Professional Documents
Culture Documents
Kertas Kerja Merdeka 2019
Kertas Kerja Merdeka 2019
PENGENALAN
Bulan kemerdekaan menjadi acara wajib yang disambut pada setiap tahun diperingkat
sekolah. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan bagi membangkitkan semangat cintakan
tanah air dalam kalangan warga sekolah. Bulan Kemerdekaan akan disambut dan
dilaksanakan mulai 8 Ogos 2019 sehingga 19 September 2019.
MATLAMAT
Melalui penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan ini diharapkan agar murid-murid
dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia. Di samping itu, dapat
menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara Malaysia supaya kekal aman dan terus
maju.
TEMA
‘SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH”
OBJEKTIF
1. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa murid-murid
sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
2. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
3. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan
disemua peringkat.
4. Mendedahkan murid kepada kaedah pembelajaran yang menarik dan efektif.
5. Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa
menjalankan kempen ini.
SASARAN
Semua warga Sekolah Menengah Agama Al-Quran Waddin
TARIKH & MASA
1. Sambutan : 8 Ogos hingga 16 September 2019
2. Perasmian : 8 Ogos 2019 - Khamis (1.30 pagi - 2.15 petang)
3. Kemuncak/Penutup : 18 September 2019 - Rabu (2.30 petang)
TEMPAT
Sekolah Menengah Agama Al-Quran Waddin
2.0 Hadiah
-Menguruskan pembelian Majlis Penutupan:
Pn.Sarifah Nurul Najihah Binti Syed hadiah/ cenderahati.
Ab Hamid 18 September 2019
-Berhubung dengan AJK yang (Majlis
terlibat untuk mendapatkan penyampaian
keputusan rasmi pertandingan hadiah kepada
yang telah disetai pelajar. pemenang).
Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa -Membaca doa khas pada hari -Mengetuai bacaan
Kesyukuran. pelancaran sambutan yassin dan tahlil.
kemerdekaan. 8 Ogos 2019
Ust.Mohamad Safuan (peringkat sekolah).
KESIMPULAN
Pertandingan:
JUMLAH RM 1078.00
Disediakan oleh, Disemak oleh,
.................................. ...................................
( Sarifah Nurul Najihah Bt Syed Ab Hamid) (Cik Siti Norisza Bt Ismail)
Ketua Panitia Sejarah. Ketua Bidang Sains Sosial
Kemasyaraktan
Disahkan oleh,
...................................
(Pn.Hjh.Arbaenah Binti Masud)
Pengetua