Nurul Akmal 7

5 Nur Aisya 7

20
6 Hadif 6

7 Ummi Humaira 13 Sederhana

8 Hafiz 9

9 Nurin Batrisya 12

10 Irwan 10

11 Nursyafiqah 10

12 Qurratul’ Aina 10

13 Nurzara Aimy 11

14 Irdhina Syafiah 10

15 Nik Aiman 15 Tinggi

16 Hariz Amri 15

17 Muhammad Aqih 17

18 Ahmad Safiuddin 17

19 Adam Danish 15

20 Syazziatul 16

Jadual 7: Kategori Murid

21
ITEMS/ JUMLAH JUMLAH JUMLAH INDEKS TAFSIRAN
SOALAN BETUL BETUL MURID DISKRIMINASI, ID
BAGI BAGI (upper +
MURID MURID lower)
KATEGORI KATEGORI
TINGGI, (R RENDAH,
upper) (R lower)

1 6 4 12 1 Baik
𝐼𝐷 = 6– 4 / (12)
2
= 0.33

2 6 3 12 1 Sangat baik
𝐼𝐷 = 6– 3 / (12)
2
= 0.5

3 2 2 12 1 Tidak baik
𝐼𝐷 = 2– 2 / (12)
2
= 0.00

4 1 1 12 1 Tidak baik
𝐼𝐷 = 1– 1 / (12)
2
= 0.00

5 6 4 12 1 Baik
𝐼𝐷 = 6– 4 / (12)
2
= 0.33

6 6 4 12 1 Baik
𝐼𝐷 = 6– 4 / (12)
2
= 0.33

7 6 3 12 1 Sangat baik
𝐼𝐷 = 6– 3 / (12)
2
= 0.5

22
8 6 3 12 1 Sangat baik
𝐼𝐷 = 6– 3 / (12)
2
= 0.5

9 4 1 12 1 Sangat baik
𝐼𝐷 = 4– 1 / (12)
2
= 0.5

10 5 1 12 1 Sangat baik
𝐼𝐷 = 5– 1 / (12)
2
= 0.66

11 3 1 12 1 Baik
𝐼𝐷 = 3– 1 / (12)
2
= 0.33

12 6 0 12 1 Sangat baik
𝐼𝐷 = 6– 0 / (12)
2
= 1.00

13 3 0 12 1 Sangat baik
𝐼𝐷 = 3– 0 / (12)
2
= 0.5

14 5 1 12 1 Sangat baik
𝐼𝐷 = 5– 1 / (12)
2
= 0.66

15 3 2 12 1 Kurang
𝐼𝐷 = 3– 2 / (12)
2 baik
= 0.16

16 5 2 12 1 Sangat baik
𝐼𝐷 = 5– 2 / (12)
2
= 0.5

23
17 6 1 12 1 Sangat baik
𝐼𝐷 = 6– 1 / (12)
2
= 0.83

18 4 1 12 1 Sangat baik
𝐼𝐷 = 4– 1 / (12)
2
= 0.5

19 6 4 12 1 Baik
𝐼𝐷 = 6– 4 / (12)
2
= 0.33

20 6 4 12 1 Baik
𝐼𝐷 = 6– 4 / (12)
2
= 0.33

Jadual 8: Pengiraan Indeks Diskriminasi (ID)

4.3 RUMUSAN INDEKS KESUKARAN (IK) DAN INDEKS DISKRIMINASI (ID)

ITEM/ SOALAN INDEKS INDEKS STATUS SOALAN


KESUKARAN, IK DISKRIMINASI, ID

1 0.8 0.33 Diterima

2 0.8 0.5 Diterima

3 0.35 0.00 Diganti

4 0.2 0.00 Diganti

5 0.8 0.33 Diterima

6 0.8 0.33 Diterima

24
7 0.6 0.5 Diterima

8 0.75 0.5 Diterima

9 0.5 0.5 Diterima

10 0.45 0.66 Diterima

11 0.3 0.33 Dibaiki

12 0.55 1.00 Diterima

13 0.25 0.5 Dibaiki

14 0.45 0.66 Diterima

15 0.5 0.16 Dibaiki

16 0.55 0.5 Diterima

17 0.45 0.83 Diterima

18 0.4 0.5 Dibaiki

19 0.8 0.33 Diterima

20 0.8 0.33 Diterima

Jadual 9: Rumusan Indeks Kesukaran, IK dan Indeks Diskriminasi, ID

STATUS SOALAN ITEM/ SOALAN

Diterima 1, 2, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 12, 14, 16, 17, 19 dan 20

Dibaiki 11, 13, 15 dan 18

Diganti 3 dan 4

Jadual 10: Analisis IK dan ID secara keseluruhan

25
NO STATUS PEMBAHARUAN SOALAN
SOALAN SOALAN
LAMA BARU
11. Antara yang berikut, 11. Antara yang berikut,
11 Dibaiki
pernyataan yang manakah pernyataan yang manakah
menjelaskan kedudukan menjelaskan kedudukan
Yang di-Pertuan Agong pada Yang di-Pertuan Agong
hari ini ? pada hari ini ?
A. Berkuasa mutlak A. Menguruskan
B. Kuasa tertakluk di pentadbiran negeri.
bawah Perlembagaan B. Kuasa tertakluk di
Persekutuan bawah Perlembagaan
C. Menerima penasihat Persekutuan.
British dalam hal ehwal C. Dibantu penasihat
pentadbiran British dalam
D. Mentadbir negara pentadbiran.
dengan dibantu oleh D. Kuasa terletak di
Perdana Menteri tangan Perdana
Menteri.

