Cabaran Pembelajaran Abad Ke 21

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Cabaran pembelajaran abad ke 21

Cabaran PAK-21 ini sebenarnya perlu dilihat daripada perspektif yang lebih besar dan meluas,
iaitu daripada aspek matlamat pendidikan itu sendiri. Hal ini kerana, perlunya pendidikan itu
diletakkan semula di landasan yang betul bagi menuju ke arah merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diterjemahkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. PAK-21 bukannya satu matlamat, tetapi salah satu cara untuk
kita mencapai apa yang dihasratkan oleh FPK, bagi membangunkan insan yang seimbang
dan sejahtera.

Penulisan terkini YB Menteri ‘Menghayati Aspirasi Pendidikan” yang dikongsi melalui portal
rasmi beliau sangat tepat pada masanya bagi memberikan perspektif yang jelas mengenai
pelaksanaan PAK-21 dan hala tuju pendidikan. Sejujurnya apabila disebut PAK-21, tergambar
dalam fikiran kita sebuah bilik darjah yang dilengkapi smartboard, capaian internet yang
sangat laju membolehkan video-conferencing dilakukan dengan mana-mana tempat di
seluruh dunia, bilangan murid yang ideal serta diberi kemudahan tablet setiap seorang.

Namun begitu seperti yang ditegaskan oleh YB Menteri, PAK-21 bukanlah semata-mata
berpaksikan teknologi, tetapi lebih menjurus kepada pendekatan PdP yang menggalakkan
pembelajaran kolaboratif, kreatif, pemikiran kritis dan komunikasi. Dalam konteks pendidikan
Negara kita, PAK-21 mestilah berasaskan nilai yang menunjukkan kita sebagai warga
Malaysia. Hakikat inilah yang dimaksudkan oleh beliau bahawa tanpa teknologi, PAK-21
masih boleh berlaku.

Dalam membangunkan murid seimbang dan sejahtera yang dipupuk dengan Enam Aspirasi
Murid, guru dan pentadbir perlu kreatif untuk menggunakan sumber yang ada, ataupun yang
boleh diperolehi melalui kerjasama pelbagai pihak bagi mengoptimumkan proses PdP. Murid
yang hadir ke sekolah pada zaman ini bukan lagi umpama ‘tong kosong’ yang perlu
dipenuhkan dengan ilmu pengetahuan. Murid pada abad ke-21 ini pergi ke sekolah
berbekalkan pengetahuan yang diperolehi daripada pelbagai sumber dari luar bilik darjah –
daripada ibu bapa, rakan sebaya, komuniti setempat dan daripada dunia luar melalui internet.

Peranan guru kini adalah sebagai pembimbing yang dapat menyedarkan murid bahawa
proses pembelajaran dan pemerolehan ilmu berlaku di mana-mana sahaja tidak kira masa
sepanjang hayat mereka. Usaha untuk membimbing murid ini memerlukan cara yang kreatif;
bukan sahaja ilmu yang dikongsi oleh guru menerusi keperluan yang ditetapkan dalam
kurikulum standard tetapi juga perkongsian daripada murid melalui ilmu yang diperoleh di luar
bilik darjah menerusi pelbagai medium.

Guru perlu memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid melalui
kaedah bertanya yang sesuai dengan tahap murid. Murid perlu berkomunikasi, berkongsi idea
kreatif dan belajar secara kolaboratif di dalam dan luar bilik darjah. Tidak kira murid
prasekolah, murid pendidikan khas mahupun murid Tingkatan Enam, setiap murid boleh
dipupuk KBAT dengan strategi bertanya sebagaimana yang telah didedahkan kepada setiap
guru semasa mereka melalui latihan perguruan satu masa dahulu.

Perubahan pelaporan pentaksiran dan pemansuhan pengasingan kelas secara berperingkat


seperti yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia baru-baru ini perlu
dimanfaatkan sepenuhnya oleh pentadbir pendidikan. Inilah masanya bagi Pengetua dan
Guru Besar sekolah menentukan ethos atau karektor sekolah berdasarkan kekuatan dan
sumber yang boleh diperolehi dengan kerjasama guru, ibu bapa serta komuniti setempat.
Lebih 5,000 Pengetua dan Guru Besar yang ada kini telah melalui Program Kelayakan
Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL), justeru pastinya mereka mampu
mengumpul kekuatan daripada pelbagai sumber bagi mendepani cabaran pendidikan.

You might also like