Bab 6 Renaissance Di Eropah Dan Kejatuhan Islam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Bab 6 Renaissance Di Eropah Dan Kejatuhan Islam

Penguasaan Islam di Selatan Sepanyol abad ke-8 sehingga abad ke-12M telah menyumbang
secara langsung kepada kebangkitan Renaissance di Eropah. Perkembangan intelektual, pengenalan
pelbagai teknologi dan perdagangan di Selatan Sepanyol menjadi jambatan peradaban Islam dengan
Eropah yang masih dalam Zaman Gelap.

Renaissance Di Eropah: Kesinambungan Selatan Sepanyol

Dalam tempoh sejarah Barat atau Eropah, Renaissance digunakan untuk menandai masa
antara abad ke-14M sehingga abad ke-16M. Perkataan Renaissance berasal daripada bahasa
Perancis yang membawa maksud ‘kelahiran semula’ iaitu rebirth.

Sumbangan Renaissance Kepada Tamadun Eropah

Renaissance di Eropah yang berkembangan ekoran sumbangan langsung tamadun Islam di


Selatan Sepanyol telah membawa cahaya ‘enlightenment’ kepada masyarakat Eropah. Masyarakat
Eropah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang iaitu:

1. Pencapaian Lukisan, Seni Bina dan Seni Ukir


2. Pencapaian Dalam Seni Bina
3. Pencapaian Dalam Bidang Saintifik

Ilmu Pengetahuan Islam: Perkaitannya Dengan Sarjana Barat

Kemajuan yang berlaku di barat pada hari ini bertitik tolak dari kemajuan ilmu oleh sarjana
Islam. Buktinya Masjid Cordova dan Istana al-Hambra merupakan binaan semasa zaman
kegemilangan di Eropah yang masih wujud hingga kini. Ilmuwan Barat telah mencedok semua ilmu
sarjana Islam meliputi bidang ekonomi, politik dan sosial sehingga mereka mencapai kemajuan pada
hari ini.

Kejatuhan Kerajaan Islam Di Selatan Sepanyol

Namun begitu, seakan sudah menjadi sunnatullah seperti yang dibicarakan oleh Ibn Khaldun
dalam kitab Muqaddimah. Menurut Ibn Khaldun segala yang berada di puncak pasti akan melalui
temph kejatuhan.

Benteng Terakhir Kerajaan Islam Di Selatan Sepanyol

Cordova yang masyur dalam Bahasa Arab sebagai al-Qurtubah merupakan bandar terakhir di
bawah penguasaan islam sebelum Andalusia jatuh sepenuhnya ke atas tangan golongan Kristian.
Kesukaran pemerintahan Islam di Selatan Sepanyol amat menyedihkan.

You might also like