Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

(Ayat apa) Usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan

anak-anak mereka menjadi insan yang berguna ialah ibu bapa mesti menjadi suri

teladan atau entiti mithali kepada anak-anak mereka persis peribahasa Melayu

yang mengatakan bahawa bulat kuih terbentuk daripada acuannya, bulat manusia

terbentuk daripada bakanya.

(Ayat Mengapa 1) Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan insan yang paling

rapat dengan anak-anak mereka sejak tapak kaki anak-anak mereka sebesar dua

jari sahaja.

(Ayat Mengapa 2) Bukan itu sahaja, semua kelakuan ibu bapa akan dicontohi dan

diwarisi oleh anak-anak atau cahaya mata mereka.

(名言) Hal ini selaras dengan pendapat seorang profesor dalam bidang sosiologi

dari Universiti Oxford yang mengatakan bahawa didikan ibu bapa yang sempurna

mampu melahirkan generasi pada masa akan datang yang boleh menggoncang

dunia. Perkara ini dikuatkan lagi dengan kata-kata Profesor Diraja Ungku Aziz, ibu

bapa merupakan guru pertama anak-anak, manakala rumah merupakan universiti

pertama bagi anak-anak.

(Ayat Bagaimana) Oleh itu, ibu bapa perlu menyampaikan ilmu yang bermanfaat

melalui tingkah laku yang dipamerkan oleh ibu bapa. Sehubungan dengan itu, ibu
bapa seyogianya mempertontonkan tingkah laku yang positif sejak anak-anak

masih kecil, di mana-mana sahaja tanpa mengira sama ada di rumah atau di luar

rumah.

(Ayat Contoh) Biar kita mengambil contoh berikut, ibu bapa perlulah mempunyai

hubungan silaturahim yang baik dengan jiran-jiran sekeliling, saudara-mara dan

menjalinkan hubungan yang sangat baik dengan anak-anak mereka.

(Ayat Kesan) Impak daripada situasi tersebut, anak-anak akan dicorakkan dengan

nilai-nilai kemasyarakatan yang baik seperti nilai berhemah tinggi, kasih sayang,

toleransi dan sebagainya. Maka akan lahirnya generasi yang mampu mengemudi

tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang.

(Ayat Penegas) Tegaslah di sini bahawa ibu bapa mesti menjadi suri teladan

merupakan usaha-usaha yang wajar dialkukan oleh ibu bapa untuk memastikan

anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.


开头

Cabaran dunia tanpa limitasi menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang rancak

serta ledakan informasi dan barang industrilisasi dalam jagat raya. Pelbagai

infrastruktur yang sofistikated dan bangunan pencakat langit dijana bagi

meningkatkan ekonomi negara di samping membolehkan ibu pertiwi kita duduk

sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju di peringkat global

seperti Jepun, Korea dan Amerika Syarikat. Hasil daripada persaingan yang sengit

di segenap pelosok dunai, (masukan isu dan huraian). Ironinya/Namun

___________________________________.Apakah_______________________?

Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak prakarsa yang pragmatik

boleh dijalankan untuk (masukan arahan).

Dalam era langit terbuka dan dunia tanpa sempadan menyaksikan negara kita

berusaha memajukan negara yang tercinta ini agar mencapai hasrat sebuah

negara maju yang berpendapatan tinggi seperti yang diimpikan oleh Dato' Seri

Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam tanpa meminggirkan

nilai-nilai murni masyarakat termasuklah isu yang berkaitan dengan (masukan isu)

di Malaysia. (Isu) sering kali disiarkan dalam media-media massa seperti surat

khabar, televisyen, radio, dan laman sosial. Malah menjadi topik yang hangat

dibincangkan dari bibir ke bibir masyarakat sama ada di warung-warung kopi

hinggalah ke dewan parlimen. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah

bekerjasama/sederap seirama untuk menghadapi isu ini kerana di mana ada


kemahuan, di situ ada jalan. Hakikat ini selaras dengan pendapat seorang tokoh

sosiologi bahawa kemelut yang melanda masyarakat perlu ditangani secara bijak

dan kolektif *bersama-sama*. Persoalan yang sentiasa bermain-main di minda

kita, (masukan arahan soalan).

