Letterhead PI1M

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Felda Lepang Nenering


33100 Pengkalan Hulu. Tel : +605 791 3025
Faks : +605 791 1368
Perak Darul Ridzuan. Email : ABA7035@moe.gov.my

“PERAK EXCELLENT”
Ruj. Tuan:
Ruj. Kami:
Tarikh : 2019

Pegawai,
Pusat Internet 1Malaysia Felda Lepang Nenering,
33100 Pengkalan Hulu. Perak Darul Ridzuan

Tuan,
PERMOHONAN MENJALANKAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DI PI1M

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, terdapat sukatan dalam matapelajaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi yang melibatkan penggunaan computer dan akses internet dalam mendedahkan murid dengan
penggunaan internet. Namun begitu, terdapat kekangan dalam penyampaian pembelajaran ini disebabkan
masalah perkakasan dan juga capaian internet di sekolah yang sedang diambil tindakan sewajarnya.

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat memberi kelulusan bagi
tujuan seperti yang dinyatakan di atas untuk pengajaran yang berlangsung pada ketetapan berikut:
Tarikh / Hari : Jumaat / 08 Mac 2019
Masa : 11.00 am – 12.00 pm
Tajuk P&P : Pendedahan kepada penggunaan e-mail

3. Segala kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

………………………………………………..
(HIZRAL FAREZAN BIN HARON)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan (Felda) Lepang Nenering
33100 Pengkalan Hulu.
Perak Darul Ridzuan.

You might also like