Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH

Kampung Sinaran Baru, Kilometer 26, Jalan Johor,


81300 Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Tel : 07-5574689
___________________________________________

Rujukan Kami : SMIH 10.4.1 / 19 /………… 17 Mac 2019

Kepada:
Ibu bapa / Penjaga,
Pelajar Tingkatan 2,
Sek. Men. Islam Hidayah.

Assalamualaikum wrmt wbt.


Tuan/ Puan,

KAJIAN LAPANGAN SEJARAH TINGKATAN 2 (SEJARAH NEGERI JOHOR)

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan pihak sekolah seperti di atas akan mengadakan kajian lapangan
sejarah dan lawatan sambil belajar, khusus hanya untuk pelajar-pelajar tingkatan 2.

2. Butir-butir mengenai lawatan tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : 20 Mac 2018 (Rabu)


Masa bertolak dari SMIH : 10.00 pagi (Rabu)
Masa tiba di SMIH : 8.00 malam (Rabu) – solat maghrib di SMIH
Tempat lawatan : Muzium Tokoh, Teater Tanah Berlantai Permata (PERSADA)
Pakaian : Baju koku, seluar slack hitam (pelajar lelaki)
Baju koku, kain hitam, tudung putih (pelajar perempuan)
Guru pengiring : Ustazah Hilsha Hashim (019-7121778)
Ustazah Ezafahrina bt. Ezuddin (010-6600367)
Yuran : RM30
Maklumat tambahan : Pelajar dikehendaki membawa wang saku sendiri untuk keperluan
makanan
:
3. Aktiviti lawatan ini diadakan bagi memenuhi objektif-objektif berikut :

i) Mendedahkan para pelajar tentang sejarah pemodenan negeri Johor.


ii) Menaikkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.
iii) Menjadikan pelajar menghargai jasa tokoh-tokoh negeri Johor

4. Kami berharap agar tuan/puan dapat membenarkan anak/jagaan tuan/puan turut serta dalam program
lawatan ini. Bersama-sama ini disertakan surat kebenaran untuk ditandatangani oleh tuan/puan. Sila jelaskan
yuran dan kembalikan keratan kebenaran sahaja kepada pihak sekolah selewat-lewatnya pada hari
Isnin, 18 Mac 2019.
Sekian, untuk makluman dan perhatian pihak tuan/puan. Terima kasih.

BERILMU BERAMAL MEMIMPIN

Yang menjalankan amanah,

…………………………………………
(PN. SERI JULI EMAS WATI BINTI ADNAN)
Pengetua,
Sek. Men. Islam Hidayah.

--------------------------------------------------------------- potong di sini --------------------------------------------------

Kepada,
Guru Pengiring,
Kajian Lapangan Sejarah,
Sek. Men. Islam Hidayah.

Dengan ini saya ………………..………………………………………………..……. ibubapa/penjaga kepada


……………………………………………………, bernombor kad pengenalan ……………………………….
dari Tingkatan 2 Taqwa membenarkan/tidak membenarkan anak/jagaan saya untuk menyertai lawatan sambil
belajar Muzium Tokoh dan PERSADA pada Rabu, 20 Mac 2019..

2. Sesungguhnya saya sedar bahawa segala langkah keselamatan telah diambil oleh jawatankuasa
progam. Dengan ini saya mengaku bahawa saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau
mahkamah terhadap pihak penganjur atau wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa kemalangan, kematian,
kecatatan anggota atau kehilangan anggota dan sebarang kecederaan lain terhadap anak/jagaan saya yang
berlaku semasa aktiviti.

3. Saya memberi kebenaran kepada pihak penganjur atau wakilnya untuk memberi apa-apa rawatan atau
pertolongan perubatan kepada anak/jagaan saya jika didapati perlu.

Yang benar,

…………………………………………………….

Nama :

No tel. :

You might also like