Dalam era globalisasi dan modenisasi ini, negara kita semakin rancak

membangun ibarat belut diketil ekornya ke arah negara maju menjelang tahun

#2020. Namun demikian di sebalik pembangunan tersebut, (masukkan tema)

semakin kurang/banyak diberi cakna/perhatian oleh banyak pihak seperti

___________, ___________ dan ________. Hal ini demikian kerana (masukan

isu/tema) mendatangkan kebaikan/keburukan yang tidak dapat dinafikan kepada

masyarakat dan negara. Oleh hal yang demikian, terdapat (masukkan arahan).

结尾:

Sebagai penutup bicara, semua pihak yang telah diamanahkan perlu

berganding bahu/bersinergi menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing agar

________________. Sekiranya isu/amalan/dan lain-lain ini dapat diuruskan

dengan baik sudah pasti Malaysia mampu duduk sebaris dengan negara-negara

maju seperti Jepun dan Korea ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Seterusnya #visi kudsi 2020 yang merupakan buah fikiran mantan Perdana

Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad mampu direalisasikan.


其他可以放在结尾的 frasa(做配对):

1. ……biarlah pepohon terus menghijau, biarlah bunga terus berkembang, biarlah

negara terus gilang dan cemerlang dalam sewajagat/di dunia seterusnya

menjadikan wawasan #2020 suatu realiti dan bukan sebuah kosong.

2. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menadah tangan ke petala langit, moga-

moga kita dapat melahirkan progeni/adiwangsa yang berminda kelas pertama

serta mampu bersaing di peringkat/persada global.

3. Kesimpulannya, dengan rantaian kerjasama pelbagai pihak……

4. Kesimpulannya, tiada simpul yang tidak boleh diuraikan dan tiada lajak yang

tidak boleh diundur……

5. Tuntas kata penyimpul bicara, ……

6. Namun, kemajuan dalam konteks ini bukan dinilai dari segi pencapaian fizikal

dan material semata-mata, sebaliknya yang lebih penting ialah negara maju yang

bakal kita diisi dengan jiwa (isu).


开头:

1. Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir dari bibir umat manusia di segenap

empat penjuru dunia ini tentang isu......

2.Langit tidak selalu cerah,air di lautan tidak selalunya tenang .Begitulah resam

hidup manusia di dunia ini

3.Era pascaperindustrian dan pasca globalisasi yang serba mencabar akal dan

minda kita telah......

4.Sudah terang lagi bersuluh,semakin hari kita semakin menghampiri ambang

2020.Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan

yang bakal menghambat.

5.Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini......

6.Dalam era kemodenan,corak kehidupan manusia menjadi semakin rencam......

7.Dunia semakin hari semakin sarat dengan pelbagai masalah

8.Umum mengetahui bahawa......


9.Dalam kehidupan manusia yang semakin mencabar ini......

10.Dalam mengharungi arus globalisasi ini........

11.Meniti dunia sains dan teknologi yang berkembang pesat......

12.Pada alaf baru ini......

13.Dalam era kemodenan,corak kehidupan manusia menjadi semakin

rencam......

14.Langit tidak selalu cerah,air di lautan tidak selalunya tenang.Begitulah resam

hidup manusia di dunia ini.

Penanda wacana untuk ayat terakhir perenggan pendahuluan

这些可以用在开头的最后一个句子。’ ‘漂亮 ‘’ 的结束也是蛮重要的。

1.Persoalannya sekarang,apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada isu ini?

2.Sebagai warga yang prihatin,kita seharusnya

3.Justeru,semua pihak haruslah bersedia dari sekarang mengorak langkah untuk


merealisasikan......

4.Persoalannya,apakah punca-punca yang menjadi penghalang...

5.Oleh hal yang demikian,Kita wajar memikul tanggungjawab untuk menangani...

6.Sebelum nasi menjadi bubur,maka kita hendaklah berusaha mengenal pasti

punca...

7.Tidak ada ubat yang tiada penawar/setiap jalan masuk pasti ada jalan

keluar.Oleh itu,langkah-langkan yang konkrit,sistematik dan pragmatik harus

dijalankan secara berterusan agar masalah ini dapat ditangani.

8.Sebagai memperkukuh pernyataan tersebut,punca-punca yang menunjangi

masalah ini perlu dikupas hingga akar umbi.

9.Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan

drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang di

negara kita.
Penutup

1.Intihanya,

2.Konklusi

3.Sebelum melabuhkan tirai

4.Sebelum mengakhiri wacana ini

5.Sebagai penghias bicara akhir

6.Pada keseluruhannya

7.Akhir kata

8.Akhirulkalam

9.Kesimpulannya

10.Justifikasinya

11.Sesungguhnya

You might also like