13. Apakah persamaan yang 13.Apakah persamaan yang


13 Dibaiki
terdapat pada negeri-negeri terdapat pada negeri-negeri
berikut ? berikut ?

 Johor  Johor
 Selangor  Selangor

A. Menteri Besar A. Tiada sultan


mengetuai B. Berkuasa mutlak
pentadbiran kerajaan C. Pentadbiran diurus oleh
negeri Perdana Menteri
B. Pentadbiran negeri D. Menteri Besar mengetuai
diketuai oleh sultan pentadbiran kerajaan
C. Undang-undang dan negeri.
pentadbiran pada
tangan sultan
D. Pentadbiran kerajaan

26
negeri diuruskan oleh
Ketua Menteri

15. Apakah kepentingan 15.Apakah kepentingan


15 Dibaiki
dokumen Undang-undang dokumen Undang-undang
Tubuh Kerajaan Johor 1895 Tubuh Kerajaan Johor 1895 ?
?
A. Menjelaskan tentang A. Menyatakan kedudukan
salasilah raja sultan.
B. Menyatakan B. Menunjukkan daulat
kedudukan sultan terhadap Sultan.
C. Menggariskan C. Menunjukkan taat setia
peraturan berniaga rakyat.
D. Menyatakan hukuman D. Membuktikan Johor
ke atas kesalahan sebagai sebuah negeri
jenayah yang kaya-raya.

18. Sebagai rakyat, kita harus 18.Sebagai rakyat, kita harus


18 Dibaiki
berasa bangga dengan berasa bangga dengan
institusi raja yang institusi raja yang merupakan
merupakan warisan negara warisan negara kita.
kita. Oleh itu, bagaimanakah cara
Oleh itu, bagaimanakah yang boleh kita lakukan bagi
cara yang boleh kita menghargai institusi raja ?
lakukan bagi menghargai
institusi raja ? A. Meraikan Hari
A. Melanggar peraturan Keputeraan Sultan
sekolah B. Menyambut Hari
B. Mematuhi Merdeka.
Perlembagaan C. Membuat Buku Skrap
Persekutuan Sejarah
C. Meraikan Hari D. Melakukan Lawatan
Keputeraan Sultan Sambil Belajar ke
D. Tidak menghargai Muzium.
warisan negara

27
2. Kerajaan adalah ?
3 Diganti 2.Negeri manakah yang tidak
A. Perdana Menteri
mempunyai sultan ?
B. Negeri yang diketuai
I. Johor
oleh raja
II. Melaka
C. Berkuasa mentadbir
III. Pulau Pinang
negara
IV. Pahang
D. Negeri yang maju

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

4. Apakah peranan sultan


4 Diganti 4.Mengapakah kita perlu
pada zaman Kesultanan
menghargai institusi raja
Melayu Melaka ?
kecuali?
A. Ketua kerajaan
B. Penasihat kerajaan A. Menjamin keamanan
C. Simbol perpaduan negara.
rakyat B. Supaya rakyat semakin
D. Ketua adat istiadat ramai.
Melayu C. Perpaduan rakyat
semakin utuh.
D. Agar institusi raja dapat
dikekalkan.

Jadual 11: Pengubahsuaian terhadap item soalan sama ada dibaiki ataupun diganti dengan
yang baru.

28
Secara keseluruhannya, terdapat empat soalan yang perlu dibaiki dan dua soalan yang
perlu diganti berdasarkan analisis yang dilakukan terhadap Indeks Kesukaran (IK) dan juga
Indeks Diskriminasi (ID). Pengubahsuaian yang dilakukan terhadap soalan tersebut adalah
menjadikannya lebih mudah dan tidak sesukar seperti sebelumnya. Apabila soalan telah
diubahsuai ataupun diganti, kecenderungan murid menjawab dengan betul adalah tinggi dan
ini dapat meningkatkan tahap pencapaian murid. Oleh itu, keperluan terhadap analisis IK
dan ID menjadikan soalan yang dibina lebih berkualiti serta dapat mengenalpasti tahap
penguasaan yang dikuasai oleh murid berdasarkan markah yang diperoleh. Dengan ini,
analisis yang dilakukan secara tidak langsung dapat membantu guru merancang pengajaran
yang lebih sistematik serta dapat membina soalan yang berkualiti pada masa hadapan
berdasarkan apa yang telah dikuasai dan belum dikuasai oleh murid.

29
30

You might also like